Download - Esei e Dagang
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di
dunia dan merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang
seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan
kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan makanan,
dan produk-produk petrokimia.
Dilema utama dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh.
Untuk mengembangkan perniagaannya, pembekal perkhidmatan perlu meluaskan
pasarannya yang akan melibatkan kos yang banyak seperti pengangkutan,
penyelenggaraan dan sebagainya. Di samping itu faktor waktu juga perlu diambil kira,
lebih-lebih lagi jika melibatkan perdagangan antarabangsa diantara negara yang berbeza
Zon waktunya. Ini sudah tentu merumitkan bagi mereka berurusan.
Internet merupakan alat komunikasi yang amat berkuasa di dalam perdagangan.
Perdagangan yang dijalankan melalui Internet (e-Dagang) adalah lebih pantas dan
cekap kerana pedagang dapat mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa
urusniaga dan penghantaran serta meluaskan jalinan strategik di antara pedagang.
E- Dagang (kini lebih popular dengan istilah dotcom) merupakan satu alat atau
mekanisma yang akan membantu pembekal perkhidmatan/produk menyelesaikan
masalah ini. E-Dagang merupakan satu kaedah transaksi elektronik maya tanpa
sempadan jarak atau waktu. Dalam suasana maya, organisasi dapat menubuhkan
pejabat maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada bila-bila masa sahaja.
Contohnya seorang penjual buku, cenderamata, memorablia dll dapat mendirikan
gedungnya menerusi laman web selaku pejabat maya (lihat Amazon.com) Ini
merupakan satu metodoloji perdagangan yang sangat ideal dan mempunyai potensi
besar untuk dikembangkan
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 1
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
2.0 DEFINISI E-DAGANG
Electronic Commerce (E-Commerce) secara umum merupakan kegiatan bisnis
(perniagaan/perdagangan) atau jasa yang berhubungan erat dengan konsumen
(Consumers), Manufaktur, Internet Service Provider (ISP) dan Pedagang Perantara
(Intermediateries) dengan menggunakan media elektronik. Dalam hal ini media
elektronik utama dengan menggunakan internet.
Pada masa kini setiap perniagaan mesti mempunyai pelbagai strategi dan
perancangan yang disusun bagi memastikan kejayaan perjalanan perniagaan yang
dibina. Antaranya penggunaan E-Dagang, di mana di dalamnya terdapat pencarian
bebas dan terarah. E-Dagang boleh dimaksudkan perniagaan atau perdagangan yang
menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi dan maklumat sebagai
medium untuk tujuan komunikasi dan juga transaksi. Kejayaan sesuatu perniagaan
tidak akan terjamin dengan hanya mewujudkan suatu ‘kehadiran’ di Internet. Cabaran
utama bagi pemasar-pemasar adalah, untuk menarik perhatian pelawat-pelawat ke
laman mereka, serta untuk menjana suatu ulangan lawatan yang penting dan
bermakna.
Perdagangan elektronik mempunyai pelbagai tafsiran bergantung kepada siapa
anda tanya.
Daripada perspektif ahli ekonomi (economist), perdagangan elektronik dapat
membantu pembeli dan penjual mengurangkan kos sementara meningkatkan
mutu barangan dan mempercepatkan
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 2
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Pihak pengurusan pula, perdagangan elektronik adalah penggunaan teknologi ke
arah otomasi urusniaga perniagaan dan perjalanan kerja
Pemasaran pula, perdagangan elektronik merupakan alat baru untuk
menyediakan maklumat kepada sasaran pasaran melalui pengiklanan, promosi dan
publisiti
Perspektif teknologi pula, perdagangan elektronik adalah cara untuk
menyampaikan maklumat, produk, perkhidmatan dan pembayaran melalui jaringan
komputer
Membina ‘kesedaran jenama’ (brand awareness) melalui pengiklanan dan
pemasaran adalah penting untuk berjaya di dalam suatu pasaran yang baru dan pantas
membangun, terutamanya di Internet di mana para pengguna mempunyai pilihan untuk
menghabiskan masa dan duit mereka pada ribuan laman yang berbeza. Kesedaran ini
akan mempengaruhi kita untuk melawat laman tersebut, sebagai hanya suatu
percubaan atau suatu permulaan kepada lawatan-lawatan seterusnya.Portal-portal
yang diisytiharkan sendiri telah berkembang menjadi suatu corong yang bertindak untuk
membimbing seseorang pelawat bagi ‘menembusi’ kandungan Internet yang sangat
luas dan sangat banyak. Khidmat-khidmat yang ditawarkan ‘Free Search’ akan
dibincangkan di dalam bab ini; iaitu pertanyaan-pertanyaan pengkalan data (database
queries) dan pengiklanan. Khidmat-khidmat lain akan dibincangkan di dalam bab yang
seterusnya.
Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi
jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk
menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini
ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang
membolehkan anda mengakses Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 3
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak
naik dari setahun demi setahun sesuai dengan peningkatan penerimaan IT di kalangan
masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang
secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih
tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan
cara-cara tradisional perdagangan.
Integrasi perniagaan
E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama
di negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an. Malah e-dagang
sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran
sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan
menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke
peringkat antarabangsa.
Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang
ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung
baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan.
Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam
sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisian borang-
borang kertas dan birokrasi.
Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak
yang terlibat dalam rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu
ketidakserasian (incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi
yang tidak serupa. Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet yang menggunakan
protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai
satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 4
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah. Pengguna Web juga dapat
berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah
perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet Explorer dan
lain-lain lagi.
Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu
mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah
transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-
dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa
bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan
bahagian pembuatan. Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi
pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.
E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai
ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik
atau Electronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan digital, tandatangan digital,
wang digital, Electronic Funds Transfer , Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan
lain-lain lagi.
JENIS-JENIS E-DAGANG
E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan
dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-
dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di
antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak
merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai contohnya
pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan,
menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 5
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna
pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah
pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai
yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.
Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu
transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi
kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara
perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan
pengguna akhir. Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih
ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian
seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah
mesyarakat itu.
KONSEP E DAGANG
E-Commerce memiliki 5 (lima) konsep dasar :
• Automation
Otomasi bisnis proses sebagai pengganti proses manual (konsep “enterprise
resource planning”)
• Streamlining / Integration
Proses yang terintegrasi untuk mencapai hasil yang efisien dan efektif (konsep “just
in time”).
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 6
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
• Publishing
Kemudahan berkomunikasi dan berpromosi untuk produk dan jasa yang
diperdagangkan (konsep “electronic cataloging”)
• Interaction
Pertukaran informasi/data antar pelaku bisnis dengan meminimalisasikan human
error (konsep “electronic data interchange”)
• Transaction
Kesepakatan dua pelaku bisnis untuk bertransaksi dengan melibatkan institusi lain
sebagai fungsi pembayar (konsep “electronic payment”)
3.0 PENCARIAN BEBAS DAN TERARAH
3.1 ENJIN PENCARIAN (SEARCH ENGINES)
Hingga kini Internet adalah suatu ‘kolam infomasi’ yang paling fleksibel. Oleh
kerana sangat mudah untuk memasukkan suatu maklumat ke dalam Internet, ramai
penyumbang-penyumbang yang menjadikannya semakin besar dan luas dari hari ke
hari. Maka, adalah sangat mudah untuk ‘sesat’. Sebab itulah perkara pertama yang
biasanya dilakukan oleh pengguna adalah melawat enjin pencarian. Perkhidmatan ini
adalah bertujuan untuk bertindak sebagai indeks kepada sumber-sumber maklumat
yang sangat banyak dan luas di dalam rangkaian tersebut.
Setiap enjin pencarian akan mengumpul maklumat mengenai dokumen-dokumen
yang boleh digunakan di Internet. Ia biasanya menggunakan sejenis alat (tool) yang
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 7
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
dinamakan ‘spider’ (atau robot atau webcrawler) yang akan menyenaraikan sampel-
sampel kesemua dokumen yang dijumpainya di Internet dan menghantarnya kembali ke
pengkalan (home). Sesetengahnya hanya mengambil 500 perkataan pertama dari satu
halaman yang dijadikan sampel, manakala selebihnya mengambil keseluruhan atau
kesemua maklumat tersebut. Spider juga berkebolehan untuk mengikut link
(hubungan/rantaian) yang disertakan di dalam dokumen tersebut, dan seterusnya
penemuan laman-laman tambahan untuk disiasat.
Apabila spider menghantar sampel-sampel kembali ke pengkalan, akan terdapat
suatu mekanisme untuk mengeluarkan meta-data daripada sampel tersebut. Meta-data
adalah satu set kata kunci yang diguna untuk menerangkan dokumen tersebut. Ini
mungkin dikeluarkan melalui kekerapan perkataan (kecuali stop-words, seperti ‘and’
atau ‘etc’). Sesetengah enjin pencarian mengambilkira bukan hanya kekerapan
perkataan di dalam suatu halaman, tetapi juga berapa hampir perkataan itu berada di
bahagian atas suatu halaman dan ianya dibahagikan secara adil disepanjang halaman
tersebut. Petunjuk-petunjuk lain adalah formatnya (font yang lebih besar biasanya
adalah tajuk-tajuk); dan text yang telah disertakan oleh penulis (author) untuk
menerangkan mengenai dokumen tersebut. Bahasa mark-up tradisional, HTML,
mempunyai tag yang berformat khusus (dikenali sebagai tag META) yang
membenarkan penulis (author) untuk merekabentuk satu set kata kunci yang diingini
bagi laman web tersebut.
Meta-data ini kemudiannya digabungkan dengan suatu pangkalan data yang
membenarkan orang ramai untuk bertanya menggunakan kata kunci. Sintaksis
pertanyaan mungkin adalah mudah atau rumit/canggih. Sesetengah enjin pencarian
mungkin mengikuti suatu peraturan yang tersirat bila diberikan beberapa kata kunci,
sementara yang lain menawarkan peluang kepada pengguna untuk mencari melalui
frasa dan bukan sahaja melalui perkataan. Terdapat juga yang memberi keutamaan
kepada perkataan-perkataan, membenarkan suatu pertanyaan yang menggunakan
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 8
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
kombinasi operator AND, OR, NEAR dan NOT, serta menawarkan pilihan untuk
mengehadkan keputusan dalam suatu tempoh masa tertentu.
Keputusan kepada pertanyaan biasanya ditunjukkan sebagai satu set link
berbentuk hypertext. Pada kebiasaannya, ayat pertama pada satu halaman mukasurat
akan ditunjukkan pada keputusan pertanyaan untuk memberikan satu gambaran atau
pengenalan kepada apa yang ada di laman tersebut, atau lebih bagus lagi, huraian
ringkas setiap dokumen yan ditunjukkan dalam konteks istilah pencarian tersebut.
Keputusannya mungkin seribu, sejuta atau pun hanya dua dokumen sahaja yang boleh
digunapakai, bergantung kepada kaedah yang diamalkan oleh sistem untuk
mengeluarkan meta-data dan topik pertanyaan secara kasar.
Sesetengah enjin pencarian pakar dalam jenis-jenis sumber tertentu: fail-fail
audio, grafik-grafik, atau program-program komputer, contohnya. Enjin pencarian ini
akan memberi pilihan untuk mengecilkan pencarian kepada jenis muzik (cth; karaoke),
atau sistem operasi jika ia berkaitan program. Andaikata anda ingin melihat gambar
beruang perang (brown bear). Perkhidmatan ini akan benarkan anda untuk pilih
“Picture”, masukkan istilah “brown bear” dan klik butang “search”. Pertanyaan ini akan
dijawab dengan ratusan lokasi tepat gambar, dan memberitahu anda saiz setiap imej
dan format imej tersebut disimpan.
Pencarian ini juga bergantungharap kepada meta-data, oleh kerana teknik
penyusunan pengkalan data untuk bunyian dan imej-imej masih dalam perkembangan.
Penyelidik-penyelidik masih mengusahakan sistem yang memahami abstrak seperti
“light brown” dan “jazz”, begitu juga dengan pelbagai kemungkinan maksud yang boleh
didapati daripada “lion” atau “kitchen” atau “old man with a moustache”.
Sesetengan enjin pencarian melitupi lingkungan sumber-sumber yang luas,
seluruh internet. Ia membenarkan seseorang untuk mengehadkan atau meluaskan
pertanyaan kepada punca-punca seperti laman (site) FTP dan newsgroups. Terdapat
juga satu laman yang dipanggil metasearch (atau metacrawlers) yang menghantar
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 9
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
pertanyaan anda kepada beberapa enjin pencarian global dalam satu masa. Akhir
sekali, terdapat juga enjin pencarian yang sulit dan spesifik. Ia berguna terutamanya
dalam dua situasi: mencari satu katalog produk yang luas bagi ciri-ciri (features) dan
pilihan (options); serta mencari dokumentasi teknikal yang besar jumlahnya.
Sulit atau tidak, enjin pencarian adalah merupakan suatu contoh jelas yang aktif,
adhoc dan bergaya peribadi yang dicadangkan oleh free-search dalam persekitaran
pasaran. Sebagai lanjutan kepada teknologi pengkalan data (database), jenis
pertanyaan yang baru akan digunakan, dan meta-data akan menjadi lebih luas dan
lebih tepat.
3.2 PERISIAN INTERNET
Pelayar web (web browser) yang biasa digunakan ialah Netscape Navigator dan
Microsoft Internet Explorer (pada masa buku ini ditulis). Selain daripada itu ada lagi
yang terbaru dan agak popolar sekarang seperti Mozilla Firefox, Opera, Safari dan lain-
lain.Ciri-ciri pelayar web - ada butang "Back", "Forward", "Search", "Favorites", dan
fungsi keselamatan seperti anti spam, anti pop-up dan adware.Perkataan IKLAN
berasal dari perkataan arab yang bermaksud khabar yang disiarkan Dalam bahasa
Inggeris, perkataan advertising daripada perkataan latin adventere yang bermaksud
menjanakan fikiran kepada sesuatu fikiran. Pengiklanan online melibatkan penjualan
barangan atau perkhidmatan secara atas talian. Pengenalan kepada produk atau
perkhidmatan Merupakan saluran penyampaian maklumat kepada orang ramai
Merupakan kaedah penyebaran maklumat kpd masyarakat Menambahkan bil.
pelanggan Meningkatkan jualan & kurangkan kos pengedaran memastikan masyarakat
mengetahui kewujudan produk tersebut. Pengiklanan on9 merupakan kaedah yang
boleh digunakan untuk menjana ke sesebuah laman web. Terdapat 2 sebab
pengiklanan online diguna di internet iaitu penjenamaan dan Jualan langsung
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 10
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
3.3PENGIKLANAN
Perkataan IKLAN berasal dari perkataan arab yang bermaksud khabar yang
disiarkan. Dalam bahasa Inggeris, perkataan advertising daripada perkataan latin
adventere yang bermaksud menjanakan fikiran kepada sesuatu fikiran. Pengiklanan
online melibatkan penjualan barangan atau perkhidmatan secara atas talian.
Pengenalan kpd produk atau perkhidmatan
Merupakan saluran penyampaian maklumat kepada orang ramai
Merupakan kaedah penyebaran maklumat kpd masyarakat
Menambahkan bil. pelanggan
Meningkatkan jualan & kurangkan kos pengedaran
Memastikan masyarakat mengetahui kewujudan produk tersebut.
3.3.1 FAKTOR PENGIKLANAN
Pengiklanan ‘online’ merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk
menjana ke sesebuah laman web.
Terdapat 2 sebab pengiklanan online diguna di internet:
Penjenamaan
Jualan langsung
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 11
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
3.4 MEDIA MASSA BERASASKAN WEB
Laman web (web page) merupakan dokumen elektronik berbentuk tulisan,
gambar, grafik dan persembahan multimedia seperti bunyi dan paparan video.
Home Page merupakan halaman pertama pada sesuatu laman web. Laman ini
mungkin terdiri daripada satu halaman sahaja atau beratus-ratus halaman.
Pautan ialah suatu elemen di dalam laman web yang membawa pengguna ke
tempat lain di dalam laman web yang sama atau ke laman web yang berlainan.
3.4EFFECTIVES MEASURES / KELEBIHAN
Terdapat beberapa kelebihan e-dagang yang dapat dikupas secara ringkas. e-
dagang sememangnya dapat membantu perniaga dan usahawan-usahawan
tempatan meningkatkan pendedahan bisnes mereka dan secara tidak langsungnya
menigkatkan hasil jualan produk dan perkhidmatan.
Menggantikan konsep manual
Konsep yang dahulunya memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi
borang untuk membeli barang, boleh di minimumkan dengan hanya sekali ‘klik’ di
internet tanpa membuang masa dan tenaga.
Pemasaran yang luas
Pengguna internet yang semakin hari semakin ramai, berupaya untuk mencapai
jumlah pengguna melebihi 60 juta dalam masa yang singkat. Hanya dengan
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 12
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
menggunakan komputer dan internet akses sahaja peniaga dapat menjelajah di
dunia perniagaan tanpa sempadan.
Cepat dan mudah
Membolehkan penjual menjual barangan mereka serta merta dengan
menembusi pasaran global secara cepat dan mudah. Hal ini kerana produk yang
dipaparkan di internet adalah 24jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa sekatan.
Mengurangkan kos
Kos pembelian dapat diminimumkan. Pembeli boleh terus membeli daripada
penjual atau pengeluar tanpa perlu membayar kos komisen kepada agen. Pembeli
juga tidak perlu bersusah payah menghabiskan duit minyak untuk mendapatkan
barangan tersebut.
Keuntungan yang optimum
Pasaran yang lebih luas iaitu melebihi 60 juta boleh menghapuskan golongan
pertengahan dalam dunia perniagaan seperti agen dan sebagainya.
Modal yang rendah
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 13
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Tidak memerlukan modal perniagaan yang tinggi seperti peniagaan offline, apa
yang penting adalah idea, sebuah laman web dan internet. Modal yang diperlukan
juga adalah rendah.
Waktu bekerja yang flaksibel
Jika sudah bekerja, tetapi inginkan pendapatan sampingan, maka perniagaan e-
dagang adalah cara yang terbaik. Ini kerana, melalui perniagaan secara online
peniaga tidak memerlukan 8jam sehari dan 5hari seminggu untuk ke tempat kerja.
Tambahan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang di sukai dan selesa.
Merupakan organisasi jualan bebas yang menjual produk pelengkap
Berbeza dengan pengedar industri , wakil jualan bebas tidak mempunyai
gudang tertentu untuk menyimpan barang.
Ganjaran diberikan dalam bentuk komisen atas produk yang dijual.
Kelebihan menggunakan wakil jualan bebas ini antaranya :
O keupayaan jualan secara profesional yang tinggi
O lebih luas wilayah yang dapat ditumpukan
O mempunyai hubungan yang telah tersedia terjalin dengan
pelanggan
3.5 AGEN
Wikipedia Ensiklopedia telah mendefinisikan agen adalah sesuatu yang
bertindak bagi menjalankan arahan yang telah diamanahkan oleh pihak yang lebih
berkuasa.
• pembantu membeli-belah peribadi.
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 14
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
- harga perbandingan
- keserasian pembelian
- maklumat waranti
• Agen pengedar perundingan.
• Saham
• Pengesyoran dan makluman.
• Agen-pengantara perdagangan elektronik
• Permintaan Pengenalan
- Kesedaran dan keperluan untuk membeli
• Broker sesuatu produk
- Apa yang hendak dibeli.
• Saudagar pembrokeran
- Dengan siapa kita hendak beli.
• Rundingan
- Berapa banyak untuk dibayar.
• Pembelian dan Penghantaran
- Pembayaran dan pilihan penghantaran
• Perkhidmatan Produk dan Penilaian
- Perkhidmatan peringatan dan pengesanan
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 15
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
• Agen adalah seseorang yang bekerja di sebagai pengantara bagi sesuatu benda
atau perkara.
• Contoh:
• Agen di kedai menjual alat elektronik yang menerangkan kepada pelanggan
produk mana yang lebih baik.
3.6BROKER BERMAKLUMAT
O Seseorang atau perniagaan yang menjadi pengantara bagi dua belah pihak.
O Menyelidik maklumat.
O Mengambil keuntungan melalui pengantaraan dua belah pihak.
O Seseorang broker bermaklumat adalah dikenali sebagai seseorang yang
profesional dalam memberi maklumat bebas atau sebagai perunding maklumat.
O Broker bermaklumat ini juga adalah seseorang atau perniagaan yang akan
mendapatkan maklumat dan meyelidik maklumat untuk pelanggan.
O Contoh: Pak Ali ingin menjual lembu dengan harga RM1000 dan meminta
pertolongan Abu untuk mencari siapa yang ingin membeli lembu tersebut. Abu
akan mencari orang yang ingin membeli lembu tersebut.
3.7VIRTUAL MALL
O Virtual malls lebih dikenali dengan nama pusat membeli belah maya.
O Proses ini sudah semakin berkembang dengan adanya pelbagai laman
sesawang yang membolehkan sesiapa sahaja membeli belah apa sahaja barang
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 16
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
keperluan secara atas talian. Pusat membeli-belah maya boleh menyediakan anda
dengan akses kepada pasaran yang lebih besar pada kos yang rendah. Ia juga merupakan
cara yang baik bagi proses pengiklanan kepada pengguna.
O Melibatkan proses jual beli produk dan perkhidmatan dalam talian.
O Dapat menjimatkan masa dan tenaga.
O Pengguna atau pembeli juga harus teliti dalam memilih pusat beli belah maya ini
supaya tidak tertipu atau rugi.
3.8PEMASARAN TERUS
O Pemasaran langsung adalah satu bentuk saluran agnostik pengiklanan yang
membolehkan perniagaan dan organisasi bukan keuntungan untuk
berkomunikasi terus kepada pelanggan dengan teknik pengiklanan.
O Telefon,Teks, mesej, e-mel, laman web pengguna interaktif, iklan paparan
dalam talian, Risalah, pengedaran katalog, promosihuruf, dan pengiklanan
luar. Mesej pemasaran langsung menekankan fokus kepada pelanggan, data, dan
kebertanggungjawaban. Ciri-ciri yang membezakan pemasaran langsung adalah:
O Mesej pemasaran ditangani secara langsung kepada pelanggan. Pemasaran
langsung bergantung pada yang mampu untuk menangani ahli pasaran
sasaran.
O Pemasaran langsung bertujuan untuk memacu tertentu "panggilan untuk
tindakan." Sebagai contoh, iklan boleh meminta prospek untuk memanggil
nombor telefon percuma atau klik pada pautan kepada laman web.
O Pemasaran langsung menekankan trackable, jawapan diukur daripada
pelanggan - tanpa mengira medium.
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 17
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
4.0 PENILAIAN DAN PEMESANAN
4.1 PENGURUSAN PERHUBUNGAN (RELATIONSHIP MANAGEMENT)
Customer relationship management (CRM) is a widely-implemented
strategy for managing a company’s interactions with customers, clients and sales
prospects. It involves using technology to organize, automate, and synchronize
business processes—principally sales activities, but also those
for marketing, customer service, and technical support.
Suatu hubungan amanah mesti diwujudkan antara pelanggan dan vendor,
bagi memberi kredibiliti kepada maklumat yang diberikan. Pengiktirafan ini
akan
Kesetiaan pelanggan (cth: pengenalpastian jenama) adalah mungkin
sekali dihubungkaitkan dengan keseluruhan konteks produk dan
penghantaran maklumat.
Sekali pengguna sudah setia kepada sesuatu konteks (jenama), apa
sahaja kemungkinan akan mula timbul.
Syarikat-syarikat yang mahu mendapatkan sekumpulan pelanggan yang
setia mesti menjari jalan untuk memberikan satu dimensi peribadi
(personal dimension) bagi pemasaran tanpa sempadan.
Sebuah bank dalam talian memberikan satu contoh bagaimana
pemasaran one-to-one boleh dilaksanakan. Pelanggan-pelanggan Internet
memberikan maklumat asas tentang rumah mereka, pekerjaan, umur,
pendapatan dan jantina kepada pihak bank. Kemudian, mereka
menunjukkan keinginan dan keutamaan kewangan mereka, sebagai
contoh, menyimpan dan melabur, memperbaiki rumah, memulakan suatu
perniagaan, persaraan, perdagangan elektronik, atau hanya memperbaiki
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 18
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
organisasi kewangan dan peruntukan membawa kepada satu takrif baru
penjenamaan: satu jenama akan menentukan kualiti perhubungan dan
juga kualiti produk tersebut.
Kesetiaan pelanggan (cth: pengenalpastian jenama) adalah mungkin
sekali dihubungkaitkan dengan keseluruhan konteks produk dan
penghantaran maklumat.
Sekali pengguna sudah setia kepada sesuatu konteks (jenama), apa
sahaja kemungkinan akan mula timbul.
Syarikat-syarikat yang mahu mendapatkan sekumpulan pelanggan yang
setia mesti menjari jalan untuk memberikan satu dimensi peribadi
(personal dimension) bagi pemasaran tanpa sempadan.
Perkhidmatan pelanggan yang lebih tinggi boleh membezakan faktor yang
akan meningkatkan kesetiaan pelanggan kepada sesebuah gedung dan
produknya.
Sebuah bank dalam talian memberikan satu contoh bagaimana
pemasaran one-to-one boleh dilaksanakan. Pelanggan-pelanggan Internet
memberikan maklumat asas tentang rumah mereka, pekerjaan, umur,
pendapatan dan jantina kepada pihak bank.
Kemudian, mereka menunjukkan keinginan dan keutamaan kewangan
mereka, sebagai contoh, menyimpan dan melabur, memperbaiki rumah,
memulakan suatu perniagaan, persaraan, perdagangan elektronik, atau
hanya memperbaiki organisasi kewangan dan peruntukan.
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 19
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Sokongan dalam talian terbahagi kepada dua kategori am: sokongan
transaksi dan sokongan teknikal. Sokongan transaksi termasuk status
pesanan, ketersediaan produk, dan proses memulangkan barang niaga
yang tidak dikehendaki. Sokongan teknikal adalah penting khususnya bagi
produk kompleks yang memerlukan dokumentasi yang mendalam, arahan
pemasangan dan tip-tip merumus masalah (troubleshooting).
INTERAKSI SOSIAL (SOCIAL INTERACTION)
O Antara contoh interaksi sosial yang terbaik adalah melalui kumpulan
perbincangan berkaitan produk dan saling mencabar (pencabar/pesaing–
Lists). Lists Ini mungkin diwujudkan khusus untuk menghubungkan
pengeluar dengan pengguna, bagi pengguna yang mahu berbincang atau
berforum melalui perkhidmatan dalam talian yang komersial; ataupun ia
mungkin diwujudkan untuk para pengguna berkomunikasi antara satu
sama lain, bagi pengguna yang mahu menggunakan discussion lists dan
newsgroup di Internet.
O Usenet adalah satu kumpulan sistem papan kenyataan seluruh dunia,
berdasarkan perisian kumpulan akhbar. Pengguna menghantar pesanan-
pesanan melalui mel elektronik, kepada satu peti surat kolektif di mana
sesiapa juga boleh berbuat begitu. Jawapan atau pandangan kepada
pesanan yang dihantar dihubungkan; membentuk rantaian atau “threaded
discussions".
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 20
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
O Sembang (kadangkala dikenali sebagai IRC) adalah satu perkhidmatan
yang membenarkan komunikasi segera dengan sesiapa sahaja yang
mahu menyertainya. Terdapat satu skrin pemisah membenarkan
pengguna untuk memasukkan (menaip) mesej, dimana mesej tersebut
dihantarkan dengan serta-merta ke ruang mesej dikongsi yang dipanggil
“bilik sembang (chatroom)” atau “saluran (channel)".
O Bilik sembang awam (pulic chatroom) umumnya cuba mengekalkan fokus
perbualan kepada satu topik khusus, tarikan utama mereka adalah
komunikasi langsung dan kepelbagaian peserta.
O Sokongan pelanggan berasaskan Web membolehkan kerjasama bagi
melayakkan dan mengutamakan permintaan untuk sesuatu pertolongan
merujuk kepada kesegeraan mereka dan respon kepada mereka melalui
saluran tertunda atau saluran masa nyata (real-time).
O Sistem itu seharusnya memasukkan/menggabungkan peraturan
perniagaan untuk memberi laluan dan mengutamakan berdasarkan jenis
soalan yang ditanya, halaman yang mana telah dilawati pelanggan dan
berapa lama mereka telah menunggu untuk satu jawapan.
O Ejen-ejen untuk membangunkan masyarakat, berdasarkan premis
masyarakat mahu berhubung dengan orang lain yang mereka percayai,
mungkin menjadi kebiasaan.
O Ini mungkin bukan sahaja perlu untuk menemukan anda dengan orang
lain yang mempunyai cita rasa muzik yang sama, malah juga dalam
lingkungan lain seperti buku-buku, hotel-hotel, permainan interaktif,
analisis pelaburan dan sebagainya.
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 21
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
AUTOMATED ORDER ENTRY
The automated order entry system is one of the modern means of
facilitating a quick processing of orders within the stock market.
Essentially, an automated order entry system make it possible to initiate a
small order execution on the exchange floor without having to go through
the usual process.
Here is some information on how the automated order entry system
works, and how this electronic system can be a great time saver.
In the normal process of order execution, the order has to be received,
classified, and then routed to a floor broker.
The broker in turn evaluates the request and routes it to an analyst who
serves as the appropriate specialist for the type of transaction that is
requested.
While the procedure is relatively efficient, it does take some time from the
initiation of the order by the investor to completion on the floor of the
exchange.
In addition, the confirmation time is cut considerably.
Since the notice of completion goes back directly to the investor and not
through any intermediate channels, it is possible to have the task
completed in a fraction of the time.
For a person with a busy day ahead, the automated order entry system
means more time to devote to other issues, and less time spent dealing
with investments.
In addition, the confirmation time is cut considerably.
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 22
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Since the notice of completion goes back directly to the investor and not
through any intermediate channels, it is possible to have the task
completed in a fraction of the time.
For a person with a busy day ahead, the automated order entry system
means more time to devote to other issues, and less time spent dealing
with investments.
Example: Automated Order Entry System Models
Different models of the automated order entry system are in use with
various markets.
The New York Stock Exchange makes use of an
automated order entry system that is called DOT.
Short for Designated Order Turnaround, the DOT system has proven to be
very reliable and receives widespread use on a daily basis.
THE THREE – TIER CLIENT/ SERVER SYSTEM AT WORK
What is Client-server Computing?
Client/server is a computational architecture that involves client processes
requesting service from server processes.
What is a Server process?
A server process (program) fulfills the client request by performing the task
requested.
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 23
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Server programs generally receive requests from client programs, execute
database retrieval and updates, manage data integrity and dispatch
responses to client requests.
PENUTUP
Dalam dunia perdagangan berasaskan pengetahuan digital, persepsi kita
terhadap kekayaan (wealth) perlu diubah. Kesan web dirasai di semua sektor dalam
masyarakat. Teknologi dan automasi dapat meningkatkan produktiviti. Ia juga
membuka peluang-peluang baru manakala yang lama akan pupus/hilang. Kerajaan
akan mengenalpasti bagaimana kekayaan dibentuk serta dimana ia berlaku, mereka
akan mencari cara baru untuk mengenakan cukai dan mengagihkan kekayaan baru
ini. Kekayaan baru ini adalah hasil ciptaan rangkaian global i digital.
Di dalam era teknologi maklumat yang kian pesat membangun, e-dagang
dilihat sebagai salah satu hasil teknologi yang mampu memudahkan urusan-urusan
harian pengguna. Peneraju pasaran e-dagang global, paypal menjangkakan lebih
banyak perusahaan kecil dan sederhana (pks) akan menggunakan pembayaran
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 24
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
dalam talian memandangkan usahawan kini mula mengembangkan perniagaan
mereka dengan pantas melalui penggunaan e-dagang.
Malah penggunaan e-dagang merentasi sempadan juga akan meningkat lebih
tinggi kerana ia adalah salah satu saluran berkesan untuk mendekati pengguna di
luar negara sekaligus dapat meluaskan pasaran di samping menjimatkan pelbagai
kos.
6.0 BIBLIOGRAFI
A.F. Salam et. al. (2005). “Trust in e-commerce”. New York: ACM Press.
Araujo & Araujo (2003). “Developing Trust in Internet Commerce”. Toronto: IBM
Press
Barnard, L. Wesson, J. (2004). “A trust model for e-commerce in South Africa”. South
Africa: South African Institute for Computer Scientists and
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 25
RBT 3110 – PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
InformationTechnologists.
Deitel, Deitel & Nieto (2001). “E-Business & E-Commerce: How to program”. New
Jersey. Prentice Hall.
http://ghirlygz.blogspot.com/2009/07/elemen-e-dagang-2.html
http://blog.balootisme.com/servis/senarai-harga-dan-ciri-ciri-laman-web-ecommerce-
shopping-cart/
http://www.scribd.com/doc/23175132/Laporan-Akhir-Projek-E-Commerce
PPG AMBILAN JUN 2011, SEMESTER 5-JUN 2013, RBT 2 26