Transcript

Oleh NORHAIZA [email protected]

PARA pelabur runcit akan berpe-luang melabur dalam satu-satunyasyarikat perlombongan dan pempro-sesan timah Malaysia yang pertamadisenaraikan di Bursa Singapura(SGX).

Syarikat Malaysia Smelting Cor-poration Berhad (MSC) melancar-kan Tawaran Awam Awalnya (IPO)semalam pada harga $1.75 sesaham.Sebanyak sejuta saham ditawarkankepada pelabur awam dan 24 juta sa-ham ditawarkan kepada pelabur laintermasuk pelabur institusi.

MSC akan menjadi syarikat perta-ma yang mempunyai dua penye-naraian di SGX dan Bursa Malaysiasejak dagangan Clob di sini ditutuppada 1998.

MSC, yang mempunyai sejarahlebih 100 tahun dalam pemprosesantimah, merupakan pembekal timahkedua terbesar di dunia tahun lalu,menurut Institut Kajian Timah Anta-rabangsa (Itri).

MSC merupakan anak syarikatThe Straits Trading Company Ltd(STC) yang tersenarai di SGX.

Dalam prospektus yang didaftar-kan dengan Penguasa Kewangan Si-ngapura (MAS) semalam, MSC ber-kata ia merancang mengumpulkan$40.1 juta daripada IPO tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)MSC, Dato’ Seri Dr Mohd AjibAnuar, yang digelar “Tokoh Timah”di Malaysia, dalam temu bual de-ngan Ekoniaga berkata:

“Selain meningkatkan pendeda-han kami di rantau ini, penyenaraian

di Singapura akan juga meluaskandan mempelbagaikan pangkalan pe-megang saham kami bagi meningkat-kan mudah tunai dalam pasaran.”

MSC akan menggunakan dana se-banyak $26.3 juta bagi pemba-ngunan lombong timah baru melaluipembelian projek dan aset terutamadi Malaysia dan Indonesia, $8.3 jutabagi perluasan operasi pemprosesandan perlombongan, dan $5.6 juta ba-gi modal kerja.

Ketika ini, MSC mempunyai lojimemproses bijih atau timah yang di-kitar semula menjadi jongkong ti-mah bermutu di Pulau Pinang, Ma-laysia dan Pulau Bangka di Indone-sia sebelum dijual ke serata dunia.

Syarikat itu juga mengendalikanoperasi perlombongan di PulauBangka dan Riau, Indonesia. Ia jugamempunyai penerokaan sebuah lagilombong timah di Hulu Perak, Ma-laysia.

“Kami sedang melihat peralihan be-sar dalam permintaan timah di dunia.

“Timah bukan sahaja digunakanbagi sektor-sektor tradisional sepertiindustri pembungkusan bahkanpenggunaan dalam industri elektro-nik seperti telefon bimbit, komputer,televisyen dan kereta kerana ke-upayaannya sebagai pencantum dankeserasiannya dengan besi-besi yanglain, serta industri hijau kerana ciri-nya yang tidak toksik,” jelas beliau.

Di sebalik permintaan tinggi itu,bekalan timah di dunia tidak men-cukupi, lantas harga timah dijangkameningkat, tambah Dato’ Ajib.

Malah, Itri meramalkan kekura-ngan bekalan tin dari tahun ini se-hingga 2013.

Harga timah telah meningkat 50peratus daripada AS$18,000($23,184) bagi setiap tan pada awaltahun lalu ke paras tertinggi seba-nyak AS$27,300 pada Oktobertahun lalu. Kini, harganya berada diparas AS$25,000.

Tawaran awam itu akan dibukasehingga 12 tengah hari Selasa inidan penyenaraian saham itu dijang-kakan Khamis ini.

Apabila disenaraikan, satu lot sa-ham MSC mempunyai 100 saham,mengikuti jejak saiz lot sahamnya diBursa Malaysia yang telah disenarai-kan sejak 1994.

Cawangan CIMB Bank di Singa-pura merupakan pengurus tawaran,manakala CIMB Securities (Singa-pore) dilantik ejen bagi memperun-tukkan IPO itu.

Mengulas IPO itu, satu laporanFairFax Market Report menyatakan:“Kami amat optimis mengenai hargatimah disebabkan asas prospekbekalan dan permintaan dankekurangan projek-projek bermututimah di dalam pasaran.”

TAHUN baru sudah tiba. Sayaakan mulakan ruang tahun inidengan memberi nasihat kepadapemilik kereta.

Pada akhir 2010, seorang pe-milik kereta memberitahu beliausudah setahun tidak mengguna-kan keretanya.

Beliau memiliki kereta ber-tarikh 2004 Disember tetapi tidaksedar nilai rebat Yuran Pendafta-ran Tambahan Pilihannya(PARF) menjadi sifar apabilakeretanya digantung (lay up) buatsementara waktu. Sebelum itu, re-bat PARF-nya di paras $14,000.

Beliau terkejut.Saya menasihatkannya supaya

bertanya dan memberitahuPenguasa Pengangkutan Darat(LTA) bahawa beliau tidak tahurebat PARF keretanya itu akanmenjadi sifar apabila keretanyaitu digantung penggunaannya.

Sistem “lay up” ialah satu ke-gunaan bagi dealer dan pemilikkereta yang sudah berumur 10tahun ke atas. Sistem ini bergunabagi mereka yang tidak mahumenggunakan kereta merekaatau tidak mampu membayar in-surans atau cukai jalan raya.

Pihak dealer “lay up” vanatau kereta yang sudah berumur10 tahun ke atas kerana merekatidak perlu membayar cukai jalanraya dan lebih penting lagi ialahnilai kertas tidak akan berkurang.Lantas pemilik dan dealer tidakakan rugi dari segi kewangan.

Lantaran itu, pemilik keretayang masih ada PARF atau keretayang di bawah umur 10 tahunharus bertanya kepada LTA samaadanilai PARFakan menjadi sifar ji-ka mereka “lay up” kereta mereka.

Setelah faham, barulah kitaboleh membuat keputusan tepat.

Jika hanya kerana hendakmengelak daripada membayar cu-kai jalan raya dan insurans untuksetahun tetapi menyebabkan kehi-langan semua nilai PARF, ia ha-nya akan merugikan.

Pemilik kereta yang datangmendapatkan nasihat saya kinisudah membuat rayuan kepadaLTA supaya keretanya‘dihidupkan’ semula (reinstate)dan nilai PARF dikembalikan.

Satu lagi nasihat ialah supayasentiasa berhati-hati, banyakkanmembaca dan bertanya kerana iniakan menambah kefahaman ten-

tang jual beli dan lain-lain halmengenai kereta.

Hakikatnya, kereta kini sudahmenjadi satu keperluan, bukan la-gi kemewahan. Justeru, memaha-mi selok-belok jual beli keretaakan menguntungkan kita.

Bincang juga dengan keluargasebelum membuat keputusan su-paya keluarga tahu kedudukankereta dan kewangannya.

Tahun ini harga Sijil Hak Me-miliki Kenderaan (COE) dijangkanaik lagi kerana kuota COE akanditurunkan bulan depan, sekaligus boleh menyebabkan hargakereta naik lagi.

Jika pembaca ingin membelikereta, timbangkan membeli kere-ta terpakai buat sementara wak-tu. Apabila harga COE mulai tu-run, barulah kita menimbangkanmembeli kereta baru. Cara iniakan menjimatkan.

Fahami tentang ‘lay up’ dan kesan atas rebat

Syarikat timah Malaysia tawar IPO di Singapura

CAKAP PASALKERETA

MOHAMED TAIFOORMOHAMED

[email protected]

MEMPERLUAS SYARIKAT: ‘Tokoh Timah’ di Malaysia, Dato’ Ajib, mahu MSCmembuat persediaan bagi memenuhi permintaan tinggi bagi timah di dunia. – FotoKHALID BABA

Firma pertama disenarai di duabursa sejak penutupan Clob di sini

’Penyenaraian diSingapura akan jugameluaskan danmempelbagaikanpangkalan pemegang

saham kami bagimeningkatkan mudah tunaidalam pasaran.– Dato’ Seri Dr Mohd AjibAnuar, Ketua PegawaiEksekutif (CEO) MSC.

Berita Harian 7

Sabtu, 22 Januari 2011 7EKONIAGA

Top Related