Download - Dsp p moral tingkatan 1 tambahbaik feb 2013
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 1
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
3
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL
Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid: 1. Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;
2. Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah
mengekalkannya;
3. Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia
yang demokratik;
4. Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan
5. Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni
masyarakat Malaysia.
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
4
PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
5
TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard
dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti
boleh ditaksir dan dicapai. o Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh
buat berdasarkan deskriptor. Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
6
TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
7
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia
2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia
3 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia
4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia dengan beradab, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang
5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat
6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat dan diteladani
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
8
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1
Tahu
B1 Mengetahui nilai-nilai berakhlak mulia
B1D1 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
Kepercayaan kepada Tuhan
Amanah
Harga Diri
Bertanggungjawab
Hemah Tinggi
Toleransi
Berdikari
Kerajinan
Kasih Sayang
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
B1D1E1 Boleh menyatakan
cara menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan amanah
di sekolah
kekuatan dan kelemahan diri
cara menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran
adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan
perbezaan yang wujud dalam masyarakat
cara menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain
cara menentukan kesahihan sesuatu maklumat
cara bersikap sederhana dalam kehidupan seharian
B1D1E2 Boleh memberi contoh
tugas di rumah / di sekolah yang dilakukan tanpa bergantung kepada orang lain
amalan yang adil dalam kalangan anggota keluarga
B1D1E3 Boleh menyenaraikan
contoh ciptaan Tuhan
ciri kerajinan untuk mencapai kejayaan dalam hidup
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
9
B1D2 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan
Kasih Sayang terhadap Keluarga
Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Tanggungjawab terhadap Keluarga B1D3 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Alam Sekitar
Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
Kemapanan Alam Sekitar
Peka terhadap Isu-Isu Alam Sekitar B1D4 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme
Cinta akan Negara
Taat Setia kepada Raja dan Negara
Sanggup Berkorban untuk Negara
B1D2E1 Boleh menyatakan
amalan kasih sayang terhadap keluarga seperti yang dituntut oleh agama
cara menghormati setiap anggota keluarga
tradisi yang diamalkan dalam keluarga
peranan sebagai anggota keluarga B1D3E1 Boleh menyatakan
cara menjaga keseimbangan alam sekitar
cara menjaga kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam
cara menyokong usaha melindungi khazanah hutan
jenis pencemaran alam sekitar B1D4E1 Boleh menyatakan lambang kebesaran dan identiti negara B1D4E2 Boleh menyenaraikan
tempat –tempat pelancongan yang mempunyai alam semulajadi yang indah
tokoh yang sanggup berjuang demi negara
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
10
B1D5 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia
Melindungi Hak Kanak-kanak
Menghormati Hak Wanita
Melindungi Hak Pekerja
Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Melindungi Hak Pengguna B1D6 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi
Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang
Kebebasan Bersuara
Kebebasan Beragama
Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Sikap Keterbukaan B1D7 Mengetahui nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian
Hidup Bersama secara Aman
Saling Membantu dan Bekerjasama
Saling Menghormati antara Negara
B1D5E1 Boleh menyatakan
keperluan asas yang diperlukan untuk hidup
cara memberi layanan baik kepada wanita
hak pekerja di tempat kerja
punca kecacatan golongan kurang berupaya
hak dan tanggungjawab pengguna untuk mendapatkan keperluan asas
B1D6E1 Boleh menyatakan
peraturan yang perlu dipatuhi di rumah / di sekolah
keperluan kebebasan bersuara
amalan pelbagai agama dalam kehidupan seharian
aktiviti anjuran sekolah yang melibatkan murid
cara mengamalkan sikap keterbukaan B1D7E1 Boleh menyatakan
cara menjalin hubungan yang baik dengan warga sekolah / masyarakat
amalan saling membantu dalam hidup bermasyarakat
pelbagai ideologi negara di dunia
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
11
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
Tahu dan Faham
B2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berakhlak mulia
B2D1 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
Kepercayaan kepada Tuhan
Amanah
Harga Diri
Bertanggungjawab
Hemah Tinggi
Toleransi
Berdikari
Kerajinan
Kasih Sayang
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
B2D1E1 Boleh menjelaskan
keunikan manusia dan alam semesta sebagai ciptaan Tuhan
kepentingan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah di sekolah
cara memelihara maruah diri
kepentingan menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran
kepentingan adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan
kepentingan sikap berdikari untuk kejayaan hidup
amalan kerajinan yang membawa kejayaan individu
kepentingan menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain
kepentingan berlaku adil dalam keluarga
kepentingan menentukan kesahihan sesuatu maklumat
kepentingan bersikap sederhana dalam kehidupan seharian
B2D1E2 Boleh membuat perbandingan antara rakan sekelas dari pelbagai aspek seperti kebolehan, pemikiran, status ekonomi dan agama / kepercayaan yang wujud dalam masyarakat
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
12
B2D2 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan
Kasih Sayang terhadap Keluarga
Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Tanggungjawab terhadap Keluarga B2D3 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Alam sekitar
Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
Kemapanan Alam Sekitar
Peka terhadap Isu-Isu Alam Sekitar B2D4 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme
Cinta akan Negara
Taat Setia kepada Raja dan Negara
Sanggup Berkorban untuk Negara
B2D2E1 Boleh menjelaskan
kepentingan amalan kasih sayang terhadap keluarga seperti yang dituntut oleh agama
kepentingan menghormati setiap anggota keluarga
kepentingan tradisi yang diamalkan dalam keluarga
kepentingan melaksanakan peranan sebagai anggota keluarga
B2D3E1 Boleh menjelaskan
kepentingan menjaga keseimbangan alam sekitar
kepentingan menjaga kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam
cara menyokong usaha melindungi khazanah hutan
kesan pencemaran alam sekitar B2D4E1 Boleh menjelaskan
cara menunjukkan kebanggaan terhadap keindahan alam semulajadi di negara sendiri
kepentingan menghormati dan menghayati lambang kebesaran dan identiti negara
peranan pasukan keselamatan / perjuangan tokoh yang sanggup berkorban untuk negara
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
13
B2D5 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia
Melindungi Hak Kanak-Kanak
Menghormati Hak Wanita
Melindungi Hak Pekerja
Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Melindungi Hak Pengguna B2D6 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi
Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang
Kebebasan Bersuara
Kebebasan Beragama
Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Sikap Keterbukaan B2D7 Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian
Hidup Bersama secara Aman
Saling Membantu dan Bekerjasama
Saling Menghormati antara Negara
B2D5E1 Boleh menjelaskan
kepentingan keperluan asas kepada kanak-kanak
kepentingan memberi layanan baik kepada wanita
hak pekerja di tempat kerja
kepentingan menghormati golongan kurang berupaya
hak dan tanggungjawab pengguna untuk mendapatkan keperluan asas
B2D6E1 Boleh menjelaskan
kesan melanggar peraturan di rumah / di sekolah
sebab adanya batasan tertentu dalam kebebasan bersuara
kepentingan menghormati amalan pelbagai agama
kepentingan penglibatan semua murid dalam menjayakan aktiviti anjuran sekolah
kepentingan sikap keterbukaan B2D7E1 Boleh menjelaskan
kepentingan menjalin hubungan baik dengan warga sekolah / masyarakat
kepentingan sikap suka membantu dalam hidup bermasyarakat
kepentingan menghormati kedaulatan sesebuah negara
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
14
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, Faham dan Boleh
Buat
B3 Mengetahui, memahami, dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia
B3D1 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
Kepercayaan kepada Tuhan
Amanah
Harga Diri
Bertanggungjawab
Hemah Tinggi
Toleransi
Berdikari
Kerajinan
Kasih Sayang
Keadilan
Rasional
Kesederhanaan
B3D1E1 Boleh menunjukkan perlakuan
menghargai ciptaan Tuhan
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah di sekolah apabila disuruh
menjaga maruah diri di sekolah apabila disuruh
menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran apabila disuruh
bertolak ansur dengan rakan di sekolah terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat
menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain
adil dalam tindakan dengan anggota keluarga
B3D1E2 Boleh menunjukkan
adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan apabila disuruh
sikap rajin untuk mencapai kejayaan dalam hidup apabila disuruh
sikap sederhana dalam kehidupan B3D1E3 Boleh melakukan tugas di rumah / sekolah tanpa bergantung kepada orang lain
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
15
B3D2 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan
Kasih Sayang terhadap Keluarga
Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Tanggungjawab terhadap Keluarga B3D3 Mengetahui memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Alam Sekitar
Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
Peka terhadap Isu-Isu Alam sekitar B3D4 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme
Cinta akan Negara
Taat Setia kepada Raja dan Negara
B3D2E1 Boleh menunjukkan perlakuan
melaksanakan peranan sebagai anggota keluarga
menerima dan menghormati adat / tradisi yang diamalkan oleh keluarga
B3D3E1 Boleh menunjukkan perlakuan
menjaga keseimbangan alam sekitar
menjaga kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam apabila diarah
B3D3E2 Boleh menunjukkan sikap prihatin terhadap kesan pencemaran alam sekitar B3D4E1 Boleh menunjukkan sikap bangga terhadap keindahan alam di negara sendiri B3D4E2 Boleh menunjukkan perlakuan menghormati lambang kebesaran dan identiti negara apabila diarah
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
16
B3D5 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia
Menghormati Hak Wanita
Melindungi Hak Pengguna B3D6 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi
Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang
Kebebasan Bersuara
Kebebasan Beragama
Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Sikap Keterbukaan B3D7 Mengetahui, memahami dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian
Hidup Bersama secara Aman
Saling Membantu dan Bekerjasama
B3D5E1 Boleh menunjukkan cara
memberi layanan baik kepada wanita
menjaga hak dan tanggungjawab sebagai pengguna
B3D6E1 Boleh menunjukkan perlakuan
mematuhi peraturan di sekolah apabila disuruh
menghormati amalan pelbagai agama apabila disuruh
menjalankan tugas yang diberi bagi menjayakan aktiviti anjuran sekolah
B3D6E2 Boleh memberi pendapat dan meluahkan perasaan apabila disuruh B3D6E3 Boleh menunjukkan sikap keterbukaan apabila menerima teguran dalam sesuatu tindakan B3D7E1 Boleh menunjukkan
interaksi dan komunikasi dengan warga sekolah / masyarakat
sikap suka membantu untuk kebaikan bersama dalam hidup bermasyarakat
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
17
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, Faham dan Boleh
Buat dengan Beradab
B4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berakhlak mulia dengan beradab, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang
B4D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
Kepercayaan kepada Tuhan
Amanah
Harga Diri
Bertanggungjawab
Hemah Tinggi
Toleransi
Berdikari
Kerajinan
Kasih Sayang
Rasional
B4D1E1 Boleh menghargai ciptaan Tuhan berlandaskan peraturan agama dengan rela hati B4D1E2 Boleh bersikap
bertolak ansur terhadap perbezaan yang wujud dalam masyarakat dengan ikhlas
sopan dalam pertuturan dan tingkah laku
gigih dengan rela hati untuk mencapai kejayaan dalam hidup
menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain dengan ikhlas
B4D1E3 Boleh menjaga maruah diri di sekolah tanpa disuruh B4D1E4 Boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah di sekolah dengan rela hati B4D1E5 Boleh menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran dengan rela hati
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
18
B4D2 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan
Kasih Sayang terhadap Keluarga
Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Tanggungjawab terhadap Keluarga B4D3 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Alam Sekitar
Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar
B4D4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Patriotisme
Cinta akan Negara
Taat Setia kepada Raja dan Negara
B4D5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia
Melindungi Hak Pengguna
B4D2E1 Boleh menunjukkan sikap kasih sayang / boleh memberi layanan secara bersopan kepada setiap anggota keluarga / boleh menjaga maruah keluarga dengan tertib / rela hati B4D3E1 Boleh menjaga
keseimbangan alam sekitar dengan tertib dan bertanggungjawab
kebersihan persekitaran rumah / sekolah / tempat awam dengan rela hati
B4D4E1 Boleh menceritakan perasaan sayang dan bangga terhadap keindahan alam di negara sendiri dengan tertib / ikhlas B4D4E2 Boleh menunjukkan sikap menghormati lambang kebesaran dan identiti negara dengan rela hati
B4D5E1 Boleh melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai pengguna dengan tertib / bijak
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
19
B4D6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi
Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang
Kebebasan Bersuara
Kebebasan Beragama
Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Sikap Keterbukaan
B4D7 Mengetahui, memahami, menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai berkaitan dengan Keamanan dan keharmonian
Hidup Bersama secara Aman
Saling Membantu dan Bekerjasama
B4D6E1 Boleh mematuhi peraturan di sekolah dengan rela hati B4D6E2 Boleh memberikan pendapat dan meluahkan perasaan dengan tertib / dalam batasan tertentu B4D6E3 Boleh menghormati amalan pelbagai agama dengan tertib / rela hati B4D6E4 Boleh melaksanakan aktiviti anjuran sekolah dengan tertib / rela hati B4D6E5 Boleh bersikap terbuka apabila menerima teguran dalam sesuatu tindakan dengan tertib / ikhlas B4D7E1 Boleh menunjukkan
interaksi dan komunikasi secara sopan / tertib dengan warga sekolah
sikap suka membantu untuk kebaikan bersama dalam hidup bermasyarakat dengan rela hati
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
20
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, Faham dan Boleh
Buat dengan Beradab Terpuji
B5 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat
B5D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi
Bertanggungjawab
Hemah Tinggi
Kerajinan
Kasih Sayang
Rasional B5D2 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi
Kasih Sayang terhadap Keluarga
Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Tanggungjawab terhadap Keluarga
B5D1E1 Boleh mengamalkan perkara berikut dengan tertib / ikhlas dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat
perlakuan menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran
adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan di sekolah
sikap rajin untuk mencapai kejayaan hidup
sikap menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain
B5D2E1 Boleh mengamalkan sikap kasih sayang / menghormati anggota keluarga / melaksanakan kewajipan terhadap keluarga secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan anggota keluarga
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
21
B5D3 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi
Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang
Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
B5D4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian dalam kehidupan seharian
Hidup Bersama secara Aman
B5D3E1 Boleh mengamalkan perlakuan mematuhi peraturan di sekolah dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan B5D3E2 Boleh melaksanakan aktiviti anjuran sekolah dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan B5D4E1 Boleh mengamalkan interaksi dan komunikasi dengan warga sekolah secara sopan / tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
22
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6
Tahu, Faham
dan Boleh Buat dengan
Beradab Mithali
B6 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berakhlak mulia dalam kehidupan seharian / pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat dan diteladani
B6D1 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi serta dicontohi
Bertanggungjawab
Hemah Tinggi
Kerajinan
Kasih Sayang
Rasional B6D2 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Kekeluargaan dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi serta dicontohi
Kasih Sayang terhadap Keluarga
Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga
Tanggungjawab terhadap Keluarga
B6D1E1 Boleh mengamalkan perkara berikut dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan masyarakat dan dicontohi
perlakuan menjaga kesihatan diri / kebersihan persekitaran
adab pertuturan dan tingkah laku yang sopan di sekolah
sikap rajin untuk mencapai kejayaan hidup
sikap menyayangi dan menghargai nyawa diri dan nyawa orang lain
B6D2E1 Boleh mengamalkan sikap kasih sayang atau menghormati anggota keluarga / melaksanakan kewajipan terhadap keluarga secara tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan anggota keluarga serta dicontohi
DSP Pendidikan Moral Tingkatan 1 Januari 2013
23
B6D3 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai berkaitan dengan Demokrasi dalam kehidupan seharian atau pelbagai situasi dan dicontohi
Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang
Penglibatan Diri dalam Pembangunan negara
B6D4 Mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian dalam kehidupan seharian dan dicontohi
Hidup Bersama secara Aman
B6D3E1 Boleh mengamalkan perlakuan mematuhi peraturan di sekolah dengan rela hati dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan dan dicontohi B6D3E2 Boleh melaksanakan aktiviti anjuran sekolah dalam pelbagai situasi dengan tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan dan dicontohi B6D4E1 Boleh mengamalkan interaksi dan komunikasi dengan warga sekolah secara sopan / tertib dan tekal serta memupuk nilai dalam kalangan rakan dan dicontohi