Download - Definisi Pengurusan Tingkah Laku
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
1/22
Definisi Pengurusan Tingkah laku.
Pengurusan Tingkahlaku ialah program tingkahlaku yang dilakukan oleh
guru, ibubapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan
dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai
tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat. Dr.
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005) pula mentakrifkan Pengurusan tingkah
laku sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke
satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
Apakah Program Pengurusan Tingkah Laku
Program Pengurusan Tingkahlaku adalah merupakan dokumen bertulis yg
menjelaskan perkara-perkara seperti jenis perlakuan yg dinilai, kekerapan
perlakuan dan keadaan semasa perlakuan dinilai. Sebagai contoh, setiap guru
mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas bagi
membolehkan berlakunya pembelajaran yang sihat dan produktif. Guru perlu
membimbing tingkah laku murid kearah positif dan menghentikan tingkah laku
negatif agar murid bebas dari sebarang gangguan. Terdapat beberapa langkah
asas bagi pengurusan tingkahlaku iaitu dengan mengenal pasti jenis tingkahlaku
yang hendak dikaji terlebih dahulu dan kemudian tentukan sasaran. Seterusnya
pilih strategi yang hendak digunakan serta mengkaji kesan dan akhir sekali
mengaplikasi strategi baru jika perlu.
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
2/22
ASAS PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Terdapat tiga perkara asas dalam pengurusan tingkah laku. Perkara
tersebut adalah peneguhan, hukuman, prompts dan kiu.
a) Peneguhan
Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan
kepada tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan
kekerapan tingkah laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat
digalakkan melalui amalan peneguhan.
b) Hukuman
Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas
melakukan sesuatu tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan
kepada tigabahagian. Bahagian pertama adalah satu tingkah laku tertentu
terjadi. Bahagian kedua pula menyatakan tentang satu konsikuen semerta
mengikuti tingkah laku tersebut dan bahagian ketiga adalah sebahagian hasil
daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak berlaku lagi di masa akan datang.
Hukuman juga merupakan pengawal tingkah laku yang kuat. Hukuman boleh
dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan hukuman negatif.
Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
3/22
pemberian satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman
negatif adalah tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan penarikan
ransangan yang meneguhkan.
c) Prompts
Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan
individu dalam melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau
semasa tingkah laku itu dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan
stimulus. Prompts respon adalah tingkah laku individu lain yang meransangkan
responyang diperlukan. Antaranya adalah prompts lisan, gesture, tunjuk cara
dan fizikal. Manakala prompts stimulus pula melibatkan perubahan, penambahan
atau penarikanpada stimulus. Ini adalah bertujuan untuk memastikan respon
yang betul diperolehi.
d) Kiu
Kiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atau
konsep yang relevan dengan objek atau konsep yang lain. Contohnya, guru
membezakan suku kata dengan mengunakan warna merah dan warna hitam.
Hal ini akan membantu murid untuk membezakan suku kata pertama dengan
suku kata kedua di samping dapat memudahkan proses bacaan.
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
4/22
Konsep Pengurusan Tingkah Laku
Tingkah laku dipelajari sepanjang masa. Tingkah laku boleh diubah mengikut situasi.
Tingkah laku dianggap sebagai satu masalah apabila ia tidak diterima dalam satu situasi.
Langkah-langkah dalam menguruskan tingkah laku
1. Kenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubahsuai, kita mesti spesifik.
2. Kumpul semua maklumat :
Bila tingkah laku itu berlaku?
Berapa kerap ia berlaku?
Dalam keadaan apa ia berlaku?
Apa terjadi sebelum tingkah laku itu ditunjukkan?
Apa pandangan kanak-kanak terhadap tingkah lakunya itu?
Apakah tingkah laku itu selalu berlaku apabila dia bersendirian?
Semasa di bawah penyeliaan?
Semasa dengan orang lain?
3. Tafsir maklumat yang telah dikumpul
4. Rancangkan pengubahsuaian
5. Buat penilaian terhadap rancangan dan usaha anda.
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
5/22
Pendekatan dalam pengurusan tingkah laku
1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri
pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan
diri pelajar serta paksaan.
2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak
ansur. Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan
secara berterusan.
3.Pendekatan Cookbook Management
Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang
tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar.
Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara
perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami
tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.
5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)
Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
6/22
memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai
konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-
masing.
6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai
pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan
untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.
7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan
mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah
laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif
melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
8.Pendekatan Proses Kumpulan
Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru
memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif
dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka
dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
7/22
LANGKAH-LANGKAH MENGENAL PASTI TINGKAH LAKU
Untuk memulakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu menjalankan
beberapa langkah untuk mengenal pasti tingkah laku bermasalah. Antara langkah yang
perlu dilakukan adalah mengesan tingkah laku-tingkah laku bermasalah. Selepas itu, guru
perlu memerhati dan merekod beberapa perkara berikut iaitu hasil tugasan (out-come of a
given task), time sample recording, interval (sela), peristiwa semasa (event) dan self-
recording (merekod tingkah laku sendiri). Guru juga perlu mengenal pasti tingkah laku
yang perlu diubah suai (berdasarkan keutamaan). Kemudian guru perlu mengkaji punca
tingkah laku yang telah dikenal pasti serta merancang program intervensi yang sesuai
untuk masalah tingkahlaku yang dihadapi oleh murid.
LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah
dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-
satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa. Langkah-langkah yang disarankan dalam
program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian
individu atau kumpulan murid tersebut.
PENAKSIRAN TINGKAH LAKU
Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku,
pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
8/22
tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-
kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui
tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-
faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti
hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam
aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya. Terdapat beberapa kaedah atau
teknik yang boleh digunakan oleh pemerhatibagi merekod tingkah laku murid.
Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency recording, duration recording,
interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil kadar.
i. Perekodan Peristiwa
Perekodan peristiwa atau perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatu
tingkah laku diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod.
Teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Alat pengukuran personal (personal tools)
v Kedekatan fizikal (physical proximity) dekati murid yang bermasalah.
v Mobiliti fizikal (physical mobility)-jalan depan ke belakang, ke tepi atau keliling kelas,
buat pengawasan.
v Pandangan guru (ekspresi wajah), menyenangkan, menarik, marah, benci, kecewa.
v Setiap guru mesti mahir menggunakan teknik ini
2. Teknik pencegahan (preventive techniques)
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
9/22
v Kurangkan ketegangan, pengajaran lancar
v Iklim positif
v Peramah, peneguhan, berhati-hati
v Persekitaran terurus
v Patuhi rutin bilik darjah, sistem kutip buku
v Bentuk peraturan, perlakuan yang diterima dan tidak diterima
3. Tindakan Pembetulan (corrective measures)
v Tangani masalah secara spontan, henti secara baik tidak merosakkan
v Ubah fokus tingkah laku secara positif, henti tingkah laku negatif dan harmonikan iklim
bilik darjah
v Caranya:-
v Guna hukuman yang diketahui murid dan relevan
v Tukar tempat duduk, jumpa selepas pengajaran
v Bimbing perlakuan yang positif
v Jelaskan hak mereka, ingatkan mereka selalu
v Gunakan alat pengukuran personal-wajah dll.
Teknik - teknik Pengurusan Tingkah Laku
1. Peneguhan
2. Tukar persekitaran fizikal
3. Ubahsuai program pengajaran
4. Guru menukar tingkahlaku sendiri
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
10/22
5. Kualiti guru
6. Penggunaan ganjaran
7. Pembentukan
8. Pengasingan (time-out)
9. Dendaan / hukuman
10. Penghapusan
11. Rakan sebaya (modelling)
12. Kejalakan (satiation)
13. Bimbingan dan Kaunselling
Langkah-langkah dalam menguruskan tingkah laku
1. Kenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubahsuai, kita mesti spesifik.
2. Kumpul semua maklumat :
Bila tingkah laku itu berlaku?
Berapa kerap ia berlaku?
Dalam keadaan apa ia berlaku?
Apa terjadi sebelum tingkah laku itu ditunjukkan?
Apa pandangan kanak-kanak terhadap tingkah lakunya itu?
Apakah tingkah laku itu selalu berlaku apabila dia bersendirian?
Semasa di bawah penyeliaan?
Semasa dengan orang lain?
3. Tafsir maklumat yang telah dikumpul
4. Rancangkan pengubahsuaian
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
11/22
5. Buat penilaian terhadap rancangan dan usaha anda.
Pendekatan dalam pengurusan tingkah laku
1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri
pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan
diri pelajar serta paksaan.
2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak
ansur. Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan
secara berterusan.
3.Pendekatan Cookbook Management
Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang
tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar.
Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara
perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami
tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
12/22
5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)
Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk
memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai
konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-
masing.
6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta
mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai
pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan
untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.
7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan
mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah
laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif
melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
8.Pendekatan Proses Kumpulan
Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru
memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif
dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka
dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
13/22
LANGKAH-LANGKAH MENGENAL PASTI TINGKAH LAKU
Untuk memulakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu menjalankan
beberapa langkah untuk mengenal pasti tingkah laku bermasalah. Antara langkah yang
perlu dilakukan adalah;
1Mengesan tingkah laku-tingkah laku bermasalah
Memerhati dan merekod
- hasil tugasan (out-come of a given task)
- time sample recording
- interval (sela)
- peristiwa semasa (event)
- self-recording (merekod tingkah laku sendiri)
Mengenal pasti tingkah laku yang perlu diubah suai (berdasarkan keutamaan)
Mengkaji punca tingkah laku yang telah dikenal pasti
Merancang program intervensi yang sesuai
LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang,
dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah
laku bermasalah atau luar biasa. Langkah-langkah yang disarankan dalam program
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
14/22
pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu
atau kumpulan murid tersebut.
Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil perhatian
terlebih dahulu,iaitu;
Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?
Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?
Bila tingkah laku itu berlaku?
Kekerapan tingkah itu berlaku.
Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?
Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
15/22
TAJUK 4
STRATEGI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU
4.1 Pelupusan dan peningkatan tingkah laku
Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira
faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga
faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.
Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut;
ganjaran (reinforcers)
Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu;
i. ganjaran primer makanan, minuman dll
ii. ganjaran social- senyuman, pujian dll
iii. ganjaran sekunder token, kupon, mainan, bintang dll
dendaan (punishment)
- tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
16/22
pengasingan (isolation)
- mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih
- asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya
pembentukan (shaping)
- pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh
murid yang menjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki.
prompting
- digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai
tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang
dikehendaki secara lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal.
fading (pelunturan)
- mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan
modeling
- menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati
untuk diteladani oleh murid
kejelakan (satiation)
- membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
17/22
melakukannya dan berhenti sendiri
- Over Correction adalah satu teknik kejelakan.
desensitization
- tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa
gugup atau takut yang berlebihan ( takut bercakap di depan kelas,
fobia)
bimbingan dan kaunseling
- pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid
menghadapi atau menangani masalah tingkah laku
terapi muzik/seni
- menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety,
dan melepaskan perasaan yang tertekan
penamatan/pelupusan (extinction)
- memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan
tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan
dengan tingkah laku baru yang positif
pengasingan (time-out, suspension)
- menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik
khas)
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
18/22
- mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan
kontrak perjanjian (contigency contracting)
- persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara
lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara
atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan
tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang
akan berlaku.
4.2 Isu, polisi, dan etika dalam pengurusan program pendidkan khas
Dalam melaksanakan program pengrusan tingkah laku, terdapat
banyak isu yang mungkin timbul. Di antara isu yang
Sulit (confidential)
Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit
Zero reject (education for all)
Semua murid behak endapat pendidikan yang sesuai secara prcuma
Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation)
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
19/22
Setiap murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan latar belakang budaya dan
bahasa sebelum diditempatkan dalam program pendidikan khas
Rancangan Pendidikan Individu (Individualized Educational Plan)
Setiap murid yang berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikan secara individu
yang mencatatkan pencapaiain semasa, matlamat, perkhidmatan khusus, prosedur, dan
hasil (out-come)
Persekitaran yang kurang terhad (least restricted environment)
Seboleh-bolehnya murid perlu diberikan pendidikan dalam kelas yang paling tidak terhad
Due process
Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat keputusan yang berkaitan
pendidikan murid dan tanggungjawab dipikul bersama sama oleh pihak profesional
(pakar) dan ibu bapa
Penglibatan dan persetujuan ibu bapa
Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat juga dalam membina
program dan berhak mendapat rekod berkaitan pendidikan anaknya.
4.3 Penglibatan ibu bapa dalam program pengurusan tingkah laku
Peranan ibu bapa
- Ibu bapa boleh terlibat dalam pengesanan, pengujian (assessment), membina program,
mengajar, dan penilaian (evaluation)( e.g. keberkesanan program)
- harapan ibu bapa dan juga harapan profesional
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
20/22
Bentuk penglibatan
- mengenal pasti dan merujuk
- diberitahu dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk membina program
- temu duga sejarah hidup murid
- pengujian secara formal
- memerhati dan membuat carta/rekod
- melibatkan murid dalam pengujian (asssessment)
Perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa (conferencing)
- persediaan untuk perjumpaan
- cara komunikasi
- melapor keputusan
- membentuk matlamat (goals) program
- kelulusan untk penempatan
Due process
Dalam due proses hak dan tanggungjawab ibu bapa diperjelaskan
Memantau pelaksanaan program
Merupakan proses yang berterusan
Kerjasama ibu bapa
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
21/22
Kerjasama ibu bapa dengan profesional dapat menjamin kejayaan
program
Pendidikan ibu bapa
- Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidkan khas, keperluan
anak
- Latihan cara berkomunikasi, terapi , kaunseling, perundangan
- membina rangkaian (net working) kelab sokongan ibu bapa
Guru mengarah murid
Pandang cikgu
Murid B membaling buku kepada murid A
Murid memandang guru
Guru menegur murid tersebut
Guru memujinya
Guru memberi gula-gula sebagai ganjaran
Model lain yang seakan-akan sama seperti di atas adalah Model A-B-C
Antrecedent -------- Behaviour ---------- Consequences
-
7/29/2019 Definisi Pengurusan Tingkah Laku
22/22
A ----- peristiwa sebelum
B ----- Tingkah laku yang ditunjukkan (response)
C ----- Akibat/kesan