-
Day-Date 36
Oyster, 36 mm, emas kuning
-
Oyster Perpetual Day-Date 36 dalam emaskuning 18 karat dengandail Berlian berturap,bezel berjejalur danrantai President.
Day-Date adalah jam tangan pertama di dunia yang
menunjukkan hari bagi minggu yang dieja penuh apabila ia
dipersembahkan buat pertama kalinya pada tahun 1956.
-
Dail Berturap BerlianSatu simfoni kilauan
Dail yang berturapkan berlian itu adalah satu simfoni
kilauan untuk jam tangan dan pesona si pemakai.
Pengeset permata dengan halus mengukir logam berharga
menggunakan tangan untuk kedudukan permata agar
setiap batu permata terbenam dengan sempurna.
-
Bezel berjejalurTanda pengenalan Rolex
Bezel berjejalur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada
mulanya, bezel Oyster jejalur mempunyai tujuan tertentu:
ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup
untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Ianya kemudian
dikenali sebagai jejalur penutup belakang yang juga
diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan
menggunakan alat-alat spesifik Rolex. Dari masa ke masa,
jejalur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli yang
menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Kini, bezel
berjejalur adalah satu tanda perbezaan, lazimnya dalam
keemasan.
-
Emas kuning 18 karatKomitmen untuk mencapaikecemerlangan
Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri,
Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk
menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi.
Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga,
platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas
18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih.
Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen
dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan
menggunakan kelengkapan yang paling canggih.
Perhatian kepada kualiti yang sama juga akan diberikan
sebelum emas dibentuk dan direka. Komitmen
kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.
-
Rantai PresidentKehalusan yang muktamad
Reka bentuk, pembangunan dan penghasilan rantai dan
kancing Rolex, serta ujian ketat yang dilaluinya melibatkan
teknologi yang maju. Dan, seperti semua komponen jam
tangan, kawalan estetika dari mata manusia menjamin
kecantikan yang sempurna. Rantai President dengan tiga
keping sambungan separa bulat telah dicipta pada tahun
1956 untuk pelancaran yang berprestij bagi Oyster
Perpetual Day-Date. Ia melambangkan kehalusan dan
keselesaan yang muktamad serta sentiasa diperbuat
daripada logam berharga yang dipilih dengan teliti.
-
Paparan hariSerta merta pada tengahmalam
Mula diperkenal pada tahun 1956, Day-Date merupakan
yang pertama di dunia. Jam tangan pertama yang
menunjukkan hari pada minggu dieja dengan sepenuhnya.
Dipakai oleh ramai pemimpin dunia, Day-Date boleh
didapati dengan ejaan paparan hari dalam pelbagai pilihan
bahasa.
-
Kanta SiklopsKanta pembesar
Kanta siklops adalah salah satu ciri Rolex yang paling unik
dan salah satu yang paling dikenali. Dinamakan selepas
wujudnya mitos Yunani gergasi yang bermata satu, Kanta
siklops membesarkan paparan lambang tarikh jam tangan
sebanyak dua setengah kali ganda untuk memudahkan
bacaan. Di sebalik siklops, seperti setiap ciri jam tangan
Rolex, terdapat sejarah penemuan, penyelidikan dan
pembangunan, serta pencarian tanpa henti untuk
kesempurnaan.
-
Mekanisme 3255Prestasi yang hebat
Day-Date 36 dilengkapi dengan mekanisme generasi baru,
3255 kaliber yang dibangunkan dan dibuat sepenuhnya
oleh Rolex untuk tahap prestasi yang hebat. Mekanisme
mekanikal automatik ini berada di barisan hadapan dalam
seni pembuatan jam tangan. Suatu demonstrasi sempurna
bagi teknologi Rolex dengan 14 terpaten, ia menawarkan
kelebihan asas dari segi ketepatan, rizab kuasa,
ketahanan terhadap kejutan dan kemagnetan, kemudahan
penggunaan serta kebolehpercayaan.
-
SpesifikasiRujukan 128238
PENUTUP MODELOyster, 36 mm, emas kuning
SENI BINA OYSTERPenutup tengah Monoblok, penutup
belakang diskrukan ke bawah dan belitan
putaran jam
GARIS PUSAT36 mm
BAHANemas kuning 18 karat
BEZELBerjejalur
BELITAN PUTARAN JAMDiskrukan ke bawah, sistem kalis air
Twinlock berganda
KRISTALNilam tahan calar, kanta siklops sepanjang
tarikh
KALIS AIRKalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
MEKANISMEPerpetual, mekanikal, automatik
KALIBER3255, Buatan Rolex
KETEPATAN-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
FUNGSIJarum jam, minit dan saat dengan serta
merta pada hari dan tarikh di apertur,
penetapan yang cepat tanpa had.
Pemberhentian saat untuk tetapan masa
yang tepat
PENGAYUNPegas rambut paramagnet Parachrom biru.
Penyerap kejutan Paraflex berprestasi
tinggi
BELITANDwiarah automatik melalui rotor Perpetual
RIZAB KUASALebih kurang 70 jam
-
RANTAIPresident, penghubung keping tiga
separuh bulat
BAHAN RANTAIemas kuning 18 karat
KANCINGCrownclasp lipat terlindung
DAILBerturap berlian
TATAHAN PERMATAPotongan 10 baguette, biru nilam warna
pelangi
PENSIJILANSuperlatif kronometer (COSC + Pensijilan
Rolex selepas dibuka)
-
Terokai dan temui lebihlanjut di Rolex.com
Semua hak milik intelektual seperti tanda perniagaan,
nama dagang, reka bentuk dan hak cipta terpelihara
adalah eksklusif hak milik Rolex. Tiada apa-apa yang
terkandung dalam laman web ini boleh diterbitkan tanpa
kebenaran bertulis. Rolex berhak pada setiap masa untuk
mengubah suai model yang dipaparkan di laman web.
Day-Date 36Oyster Perpetual Day-Date 36 dalam emas kuning 18 karat dengan dail Berlian berturap, bezel berjejalur dan rantai President.Dail Berturap BerlianSatu simfoni kilauanBezel berjejalurTanda pengenalan RolexEmas kuning 18 karatKomitmen untuk mencapai kecemerlanganRantai PresidentKehalusan yang muktamadPaparan hariSerta merta pada tengah malamKanta SiklopsKanta pembesarMekanisme 3255 Prestasi yang hebatSpesifikasiPenutup ModelSeni Bina OysterGaris pusatBahanBezelBelitan Putaran JamKristalKalis AirMekanismeKaliberKetepatanFungsiPengayunBelitanRizab kuasaRantaiBahan RantaiKancingDailTatahan permataPensijilan
Terokai dan temui lebih lanjut di Rolex.com