Download - CTU551 Tamadun India academic writing
TAMADUN INDIA Sejarah & Sumbangan
CTU551 Tamadun Islam dan Asia
Pensyarah : Ustaz Che Bakar Che Mat
Kumpulan kuliah: D1CS2491A
Disediakan oleh:
Nama No. Matriks
Wan Abdul Azim Bin Wan Ariffin 2015155049
Mohamad Hazim Bin Othman 2015110045
Mohammad Mukhriz Bin Aziz 2015149947
Wan Syahimi Afiq Bin Wan Ahlim 2015166061
PENGENALAN
Tamadun India (Tamadun Lembah Indus) ialah antara tamadun manusia yang tertua
di dunia. Ia bermula sejak awal tamadun ini bertapak di Lembah Indus hingga ke
zaman pertengahan dan zaman moden sekitar tahun 2,500 S.M.
Berlatarbelakangkan masyarakat yang mendiami dua bahagian utama Benua India,
iaitu utara dan selatan, mereka masing-masing memparkan perbezaan-perbezaan
tertentu. Begitupun, pandangan semesta masyarkat India Utara mahupun
masyarakat India Selatan dilakari beberapa agama utama iaitu Hindu Buddha, Sikh
dan Islam. Mereka juga berkongsi persamaan dari aspek sistem keluarga, sistem
kasta dan isu gender.
Kedudukan Tamadun India yang terletak berhampiran tamadun mesopotamia yang
terletak 1500 batu ke barat India. Keadaan ini boleh dilihat sebagai satu faktor
kelahiran Tamadun India dan dorongan kepada masyarakatnya untuk menghasilkan
pelbagai bentuk pencapain yang menjadi sumbangan Tamadun India kepada
tamadun tamadun lain.Antara pencapaian penting Tamadun India berlaku dalam
bidang bahasa dan kesusasteraan,kesenian, dan sains dan teknologi.
1.0 LATAR BELAKANG DAN SEJARAHTamadun India bermula di kawasan Lembah Indo-Ganges yang telah dikenal pasti
menjalankan aktiviti penanaman barli dan padi sejak sekurang-kurangnya Zaman
Besi dan Zaman Gangsa. Dalam konteks tamadun India, perkembangan
masyarakatnya berlangsung dalam persekitaran yang sesuai. Tanah-tanah di
lembah sungainya subur untuk menjalankan aktiviti pertanian, kedudukannya
strategik kerana adanya sungai-sungai besar yang boleh memberi kemudahan
kepada masyarakat sama ada sebagai sumber air minuman atau disalirkan ke
kawasan pertanian bagi mengairi tanaman dan lebih penting lagi kemampuan
masyarakatnya untuk memaksimumkan kelebihan yang ada untuk kemajuan mereka
(Ahmad Zaki et. al., 2009: 36).
Tamadun India dilihat memberi penjelasan yang lebih ketara kerana tamadun ini
berteraskan agama yakni Hindu, Islam dan Buddha. Tamadun India telah
menjalinkan hubungan dengan tamadun Mesopotamia. Malah terdapat suatu
pandangan yang begitu berpengaruh pada suatu ketika dahulu yang mengatakan
bahawa Mohenjodaro dan Harappa merupakan koloni Mesopotamia pada sekitar
abad ketiga sebelum Masihi. Pada zaman Gupta pula, interaksi antara India dengan
Rom dan bahagian timur Mediterranean telah mencapai tahap yang insentif. Dalam
hal ini, Burton Stein mengatakan bahawa, “Sejak tahap awal tamadunnya , India
merupakan sebahagian daripada perkembangan masyarakat yang lebih besar
terutamanya dalam konteks masyarakat, kebudayaaan dan pembentukan kerajaan
(Adler. 2006: 52-54)
Tamadun India bermula dengan Tamadun Lembah Indus pada sekitar tahun 3500
S.M dan mencapai kemuncaknya pada tahun 2200 S.M dan hancur pada tahun
1700 S.M. Berikutan daripada kehancuran inilah muncul satu bentuk tamadun yang
ditanggapi sebagai berbeza dengan tamadun sebelumnya dan dikenali sebagain
tamadun yang berdasarkan tradisi Hinduisme. Kemunculan tamadun yang
berpegang pada tradisi Hinduisme sangat sedikit ikatannya dengan Tamadun
Lembah Indus yang mendominasi kehidupan masyarakat di bahagian utara India
antara tahun 2000 hingga tahun 1700 S.M. (Azharudin Mohd Dali. Tamadun India,
Asas-Asas Pembentukan Tamadun India, Mukasurat 3-10).
Tamadun India wujud di Benua Kecil India yang pada hari ini merangkumi negara
India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Sri Lanka. Walau bagaimanapun,
sebelum tahun 1947, pemisahan serta persempadanan begini tidak wujud sebaliknya
merupakan satu wilayah bersatu yang besar. Benua Kecil India meliputi kawasan
dataran, lembah sungai, delta, kawasan tanah tinggi serta gurun terutamanya di
bahagian tengah dan pedalaman India.
Tamadun India dengan merujuk Tamadun Lembah Indus merupakan antara
tamadun yang paling tua dia dunia. Tamadun in terletak di sebuah kawasan yang
luas hingga dikatakan mencapai 500 000 km persegi dengan menjadikan Sungai
Indus dan cawangannya sebagai pusat utama. Tamadun Lembah Indus dikenali
sebagai zaman paling awal wujudnya suatu kehidupan yang bersifat menetap, urban,
tersusun dan memaparkan kematangan manusia yang menghuninya. Penemuan
tinggalan-tinggalan dalam bentuk runtuhan bangunan, rangka manusia dan
sebagainya di Mohenjodaro dan Harappa pada tahun 1920-an telah menjadi suatu
peristiwa penting dalam penyusunan galuran perkembangan tamadun Benua Kecil
India. Penemuan ini telah secara langsung membuka India sebagai sebuah kawasan
yang mempunyai tahap ketamadunan yang tinggi. (Azharudin Mohd Dali. Tamadun
India, Asas-Asas Pembentukan Tamadun India,
Mukasurat 11).
2.0 MASYARAKAT DAN BUDAYA TAMADUN INDIA
Masyarakat adalah struktur terpenting dalam sesebuah sistem sosial.
Begitupun,masyarakat tidak akan terbentuk jika tiada penggabungan individu-
individu yang ada dalam kelompok mereka.Individu-individu ini terbentuk daripada
unit asas masyarakat, iaitu keluarga.
2.1 Sistem Keluarga Rajah 2.0 menunjukkan Sistem Keluarga dan ciri-ciri yang membezakan anara
sistem-sistem keluarga tersebut. (Mashitah et. Al., 2012: 162):
RAJAH 2.0: Sistem Keluarga dan ciri-cirinya
2.2 Sistem KastaSistem ini adalah salah satu amalan yang dianggap unik dalam Tamadun India
kerana ia memperlihatkan idea stratifikasi sosial dalam masyarakat iaitu pengkelasan
masyarakat mengikut peranan masing-masing. Dalam Tamadun India antara
pengkelasan masyarakat mereka adalah Brahmin yang merupakan kelompok guru
dan pendidik yang bertanggungjawab menghasilkan pendidik, sami dan ahli agama,
Ksatria yang merupakan golongan yang bertanggungjawab dalam keselamatan
negara dan keamanan, dan Vaisya yang merupakan kelompok perniaga yang terlibat
dalam urusniaga dallam urus niaga dalam bentuk kewangan dan perdagangan
seterusnya adalah Sudra merupakan dari kalangan petani atau pekerja (Osman et.
Al., 2009:83).
Brahmacarya
Ia bermula dari zaman kecil hingga usia 24 tahun. Dalam tahap pertama, individu perlu mencari ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran serta keperluan mengikut varna/kasta
Grahasta
Individu perlu mencari ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran serta keperluan mengikut varna/kasta
Vanaprasta
Individu perlu mencari ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran serta keperluan mengikut varna/kasta
Sannyasa
Individu perlu mencari ilmu pengetahuan dan mempelajari kemahiran serta keperluan mengikut varna/kasta
2.3 Kedudukan Kaum WanitaKedudukan wanita dalam Tamadun India dilihat berubah-berubah mengikut
adat,tradisi,kepercayaan agama dan polisi pemerintah.Pada zaman Tamadun
Lembah Indus,kaum wanita dilihat mempunyai kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat dan hal ini digambarkan daripada kewujudan Mother Goddes (Fadilah et.
Al, 2004:387)
3.0 AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT
3.1 Agama HinduPengasas atau kelahiran agama ini tidak dapat diketahui atau ditemui.Justeru ia
disebut sebagai Sanatana Dharma yang bermaksud agama yang kekal abadi untuk
menunjukkan bahawa agama Hindu tidak ada permulaan mahupun
pengakhiran.Selain Sanatama dharma ia juga dikenali sebagai Vaidika Dharma
(agama menurut Veda) dan Brahmanisme iaitu kepercayaan kepada kewujudan roh
dunia bergelar Brahman yang dikenali sebagai Trimurti. (Fadilah et. al,. 2004: 358-
359)
Terdapat empat kitab Veda yang menjadi pegangan penganut agama Hindu.Ia
merangkumi Riq Veda,Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda.Setiap Veda
mengandungi empat bahagian iaitu Mantra, Brahmana, Aramyaka dan Upanishad
(Mashitah et. al., 2012: 158)
3.2 Agama Buddha Pengasas agama Buddha ialah Siddharta Gautama (563-483 S.M). Pertapaan beliau
untuk mencari kebenaran dibawah sebatang pokok bodhi telah memberinya
kesedaran kerohanian. Istilah Buddha berasal daripada perkataan Sanskrit, budh,
yang bermaksud “yang mendapat kesedaran”. Buddha mengandungi konsep
ketuhanan, metafizik atau etika yang berkaitan dengan kehidupan. Antara kitab suci
Buddha ialah Tripitaka yang bermaksud “ Tiga Himpunan Hikmat”. Berbeza dengan
Veda-veda Hindu yang ditulis dalam bahasa Sanskrit, kitab-kitab Buddha menjadikan
bahasa Pali sebagai medium utama (Azhar et. al., 2003: 134)
Agama Hindu memberikan penekanan terhadap konsep kehidupan yang sempurna
dan konsep kelahiran semula yang disebut karma (Fadilah et. al., 2004:363).
Menurut Buddha, setiap orang harus menjauhi karma dengan cara menghindarkan
diri daripada perlakuan dan perbuatan jahat. Ia memberi penekanan terhadap
konsep dharma yang menjelaskan Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Jalan Mulia
bagi mengatasi samsara (kesengsaraan) dalam kitaraan kelahiran semua kelak.
Empat kelahiran Mulia tersebut ialah (Osman et. al., 2009: 87) :
1. Penderitaan adalah universal (durhaka)
2. Segala penderitaan ada puncanya (dukkha samudaya)
3. Setiap penderitaan boleh diatasi (dukkha nirodha)
4. Penderitaan ada cara mengatasinya (dukkha nirodha marga)
3.3 Agama SikhAgama Sikh tertumpu di wilayah Punjab (Fadilah et. al., 2004:369). Pengasas ialah
Guru Nanak (1469-1539). Secara umumnya, mesej ajaran beliau menyentuh kod
moral dan kerohanian serta semangat kemanusiaan yang tiada batasan.
Perkembangan agama Sikh diteruskan oleh sembilan orang guru Sikh yang lain
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam kitab suci Sikh iaitu Guru Granth Sahib.
Kepercayaan utama penganut Sikh iaitu mengenai kewujudan tuhan yang satu.
Penganut Sikh menyebut nama tuhan mereka dengan waheguru yang bererti
“tuhan yang menakjubkan” (Osman et, al,. 2009:88).
Ajaran Sikh juga mempunyai konsep persaudaraan yang disebut khalsa yang
bermakna kerelaan berkorban apa saja bilamana ia melibatkan agama. Khalsa
diperkenalkan pleh guru terakhir sejarah Sikh iaitu Gobind Singh (1657-1708)
dengan tujuan untuk memperkasa identiti Sikh. Konsep persaudaraan khalsa
memakai lima simbol utama. Dikenali sebagai 5K,ia merujuk kepada kesh (rambut
panjang), kangha (sikat) ,kara (gelang besi) kirpan (pedang kecil) dan kachera
(seluar jerut).Selepas menjadi alhi khalsa, setiap Sikh lelaki mengambil gelaran Sigh
(Singa) manakala wanita bergelar Kaur (puteri).Mereka mengenakan simbol 5K
untuk mencapai kesejahteraan hidup (Mashitah et. al., 2012: 161; Osman et, al,.
2009: 88-89: Fadilah et, al,. 2004: 370).
4.0 SUMBANGAN
4.1 Pengenalan
Kedudukan Tamadun India yang terletak berhampiran Tamadun Mesopotamia yang
terletak 1500 batu ke barat India. Keadaan ini boleh dilihat sebagai satu faktor
kelahiran Tamadun India dan dorongan kepada masyarakatnya untuk menghasilkan
pelbagai bentuk pencapaian yang sterunya menjadi sumbangan kepada tamadun-
tamadun lain di dunia. Sumbangan penting Tamadun India terdiri dalam beberapa
bidang seperti bahasa dan kesusasteraan, kesenian, dan sains dan teknologi.
4.2 Bahasa4.2.1 Indo AryaMasyarakat Indo Arya di utara India mempunyai 94 bahasa dalam rumpun mereka.
Bahasa Sanskrit yang menjadi asas kepada bahasa Hindi masyarakat India moden
merupakan medium penulisan kitab Veda dan tafsiran-tafsiran falsafah India. Jenis-
jenis kitab Veda dan kandungan adalah Rig Veda yang mengandungi mazmur dan
pujian kepada Dewa-Dewi, Yajur Veda yang mengandungi mazmur yang digunakan
dalam upacara, Sama Veda yang mengadungi antologi mazmur Rig Veda bersama
muzik, dan Atharva Veda pula mengandungi koleksi mazmur untuk menghindarkan
diri daripada penyakit, sihir, kematian dan lain-lain (Osman et. al., 2009: 83).
Bahasa Sanskrit adalah bahasa pertuturan utama masyakat Indo-Arya dan
pecahannya terdiri daripada bahasa Hindi, Punjabi, Gujarati, Benggali, Oriya,
Kashmiri, Marathi dan Nepali. Bahasa Sanskrit yang menjadi medium pertuturan
yang utama pada zaman Vedik juga dikenali sebagai Vedic Sanskrit kerana
kedudukannya sebagai bahasa kitab suci Veda. Walaubagaimana pun, sifatnya yang
agak kompleks dan rigid serta kedudukannya sebagai lingua franca golongan kelas
atasan, iaitu brahmin dan pemerintah, menyebabkan bahasa Sanskrit akhirnya
dituturkan oleh kelompak tertentu sahaja dan untuk upacara tertentu terutamanya
melibatkan keagamaan. Masyarakat kebanyakan hanya menerima dan menuturkan
bahasa ini apabila terbit pecahan daripadanya iaitu bahasa Prakrit dan Pali. Bahasa
ini telah dijadikan sebagai satu jurang antara kasta atasan dan kasta bawahan yang
secara tidak langsung menjarakkan hubungan antara mereka (Mashitah et. al., 2012:
168-169).
4.2.2 DravidaMasyarakat Dravida yang berada di bahagian selatan India mempunyai 23 bahasa
dalam rumpun mereka. Bahasa Tamil adalah bahasa utama. Bahasa-bahasa lain
yang penting dan dituturkan di bahagian selatan India ialah Tamil, Telugu,
Malayalam, Kannada dan Brahui. Setiap bahasa tersebut digunakan di wilayah yang
berbeza-beza seperti Tamil di wilayah Tamil Nadu, Telugu di Andhra Pradesh,
Malayalam di Keraha, dan Kannada di Kernataka (Osman et. al., 2009: 83-84):
Umumnya, bahasa Tamil adalah bahasa dasar masyarakat Dravida dan bahasa ini
boleh dikatakan sebagai bahasa yang paling tua. Bahasa Tamil dituturkan oleh
masyarakat India sebelum kehadiran orang Aryan. Kemunculan bahasa Sanskrit
yang menjadi bahasa kitab Veda telah membawa kepada kemerosotan bahasa
Dravida dan ia terserap dalam bahasa Sanskrit. Kendatipun begitu, bahasa Dravida
dapat dikekalkan identitinya apabila menjadi bahawa pertuturan masyarakat utama
Dravida yang mendiami selatan India (Mashitah et. al., 2012: 169).
4.3 KesusasteraanKesusteraan Tamadun India terbahagi kepada dua kategori iaitu karya-karya yang
berasaskan bahasa Sanskrit dan karya-karya kesusasteraan yang berasaskan
bahasa Dravida. Umumnya, kesusteraan India utara terdiri daripada Kesusasteraan
Vedik, kesusasteraan epik dan kesusasteraan sekular. Manakala di bahagian selatan
India pula terdapat kesusasteraan sangam, etika, epik, bhakti dan sekular. Karya-
karya kesusasteraan epik yang ditulis dalam bahasa Sanskrit seperti Ramayana,
Mahabharata dan Bhagavadgita adalah lambang ketinggian mutu sastera dalam
Tamadun India (Mashitah et. al., 2012: 169).
4.3.1 Epik RamayanaEpik yang ditulis oleh Valmiki ini menitikberatkan unsur-unsur moral dengan tema
kebaikan akan sentiasa dapat mengatasi kejahatan. Ia memberi penekanan bahawa
manusia harus menjalani kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni dalam apa
jufa keadan (Osman et. al., 2009: 84). Justeru, Ramayana bukanlah semata sebuah
epik sastera tetapi turut merupakan dharmasastra, iaitu teks suci yang berbicara
tentang keadilan (Ros Aiza et. al., 2011: 152). Epik ini dikatakan sebagai satu
menifestasi kehidupan orang Arya dan ia digambarkan menerusi watak Ramayana.
Pertelagahan antara Ramaya dan seorang watak lain dalam epik ini, iaitu Dasartha,
adalah gambaran kehidupan orang Aryan yang sentiasa mengharungi medan
peperangan dan perjuangan sebelum mencapai satu-satu kejayaan. (Mashitah et.
al., 2012: 170).
4.3.2 Epik MahabharataEpik ini dihasilkan oleh Vyasa, seorang pujangga India yang terkenal. Mahabharata
merupakan kaya puisi yang terpanjang di dunia. Ajarannya menuntut manusia
supaya berpegang pada janji dan menjauhi sifat yang keji dan amalan yang negatif
(Osman et. al., 2009: 84). Dalam kata lain, ajarannya adalah berkisar tentang
kebaikan atau sifat-sifat dharma. Justeru, epik ini dianggap suci oleh penganut
agama Hindu dan dikatakan sebagai kitab Veda yang kelima. Umumnya, epik
Mahabharata menceritakan tentang kegagahan pahlawan-pahlawan Bharata,
pemerintahan dan peperangan semasa dalam kerajaan Kurukshetra (Mashitah et.
al., 2012: 170). Pengajaran daripada epik ini ialah kemenangan sentiasa berpihak
kepada sesiapa yang sentiasa menjunjung dharma (Ros Aiza et. al., 2011: 152).
4.3.3 BhagavadgitaIa merupakan sebahagian daripada epik Mahabharata dan terkandung di dalamnya
ajaran agama dalam bentuk falsafah. Berikut adalah antara ajaran agama yang
diberi penenekanan dalam Bhagavadgita (Osman et. al., 2009: 84):
Penyerahan diri kepada Tuhan.
Pendisiplinan entiti rohani dan jasmani.
Pelaksanaan tanggungjawab tanpa mengharapkan balasan.
Pengawalan hawa nafsu, rasa marah, sifat haloba, dengki dan seumpanya.
Ajaran-ajaran tersebut adalah satu bentuk kewajipan hidup bagi setiap individu untuk
mencapai kebenaran dan mengenali tuhan (Ros Aiza et. al., 2011: 153).
4.3.4 Kesusasteraan SangamKarya ini terdiri daripada dua koleksi utama iaitu Ettutokai dan Pattupattu. Pattupattu
ialah koleksi nyanyian manakala ettutikai ialah antologi lapan buah teks puisi yang
bertemakan aham dan puram (Osman et. al., 2009: 84). Aham ialah perasaan
manusia termasuklah cinta dan kasih sayang manakala puram ialah bahagian luaran
yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti keberanian, peperangan dan
keperwiraan. Ettutokai disifatkan sebagai monumen terbaik bagi kesusasteraan
klasik Tamil (Mashitah et. al., 2012: 170).
4.3.5 TirukkuralDikarang oleh Tiruvalkuvar, karya ini adalah sastera klasik yang penting dan tertua
dalam Kesusasteraan Tamil. Karya ini menjadi kitab pegangan hidup masyarakat
Tamil. Raja-raja Tamil Nadu menjadikannya sebagai sumber inspirasi dalam
menjalankan pemerintahan yang adil dan saksama. Ini berikutan Tirukkural adalah
perlambangan nilai kemanusiaan dalam hidup yang membincangkan persoalan sikap
manusia terhadap diri sendiri dan agama. Sastera ini adalah karya yang bertemaka
moral dan mengandungi pengajaran-pengajaran yang berkaitan dengan kebaikan,
etika, cinta dan ketatanegaraan. Pemikiran yang dipaparkan dalam Tirukkural
meletakkan kedudukan sastera ini setaraf dengan karya-karya pengarang agung
yang lain di dunia (Osman et. al., 2009: 85; Mashitah et. al., 2012: 171).
4.4 Kesenian4.4.1 Seni HalusSeni halus terdiri daripada tiga aspek utama iaitu tarian, muzik dan drama. Ketiga-
tiga jenis seni halus ini diberi penerangannya oleh Bharata dalam karya beliau, Natya
Sastra. Antara seni halus yang dibicarakan ialah tarian klasik yang diberi nama
Bharta Natyam dan Kathak. Kedua-duanya dipersembahkan serentak dengan iringan
muzik dan persembahan drama. Kedua-dua jenis tarian ini dilihat memiliki persaman
dengan muzik di utara India dan wilayah Karnataka. Bharata Natyam secara khusus
adalah tarian klasik India yang dipersembahkan di kuil-kuil di bahagian selatan India
manakala Kathak tertumpu di bahagian utara benua tersebut (Osman et. al., 2009:
89-90).
Bha-Ra-Ta adalah gabungan Bhava (ekspidisi), Raga (irama) dan Tala (melodi).
Tarian Bharata Natyam menggabungkan beberapa latihan fizikal seperti yoga dan
pranayam (penahanan nafas). Tarian ini dipersembahkan secara individu atau
berkumpulan oleh penari lelaki mahupun wanita. Tarian Kathak pula dilakukan oleh
sama ada penari lelaki atau wanita secara solo. Umumnya, tarian-tarian tersebut
mengandungi unsur penceritaan yang diambil daripada epik Mahabharata dan
Ramayana atau epik-epik lain dalam kesusteraan India (Mashitah et. al., 2012: 171).
Sementara itu, antara alat muzik yang digunakan di utara India adalah sitar, sahnai
dan tabala. Manakala alat muzik yang seriang digunakan di selatan India adalah
veena, natasvaram dan mridangam (Osman et. al, 2009: 90). Alat-alat muzik yang
digunakan di utara India dan selatan India mempunyai sedikit perbezaan, namun
fungsinya adalah sama (Mashitah et. al., 2012: 172).
4.4.2 Seni BinaSeni bini India banyak ditonjolkan melalui pembinaan rumah ibadat agama
masyarakat setempat iaitu kuil. Walaupun penyemvbahan sangat dititikberatkan
dalam agama Hindu, kuil tidak hanya berfungsi sebagai tempat ibadat tetapi juga
menjadi tempat suci dan pusat perhimpunan rakyat daripada pelbagai lapisan sistem
sosial. Seni bina kuil Hindu mengambil kira lima konsep asas pembinaan iaitu
peraturan perancangan, pemilihan tapak, mitologi dan astronomi. Terdapat dua seni
bina kuil Hindu iaitu bulat dan empat segi kerana ia adalah lebih kukuh. Bentuk
empat segi didapati lebih mendapat tempat dalam pembinaan kuil berbanding bentuk
bulat. Empat struktur terpenting dalam seni bina Hindu iailah shihkara (bentuk kereta
kuda), vimana (bentuk menara piramid), ratha (bentuk binatang atau burung) dan
gopuram (pintu masuk kuil) (Osman et.al., 2009: 90).
Seni bina India juga terserlah pada rumah ibadat penganut agama Buddha di India,
khususnya semasa pemerintahan Raja Asoka. Elemen geometri iaitu empat segi dan
bulat menjadi indentiti seni bina Buddha tetepi bentuk bulan menjadi pilihan utama.
Seni bina Buddha terbahagi kepada beberapa jenis iaitu (Osman et. al., 2009: 90;
Mashitah et. al., 2012: 173):
1. Stupa Buddha, iaitu bentuk separuh bulat yang diukir pada batu dan didirikan
di persimpangan jalan.
2. Stambhas, iaitu monumen berbentuk tiang yang diukir dengan ayat-ayat suci
Buddha untuk tujuan penyebaran agama.
3. Seni bina guna yang menggunakan batu-batu gua sebagai rumah ibadat dan
terhias di dindingnya dengan ukiran yang menggambarkan kehidupan
Buddha.
4. Vedika Batu, iaitu pagar yang mengelilingi stupa Buddha dan diukir dengan
sejarah hidup Buddha.
5. Toraba Buddha, iaitu pintu gerbang yang diperbuat daripada batu dan diukir
hikayat Buddha pada permukaannya.
4.4.3 Seni UkirSeni ukir India yang merangkumi pembuatan patung, tiang berukir dan seni pahat
adalah berkait rapat dengan aspek agama anutan masyarakatnya. Pembinaan tiang-
tiang Asoka daripada batu pasir yang dilicinkan dan berketinggian 40 kaki
membuktikan pencapaian seni ukir Tamadun India. Di hujung tiang ini terdapat
bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihias dengan gambar harimau dan
gandingan tiga ekor singa yang dikatakan menjadi pengawal kerajaan Asoka
(Mashitah et. al., 2012: 174).
4.5 Sains dan Teknologi4.5.1 Astronomi
Kemahiran dan penguasaan masyarakat India dalam ilmu kaji bintang atau
astronomi terbukti daripada catatan tentang ilmu ini dalam Veda-veda. Antara yang
terkandung dalam Rig Veda terdapat catatan tentang 27 buruj yang berfungsi untuk
menjejaki peredaran matahari. Pengetahuan mereka tentang ilmu astronomi adalah
berkait rapat dengan upacara-upacara keagamaan seperti upacara pengorbanan.
Mereka perlu mengenal pasti masa dan tarikh yang tepat supaya pengorbanan tidak
menjadi sia-sia atau mendatangkan kemarahan dewa-dewi (Mashitah et. al., 2012:
174-175; Ros Aiza et. al., 2011: 177).
Antara pakar astrologi yang muncul dari Tamadun India adalah Aryabatha, Bhaskara
I dan Bhaskara II. Aryabatha telah menghasilkan karya bertajuk Aryabhatiya yang
mengandungi idea-idea tentang cakerawala. Jumlah hari dalam setahun
berdasarkan kiraan beliau ialah 365.2580 hari dikatakan sangat tepat dan diterima
sehingga kini. Bhaskara I, seorang daripada pengikut Aryabhatiya, telah
membicarakan tentang garis bujur planet, garis bujur tempatan, gerhana bulan dan
gerhana matahari dalam karya-karyanya iaitu Mahabhaskariya, Laghubaskariya dan
Aryabhatiyaabnasya (Mashitah et. al., 2012: 174-175).
4.5.2 FizikDalam Tamdun India, ilmu fizik dikatakan dikembangkan oleh ahli falsafah yang
bermatlamat untuk memahami tentang manusia, kehidupan dan alam. Dalam
masyarakat India, konsep atom (parmanu) dan konsep relativiti (sapekshavada) telah
digunakan sejak 600 S.M. Idea tentang atom menyatakan bahawa sesuatu objek
mempunyai kadar berat yang lebih besar sewat berada di dalam air berbanding
apabila berada di udara. Idea ini telah dikembangkan di Barat melalui teori
Archimedes. Selain itu, catatan Veda turut menceritakan tentang empat eleman asas
bagi dunia ini iaitu bumi, api, udara dan air atau api. Satu lagi elemen tambahan ialah
gelombang. Kelima-lima eleman tersebut mempunyai kaitan yang erat dengan
kehidupan manusia iaitu bumi dikaitkan dengan bau, udara dengan perasaan, api
dengan pandangan, air dengan rasa dan gelombang dengan bunyi atau
pendengaran. Ilmu fizik Tamadun India telah memperkatakan tentang kesemua
elemen tersebut dan kaitan masing-masing dengan setiap kehidupan manusia
sejama zaman awal (Mashitah et. al., 2012: 175)
4.5.3 KimiaPada zaman kuno India, ilmu pengetahuan tentang kimia dikenali sebagai sains
cecair. Kajian para sarjana India dalam bidang ini dikaitkan dengan peleburan logam,
pembuatan wangian dan penghasilan pewarna. Teknik dan teknologi peleburan
logam dibawa masuk ke India dari Mesopotamia sejak 2,000 S.M. Kemasukan
teknologi sains ini membantu para saintis India untuk membangunkan industri
senjata dan menghasilkan duit syiling. Tiang Besi Delhi seberat 6 tan menjadi bukti
kepakaran Tamadun India dalam peleburan logam (Mashitah et. al., 2012: 176).
KESIMPULAN
Tamadun India yang berlatarbelakangkan dua buah masyarakat yang mendiami dua
bahagian benua tersebut telah membentuk perbezaan ciri-ciri yang dimiliki oleh
masyarakat Dravida dan Indo-Arya. Mereka berbeza dari segi bahasa pertuturan
bahkan pegangan dalam aspek keagamaan. Kepelbagaian budaya, agama dan
pandangan semesta telah mewujudkan satu sistem masyarakat yang tersendiri bagi
Tamadun India. Sistem kasta yang lahir dalam Tamadun India secara tidak langsung
memaparkan keunikan sistem sosialnya. Keunikan Tamadun India secara umumnya
menjadi semakin jelas dengan kedatangan agama Islam yang membuka satu
dimensi baru dalam perkembangan tamadun ini. Perkembangan tersebut turut
ditandai pencapaian-pencapaian intelektual yang telah dilakukan oleh para sarjana
dalam masyarakat India.
Kedudukan Tamadun India yang terletak berhampiran Tamadun Mesopotamia yang
terletak 1500 batu ke barat India. Keadaan ini boleh dilihat sebagai satu faktor
kelahiran Tamadun India dan dorongan kepada masyarakatnya untuk menghasilkan
pelbagai bentuk pencapaian yang sterunya menjadi sumbangan kepada tamadun-
tamadun lain di dunia. Sumbangan penting Tamadun India terdiri dalam beberapa
bidang seperti bahasa dan kesusasteraan, kesenian, dan sains dan teknologi.
Sumbangan Tamadun India turut ditandai menerusi pencapaian-pencapaian
intelektual yang telah dilakukan oleh para sarjana dalam masyarakat India sendiri.
Mereka bukan sahaja terkenal dalam aspek kesenian tetapi kecemerlangan
Tamadun India turut terserlah dalam bidang sains dan teknologi.
RUJUKAN
Fadhilah Zaini, Ahmad Rupaai Mamat & Norashikin Mahmud. 2004. Tamadun India.
Dlm. Esa Khalid & Mohd. Azhar. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, Cina
dan Jepun. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad. 2009. Modul Pengajian Tamadun
Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
Mashitah Sulaiman & Adibah Sulaiman @ Mohamad. 2012. Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). Bandar Baru Nilai. Universiti Sains Islam Malaysia.
Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir & Siti Halimah
Putung. 2011. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Ahmad Zaki Abd Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. 2009. Buku Revisi
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Adler P. J. & Pouwels R. L. 2006. World Civilizations 4th Edition. Canada: Thomson
Wadsworth.
Azharudin Mohd.Dali, Suffian Mansor & Zulkarnain Abd. Rahman. 2005. Tamadun
India, Asas-Asas Pembentukan Tamadun India. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Azharudin Mohd Dali. Tamadun India, Asas-Asas Pembentukan Tamadun India,
Mukasurat 11