Capan
Pengertian:
Teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai
jalinan tertentu.
Tema /Kandungan/Tajuk Tema: Alam semulajadi Tajuk: Imej bunga raya secara terancang bagi kain langsir
Tema: Alam buatan manusia Tajuk: Imej kasut secara terancang bagi pembalut hadiah
Tema: Geometri Tajuk: Corak geometri secara terancang bagi pembalut hadiah
Alat dan Bahan Alat : Pisau, berus, palet
Bahan : Warna poster, kertas lukisan, benda yang ada jalinan tampak (daun,bendi,syiling dll)
Teknik penghasilan
Teknik capan : Cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan jalinan bahan yang disapukan warna (warna poster) dan dicapkan di atas kertas. Capan boleh dihasilkan dengan pelbagai rupa
bentuk dengan menggunakan jenis bahan.
Lipatan & Guntingan
Pengertian:
• Aktiviti melipat kertas dan menggunting mengikut corak yang dikendaki.
*Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat bagi mendapatkan corak atau imej yang berulang.
*Boleh menghasilkan corak positif dan negatif
Tema /Kandungan/TajukTema: Alam semulajadiTajuk: Imej arnab secara terancang bagi hiasan dinding
Tema: Alam buatan manusiaTajuk: Imej wau secara terancang bagi pembalut
hadiah
Tema: GeometriTajuk: Corak geometri bagi hiasan dinding
Alat dan BahanAlat : Gunting, penselBahan : Kertas warna, kertas lukisan, gam
Teknik penghasilan
Teknik lipatan dan guntingan: 1. menggunakan cara melipat,2. seterusnya menggunting bahagian tertentu
yang dirancang corak dan rekaannya, 3. menampalkannya pada permukaan bahagian
kertas lukisan.
Resis
Pengertian:
Aktiviti menyapukan warna basah ke atas pemukaan kertas yang telah dilukis dengan lilin, krayon atau oil pastel untuk mendapatkan hasil penolakan warna.
Tema /Kandungan/Tajuk
Tema: Alam semulajadi Tajuk: Imej rama-rama secara terancang bagi sapu tangan
Tema: Alam buatan manusia Tajuk: Imej pasu bunga secara terancang bagi kain langsir
Tema: Geometri Tajuk: Corak geometri secara terancang bagi tali leher
Alat dan Bahan Alat : Pensel
Bahan : Kertas lukisan, krayon/lilin, warna poster/warna air
Teknik penghasilan
Teknik resis:
1. Melakar bahagian sisi corak pada kertas lukisan dengan krayon berwarna putih.
2. Mewarna latar belakang corak dengan warna poster yang kontra untuk menghasilkan corak yang menarik.
http://bttan2422.blogspot.com/2012/10/teknik-resis.html