Download - contoh teks ucapan
Ketibaan Tetamu-jemputan-yang diraikanJamuan ringan8.30 pagi
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah bt Abd Wahab dan suami beliau Tn Haji dengan diiringi dif-dif jemputan masuk ke dewan. Dipersilakan semua jemputan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria,Hari yang berbahagia penuh bermakna,Kami bawakan kepada anda Majlis “
” sempena persaraan Pn Hajah Fatimah bt Abdul Wahab Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SK Kampung Tun Razak
Majlis perarakan diiringi dengan paluan kompang daripada pasukan kompang dan penari-penari cilik daripada murid-murid Prasekolah SK Kampung Tun Razak serta murid-murid tahap 1..
Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.
Amir
1
Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Mohamad Yasir bin Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*********** (Doa)
UcapanAlu-aluan
Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz atas bacaan doa itu tadi.
Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis bernama Cik SitiDoa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati
Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Dihormati Tn Haji Zaini b. A.Hasan Pegawai SIP+ Pej Pendidikan Daerah Melaka Tengah
2
Yang Diraikan
Pn Hajah Fatimah bt Abd WahabGuru Cemerlang Bahasa Inggeris SK Kampung Tun Razak
Yang Berusaha Pn Aisah bt Mohd JoharGuru Besar Sek Keb Kampung Tun Razak
Yang Berusaha En Salleh bin Ali Guru Penolong Kanan 1
Yang Berusaha Pn Nooraini binti Othman Guru Penolong Kanan 1
Yang Berusaha Puan Noorbaini binti M.Yusoff Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati En.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kampung Tun Razak.
Yang DihormatiMantan Guru Besar Puan Aminah Binti Umar
Yang DihormatiPegawai-pegawai di JPN dan PPD
Dif-dif jemputan,
3
SeterusnyaRakan-rakan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :Majlis “
” sempena persaraan Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah bt Abdul Wahab Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SK Kampung Tun Razak
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan Pn Hajah Fatimah bt Abdul Wahab Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SK Kampung Tun Razak dalam majlis…..
Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah bt Abdul Wahab sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SK Kampung Tun Razak
4
Persembahan Multimedia
Ucapan GB
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian..
Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah binti Wahab
Kita saksikan persembahan multimedia berikut..
****** bacakan biodata beliau
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Hajah Fatimah . . Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.
Hadirin yang dihormati,
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
5
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis menjemput Puan Aisah bt Mohd Johar Guru Besar SK Kampung Tun Razak bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada Puan Aisah bt Mohd Johar Guru Besar SK Kampung Tun Razak atas ucapan sebentar tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah bt Wahab. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
***………Ucapan Pn. Fatimah
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah atas ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat
PersembahanBagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan puisi khas daripada Linda Raihana tahun 4 Inovatif yang berjudul “Number 1
6
Teacher”. Dipersilakan.
**** persembahan
Semoga kita terhibur dengan persembahan khas yang cukup istimewa sebentar tadi. Seterusnya dipersilakan persembahan Dondang Sayang, dari Aidil Syamil dan Haziq
Terima kasih diucapkan. Persembahan seterusnya ialah daripada murid-murid Tahun 5 I…Dan diikuti dengan deklamasi sajak oleh Alif Smin daripada 5 I
Terima kasih kepada murid-murid Tahun 5 I..
Seterusnya majlis mempersilakan Syazliana dari dari tahun 5 D dengan lagunya “Hilang ’
Terima kasih Syazliana..
Hadiah Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Pn Hajah FatimahUntuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Pn Aisah bt Nohd Johar mengiringi Yang Diraikan Pn Fatimah bt Abd Wahab untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
7
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.Rujuk senarai hadiah……
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Fatimah Abd Wahab atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Pn Aisah Mohd Johar mengiringi Yang Diraikan Pn Fatimah sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.Untuk Cikgu Fatimah…
8
Guru umpama bintang cemerlangWalau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang, Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa baktimu tetap dikenang, Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuanIntai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Penutup Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Pn Hajah Fatimah bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “
“
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa baliJari disusun maaf dipinta
9
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
10
11