Download - Contoh laporan
PENGISIAN
PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL (LNS 5033)
SESI 2009/2010
LAPORANTITIPAN KASIH KE ARAH INTEGRASI 1 MALAYSIA
TARIKH:18-20 DISEMBER 2009
TEMPAT: TAMAN TANGGA BATU JAYA, TANJONG KLING, MELAKA
DISEDIAKAN OLEH :-KUMPULAN D
PENSYARAH :- EN. SAMRI BIN SAINUDDIN
1.0 PENGENALAN
Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan kursus
Perpaduan dan Integrasi Nasional (LNS 5033) sebagai subjek wajib kepada pelajar
program Pengajian Am, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sesi 2009/2010.
Sehubungan dengan itu kumpulan kami telah mengadakan perbincangan pada 04
November 2009 dan telah sebulat suara bercadang untuk menganjurkan program
”Titipan Kasih Ke Arah Integrasi 1 Malaysia” sebagai pengisisan tugasan ini.
2.0 LATAR BELAKANG
Titipan Kasih Ke Arah Integrasi 1 Malaysia merupakan satu program yang
telah dilaksanakan bagi merapatkan silaturrahim antara pelajar-pelajar UPSI dan
masyarakat setempat di Taman Tangga Batu Jaya, Tanjong Kling, Melaka. Program
ini bertujuan untuk menyahut seruan dan menyokong hasrat kerajaan dalam
mengintegrasikan bangsa Malaysia ke arah 1 Malaysia. Selain itu, program ini juga
diharap dapat melahirkan bakal pendidik yang lebih berinovasi, berdisiplin, berakhlak
tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial untuk membina masyarakat yang sihat,
cergas dan berbudaya ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Melatih bakal guru untuk mengaplikasikan pendidikan dalam bilik darjah
kepada aktiviti luar bilik darjah;
3.2 Memberi gambaran awal kepada bakal guru berkenaan kegiatan Kokurikulum
melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program;
3.3 Meningkatkan pemahaman guru dalam memahami konsep integrasi melalui
aktiviti ” turun padang ”;
3.4 Merapatkan silaturrahim pelajar-pelajar UPSI dengan masyarakat setempat;
3.5 Memberi pendedahan kepada peserta untuk lebih mengenali budaya dan adat
resam masyarakat luar bandar; dan
3.6 Menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan bakal pendidik yang dinamik
dan berdaya saing ke arah memartabatkan bidang pendidikan negara.
4.0 ATURCARA PROGRAM
4.1 Tarikh : 18- 20 Disember 2009 (Jumaat- Ahad)
4.2 Lokasi : Taman Tangga Batu Jaya, Tanjong Kling, Melaka
4.3 Tetamu Kehormat : i. Majlis Sambutan:-En. Samri bin SainuddinPensyarah Perpaduan dan Integrasi Nasional
: ii. Majlis Perasmian Penutup:-YB. Datuk Hj. Ab. Rahaman bin Hj. Ab. KarimAhli Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Pantai Kundor.
4.4 Laporan : (Sila lihat LAMPIRAN A)bergambar
4.5 Intinerari : (Sila lihat LAMPIRAN B)
5.0 PENGISIAN TITIPAN KASIH
18 Disember 2009 (Jumaat)
5.1 Majlis sambutan dan taklimat penyerahan keluarga angkat
Para peserta telah disambut oleh penduduk Taman Tangga Batu Jaya dengan
pukulan kompang dan bunga manggar. Selepas itu sesi taklimat dan penyerahan
keluarga angkat diuruskan oleh pengerusi taman.
5.2 Sembahyang jemaah dan ceramah agama
Semua peserta muslim telah mengikuti sembahyang maghrib dan isya’ secara
berjemaah dan diikuti sesi ceramah agama ’Titipan Kasih Ke Arah 1 Malaysia’
sempena sambutan Awal Muharam yang ditaja oleh Bahagian Rumahku Syurgaku
(RKSK) Negeri Melaka/ Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Madrasah Ubudiah,
Taman Tangga Batu Jaya.
19 Disember 2009 (Sabtu)
5.3 Senam aerobik pemimpin bersama masyarakat
Aktiviti ini mendapat kerjasama daripada JAPERUN Pantai Kundor, Cawangan
Wanita UMNO Tangga Batu dan Persatuan Penduduk Taman Tangga Batu Jaya. Pn.
Nillah binti Aji, Ketua Wanita UMNO, telah mengetuai aktiviti senam aerobik bersama
para peserta dan penduduk Taman Tangga Batu Jaya.
5.4 Aktiviti mesra bersama masyarakat
Selepas selesai aktiviti senam aerobik para peserta telah mengadakan aktiviti
gotong-royong memasak bubur lambuk dan bihun untuk diagihkan kepada penduduk
setempat. Selain itu, kami juga mengadakan aktiviti permainan congkak dan aktiviti
mewarna sebagai pengisian program ini.
5.5 Program Mawadah
Program ini adalah kerjasama dan tajaan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Daerah Melaka Tengah (AADK). Program berbentuk ceramah, pameran, pendaftaran
Rakan Anti Dadah (RADA) dan urine test ini melibatkan penyertaan dari pemimpin
masyarakat dalam DUN dan penduduk setempat termasuk pelajar UPSI.
5.6 Majlis Perkahwinan Adat Melaka
Program ini juga diselitkan dengan majlis perkahwinan adat Melaka. Kami telah
diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan pasangan pengantin En. Azizan bin
Abdullah dan Pn. Noraidah binti Ahmad di kawasan tersebut. Melalui program ini,
para peserta dapat mengenali dengan lebih dekat budaya dan adat resam
masyarakat setempat.
5.7 Program motivasi pelajar
Kumpulan kami telah mengadakan aktiviti motivasi dan latihan dalam kumpulan
(LDK) untuk pelajar-pelajar bagi memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu dan
cabaran-cabaran dalam menghadapi dunia pendidikan secara global.
20 Disember 2009 (Ahad)
5.8 Majlis penyerahan sumbangan pelajar UPSI
Kumpulan kami telah mengadakan kutipan amal barangan terpakai dan sumbangan
ini telah diserahkan kepada YB. Datuk Hj. Ab. Rahaman untuk diagihkan kepada
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala 10 fakir miskin terpilih akan menerima
sumbangan berupa barangan dapur.
5.9 Majlis penutupan program
Majlis penutupan ini akan disempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Ab. Rahaman. Semua
peserta akan memberi cenderahati kenangan kepada keluarga angkat masing-
masing.
6.0 IMPAK BAGI TITIPAN KASIH
Peserta dan keluarga angkat dapat menjalinkan hubungan kekeluargaan
yang rapat dan berterusan;
Mendapat maklumat dengan terperinci berhubung kajian yang dijalankan; dan
Membantu menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan melalui pelbagai program yang telah dianjurkan.
7.0 SENARAI LAMPIRAN
Berikut adalah senarai dokumen lampiran berkaitan Titipan Kasih Ke Arah Integrasi 1
Malaysia untuk tujuan rekod dan rujukan:
LAMPIRAN A: Laporan Bergambar Titipan Kasih
LAMPIRAN B: Aturcara Program Titipan Kasih
LAMPIRAN A
LAPORAN BERGAMBAR TITIPAN KASIH KE ARAH INTEGRASI 1 MALAYSIA
A. 18 Disember 2009 (Jumaat)
Majlis sambutan dan penyerahan anak angkat bersama-sama dengan keluarga angkat dan Pensyarah Perpaduan dan Integrasi Nasional En. Samri Sainuddin.
Majlis sembahyang maghrib & isya’ berjemaah dan ceramah agama ‘Titipan Kasih Ke Arah 1 Malaysia’ sempena Awal Muharam
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAMTITIPAN KASIH KE ARAH INTEGRASI 1 MALAYSIA
18 Dis 09 – Jumaat (Hari pertama)
7.00 pg : Bertolak dari UPSI, Tanjong Malim, Perak10.30 pg : Tiba di Balai Raya Taman Tangga Batu Jaya, Tanjong Kling,
Melaka: Majlis sambutan pelajar UPSI: Taklimat dan penyerahan keluarga angkat: Bersurai
3.00 ptg : Aktiviti kajian dalam kumpulan7.00 mlm : Berkumpul di Madrasah Ubudiah, Taman Tangga Batu Jaya
: Sembahyang maghrib berjemaah : Sembahyang isya' berjemaah: Ceramah agama ‘Titipan Kasih Ke Arah 1 Malaysia’ sempena Awal
Muharam10.00 mlm : Majlis malam berinai perkahwinan adat Melaka12.00 mlm : Bersurai
19 Dis 09 – Sabtu (Hari kedua)
7.00 pg : Senam aerobik pemimpin bersama masyarakat Tangga Batu: Gotong-royong memasak bubur lambuk dan bihun: Aktiviti mewarna dan permainan congkak: Program MAWADAH dan pameran
12.00 tghari : Majlis resepsi perkahwinan adat Melaka5.00 ptg : Aktiviti riadah8.00 mlm : Aktiviti motivasi pelajar-pelajar 10.00 mlm : Bersurai
20 Dis 09 – Ahad (Hari ketiga)
8.00 pg : Aktiviti sukaneka10.00 pg : Berkumpul di Balai Raya Taman Tangga Batu Jaya
: Majlis penyerahan sumbangan amal: Majlis penutupan program Titipan Kasih Ke Arah Integrasi 1 Malaysia
dan sesi bergambar: Jamuan makan tengah hari
12.00 tghari : Bersurai