Download - contoh karangan upsr
Jiran Saya
Saya dan keluarga saya tinggal di Pulau
Ketam. Kami berjiran dengan Encik Tan.
Encik Tan bekerja sebagai nelayan. Beliau
selalu menjala ikan di laut. Isterinya pula
bekerja sebagai suri rumah tangga. Encik
Tan ada seorang anak, iaitu, Siang Wei.
Saya dan Siang Wei bersekolah di sekolah
yang sama. Kami belajar dan bermain
bersama-sama.
Encik Tan sangat baik dengan jiran-
jirannya. Dia selalu membantu jiran yang
berada dalam kesusahan jika terdaya.
Pengalaman Bercuti di Rumah Kawan /
Kampung
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah
pergi ke rumah Tan di Pulau Ketam. Tan
tinggal di kampung nelayan.
Rumah Tan terletak berhampiran dengan
pantai. Saya berpeluang mengikut bapa
Tan menjala ikan di laut. Saya berasa
seronok.
Pada waktu petang, suasana di pantai
sangat indah. Budak-budak bermandi-
manda di laut. Saya menolong bapa Tan
membaiki jala.
Cuti sekolah telah tamat. Saya berasa
sedih untuk meninggalkan Tan dan
keluarganya. Bapa Tan memberi saya ikan
masin untuk dibawa pulang. Saya berjanji
akan datang lagi ke kampung nelayan itu.
Faedah / Kebaikan Membaca
Membaca jambatan ilmu. Orang yang suka
membaca akan mendapat banyak
kebaikan.
Membaca dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. kita dapat menjawab soalan
guru dengan mudah. Selain itu, kita juga
dapat menulis karangan dengan baik.
Membaca buku dapat mengelakkan rasa
bosan. Dengan itu, saya suka mengisi
masa lapang saya dengan membaca buku
cerita, majalah, dan sebagainya.
Rajin membaca mempunyai banyak
kebaikan. Oleh itu, kita perlu memilih
bahan bacaan yang sesuai.
Perhimpunan Sekolah Saya
Perhimpunan sekolah saya diadakan pada
setiap hari Selasa. Perhimpunan sekolah
diadakan di dewan sekolah.
Murid-murid beratur mengikut kelas
masing-masing. Murid-murid berdiri tegak
semasa lagu Negaraku, lagu negeri dan
lagu sekolah dinyanyikan.
Bacaan ikrar akan dilakukan oleh ketua
pengawas. Guru bertugas akan
mengumumkan beberapa perkara penting
kepada murid-murid.
Kemudian, Guru Besar akan memberi
ucapan. Selepas tamat perhimpunan,
murid-murid masuk ke kelas masing-
masing.
Persiapan Ke Sekolah
Saya bangun pada pukul 6 pagi. Saya
mengemas bilik tidur saya selepas bangun.
Saya menggosok gigi sebelum mandi.
Selepas itu, saya membersihkan diri
dengan menggunakan sabun. Saya
mengelap badan saya dengan
menggunakan tuala yang bersih.
Kemudian, saya memakai baju sekolah.
Saya menyikat rambut dengan kemas.
Setelah siap, saya bersarapan bersama
keluarga.
Bapa menghantar saya ke sekolah pada
pukul 6:50 pagi. Ayah menghantar saya
dengan menaiki basikal.
Kampung Saya / Tempat Tinggal Saya
Saya tinggal di Pulau Ketam. Kampung
saya ialah sebuah kampung nelayan.
Penduduknya terdiri daripada masyarakat
Cina dan Melayu.
Kebanyakan penduduk lelaki bekerja
sebagai nelayan. Mereka menjala ikan di
laut. Manakala, penduduk wanita bekerja
sebagai suri rumah tangga. Mereka sangat
rajin membuat kerja rumah.
Para penduduk di kampung saya sering
mengadakan aktiviti gotong-royong untuk
membersihkan kawasan kampung.
Penduduk kampung ini hidup dalam aman
dan damai.
Sekolah Saya
Nama sekolah saya _________. Saya ialah
murid Tahun 6 Merah.
Sekolah saya dibina pada tahun 1930.
Semenjak itu, bangunan sekolah saya
banyak berubah. Bilangan murid juga
semakin bertambah.
Sekolah saya mempunyai kantin,
perpustakaan, pejabat guru, taman dan 12
buah bilik darjah. Keadaan di sekolah saya
bersih dan selamat.
Selain itu, sekolah saya mempunyai 372
orang murid dan 25 orang guru. Semua
gurunya baik dan tekun bekerja.
Keluarga Saya
Nama saya _______. Keluarga saya terdiri
daripada 4 orang iaitu ayah, ibu, abang dan
saya sendiri.
Nama ayah saya _______. Ayah saya
seorang nelayan. Dia menjala ikan di laut.
Nama ibu saya _______. Dia seorang suri
rumah tangga. Ibu sangat rajin membuat
kerja rumah seperti mencuci pakaian dan
memasak.
Abang saya berumur 14 tahun. Dia
seeorang pelajar yang pandai. Saya dan
abang selalu membantu ibu dan ayah pada
masa lapang.
Orang Yang Paling Saya Sayangi : Bapa
Saya
Orang yang paling saya sayangi ialah bapa
saya. Nama bapa saya ialah _______. Dia
seorang peniaga. Dia bekerja di kedainya.
Bapa saya berumur 46 tahun. Dia rajin
membaca. Dia suka membaca surat
khabar dan majalah.
Pada waktu petang, bapa dan saya akan
bermain badminton di halaman rumah.
Kadangkala, saya dan bapa juga berjoging
di taman.
Bapa sentiasa menasihati saya agar
belajar dengan rajin. Saya akan mematuhi
nasihatnya.
Diri Saya
Nama saya __________. Saya berumur
dua belas tahun. Saya tinggal di
___________.
Saya belajar di ________. Saya murid
Tahun 6 Merah. Saya rajin belajar di
sekolah untuk berjaya.
Pada waktu petang, saya bermain
badminton dengan kawan-kawan saya.
Kadangkala, saya pergi ke perpustakaan
sekolah untuk membaca buku cerita.
Makanan kegemaran saya ialah nasi lemak
dan ayam goreng. Ibu selalu menyediakan
makanan kegemaran saya pada hujung
minggu.
Berkelah Di Tepi Pantai
Pada hujung minggu yang lalu, kami
sekeluarga berkelah di tepi Pantai
Merdeka. Kami bertolak pada pukul 8 pagi.
Kami tiba di Pantai Merdeka pada pukul 11
pagi. Saya dan adik membantu ayah dan
ibu membawa barang-barang.
Kemudian, saya dan adik terus berenang
menggunakan pelampung. Ayah dan ibu
menyediakan makanan di bawah pokok.
Setelah penat berenang dan bermain air,
kami duduk di bawah pokok. Kami
sekeluarga makan dan minum bersama.
Selepas itu, kami mengambil gambar
sebagai kenang-kenangan.
Lebih kurang pukul 4 petang, kami pun
berkemas untuk pulang ke rumah.
Walaupun penat, tetapi kami berasa
seronok.
Kebaikan Aktiviti Bersukan
Pada waktu lapang, saya suka bersukan.
Bersukan merupakan aktiviti yang sihat.
Bersukan dapat menyihatkan badan. Kita
perlu banyak bersukan agar badan kita
sentiasa sihat dan cergas.
Bersukan dapat mengelakkan rasa bosan.
Dengan itu, kita boleh mengisi masa
lapang kita dengan bersukan.
Aktiviti bersukan dapat mengeratkan
hubungan antara masyarakat. Semangat
bermasyarakat dapat dipupuk dalam
perlawanan persahabatan.
Oleh itu, bersukan memberikan banyak
kebaikan/ faedah/ manfaat kepada kita.
Jenis-jenis Pencemaran Alam
Pencemaran alam ialah perbuatan
mengotorkan alam sekitar. Pencemaran
alam terbahagi kepada beberapa jenis,
iaitu air , udara dan bunyi.
Pencemaran air berpunca daripada
pembuangan sampah-sarap dan sisa-sisa
toksik ke dalam sungai dan laut. Air yang
tercemar menyebabkan ikan mati.
Pencemaran udara disebabkan
pembakaran secara terbuka dan pelepasan
asap dari kilang dan kenderaan. Udara
yang kotor boleh menjejaskan penglihatan.
Pencemaran bunyi disebabkan bunyi bising
daripada kenderaan dan alat hiburan.
Bunyi yang bising boleh menyakitkan
telinga kita.
Pencemaran alam boleh menjejaskan
kesihatan. Oleh itu, kita perlu menyayangi
alam sekitar kita.
Kepentingan Hutan
Hutan banyak mempunyai kepentingan
kepada manusia.
Hutan membekalkan oksigen kepada
kepada manusia dan haiwan. Tanpa
oksigen, manusia dan haiwan akan mati.
Hutan juga dapat mengawal suhu
permukaan bumi.
Hutan merupakan sumber pendapatan
kepada rakyat menerusi kegiatan
pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di
hutan digunakan untuk membuat rumah
dan perabot.
Hutan juga dapat mengawal bencana alam
seperti banjir dan hakisan tanah. Hutan
juga merupakan kawasan tadahan air yang
berupaya menyalurkan air bersih kepada
manusia.
Hutan menjadi habitat flora dan fauna.
Penerokaan hutan yang berleluasa akan
menyebabkan hidupan liar semakin pupus.
Hutan sangat penting kepada manusia.
Oleh itu, manusia perlulah memelihara
hutan.
Kebaikan Tinggal Di Kampung / Luar
Bandar
Terdapat banyak kebaikannya jika kita
tinggal di kampung.
Udara di kampung lebih bersih. Keadaan di
sekeliling kampung lebih aman dan tenang.
Kampung juga tidak dicemari oleh bunyi
bising.
Penduduk di kampung mengamalkan
semangat kejiranan. Mereka hidup
bergotong-royong dan tolong-menolong
antara satu sama lain.
Perbelanjaan harian di kampung lebih
murah. Dengan itu, kos hidup di kampung
lebih rendah berbanding di bandar.
Kehidupan di kampung pada masa kini
lebih selesa. Kerajaan telah menyediakan
pelbagai kemudahan seperti bekalan air,
elektrik , sekolah dan sebagainya.
Oleh itu, hidup di kampung lebih baik
daripada hidup di bandar.
Berita Kebakaran
XXXXXXX, 5 Mei – Suatu kebakaran telah
berlaku di sebuah rumah kedai yang
terletak di sini. Kejadian ini berlaku pada
pukul 3:00 pagi.
Ketika kejadian berlaku, orang ramai
bertungkus-lumus memadamkan api yang
merebak. Pihak bomba tiba 10 minit
kemudian.
Namun, kebakaran hanya berjaya
dipadamkan 20 minit kemudian. Tiada
kemalangan jiwa dilaporkan.
Siasatan bomba mendapati, punca
kebakaran adalah disebabkan litar pintas.
Kebakaran ini menyebabkan kerugian
sebanyak RM 500 000.
Mangsa-mangsa kebakaran ditempatkan di
dewan orang ramai sementara menunggu
bantuan. Mereka turut menerima
sumbangan daripada penduduk setempat
yang prihatin.
Pihak bomba menasihati para penduduk
agar sentiasa berhati-hati untuk
mengelakkan kebakaran berlaku.
Kepentingan Menguasai Bahasa
Malaysia
Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan
di negara kita. Banyak faedah yang kita
peroleh jika kita menguasai Bahasa
Malaysia.
Bahasa Malaysia ialah bahasa perpaduan.
Rakyat Malaysia menggunakan Bahasa
Malaysia untuk berhubung.
Selain itu, Bahasa Malaysia juga
merupakan bahasa ilmu. Kita perlu
menguasai Bahasa Malaysia untuk
menambahkan ilmu dalam pelbagai
bidang.
Jika kita menguasai Bahasa Malaysia
dengan baik, kita dapat menghasilkan
penulisan bermutu. Misalnya, kita boleh
menghasilkan sajak, cerpen, novel dan
sebagainya. Kita juga boleh menjadi
penulis untuk menambah pendapatan.
Dengan lain kata, Bahasa Malaysia
memberi banyak kebaikan kepada kita.
Kita perlu menguasai Bahasa Malaysia
dengan baik.
Melengkapkan Cerita
Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan
ayat berikut:
“......Akhirnya, saya telah menang dalam
pertandingan. Semua orang menuju ke
arah saya untuk mengucapkan tahniah.
Alangkah bangganya saya.”
atau
“.....Ayah dan ibu memeluk saya sambil
mengucapkan tahniah. Saya sangat
gembira.”
Jawapan:
Saya pandai bermain pingpong,
badminton, catur dan sebagainya. Namun,
saya paling suka bermain pingpong.
Sejak kecil lagi, saya selalu bermain
pingpong dengan bapa. Bapa mengajar
saya bermain pingpong.
Pada masa lapang, saya akan mengajak
rakan saya untuk bermain pingpong.
Saya dipilih untuk menyertai pertandingan
badminton di sekolah. Dengan itu, saya
berlatih dengan tekun.
Perlawanan tersebut sungguh sengit. Saya
bermain dengan bersungguh-sungguh.
Akhirnya, saya telah menang dalam
pertandingan. Semua orang menuju ke
arah saya untuk mengucapkan tahniah.
Alangkah bangganya saya.
Aku Seekor Anjing
Aku seekor anjing. Nama aku Bobi. Aku
dilahirkan oleh ibuku.
Aku berumur 1 tahun. Bulu badan aku
berwarna hitam.
Aku dipelihara oleh Ah Fei. Tuan aku
sangat sayang akan aku.
Setiap hari, aku diberi makan. Badan aku
kian membesar.
Tuan aku selalu membersihkan aku. Dia
menjaga aku dengan baik.
Aku berasa gembira kerana mempunyai
seorang tuan yang baik. Aku berharap aku
akan sentiasa sihat bersamanya.