Download - Contoh Karangan SPM

Transcript
Page 1: Contoh Karangan SPM

Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia tahun lalu, 1.3 juta rakyat Malaysia telah disenaraihitamkan pleh bank-bank perdagangan kerana gagal menjelaskan hutang kad kredit. Akhbar-akhbar tempatan pula menyiarkan berita tentang peminjam wang yang seriang diganggu serta diugut oleh Ah Long disebabkan gagal untuk menjelaskan hutang yang dipinjam. Senario ini memberi gambaran kepada kita bahawa pengurusan kewangan yang berkesan adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita.

Setiap orang perlu menghayati konsep ‘mengukur baju di badan sendiri’ di mana mereka perlu menyedari akan di mana letaknya kemampuan mereka dalam berbelanja, bukan sekadar berbelanja mengikur nafsu yang akhirnya bakal memakan diri sendiri. Sebelum berbelanja, kita hendaklaha merancang perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang lebih penting. Mereka yang berbelanja secara berhemah dan mengikut kemampuan pasti akan terhindar daripada bebanan hutang. Misalnya, jika kita berpendapatan sederhana, kita sepatutnya menggunakan kereta buatan Malaysia walaupun amat berminat untuk menggunakan kereta mewah buatan luar negara. Selain itu, memasak makanan di rumah dan mengurangkan aktiviti makan di luar juga merupakan salah satu daripada cara untuk menjimatkan perbelanjaan di samping menikmati makanan yang lebih enak dan segar yang dimasak sendiri.

Salah satu ciri pengurusan kewangan yang berkesan ialah cara tabungan yang konsisten. Bak kata orang tua-tua, ‘beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis’. Mengikut kata jutawan internet muda, En. Irfan Khairi, setiap individu perlu menyimpan 30% daripada pendapatannya secara tetap untuk kegunaan di masa hadapan. Hari ini, mungkin kita masih sihat dan dapat melakukan pekerjaan seperti biasa, tetapi kita tidak akan mengetahui apa yang bakal terjadi di hari muka. Sekiranya kita mempunyai wang simpanan yang mencukupi, tentulah kehidupan kita akan terpelihara. Jika kita tidak menyimpan wang secara tetap, wang tersebut bakal dihabiskan tanpa disalurkan atas perkara yang lebih berfaedah.

Pelaburan juga merupakan salah satu kaedah pengurusan kewangan yang berkesan. Untuk mendapatkan keuntungan daripada pendapatan kita sendiri, kita hendaklah melabur dalam saham amanah atau saham-saham yang lain. Di Malaysia, terdapat banyak saham amanah seperti Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera dan lain-lain lagi. Kita hendaklah memilih saham amanah yang telah dijamin oleh kerajaan agar tidak mengalami kerugian di masa akan datang. Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘sedikit-sedikit lama lama jadi bukit’. Walaupun simpanan kita sedikit, namun ia akan menjadi banyak apabila keuntungan saham diumukan pada tahun berakhir.

Konklusinya, pengurusan kewangan yang cekap akan menjamin ketenteraman hidup seseorang. Hal ini demikian kerana seseorang yang mengurus kewangan secara baik dan berkesan mampu menghindarkan diri mereka daripada bebanan hutang. Dalam pada itu, kursus pengurusan kewangan perlu dikembangkan pada semua sektor agar rakyart Malaysia mendapat jaminan masa hadapan daripada pendapatan mereka sendiri.

0 Komen Links to this post

Rabu, 2011 Januari 05

Impak Perniagaan Kek Cawan

Di karang oleh Dihaz84 Pada 17:16 kategori Info lain

Sebagai negara membangun yang dijangka akan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, terdapat banyak peluang perniagaan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Bagi rakyat yang bermodal kecil, mereka boleh merebut peluang

Page 2: Contoh Karangan SPM

perniagaan dalam industri kecil mahupun sederhana. Antaranya termasuklah perniagaan kek cawan yang semakin diminati ramai oleh semua golongan masyarakat tidak kira yang tua ataupun muda, mahupun yang miskin atau kaya. Namun persoalannya kini adalah, apakah impak perniagaan ini terhadap masyarakat dan negara?

Perniagaan kek cawan ternyata memenuhi keperluan wanita moden dewasa ini yang semakin sibuk dengan pelbagai tugas. Dahulu, kebanyakan wanita merupakan surirumahtangga sepenuh masa. Mereka berpeluang menyediakan pelbagai juadah istimewa untuk ahli keluarga mereka. Namun dewasa ini, wanita bukan sahaja berperanan sebagai isteri dan ibu, tetapi juga wanita korporat, ketua di pejabat serta profesionalis. Oleh yang demikian, mereka tidak mempunya banyak waktu untuk menyediakan juadah untuk ahli keluarga. Tuntasnya, kek cawan merupakan alternatif terbaik bagi wanita berkerjaya bagi menyeimbangkan antara wanita dan juga keluarga.

Dalam pada itu. Perniagaan kek cawan turut merancakkan lagi perkembangan ekonomi negara. Sejak perniagaan ini wujud di negara kita, ribuan rakyat telah berjaya memperoleh pekerjaan. Suasana ini amat menyenangkan ditambah pula ia dapat mungurangkan kadar pengangguran di negara kita sekali gus telah mengubah landskap hidup masyarakat yang bergantung pada kehidupan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Perniagaan kek cawan di luar bandar juga tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Keadaan ini telah membuka mata masyarakat bahawa kuih yang dibuat untuk keluarga sebenarnya boleh dikormesialkan dan menjana keuntungan sekali gus menjana ekonomi serta meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga.

Page 3: Contoh Karangan SPM

Walau bagaimanapun, perniagaan kek cawan turut mempunyai kesan negatif tersendiri. Antaranya termasuklah hilangnya tradisi pembuatan kuih muih tradisional. Kek cawan yang dibuat menggunakan resepi terkini telah ‘menghilangkan’ kuih muih tradisional di pasaran. Tidak dinafikan bahawa terdapat juga kek cawan yang berbentuk kuih tradisional seperti bahulu dan kuih bakar, tetapi rasanya jauh berbeza daripada kuih tradisional asli. Masyarakat terutamanya penggemar kuih tradisional yang menyedari keadaan ini berasa bimbang kerana salah satu identiti bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain di negara ini adalah penyediaan kuih tradisional. Pengambilalihan kek cawan dalam masyarakat daripada kuih tradisional sedikit sebanyak menjejaskan identiti serta jati diri bangsa pada masa akan datang.

Kesimpulannya, industri kek cawan banyak mendatangkan impak positif dan negatif. Meskipun wujud kebimbangan dalam masyarakat tentang kehilanhan kuih tradisional, tetapi dalam hal ini mereka perlu bersikap lebih terbuka. Hal ini demikian kerana masih terdapat pelbagai cara untuk mengekalkan kuih tradisional. Selain keprihatinan masyarakat, peniaga kek cawan juga paerlu memberi peluang kepada pengusaha kuih muih tradisional untuk memasarkan kuih tersebut dengan menggunakan jenama kek cawan yang berperisa asli. Dengan cara ini, situasi menang-menang akan dapat dicapai sekali gus menyahut seruan 1 Malaysia daripada Perdana Menteri kita.

0 Komen Links to this post Sabtu, 2010 Disember 11

Isi Penting Karangan - Tips Mengatasi Gementar Ketika Berucap

Di karang oleh Dihaz84 Pada 10:03 kategori Tips

Page 4: Contoh Karangan SPM

Pengucapan merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi dengan orang lain. Ianya juga merupakan satu kaedah komunikasi secara lisan. Pengucapan boleh dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan.

Menurut Abdul Mua'ti Ahmad, pengucapan umum menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal.

Pengucapan awam yang memerlukan perucap yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang, berpengetahuan luas, dan sensitif terhadap topik. Perucap juga perlu berkemahiran untuk mengawal dan menarik perhatian audien terhadap ucapannya.

Selain itu, perucap juga perlu yakin terhadap diri sendiri, memperlihatkan peribadi yang baik serta perwatakan yang terpuji. Perucap juga mesti mempunyai pemakaian yang kemas dan dapat mempengaruhi pendengar. Gerak-geri perucap juga perlu teliti dan tidak gopoh.

Tips-tips bagi seorang perucap untuk mengatasi gementar semasa membuat pengucapan awam adalah seperti berikut:

1) Biasakan dengan ruang atau tempat berhujah - caranya adalah datang awal ke tempat untuk berucap, berlegar-legar di kawasan tempat berdiri supaya menjadi lebih yakin serta mencuba sendiri alat mikrofon dengan memperdengarkan suara.

2) Kenalpasti penonton atau audien - ucapkan salam semasa memulakan perucapan. Kalau boleh berbual mesra dengan penonton terlebih dahulu. Ini untuk membiasakan diri anda sebelum meneruskan ucapan. Selain itu, ianya juga dapat mengurangkan perasaan gementar apabila berdiri di depan audien.

3) Fahami isu yang ingin dibentangkan - pahami dan biasakan dengan isi-isi topik yang ingin diucapkan. Cari isi penting dan buat latihan yang secukupnya terhadap ucapan tersebut. Selain itu, cari kelemahan dalam isi ucapan yang dibuat latihan.

4) Bersantai - jangan terlalu memikirkan sangat tentang ucapan yang ingin dilakukan. Anggap ianya adalah seperti anda bercakap dengan kawan-kawan atau sahabat handai. Dapatkan rehat untuk badan yang secukupnya.

5) Jangan memohon maaf - sekiranya anda gugup, rasa gementar atau membuat silap, jangan minta maaf pada audien tetapi yakinkan diri dan teruskan ucapan dengan tenang. Ini supaya penonton tidak mengingati kesalahan yang kita lakukan.

6) Tumpukan perhatian pada isu utama - fokuskan ucapan pada isu utama perucapan dan bukannya isu yang remeh temeh atau tiada kaitan dengan isi ucapan. Pastikan penekanan diberikan pada isu utama tersebut.

7) Tukar perasaan gementar kepada tenaga positif - Cari kekuatan dalaman untuk menukar perasaan gementar kepada tenaga positif dengan memberi perangsang kepada diri sendiri. Yakin dengan diri sendiri bawa anda boleh lakukannya.

8) Kutip pengalaman - perbanyakkan sesi perucapan awam supaya kita dapat pengalaman yang berguna dan seterusnya dapat membina keyakinan diri dalam membuat perucapan awam yang akan datang. Digalakkan baca doa sebelum membuat ucapan.


Top Related