Download - Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru yang positif
Biodata
1
Nama : Sherly Jewinly
No. I/C : 950922-12-6662
Tarikh lahir :
Tempat lahir : Hospital Ranau, Sabah
Asal : Ranau, Sabah
Alamat : Kg. Kilimu, 89300 Ranau,Sabah,
Malaysia
Kelas : 2 PPISMP RBT Ambilan Jun 2013
NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Biodata 1
2 Isi Kandungan 2
3 Penghargaan 3
4 Pendahuluan 4
5 Soalan 5
6 Tugasan 1
Pengenalan
Ciri-ciri kualiti guru yang positif
Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru
yang positif
Kesimpulan
6-11
7 Rujukan 12
8 Tugasan 2
Pengenalan
Cabaran-cabaran profesionalisme
keguruan
Peranan bakal guru bagi menghadapi
cabaran-cabaran profesionalisme
keguruan
Rumusan
13-18
9 Rujukan 19
10 Refleksi 20-21
11 Lampiran 22
2
Penghargaan
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
generik Penghantar Pengajian Profesional saya, Puan Zuridah bt Halid kerana dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih.
3
Pendahuluan
Kami telah diberi dua tugasan dalam kerja kursus ini iaitu tugasan esei kedua-
duanya. Tugasan esei pertama memerlukan kami untuk membincangkan bagaimana ciri-ciri
kualiti guru yang positif dapat membantu dalam memartabatkan profesion keguruan dan
lahirkan guru yang cemerlang menjelang abad ke-21. Manakala tugasan esei kedua pula
memerlukan kami untuk membuat satu esei mengenai bagaimanakah kami memainkan
peranan untuk menjadikan diri kami pendidik yang bersedia untuk menangani cabaran-
cabaran profesionalisme keguruan hari ini sebagai seorang pelajar IPG.
4
Soalan
Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk memartabatkan profesion
keguruan dengan meningkatkan kualiti kerjaya dan kebajikan guru. Guru harus kreatif dan
inovatif untuk menjadikan system penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
efektif, menarik dan menyeronokkan. Dengan cara ini, guru dapat melahirkan pelajar yang
mempunyai sahsiah yang harmonis dan seimbang. Pelajar seperti ini dapat memberi
sumbangan kepada pembangunan negara.
1. Bincangkan bagaimana ciri-ciri kualiti guru yang positif dapat membantu dalam
memartabatkan profesion keguruan dan lahirkan guru yang cemerlang menjelang
abad ke-21.
2. Sebagai seorang pelajar di IPG, bagaimanakah anda memainkan peranan untuk
menjadikan diri anda seorang pendidik yang bersedia untuk menangani cabaran-
cabaran profesionalisme keguruan hari ini.
5
Ciri-ciri Kualiti Guru yang Positif yang dapat Memartabatkan Profesion Keguruan dan Melahirkan Guru yang Cemerlang Menjelang Abad Ke-21.
Pengenalan
Dalam dunia pendidikan, terdapat beberapa istilah yang nampak hampir sama pada
zahirnya namun berbeza pada maknanya. Istilah-istilah ini adalah penting untuk diketahui
dan difahami. Pertama ialah konsep perguruan dan kedua ialah konsep keguruan. Menurut
kamus Dewan (2007), konsep perguruan bermaksud pengajaran, misalnya kepada guru
pelatih, pelajar dan sebagainya manakala konsep keguruan pula diertikan sebagai perkara
yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas, kelayakan dan sebagainya. Keguruan
ialah satu jawatan profesional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia.
Menurut Dr. Ragbir Kaur (2007), sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan
kerjayanya dengan sepenuh hati dan bersedia menghadapi cabaran-cabaran profesion
keguruan. Salah satu agenda penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (PPPM) ialah memartabatkan profesion keguruan dan melahirkan guru yang
cemerlang menjelang abad ke-21. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) dalam konteks
keguruan, guru yang profesional haruslah mempunyai ciri-ciri kualiti guru yang positif yang
bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai
aspek tetapi juga bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan bermutu tinggi serta
terlatih dam mahir dalam tugas-tigas mengajar dan membimbing murid.
Ciri-ciri kualiti guru yang positif
Menurut Kamus Dewan (2007), ciri didefinisikan sebagai sifat yang khusus pada
sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan
kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula
mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh
sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan
bahawa untuk memartabatkan profesion keguruan, ciri-ciri kualiti guru yang positif ialah guru
yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi pengajaran dan
pembelajaran (P&P), sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Menurut Md. Nasir
Masran (2000) terdapat tiga aspek ciri-ciri kualiti guru yang positif yang dikehendaki oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
6
Aspek yang pertama ialah kecemerlangan peribadi yang meliputi ciri-ciri seperti nilai
kerohanian yang kukuh, kendiri yang positif, berpegang teguh kepada etika perguruan,
berakhlak mulia, tinggi sahsiah, adil, sabar, tegas, mesra, prihatin, bertimbang rasa,
amanah, bertanggungjawab, kreatif, inovatif, kemas, mengamalkan sikap sedia berkongsi,
bersikap terbuka dan berminda positif dan dapat menjadi “role model” kepada masyarakat.
Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama diletakkan di tempat paling
tinggi. Pegangan agama yang teguh akan menyebabkan seorang guru bertanggungjawab
terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah. Seorang guru yang mempunyai
pegangan agama yang teguh akan berpenampilan dan berimej baik melalui cara
berpakaian, tingkah laku dan tutur katanya. Penampilan guru yang boleh mengganggu
tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai
perhiasan diri yang keterlaluan ataupun memakai haruman yang melampau akan
mencerminkan keperibadian guru tersebut. Rasulullah (s.a.w) ada bersabda “sabar itu ialah
satu dari cabang iman”. Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Oleh itu, seorang
guru yang berpegang teguh pada agama seharusnya sentiasa tabah, bersemangat, cekal,
dan tidak mudah berputus asa.
Peribadi dan personaliti guru sering menjadi perhatian dan sering menjadi penilaian
anggota masyarakat terutamanya pelajar dan ibu bapa. Peribadi dan personaliti guru
menjadi ikutan dan idola atau “role model” masyarakat kerana status guru dipandang tinggi
dan mulia oleh mereka. Ciri-ciri peribadi dan personaliti guru yang digemari oleh pelajar
akan membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat sokongan dari para
pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di
bilik darjah. Jadi, guru seharusnya mempunyai ciri-ciri kualiti peribadi yang positif seperti
profesional, berhemah tinggi, mempunyai sosial yang baik dan murni supaya dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada
para pelajar, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh kepada para pelajar. Nilai-
nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan
dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003), guru yang beriltizam akan menjadi “role
model” kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat
memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam kelas.
Guru yang mempunyai ciri-ciri yang telah dinyatakan juga akan mencerminkan
keperibadian seorang guru untuk menjadi pendidik sejati. Contohnya,guru yang mempunyai
ciri-ciri kreatif dan inovatif membolehkan guru tersebut mencapai prestasi yang tinggi. Sifat
kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu akan mewujudkan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan positif kepada
7
pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi minat pelajar untuk terus belajar. Individu
yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri untuk mempertingkat
kemahiran P&P dalam bilik darjah (Mok Soon Sang, 2007)
Aspek kedua ialah kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran. Seorang guru yang
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi haruslah mempunyai ciri-ciri seperti mengamalkan
budaya ilmu, berkebolehan menyelesaikan masalah, membuatkan keputusan yang
rasional ,berkebolehan menjadi pakar rujuk bidang masing-masing, bijak mengurus masa,
bahan sumber,alat P&P dan mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran
pelajar. Menurut Mok Soon Sang (2007) , Profesor Syed Muhammad al-Atas menyatakan
ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat
kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran
dan dalaman jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu
seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran
serta mencari pengalaman baru (Dr. Ragbir Kour, 2007).
Dalam P&P, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta
memberi petunjuk kearah kebenaran sebagai penganut ilmu. Sebagai seorang guru, budaya
ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi
para pelajar mencontohinya. Selain itu, Guru yang mempunyai ciri-ciri kualiti yang positif
juga akan mendidik pelajar menggunakan daya fikir tinggi dengan mempraktikkan
kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif yang terarah kepada pandangan jauh dan luar
biasa. Ini adalah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai modal intelektual tinggi
untuk menghadapi era globalisasi. Guru yang mempunyai ciri-ciri tersebut seharusnya
berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dan membangunkan potensi pelajar menerusi
peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi
kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu
pengajaran, menerusi kekerapan pemberian tugasan dan menerusi penguasaan dan
penggunaan pelbagai teknik P&P.
Kecemerlangan komunikasi merupakan perkara ketiga dan terakhir dalam aspek ciri-
ciri kualiti guru yang positif. Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh
warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan
kemahiran kepada para pelajar. Guru yang mempunyai ciri-ciri kualiti positif dalam aspek
kecemerlangan komunikasi ini haruslah cekap berinteraksi dan dapat menyampaikan idea
atau mesej secara berkesan, memula dan merintis suatu usaha sehingga berjaya,
berkeupayaan memelihara hubungan mesra dan menghormati semua ahli masyarakat. Guru
yang mempunyai ciri-ciri kualiti positif dalam aspek kecemerlangan komunikasi mestilah
8
memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter-personal’ dan ‘intra-personal’ serta
berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk
komunikasi.
Menurut Hart (1943), cara paling berkesan untuk berkomunikasi dengan pelajar
adalah dengan menerapkan sikap ramah dan riang dalam diri dan menganggap pelajar
sebagai sahabat. Dengan itu, proses komunikasi antara guru dan pelajar semasa proses
P&P akan berjalan dengan lancar kerana pelajar tidak akan berasa segan untuk bertanya
soalan mahupun melontarkan idea atau pendapat mereka kepada guru ketika berada di luar
bilik darjah ataupun di dalam bilik darjah. Hart (1943) juga menyatakan, guru yang
mempunyai ciri-ciri kualiti yang positif dalam aspek kecemerlangan komunikasi tidak akan
terikat kepada sesuatu prosedur pengajaran dan cara berinteraksi yang ketat.
Manakala menurut Sue Leach (2006), personaliti dan cara pengendalian kelas boleh
mencerminkan keperibadian seorang guru. Seseorang guru perlu belajar dari pengalaman
sendiri, dari pengalaman sewaktu bergelar pelajar dan seseorang guru itu perlu
memperuntukkan masa untuk memikirkan strategi pengajaran di antara guru dan pelajar
bagi memastikan P&P berjalan dengan berkesan. Seseorang yang bergelar guru perlu
mempunyai sikap menjadi seorang pendengar yang baik, berkebolehan berkomunikasi
melalui pandangan mata di antara guru dan pelajar, pengetahuan perbendaharaan kata bagi
memastikan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru atau berkemahiran
berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan, berpengetahuan untuk daya memujuk pelajar
dengan tidak terus menghukum pelajar tersebut sekiranya melakukan kesalahan dan
berkeyakinan untuk meyakinkan pelajar bahawa guru itu seorang yang berilmu dan
berpengetahuan terhadap apa sahaja yang ingin disampaikan. Guru perlu mempunyai
kemahiran mendengar bagi membantu guru mentafsir dan membuat penilaian yang baik
pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar agar guru dapat memberi maklum balas yang
tepat kepada pelajar berkaitan maklumat yang diterimanya.(Mel Silberman, 2004).
Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru yang positif
Ciri-ciri kualiti guru yang positif sememangnya berkepentingan dalam meningkatkan
imej profesion keguruan, memartabatkan profesion keguruan dan melahirkan guru yang
cemerlang dalam abad ke-21. Ciri-ciri kualiti guru yang positif akan membentuk generasi
guru yang berkualiti tinggi dan menghasilkan pendidikan bertaraf dunia. Kualiti seorang guru
adalah penting kerana guru adalah agen yang bertindak secara langsung sebagai penyebar
ilmu yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembang potensi pelajar
dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial). Guru yang
9
mengamalkan ciri-ciri kualiti yang positif juga dapat merealisasikan aspirasi negara kerana
golongan ini memainkan peranan yang penting dalam menlahirkan modal-modal insan yang
cemerlang. Modal insan cemerlang adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan
dan memelihara keharmonian serta keamanan negara. Modal insan ini juga adalah generasi
penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.
Guru yang mengamalkan ciri-ciri kualiti guru yang positif juga akan dapat membuat
kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut telah dilengkapi dan
disediakan dengan ciri-ciri kualiti yang positif seorang guru. Guru tersebut mempunyai
akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut juga mempunyai integriti dan
etika guru yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri pelajar yang dididik oleh
seorang guru yang berkualiti positif dan tinggi. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang
dan memastikan beliau dapat menghasilkan P&P yang amat berkesan. Menurut Syed Ismail
dan Ahmad (2012) guru berakauntabiliti mendidik pelajar untuk persediaan kehidupan
mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan pelajar yang berteraskan
keikhlasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik.
Seterusnya, implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru yang positif adalah kepada
masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas di sekolah sahaja, tetapi guru juga sebagai
agen perubahan berperanan membawa perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail
dan Ahmad (2012), sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan
mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan
mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang
akan mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu yang boleh
diadaptasi dan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.
Kesimpulan
Guru yang mempunyai ciri-ciri kualiti yang positif amat penting kerana ia memberi
kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara
langsung dan sebaliknya dalam dunia pendidikan. Oleh itu, dalam menuju pendidikan
bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa
Malaysia dalam mengharungi cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang
mempunyai ciri-ciri kualiti yang positif mampu menyediakan generasi muda untuk
menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang
global,dan kebanjiran teknologi tinggi. Seperti yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda,
Mantan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran
10
Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak
manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.
11
Rujukan
Akta Pendidikan Malaysia. (1996).
Kamus Dewan ,Edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Foy, F. S. (2005). Etika Perguruan: Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Kaur, D. R. (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan untuk KPLI Sekolah Menegah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Leach, S. (2006). How to be a Sucessful Secondary Teacher. London, New York: Continuum.
Mamat, I. b. (2001). Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Rashid, A. R. (2000). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sang, M. S. (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdh. Bhd.
Silberman, M. (2004). Active Learning: 101 Stratergies To Teach Any Subject. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Syed Ismail, A. (2012). Cabaran, Falsafah dan Strategi dalam Pembentukan Guru yang Unggul. Selangor: Kumpulan Kertas Kerja Seminar JKLKAU ke 9.
Zakaria, I. (20 1, 2010). Blogspot. Retrieved 25 3, 2014, from http://logik-guru.blogspot.com/2010/01/guru-professional.html
Hashim, A. (11 6, 2009). Slide Share. Retrieved 25 3, 2014, from http://www.slideshare.net/arthurjeo/3-guru-sebagai-satu-profesion
Supermany, K. (9 4, 2011). Pendidikan.my. Retrieved 25 3, 2014, from http://pendidikanmy.blogspot.com/
12
Peranan Bakal Guru untuk Menghadapi Cabaran-cabaran Profesionalisme Keguruan
Pengenalan
Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan dalam kalangan masyarakat umum
tentang profesion keguruan seperti kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang
murni. Tambahan pula, guru mempunyai cuti yang banyak dan tidak kurang juga yang
mengatakan bahawa kerjaya seorang guru merupakan kerjaya yang paling senang namun
memperoleh pendapatan yang tinggi dan tetap. Ada juga yang mengatakan bahawa menjadi
seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain yang diimpikan mereka tidak
memberi peluang yang baik. Profesion keguruan yang dianggap mudah oleh segelintir
masyarakat sebenarnya tidaklah semudah yang disangka kerana seorang guru perlulah
menggalas satu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk
ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna
untuk agama, bangsa dan negara.
Menurut Kamus Dewan (2007) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar seperti
mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan untuk berlawan, menguji kemampuan dan
ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain. Oleh itu, secara harafiah,
cabaran bermaksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan
seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan,
profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang
guru dalam melaksanakan tugasnya bukan sahaja dalam bilik darjah namun di sekolah
secara amnya kerana golongan guru adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan
Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
tercapai.
Cabaran-cabaran profesionalisme keguruanGuru dan profesion keguruan adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan
keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah,
2002). Hal ini adalah kerana guru adalah agen perubahan utama. Artikel Cabaran Profesion
Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada menyatakan
bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan tidak terkecuali dalam mendepani cabaran
yang cukup besar. Antara cabaran-cabaran profesionalisme keguruan iaitu cabaran dalam
bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran dalam system pendidikan, cabaran dalam
masyarakat dan cabaran berasaskan wawasan 2020.
Pertama ialah cabaran dalam bilik darjah. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan
adalah berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan
13
ilmu dan keluhuran peribadi. Walaupun sesuatu pendidikan itu baik, tetapi sekiranya ejen
yang menyampaikan itu tidak efektif, maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan dapat
disampaikan dengan baik. (Syed Ismail & Ahmad, 2010). Hal ini adalah kerana, berdasarkan
artikel Cabaran Profesionalisme Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat
Mei 2012, guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Dalam keadaan dunia yang semakin
mencabar ini, sebagai pengamal ilmu, guru seharusnya menguasai subjek yang diajarnya
dan menggunakan interaksi dua hala serta menggunakan teknik dan kaedah menarik untuk
menambah keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam abad
ke-21 yang serba moden ini, para pelajar akan dapat merasakan keselesaan dalam proses
pembelajaran kerana kemudahan termasuklah ICT akan disediakan untuk mereka bagi
membantu mereka dalam pembelajaran. Hal ini akan menjadi cabaran kepada profesion
keguruan. Guru hendaklah menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini.
Seterusnya ialah cabaran di sekolah. Telah dirumuskan bahawa cabaran besar
dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu ialah masalah sosial yang perlu diatasi
kearah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia
menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan ‘generasi wawasan’
memerlukan piawaian baharu termasuk mengurangkan gejala sosial pelajar seperti ponteng
sekolah serta salah laku lain (Wan Mohd. Zahid, 1997). Dewasa ini, pelajar sering
mengejutkan masyarakat dengan masalah sosial mereka seperti gangsterisme, membuli,
merempit, berzina, membuang bayi dan penyalah gunaan dadah. Isu ini sangat serius
namun ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan
mereka untuk bersikap lebih prihatin dan mengambil tahu serta cuba untuk mengawal anak-
anak mereka. Sesungguhnya, guru berada di barisan paling hadapan dalam membangun
bangsa cemerlang yang bakal menentukan kemajuan negara. Menurut Dr. Novandri Hasan
(2003), hampir semua ibu bapa dan masyarakat mempunyai pelajaran yang tinggi. Lantaran
itu, mereka menganggap guru hanya sebagai penyampai ilmu secara formal sahaja. Oleh
itu, apabila anak mereka didenda atau dihukum di sekolah, segelintir ibu bapa akan
bertindak datang ke sekolah untuk menyalahkan guru yang terbabit. Terlalu banyak campur
tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin
yang semakin kritikal. (Harian Metro, 25 Mei 2006).
Selain itu ialah cabaran dalam sistem pendidikan. Dunia pendidikan berubah dengan
penekanan yang diberikan kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini menyebabkan pengurusan sekolah menjadi
lebih kompleks. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti arus perkembangan
semasa. Guru haruslah menyediakan diri untuk memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) iaitu membangunkan system pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
bagi mencapai aspirasi negara. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat
14
khasnya pelaksanaan reformasi pendidikan seperti Pentaksiran Berdasarkan Sekolah
memerlukan guru mereformasikan diri kea rah pandangan, sikap dan daya usaha
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dengan kemahiran mengajar yang canggih
demi menigkatkan prestasi dalam bidang kerja yang kian mencabar. Ekoran daripada
reformasi pendidikan, peranan guru kini tidak sama lagi dengan peranan guru yang lalu.
Peranan guru pada masa lalu merupakan penyampai maklumat namun kini guru berperanan
sebagai pembimbing, fasilitator dan pemberi ransangan dalam bilik darjah bukan sahaja dari
segi ilmu pengetahuan tetapi juga dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi dan sosial
(JERIS).
Cabaran seterusnya ialah cabaran dalam masyarakat. Pendidik memainkan peranan
dominan dalam merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan perpaduan kaum.
Semakin maju sesebuah masyarakat atau negara, semakin meningkat taraf hidup rakyat
dan semakin meningkat juga cabaran di hadapan guru-guru. (Ramlan,2002). Dalam abad
ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan
baharu sahaja namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada
perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Kepada
masyarakat, guru adalag sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan,
sumber kebudayaan dan ilmu, sumber pemupukan kepercayaan dan sistem nilai dan agen
penyatu masyarakat. (Wan Liz Ozman,2000). Oleh itu, kaum guru haruslah mempunyai
kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya berkemampuan
mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.
Cabaran berasaskan Wawasan 2020 juga merupakan salah satu cabaran dalam
profesionalisme keguruan. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat
teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif bagi
menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam P&P akan melahirkan generasi berteknologi
yang mampu mengharungi era globalisasi sekaligus merealisasikan impian negara untuk
menjadi negara maju menjelang 2020. Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai
implikasi jauh ke hadapan dan tanggungjawabnya bersifat futuristik di mana gurulah yang
mendidik generasi yang akan datang. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa peka dan
sensitive terhadap tuntutan wawasan negara. Cabaran-cabaran yang terkandung dalam
wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta
penerapan nilai dan asas moral bagi membentuk sahsiah pelajar. Justeru, guru harus
berketerampilan, inovatif, kreatif, futuristik, reflektif dan analitik di samping berpegang
kepada nilai-nilai moral yang teguh bagi menghasilkan generasi baru yang dapat
memanifestasikan inovasi, daya cipta dan daya reka.
Cabaran yang terakhir ialah cabaran globalisasi. Bidang pendidikan menghadapi
pelbagai akibat daripada globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan
15
pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Oleh itu, kesan globalisasi dan
liberalisasi menuntut guru untuk celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa
tekanan kepada guru agar berubah dari cara pengajaran lama kepada cara pengajaran baru
mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan
ialah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan pendidikan dan pembelajaran
sepanjang hayat yang merupakan proses berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan
pengalaman individu. Ini dianggap sebagai sifat antarabangsa yang perlu ada pada guru
kerana ini adalah ‘avenue’ baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kesemua ini
juga menjadi cabaran kepada guru.
Peranan bakal guru bagi menghadapi cabaran-cabaran profesionalisme keguruanSebagai pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang akan menghadapi cabaran-
cabaran profesionalisme keguruan apabila menjadi guru kelak, bakal-bakal guru haruslah
menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek. Oleh itu, elemen-elemen penting yang
mesti ada dalam diri setiap bakal guru bagi menghadapi cabaran-cabaran profesionalisme
keguruan ialah ciri dan kualiti profesional, mewujudkan pengajaran yang efektif, peningkatan
profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia serta bertanggungjawab.
Seseorang bakal guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti profesional sesuai
dengan proses perkembangan pendidikan dan sentiasa berusaha meningkatkan taraf
profesionalisme melalui melalui latihan dalam perkhidmatan, membuat refleksi
kendiri,memupuk budaya ilmu, menambah ilmu melalui e-pembelajaran dan
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang proses P&P
yang berkesan. Bakal guru juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah serta berfikiran kreatif dan kritis.
Seseorang bakal guru juga perlu mencuba dengan sedaya upaya untuk memikirkan
alternatif bagi mewujudkan pengajaran yang efektif. Pengajaran efektif mempunyai objektif
pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran pelajar. Selain itu,
strategi dan kaedah mengajar yang cuba diwujudkan haruslah sesuai dan cerdas diberikan
aktiviti pengayaan, manakala para pelajar yang lambat belajar akan diberikan pemulihan,
Seorang bakal guru juga seharusnya sentiasa meningkatkan profesionalismenya.
Bakal guru haruslah sedar tentang tugas dan amanah yang akan dipikul untuk mendidik
generasi yang akan memacu negara pada masa hadapan. (Syed Ismail & Ahmad, 2010).
Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu sentiasa dikemaskini. Bakal-
bakal guru juga perlulah berusaha mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran dan
pendidikan terkini terutamanya ketika praktikum. Bakal-bakal guru juga haruslah sentiasa
melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar
16
dapat meningkatkan keupayaan, ketahanan,dan prestasi bagi menghadapi cabaran yang
semakin kompleks ini.
Perkara yang paling penting bagi menghadapi cabaran profesionalisme keguruan
pada masa kini ialah meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT. Bakal-bakal guru
haruslah bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin
canggih ini kerana perkembangan tersebut mengarah kepada pencapaian misi nasional.
Ilmu ICT harus terlebih dahulu dapat dikuasai oleh bakal-bakal guru yang bakal mendidik
generasi akan datang sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi
menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer
sebagai suatu bentuk kurikulum wawasan negara untuk menjadikan negara maju menjelang
2020. Bakal guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era
teknologi maklumat masa kini, masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan
elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Selain itu juga, seorang bakal guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan
berakhlak mulia. Bakal guru yang berpengetahuan perlulah serba tahu dengan
mengamalkan budaya membaca untuk meningkatkan ilmu serta dapat membawa isu-isu
semasa untuk dibincangkan. Bakal guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi
anak didik yang cemerlang dan gemilang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem
pendidikan yang semakin mencabar,bakal-bakal guru perlulah mempersiapkan diri dengan
nilai-nilai murni dan moral yang kuat dan teguh serta akhlak yang terpuji kerana dalam
kurukulum pendidikan, adalah ditegaskan bahawa nilai-nilai murni wajib diterapkan dalam
P&P bagi menyediakan pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.
(Mok Soon Sang,2010)
Seterusnya, tanggungjawab merupakan satu perkara yang amat penting untuk
membimbing pelajar bagi mecapai kemajuan dan wawasan negara. Bakal-bakal guru perlu
mempunyai sifat bertanggungjawab yang tinggi seperti mengutamakan kebajikan dan
keselamatan bakal anak didik,memupuk nilai murni, mewujudkan hubungan mesra dengan
ibu bapa bakal anak didik, menghormati mereka tanpa mengira taraf sosial dan ekonomi
mereka dan memberi maklumat kepada mereka demi kepentingan anak-anak mereka.
Bakal-bakal guru juga haruslah mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab terhadap
masyarakat seperti tidak menyebarkan perkara negatif, menghormati masyarakat setempat
serta menggalakkan persefahaman dan perpaduan. Dan akhirnya tanggungjawab kepada
guru pelatih lain yang juga bakal pendidik generasi akan datang. Tanggungjawab terhadap
guru pelatih lain adalah seperti, mengelakkan daripada membuat kenyataan negatif dan
tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjatuhkan imej keguruan serta
menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
17
RumusanKoklusinya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan
perkembangan teknologi dunia, seseorang guru khasnya dan bakal guru amnya tidak boleh
lari daripada cabaran-cabaran profesionalisme keguruan yang semakin hari semakin hebat
ini. Oleh hal yang demikin, cabaran profesion yang datang perlu disahut sama ada
cabarannya dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid dan dasar-dasar
yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak
memberangsangkan. Peranan-peranan bakal guru dalam menghadapi cabaran-cabaran
profesionalisme keguruan masa kini yang telah dibincangkan jika benar-benar dilakukan dan
diamalkan akan membantu keberkesanan pengajaran yang bakal dilakukan oleh bakal-bakal
guru kepada pelajarnya nanti dan dengan berkesannya pengajaran yang bakal dilakukan
oleh bakal guru, maka akan semakin meningkatlah “output” atau hasil kemenjadian pelajar
di negara kita dan sekaligus mencapai aspirasi kerajaan untuk menjadi negara maju
menjelang 2020 dengan generasi peneraju negara yang cemerlang dari segala segi
termasuklah kualitinya, keterampilannya dan kewibawaannya.
18
Rujukan
Akta Pendidikan Malaysia. (1996).
Kamus Dewan ,Edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Foy, F. S. (2005). Etika Perguruan: Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Selangor: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Lebar, M. S. (1988). Perubahan dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumput: Nurin Enterprise.
Selamat, A. R. (2000). Pengurusan Sekolah Bestari. Johor Baharu: Badan Cemerlang Sdn. Bhd.
Kaur, D. R. (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan untuk KPLI Sekolah Menegah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mamat, I. b. (2001). Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Noordin, W. M. (1991). Reformasi pendidikan dan kurikulum bersepadu sekolah menegah: Isu dan Cabaran . Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Omar, W. L. (2000). Cabaran dan Persiapan dalam era globalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.
Rashid, A. R. (2000). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sang, M. S. (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdh. Bhd.
SUPEREMANY, K. (2011, 4 9). Pendidikan.my. Retrieved 3 25, 2014, from http://pendidikanmy.blogspot.com/
Syed Ismail, A. (2012). Cabaran, Falsafah dan Strategi dalam Pembentukan Guru yang Unggul.Selangor: Kumpulan Kertas Kerja Seminar JKLKAU ke 9.
Zakaria, I. (2010, 1 20). Blogspot. Retrieved 3 25, 2014, from http://logik-guru.blogspot.com/2010/01/guru-professional.html
Hashim, A. (2009, 6 11). Slide Share. Retrieved 3 25, 2014, from http://www.slideshare.net/arthurjeo/3-guru-sebagai-satu-profesion
19
Refleksi
Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa
yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada
dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada
pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia
memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya
pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum melaksanakan
kerja kursus ini, saya tidak pernah mengetahui apa itu pengertian, konsep dan aspirasi
pendidikan. Namun, setelah saya melaksanakan kerja kursus ini, saya dapat menjelaskan
apa itu pengertian, konsep dan aspirasi pendidikan.
Selain itu, sebelum saya melaksanakan kerja kursus ini, saya kurang memahami apa
yang sepatutnya diamalkan oleh seorang bakal guru. Namun, setelah saya melaksanakan
kerja kursus ini, saya kini lebih memahami apakah personaliti, etika, dan perwatakan
sebagai pembina negara bangsa. Saya juga kini lebih faham apakah sebenarnya dunia
pendidikan dan keguruan. Pada pendapat saya, personaliti guru yang berkesan dapat
diwujudkan melalui pemahaman yang lagi mendalam mengenai profesion ini. Saya juga kini
lebih tertarik dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat demi menjana profesionalisme
keguruan setelah melaksanakan kerja kursus ini. Timbul kesedaran dalam diri saya tentang
betapa pentingnya pembelajaran sepanjang hayat dan pengamalan budaya ilmu dalam diri
seorang bakal guru kerana dunia sentiasa berkembang dan begitu juga dengan teknologi
dan ideologi-ideologi warganya. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya akan sentiasa
mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran yang saya ada bagi menghadapi
globalisasi dalam dunia pendidikan.
Seterusnya, saya juga kini dapat menjelaskan kepentingan permuafakatan komuniti
dalam pendidikan. Sebelum ini, saya tidak pernag mengambil tahu akan kepentingan-
kepentingan permuafakatan komuniti dalam pendidikan, namun setelah menyiapkan kerja
kursus ini, saya serba sedikit sudah boleh menjelaskan apakah kepentingan-kepentingan
permuafakatan komuniti. Pengetahuan ini amat penting bagi saya kerana saya perlu
menggalakkan dan membudayakan permuafakatan komuniti dalam pendidikan apabila saya
menjadi guru kelak. Saya juga kini mengetahui apakah cabaran-cabaran profesionalisme
keguruan. Dengan adanya pengetahuan saya mengenai cabaran-cabaram tersebut, saya
20
akan dapat mempersiapkan diri saya dari setiap segi untuk mendepani cabaran-cabaran
tersebut daripada peringkat awal lagi. Dengan itu, saya akan berpotensi untuk menjadi
seorang bakal guru yang berkualiti dan dapat menghadapi perubahan masa dan dapat
mempersiapkan diri untuk menghadapi apa sahaja rintangan yang bakal berlaku semasa
saya menuntut di IPG mahupun apabila saya telah menjadi guru dalam masa yang akan
datang.Saya juga kini mengetahui dan memahami ciri-ciri kualiti yang positif yang
seharusnya ada pada diri setiap pendidik. Sebelum ini, saya berpendapat bahawa apa
kualiti yang perlu ada pada seorang guru hanyalah berilmu pengetahuan namun ternyata
saya silap kerana ciri-ciri kualiti guru yang positif sebenarnya merangkumi pelbagai aspek
dan tidak tertumpu kepada ilmu pengetahuan sahaja. Oleh itu, saya kini boleh
mempraktikkan ciri-ciri kualiti yang positif bermula daripada sekarang dalam kehidupan
seharian saya terutamanya ketika berada di IPG demi kebaikan masa yang akan datang
khasnya apabila saya telah menjadi guru suatu hari nanti.
Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini
terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan
tugasan yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk menyiapkan dua
esei dengan tajuk yang berbeza. Oleh itu, saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai
sumber seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Salah satu cabaran yang saya hadapi
ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku kerana buku di
perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada kami adalah agak terhad.
Oleh yang demikian, saya terpaksa bersabar untuk menanti buku yang seharusnya saya
pinjam dikembalikan oleh peminjam di perpustakaan. Selain itu, saya juga mempelajari erti
kesabaran ketika memerah otak untuk memikirkan idea-idea yang mantap bagi
melengkapkan kerja kursus ini. Hasil daripada kesabaran saya, saya berjaya menyiapkan
kerja kursus ini atas hasil titik peluh saya sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang
lain.Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas dan
rakan-rakan daripada kelas TESL semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling
membantu antara satu sama lain terutamanya dalam bertukar-tukar idea dan memberikan
pendapat bagi menyiapkan kerja kursus ini. Kamu juga saling bekerjasama dalam bertukar-
tukar sumber rujukan seperti buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan rakan-rakan
seperjuangan juga semakin erat dan kukuh secara tidak langsung.
Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak
pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam
memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan
21
jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang
membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.
22