CIRI-CIRI KEPIMPINAN PENGETUA YANG DIKEHENDAKI OLEH
GURU-GURU
ROJIEHAH BINTI ZAKARIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
CIRI-CIRI KEPIMPINAN PENGETUA YANG DIKEHENDAKI OLEH
GURU-GURU
ROJIEHAH BINTI ZAKARIA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
iii
Teristimewa buat,
Ayahanda dan bondaku yang disayangi,
Zakaria bin Yahaya dan Esah Binti Mat Dong
Yang banyak mencurahkan segala pengorbanan demi kejayaanku,
Untuk adik-beradikku yang dirindui,
Rojieta, Rozaliana dan Rozaeil Latiffa
Yang sering memberi dorongan dan semangat,
Buat Mohd Norshamreman Bin Mohd Noor dan rakan-rakan seperjuangan,
Yang sentiasa menghulurkan pertolongan dan nasihat,
Terima kasih atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…
semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Insyaallah…
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan
ikhlas buat penyelia projek Dr Lokman Mohd Tahir yang telah banyak membantu
dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta
tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.
Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, Pn Nur Qistina Abdullah dan Dr Dayang Hjh Tiawa
Awang Hj Hamid yang turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat pengetua-pengetua dan
guru-guru yang telah terlibat dalam memberi maklumbalas serta kerjasama yang
tidak terhingga bagi memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut
perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa
sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.
Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan
jayanya. Semoga Allah S.W.T memberkati segala apa yang dicurahkan oleh semua.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini dijalankan bertujuan mengenalpasti ciri-ciri kepimpinan
pengetua yang dikehendaki oleh guru-guru. Secara khususnya, penyelidikan ini
direkabentuk bagi menjawab keempat-empat persoalan kajian berikut:
Mengenalpasti ciri-ciri kepimpinan pengetua yang diingini oleh guru; mengenalpasti
keprihatinan pengetua terhadap soal kebajikan guru; mengenalpasti sama ada
pengetua boleh dianggap sebagai pemotivasi dan ‘role model’ kepada guru dan
mengenalpasti sama ada pengetua boleh dianggap sebagai pembimbing kepada guru
dalam beberapa aspek di sekolah. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif iaitu
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dengan nilai kebolehpercayaan
Alpha Cronbach pada 0.96. Responden penyelidikan ini terdiri daripada 149 orang
guru dari lima jenis sekolah di daerah Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah
Teknik, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Bandar, Sekolah Menengah
Luar Bandar dan Sekolah Menengah Agama Negeri. Hasil kajian mendapati bahawa
pengetua dinilai sebagai pembimbing kepada guru namun keprihatinan pengetua
terhadap guru-guru agak kurang dititikberatkan oleh pengetua. Oleh itu, beberapa
cadangan untuk mempertingkatkan kualiti kepimpinan pengetua sekolah telah
dikemukakan oleh penyelidik.
vi
ABSTRACT
The research was introduced as part of a study to determine and identify the
leadership characteristics of the school principals dreamt by teachers. Specifically,
this research was designed to fulfil the following research questions: To identify the
leadership characteristics of principals dreamt by teachers; principals’ concerning
about the welfare of teachers; indicates whether principals can be considered as a
motivator and role model to teachers and identify whether principals can be
considered as a coach to teachers in some aspects at school. This research is a form
of descriptive research which using questionnaires as a research instrument with the
validity of the Alpha value 0.96. The respondents of this research were 149 teachers
from five types of school in the district of Kuala Terengganu namely technical
school, boarding school, religious school and normal school in town and rural area.
The findings of this research proved that the principal plays an important role as a
coach to the teacher. Nevertheless, principals were evaluated as less concern to the
welfare of the teachers. Lastly, a few suggestions were forwarded to improve the
leadership quality of school principals.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PENYELIDIK
i
ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
xii
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xv
xvi BAB 1
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
viii
10
1.8.1 Pemimpin
1.8.2 Kepimpinan
1.8.3 Ciri-ciri kepimpinan
1.8.4 Komitmen
1.8.5 Pengetua sekolah
1.8.6 Kebajikan
1.8.7 Keprihatinan
1.8.8 Pemotivasi
1.8.9 Pembimbing
10
10
11
11
11
12
12
12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Teori-teori kepimpinan
2.2.1 Teori Karismatik
2.2.2 Teori Kepimpinan Demokratik
2.2.3 Teori X dan Y
2.2.4 Teori Kepimpinan Situasi
14
14
15
16
17
2.3 Ciri-ciri Kepimpinan Pengetua Yang
Berkesan
18
2.4 Keprihatinan Pengetua Terhadap Soal
Kebajikan Guru
2.4.1 Kewangan Guru
2.4.2 Keperluan Semasa Guru
2.4.3 Kesihatan Guru
2.4.4 Kemudahan dan Logistik Guru
22
23
23
23
24
2.5 Pengetua Sebagai Pemotivasi dan ‘Role
Model’ Kepada Guru
24
2.6 Pengetua Sebagai Pembimbing Kepada
Guru
26
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka bentuk Kajian 28
3.3 Persampelan
3.3.1 Lokasi Kajian
3.3.2 Populasi Kajian
3.3.3 Sampel Kajian
29
29
30
31
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Bahagian A
3.4.2 Bahagian B
31
32
32
3.5 Prosedur Kajian 34
3.6 Kajian Rintis 35
3.7 Analisis Data 36
3.8 Penutup 38
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Demografi (Bahagian A)
4.2.1 Taburan Responden Mengikut
Jenis Sekolah
4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Jantina
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
umur
4.2.4 Taburan Responden Mengikut
Kumpulan Bangsa
4.2.5 Taburan Responden Mengikut
Taraf Perkahwinan
4.2.6 Taburan Responden Mengikut
Pendapatan Kasar Sebulan
40
40
41
41
42
42
43
x
4.3
4.2.7 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar
Analisis Data (Bahagian B) Berkaitan
Dengan Persoalan Kajian
43
44
4.3.1 Persoalan Kajian 1:
Apakah ciri-ciri kepimpinan
pengetua yang diingini oleh guru
45
4.3.2 Persoalan Kajian 2:
Adakah pengetua prihatin
terhadap soal kebajikan guru
49
4.3.3 Persoalan Kajian 3:
Adakah pengetua boleh dianggap
sebagai pemotivasi dan ‘role
model’ kepada guru berdasarkan
penilaian guru
54
59 4.3.4 Persoalan Kajian 4:
Adakah pengetua boleh dianggap
sebagai pembimbing kepada guru
dalam beberapa aspek di sekolah
Rumusan
63
4.4.1
4.4.2
Persoalan Kajian 1:
Apakah ciri-ciri kepimpinan
pengetua yang diingini oleh guru
Persoalan Kajian 2:
Adakah pengetua prihatin
terhadap soal kebajikan guru
64
65
4.4
4.4.3
Persoalan Kajian 3:
Adakah pengetua boleh dianggap
sebagai pemotivasi dan ‘role
model’ kepada guru berdasarkan
penilaian guru
66
xi
4.4.4 Persoalan Kajian 4:
Adakah pengetua boleh dianggap
sebagai pembimbing kepada guru
dalam beberapa aspek di sekolah
67
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Rumusan Kajian 69
5.3 Perbincangan Kajian 71
5.3.1 Ciri-ciri kepimpinan pengetua
yang diingini oleh guru
71
5.3.2 Keprihatinan pengetua terhadap
soal kebajikan guru
73
5.3.3 Pengetua sebagai pemotivasi dan
‘role model’ kepada guru
76
5.3.4 Pengetua sebagai pembimbing
kepada guru dalam beberapa
aspek di sekolah
78
5.4 Cadangan tindakan 81
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82
BIBLIOGRAFI 84
LAMPIRAN 89
Lampiran A – F
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Bilangan Guru Mengikut Sekolah 30
3.2 Bilangan Responden Mengikut Sekolah 31
3.3 Pembahagian item mengikut item kajian 33
3.4 Skala Likert 34
3.5 Nilai alpha cronbach mengikut persoalan kajian 36
3.6 Skala pemeringkatan bagi Skala Likert 37
3.7 Peratusan Skor 37
3.8 Tahap penilaian berdasarkan min 38
3.9 Nilai skor min 38
4.1 Taburan responden mengikut jenis sekolah 40
4.2 Taburan responden mengikut jantina 41
4.3 Taburan responden mengikut umur 41
4.4 Taburan responden mengikut kumpulan bangsa 42
4.5 Taburan responden mengikut taraf perkahwinan 42
4.6 Taburan responden mengikut pendapatan kasar
sebulan
43
4.7 Taburan responden mengikut pengalaman
mengajar
43
4.8 Analisis keputusan terhadap ciri-ciri kepimpinan
pengetua yang diingini oleh guru
45
4.9 Analisis keputusan keprihatinan pengetua
terhadap soal kebajikan guru
49
4.10 Analisis keputusan pengetua sebagai pemotivasi
dan ‘role model’ kepada guru
54
xiii
4.11 Analisis keputusan pengetua sebagai
pembimbing kepada guru dalam beberapa aspek
di sekolah
59
4.12 Nilai skor min 68
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
4.1 Analisis keputusan terhadap ciri-ciri kepimpinan
pengetua yang diingini oleh guru
64
4.2 Analisis keputusan terhadap keprihatinan
pengetua terhadap kebajikan guru
65
4.3 Analisis keputusan pengetua sebagai pemotivasi
dan ‘role model’ kepada guru
66
4.4 Analisis keputusan pengetua sebagai
pembimbing kepada guru dalam beberapa aspek
di sekolah
67
xv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
AJK - Ahli Jawatan Kuasa
Bil - Bilangan
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
NGO - Non Government Organization
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PSM - Projek Sarjana Muda
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
SBP - Sekolah Berasrama Penuh
SMAN - Sekolah Menengah Agama Negeri
SMKB - Sekolah Menengah Kawasan Bandar
SMKLB - Sekolah Menengah Kawasan Luar Bandar
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SPSS - Statistical Pakage For Social Sience
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
f - Frekuensi
% - Peratus
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik
89
B Surat Pengesahan Soal Selidik daripada
Pn. Nur Qistina Abdullah
97
C Surat Pengesahan Soal Selidik daripada
Dr. Dayang Hjh Tiawa Awang Hj. Hamid
98
D Surat Akuan Fakulti Pendidikan
99
E Surat Kebenaran dari Kementerian
Pendidikan Malaysia, Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan(BPPDP)
100
F Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu (JPNT)
102
1
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Kepimpinan merupakan salah satu aspek atau ciri yang harus dititikberatkan
dan dimiliki oleh setiap individu yang bergelar pemimpin. Kepimpinan berasal dari
perkataan ‘pimpin’ iaitu yang memberi maksud membimbing, menunjuk, mengepalai
dan mengetuai sesuatu organisasi atau kumpulan dengan berpandukan corak-corak
kepimpinan tertentu. Menurut Juhary dan Ishak (1992), corak kepimpinan itu akan
mirip kepada salah satu pilihan iaitu tindakan secara tingkah laku atau tindakan
secara sifat yang lebih mementingkan hubungan kemanusiaan. Oleh itu, ciri-ciri
kepimpinan haruslah mengambil kira aspek tingkah laku sebagai tindakan yang lebih
mengutamakan hubungan sesama manusia dan tidak menjurus kepada kepentingan
diri atau pihak-pihak tertentu semata-mata.
Pemimpin merupakan individu yang dipertanggungjawabkan dalam
membimbing, menunjuk, mengepalai dan mengetuai sesebuah kumpulan atau
organisasi demi memastikan perkembangan yang positif sentiasa dicapai oleh
kumpulan atau organisasi tersebut. Tanpa kewujudan pemimpin, keutuhan sesebuah
kumpulan atau organisasi tidak mungkin akan tercapai dengan baiknya. Robiah
(1989) pernah berpendapat bahawa pemimpin sebagai mempunyai keistimewaan
tertentu, iaitu keistimewaan untuk memandu, mendorong dan menggerakkan ahli-
ahli organisasinya ke arah mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan.
2
Di samping itu, komitmen seorang pemimpin juga merupakan antara aspek
yang sewajarnya dititikberatkan dalam memastikan kelicinan perjalanan setiap
aktiviti sesebuah kumpulan atau organisasi yang dipimpin. Ini adalah kerana seorang
pemimpin perlulah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan
tanggungjawab mereka. Komitmen secara umumnya merujuk kepada sifat seorang
pemimpin yang sentiasa komited dan bertanggungjawab terhadap tugas,
tanggungjawab dan tindakan mereka serta keputusan yang diambil terhadap sesuatu
perkara.
Pemimpin yang bertanggungjawab adalah pemimpin yang mempunyai
komitmen yang tinggi. Tanggungjawab bukan hanya melaksanakan sesuatu tindakan
tetapi turut memerlukan seorang pemimpin untuk berkorban masa, tenaga dan ada
ketikanya wang ringgit mereka. Menurut Matton (1974), dan Gruneberg (1976),
terdapat hubungan antara kepuasan kerja dengan ‘turnover’ kerja. Menyerahkan
kerja ‘turnover’ ialah masalah besar sebab mereka yang berniat meninggalkan kerja
mereka besar kemungkinan berbuat demikian. Satu lagi sebab orang meninggalkan
kerja mereka ialah kerana kurangnya komitmen terhadap organisasi. Mortimer
(1979) pula berpendapat bahawa pekerja yang lebih komitmen kurang meninggalkan
kerja mereka.
Sebagai pemimpin, pengetua merupakan individu yang memimpin sesebuah
kumpulan atau organisasi. Dalam konteks sekolah, pengetua dianggap sebagai
pelaksana dasar pendidikan dan pentadbiran sekolah. Pengetua memainkan peranan
penting dalam menerajui sekolah ke tahap yang lebih berkesan dari semasa ke
semasa. Edmonds (1979) juga pernah menyatakan bahawa kejayaan sesebuah
sekolah terletak di tangan pengetua. Pengetua boleh mengubah sekolah yang tidak
berkesan kepada sekolah yang berkesan dengan pengaruhnya. Rata-rata kajian yang
berkaitan membuat kesimpulan yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah
adalah kepimpinan pengetua (Hussein, 1993).
Tingkah laku pengetua akan menjadi nadi penggerak utama kepada
perjalanan semua aktiviti sesebuah sekolah (Ibrahim,1993). Thevan (1994) dalam
tesisnya menyatakan bahawa faktor pengetualah yang utama yang membawa
3
kejayaan atau kegagalan sebuah sekolah kerajaan malah, pengetua sekolah dianggap
sebagai “kunci” kepada perubahan pendidikan di sekolah. Laporan kajian daripada
Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (1982)
juga turut menyarankan bahawa peranan utama kepimpinan sekolah mestilah cekap
dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-
sekolah, mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak
sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran
dan pembelajaran di sekolah dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam
aktiviti-aktiviti professional guru dan pelajar dan jangan hanya bekerja semata-mata
sebagai pentadbir yang berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan surat-surat
arahan dan surat-surat siaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982).
Ciri-ciri kepimpinan dan komitmen yang tinggi haruslah dimiliki oleh setiap
pengetua. Ciri-ciri kepimpinan dan komitmen boleh menggambarkan sejauhmana
perjalanan tanggungjawab seorang pengetua. Kepimpinan yang cekap, berwibawa
dan berkualiti adalah mustahak untuk menggerakkan sesebuah organisasi atau
kumpulan untuk melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat kecemerlangan dalam
semua bidang. (Wan Mohd. Zahir Mohd. Nordin, 1993). Dengan demikian, tanpa
ciri-ciri kepimpinan yang positif dan komitmen pengetua yang tinggi, tidak mungkin
produk sesebuah sekolah dapat dihasilkan dengan lebih berkualiti.
1.2 Latar belakang masalah
Kepimpinan dan komitmen seorang pengetua sekolah bukan semata-mata
tertumpu pada tanggungjawab dalam pentadbiran sekolah dan hal ehwal pelajar
semata-mata tetapi seharusnya juga menitikberatkan soal kepentingan guru-guru
selaku tulang belakang profession mereka. Rata-rata pengetua sekolah pada masa
kini lebih mementingkan tanggungjawab mereka terlebih dahulu dilaksanakan tanpa
mengambil kira soal kepentingan guru di bawah mereka. Ini menyebabkan
sebilangan besar guru tidak berpuas hati dengan ciri-ciri kepimpinan pengetua yang
sedia ada di sekolah mereka.
4
Komitmen terhadap tugas sangat penting terhadap setiap individu yang
bekerja. Komitmen pengetua terhadap tanggungjawab mereka amat penting bagi
guru-guru kerana sekaligus mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka
sekiranya pengetua sedar dan komited terhadap tugas mereka. Sebagai contoh, guru-
guru memerlukan pengetua yang sentiasa memberi komitmen yang secukupnya
dalam menjayakan setiap program yang diadakan dan sama-sama berganding bahu
serta bukan hanya tahu mengarah kerja guru semata-mata. Oleh sebab itu, komitmen
pengetua juga turut mendorong kepada komitmen guru untuk melaksanakan
tanggungjawab mereka.
Komitmen juga berkait rapat dengan kepuasan kerja mengikut setengah
kajian (Bame, 1972, Kongction, 1986 dan Mottaz, 1987) dan komitmen pengetua
yang tinggi juga turut meyumbang kerjasama yang erat antara pengetua dan pihak
bawahannya malah komitmen guru juga penting dalam menjayakan perlaksanaan
program pendidikan. Bagi Long (1970) pula, setiap pengetua atau guru besar yang
berjaya memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada guru-guru di bawah jagaannya.
Tanpa kerjasama yang baik daripada guru-guru, keberkesanan kepimpinan pengetua
tidak mungkin akan tercapai secara keseluruhannya. Kepimpinan yang rendah dalam
dimensi timbang rasa dan struktur tugas sering dikaitkan dengan pemimpin yang
lemah dan tidak berkesan (Chacko,1990).
Guru adalah antara individu yang berperanan penting dalam memastikan
keberkesanan pendidikan di sekolah. Guru bukan semata-mata dianggap sebagai
pengajar terhadap sesuatu matapelajaran, tetapi merupakan pendidik dan
pembimbing berterusan terhadap pelajarnya. Walau bagaimanapun, guru turut
menjadi antara sasaran dalam persaingan pendidikan pada masa kini. Dalam
menghasilkan produk yang berkualiti oleh sesebuah sekolah, guru seringkali
dibebani dengan pelbagai tugas arahan pihak atasan sehingga kadangkala soal
kebajikan mereka terabai. Dalam soal ini, keprihatinan pengetua dalam memahami
situasi guru amat diperlukan. Pengetua seharusnya prihatin akan kebajikan guru
sebelum menambahkan beban kepada mereka atau ketika mereka memerlukan
pertolongan. Pengetua juga harus memahami kedudukan guru terlebih dahulu dan
tidak boleh menyerahkan semua kerja semata-mata untuk kepentingan posisi mereka.
5
Pengetua yang tidak prihatin kepada soal kebajikan guru seringkali
mewujudkan perasaan negatif guru-guru terhadap mereka dan keadaan ini boleh
menyumbang kepada kelemahan organisasi yang ditadbir oleh pengetua. Kelemahan
pengetua dapat dilihat daripada persepsi guru-guru yang bersifat negatif terhadap
pengetua mereka (Mohd. Zain Sham dan Faridah Abu Hassan, 1989).
Pengetua juga dianggap sebagai tunjang organisasi di sesebuah sekolah.
Kadangkala guru-guru turut mengalami perubahan semangat dalam usaha
melunaskan setiap tugas mereka lantaran kurangnya motivasi untuk bekerja. Dengan
demikian, peranan pengetua turut tertumpu sebagai pemotivasi dan ‘role model’
kepada guru. Dalam hal gaya kepimpinan, Aminuddin (1990) menyatakan bahawa
tingkah laku seorang pemimpin, dia dijangka mampu mengubah bukan sahaja
tingkah laku dan sikap orang bawahan tetapi juga motivasi mereka. Memotivasikan
bermakna merubah orang bawahan supaya mempunyai keinginan melakukan kerja
untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi.
Ciri-ciri kepimpinan pengetua yang berkesan boleh mempengaruhi semangat
dan motivasi guru untuk bekerja. Sebagai contoh, untuk setiap aktiviti yang
dijalankan, pengetua seharusnya turut serta untuk turun padang bersama-sama
dengan guru lain bagi menjayakan aktiviti tersebut. Dengan ini, guru-guru akan
lebih bersemangat untuk bekerja melihatkan ketua mereka yang turut bersemangat
dalam memberi sumbangan. Adair (1989), menyatakan motivasi orang bawahan
timbul kerana gaya kepimpinan pemimpinnya.
Hubungan guru dan pengetua sangat penting dan harus diutamakan dalam
memastikan matlamat organisasi tercapai. Hall, et al. (1984) mendapati sekolah-
sekolah yang dipimpin pegetua yang berorientasikan perhubungan dan timbang rasa
sering mewujudkan iklim yang kondusif. Ini menyebabkan guru-guru lebih
bermotivasi dan berpuas hati kerana wujudnya suasana harmoni dalam persekitaran
pekerjaan mereka. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kebanyakan pengetua turut
mengalami kekangan dalam usaha merangsang semangat guru-guru bawahannya.
Pengetua menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha memajukan sekolahnya. Di
antara rintangan yang sering dihadapi ialah terdapat guru-guru yang telah lama
6
berkhidmat tidak mahu menerima perubahan, guru tidak boleh menerima nasihat dan
kritikan, guru malas, tiada semangat kekeluargaan, tidak bertolak ansur, bersikap
negatif, tiada visi dan telah ‘burnout’ (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990a).
Keadaan ini memberi gambaran sebenar terhadap sikap kebanyakan guru-guru di
Malaysia. Dengan itu, pengetua antara pihak yang seharusnya berperanan
memainkan tanggungjawab menangani masalah ini dengan berusaha memotivasi
guru-guru di bawah jagaan mereka dan bertindak sebagai ‘role model’ melalui
pelbagai cara.
Guru juga kadangkala mengalami masalah dalam melaksanakan tugas mereka
dengan betul lantaran kurangnya bimbingan dan tunjuk ajar daripada pihak-pihak
berkaitan. Justeru, dapat dilihat bahawa keberkesanan kepimpinan pengetua juga
merupakan hasil daripada ciri-ciri mereka yang gemar bertindak sebagai pembimbing
kepada guru-guru di bawah pentadbiran mereka. Tugas dan tanggungjawab yang
dilaksanakan oleh guru-guru kadangkala tidak menepati syarat yang diperlukan.
Dengan demikian, pengetua seharusnya mengambil langkah membimbing guru untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif demi mencapai
matlamat yang diharapkan. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2008),
individu yang dipimpin mesti melihat bahawa pemimpin mereka adalah seorang
yang dapat membantu mereka mencapai matlamat mereka. Ini dilakukan dengan
cara memberikan petunjuk dan panduan bagaimana caranya mereka hendak
mencapai apa yang mereka cita-citakan. Sebagai pemimpin, pengetua sewajarnya
menunjuk jalan dan panduan yang betul kepada guru dan cekap membetulkan setiap
kesalahan mereka. Berdasarkan teori kepimpinan, pemimpin yang berjaya adalah
mereka yang menjadi penunjuk jalan kepada mereka yang dipimpinnya.
Sebagai kesimpulannya, ciri-ciri kepimpinan efektif dan komitmen pengetua
yang tinggi sangat diperlukan oleh setiap guru di Malaysia. Ini kerana hanya
kepimpinan dan komitmen pengetua sahaja yang berupaya untuk mempengaruhi
budaya kerja di kalangan guru-guru demi menjamin kualiti dan kepentingan dalam
Dasar Pendidikan Negara.
7
1.3 Pernyataan masalah
Secara umumnya, kepimpinan pengetua memainkan peranan penting dalam
menentukan hala tuju kemajuan sekolah. Persepsi guru-guru terhadap ciri-ciri
kepimpinan pengetua sekolah adalah subjektif kerana setiap guru akan menilai
kepimpinan pegetua dengan cara yang berbeza. Persoalan ini untuk menilai sama
ada pengetua sekolah betul-betul memenuhi citarasa tentang ciri-ciri kepimpinan
yang diingini oleh semua guru. Ciri-ciri kepimpinan pengetua yang diingini oleh
setiap guru mungkin berbeza dan kajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri
kepimpinan pengetua yang dikehendaki oleh guru-guru, mengenalpasti keprihatinan
pengetua terhadap soal kebajikan guru, meninjau sama ada pengetua boleh dianggap
sebagai pemotivasi dan ‘role model’ kepada guru dan meninjau sama ada pengetua
boleh dianggap sebagai pembimbing kepada guru dalam beberapa aspek di sekolah.
1.4 Objektif kajian
Objekif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti ciri-ciri kepimpinan pengetua yang diingini oleh guru.
ii. Mengenalpasti keprihatinan pengetua terhadap soal kebajikan guru.
iii. Mengenalpasti sama ada pengetua boleh dianggap sebagai pemotivasi dan
‘role model’ kepada guru berdasarkan penilaian guru.
iv. Mengenalpasti sama ada pengetua boleh dianggap sebagai pembimbing
kepada guru dalam beberapa aspek di sekolah.
8
1.5 Persoalan kajian
Dalam kajian ini, penyelidik cuba untuk mendapatkan jawapan bagi
persoalan-persoalan kajian yang dinyatakan dibawah sebagai memenuhi objektif
kajian yang dijalankan iaitu:
i. Apakah ciri-ciri kepimpinan pengetua yang diingini oleh guru?
ii. Adakah pengetua prihatin terhadap soal kebajikan guru?
iii. Adakah pengetua boleh dianggap sebagai pemotivasi dan ‘role model’
kepada guru berdasarkan penilaian guru?
iv. Adakah pengetua boleh dianggap sebagai pembimbing kepada guru
dalam beberapa aspek di sekolah?