Transcript
Page 1: Catatan Refleksi Mural Ppki

Unit Praktikum UP_N03Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

:: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian ::

CATATAN REFLEKSI

TARIKH 20 OKTOBER 2015

1. Isu / Perkara yang difokus:

Projek murah PPKI

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Projek mural yang telah saya rancang berjaya disempurnakan dengan lancar. Saya mendapat

sokongan padu daripada Guru Besar dan guru-guru SJK Chung Hua Bintulu No.2 yang

menjadi rujukan utama saya dalam persediaan, perancangan dan lakaran gambar sebelum

dipilih sebagai lukisan mural. Malahan, sokongan pihak pentadbir daripada segi penyediaan

bahan dan alatan mural juga telah melicinkan perjalanan projek saya. Di samping itu, murid-

murid di sekolah juga memberi kerjasama kerana menghargai dan menyayangi hasil kerja

mural saya. Saya berfikiran lebih kreatif terutamanya dalam seni lukisan mural.

2.1 Kelemahan:

Terdapat beberapa perkara yang menjadi kekangan sepanjang melaksanakan projek mural

ini. Antaranya ialah kekangan dari segi penempatan mural yang kurang strategik kerana bilik

Pendidikan Khas merupakan laluan utama bagi guru ke Pejabat Am dan bagi murid ke

kantin. Dengan itu, saya mengalami kerisauan kerana murid-murid asyik berlari di laluan

tersebut dan hal ini mengganggu tumpuan saya semasa melukis mural. Selain itu, waktu

sekolah yang agak terhad juga memberi kesan kepada kelancaran pelaksaan projek. Hal ini

kerana pihak sekolah juga memberi tugas yang lain iaitu kelas bimbingan tambahan kepada

murid-murid yang lemah.

3. Cadangan penambahbaikan:

Antara cadangan yang dapat diberi adalah lebih baik sekiranya tempat melukis mural

merupakan kawasan larangan sementara bagi murid-murid supaya saya dapat memberi fokus

untuk melaksanakan kerja melukis mural. Selain itu, kelas bimbingan harus dikurangkan

bilangannya dapat memastikan masa melukis mural yang cukup dan tidak tergesa-gesa.

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

______________________________ ______________________________

Tandatangan Pelajar/Guru Pelatih Tandatangan Mentor / Guru Besar


Top Related