Transcript
Page 1: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Objektif Program Satu Negeri Satu Sungai iaitu untuk memastikan sungai bersih,

hidup dan vibran dengan mencapai kualiti air kelas II menjelang tahun 2015. Salah satu

kaedah rawatan yang diguna dan terbukti berjaya adalah dengan menggunakan teknologi

‘effective microorganisms’ (EM). Larutan EM disembur terus ke tempat-tempat cadangan

rawatan sama ada ke dalam sungai, kolam takungan atau pada lain-lain punca pencemaran

sungai.

Kaedah traditional menyembur larutan EM memerlukan tenaga manusia untuk

melakukannya selagi tiada usaha untuk menghalang bahan pencemar dari memasuki ke

dalam sungai. Di samping itu dos semburan yang digunakan adalah berlebihan kerana

ketiadaan tempat untuk menyimpan bekalan larutan EM dan ketiadaan peralatan untuk

membuat semburan oleh pihak pelanggan (JPS). Oleh yang demikian, ‘EM Biodegrader

Pump System (EM BDPS)’ telah dihasilkan untuk menggantikan kaedah semburan secara

manual.

EM BDPS mempunyai lima (5) komponen utama iaitu tangki storan larutan EM, pam

dan ‘blower’, perangkap sampah, tangki rawatan dan panel solar. Larutan EM yang

ditempatkan di dalam tangki storan dalam rumah pam dikawal semburannya dengan ‘timer’

yang boleh diset mengikut dos yang diperlukan. Semburan dibuat ke dalam perangkap

sampah. Panel solar digunakan untuk membekal tenaga letrik kepada sistem pam dan

‘blower’. ‘Blower’ digunakan untuk membekal oksigen bagi mempercepatkan proses

rawatan.

Produk ini mempunyai kelebihan kerana ia bekerja secara automatik dengan tenaga

letrik dibekalkan melalui panel solar. Inovasi ini membawa perubahan dalam pelaksanaan

kerja yang dapat memberi peningkatan dari aspek kualiti serta pengurangan dari aspek

keperluan tenaga dan penyelenggaraan di samping mengoptimumkan penggunaan bahan

rawatan. Projek perintis yang telah dipasang di Kangar, Perlis dan di Sungai Hiliran, Kuala

Terengganu telah pun membuktikan keberkesanannya.

2. PENGENALAN PRODUK

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 1

Page 2: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

2.1 Pengenalan Kumpulan

Kumpulan ‘River Transformer’ ditubuhkan secara rasminya pada bulan Oktober

2014 setelah ada ahli mencadangkan untuk menyertai pertandingan cabaran inovasi.

Sebelum penubuhan secara rasmi, usaha-usaha untuk menghasikan produk inovasi

memang telah berjalan bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada beberapa isu

bersama.

Ahli kumpulan ini terdiri daripada warga kerja JPS di pejabat Bahagian Ibu

Pejabat JPS Malaysia dan pejabat JPS Negeri yang pernah atau yang sedang

berkhidmat dalam bidang pengurusan sungai kerana produk inovasi adalah berkaitan

dengan sungai. Ahli-ahlinya adalah:

1. En. Dzulkifli bin Abu Bakar Bahagian Pembangunan Modal Insan

2. Pn. Noor Hajar binti Mohd Noor Bahagian Rekabentuk dan Empangan

3. En. Che Nordin bin Abdullah JPS Negeri Perlis

4. Cik Maimunah binti Abu Hassan Ashaari JPS Negeri Kedah

5. En. Mahidi bin Mahamood JPS Negeri Perak

6. En. Mohd Nor Fais bin Suhaimi JPS Negeri Sembilan

7. Pn. Nora binti Ibrahim JPS Negeri Melaka

8. Pn. Similiana binti Sulong JPS Negeri Pahang

9. En. Alias bin Mamat JPS Negeri terengganu

10. Pn. Marziah binti Mohamad JPS Negeri Kelantan

Penasihat Kumpulan ialah YBhg. Dato’ Ir. Haji Hanapi bin Mohamad Noor,

Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (mantan Pengarah

Pengurusan Lembangan Sungai)

2.2 Latar Belakang

2.2.1 Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai

Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (dahulunya dikenali sebagai

Bahagian Kejuruteraan Sungai) telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan

fungsi utama untuk menyediakan khidmat kepakaran dalam pengurusan sungai

secara bersepadu termasuk penggubalan dasar dan perundangan serta

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 2

Page 3: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

memastikan lembangan sungai diurus dengan sempurna untuk keperluan

pemeliharaan kuantiti dan kualiti sumber air. Peranan utama bahagian ini adalah

seperti berikut:

Pelaksanaan ‘Integrated River Basin Management’ (IRBM) di seluruh

Negara bagi menyokong pembangunan lestari;

Melaksanakan program pengurusan sungai termasuk pemeliharaan alam

semulajadi sungai, pengindahan sungai, kempen kesedaran dan program

Satu Negeri Satu Sungai; dan

Melaksanakan program pemulihan dan pemeliharaan sungai termasuk

penyelesaian masalah hakisan tebing sungai, memulihkan dan

menambahbaik keadaan sungai.

2.2.2 Program Satu Negeri Satu Sungai

Program Satu Negeri Satu Sungai telah dilancarkan pada 2002 dengan

objektif-objektif berikut:

Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan vibran dengan mencapai

kualiti air Kelas II menjelang 2015;

Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi

yang semulajadi; dan

Untuk mengekalkan nilai aset sungai.

Program ini merupakan perjanjian bersama Kerajaan Negeri di mana

setiap negeri perlu memilih satu sungai yang tercemar untuk dipulihkan. Sungai-

sungai yang telah dipilih adalah seperti berikut:

NEGERI SUNGAI

1. Perlis Sungai Perlis

2. Kedah Sungai Sungai Petani

3. Pulau Pinang Sungai Pinang

4. Perak Sungai Kinta

5. Selangor Sungai Pencala

6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sungai Pencala

7. Negeri Sembilan Sungai Temiang

8. Melaka Sungai Melaka

9. Johor Sungai Skudai

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 3

Page 4: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

10. Kelantan Sungai Pengkalan Chepa

11. Terengganu Sungai Hiliran

12. Pahang Sungai Galing

13. Sarawak Sungai Miri

14. Sabah Sungai Papar

Jadual 1: Senarai sungai di bawah Program Satu Negeri Satu Sungai

Program pemulihan ini dilaksanakan dalam jangka masa 10 hingga 15

tahun melalui program-program jangka pendek berikut:

Menghalang sampah daripada masuk ke dalam sungai dangan

pemasangan perangkap sampah pada punca;

Penguatkuasaan sepenuhnya Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) oleh

pihak berkuasa tempatan bagi semua pembangunan tanah;

Penguatkuasaan Sistem Rawatan oleh pihak berkuasa tempatan seperti

penggunaan ‘Food, Oil & Grease (FOG)’ dan ‘Gross Pollutant Trap (GPT)’

untuk gerai-gerai makanan, pasar dan aktiviti-aktiviti lain yang

menyumbang kepada pencemaran sungai;

Penempatan semula setinggan dan pemindahan ke tempat yang lebih

sesuai bagi aktiviti-aktiviti di tepi sungai yang menyebabkan pencemaran;

Mewartakan sungai dan rizab sungai dan dijadikan sebagai zon riparian

untuk pelbagai habitat, bergantung kepada jenis gunatanah di sekitar

sungai;

Mempromosi dan menggalakkan sector swasta untuk mengamalkan

Amalan Pengurusan Terbaik (BPMs) bagi semua jenis pembangunan

seperti menyediakan Pelan Pengawalan hakisan dan Kelodak (ESCP)

untuk mengawal hakisan dan kelodak; dan

Memperketatkan syarat-syarat kelulusan dan penguatkuasaan undang-

undang pengambilan pasir seperti keperluan mandatori bagi menyediakan

perangkap lumpur untuk mengawal bahan kelodak terampai.

Bagi mencapai kualiti air Kelas II, beberapa kaedah rawatan telah pernah

dicuba antaranya adalah seperti berikut:

‘infinitesimal Quantum Persistent Reflection’ (iQPR), sebagai projek

perintis JPS Pulau Ping untuk merawat air Sungai Pinang..

‘Eco Bio Block’, sebagai satu projek perintis JPS Negeri Kedah untuk

merawat air Sungai Melaka, Pulau Langkawi.

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 4

Page 5: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Mikroorganisma berkesan (Effective Microorganisms, EM) digunakan oleh

semua JPS Negeri di Semenanjung Malaysia.

2.3 Tujuan

Produk inovasi kumpulan ini adalah ‘EM Biodegrader Pump System (EM

BDPS)’. Tujuan produk inovasi ini dihasilkan adalah untuk:

Membawa perubahan dalam pelaksanaan kerja yang dapat memberi

peningkatan dari aspek kualiti serta pengurangan dari aspek keperluan tenaga

dan penyelenggaraan.

Mengoptimumkan penggunaan bahan rawatan.

2.4 Kronologi Cetusan Idea

2.4.1 Penghasilan Produk Inovasi

Sebelum inovasi, kaedah rawatan air sungai dilakukan secara manual.

Syarikat pembekal EM YANG diberi tanggungjawab untuk merawat air sungai

akan membuat perkiraan jumlah kuantiti larutan EM yang diperlukan untuk setiap

bulan. Pengiraan dibuat mengikut nisbah 1:1000 iaitu 1m3 EM untuk merawat

1000m3 air. Penghantaran bekalan EM dibuat sebulan sekali. Bekalan yang

sampai di tapak disembur terus ke dalam sungai oleh pekerja syarikat pembekal

EM.

Dengan menyembur terus kesemua EM yang dibawa ke tapak, dos atau

nisbahnya melebihi 1:1000. Apabila air tanpa larutan EM dari hulu mengalir ke

kawasan rawatan, nisbahnya akan mula menurun sehinggalah kesemua air yang

mengandung larutan EM mengalir ke hilir dan seterusnya ke laut. Tempoh ini

mungkin tidak sampai sebulan. Kaedah yang lebih sesuai digunakan adalah

dengan membawa bekalan yang dihantar ke tempat simpanan untuk disembur

seminggu sekali atau mengikut jadual yang dirancang. Kaedah ini memerlukan

tenaga pekerja, ruang tempat penyimpanan serta kenderaan dan peralatan

untuk membawa larutan EM ke tapak dan membuat semburan. Perkara ini sukar

dipenuhi.

YBhg. Dato’ Ir. Haji Hanapi, En. Dzulkifli, dan Pn. Noor Hajar telah

berpeluang untuk melawat ke tempat penggunaan EM di Negara Jepun dan

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 5

Page 6: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Thailand. Di Jepun, semua penggunaan EM untuk merawat air sungai dijalankan

oleh persatuan penduduk setempat tanpa bantuan kewangan daripada pihak

kerajaan. Perkara ini dilakukan kerana mereka mementingkan kebersihan dan

ada yang dapat menjana pendapatan daripada sungai yang bersih.

Perbincangan dengan wakil persatuan penduduk di Hiroshima, Jepun

Rawatan air sungai oleh persatuan pendudukdi Hiroshima, Jepun

Di Thailand, rawatan juga dijalankan oleh penduduk setempat. Kaedah

rawatan diajar oleh pihak tentera kepada penduduk setempat.

Tentera mengajar pelajar sekolah menggunakan EM untuk merawat air di Bangkok, Thaikand

Sesi taklimat penggunaan EM di Bangkok, Thailand

Di luar negara, usaha merawat pencemaran air semuanya dijalankan oleh

penduduk setempat atau pihak NGO tanpa bantuan kewangan daripada pihak

kerajaan. Di Malaysia, kebanyakkan usaha merawat pencemaran air

terutamanya sungai dibebankan kepada pihak kerajaan. Oleh yang demikian,

alternatif kepada kaedah pelaksanaan rawatan perlu dicari bagi mengatasi

keperluan tenaga pekerja, ruang penyimpanan dan peralatan membuat

semburan di samping mengoptimumkan penggunaan bahan rawatan.

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 6

Page 7: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Kesedaran ini mula timbul semasa perbincangan antara YBhg. Dato’

Hanapi, En. Dzulkifli dan Pn. Noor Hajar. EM mula digunakan di Perlis dalam

Kempen “Sungai Perlis Bersih” pada April 2006 semasa Dato’ Hanapi menjadi

Pengarah JPS Perlis. En. Dzulkifli dan Pn. Noor Hajar terlibat dalam Program

Satu Negeri Satu Sungai semasa ia mula dilancarkan. Semasa Dato’ Hanapi

ditukarkan sebagai Pengarah JPS Pulau Pinang, beliau masih aktif

menggunakan EM untuk rawatan air sungai. En. Dzulkifli dan Pn. Noor Hajar,

walapun dipindahkan keluar dari Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai,

masih lagi aktif dalam program-program berkaitan pengurusan dan pembersihan

sungai.

Pada mulanya, usaha mencari kaedah pelaksanaan alternatif dibuat tanpa

terfikir untuk memasuki sebarang pertandingan inovasi. Perbincangan-

perbincangan yang selalu diadakan adalah secara tidak formal. Mulanya

perbincangan adalah diantara En. Dzulkifli dan Pn. Noor Hajar bersama

penasihat kumpulan. Kemudian wakil Negeri Sembilan dan Melaka dilibatkan

kerana projek perintis dicadang untuk dilaksanakan di kedua-dua negeri ini.

Pihak syarikat pembekal EM juga turut dijemput kerana mereka akan diminta

untuk membekalkan larutan EM untuk percubaan dan pengujian apa-apa produk

yang akan dihasilkan nanti. Seterus ahli makin bertambah sehinggalah seramai

10 orang.

Dalam salah satu sesi perbincangan, cadangan telah dibuat untuk

menyediakan kaedah semburan secara automatik tanpa keperluan tenaga

manusia dan mengoptimumkan penggunaan bahan rawatan. Rekod pembuktian

tidak dapat dilampirkan kerana seperti yang telah diterangkan, segala usaha ini

bukan bertujuan untuk memasuki mana-mana pertandingan inovasi.

Cadangan pertama adalah dengan menyediakan tangki storan larutan EM

yang ditempat dalam bangunan di tapak. Pam disediakan untuk menyembur

larutan EM ke dalam sungai. ‘Timer’ disetkan untuk waktu dan tempoh semburan

dibuat. Masalahnya adalah untuk mendapatkan bekalan elektrik bagi

menghidupkan pam dan pihak mana perlu menjelaskan bil elektrik. Akhirnya

cadangan telah dikemukakan untuk menggunakan tenaga solar dengan

pemasangan panel solar di atas bumbung rumah pam.

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 7

Page 8: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Projek perintis dicadang untuk dipasang di Negeri Sembilan (untuk Sungai

Temiang) dan di Negeri Melaka (untuk Saliran Durian Daun berhampiran Sungai

Melaka). Pihak syarikat pembekal EM juga bersetuju untuk membekal bahan

rawatan untuk menguji produk inovasi tersebut. Nasihat tentang peralatan yang

diperlukan untuk sistem beroperasi diperolehi daripada pihak pembekal

peralatan tersebut. Pembiayaan kos pemasangan ditanggung oleh pejabat JPS

Negeri.

Projek perintis di Sungai Temiang Projek perintis di Saliarn Durian Daun

Setelah pemasangan dibuat, peringkat seterusnya adalah untuk menguji

keberkesanan sistem beroperasi. Daripada maklumbalas JPS Negeri, sistem

beroperasi sepertimana yang dikehendaki. Kualiti air sungai menunjukkan

peningkatan tetapi isu berikutnya adalah sampah sarap dan bahan pencemar

yang memburukkan pemandangan. Kumpulan terus memikirkan bagaimana

untuk mengatasi masalah bahan pencemar daripada memasuki ke sungai.

Ada pihak JPS Negeri meminta pembekal EM untuk merawat GPT yang

sedia ada di kawasan-kawasan pasar dan ‘food court’ yang tersumbat dengan

sisa makanan, lemak dan minyak serta lain-lain bahan pencemar sama ada

organik mahupun bukan organik. Setelah rawatan dengan EM dibuat, didapati

bahan pencemar organik termasuk lemak dan minyak dapat dihuraikan

meninggalkan hanya bahan pencemar bukan organik seperti bekas makan

polystyrene dan botol-botol plastik yang masa sangat mudah untuk dibuang.

Daripada ini, kumpulan mendapat idea supaya rawatan seharusnya dibuat

pada punca seperti kehendak Manual Saliran Mesra Alam. Seterusnya

kumpulan mencadangkan agar dibuat projek perintis dengan memasang produk

inovasi pada punca pencemaran. Tambahan komponen terhadap produk inovasi

adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur ke dalam GPT

untuk menghuraikan bahan pencemar organik di samping merawat air. Untuk

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 8

Page 9: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

mempercepatkan proses rawatan, oksigen dibekalkan ke dalam GPT melalui

‘blower’. Sistem diprogramkan agar ‘blower’ beroperasi serentak dengan sembur

dibuat.

Projek perintis untuk sistem ini di pasang di Perlis dan di Terengganu.

Daripada maklumbalas yang diperolehi, kedua-dua negeri ini berpuas hati

dengan sistem yang telah dipasang. Sekarang beberapa pejabat JPS Negeri

sedang dalam proses untuk memasang sistem ini di beberapa lokasi di negeri

masing-masing.

2.4.2 Kenapa EM

Kaedah rawatan menggunakan EM mula diperkenalkan kepada JPS oleh

YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Fuad Embi, mantan Timbalan Ketua Pengarah 1 JPS

Malaysia pada tahun 2005. EM adalah teknologi dari Jepun yang menggunakan

beberapa jenis bakteria berfaedah untuk pelbagai guna. Ia digunakan di lebih

dari 100 buah negara termasuk Thailand dan Indonesia. Di Malaysia, selain

digunakan untuk tujuan pertanian dan penternakan, EM banyak digunakan untuk

merawat pencemaran air.

Program pertama JPS yang menggunakan EM adalah “Kempen Sungai

Perlis Bersih” yang telah diadakan pada 22 April 2006. Kempen ini dirasmikan

oleh YAB Menteri Besar Perlis dan dijalankan dengan penglibatan pelatih PLKN

dan orang awam. Bebola EM dicampak ke dalam Sungai Perlis yang kualiti

airnya berada pada kelas III-IV. Di samping penggunaan bebola EM, larutan EM

juga disembur ke dalam sungai. Dalam tempoh dua bulan sahaja, kualiti air

Sungai Perlis telah meningkat kepada kelas I-IIA.

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 9

Page 10: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Mantan TKP 1 JPS menyampaikan ucapan alu-aluan di Program Kempen “Sungai Perlis Bersih”

Sesi mencampak bebola EM ke dalam Sungai Perlis diketuai oleh YAB Menteri Besar Perlis

Cecair EM turut disembur ke dalam sungai

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 10

Page 11: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Laporan kualiti air selepas rawatan

Satu lagi contoh keberkesanan penggunaan EM adalah oleh JPS Perak.

EM digunakan untuk merawat air larut resap (leachate) dari tapak pelupusan

sampah di Bercham, Ipoh. Dalam tempoh satu bulan rawatan sahaja, perubahan

ketara telah dapat disaksikan.

EM disembur ke dalam kolam air larut resap (leachate)

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 11

Page 12: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Sampel air larut resap sebelum dan selepas rawatan

Selain daripada JPS, EM turut digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan

syarikat swasta. Ini membuktikan bahawa buat masa kini, EM adalah kaedah rawatan

yang murah dan berkesan.

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 12

Page 13: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Antara keratan akhbar menunjukkan penggunaan EM oleh PBT dan pihak swasta

Daripada penjelasan di atas, disimpulkan bahawa sehingga sekarang

penggunaan EM merupakan kaedah rawatan yang amat murah dan berkesan.

Oleh itu, produk inovasi dihasilkan untuk digunakan oleh larutan EM sehinggalah

dapat dibuktikan terdapat larutan lain yang lebih baik, murah dan berkesan

daripada larutan EM.

2.5 Produk Inovasi

Komponen yang terdapat dalam ‘EM Biodegrader Pump System’ (EM BDPS)

adalah:

Rumah pam,

Tangki storan larutan EM,

Panel solar dan ‘solar charger’,

Bateri dan ‘power inverter’

Panel kawalan,

Perangkap sampah (Gross Pollutant Trap, GPT), dan

Tangki rawatan.

Rumah pam disediakan untuk menempatkan tangki storan EM, pam, ‘blower’,

panel kawalan, bateri, ‘power inverter’ dan ‘solar charger’ di dalamnya. Panel solar

pula ditempatkan di atas bumbung rumah pam bertujuan untuk menyerap haba

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 13

Page 14: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

daripada matahari dan ditukarkan kepada kuasa elektrik dengan alat ‘solar charger’

yang ditempatkan dalam panel kawalan. Haba elektrik ini kemudiannya disimpan di

dalam bateri untuk digunakan untuk menghidupkan sistem pam dan ‘blower’ mengikut

masa yang telah diprogramkan. Kuasa yang disimpan dalam bateri adalah dalam

‘Direct Current, DC’ dan apabila hendak dihidupkan pam dan ‘blower’, kuasa ini ditukar

ke ‘Alternating Current, AC’ dengan alat ‘power inverter’. Sila rujuk lampiran untuk

“Operasi ‘EM Biodegrader Pump System’”.

Kos pemasangan sistem ini dengan tangki storan berkapasiti 1000 liter adalah

RM50,000.00 sementara kos untuk sistem dengan tangki storan berkapasiti 3,000 liter

adalah RM70,000.00.

2.6 Kolaborasi

Produk ini boleh dikatakan dihasilkan dengan kolaborasi antara JPS Bahagian

iaitu Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI) dan Bahagian Rekabentuk dan

Empangan (BRE) serta JPS Negeri iaitu Negeri Perlis, Kedah, Perak, Negeri

Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun projek ini bukan

daripada Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, ahli dari BPMI dan BRE telah

pernah bertugas di Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai semasa Program 1N1S

mula dilancarkan. Ahli-ahli kumpulan dari JPS Negeri sememangnya bertugas di

Bahagian Sungai di negeri masing-masing.

Selain daripada itu, kumpulan ini berkolaborasi juga dengan syarikat yang

membekal EM iaitu EM Malaysia Groups (M) Sdn Bhd. Syarikat ini dilibatkan bertujuan

untuk mencuba dan menguji produk inovasi yang dihasilkan dengan larutan EM.

2.7 Maklumbalas Dari Stakeholder

Buat masa kini, pemasangan produk inovasi hanyalah untuk JPS Negeri di

bawah Program 1N1S. Maklumbalas daripada stakeholder berkaitan keberkesanan

produk yang telah digunakan diperolehi melalui sesi lawatan ke tapak oleh Dato’

Penasihat bersama 2 orang ahli dari BPMI dan BRE di Ibu Pejabat JPS Malaysia.

Turut hadir bersama adalah Pengarah JPS Negeri berkenaan berserta pegawai-

pegawainya di mana salah seorangnya adalah ahli kumpulan ini. Dengan cara

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 14

Page 15: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

bersemuka begini, segala pandangan, cadangan dan maklumbalas disampaikan

dengan lebih jelas.

Lawatan ke Melaka untuk mendapatkan maklumbalas

Lawatan ke Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumbalas

Lawatan ke Perlis untuk mendapatkan maklumbalas

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 15

Page 16: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Lawatan ke Terengganu untuk mendapatkan maklumbalas

3. FAEDAH INOVASI

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 16

Page 17: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Kumpulan sedar, pengambilan pekerja baru sudah dikurangkan kerana kerajaan

sedang berusaha mengecilkan kakitangan perkhidmatan awam untuk mengurangkan

perbelanjaan awam. Tugas-tugas akibat dari kekosongan yang tidak diisi terpaksa

diagih-agihkan kepada kakitangan sedia ada. Oleh itu, produk ini dihasilkan dengan

harapan dapat mengelakkan kebergantungan kepada tenaga pekerja di samping

mengoptimumkan penggunaan bahan rawatan.

Penggunaan solar panel dalam produk ini menggalakkan penggunaan sumber

tenaga elektrik alternatif. Kebergantungan kepada tenaga elektrik yang dihasilkan dari

bahan bakar akan meningkatkan penggunaan bahan bakar yang perlu diimpot dari

luar negara. Negara kita dirahmati Allah dengan panas hampir sepanjang tahun. Oleh

itu, amatlah rugi jika kita tidak memanfaatkan rahmat yang Allah berikan.

Produk ini memudahkan proses pelaksanaan kerja. Tiada tenaga pekerja JPS

diperlukan untuk melaksanakan tugas rawatan. Masa untuk dibuat semburan

diprogramkan dan dos semburan untuk setiap kali semburan dibuat juga telah

diprogramkan. Semburan akan dibuat secara automatik. Sebulan sakali syarikat

pembekal EM akan datang membawa bekalan EM untuk tempuh kegunaan sebulan di

samping membuang bahan pencemar bukan organik dari dalam GPT. Kualiti air

dirawat, bau busuk diatasi dan bahan pencemar dihalang dari memasuki sungai.

4. KEBERKESANAN

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 17

Page 18: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Penggunaan EM sebagai bahan rawatan air memang amat berkesan untuk

meningkatkan kualiti air. Produk inovasi ini memberi alternatif kepada kaedah

pelaksanaan kerja. Di samping merawat kualiti air dengan dos yang sebenar, bau

busuk juga dapat diatasi. Rawatan pada punca menyediakan ruang untuk

pemasangan GPT dan tangki rawatan. GPT bertujuan menghalang bahan pencemar

daripada memasuki ke dalam sungai dan tangki rawatan memberi sedikit masa untuk

proses rawatan air dengan EM berlaku sebelum mengalir keluar ke sungai.

Buat masa ini, projek perintis dipasang hanya untuk JPS. Daripada

maklumbalas yang diberi semasa sesi lawatan dan perbincangan di tapak, pihak JPS

Negeri di mana produk ini dipasang amat berpuas hati dengan keberkesanan produk

ini. Masyarakat umum sudah semestinya berpuas hati sekiranya kualiti air sungai

dapat dipertingkatkan, bau busuk dapat diatasi serta bahan pencemaran seperti bekas

makanan polystyrene dan botol plastik tidak terdapat di dalam sungai. Aduan-aduan

daripada masyarakat umum melalui akhbar mahupun media massa adalah sekiranya

sungai terlalu kotor dan busuk serta dipenuhi dengan bahan pencemar.

Untuk menunjukkan bahawa pihak JPS amat menerima produk inovasi ini,

beberapa pejabat JPS Negeri sedang dalam proses untuk memasang EM BDPS di

beberapa lokasi di negeri masing-masing. Kumpulan ini tidak dapat menunjukkan

buktinya (dokumen sebutharga) kerana khuatir ianya merupakan dokumen sulit

kerajaan.

Penghasilan produk ini akan membantu JPS mencapai objektif pelaksanaan

Program Satu Negeri Satu Sungai iaitu:

Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan vibran dengan mencapai kualiti air Kelas II;

Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang

semulajadi; dan

Untuk mengekalkan nilai aset sungai.

Penggunaan produk ini mampu membantu merawat dan meningkatkan kualiti air

sungai untuk jangka masa panjang, selagi ianya diperlukan. Namun begitu, kaedah

rawatan sepatutnya menjadi kaedah untuk jangka masa pendek iaitu untuk merawat

kerosakan yang telah dilakukan oleh manusia. Kaedah ini perlu berjalan seiring

dengan kaedah jangka masa panjang iaitu melalui program-program kesedaran dan

kempen-kempen kebersihan terutamanya kepada generasi muda dan pelajar-pelajar.

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 18

Page 19: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Adalah diharapkan melalui program kesedaran dan kempen kebersihan yang

berterusan, generasi muda ini akan mengubah budaya pengotor yang diamalkan oleh

ramai generasi kini kepada budaya pembersih.

Jika kedua-dua kaedah jangka pendek dan jangka panjang berjalan seiringan,

insyaAllah, sungai-sungai kita akan lebih bersih dengan kualiti airnya yang lebih baik.

5. SIGNIFIKAN

Produk inovasi yang dihasilkan ini berjaya merubah kaedah pelaksanaan kerja

daripada secara manual kepada secara automatik. Produk ini berjaya meningkatkan

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 19

Page 20: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

kualiti air sungai dan menghilangkan bau busuk di samping menghalang bahan

pencemar daripada memasuki ke dalam sungai. Pemilik EM BDPS (sekarang ini

hanya JPS) tidak perlu memikirkan isu tenaga kerja untuk melaksanakan kerja-kerja

rawatan air dan pembuangan bahan pencemar. Bahan pencemar yang tinggal

hanyalah bahan bukan organik yang dengan senang akan dibuang oleh pihak syarikat

pembekal EM setiap bulan semasa membuat penghantaran stok EM baru. Kaedah

rawatan secara automatik ini hanya akan menyembur larutan EM pada dos dan masa

yang telah diprogramkan. Dengan ini, penggunaan bahan rawatan adalah secara

optimum.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, penggunaan produk inovasi ini

memastikan penggunaan bahan rawatan adalah secara optimum kerana dos

semburan yang diprogramkan bergantung kepada kuantiti dan kualiti air yang hendak

dirawat. Pemasangan produk ini pada punca pencemaran memberi lebih

keberkesanan kerana semburan dibuat di dalam GPT di samping dibekalkan oksigen

melalui ‘blower’ untuk mempercepatkan proses penghuraian bhan pencemar organik.

Tangki rawatan yang dibina selepas GPT memberi sedikit masa untuk proses rawatan

air dengan EM berjalan dengan lebih berkesan. Kaedah rawatan pada punca ini

sememangnya diberi penekanan dalam Manual Saliran Mesra Alam dan ianya lebih

baik dan berkesan daripada semburan EM dibuat terus ke dalam sungai. Kuantiti EM

yang perlu disembur terus ke dalam sungai adalah tinggi kerana kuantiti airnya yang

banyak serta bahan rawatan tersebut akan dibawa mengalir ke hilir sungai dan terus

ke laut.

Daripada penjelasan-penjelasan sebelum ini adalah jelas produk inovasi ini

mampu menawarkan alternatif penyelesaian kepada isu bahan pencemar (organik dan

bukan organik) daripada memasuki ke dalam sungai dan penggunaan bahan rawatan

dapat dibuat secara optimum. Sekiranya produk ini digunakan juga oleh PBT dengan

membuat pemasangan pada punca pencemaran di kawasan pentadbirannya isu

pencemaran sungai dapat dikurangkan dan insyaAllah dalam jangka masa panjang

akan dapat diatasi.

6. RELEVAN

Penggunaan solar panel dalam produk inovasi ini bertujuan untuk menghasilkan

tenaga eletrik sebagai alternatif kepada bekalan elektrik TNB. Ini untuk menghidupkan

pam dan ‘blower’ pada masa yang telah diprogramkan. Penggunaan tenaga elektrik

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 20

Page 21: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

alternatif ini adalah selaras dengan Dasar Teknologi Hijau Negara yang dirasmikan

oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Julai 2009 untuk menggalakkan

penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

GPT yang dipasangkan dalam EM BDPS ini bertujuan menghalang bahan

pencemar organik dan bukan organik daripada memasuki sungai. EM yang disembur

ke dalam GPT bertujuan menghuraikan pencemar oraganik. Oksyen yang dimasukkan

melalui ‘blower’ mempercepatkan proses penghuraian pencemar organik. Dengan

penghuraian pencemar oraganik, bahan pencemar yang tertinggal dalam GPT adalah

pencemar bukan organik seperti bekas makanan polystyrene dan botol air plastik.

Pengurangan bahan pencemar dalam GPT dengan terhurainya pencemar organik

memudah proses pembuangan bahan pencemar dari dalam GPT. Dengan ini bahan

pencemar dapat dihalang dari memasuki sungai dan sungai-sungai akan bebas

daripada bahan pencemar dan kualiti airnya dapat ditingkatkan.

Walaupun produk inovasi ini dihasilkan oleh JPS, pemasangannya boleh dibuat

oleh Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan premis-premis yang menghasilkan

bahan pencemar berada di dalam kawasan pentadbirannya. Dalam Program ‘River of

Life’ (RoL), kerjasama antara JPS, PBT dan beberapa agensi lain boleh diujudkan.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan kerjasama serupa antara JPS dan PBT dalam

isu penggunaan EM BDPS dapat dijalinkan. PBT boleh, dengan kerjasama beberapa

pihak swasta yang beroperasi di dalam kawasan pentadbirannya, menjadikan EM

BDPS yang dipasang sebagai ‘anak angkat’ pihak swasta berkenaan.

7. KESIMPULAN

Bahan rawatan EM sememangnya telah terbukti untuk merawat air sungai.

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan pengalaman JPS sendiri yang banyak

menggunakannya di bawah Program 1N1S. Di samping pihak JPS, beberapa PBT dan

agensi swasti juga turut menggunakan EM untuk merawat air.

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 21

Page 22: CABARAN INOVASIhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · Web viewTambahan komponen terhadap produk inovasi adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur

CABARAN INOVASI 2015

Jika sebelum ini kaedah rawatan adalah dengan menyembur larutan EM secara

manual terus ke dalam sungai, produk inovasi kumpulan ini memberi alternatif

terhadap kaedah pelaksanaan kerja iaitu semburan dibuat secara automatik dengan

dos yang sebenar dan pemasangan produk inovasi adalah pada punca pencemaran

sebelum pencemaran memasuki sungai. Kaedah ini bertepatan dengan kehendak

Manual Saliran Mesra Alam. Penggunaan tenaga elektrik alternatif dengan

pemasangan panel solar menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara.

Pulangan kos pemasangan akan dapat dikembali jika dikira penjimatan untuk

menyediakan tenaga pekerja, penyediaan ruang penyimpanan bekalan EM serta kos

peralatan dan pengangkutan peralatan dan larutan EM dari tempat penyimpanan ke

tapak untuk kerja-kerja semburan yang perlu dijalankan setiap minggu.

Kumpulan ‘River Transformer’ yakin produk inovasi ini iaitu ‘EM Biodegrader

Pump System’ sangat berfaedah, berkesan, signifikan dan relevan untuk

menyelesaikan isu pencemaran air sungai.

STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 22


Top Related