Download - Bulletin BPA Isu 7
www.bpa.jpm.my
Buletin BPABiro Pengaduan Awam Sedia Membantu
072008
I S U
Program Mesra Di Balik Pulau, Pulau Pinang
Biro Pengaduan Awam (BPA) Cawangan
Utara dengan kerjasama Pejabat
Daerah Barat Daya telah menganjurkan
Program MESRA RAKYAT bertempat di Dewan
Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang
pada 14 Februari 2007. Program tersebut telah
dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Syed
Amerruddin Bin Dato’ Haji Syed Ahmad, EXCO
Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mewakili
Dato’ Seri Dr. Haji Hilmi bin Haji Yahya,
Setiausaha Kementerian Kewangan. Seramai
25 ahli panel dari pelbagai agensi kerajaan
telah hadir mewakili Jabatan/Agensi masing-
masing. Ahli-ahli panel tersebut adalah terdiri
daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang,
Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang,
Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah dan Tanah
Timur Laut, Jabatan Pengairan dan Saliran,
Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam, Pulau
Pinang, Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang,
Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna, Jabatan Imigresen, Jabatan
Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan
Jalan, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau
Pinang, Jabatan Perikanan Pulau Pinang,
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Pulau
Pinang, Ibu Pejabat Polis Balik Pulau, Hospital
Daerah Balik Pulau, Pejabat Kesihatan Daerah
Air Puteh, Pejabat Pendidikan Daerah Balik
Pulau, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah
Barat Daya, Pejabat Pertanian Daerah Balik
Pulau, Pejabat Veterinar Balik Pulau, dan
Biro Pengaduan Awam. Seramai 400 peserta
jemputan yang sebahagiannya merupakan
penduduk kampung sekitar Daerah Balik
Pulau telah menghadiri majlis tersebut.
Program ini telah menerima sebanyak 34
aduan keseluruhannya untuk diambil tindakan
oleh pihak yang terlibat. Turut hadir di majlis
tersebut, Ketua Pengarah BPA, Dr. Chua Hong
Teck dan Pegawai Daerah Barat Daya, Tuan
Haji Hasan Haji Saad.
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu2
T anggungjawab BPA sejak kebelakangan ini semakin penting dan mencabar
memandangkan masyarakat kini sudah memahami dan tahu hak dan had
mereka serta peranan dan tanggungjawab agensi kerajaan. Menyedari hakikat
ini, BPA akan menambah 5 lagi pejabat cawangan di negeri-negeri seperti N. Sembilan,
Selangor, Kelantan, Perlis dan Kedah pada tahun ini. Kewujudan pejabat-pejabat baru
ini dijangka akan dapat memainkan peranan dan tanggungjawab sosial kepada rakyat
dengan lebih mantap dan berkesan seperti yang diharapkan oleh rakyat.
Langkah ini adalah sejajar dengan saranan dan keputusan kerajaan untuk
meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan awam. BPA dalam menangani
aduan, turut mengembeling penggunaan ICT supaya segala urusan mendapat impak
yang maksimum.
Dalam melaksanakan saranan YAB Perdana Menteri mengenai Peningkatan Sistem
Penyampaian kepada rakyat, pihak BPA telah meneruskan program-program proaktif
seperti program MESRA, Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu dan Kaunter Aduan
Bergerak yang mana pegawai memerlukan setiap pegawai turun padang bagi
berjumpa masyarakat.
Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Dr. Chua Hong Teck, dalam setiap ucapannya
sering mengingatkan setiap pegawai di BPA mementingkan aduan yang diterima,
menyelesaikan secepat yang mungkin aduan serta bertindak secara proaktif agar
organisasi BPA menjadi kepercayaan rakyat.
Aduan-aduan yang telah meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan khidmat BPA
adalah releven dan mendapat perhatian masyarakat yang ingin memerlukan bantuan
walaupun setiap aduan yang diterima dihebahkan di media-media.
Dengan kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri, BPA akan meningkat
dan memerah setiap kudrat yang ada bagi membantu menyelesaikan aduan masyarakat
sekaligus membantu meningkatkan imej kerajaan di mata rakyat.
Tinta Pengarang
PENAUNGY.Brs. Dr. Chua Hong TeckKetua Pengarah
PENASIHATEn. Md. Zin bin MusaTimbalan Ketua Pengarah (Aduan)
Pn. Hajah Umi Kalthom binti Haji Mohd DinTimbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)
SIDANG REDAKSI
Ketua PengarangAyu Hanira binti Mohamad AminPegawai Perhubungan Awam
PengarangMd. Nasir bin EcsoffAbdul Jalil bin Abdul BarNurunnajwa binti ArshadSiva Balan a/l Damodharan
Pengarang BersamaPengarah-Pengarah Negeri
Buletin BPA diedarkan secara percuma kepada orang ramai. Sebarang sumbangan rencana, berita dan pendapat amatlah dialu-alukan dan boleh dihantar kepada:
Ketua PengarangBuletin BPABiro Pengaduan AwamJabatan Perdana MenteriAras 6, Blok B1Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA
Tel : 03-8888 7777Faks : 03-8888 3748Emel : [email protected]
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu 3
PUTRAJAYA: Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Bersama Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 14 Januari 2008 bersempena dengan Mesyuarat Perancangan Strategik BPA 2008 pada 13 - 15 Januari 2008 di Awana Genting Resort, Genting Highlands. Majlis tersebut buat julung kalinya mempertemukan Y.B. Menteri dengan semua Pengarah BPA Negeri dan Pegawai-pegawai Kanan BPA.
Majlis tersebut telah dimulakan dengan
ucapan daripada Ketua Pengarah, Dr. Chua
Hong Teck diikuti dengan ucapan dan amanat
Y.B. Menteri. Di antara lain, beliau telah
membangkitkan mengenai cabaran-cabaran
semasa melibatkan pandangan orang ramai
terhadap Kerajaan, Special Complaints
Commission, perluasan skop peranan BPA
dan pentingnya melihat masalah individu
secara holistik. Semasa sesi dialog, pegawai
BPA telah mengambil peluang membangkitkan
pelbagai isu seperti isu mengenai difficult
complainants, dasar kerajaan negeri yang
melibatkan kepentingan orang awam dan
tinjauan maklum balas awam. Sementara itu,
Mesyuarat Perancangan Strategik BPA yang
berlangsung pada 13 - 15 Januari 2008 itu telah
membincangkan dengan terperinci Sasaran
Kerja Tahunan. Satu sesi percambahan fikiran
bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan
aduan telah juga diadakan.
Majlis Bersama MenteriDi Jabatan Perdana Menteri Dan Mesyuarat Perancangan Strategik BPA 2008
PUTRAJAYA: Biro Pengaduan Awam (BPA),
Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan
majlis perjumpaan di antara Ketua Pengarah
dengan Pegawai-pegawai Perhubungan Awam
(PPA) Kementerian dan Jabatan Kerajaan pada
22 Januari 2008. Seramai 46 orang PPA yang
mewakili Kementerian dan Jabatan masing-
masing telah hadir. Perjumpaan ini diadakan
bertujuan membincang dan mengenal pasti
permasalahan yang dihadapi oleh PPA berkenaan
proses kerja pemantauan media menerusi
sistem I-Aduan yang bermula Disember 2007
yang lalu. Di samping perjumpaan dengan Ketua
Pengarah, semua PPA telah diberikan taklimat
dan latihan khusus oleh pegawai-pegawai BPA
bagi membantu memudahkan proses kerja
berkaitan. Sementara itu, Ketua Pengarah BPA,
Dr Chua Hong Teck, dalam ucapannya, telah
menekankan tentang pentingnya perlaksanaan
pemantauan media ini sepertimana yang telah
diarahkan oleh Ketua Setiausaha Negara di dalam
suratnya bertarikh 11 Disember 2007. Beliau
meminta kerjasama semua PPA supaya sentiasa
memberi maklum balas segera terutamanya
bagi isu yang dibangkitkan dalam ruangan surat
kepada pengarang berkaitan Kementerian/
Jabatan masing-masing. Melalui sistem I-Aduan
ini, e-mel peringatan automatik akan dihantar
kepada semua PPA dan salinan kepada Ketua
Setiausaha Kementerian yang tidak memberi
maklum balas dalam tempoh masa tiga hari
dari tarikh ia dimasukkan ke dalam sistem
tersebut. Justeru itu, beliau berharap sistem
I-Aduan ini dapat diguna pakai sepenuhnya oleh
Kementerian/Jabatan bagi menangani isu yang
dibangkitkan secara berkesan.
Perjumpaan Ketua PengarahDengan Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Dan Jabatan Kerajaan
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu4
BPA, Putrajaya - Seramai 69 orang Pegawai-
pegawai Perhubungan Awam (PPA) daripada
Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan telah
menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Sistem
Pengurusan Aduan Awam yang dipengerusikan
oleh Ketua Pengarah BPA, Dr. Chua Hong
Teck pada 17 April 2007 bertempat di Bilik
Persidangan, Blok B1, Kompleks Jabatan
Perdana Menteri, Putrajaya. Mesyuarat
tersebut bertujuan membincangkan perkara-
perkara berhubung pengendalian Sistem
Pemantauan Media, i-Aduan (BPA), laman web
WARKAHUNTUKPM, portal PEMUDAH dan
sistem i-SPAAA. Mesyuarat tersebut juga turut
mengupas pelbagai isu yang dibangkitkan, di
antaranya seperti kelewatan menerima e-mail,
aduan yang bertindih dan penerimaan aduan
yang bukan dari BPA. Dalam taklimat ringkas
yang diberikan oleh Dr. Chua, beliau memohon
semua PPA supaya dapat memberikan sepenuh
kerjasama kepada Pegawai-pegawai Aduan
di BPA agar segala permasalahan boleh
diselesaikan dengan segera. Dr. Chua juga turut
menyarankan supaya Kementerian/Jabatan/
Agensi menggunakan sepenuhnya sistem
aduan yang telah dilaksanakan oleh BPA tanpa
membangunkan sistem baru yang lain, kerana
BPA telah menyediakan sistem pemantauan
aduan yang serba lengkap dan boleh digunakan
secara percuma oleh semua PPA. Sebagai
usaha melancarkan lagi pengaplikasian sistem
dalam menyelesaikan pelbagai aduan, atau ingin
mendapatkan bantuan dan maklumat-maklumat
yang berkaitan, Dr. Chua meminta agar PPA
segera menghubungi pegawai-pegawai BPA bagi
mengadakan perbincangan lanjut. Mesyuarat
yang bermula pada jam 2.30 petang itu telah
dihadiri oleh 46 organisasi yang terdiri dari 27
buah Kementerian dan 19 buah Jabatan/Agensi
Kerajaan. Turut hadir dalam majlis tersebut,
Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Encik
Md. Zin bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah
(Pengurusan), Puan Hajjah Umi Kalthom binti
Haji Mohd Din serta Pegawai-pegawai Kanan
Bahagian Aduan. Mesyuarat tersebut berakhir
pada jam 5.00 petang.
Mesyuarat BPABersama Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam
Tapah, PERAK - Program MESRA Rakyat pertama anjuran bersama Biro Pengaduan Awam Negeri Perak dan Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang, Tapah, Perak pada 29 April 2008 telah mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat setempat.
Program tersebut telah diadakan di Dewan Merdeka, Tapah dan seramai lebih kurang 300 orang telah menghadiri majlis ini yang dirasmi dan dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’.Mohd. Jamal bin Mahussin. Seramai 21 ahli panel telah hadir mewakili Jabatan/Agensi masing-masing yang terdiri daripada PDRM, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Air Perak Wilayah Selatan, Pejabat Agama Daerah, Pejabat Kesihatan, Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan, Pejabat Hal Ehwal Orang Asli,
Telekom Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah, FELCRA kawasan Seri Gala, Pejabat Felda, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Imigresen, Tenaga Nasional, KEMAS, Pejabat Pendaftaran, Kebajikan Masyarakat, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah Batang Padang dan Biro Pengaduan Awam. Agenda utama dalam Program MESRA Rakyat ialah sesi dialog di antara orang ramai dan Ketua-ketua Jabatan/Agensi yang terlibat. Sesi tersebut telah menyaksikan seramai 21 pengadu tampil mengemukakan aduan yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Encik Md. Zin bin Musa yang juga merupakan pengerusi bersama pada majlis tersebut. Program MESRA yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari ini telah dapat mengumpulkan sebanyak 32 aduan yang lebih berkisar kepada masalah setempat seperi keselamatan jalan raya, masalah bekalan air dan elektrik, PPRT, pencerobohan tanah secara haram, kerosakan kemudahan awam, dan kurang keprihatinan kakitangan awam.
Program Mesra Pertama Di Perak
Y.Brs. Dr. Chua Hong Teck, Ketua Pengarah BPA mempengerusikan mesyuarat bersama PPA daripada
Kementerian/Jabatan/Agensi
Ahli mesyuarat sedang mendengar penerangan daripada pengerusi.
Sebahagian daripada PPA Kementerian/Jabatan/Agensi yang hadir pada mesyuarat tersebut.
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu 5
PERLIS - Julung kalinya program MESRA Rakyat mendapat sambutan di luar dugaan yang mana telah menyaksikan seramai hampir 1,500 orang hadir dan memenuhi kerusi dewan yang disediakan bagi melihat sendiri majlis sesi dialog yang di rasmi dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Dato’ Dr. Md Isa bin Sabu.
Program MESRA Rakyat anjuran bersama BPA
Cawangan Utara dan Kerajaan Negeri Perlis ini
telah diadakan di Dewan Warisan, Kangar pada
6 Mei 2008 yang turut disertai oleh 23 Agensi
Kerajaan Negeri dan Persekutuan sebagai
ahli panel di sesi dialog. Di antara agensi yang
mengambil bahagian adalah Pejabat Tanah
dan Galian Perlis, Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Pengairan dan Saliran, Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Perlis, Jabatan Perkhidmatan Haiwan,
Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran
Kangar, Mahkamah Syariah Negeri dan PDRM.
Turut menjadi panel di program tersebut ialah
pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pembangunan Negeri, Jabatan
Kesihatan Negeri, Jabatan Kastam dan Eksais Di
Raja, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan
Jalan, Jabatan Pendaftaran, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Jabatan Perikanan,
Jabatan Alam Sekitar, RISDA, FAMA dan LKIM.
Majlis yang berlangsung pada jam 9.00 pagi
sehingga 1.45 petang telah menyaksikan seramai
34 pengadu yang tampil mengemukakan aduan
secara bersemuka dengan ahli-ahli panel yang
diketuai oleh Menteri Besar, Y.A.B Dato’ Dr. Md
Isa bin Sabu. Aduan bertulis turut diterima iaitu
sebanyak 25 aduan bagi pengadu-pengadu yang
tidak berkesempatan untuk mengemukakan
aduan. Turut hadir dan menjadi ahli panel ialah
Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) BPA, Encik
Md. Zin bin Musa dan Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis, Encik Mohamad Zabidi Bin Zainal.
Mesra Rakyat Perlis
Di Luar Dugaan!
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu6
PUTRAJAYA - Seramai 8 orang delegasi dari
Guangdong, China yang diketuai oleh ketua
Biro Surat dan Panggilan, Encik Chen Shan Di
telah melawat ke Biro Pengaduan Awam (BPA),
Putrajaya pada 15 Mei 2008. Lawatan tersebut
turut disertai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Biro Surat dan Panggilan, Encik Chen Yi,
Pengarah Bahagian Penyiasatan, Encik Zhang
Shao Yong, Ahli Penyelidikan Bahagian Surat
Menyurat, Encik Wang He dan Encik Wu Dong
Han Timbalan Pengarah Pejabat Am, Puan
Huang Ying Ping, Timbalan Pengarah Bahagian
Pemerhatian, Encik Chen Jin Xin serta Timbalan
Pengarah Bahagian Penyiasatan, Encik Li Hai
Xia. Taklimat organisasi dan operasi BPA telah
disampaikan oleh Ketua Pengarah BPA, Dr.
Chua Hong Teck dibantu oleh Ketua Penolong
Pengarah, Encik Cheah Chee Fong sebagai
juru alih bahasa. Selain ke BPA, delegasi juga
melawat ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan
sekitar Putrajaya sebelum berangkat pulang ke
Guangdong.
Lawatan Delegasi Guangdong Ke BPA
Lawatan Kerja RasmiCommission Against Corruption (CCAC), Macao Ke BPA
PUTRAJAYA - Commission Against Corruption, Macao (CCAC) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Biro Pengaduan Awam (BPA) pada 1 April 2008 yang diketuai oleh Suruhanjaya CCAC, Encik Cheong U. Lawatan tersebut turut disertai oleh Ketua Kabinet Suruhanjaya CCAC, Cik Ho Ioc San, Pegawai Ketua Penyiasat CCAC, Encik Ivo Donat Firmo Mineiro dan Pegawai Perhubungan Awam CCAC, Cik Kong Sut Ieng.
Gambar kenangan bersama delegasi daripada CCAC, Macao
Lawatan singkat delegasi tersebut telah
disambut mesra oleh Ketua Pengarah BPA, Dr.
Chua Hong Teck di pejabatnya pada jam 9.00
pagi. Satu taklimat ringkas berkenaan organisasi
dan bidang tugas BPA telah disampaikan oleh
Ketua Pengarah BPA dan diikuti dengan sesi
soal jawab dan pertukaran pendapat di antara
kedua belah pihak. Turut hadir pada sesi taklimat
tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Aduan, Encik
Md. Zin bin Musa dan Timbalan Ketua Pengarah
Pengurusan, Puan Hajjah Umi Kalthom binti Haji
Mohd. Din. Sesi taklimat berakhir pada jam 11.00
pagi dan rombongan kemudiannya berangkat
ke pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya
untuk lawatan seterusnya. Turut terlibat sama,
Jabatan Bekalan Air, TNB, MARA, Telekom
Malaysia, Indah Water Konsortium, Pertubuhan
Kebajikan Petani, Bank Simpanan Nasional,
Pusat Zakat dan Biro Pengaduan Awam. Turut
hadir di majlis tersebut Pengarah BPA cawangan
Negeri Melaka/Negeri Sembilan, Encik Mahpof
bin Mahmod.
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu 7
Program MESRA Rakyat yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Mersing telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat. Seramai lebih kurang 400 orang telah menghadiri majlis ini yang dipengerusikan sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Abd. Latiff bin Yusof.
Program anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA)
Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah
Mersing ini telah diadakan pada 22 Februari
2008 yang juga merupakan Program Mesra
Rakyat pertama dianjurkan di negeri Johor pada
tahun ini. Seramai 10 ahli panel telah menghadiri
program ini, di antaranya adalah daripada
Pejabat Daerah/Majlis Daerah Mersing, Pejabat
Tanah Mersing, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan
Mufti Johor, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan
Pengairan dan Saliran. Turut terlibat adalah Polis
Di Raja Malaysia Daerah Mersing, Pejabat Hal
Ehwal Pengguna, Syarikat Air Johor, Tenaga
Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Pos Malaysia
dan Biro Pengaduan Awam. Satu sesi dialog
turut diadakan di antara orang ramai dan ketua-
ketua jabatan/agensi dan telah mengumpulkan
sebanyak 32 aduan yang dikemukakan oleh 15
pengadu. Dalam ucapan perasmian, Dato’ Haji
Abdul Latiff menggesa agar penjawat awam lebih
prihatin dalam menunaikan tanggungjawab yang
diamanahkan dan mengamalkan konsep mesra
rakyat dalam memberikan perkhidmatan kepada
orang ramai. Hadir pada majlis tersebut ialah
Timbalan Ketua Pengarah I BPA, Encik Isbah bin
Idrus dan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji
Abdul Razak Hassan.
Program Mesra Di Mersing Dapat Sambutan Hangat
Biro Pengaduan Awam Negeri Kelantan / Terengganu telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak bertempat di Pejabat Dewan Undangan Negeri Langkap, Hulu Nerus, Sungai Tong, Setiu pada 7 Februari 2008 yang lalu.
Majlis tersebut dimulakan pada jam 9.00
pagi dengan taklimat fungsi dan peranan BPA
dalam mengendalikan aduan kepada Ahli
Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Hulu
Nerus yang disampaikan oleh Pengarah BPA
Negeri Kelantan / Terengganu, Tuan Haji Md Din
Jusoh. Kaunter Aduan yang dibuka pada jam
10.00 pagi hingga 1.00 tengahari pagi itu telah
mengumpul sebanyak 20 aduan yang mana
hanya 4 kes sebenar dicatatkan manakala 16
kes lagi hanya diberi khidmat nasihat. Hadir sama
pada majlis tersebut ialah Penghulu Kampung
Hulu Nerus Satu, Sungai Tong, Tuan Haji Wan
Abu Bakar bin Wan Ibrahim.
Majlis Kaunter Aduan Bergerak
Dan TaklimatAduan BPA
Di Hulu Nerus, Setiu, Terengganu
Dato’ Haji Abdul Latiff mengatakan sesuatu kepada Encik Isbah (berbaju merah)
Barisan Ahli Panel Program MESRA RakyatKetibaan tetamu kehormat. Turut kelihatan Mufti Johor (bersongkok)
Dato’ Haji Abdul Latiff mengatakan sesuatu kepada Encik Isbah (berbaju merah)
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu8
Putrajaya - Biro Pengaduan Awam telah
mengadakan Mesyuarat Pengurusan Khas
BPA pada 28 Februari 2008 bertempat di Bilik
Mesyuarat Blok B1. Mesyuarat yang berbentuk
sesi percambahan fikiran ini adalah bagi
membentangkan cadangan asal tindakan susulan
BPA terhadap Key Performance Indicators (KPI)
dan Komitmen Perkhidmatan Awam (KPA) 2008
yang diperkenalkan kepada setiap bahagian dan
unit sebagai penambahbaikan terhadap Sasaran
Kerja Tahunan (SKT) supaya lebih bersistematik.
Mesyuarat telah dimulakan dengan sesi
ucapan pembukaan oleh Ketua Pengarah
BPA, Dr. Chua Hong Teck dan diikuti dengan
taklimat ringkas oleh Timbalan Ketua Pengarah
Pengurusan Puan Hajjah Umi Kalthom binti
Haji Mohamad Din. Empat kumpulan telah
dipecahkan untuk sesi percambahan fikiran
iaitu tiga dari kumpulan Pengurusan Aduan
dan satu dari kumpulan Pengurusan. Setiap
kumpulan perlu membentangkan rancangan
kerja seperti yang diperbincangkan di dalam
kumpulan masing-masing mengikut tanda aras
KPI dan KPA bagi tujuan penambahbaikan mutu
perkhidmatan kerja. Majlis tersebut dihadiri
oleh Timbalan Ketua Pengarah (I), Encik Isbah
bin Idrus selain semua Pengarah Negeri dan
P-egawai-pegawai Kanan BPA.
Mesyuarat Pengurusan Khas BPA (Percambahan Fikiran KPI Dan KPA 2008)
Kumpulan Pengurusan Aduan sedang berbincang. Turut kelihatah ialah Ketua Pengarah BPA,
Dr. Chua Hong Teck.
SELANGOR - Ketua Pengarah BPA, Dr. Chua Hong Teck telah dijemput menjadi salah seorang panel forum dalam Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam ke - 14 yang diadakan di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) Kajang, Selangor pada 20 Mei 2008.
Seminar tersebut adalah berbentuk
pementoran yang bertemakan “Satu
Perkhidmatan Satu Penyampaian” anjuran
Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan
Perkhidmatan Awam. Pihak BPA juga telah
menyertai pameran dan pembukaan kaunter
bagi memberi peluang peserta mendapatkan
maklumat dan informasi mengenai BPA dan
mengetahui cara-cara membuat aduan.
Seminar dua hari yang berakhir pada 21
Mei 2008 ini telah dirasmikan oleh Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,
Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam.
KP BPA Panel ForumSeminar Psikologi Perkhidmatan Awam ke-14
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu 9
PENGKALAN KUBUR - Sembilan buah agensi kerajaan persekutuan dan negeri terlibat dalam menjayakan program proaktif Biro Pengaduan Awam (BPA) di Pengkalan kubur pada 2 Jun 2008 bertempat di Pintu Masuk Bebas Cukai, Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan.
Agensi yang terlibat adalah seperti Pejabat
Tanah dan Jajahan Tumpat, Majlis Daerah
Tumpat, Kastam Diraja, Pejabat Imigresen,
Jabatan Air Kelantan, TNB, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Pejabat Kesihatan dan Biro
Pengaduan Awam. Sebanyak 26 aduan telah
diterima yang kebanyakannya menjurus
kepada aduan kebersihan, kekurangan tempat
letak kereta dan jalan sempit selain aduan
berkenaan penternakan ayam, gangguan lalu
lintas pemunggahan barang oleh peniaga dan
premis makanan yang kotor dan sebagainya.
Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Encik
Md. Zin bin Musa dalam ucapan ringkasnya
berkata, aduan yang diterima oleh agensi-
agensi merupakan satu pemberian
ikhlas yang membolehkan agensi-agensi
kerajaan memperbaiki mana yang kurang
seperti perkhidmatan, tindakan dan projek
pembangunan. Setiap agensi hendaklah
peka dan mempercepatkan tindakan seperti
siasatan dan menyelesaikan masalah yang
dialami masyarakat agar mereka merasakan
bahawa kerajaan adalah serius dan memahami
kehendak rakyat, tambah beliau. Program yang
bermula pada jam 9.00 hingga 12.30 tengah
hari itu adalah anjuran bersama BPA Negeri
Terengganu / Kelantan dan Majlis Daerah
Tumpat.
Sebanyak 42 aduan diterima sepanjang program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) anjuran bersama Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Program yang berlangsung pada 14 Februari
2008 bertempat di Taman Mahkota Pasir Puteh,
Kelantan ini telah disertai sebanyak 9 agensi
kerajaan yang mana menyaksikan seramai 60
orang penduduk setempat menjunjungi KABB
selain membuat aduan. Agensi yang terlibat di
program KABB adalah seperti Pejabat Tanah dan
Jajahan Pasir Puteh, Majlis Daerah Pasir Puteh,
Jabatan Pengangkutan Jalan, Pejabat Kebajikan
Masyarakat, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan
Pengairan dan Saliran, Projek Kemasin Semerak
Tenaga Nasional, Pasir Puteh dan Air Kelantan
Sdn. Bhd. Timbalan Ketua Pengarah 1, Biro
Pengaduan Awam, Encik Isbah bin Idrus telah
bersama-sama di dalam program KABB selain
mengadakan lawatan ke kaunter-kaunter aduan
agensi kerajaan yang terlibat.
En. Isbah dan Encik Md. Din menerima aduan pengadu.
Kakitangan BPA menerima aduan orang ramai. Turut kelihatan En. Isbah Idrus.
Banner di ruang masuk Program KABB Ucapan ringkas Encik Isbah kepada agensi-agensi yang terlibat.
42 Aduan Diterima Di Pasir Puteh
9 Agensi Di KABB Pengkalan Kubur
Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang
MajlisTahlil
Clinic OneNumber Call
Centre
ProgramProaktif BPA
MajlisPerpisahan
Ulang TahunKelahiran
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu10
Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang
MajlisTahlil
Clinic OneNumber Call
Centre
ProgramProaktif BPA
MajlisPerpisahan
Ulang TahunKelahiran
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu 11
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu12
Program tersebut telah menarik seramai 300 pengunjung yang mana menempatkan 23 kaunter aduan selain pameran mini dari beberapa agensi dan telah mengumpul sebanyak 103 aduan. Dalam perbualan ringkas dengan Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Haji Ibrahim Hassan, beliau amat berpuas hati dengan sambutan orang ramai selain kerjasama dari agensi-agensi yang dijemput membuka kaunter untuk mendapatkan aduan dari masyarakat. Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu meminta agar orang ramai mengambil peluang menyertai program-program seperti KABB, hari bertemu pelanggan dan seumpamanya anjuran agensi kerajaan atau swasta untuk memberi apa juga maklum balas sama ada pandangan, soalan, nasihat atau aduan. Harapan, Tuan Haji Ibrahim agar BPA meneruskan aktiviti-aktiviti proaktif yang
menampakkan kerajaan adalah serius dalam menangani setiap masalah rakyat bagi memastikan rakyat menggunakan saluran yang betul untuk membuat sebarang aduan. Agensi yang terlibat adalah seperti, Pejabat Daerah Jelebu, Majlis Daerah Jelebu, Jabatan Pengairan dan Saliran, PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama Islam, Jabatan Pertanian, KEMAS, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Turut terlibat sama, Jabatan Bekalan Air, TNB, MARA, Telekom Malaysia, Indah Water Konsortium, Pertubuhan Kebajikan Petani, Bank Simpanan Nasional, Pusat Zakat dan Biro Pengaduan Awam. Turut hadir di majlis tersebut Pengarah BPA Cawangan Negeri Melaka/Negeri Sembilan, Encik Mahpof bin Mahmod.
Program ini telah dianjurkan pada 26 Jun 2008 oleh Biro Pengaduan Awam Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Pontian. Sebanyak 47 aduan telah diperolehi sepanjang program yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Jabatan dan Agensi Kerajaan yang terlibat dalam membuka kaunter di program tersebut adalah Pejabat Daerah Pontian, Pejabat Tanah Pontian, Majlis Daerah Pontian, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, FAMA Daerah Pontian, Jabatan Agama Islam Daerah Pontian, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Jabatan Kerja Raya Daerah Pontian, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Pontian, Jabatan Kesihatan Daerah Pontian, Jabatan Hal Ehwal Pengguna Daerah Pontian, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah
Pontian, Jabatan Pengangkutan Jalan Daerah Pontian, Jabatan Penerangan Daerah Pontian, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Amanah Saham Nasional Bhd., SAJ Holdings Sdn. Bhd., Southern Waste Management, TNB, TM Berhad, Pejabat Tempatan PERKESO dan Biro Pengaduan Awam Negeri Johor. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mislan bin Karmani, Pegawai Daerah Pontian. Turut hadir di majlis tersebut ialah Puan Hajjah Umi Kalthom binti Haji Mohd Din, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Tuan Haji Ahmad bin Main, Pegawai Tanah Daerah Pontian dan Puan Jasmaliza binti Jamaludin, Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Johor.
3 ADUN Sertai KABB Di Jelebu
JELEBU - Tiga Ahli Dewan Undangan iaitu Dato’ Yunus Rahmat (ADUN Klawang), Encik Siew Chen Pin (ADUN Chennah) dan Encik V.S Morgan (ADUN Simpang Pertang) telah terlibat dalam program proaktif BPA anjuran bersama BPA Negeri Melaka / N.Sembilan, Pejabat Daerah Jelebu dan Majlis Daerah Jelebu pada 5 Jun 2008 bertempat di Dewan Majlis Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
PROGRAM KABB DI PONTIAN TERIMA SAMBUTAN
Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) yang bertemakan Khidmat Mesra Pelanggan telah diadakan di Tapak Pasar Tani FAMA, Mini Stadium, Pontian, mendapat sambutan masyarakat yang mana seramai 450 orang yang mengunjungi kaunter aduan dari pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan.
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu 13
LIPIS - Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Kuala Lipis pada 27 Mei 2008 telah mendapat sambutan masyarakat setempat yang menyaksikan seramai 300 orang mengunjungi kaunter aduan yang terdiri daripada 12 agensi kerajaan dan swasta. Dari jumlah pengunjung yang hadir, sebanyak 190 aduan telah diterima yang kebanyakannya tertumpu kepada kaunter Majlis Daerah Lipis dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Lipis.
Agensi yang terlibat dalam membuka kaunter
di program tersebut seperti Pejabat Pengairan
dan Saliran, Pejabat Daerah dan Tanah Majlis
Daerah Kuala Lipis, Jabatan Bekalan Air,
Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Kerja Raya,
Jabatan Pertanian, Telekom, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Pejabat Kesihatan Daerah dan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Hal
Ehwal Pengguna dan Biro Pengaduan Awam.
Program KABB yang bermula pada jam 8.45
pagi hingga 12.30 tengah hari di hadapan
Bit Polis, Bandar Kuala Lipis ini merupakan
program yang pertama diadakan pada tahun
ini selain program Kaunter Aduan Bergerak
(KAB) di Bera. Turut hadir di program KABB,
Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Encik Md.
Zin bin Musa, Penolong Pegawai Daerah Kuala
Lipis Encik Azhar bin Arshad dan Pengarah
BPA Negeri Pahang, Puan Wee Lip Ping.
KABB Di Kuala Lipis Mendapat Sambutan
Encik Abdul Rahman @ Md. Yunus bin Jenal seorang pengadu yang ditemu bual menyatakan bahawa program KABB ini membantu beliau untuk bersemuka dan mendapatkan penjelasan mengenai kelewatan menerima Bantuan Program Pembasmi Kemiskinan Bandar. Beliau yang sepatutnya menerima bantuan tersebut pada hujung tahun lepas atau awal tahun ini tidak menerimanya seperti yang tertulis di dalam surat. Beliau masih tidak berpuas hati dengan penjelasan pegawai bertugas di Majlis Daerah Kuala Lipis yang meminta beliau mengisi permohonan baru bagi tahun 2008, sedangkan surat yang diterimanya pada 2007 untuk bantuan pada tahun tersebut
masih belum diterima iaitu sebanyakRM 3,000.00. Abdul Rahman yang tinggal di Jalan Mat Kilau, Kuala Lipis kemudiannya membuat aduan di Biro
Pengaduan Awam bagi mendapatkan kepastian berkenaan masalah agihan bantuan tersebut dan berharap supaya masalah ini dapat di selesaikan dengan cara yang lebih baik. Tuan Haji Zakaria bin Mohd Ali yang ditemu ramah selepas membuat aduan di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis berharap supaya BPA akan sentiasa membuat program-program seperti ini untuk membantu masyarakat pedalaman menyalurkan aduan. Ini kerana kebanyakan penduduk di pedalaman tidak tahu saluran yang tepat untuk mengajukan masalah sehinggakan kadangkala masalah kecil boleh menjadi besar kerana tiada penyelesaian.
Temuramah Bersama Pengadu Di Program KABB Kuala Lipis
Di Karnival TM TampinBiro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
cawangan Negeri Melaka / Negeri Sembilan telah
membuka kaunter aduan bertempat di Padang
Serbaguna Majlis Daerah Tampin, Negeri Sembilan
bersempena dengan Karnival TM pada 17 Mei 2008.
Kaunter aduan awam BPA yang dibuka bermula pada
jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang itu
telah menarik seramai 100 orang pengunjung dan
menerima sejumlah 33 aduan yang mana kebanyakannya
adalah berbentuk khidmat nasihat. Beberapa Jabatan/
Agensi kerajaan yang lain juga turut membuka kaunter
sepanjang karnival tersebut. Selain kaunter aduan,
Agensi Dadah Kebangsaan dan Hospital Tampin juga
telah turut serta membuka kaunter dengan memberikan
khidmat kepada orang ramai. Para petugas BPA yang
terdiri daripada Haji Mohamad Ibrahim, Encik Mohd
Sharif Omar dan Mohd Amin Osman telah diberi
tanggungjawab mengendalikan kaunter aduan BPA di
samping memberi khidmat nasihat kepada orang ramai
yang memerlukan.
KABB
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu14
SELAYANG - Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri Negeri Selangor / Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) yang bertempat di pusat membeli belah Selayang Mall pada 2 Mac 2008.
Sebanyak 32 aduan telah direkodkan sepanjang program KABB tersebut yang disertai
oleh 20 agensi kerajaan dan swasta. Program pertama anjuran BPA Negeri Selangor /
Wilayah Persekutuan yang diadakan pada tahun ini telah mendapat sambutan kira-kira
300 pengunjung yang bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.
KABB yang diadakan di lokasi pusat membeli belah ini adalah bertujuan untuk mendekati
hati masyarakat bandar yang sentiasa sibuk dengan tugas-tugas harian. Dengan adanya
program seumpama ini, akan dapat membantu orang ramai yang tidak berkesempatan
untuk membuat aduan dengan menggunakan saluran yang betul. Turut hadir dalam
program tersebut, Pengarah BPA Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Encik Asmawar bin Samat.
Sebanyak 14 kes aduan diterima pada
program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu
(KABB) bertempat di Tapak Pekan Sehari, Guar
Chempedak, Kedah dengan kerjasama Pejabat
Daerah Yan pada 16 April yang lalu. Seramai
40 orang yang sebahagian besarnya penduduk
kampung telah menghadiri dan melihat dengan
lebih dekat kaunter BPA yang dibuka bagi
mengetahui peranan dan fungsi BPA kepada
masyarakat selain membuat aduan. Program
yang diadakan ini merupakan tindakan proaktif
BPA cawangan utara bagi mendekati rakyat
selain memudahkan masyarakat membuat
aduan.
Program Kaunter Aduan BergerakDi Guar Chempedak, Kedah
Penduduk Ambil PeluangProgram KABB Di Selayang
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu 15
Keningau, SABAH - Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Biro Pengaduan Awam (BPA) Keningau pada 8 Mei 2008 adalah bukti bahawa kerajaan begitu telus untuk menangani masalah rakyat di Negara ini khususnya penduduk dan masyarakat di Daerah Keningau
Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) Biro
Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
Encik Md. Zin bin Musa dalam kenyataannya
kepada media selepas perasmian tersebut,
mengatakan bahawa program ini merupakan
satu pendekatan untuk menangani pelbagai
aduan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat
dan penduduk di sini melalui pembukaan kaunter
daripada jabatan-jabatan kerajaan. Menurut Encik
Md Zin lagi, program KABB diadakan adalah
sebagai satu cara untuk memperkenalkan BPA
kepada orang ramai terutamanya masyarakat
luar bandar tentang peranan dan tanggungjawab
BPA dalam membantu mereka menyalurkan
masalah. Melalui program seumpama ini, BPA
dapat mendekati masyarakat umum termasuk
menerima aduan dan pandangan daripada
mereka. KABB kedua bagi tahun 2008 anjuran
BPA Pejabat Negeri Sabah Jabatan Perdana
Menteri dengan kerjasama Pejabat Daerah
Keningau ini telah disertai oleh 18 Jabatan/
Agensi Persekutuan dan Negeri untuk mengambil
tindakan dalam menyelesaikan aduan-
aduan dan permasalahan yang dihadapi oleh
masyarakat setempat. Terdahulu dalam ucapan
perasmiannya, Encik Md. Zin turut mengharapkan
semua Ketua-ketua Jabatan supaya berani dan
sanggup untuk membuat pembaharuan untuk
memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan
masa kini dengan membuat semakan dan
penambahbaikan ke atas prosedur dan proses
kerja agar ia lebih relevan dengan keadaan
semasa. Ini adalah penting bagi meningkatkan
lagi produktiviti jabatan masing-masing dan
usaha penambahbaikan secara berterusan.
Dalam pada itu, Encik George H. Kandavu,
Penolong Pegawai Daerah Keningau semasa
ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa
program seperti ini akan dapat membantu
mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadap
peranan Agensi dan Jabatan Kerajaan serta
dan meningkatkan mutu perkhidmatan masing-
masing dengan lebih cekap dan berkesan. Di
samping itu, beliau mengharapkan juga program
ini dapat membantu menjalin hubungan mesra di
di kalangan kakitangan awam dengan penduduk
setempat. Kira-kira 500 orang telah mengunjungi
program ini dan sebanyak 180 lebih aduan telah
diterima. Turut hadir pada program ini ialah
Encik Muharrir bin Kamarudin, Pengarah BPA
Pejabat Negeri Sabah, Y.Bhg Tan Sri Datuk
Sri Panglima Simoun Sipaun, Naib Pengerusi
SUHAKAM, Encik George H. Kandavu Penolong
Pengawai Daerah Keningau, OKK Mohd Amir
Datu Arif Ketua Derah, dan Ketua-ketua Jabatan
Persekutuan dan Negeri.
Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) KeningauSaluran Orang Ramai Menyelesaikan Masalah
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu16
KABB Sandakan Mencapai Matlamat
Program tersebut disertai oleh 21 Jabatan/
Agensi Persekutuan dan Negeri Setiausaha
Persekutuan Sabah melalui ucapan
perasmiannya yang disampaikan oleh Encik
Yusof bin Serangit, Timbalan Setiausaha
Persekutuan Sabah meminta supaya
semua penjawat awam lebih telus dan
bertanggungjawab semasa menjalankan
tugas bagi memenuhi tuntutan pelanggan. Ini
amat penting untuk meningkatkan lagi imej
perkhidmatan awam di negara ini. Terdahulu
dalam ucapan alu-aluan oleh Encik Asmawar bin
Samat, Pengarah Perancangan, Penyelidikan
dan Penyelarasan, Biro Pengaduan Awam,
Jabatan Perdana Menteri, beliau merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
Jabatan dan Agensi yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan Program KABB Sandakan.
Harapan beliau, melalui Program KABB ini
dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala
di antara Jabatan dan Agensi Kerajaan secara
terus dengan masyarakat melalui pembukaan
kaunter selain memberi peluang kepada orang
ramai memahami peranan dan tanggungjawab
sesuatu Jabatan/Agensi berkenaan. Program
KABB yang turut dihadiri oleh Pengarah BPA
Negeri Sabah, Encik Muharrir bin Kamarudin
ini telah berjaya mencatatkan lebih 188 aduan
yang berbentuk khidmat nasihat, kes-kes
sebenar dan kes-kes am. Sebahagian aduan-
aduan yang diterima telah dijawab terus oleh
wakil agensi berkaitan semasa program KABB
berlangsung dan sebahagian lagi yang mana
belum dijawab, BPA telah merekodkan aduan
tersebut untuk tindakan susulan dengan
Jabatan/Agensi berkaitan.
Sandakan, SABAH - Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Biro Pengaduan Awam (BPA) yang telah diadakan pada 30 April 2008 di Wisma Persekutuan Sandakan telah mencapai matlamatnya dengan mendapat sambutan yang baik dari pelbagai pihak. KABB pertama tahun 2008 anjuran BPA Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah diadakan antara lain sebagai menunjukkan komitmen agensi kerajaan untuk mengambil tindakan penyelesaian terhadap aduan-aduan dan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
1 2
GAMBAR 3Y. Bhg. Datuk Pengarah JPPS turut menerima aduan dari salah seorang pengunjung
GAMBAR 4Petugas kaunter PDRM sedang melayani salah seorang pengunjung
GAMBAR 5Petugas kaunter PDRM sedang melayani salah seorang pengunjung
GAMBAR 6Hospital DOK Sandakan turut menyediakan perkhidmatan permeriksaan kesihatan percuma dan kempen kempen derma darah
GAMBAR 7Clare (kanan) dibantu oleh Fahzean dan Lydia di Kaunter BPA JPM
GAMBAR 1Sesi bergambar beramai-ramai dengan Ketua-ketua petugas Kaunter Jabatan
GAMBAR 2Encik Yusof (tengah) dan Encik Asmawar di kaunter PDRM
3
4 5 6 7
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu 17
Orang ramai yang datang telah diberi penerangan
tentang fungsi-fungsi BPA dan proses
mengemukakan aduan dengan cara yang betul
dan berkesan. Selain itu, borang aduan dan
risalah BPA juga turut diedarkan kepada orang
awam. Program yang bermula pada jam 9.00
pagi - 4.00 petang itu telah berjaya memberikan
sejumlah 11 khidmat nasihat, manakala 14 aduan
telah diterima yang mana kesemuanya adalah
aduan mengenai Agensi-agensi / Jabatan-jabatan
Negeri. Program KAB ini juga telah mendapat
liputan wartawan dari See Hua Daily News yang
telah berkunjung ke kaunter BPA dan seterusnya
memuatkan laporan program KAB melalui akhbar
berbahasa Cina. Dengan adanya program-
program seperti ini, masyarakat pelbagai lapisan
akan mengetahui kewujudan BPA Sarawak
khususnya di sekitar Bintulu.
Timbalan Ketua Pengarah 1, Biro Pengaduan Awam (BPA) Encik Isbah Idrus telah mewakili BPA dalam Persidangan Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang telah diadakan pada 23 Januari 2008 di Hotel Hilton, Kuching.
Persidangan sehari yang
bertemakan “Kecemerlangan Modal
Insan Asas Perkhidmatan Berkualiti”
itu merupakan anjuran bersama
di antara NPC Wilayah Sarawak
dengan pihak Kerajaan Negeri
Sarawak (Jabatan Ketua Menteri).
Perasmiannya telah disempurnakan
oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua
Menteri (Sumber Manusia & Latihan)
dan Menteri Muda Pertanian
(Ekonomi Rumahtangga & Latihan),
Y.B. Datin Hajjah Fatimah Abdullah.
Seramai 300 orang peserta
dan jemputan telah menghadiri
persidangan tersebut. Beliau telah
dijemput sebagai salah seorang ahli
sesi perbincangan penal mengenai
Integriti Pegawai Kerajaan. Dalam
sesi perbincangan itu, beliau telah
menunjukkan kaitan di antara
penyampaian perkhidmatan
dengan integriti, rasional keperluan
menguruskan aduan dan fungsi
serta tugas BPA. Dalam pada itu,
statistik aduan khususnya kategori
aduan utama dan beberapa perkara
seperti penambahbaikan dari segi
undang-undang dan peraturan
juga telah dibincangkan.Turut
hadir di majlis tersebut, Timbalah
Setiausaha Kerajaan Negeri
Sarawak, Datu Abdul Ghafur Shariff
serta Dato’ Nik Zainiah Nik Abdul
Rahman, Ketua Pengarah NPC.
Persidangan Kualiti Perkhidmatan Awam
BINTULU - Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) pada 26 Mei 2008 bertempat di ruang legar hadapan, Pasar Utama Bintulu, Sarawak. Dalam program ini, BPA Sarawak telah menarik perhatian kira-kira lebih 100 orang pengunjung yang datang ke Pasar Utama Bintulu untuk bersama-sama menyertai Program KABB yang diadakan.
Negeri Sarawak
Kaunter Aduan Bergerak Di Pasar Utama Bintulu, Sarawak
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu18
Carta Alir Penerimaan Aduan
Terima Aduan
Hadir Sendiri Program Pro-Aktif Telefon Surat/Faks Laman Web/E-Mel
Daftar DalamBuku Kehadiran
Catatkan Aduan DalamBorang Aduan
Serah Kepada Ketua Pengarah Untuk Keputusan
Semak Keputusan KP Dan Catitkan Tindakan Lanjutan
Serah Kepada TKP
Daftar Dalam Buku Pendaftaran PenerimaanAduan dan Edar Kepada PP/PPP
Keputusan Ketua Pengarah
Masukkan Butiran Ke SBPADapatkan ID dan Hantar SAT Buka Fail
Lengkapkan Butiran dalam DocketMasukkan Ringkasan Aduan Ke Dalam Kes ID
Khidmat Nasihat Tulis Kepada Pengadu Failkan
Tamat
Sedia Membantu
Berikut adalah jenis-jenis dan contoh-contoh aduan yang boleh dikemukakan kepada Biro Pengaduan Awam untuk diambil tindakan:- 1. Kelewatan Atau Tiada Tindakan 2. Tindakan Tidak Adil
3. Kekurangan Kemudahan Awam
4. Kepincangan Perlaksanaan Dasar Dan Kelemahan Undang-Undang 5. Salah Guna Kuasa/Penyelewengan 6. Salah laku Anggota Awam 7. Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan 8. Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan Termasuk Kaunter Dan Telefon 9. Kegagalan Penguatkuasaan 10. Pelbagai Aduan (Aduan-aduan selain daripada 9 kategori di atas)
Jenis Aduan Yang Dikendalikan Oleh BPA
TANGGUNGJAWAB
KP/TKP/PP/PPP
PP/PPP
PP/PPP
TKP/PP/PPP/PKKP
PKKP
TKP
PK/TKP
KP
PP/PPP
INTERFACE
PELANGGAN
TKP
PP/PPP
PP/PPP
PELANGGAN
KP
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu 19
1 Nor Hisham bin Ibrahim PTD M48 BPA Ibu Pejabat BPPSM 21.01.2008
2 Abu Hassan bin Omar PTD M48 BPA Ibu Pejabat Kementerian Sains, Teknolongi & Inovasi 21.01.2008
3 Suriyaty binti Hj Muslim PTD M54 BPA Ibu Pejabat Kementerian Sains, Teknolongi & Inovasi 01.02.2008
4 Hjh Umi Kalthom binti TD M54 MAMPU BPA Ibu Pejabat 01.02.2008
Hj Mohamad Din
5 Mohd Asri bin Mohamad PTD M48 Jabatan Perkhidmatan Awam BPA Ibu Pejabat 04.03.2008
6 Md Zin bin Musa Jusa C Jabatan Perkhidmatan Awam BPA Ibu Pejabat 10.03.2008
7 Suhaila binti Ibrahim PTD M41 Lembaga Penasihat BPA Negeri Pahang 24.03.2008
8 Paramjothy a/l Muthuvelu PTD M41 BPA Negeri Johor Bhg. Pengurusan Hartanah 01.04.2008
9 Nor Rahah binti Taib PTD M41 Bhg. Pengurusan Hartanah BPA Negeri Johor 01.04.2008
10 Roslizawati binti Abd Rahim PTR (Jurutaip) N11 BPA Ibu Pejabat Kementerian 02.05.2008
Kesihatan Malaysia
11 Nor Azizah binti Mior Ramli JT FT17 INTAN Bukit Kiara BPA Ibu Pejabat 13.05.2008
12 Tengku Adnin bin Tengku Adnan PTD M52 Kementerian Perusahaan BPA Ibu Pejabat 16.05.2008
Perladangan & Komoditi
13 Ahmad Musadad bin Hj Sulaiman PTD M48 Majlis Agama Islam Selangor BPA Ibu Pejabat 16.05.2008
14 Hafiznizam bin Hasin@Hashim PTD M44 Biro Tatanegara BPA Ibu Pejabat 16.05.2008
15 Kevin Geh Kien Meng PTD M44 Bhg. Hal Ehwal Undang-undang BPA Ibu Pejabat 16.05.2008
16 Nurul Asikin binti Majid@Saleh PPT N27 Jabatan Akauntan Negara BPA Negeri Kelantan 16.05.2008
17 Mohd Khairi bin Nordin Pemandu R3 BPA Ibu Pejabat Institut Latihan Islam Malaysia 21.05.2008
18 Rozi bin Yaacob PAP N1 Pej. Timbalan Perdana Menteri BPA Ibu Pejabat 21.05.2008
19 Asmawar bin Samad PTD M54 BPA Wilayah Persekutuan BPA Ibu Pejabat 02.06.2008
Kuala Lumpur
20 Ahmad Samuri bin PTD M52 BPA Ibu Pejabat BPA Negeri Selangor 02.06.2008
Hj Mohd. Dahlan
21 Kalaichelvan a/l Balakrishnan PTD M44 MAMPU BPA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 02.06.2008
22 Aziz bin Ismail PTD M54 BPA Negeri Pulau Pinang BPA Ibu Pejabat 16.06.2008
23 Md Din bin Jusoh PTD M52 BPA Negeri Terengganu BPA Negeri Pulau Pinang 16.06.2008
24 Wee Lip Ping PTD M48 BPA Negeri Pahang BPA Negeri Kelantan 16.06.2008
25 Wan Zulkiffeli bin Wan Hassan PTD M52 BPA Ibu Pejabat BPA Negeri Perak 16.06.2008
26 Shahrul Affendi bin Baharudin PTD M48 BPA Negeri Perak BPA Ibu Pejabat 16.06.2008
27 Zahairil bin Don PAP N1 BPPSM BPA Negeri Pulau Pinang 16.06.2008
28 Nor Fadilah binti Bakri Pen. Akauntan W27 BPA Ibu Pejabat Akauntan Negara Malaysia 16.06.2008
29 Adnan bin Hj Mohd Nasir PTD M52 Bhg. Pengurusan Hartanah BPA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 16.06.2008
30 Zawiyah binti Saad PUU L44 Jabatan Peguam Negara BPA Ibu Pejabat 16.06.2008
31 Georgie Abas PTD M44 Kementerian Pengajian Tinggi BPA Negeri Sabah 23.06.2008
BIL NAMA/JAWATAN DITEMPATKAN TARIKH KUATKUASA
1 Suryana binti Shaharudin PT (Kew) W17 BPA Ibu Pejabat 03.01.2008
2 Nornazira binti Omar PAP N1 BPA Ibu Pejabat 07.01.2008
3 Nik Mohd Sharul JT FT17 BPA Ibu Pejabat 08.05.2008
Azuan bin Nik Soh
4 Nor Mazliana binti Musin PAP N1 BPA Ibu Pejabat 21.05.2008
5 Mohd Khairi bin Mohd Sabre Pemandu R3 BPA Ibu Pejabat 26.05.2008
BIL NAMA/JAWATAN TARIKH BERSARA
1 Isbah bin Idrus JUSA C 10.03.2008
BIL NAMA/JAWATAN TARIKH KUATKUASA
1 Julia binti Jaladdin PTD M48 17.03.2008
SENARAI PERGERAKAN PEGAWAI-PEGAWAIBIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI MULAI JANUARI SEHINGGA JUN 2008
BIL NAMA / JAWATAN DARI KE TARIKH KUATKUASA
PEGAWAI YANG MELANJUTKAN PELAJARAN BAGI BULAN JANUARI HINGGA JUN 2008
SENARAI NAMA PESARA BAGI TAHUN 2008 (HINGGA JUN 2008)
SENARAI LANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI BARU MULAI JANUARI SEHINGGA JUN 2008
Biro Pengaduan Awam Sedia Membantu20
Ketua PengarahBiro Pengaduan Awam Aras 6, Blok B1Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PutrajayaTel : 03-8888 7777Faks : 03-8888 7778, 03-8888 3748
Pengarah Biro Pengaduan AwamWilayah Persekutuan Kuala Lumpur/SelangorTingkat 41, Lot 2, Menara TH Perdana1001, Jalan Sultan Ismail50250 Kuala LumpurTel : 03-2691 1346Faks : 03-2692 9107
Pengarah Biro Pengaduan AwamNegeri Pulau Pinang/Kedah/PerlisParas 44, Menara KOMTARJalan Pinang10000 Pulau PinangTel : 04-263 6893Faks : 04-263 6894
PengarahBiro Pengaduan AwamNegeri JohorTingkat 21, Bangunan KOMTARJalan Wong Ah Fook80505 Johor BahruTel : 07-223 0900Faks : 07-224 3557
Pengarah Biro Pengaduan AwamNegeri Terengganu/KelantanTingkat 2, Wisma MAIDAMJalan Banggol20100 Kuala TerengganuTel : 09-623 8135Faks : 09-623 8134
PengarahBiro Pengaduan AwamNegeri SabahSuite 6-15, Tingkat 6, Menara MAANo. 6, Lorong Api-Api 188800 Kota Kinabalu, SabahTel : 088-280 300Faks : 088-280 301
Pengarah Biro Pengaduan AwamNegeri PerakTingkat 2, Bangunan MAYBAN TRUST No. 28, Jalan Tun Sambanthan30000 Ipoh, PerakTel : 05-255 8500Faks : 05-255 8501
Pengarah Biro Pengaduan AwamNegeri PahangTingkat 17, Kompleks TeruntumJalan Mahkota25000 Kuantan, PahangTel : 09-514 4455Faks : 09-514 4477
Pengarah Biro Pengaduan AwamNegeri Melaka/Negeri SembilanTingkat 3, Bangunan Bank Rakyat Jalan Hang Tuah75300 MelakaTel : 06-288 1900Faks : 06-288 1901
Pengarah Biro Pengaduan AwamNegeri SarawakTingkat 5, Bangunan Bank Negara Malaysia Sarawak, Jalan Satok, 93400 Kuching, SarawakTel : 082-415 004Faks : 082-415 005
ALAMAT-ALAMAT PEJABAT BIRO PENGADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI
www.bpa.jpm.my