1
W+
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah
ISU: 2, 2016
EDISIMAC-MEI
Penasihat:Pn. Normah [email protected]
Ketua Editor:Pn Dg. Salwah Pg Abd [email protected]
Editor:Inah [email protected]
Pereka Grafik:Mohd Tarmizi Bin Mohd [email protected]
Penyusunan Teks & Layout:Nurul Aima Bt [email protected]
Jurugambar:Jonathan Leslie [email protected]
SIDANG PENGARANG
03 06 07Perasmian Cawangan Matunggong
Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit.
Majlis Perasmian Penutupan Minggu Perpustakaan
Menarik di dalam...
Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa,
Sepanjang bulan Mac sehingga bulan Mei, banyak peristiwa menarik dan pencapaian telah diraih oleh Perpustakaan Negeri Sabah.
Pada awal bulan Mac, Setiausaha Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna yang baharu telah membuat lawatan rasmi ke Ibu Pejabat PNS dan beramah mesra dengan warga PNS.
Tahniah juga diucapkan kepada Kumpulan Avasi dari PNS Cawangan Papar dan Kumpulan Monsopiad dari PNS Cawangan Penampang kerana meraih Johan dan Naib Johan dalam Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif Peringkat INSAN 2016.
Tidak lupa juga kepada Kontinjen PNS diatas pencapaian yang membanggakan dalam Sukan Perpaduan 3 Penjuru yang diadakan baru-baru ini.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada kakitangan yang beragama Islam.
Wong Vui YinPengarah,Perpustakaan Negeri Sabah
Untuk memupuk minat membaca, Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit kali ke-2 turut dilancarkan pada 25 April 2016 di Ibu Pejabat PNS yang turut dihadiri oleh SUT Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, Puan Janet K.L. Chee.
Setelah beberapa tahun, Minggu Perpustakaan dihidupkan kembali iaitu pada 10-17 Mei 2016 dan diadakan serentak di seluruh cawangan. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah bulan pengampunan, kad keahlian percuma, pengumpulan buku terpakai dan banyak lagi.
Ucapan setinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga kerja PNS yang telah mengerah tenaga berkerja keras dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang bulan Mac se-hingga Mei.
Pada bulan April, satu lagi sejarah dilakar dengan perasmian cawangan perpustakaan yang baharu iaitu PNS Cawangan Matunggong yang telah beroperasi sejak 21 September 2015. Majlis dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Hjh. Jainab DSP Hj Ahmad Ayid.
PERUTUSAN PENGARANG
2 3
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 2, 2016 Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 2, 2016
KEM MEMBACA DI SK. BUAYAN, PENAMPANG
PNS CAWANGAN PENAMPANG, 19 MAC 2016 - Kem Membaca anjuran bersama PNS Cawangan Penampang dan Borneo Safari Sabah telah diadakan di SK. Buayan Penampang.
KEM MEMBACA DI SK. SODOMON, KENINGAU
PNS WILAYAH KENINGAU, 8 APRIL 2016 - Kem Membaca PNS Wilayah Keningau bertempat di SK. Sodomon, Keningau.
PERASMIAN PNS CAWANGAN MATUNGGONG
PNS CAWANGAN MATUNGGONG 4 APRIL 2016 - Satu lagi cawangan perpustakaan yang baharu diwujudkan iaitu PNS Cawangan Matunggong yang telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Hjh. Jainab DSP Hj. Ahmad Ayid. Perpustakaan ini telah mulai beroperasi kepada awam sejak 21 September 2015. Turut hadir pada hari itu ialah Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Anita Baranting & Setiausaha Tetap Kemen-terian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, YBhg. Puan Janet K.L. Chee.
LAWATAN RASMI SUT KEM. PEM. MASYARAKAT & HAL EHWAL PENGGUNA BAHARU
IBU PEJABAT PNS, 10 MAC 2016Lawatan rasmi oleh Setiausaha Tetap Kementeri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna yang baharu, YBhg. Puan Janet K.L. Chee dan rombongan ke Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah.
4 5
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 2, 2016 Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 2, 2016
AVASI JOHAN MINI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF PERINGKAT INSAN
Johan - Kumpulan Avasi(PNS Cawangan Papar)
Naib Johan - Kumpulan Monsopiad(PNS Cawangan Penampang)
KOTA KINABALU , MEI 2016 - Tahniah ducapkan kepada Avasi dari PNS Cawangan Papar telah meraih Johan dan Monsopiad dari PNS Cawangan Penampang meraih Naib Johan dalam Konvensyen Kumpulan Inovasi & Kreatif Peringkat INSAN yang telah diadakan di Kota Kinabalu.
ANUGERAH JABATAN PALING AKTIF MENGGUNAKAN APLIKASI GENERIK
LAHAD DATU, 12 MEI 2016 - PNS Cawangan Lahad Datu telah terpilih sebagai “Penerima “Anugerah Jabatan Paling Aktif Menggunakan Aplikasi Generic” semasa “Seminar ICT Sektor Awam Peringkat Negeri Sabah bagi Wilayah Lahad Datu. Anugerah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Dr. Hj Minggu Hj. Juman kepada Ketua PNS Cawangan Lahad Datu, Encik S. Wan Ahmed Hj Ayed di Dewan Plasma, MPOB Lahad Datu.
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BUKU OLEH DEWAN BAHASA & PUSTAKA
NABAWAN, 22 MAC 2016Sebuah majlis penyerahan sumbangan buku oleh Dewan Bahasa & Pustaka yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Korporat, YBhg. Encik Japar Ungki yang bertempat di Perpustakaan Desa Pagalungan, Nabawan.
TAKLIMAT MENGENAI E-FILING
KOTA KINABALU, 6 APRIL 2016- Satu taklimat daripada Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai E-Filing telah diadakan di Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah bertujuan untuk memberi kefahaman tentang E-Filing. Kakitangan PNS juga berpeluang untuk mengajukan soalan tentang permasalahan berkenaan dengan E-Filing. Sesi mengisi borang E-Filing turut diadakan pada hari tersebut.
AKTIVITI GALAKAN MEMBACA SEMPENA HARI THALASSEMIA
KOTA KINABALU, 23 MEI 2016- Bersempena Hari Thalassemia, aktiviti Galakan Membaca telah diadakan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Pelbagai aktiviti yang diadakan termasuk senamrobik, membuat kraftangan, origami dan lain-lain lagi. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat dan perpustakaan.
MESYUARAT PERTAMA PAMERAN SENILUKIS PELAJAR- PELAJAR MALAYSIA-JEPUN 2016
IBU PEJABAT PNS, 27 APRIL 2016 - Mesyuarat Pertama Pameran Senilukis Jepun-Malaysia bagi tahun 2016 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 8, Ibu Pejabat PNS. Turut hadir pada hari itu ialah penganjur bersama Presiden May Asaka Centre , Puan Fumiko Oike dan anak beliau En. Oike yang merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Kumpulan Avasi & Monsopiad
6 7
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 2, 2016 Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 2, 2016
PROGRAM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
IBU PEJABAT PNS, 17 MEI 2016 -Majlis Perasmian Penutupan Minggu Perpustakaan 2016 telah disempuranakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna di Auditorium Aras 8, Ibu Pejabat PNS. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan sempat melawat tapak pameran.
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU PERPUSTAKAAN 2016
AKTIVITI MENARIK SEPANJANG MINGGU PERPUSTAKAAN
Ibu Pejabat PNS,Bicara Novel -Ramlee Ag. Murshid
Ibu Pejabat PNS,Aktiviti Mewarna Bersama
Clarice Moijul
PNS Cawangan Penampang,Pertandingan Mengeja Dalam Bahasa
Kadazan/Dusun
PNS Cawangan Lahad Datu,Pertandingan Membaca Berita
PNS Wilayah TawauJualan Amal
IBU PEJABAT PNS, 25 APRIL 2016 -Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit peringkat Perpustakaan Negeri Sabah telah berlangsung pada pukul 2 PM bertempat di Auditorium Aras 8, Ibu Pejabat PNS. Majlis turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, YBhg. Puan Janet K.L. Chee. Sesi Webinar bersama PNS Wilayah Tawau turut diadakan pada hari tersebut. Antara yang had-ir dalam Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit di PNS Wilayah Tawau ialah Pembantu Menteri Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Anita Baranting.
PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT DARI PERPUSTAKAAN WILAYAH TAWAU
PNS Wilayah TawauSesi Bercerita
Tahun ini sekali lagi PNS menganjurkan minggu perpustakaan pada 10-17 Mei 2016 di seluruh cawangan PNS. Pelbagai aktiviti diadakan untuk menarik ramai pengunjung. Antara aktiviti yang menarik ialah Bicara Novel dari Novelis, Ramlee Ag. Murshid, Sesi Mewarna Bersama Clarice, Demonstrasi masakan dan menghias kek dan banyak lagi. Bulan pengampunan bagi yang lewat mengembalikan bahan pinjaman turut dilaksanakan.
8 9
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 2, 2016Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 2, 2016
SESI PENYERAHAN KOLEKSI TERBITAN SABAH BULAN MAC - MEI 2016
Tarikh: 6 April 2016Tajuk Buku: 1. Do Good With Money2. What is Money
LIV SARAH THUN
MESYUARAT PEMBUBARAN MBJ BAGI TAHUN 2013-2015DAN PEMILIHAN AHLI MBJ BAHARU BAGI TAHUN 2016 -2017
IBU PEJABAT PNS, 30 MAC 2016 - Mesyuarat Pembubaran MBJ bagi Tahun 2013-2015 dan Pemilihan Ahli MBJ Baharu bagi Tahun 2016-2017 telah diadakan di Auditorium, Aras 8, Ibu Pejabat PNS.
AHLI MBJ BAGI TAHUN 2013 - 2015
AHLI MBJ BAHARU BAGI TAHUN 2016 - 2018
PENGERUSI: Dg. Salwah Pg. Abd. RazakTIMBALAN PENGERUSI: Jahan AmirSETIAUSAHA: Imelda SambahTIMBALAN SETIAUSAHA: Rosnah Binti IsmailAHLI AJK:1. Mary Clare Joiwon 4. Susan Goh@Goh Chi Moi2. Mariam Mohd. Salleh 5. David3. Aidi Nasip
TAHUKAH ANDA ?
4 BUKU TERKECIL DI DUNIA
3. KOBZAR OF TARAS SHEVCHENKOBuku ini berukuran 2.79 mm x2.79mm. Diterbitkan di Ukraine pada tahun 1980an
4. THE WORLD SMALLEST BOOKBuku ini berukuran 3.04 mm x 3.30 mm. Diterbitkan pada tahun 2001 di Jerman
1. CHECKOV’S CHAMELEONBuku ini berukuran 0.76 mm x 0.76 mm. Buku dari Rusia.
2. OLD KING COLEBuku ini berukuran 1.01mm x 1.01mm. Salah satu koleksi buku U.S Library of Con-
PENGERUSI: Hjh. Fatimah AbdillahTIMBALAN PENGERUSI: Palmela E. MosinohSETIAUSAHA: Maslinah SuhaimiTIMBALAN SETIAUSAHA: Chang Tet ChinWAKIL S41 Keatas: Fiona C. Jonioh WAKIL S27 Keatas: Inah DahlanWAKIL S17 Keatas: Asali LubinWAKIL PEMANDU: Taini J.
10 11
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 2, 2016
SENARAI KAKITANGAN PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH YANG BERSARA
BIL NAMA JAWATAN TARIKH BERSARA
1. ABD. SAMAD @ AG. RAHMAN BIN JUNAN(PNS WILAYAH SANDAKAN)
PEMANDU KENDERAAN (R06) 3 APRIL 2016
2. LIM MUI LIN @ MELISSA LIM(IBU PEJABAT PNS)
PEMBANTU PERPUSTAKAAN (S22)
7 MEI 2016
3. LING NYUK FENG @ NORA LING PEMBANTU PERPUSTAKAAN(S22)
28 MEI 2016
SENARAI PERTUKARAN KAKITANGAN PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH
BIL NAMA DARI KE
1. SAPIAH BINTI SAMPUROH(AKAUNTAN)
KEMENTERIAN KEWANGAN
IBU PEJABAT,PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH
2. MARIAM @ DAYANG BUNGA BINTI JAHWI(AKAUNTAN)
IBU PEJABATPERPUSTAKAAN NEGERI SABAH
JABATAN AIR NEGERI SABAH
PERKEMBANGAN KAKITANGAN PNS
PNS CAWANGAN PAPAR - Sebuah majlis telah diadakan sempena perpindahan En. George Yih ke Ibu Pejabat PNS sebagai Ketua Bahagian Penyelidikan & Statistik dan sekaligus mengalu-alukan kedatangan Ketua Cawangan baharu PNS Cawangan Papar iaitu Pn Haritah Tanaisus yang sebelum ini pernah menjadi Ketua PNS Cawangan Tenom.
MAJLIS PERPISAHAN EN. GEORGE YIH DAN MENYAMBUT PN. HARITAH TANAISUS
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 2, 2016
SENARAI NAMA PELATIH INDUSTRI MAC-MEI
BIL NAMA PROGRAM PENGAJIAN TEMPOH LATIHAN
1. NURHIDAYAH ATHIFAH AHMAD BACHELOR OF INTERPERSONAL COMMUNICATION
(UITM SHAH ALAM)
7 MAC - 17 JUN 2016
KELAB SUKAN DAN REKREASI: SUKAN PERPADUAN 3 PENJURU
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BAGI KONTINJEN PNS
OBJEKTIFMengeratkan perpaduan dan persahabatan di antara kelab daripada tiga(3) jabatan iaitu:1. Jabatan Arkib Negeri Sabah (Tuan Rumah bagi Tahun 2016)2. Jabatan Cetak3. Perpustakaan Negeri Sabah
JOHAN
Pasukan Bola Tampar Lelaki (Jersi Merah)
Pasukan Bola Tampar Wanita (Jersi Kuning)
NAIB JOHAN
Badminton
TEMPAT KETIGA
Bowling & Takraw
TAHNIAH diucapkan kepada Kontinjen Perpustakaan Negeri Sabah diatas pencapaian yang membanggakan!
12
R
Buletin Perpustakaan Negeri Sabah ISU 2, 2016
KELAHIRAN CAHAYA MATA BAHARU
Perpustakaan Negeri Sabah tumpang gembira atas kelahiran si comel yang dirai-raikan. Semoga dengan kehadiran cahaya mata baharu akan menambah rezeki dan seri dalam rumah tangga. Tahniah!
Nama Ayah: Jonathan Leslie PanambaBahagian: Korporat & Penerbitan (Ibu Pejabat PNS)Nama anak: Sarah Lea Jonathan SingihTarikh & Tempat lahir: 29 Mac & Hospital Likas
SELAMAT PENGANTIN BARU
Tahniah diucapkan kepada kakitangan PNS yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, semoga kekal sehingga akhir hayat.
Burung jelatik burung gelandang, mencari sarang burung tempua. Sama cantik sama padan, Seperti pinang di belah dua
Valerie Anthia Joseph & FerdinandBahagian Galakan MembacaIbu Pejabat PNS9 April 2016
IBU PEJABAT PNS - Majlis Persaraan untuk Puan Melissa Lim telah diraikan oleh Kakitangan Bahagian Pembangunan Koleksi Buku dimana tempat terakhir beliau bertugas. Pihak PNS merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Puan Melissa Lim sepanjang perkhidmatan beliau di Perpustakaan Negeri Sabah.
PERSARAAN PUAN MELISSA LIM
Izahar Bin Ismail dan pasanganPengawal KeselamatanIbu Pejabat PNS
ntai - intai PNSi
Nama Ayah: Rofli Bin RoslanBahagian: PNS Cawangan Lahad DatuNama anak: Putri Nurfathia RaniaTarikh & Tempat lahir: 25 April & Hospital Tawau
Nama Ayah: Mohamed Izwal B. Mohamed IsaBahagian: PNS Cawangan UTCNama anak: Noah IzzranTarikh & Tempat lahir: 7 Mei & Hospital Likas