Download - Buku Program PIBG 2014
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
KATA-KATA ALUANYang Dipertua PIBG Sesi 2013/2014
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.
Segala pujian tertentu bagi Allah, tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak dan memperkasakan SKK SK Taman Rinting 2. Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan bangsa . Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SKK SK Taman Rinting 2 bagi melahirkan insal kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya. Semua pihak khususnya PIBG haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan murid-murid dan SKK SK Taman Rinting 2. Marilah kita sama-sama mendokong dan membuat perancangan rapi bagi memajukan PIBG SKK SK Taman Rinting 2 selari dengan perubahan arus perdana hari ini. Usaha-usaha dan penambahbaikan berterusan perlu dilakukan segera agar kita tidak akan ketinggalan. Kesepaduan dalam permuafakatan yang tinggi daripada warga PIBG SKK SK Taman Rinting 2amat diperlukan bagi menjayakan setiap program yang akan dilaksanakan nanti.Moga budaya kerja cemerlang sentiasa direalisasikan.
Akhir kata, saya amat berharap barisan peneraju PIBG yang baru dilantik sesi 2014/2015 bersikap proaktif dalam merangka dan melaksana program PIBG yang mampu menjana kecemerlangan sekolah.
Sekian, terima kasih.
(SABAAHUL AHMAD BIN ALIAS) Yang Dipertua PIBG SKK SK Taman Rinting 2 2013/2014
2
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
KATA-KATA ALUANGuru Besar SKK SK Taman Rinting 2
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Sejahtera, Salam Kecemerlangan dan Salam 1 Malaysia.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKK SK Taman Rinting 2 kali ke-18. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2014 yang telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini.
Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Dengan pengiktirafan SK Taman Rinting 2 sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7 pada tahun 2013, visi sekolah iaitu SKK SK Taman Rinting 2 akan menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015 diharap dapat dicapai serta dapat merealisasikan misi sekolah iaitu untuk melahirkan insan cemerlang dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah berlandaskan aspirasi negara. Justeru, PIBG perlu menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dan azam yang kental dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah . Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan kebersamaan yang padu , PIBG mampu melahirkan modal insan yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun pelajar di SKK SK Taman Rinting 2.
Sesungguhnya, PIBG telah memainkan peranan yang hebat dalam membantu pihak sekolah menjana personaliti cemerlang dan masa depan yang cerah untuk anak-anak kita. Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui sarana ibubapa dalam menyumbang idea, material, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita bersama sarana sekolah menjadi permulaan yang positif dan diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk warga SKK SK Taman Rinting 2. Misi dan visi sekolah dapat direalisasikan seandainya PIBG membulatkan tekad , memperteguh muafakat dan berusaha secara sepadu.
Akhirulkalam, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah S.W.T hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SKK SK Taman Rinting 2 terus mara dan proaktif dalam usaha mencipta kegemilangan SKK SK Taman Rinting 2.
Sekian, terima kasih.
(PN.HAJAH NORLILAWATI BINTI MOHAMED)Guru Besar SKK SK Taman Rinting 2
SKK SK TAMAN RINTING 2JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-18
3
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
AJK INDUK
Ex-Officio : Pn Hajah Norlilawati binti Mohamed (Guru Besar SKK SK Taman Rinting 2)Pengerusi : En Sabaahul Ahmad bin Alias (YDP PIBG SKK SK Taman Rinting 2)Timbalan Pengerusi : En Mohd Fadli bin Abdullah(NYDP PIBG SKK SK Taman Rinting 2)Penyelaras 1 : Pn Rohayah binti Ismail (GPK Pentadbiran)Penyelaras 2 : Pn Hajah Zaiton binti Hassan (GPK HEM)Penyelaras 3 : En Mohamed Fadzil bin Selamat (GPK Kokurikulum)Penyelaras 4 : En Mohd Nasir bin Yahya (GPK Pendidikan Khas)Setiausaha : En Mohamad Syahrul Izzani bin SaupiPen. Setiausaha : Pn Farhana binti Mohmad FauziBendahari : Pn Noorjahan binti AbdullahPen. Bendahari : Pn Haliza binti Abas
PENYELARAS 1 : ROHAYAH BINTI ISMAIL (GPK PENTADBIRAN)
SAMBUTAN TETAMUNorlilawati binti MohamedRohayah binti IsmailHajah Zaiton binti HassanMohd Fadhil bin SelamatMohd Nasir bin YahyaSabaahul Ahmad bin AliasMohd Fadli bin Abdullah
PENDAFTARAN AHLI PIBG DAN TETAMUNor Aza binti Busra (K)Subaschini a/p Subramaniam NairKhalijah binti YusofMaziah binti Md. IsmailZuhaila binti ZakariaSiti Nazliah binti ZainuddinSundaravadivu a/p Thankarasoo
PENGACARA MAJLISAbdullah bin Abd Jabar
BACAAN DOAAbd Rahman bin JaafarMuhammad Hanif bin Mohd Shar
PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNGZalina binti Mohsin (K)Farhana binti Mohmad FauziNorhamimi binti Dahalan
PENYELARAS 2 : MOHAMED FADZIL BIN SELAMAT (GPK KOKURIKULUM)
TEKS UCAPANAbdullah bin Abd Jabar (K)Shamsida binti Arshad
PA SISTEM, LCD DAN SKRINMohd Azwan bin Sardi (K)Mohd Rozaimie bin Abd Rasit
PERSIAPAN DEWAN DAN PENTASAbd Rahman bin Jaafar (K)Mohamad Syahrul Izzani bin SaupiMohd Faizal bin RasidMuhammad Hanif bin Mohd SharMohd Rozaimie bin Abd RasitMohd Azwan bin SardiSivakumarayah a/l Sivalingam
HIASAN PENTASSyed Ibrahim bin Syed Mustaffa (K)Norlilawati binti Yaakob Mastura binti Jamadi Nur Amalina binti Mohamed RazaliSiti Nabihah binti Wan Abu BakarRosmarida binti Manaf
PENYELARAS 3 : ZAITON BT HASSAN (GPK HEM)
JAMUANThuaibatul Aqmar Binti Md Sadakah (K)Marhaini binti SeninIntan Shahrizad binti Husin
SIJIL PENGHARGAAN AJK, HADIAH DAN CENDERA MATA PERASMIHaliza binti Abas (K)Mahanum binti Mohamed
4
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
Norgiha binti TorauNoraini binti Mohamed YasinZainoremi binti Che ZakariaHalimatul Husna binti SemanAbdullah binAbdul RahmanNorzehan binti Ismail
Sommedah binti SelamatSarala a/p Narayanan KuttyNorsinah binti Kamarudin
KIRAAN UNDIMohd Rozaimie bin Rasit (K)Mohd Azwan bin Sardi
PENYELARAS 4 : MOHD NASIR BIN YAHYA (GPK PENDIDIKAN KHAS)
BUKU PROGRAMMohamad Syahrul Izzani bin Saupi (K)Muhammad Hanif bin Mohd SharNoorjahan binti AbdullahNani Suhaiza binti Saidi AhmadNor Dalilah binti Mohammad Idris
CABUTAN BERTUAHMazriana binti Mohd Nawi (K)Fazilah binti Hashim Salmi binti MusaFairuz Fariza binti HanafiRedza Bin Abd MalekHassanudin Bin Sudhamin
BANNERMohd Faizal bin Rasid
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-18
5
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)KALI KE-17
Tarikh : 2 Mac 2013 (SABTU)
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-18
6
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
Masa : 11.40 pagiTempat : Dewan Sri Bayu, SK Taman Rinting 2Kehadiran : 175 orang
Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan oleh Yang Dipertua PIBG 2013/2014.
2. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke-16 yang bertarikh 19 Februari 2012.
3. Membentang dan mengesahkan Laporan Kegiatan Tahunan PIBG bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2012.
4. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan PIBG bermula pada 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2012.
5. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 dan perlantikan pengerusi sementara.
6. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2013/2014
7. Membentang dan membahaskan usul.
8. Ucapan penangguhan
AGENDA 1: UCAPAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG 2012/20131.1 YDP PIBG 2012/2013, En. Mizlan bin Jukki mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG 2012 atas sumbangan yang telah diberikan.1.2 Beliau menyarankan ahli mesyuarat untuk memilih Yang Dipertua
baru yang komited dalam mesyuarat kali ini.1.3 Beliau juga berharap semua ahli bersikap terbuka, boleh mengkritik
dan dikritik.Makluman
AGENDA 2: MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-16 (KERTAS MESYUARAT BIL 1/2013)2.1 En. Mohd. Syahrul Izzani bin Saupi selaku setiausaha PIBG
membentangkan minit mesyuarat yang lepas. 2.2 Tn. Hj. Abdullah bin Abd. Rahman mencadangkan mengesahkan
minit mesyuarat tersebut dan telah disokong oleh En. Mohd. Fadli bin Abdullah.
Makluman AGENDA 3: MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN (KERTAS MESYUARAT BIL 2/2013)3.1 En. Mohd. Syahrul Izzani bin Saupi selaku Setiausaha PIBG
membentangkan laporan tahunanmerangkumi laporan aktiviti.3.2 En. Sabaahul Ahmad bin Alias mencadangkan mengesahkan laporan
tahunan tersebut dan telah disokong oleh En. Hasanudin bin Sudharmin.Makluman
AGENDA 4: MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 20124.1 Pn. Noorjahan binti Abdullah selaku bendahari PIBG membentangkan
penyata kewangan.4.2 Beliau memohon maaf kerana butiran penyata kewangan yang kecil
kerana masalah teknikal dan juga turutan nombor yang melompat7
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
4.3 Beliau menyatakan baki kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2012 berjumlah RM 15 250.32. Bagaimanapun, baki bayaran terkini di bank berjumlah RM 11 298.32 selepas ditolak tuntutan pada tahun ini.Beliau juga memaklumkan ada beberapa tuntutan yang belum lagi dijelaskan.
4.4 Tn. Hj Abdullah bin Abd. Rahman mencadangkan mengesahkan penyata kewangan tersebut dan telah disokong oleh En.Mohd. Fadli bin Abdullah.
Makluman AGENDA 5: PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2012 DAN
PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA.5.1 En. Mizlan bin Jukki menyatakan penghargaan kepada pihak sekolah,
terutama kepada guru besar, setiausaha dan bendahari selama dua tahun tiga bulan berkhidmat sebagai Yang Dipertua PIBG.
5.2 Beliau juga menjelaskan peranannya sebagai YDP PIBG dalam menangani aduan-aduan ibu bapa terhadap guru.
5.5 Selain itu, beliau menyatakan penghargaan kepada En. Mohd. Fadli bin Abdullah atas sumbangan-sumbangannya kepada pihak sekolah.
5.6 Beliau menyatakan pihak sekolah telahpun mendapat PCG daripada pihak kementerian dan peruntukan ini cukup untuk melaksanakan program-program sekolah. Peranan PIBG hanyalah membantu pihak sekolah dan menjadi tanggungjawab PIBG untuk mencari dana.
5.7 Penasihat PIBG iaitu Pn. Hjh Norlilawati binti Mohamedmencadangkan Tn. Hj. Abdullah bin Abd. Jabar sebagai pengerusi sementara dan disokong sebulat suara.
Makluman
AGENDA 6: PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG 2012Jawatan yang dicadangkan:6.1 YANG DIPERTUA PIBG.
a) Calon : En Sabaahul Ahmad bin Alias Pencadang: En Mohd Fadli bin Abdullah. Penyokong: Pn. Siti Hayya binti Daud.b) Cadangan ditutup: Pencadang: Tn. Hj. Abd Rahman Penyokong: En. Sivakumarayah Keputusan: Sebulat suara melantik En Sabaahul Ahmad bin Alias sebagai Yang Dipertua PIBG sesi 2013/2014.
Makluman6.2. NAIB YANG DIPERTUA PIBG.
a) Calon : En Mohd Fadli bin Abdullah Pencadang: Pn Saimah binti MohamadPenyokong: En Redza bin Abd Malikb) Cadangan ditutup: Pencadang: Pn Norsinah binti Kamarudin Penyokong: Pn Zainon binti Ishak Keputusan: Sebulat suara melantik En Mohd Fadli b Abdullah sebagai Naib Yang Dipertua PIBG sesi 2013/2014.
Makluman 6.3. SETIAUSAHA KEHORMAT DAN NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT PIBG.
i. En. Mohamad Syahrul Izzani bin Saupi kekal sebagai SetiausahaKehormat (dipilih oleh pihak sekolah dalam mesyuarat)ii.Cik Farhana binti Mohmad Fauzi kekal sebagai Naib Setiausaha Kehormat (dipilih oleh pihak sekolah dalam mesyuarat)
Makluman
8
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
6.4. BENDAHARI KEHORMAT DAN NAIB BENDAHARI KEHORMAT PIBGi.Pn. Noorjahan binti Abdullah kekal sebagai Bendahari Kehormat (dipilih oleh pihak sekolah dalam mesyuarat)
ii.Pn. Haliza binti Abas kekal sebagai Naib Bendahari Kehormat (dipilih oleh pihak sekolah dalam mesyuarat)
Makluman 6.5. AJK (IBU BAPA)
i. En.Redza bin Abd Malik- dicadangkan oleh En. Mohd. Fadli bin Abdullah dan disokong oleh
En. Sabaahul Ahmad bin Alias.ii.Tn. Hj Abdullah bin Abd. Rahman (sukarela)iii.Pn. Norzihan binti Ismail (sukarela)iv. Pn. Sundara (sukarela)v. En. Sabaahul Ahmad bin Alias mencadangkan perlantikan seorang AJK
dalam kalangan Pendidikan Khas adalah terdiri daripada Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Khas yang akan dimaklumkan kemudian. Cadangannya mendapat sokongan sebulat suara.
Makluman6.6. AJK (GURU)
i. Pn. Thuaibatul Aqma binti Md. Sadakahii. Cik Nani Suhaiza binti Saidi Ahmadiii.Dua orang lagi AJK dalam kalangan guru akan dimaklumkan kemudian.
Makluman6.7. PEMERIKSA KIRA-KIRA
i.En. Sivakumarayah menawarkan diri untuk jawatan ini.ii.En. Abd. Rahman bin Jaafar (dipilih oleh mesyuarat sekolah dalam mesyuarat)
Makluman6.8. PEMEGANG AMANAH
i. En. Hasanudin bin Sudharmin menawarkan diri untuk jawatan ini.ii.En. Mohd Fadzil bin Selamat (dipilih oleh pihak sekolah dalam mesyuarat)
MaklumanAGENDA 7: MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL7.1Usul dan cadangan yang diterima tanpa bahas.
7.1.1 Cadangan oleh : Puan Sundaraa
Usul : Mengadakan perjumpaan ibu bapa bagi murid-murid KSSR. Ia boleh dilaksanakan dan ibu bapa boleh berjumpa dengan guru-guru untuk mendapatkan penjelasan.
7.1.2 Cadangan oleh : Encik Zamri b MasimanUsul : Laluan berbumbung akan dijalankan jika
mendapat sumbangan.7.1.3 Cadangan oleh :Encik Ahmad Zaky b Md Khalid
Usul : Wakil dari pendidikan khas iaitupengerusi dari ibubapa pendidikan khasakan menjadi ahli jawatankuasa PIBG.
7.1.4 Cadangan oleh : Encik Saidilanam bin MusavirUsul :Pihak PIBG akan mencari kewangan untuk mendapatkan water dispenser yang sesuai.
7.2 Usul yang dibahaskan:9
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
Pembayaran sumbangan kepada PIBG RM60 sekeluarga.Yang Dipertua PIBG
memohon dan mengalu-alukan penglibatan ibu bapa dalam membantu pihak
sekolah. Beliau berharap ibu bapa dapat bersama-sama pihak sekolah dalam membangunkan aspek sahsiah dan akademik.
Keputusan: Sebulat suara menerima cadangan sumbangan RM60.00 sekeluarga.7.3Pn. Hjh Norlilawati binti Mohamed selaku Penasihat PIBG mengucapkan tahniah kerana ibu bapa sangat bekerjasama dalam mesyuarat agung kali ini. Beliau meminta ibu bapa memastikan memperolehi resit setiap selepas membuat pembayaran PIBG berjumlah RM60.00 bagi satu keluarga.
AGENDA 8: UCAPAN PENANGGUHANEn.Sabaahul Ahmad selaku YDP PIBG 2013/2014 memaklumkan tiada tuntutan lagi dari pihak kontraktor kerana bayaran membina parkir diluar sekolah telah diselesaikan berdasarkan invois. PIBG akan menyelesaikan baki untuk laluan susur gajah sahaja. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas usaha En.Mohd. Fadli bin Abdullah yang telah membantu pihak sekolah dalam pembangunan fizikal. Encik Sabaahul menggalakkan syarikat yang ingin menjadikan sekolah ini sebagai sekolah angkat.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.55 tengah hari.
Dicatat dan disalin oleh, Disemak oleh,
………………………………………… …..…………………………………….(FARHANA BINTI MOHMAD FAUZI) (SABAAHUL AHMAD B. ALIAS)Naib Setiausaha PIBG, YDP PIBG,SKK SK Taman Rinting 2 SKK SK Taman Rinting 2
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2
LAPORAN KEGIATAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
10
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
SESI 2013/2014
1. Jawatankuasa PIBG
Ex-Officio : Norlilawati binti MohamedYang Di Pertua : Sabaahul Ahmad bin AliasNaib Yang Dipertua : Mohd Fadli bin AbdullahSetiausaha : Mohamad Syahrul Izzani bin SaupiNaib Setiausaha : Farhana binti Mohmad FauziBendahari : Norjahan binti AbdullahNaib Bendahari : Haliza binti AbasAhli Jawatankuasa :
Wakil Ibu BapaAbdullah bin Abdul RahmanHassanudin bin Sudharmin Redza bin Abd MalekSivakumarayah a/l SivalingamShaharuddin bin Abu BakarSundaravadiru a/p Thankarasoo
Wakil GuruAbdullah bin Abd JabarThuaibatul Aqmar binti Mohd SadakahMazriana binti Mohd Nawi Nani Suhaiza binti Saidi Ahmad
Pemegang Amanah : Norzehan binti Ismail (Wakil Ibu Bapa)
Pemeriksa Kira-Kira: Abd Rahman bin Jaafar (Wakil Guru)Norsinah binti Kamarudin (Wakil Ibu Bapa)
2. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
2.1 Berikut adalah tarikh mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG yang telah diadakan:
11
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
Mesyuarat AJK Pertama : 17 Mac 2013Mesyuarat AJK Kedua : 25 April 2013Mesyuarat AJK Ketiga : 21 Ogos 2013Mesyuarat AJK Keempat : 21 Januari 2014Mesyuarat Penyelarasan : 26 Februari 2014
3. Kegiatan PIBG Sepanjang Tahun 2013/2014
3.1 Program Akademik /Kurikulum
Bil Aktiviti Tarikh TempatSumbanganPIBG
1. Program Bugar Minda 22-24 /2/2013 Savana Hills, Ulu Tiram
RM 5000
2. Program Titian Cemerlang 19 /6/2013Dewan Seri Bayu SKK SKTR2
RM 200
3. Program Pendidikan Khas 27 /6/2013 Zoo Johor RM 500
4. Jurutera Muda/Caltex 16 /7/2013 SKTR 2 RM 5000
5. Majlis Graduasi / cemerlang 9 /11/2013Dewan Seri Bayu SKK SKTR2
RM 3000
6. Pengiktirafan 5A/4A/3A 9/11/2013Dewan Seri Bayu SKK SKTR2
RM 2460
3.2 Program Kokurikulum
3.3 Program Kebajikan/Keagamaan
3.4 Program Pembangunan dan Keceriaan Sekolah
Bil Aktiviti Sumbangan PIBG
12
Bil
Aktiviti Tarikh Tempat SumbanganPIBG
1. Perkhemahan Unit Beruniform
13 – 15/9/2013 Jabatan Laut Johor
RM 1500
2. Kejohanan Sukan Sekolah 28/9/2013 Padang dan Trek IPTI
RM 1500
Bil Aktiviti Tarikh Tempat SumbanganPIBG
1 Sumbangan Anak Yatim 21/1/2013 Dewan Sri Bayu SKK SKTR2
RM 2340
2Lawatan Rumah Orang Tua “Kau Yang ku Sayang”
19/6/2013Rumah Warga Emas Nur Ehsan RM 200
3 Solat Hajat Perdana 29/8/2013 Surau SKTR 2 RM 600
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
1 Pembinaan Susur Gajah RM 21000
2 Penyelenggaraan Penyaman udara
RM 11820
3 Mengecat Dataran Biru RM 11204 Mengecat Kelas RM2005 Menaik taraf PA Sistem RM 1778
3.5 Program PermuafakatanBil Aktiviti Tarikh Tempat Program1 CALTEX 16/7/2013 SKK SKTR2 Jurutera Muda2 MMHE dan EXXON MOBIL 16/7/2013 SKK SKTR2 - Membina Susur Gajah
- Program Keselamatan Stop, Look and Go
3 PG Bowl Hari Sabtu setiap minggu
PG Bowl, Pasir Gudang
- Latihan Intensif Program Kluster Boling
4 Kumpulan Perubatan Penawar
Pada cuti sekolah
SKK SKTR2 - Pembangunan dan penyelenggaraan prasarana sekolah- Jamuan
5 Retech Print Shoppe Sdn Bhd
SKK SKTR2 - Banner- Kad Habis- Buku resit
4. Penghargaan
Jawatankuasa PIBG ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2013/20104 ibu bapa, syarikat swasta, pengurusan sekolah dan guru-guru atas sumbangan dan sokongan terhadap segala aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh persatuan untuk kepentingan dan kebajikan pelajar sekolah.
13
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
LAPORAN KEWANGAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG)
SESI 2013/2014
SKK SK TAMAN RINTING 2
14
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
15
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
16
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
SENARAI AJK PIBG SESI 2014/2015
JAWATAN NAMA CADANGAN/SOKONGANYang Dipertua
Cadangan:Sokongan:
Naib Yang Dipertua
Cadangan:Sokongan:
Setiausaha Penolong SetiausahaBendahari Penolong BendahariAJK Wakil Ibu Bapa/Penjaga
1. Cadangan:Sokongan:
2. Cadangan:Sokongan:
3. Cadangan:Sokongan:
4. Cadangan:Sokongan:
5. Cadangan:Sokongan:
AJK Wakil Guru
Pemeriksa kira-kira
Wakil ibu bapa Cadangan:Sokongan:
Wakil Guru Ju Cadangan:Sokongan:
Pemegang Amanah
Wakil ibu bapa Cadangan:Sokongan:
Wakil Guru Ju Cadangan:Sokongan:
17
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
CADANGAN / USUL MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2014/2015
1. USUL-USUL YANG DITERIMA
Bil Nama Pencadang Usul Tindakan
1 Azizun Nusdin bin AziziNurhanani binti Hamsan
Mengadakan hari usahawan/ berniaga oleh murid-murid secara berkumpulan. Sewa tapak dimasukkan ke dalam akaun PIBG.
Ajar murid sistem peraturan jalan raya lalu lintas menggunakan kereta kecil atau basikal.
Semua kelas dilengkapi penyaman udara.
Pihak PIBG sekolah telah merancang untuk menjalankan hari keusahawanan namun belum sempat melaksanakannya.
Pihak sekolah telah menjalinkan kerjasama dengan MMHE melalui program keselamatan jalan raya.
Pihak sekolah dengan kerjasama dari PIBG sedang berusaha ke arah melengkapkan kelas dengan penyaman udara.
2 Nor Aziah binti Bahaludin
Dikecualikan murid-murid perempuan daripada memasukkan baju T ke dalam seluar memandangkan ada di antara mereka yang malu terutama yang berbadan gempal. Tambahan pula murid-murid darjah 5 dan 6 ada yang sudah mula akil baligh dan menjaga aurat.
Murid-murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dikehendaki memasukkan baju manakala murid-murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) dikecualikan.
3 Nooriza binti Abu Bakar
Saya meminta agar penjaga makanan di kantin supaya
lebih mesra kepada anak murid tahun 1. Mereka masih lagi nak sesuaikan diri. Makanan kurangkan harga jika perlu. Kesian pada yang tak mampu walaupun ada program RMT.
Pihak sekolah telah mengambil perhatian dan tindakan.
4 Asraf Anis bin Rahumatullah
Diminta beberapa guru mengawasi murid-murid di pintu pagar keluar sekolah waktu tengahari mungkin selama 15-20 minit setiap hari persekolahan
Sudah diambil tindakan. Tambahan pula bilangan pengawal keselamatan sudah ditambah kepada 2 orang.
18
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
5 Radzali bin Talib “Kesihatan dan kebersihan”- Menganjurkan aktiviti gotong-royong ibu bapa bersama anak-anak, guru-guru.
Van penjaja perlu diberi perhatian kerana anak-anak mengejar membeli jajan, keadaan keselamatan anak-anak terdedah pada bahaya dan kesihatan.
Usul diterima dan tarikh gotong royang akan dibincang dan ditetapkan kemudian.
Tindakan sudah diambil oleh pihak sekolah.
6 Karunakaran a/l Kunjamboo
Kemudahan bilik tandas- paip air pendek dan tidak dipasangkan.
Kesesakan di pintu hadapan semasa menurunkan anak-anak.
Akan diambil tindakan oleh pihak sekolah.
Pihak sekolah sudah mengeluarkan surat makluman kepada ibu bapa pada awal tahun mengenai tempat menurunkan anak-anak mengikut pintu-pintu pagar tertentu bagi mengelakkan kesesakan.
2. USUL YANG DIBAHASKAN
Bil Nama Pencadang Usul Tindakan
1 Pihak PIBG Sumbagan PIBG bagi sesi
2014/2015 seperti berikut:
Dana PIBG – RM30 sekeluarga
Kecemerlangan – RM30 seorang
murid
Usul akan dibahaskan di
dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke18.
2 Pihak Sekolah Mencari penaja untuk
penyelenggaraan Taman Pra
Sekolah.
Usul akan dibahaskan di
dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke18.
3 Raja Nur Fa’aeza bte
Raja Ahmad Shah
Mengutip dana untuk membina
bumbung di dataran kejat (tapak
perhimpunan). Bersama
mengumpul dana untuk membina
Usul akan dibahaskan di
dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke18.
19
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
bumbung dan tapak lantai di
dataran kejat bertujuan untuk
keselesaan pelajar dan guru ketika
menjalankan pelbagai aktiviti
terutama ketika hari hujan. Ianya
juga dilengkapi dengan kipas angin
dan net bola keranjang.
4 Mohd Fairuz bin
Othman
Pemasangan CCTV di lokasi yang
stategik.
Usul akan dibahaskan di
dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke –18.
3. USUL – USUL YANG DITOLAK
Bil Nama Pencadang Usul Tindakan
1 Zanariah bt Said Ko-kurikulum diadakan pada hari
Sabtu agar tidak mengganggu
jadual sekolah agama.
Pihak sekolah telah
menetapkan hari Khamis
untuk aktiviti Ko-kurikulum.
2 Mohan a/l
Narayanan
Adakan kelab/ permainan
badminton sebab ramai pelajar ada
mengambil bahagian dalam
permainan badminton di luar
sekolah ( ada jurulatih).
Tiada kemudahan
gelanggang dan dewan
badminton di sekolah.
3 Nor Aza bt Busra Bina surau bersebelahan makmal
komputer.
Surau sudah sedia ada.
4 Samri bin Yajid Mohon kerja sama pihak sekolah
adakan aktiviti kokurikulum pada
hari rabu untuk memudahkan
pengurusan pengusaha bas
menghantar anak ke sekolah
agama selepas waktu kokurikulum
yang selaras dengan sekolah-
Pihak sekolah telah
menetapkan hari Khamis
untuk aktiviti Ko-kurikulum.
20
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
sekolah lain di daerah Pasir
Gudang.
5 Mohd Fadzil bin Hj
Abd Jabar
Mohon kelas tambahan dimulakan
di awal pagi jam 7.00-7.30 pagi
untuk tahun 6 dan 5 setiap hari
supaya waktu balik boleh
diseragamkan dan waktu pagi lebih
baik. Ditambah sebelum mula
setiap 5 minit dimulakan bacaan
ulmu kitab dan selawat ke atas
junjungan Nabi Muhammad S.A.W
agar mendapat keberkatan dan
kecemerlangan.
Pihak sekolah sudah
mempunyai program pada
waktu pagi di tapak
perhimpunan sekolah.
* MAKLUMAN
Murid-murid bukan warganegara Malaysis dikehendaki membayar bayaran persekolahan sebanyak RM24.50 dan telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 pada 2 Mac 2013.
PENGHARGAAN
Pihak PIBG SKK SK Taman Rinting 2
21
Mesyuarat Agung PIBG SKK SKTR 2 kali ke-18 2014
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin NordinMenteri Besar Johor
Pasir Gudang Bowl, Pasir Gudang, Johor,
Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE), Pasir Gudang, Johor
Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd,
Retech Print Shoppe Sdn Bhd,
EXXON Mobil Malaysia
Edaran Ilmu Didik Sdn Bhd,
Selancar Teguh Enterprise,
Syarikat Perkhidmatan Keselamatan Pahlawan Sdn Bhd,
Guru Besar SKK SK Taman Rinting 2,
Guru-guru Penolong Kanan SKK SK Taman Rinting 2,
Ibu bapa/ penjaga murid,
Semua guru dan staf sokongan SKK SK Taman Rinting 2,
Semua pihak yang memberi sumbangan tenaga,
material dan moral,
demi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 ini.
Terima kasih sekalung budi, jasa tuan/puan amat kami hargai
22