LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BUKU PANDUANPENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
REKA CIPTA 3763/2
1 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
PENGENALAN
Dalam pengurusan dan pengendalian peperiksaan, aspek kebolehurusan, kebolehpercayaan
dan kesahan diberi keutamaan bagi menjamin kualiti yang diharapkan. Setiap personel yang
terlibat perlu memahami konsep, prinsip dan prosedur agar tindakan dapat dilaksanakan
dengan betul, selaras dan sistematik. Buku ini dihasilkan bagi memberi panduan kepada
petugas peperiksaan tentang pengendalian kerja projek dalam konteks pentaksiran
berasaskan sekolah.
Setiap calon Sijil Pendidikan Malaysia yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta di
kehendaki menjalani pentaksiran kerja projek yang meliputi artifak dan folio. Kaedah
pentaksiran ini dilaksanakan secara internal oleh pentaksir yang terdiri dari guru mata
pelajaran Reka Cipta yang dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Buku ini disusun untuk digunakan sebagai rujukan dalam pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah bagi mata pelajaran Reka Cipta.
2 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
PENGHARGAAN
Buku panduan ini dihasilkan adalah bertujuan membantu pihak yang terlibat dalam proses
pentaksiran mata pelajaran Reka Cipta kertas 3763/2. Buku ini dapat menjadi rujukan untuk
sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang lebih sistematik dan efisyen.
Sehubungan itu setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama dalam menyumbangkan idea
dan tenaga sehingga terhasilnya sebuah buku Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi mata
pelajaran Reka Cipta kertas 3763/2 kepada :
Pegawai Lembaga Peperiksaan
Pegawai Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
Guru mata pelajaran Reka Cipta 3763.
Mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
3 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat
PENGENALAN PENGHARGAAN
BAB A : PENYATAAN DASAR 1. Pentauliahan Pusat Peperiksaan / Sekolah
2. Penghasilan Artifak dan Folio
3. Pemantauan
4. Pentaksiran
5. Penyelarasan
6. Pensijilan
7. Penyimpanan
8. Pelupusan
BAB B: PENTADBIRAN AM1. Definisi
1.1 Pentauliahan
1.2 Penyelarasan
1.3 Penataran
1.4 Pemantauan
1.5 Ketua Pentaksir Kebangsaan
1.6 Ketua Pentaksir Negeri
1.7 Ketua Pentaksir Kawasan / Pentaksir Kawasan
1.8 Ketua Pentaksir Sekolah / Pentaksir Sekolah
1.9 Pemantau
2. Pentauliahan
3. Pentadbiran Skor Calon
4. Penyimpanan Dokumen Penskoran dan Eviden
5. Pelupusan, Peminjaman Artifak dan Folio
6. Pensijilan
7. Carta Petugas Pentaksiran
8. Prosedur Pelaksanaan Pentaksiran
4 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
BAB C: PENYELARASAN1. Konsep Penyelarasan
2. Rasional
3. Objektif Penyelarasan
4. Personel Yang Terlibat
5. Prosedur Penyelarasan
BAB D: PEMANTAUAN1. Konsep Pemantauan
2. Rasional
3. Objektif Pemantauan
4. Personel Yang Terlibat Dalam Pemantauan
4.1 Pemantau Dalaman.
4.2 Pemantau Luar.
5. Tugas-Tugas Pemantau
5.1 Pemantau Dalaman.
5.2 Pemantau Luar.
6. Prosedur Pemantauan .
6.1 Sebelum Pemantauan.
6.2 Semasa Pemantauan.
6.3 Selepas Pemantauan.
7. Tempoh / Tarikh Pemantauan
BAB E: PENILAIAN1. Pentaksiran
1.1 Pendekatan
1.2 Penekanan
1.3 Penskoran
1.4 Wajaran
2. Proses Pentaksiran
3. Pengiraan Skor
4. Pengesanan Pelaksanaan Reka Cipta
5 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
BAB F: PENATARAN
BAB G: PENTADBIRAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
LAMPIRANLampiran 1 - Contoh Sijil Kerja Projek Reka Cipta
Lampiran 2 - Contoh Surat Pinjaman Artifak dan Folio
Lampiran 3 - Contoh Surat Pelupusan
Lampiran 4 - Borang Markah Calon ( BMC)
Lampiran 5 - Borang RPP 1
Lampiran 6 - PKC ( A) PKC (F)
Lampiran 7 - Senarai Semak Pemantauan
Lampiran 8 - Borang Pemantauan
Lampiran 9 - Contoh Cop “Reka Cipta”
6 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
BAB APENYATAAN DASAR
PENYATAAN DASAR
1. Sekolah yang menawarkan mata pelajaran Reka Cipta perlu mendapat kelulusan dan pentauliahan sebagai pusat peperiksaan daripada Jabatan Pendidikan Negeri.
7 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
2. Pentauliahan akan berkuatkuasa selagi pihak sekolah mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
3. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan yang membolehkan calon menyiapkan artifak dan folio (eviden).
4. Segala kos untuk menghasilkan artifak dan folio ditanggung oleh calon sepenuhnya.
5. Artifak dan folio boleh dibuat di luar waktu pengajaran dan pembelajaran tetapi dalam kawasan sekolah.
6. Guru berperanan sebagai penasihat / fasilitator / pembimbing.
7. Artifak dan folio dihasilkan sendiri oleh calon.
8. Calon memulakan kerja penghasilan artifak dan folio pada 1 Julai di tingkatan empat dan berakhir pada 1 Julai di tingkatan lima.
9. Artifak dan folio calon adalah bahan SULIT peperiksaan dan menjadi hak Lembaga Peperiksaan .
10. Perlantikan Pemantau Luar dibuat oleh Lembaga Peperiksaan atau Jabatan Pendidikan Negeri.
11. Pentaksir Kebangsaan dan Pentaksir Negeri dilantik secara bertulis oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan tahun peperiksaan.
12. Pentaksir Kawasan dilantik secara bertulis oleh Jabatan Pendidikan Negeri berdasarkan tahun peperiksaan.
13. Ketua Pentaksir Sekolah / Pentaksir Sekolah dilantik secara bertulis oleh pengetua sekolah berdasarkan tahun peperiksaan.
14. Pentaksir wajib mengajar mata pelajaran Reka Cipta.
15. Tugas pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja penghasilan artifak dan folio.
16. Pentaksir Sekolah bertanggungjawab bersama Penyelaras dalam urusan penyelarasan skor.
17. Skor Pentaksir Sekolah dengan sendirinya terbatal dan skor yang muktamad adalah skor yang telah diselaraskan oleh Penyelaras.
18. Pengetua bertanggungjawab memastikan skor pentaksiran calon yang telah disahkan oleh Penyelaras dihantar secara ”online” ke Lembaga Peperiksaan Malaysia
8 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
19. Skor terbatal jika artifak dan folio terbukti bukan hasil kerja calon.
20. Penyelaras Kebangsaan dan Penyelaras Negeri dilantik secara bertulis oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan tahun peperiksaan.
21. Penyelaras Kawasan dilantik secara bertulis oleh Jabatan Pendidikan Negeri berdasarkan tahun peperiksaan.
22. Sampel artifak dan folio berbagai aras pencapaian perlu diselaraskan.
23. Tempoh membuat penyelarasan skor akan ditentukan oleh pihak Lembaga Peperiksaan
24. Skor yang diselaras adalah skor muktamad, dan sebarang skor yang diberi sebelumnya terbatal.
25. Penyelaras Kebangsaan akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan di peringkat pusat yang diadakan berdasarkan tahun peperiksaan.
26. Setiap Penyelaras Kawasan dipertanggungjawabkan untuk menyelaras tidak lebih daripada 5 buah sekolah
27. Jadual tugas penyelarasan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan /Jabatan Pendidikan Negeri
28. Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri bersama-sama Penyelaras Negeri mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat negeri selepas penyelarasan peringkat pusat dilaksanakan.
29. Penyelaras Negeri / Kawasan boleh mengarahkan pentaksir sekolah mentaksir semula aspek yang berkaitan dalam pentaksiran jika terdapat keraguan dalam pemberian skor.
30. Sijil kerja kursus perlu disediakan oleh pihak sekolah mengikut format yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
31. Pengetua bertanggungjawab memastikan artifak, folio dan semua dokumen pentaksiran disimpan di tempat yang selamat di sekolah mengikut prosedur peperiksaan.
32. Eviden calon yang telah ditaksir mesti disimpan oleh pihak sekolah tempat calon menduduki peperiksaan sekurang-kurangnya enam bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
33. Pelupusan dan peminjaman artifak dan folio calon yang telah ditaksir boleh dilakukan dengan membuat permohonan secara rasmi kepada Lembaga Peperiksaan.
9 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
34. Penyataan dasar di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh Lembaga Peperiksaan.
10 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
BAB BPENTADBIRAN
AM
1.0 DEFINISI
1.1 PENTAULIAHAN
11 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
Pentauliahan merupakan satu pemberian kuasa kepada sekolah untuk menawar dan
melaksanakan mata pelajaran Reka Cipta di peringkat Sijil Pendidikan Malaysia.
1.2 PENATARANPenataran merupakan satu usaha untuk memastikan wujudnya kesefahaman semua
pihak dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Usaha ini membolehkan
skor yang diperolehi mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
1.3 PEMANTAUANSatu proses untuk melihat dan memastikan sesuatu program dilaksanakan mengikut
prosedur dan jadual yang telah ditetapkan.
1.4 PENYELARASAN
Satu proses yang dijalankan untuk memastikan kefahaman terselaras terhadap skema
penskoran, penggunaan yang betul bagi skema penskoran dan skor yang betul bagi
setiap calon.
1.5 KETUA PENTAKSIR KEBANGSAANPersonel yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan dan mempunyai kemahiran dalam
pentadbiran dan pentaksiran bagi mengurus mesyuarat penyelarasan peringkat
kebangsaan dan menyediakan laporan untuk Lembaga Peperiksaan.
1.6 KETUA PENTAKSIR NEGERIPersonel yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan dan mempunyai kemahiran dalam
pentaksiran bagi menyelaraskan skor calon di sekolah. Personel juga
bertanggungjawab mengesan kelemahan dan penyelewengan yang menimbulkan
keraguan dalam pemberian skor calon.
1.7 KETUA PENTAKSIR KAWASANPersonel yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan mempunyai kemahiran
dalam pentaksiran bagi menyelaraskan skor calon di sekolah. Personel juga 12 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
bertanggungjawab mengesan kelemahan dan penyelewengan yang menimbulkan
keraguan dalam pemberian skor calon.
1.8 KETUA PENTAKSIR SEKOLAH / PENTAKSIR SEKOLAHPersonel yang dilantik oleh Pengetua dan mengajar mata pelajaran berkenaan pada
tahun peperiksaan serta mahir dalam tugas pentaksiran. Personel berkenaan
bertanggungjawab menilai dan memberi skor kepada hasil kerja calon, merekod skor,
menyimpan eviden, dokumen berkaitan serta menghantar skor calon.
1.9 PEMANTAUPersonel yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan / Jabatan Pendidikan Negeri dan
berkemahiran dalam pentadbiran peperiksaan dan pentaksiran bagi memastikan
sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dijalankan mengikut prosedur.
2.0 PENTAULIAHAN2.1 Sekolah yang menawarkan mata pelajaran Reka Cipta perlu mendapat
kelulusan dan pentauliahan sebagai pusat peperiksaan daripada Jabatan
Pendidikan Negeri, 2 tahun sebelum mendaftar calon.
2.2 Kriteria yang perlu diambil kira untuk pentauliahan ini adalah seperti berikut;
2.2.1 Bilangan calon 16 - 24 orang untuk setiap kelas
2.2.2 Mempunyai kemudahan makmal / bilik khas Reka Cipta, iaitu;
2.2.2.1 Bilik untuk pembinaan projek oleh calon
2.2.2.2 Kemudahan untuk CAD
2.2.3 Mempunyai tenaga pengajar yang berkebolehan dan berkemahiran
3.0 PENTADBIRAN SKOR CALON3.1 Pentaksir Sekolah akan mentaksir, memberi dan merekod skor hasil kerja
calon.
3.2 Pelajar berpindah;
3.2.1 Pindah Pusat / Pindah Sekolah (belum mendaftar SPM)
Pengetua bertanggungjawab memastikan dokumen penskoran dan
eviden diterima oleh sekolah baru.
3.3 Penyelaras Negeri / Kawasan akan membuat penyelarasan pada skor yang
diberi oleh Pentaksir Sekolah. Jika ada perbezaan, skor asal terbatal.
13 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
3.4 Pengetua bertanggungjawab menghantar;
3.4.1 Skor calon yang telah diselaraskan kepada Lembaga Peperiksaan
secara “online”.
3.4.2 Satu salinan bercetak skor yang telah di hantar secara “online” dan telah
disahkan, kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan
Negeri.
4.0 PENYIMPANAN DOKUMEN PENSKORAN DAN EVIDENDokumen penskoran dan eviden disimpan di tempat yang selamat di pusat calon
mengambil peperiksaan sekurang-kurangnya enam bulan selepas keputusan
peperiksaan diumumkan.
5.0 PELUPUSAN, PEMINJAMAN ARTIFAK DAN FOLIO5.1 Calon boleh meminjam artifak dan folio yang dihasilkan dengan memohon
kebenaran secara rasmi melalui Pengetua.( Rujuk Lampiran 2)
5.2 Pengetua perlu memohon kebenaran bertulis daripada Lembaga Peperiksaan
bagi tujuan pelupusan selepas enam bulan keputusan peperiksaan
diumumkan.
( Rujuk Lampiran 3)
6.0 PENSIJILAN6.1 Sijil akan dikeluarkan oleh pihak sekolah dan ditandatangani oleh Pengetua
mengikut format yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (Rujuk lampiran 1)
6.2 Sijil yang dikeluarkan adalah berdasarkan gred yang diberi oleh Ketua Pentaksir
Sekolah / Pentaksir Sekolah
7.0 CARTA ALIR PENGURUSAN PBS
14 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2LEMBAGA PEPERIKSAAN
8.0 PROSEDUR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA PROJEK
BERASASKAN SEKOLAH
15 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN
JABATAN PENDIDIKANNEGERI
KETUA PENTAKSIR NEGERI
KETUA PENTAKSIR KAWASAN
KETUA PENTAKSIR SEKOLAH
PENTAKSIR SEKOLAH
Mula
1
2
3
4
5
6
16 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
Pentaksir Sekolah memberi skor terhadap hasil kerja calon
Pentaksir Sekolah menyimpan skor dan evidens untuk tujuan penyelarasan
Ketua Pentaksir Kebangsaan,Ketua Pentaksir Negeri dan Ketua Pentaksir Kawasan / Pentaksir Kawasan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Kebangsaan
Penyelaras Negeri dan Kawasan menyelaras skor calon di sekolah
Pentaksir sekolah dgn kerjasama Setia Usaha Peperiksaan Sekolah menghantar skor yang diselaras secara ‘on line’ ke Lembaga Peperiksaan Malaysia dan menghantar satu salinan hard copy ke Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri
Skor disimpan di Server Lembaga Peperiksaan Malaysia
Skor kekal seperti asal dan Pentaksir Sekolah hantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia secara on line dengan kerjasama Setia Usaha Peperiksaan Sekolah dan menghantar satu salinan hard copy ke Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri
Tiada perubahan
Ada perubahan
Tamat
Penyelarasan
5
BAB CPENYELARASAN
1.0 KONSEP PENYELARASANSatu proses yang dijalankan untuk memastikan kefahaman terselaras terhadap skema
penskoran, penggunaan yang betul bagi skema penskoran dan skor yang betul bagi
setiap calon.
17 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
2.0 RASIONALPentaksiran dirancang, ditadbir, diskor, dirumus dan dilaporkan di sekolah oleh guru
yang mengajar memungkinkan berlakunya ketidakadilan dalam pemberian skor akibat
daripada ketidaksefahaman terhadap skema penskoran. Perkara ini boleh diatasi atau
dielakkan melalui penyelarasan.
3.0 OBJEKTIF PENYELARASANMemastikan berlakunya keselarasan dan keadilan dalam pemberian skor calon.
4.0 PERSONEL YANG TERLIBAT DALAM PENYELARASAN 4.1 Ketua Pentaksir Kebangsaan
4.2 Ketua Pentaksir Negeri
4.3 Ketua Pentaksir Kawasan / PKw
4.4 Ketua Pentaksir Sekolah
TUGAS PENYELARAS / PENTAKSIR
PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGAS
18 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGASKetua Pentaksir Kebangsaan.
Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
i. Guru Terlatih.
ii. Telah disahkan dalam jawatan.
iii. Mengajar mata pelajaran Reka Cipta
iv. Berpengalaman sebagai pentaksir /penyelaras.
v. Berkemahiran dalam pentaksiran.
i. Menghadiri mesyuarat bersama Pegawai Mata Pelajaran, Lembaga Peperiksaan Malaysia.
ii. Mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Pentaksir Negeri.
iii. Bertanggungjawab dalam urusan penataran / pentaksiran / penyelarasan di peringkat
kebangsaan.
iv. Menentukan agenda mesyuarat.
v. Mendapatkan laporan penyelarasan daripada Ketua Pentaksir Negeri.
vi. Menghantar laporan penyelarasan kepada Lembaga Peperiksaan.
Ketua PentaksirNegeri.
Dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
i. Guru terlatih.
ii. Telah disahkan dalam jawatan.
iii. Mengajar mata pelajaran Reka Cipta.
iv. Berpengalaman sebagai penyelaras/
i. Menghadiri Mesyuarat Penataran dan Penyelarasan Peringkat Kebangsaan.
ii. Bertanggungjawab dalam urusan penyelarasan di peringkat negeri.
iii. Bekerjasama dengan Unit Penilaian dan Peperiksaan Jabatan
19 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGASpentaksir.
v. Berkemahiran dalam melaksanakan tugas-tugas penyelarasan / pentaksiran.
Pendidikan Negeri dalam menentukan perlaksanaan Prosedur Penyelarasan /Pentaksiran dilakukan mengikut ketetapan LP
iv. Mentaksir sampel eviden dan menyelaras skor calon sekolah yang diselaras
v. Memastikan kerja penyelarasan skor calon dibuat berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh LPM
vi. Mengarahkan Pentaksir Sekolah mentaksir semula aspek yang berkaitan sebelum penyelarasan akhir dijalankan.
vii. Menghantar skor calon yang terselaras ke LPM
viii. Menghantar laporan kepada Ketua Pentaksir Kebangsaan.
Ketua Pentaksir Kawasan.
Dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
i. Guru terlatih.
ii. Telah disahkan dalam jawatan.
iii. Mengajar mata pelajaran Reka Cipta.
iv. Berpengalaman sebagai pentaksir / penyelaras.
i. Menghadiri Mesyuarat Penataran dan Penyelarasan Peringkat Negeri / Kebangsaan
ii. Bertanggungjawab dalam urusan tugas penyelarasan di kawasan / sekolah yang ditetapkan.
iii. Bekerjasama dengan
20 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGASv. Berkemahiran
dalam pentaksiran / penyelarasan.
Penyelaras/ Pentaksir Negeri dalam perlaksanaan aktiviti Penyelarasan/Pentaksiran.
iv. Mentaksir sampel eviden dan menyelaras skor calon sekolah yang diselaras.
v. Memastikan kerja penyelarasan skor calon dibuat berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh LP.
vi. Mengarahkan Pentaksir Sekolah mentaksir semula aspek yang berkaitan sebelum penyelarasan akhir dijalankan.
vii. Melengkapkan borang BPMC semasa menjalankan tugas pentaksiran / penyelarasan sampel eviden
viii. Menghantar laporan kepada Ketua Pentaksir Negeri.
Ketua Pentaksir Sekolah.
Dilantik oleh Pengetua Sekolah.
i. Guru terlatih.
ii. Telah disahkan dalam jawatan.
iii. Mengajar mata pelajaran Reka Cipta.
iv. Berpengalaman sebagai
i. Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Negeri/Kawasan.
ii. Mentaksir kerja calon.
iii. Menyelaras skor calon peringkat sekolah.
iv. Mentaksir semula kerja
21 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGASpentaksir.
v. Berkemahiran dalam pentaksiran.
calon jika ada perubahan selepas diselaraskan oleh Penyelaras/Pentaksir Negeri/Kawasan.
v. Mengendalikan mesyuarat di peringkat sekolah.
vi. Memastikan borang atau dokumen pentaksiran disediakan dengan lengkap. ( PKC (A) , PKC (F), RPP1, BMC )
vii. Memastikan eviden serta dokumen penskoran calon pindah di hantar ke sekolah baru bagi yang berkenaan
viii. Menyediakan sijil kerja projek Reka Cipta bagi setiap calon.
ix. Menyimpan dokumen penskoran dan eviden di tempat selamat.
x. Bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan Sekolah dalam urusan penghantaran skor secara ‘online’ dalam masa yang ditetapkan dan menghantar sesalinan bercetak (hard copy) ke SPP JPN
Pentaksir Sekolah.
Dilantik oleh Pengetua Sekolah.
i. Guru terlatih.
ii. Mengajar mata
i. Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Peringkat Sekolah /
22 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
PERSONEL SYARAT KRITERIA TUGASpelajaran Reka Cipta.
iii. Berkemahiran dalam pentaksiran.
Kawasan / Negeri
ii. Mengesah dan mentaksir kerja calon secara telus berdasarkan Manual Pentaksiran Kerja Kursus yang ditetapkan oleh LP
iii. Memastikan borang atau dokumen pentaksiran disediakan dengan lengkap. ( PKC (A) , PKC (F), RPP1, BMC )
iv. Bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan Sekolah dalam urusan penghantaran skor secara ‘online’ dalam masa yang ditetapkan dan menghantar sesalinan bercetak (hard copy) ke SPP JPN.
v. Menyediakan sijil kerja projek Reka Cipta bagi setiap calon.
vi. Menyimpan dokumen penskoran dan eviden di tempat selamat
23 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
5.0 PROSEDUR PENYELARASAN5.1 Tempoh penyelarasan berpandukan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan / Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri.
5.2 Memaklumkan kepada Pengetua untuk menjalankan tugas Penyelarasan.
5.3 Mendapatkan tandatangan pengetua pada Borang Pergerakan Penyelaras.
5.3 Menyemak borang RPP1 dan memastikan bilangan eviden sama seperti yang
tercatat dalam borang berkenaan.
5.4 Mentaksir sampel eviden yang telah ditaksir oleh pentaksir sekolah
berdasarkan ketetapan berikut;
a. Dua skor tertinggi.
b. Empat skor sederhana.
c. Dua skor terendah.
5.5 Melengkapkan Borang Penyelarasan Markah Calon (BPMC) dengan merujuk
kepada Borang Markah Calon (BMC) untuk menentukan samada berlakunya
penyelarasan atau tidak terhadap skor keseluruhan calon di pusat peperiksaan
berkenaan.
5.6 Pusat Peperiksaan yang skor markah calonnya diterima tanpa pelarasan.
Borang Markah Calon (BMC) hendahklah disahkan oleh penyelaras dan
dihantar ke LP serta satu salinan diserahkan kepada pihak sekolah.
5.7. Jika terdapat penyelarasan skor markah bagi sesuatu pusat peperiksaan,
borang BMT perlulah dilengkapkan dan salinannya hendaklah dihantar ke LP.
5.8 Pengetua sekolah bertanggungjawab memastikan penghantaran skor secara
”online” kepada Lembaga Peperiksaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
5.9 Sebarang penyelewengan yang dikesan hendaklah dilaporkan dengan segera
kepada Lembaga Peperiksaan. Satu salinan kepada Ketua Pentaksir
Kebangsaan.
5.10 Menyedia dan menghantar laporan penyelarasan bagi setiap pusat peperiksaan
kepada Penyelaras Negeri.
24 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
BAB DPEMANTAUAN
25 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
1.0 KONSEP PEMANTAUANSatu proses untuk melihat dan memastikan sesuatu program dilaksanakan mengikut
prosedur dan jadual yang telah ditetapkan.
2.0 RASIONALUntuk mengelakkan penyelewengan dalam sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah di
mana Pentaksir melakukan pentaksiran tidak mengikut prosedur dan jadual yang
ditetapkan.
3.0 OBJEKTIF PEMANTAUAN3.1 Memastikan kerja projek dilaksanakan oleh semua calon mengikut prosedur
dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
3.2 Memastikan pentaksiran dilakukan secara adil berdasarkan format pentaksiran.
3.3 Memastikan tiada unsur penyelewengan dalam proses Pentaksiran Berasaskan
Sekolah.
3.4 Memastikan pentaksir sekolah yang dilantik berkelayakan dan mahir dalam
proses pentaksiran.
4.0 PERSONEL YANG TERLIBAT DALAM PEMANTAUAN4.1 Pemantau Luar.
4.1.1 Pegawai Lembaga Peperiksaan.
4.1.2 Jemaah Nazir.
4.1.2 Pegawai Pendidikan Negeri.
4.1.3 Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah.
4.2 Pemantau Dalaman4.2.1 Pengetua.
4.2.2 Penolong Kanan Pentadbiran.
4.2.3 Guru Kanan Teknik dan Vokasional.
4.2.4 Guru Cemerlang Reka Cipta.
5.0 TUGAS-TUGAS PEMANTAU.
5.1. Pemantau Dalaman.5.1.1. Memastikan kerja projek dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
26 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
5.1.2. Memastikan segala aktiviti pentaksiran kerja kursus mematuhi prosedur
dan jadual perancangan pentaksiran yang ditetapkan.
5.1.3. Memastikan semua dokumen pentaksiran disediakan oleh pentaksir
sekolah dan mengesahkannya.
5.1.4. Memastikan eviden dan dokumen berkaitan di simpan di tempat yang
selamat sekurang-kurangnya enam bulan selepas keputusan SPM
diumumkan.
5.1.5. Mengambil tindakan susulan terhadap laporan yang dikemukakan oleh
pemantau luar dan penyelaras sekiranya ada.
5.2. Pemantau Luar.5.2.1. Pemantauan mesti dilakukan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
5.2.2. Memastikan sekolah telah diberikan kelulusan dan pentauliahan sebagai
pusat peperiksaan.
5.2.3. Memastikan pihak sekolah menyediakan kemudahan kepada calon untuk
menghasil dan menyiapkan kerja kursus.
5.2.4. Memastikan artifak dan folio dihasilkan seperti yang ditetapkan.
5.2.5. Memastikan segala aktiviti pentaksiran mematuhi prosedur dan jadual
perancangan pentaksiran yang ditetapkan.
6.0 PROSEDUR PEMANTAUAN OLEH PEMANTAU LUAR6.1 Sebelum Pemantauan.
6.1.1 Menerima surat perlantikan daripada Lembaga Peperiksaan /Jabatan
Pendidikan Negeri.
6.1.2 Menghadiri taklimat pemantauan.
6.1.3 Menerima jadual pemantauan.
6.1.4 Menghubungi pihak sekolah.
6.1.5 Menyediakan dokumen pemantauan (Rujuk lampiran 13 dan 14).
6.2 Semasa Pemantauan6.2.1 Berjumpa Pengetua untuk memaklumkan tujuan kehadiran.
27 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
6.2.2 Berjumpa dengan Pentaksir Sekolah untuk mendapatkan maklumat
tentang penghasilan artifak dan folio di sekolah.
6.2.3 Melihat bilik khas / makmal / bengkel dan tempat simpanan hasil kerja
calon.
6.2.4 Melihat jadual kerja penghasilan artifak dan folio calon-calon di sekolah.
6.2.5 Melengkapkan dokumen pemantauan.
6.3 Selepas Pemantauan.6.3.1 Berbincang dengan Pengetua dan pentaksir sekolah tentang hasil
pemantauan yang dilakukan.
6.3.2 Menghantar laporan kepada Urus Setia Pemantauan Lembaga
Peperiksaan.
7.0 TARIKH / TEMPOH PEMANTAUANPemantauan mesti dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sepanjang tempoh satu tahun iaitu
semasa proses pembinaan di tingkatan empat dan lima. Tempoh masa pemantauan yang
dicadangkan adalah seperti berikut :
i. Tingkatan Empat (September – Oktober)
ii. Tingkatan Lima (Mac – April)
28 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
BAB EPENILAIAN
1.0 PENTAKSIRAN 1.1 Pendekatan
29 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
1.1.1 Pentaksiran Reka Cipta 3763/2 dilaksanakan di peringkat sekolah oleh
guru mata pelajaran berdasarkan kepada Dokumen Pentaksiran Kerja
Kursus yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
1.1.2 Pentaksiran Aspek 1.1 – 1.3 dilakukan bermula pada 1 Julai hingga
Oktober di tingkatan 4 dan Aspek 1.4 - 1.6 berakhir pada 31 Julai di
tingkatan 5.
1.1.3 Pentaksiran Reka cipta 3763/2 menggunakan pendekatan authentic iaitu calon dikehendaki menyediakan projek yang dibuat dalam suasana
kehidupan dan bukan dalam suasana peperiksaan untuk ditaksir.
1.2 Penekanan1.2.1 Calon diwajibkan mengemukakan artifak dan folio berdasarkan tema
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan bagi tujuan pentaksiran.
1.2.2 Artifak ialah produk yang dibina oleh calon dalam usahanya
merealisasikan reka ciptaannya yang merupakan penyelesaian kepada
masalah yang telah dikenalpasti. Artifak mestilah dibina sendiri oleh
calon di bawah pengawasan serta bimbingan guru. Bantuan dari mana-
mana pihak, selain pengawasan dan bimbingan guru dalam
menghasilkan artifak ini tidak dibenarkan. Pengemukaan artifak yang
dihasilkan daripada alat pasang siap (ready-made) / kit / tempahan tidak
diterima.
1.2.3 Folio merupakan dokumentasi yang berbentuk nota dan lakaran yang
menunjukkan dan mempamerkan kebolehan calon dalam menangani
proses reka cipta dan komunikasi.
1.2.4 Folio hendaklah disediakan dalam bentuk penggunaan kaedah grafik
yang sesuai termasuk lakaran berurutan.
1.2.5 Susunan folio (rujuk Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus).
1.2.6 Kulit folio mengikut format yang ditetapkan (rujuk Dokumen Pentaksiran
Kerja Kursus)
1.2.7 Penulisan folio wajib menggunakan kertas bersaiz A3 dalam bentuk
landskap, mesti ditulis tangan kecuali lukisan ortografik, isometrik, oblik
dan lukisan ceraian menggunakan CAD.
1.2.8 Folio hendaklah disahkan oleh Pentaksir Sekolah menggunakan cop
rasmi seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan .
30 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
1.2.9 Kegagalan mengemukakan artifak dan folio akan menjejaskan
penggredan.
1.2.10 Pengagihan skor berdasar kepada artifak dan folio, iaitu;
Folio - 150%
Artifak - 100%
1.2.11 Kecemerlangan skor untuk setiap aspek diperoleh daripada kriteria-
kriteria yang ditetapkan dalam aspek berkenaan dan dilakukan dengan
sempurna.
1.3 Penskoran1.3.1 Penskoran terhadap aspek-aspek yang telah ditetapkan dibuat dengan
menggunakan pendekatan Penilaian Berdasarkan Kriteria (PBK) .
1.3.2 Empat gred elemen digunakan dengan julat:
Gred Elemen Julat Prestasi
A
B
C
D
4
3
2
1
Cemerlang
Kepujian
Memuaskan
Melaksanakan
1.4 Wajaran 1.4.1 Wajaran bagi setiap aspek dinilai diberi bergantung kepada tahap
kepentingannya.
1.4.2 Nilai wajaran diberikan dengan unit numerik 1, 2 dan 3 untuk setiap
aspek.
1.4.3 Jadual di bawah menunjukkan wajaran bagi setiap aspek yang dinilai.
Elemen 1 : Proses Mereka Cipta
Aspek Wajaran1.1 2
31 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
3
3
3
3
1
Elemen 2 : KomunikasiAspek Wajaran
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2
2
1
2
3
1.5 Kaedah Penskoran
Penskoran terhadap aspek yang telah dikenal pasti akan dibuat dengan menggunakan pendekatan Penilaian Berdasarkan Kriteria (PBK).
1.5.1 Empat gred digunakan yang diwakili seperti berikut:
A Cemerlang
B Kepujian
C Memuaskan
D Di bawah tahap memuaskan
1.5 2 Wajaran bagi setiap aspek yang dinilai bergantung kepada tahap kepentingannya.Nilai wajaran diberi dengan menggunakan unit numerik 1, 2
dan 3.
1.5.3 Gred kriteria setiap aspek diberi berdasarkan bilangan penghantaran tugasan. Setiap calon berhak ditaksir sehingga tiga kali bagi
meningkatkan pencapaian.
Penskoran pentaksiran kerja kursus adalah berdasarkan jadual berikut:
32 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
PENTAKSIRAN PERTAMA
PENTAKSIRAN KEDUA
PENTAKSIRAN KETIGA
GRED MARKAH GRED MARKAH GRED MARKAH
A1 10 A2 9 A3 8
B1 7 B2 6 B3 5
C1 4 C2 3 C3 2
D1 1
1.6 Pengesanan Pelaksanaan Reka Cipta1.6.1 Pengesanan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan instrumen pentaksiran
Reka Cipta akan dilakukan dari masa ke semasa oleh Lembaga Peperiksaan
bermula 1 Julai di tingkatan 4 hingga 1 Julai di tingkatan 5
33 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
BAB FPENATARAN
1.0 PENATARAN
1.1 Penataran merupakan satu usaha untuk memastikan wujudnya
kesefahaman semua pihak dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah. Usaha ini membolehkan skor yang diperolehi mempunyai darjah
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
34 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
1.2 Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah bertujuan memberi pengetahuan,
kefahaman dan kesefahaman berhubung;
Elemen
Aspek
Kriteria
Eviden
Instrumen yang digunakan
Pemberian skor
1.3 Bagi memastikan penataran berkesan pelbagai strategi perlu
digunakan seperti kaedah penyampaian, perbincangan, sumbangsaran,
tunjukcara, penyelesaian masalah, pembentangan, latihan dan pemurnian.
1.4 Penataran melibatkan empat peringkat;
1.4.1 Peringkat Kebangsaan
Pihak LP menyampaikan penataran kepada KPM, JPN, PPD,
KPK, KPN dan KPKw dan PKw
LP Mengedarkan Manual Pentaksiran Kerja Kursus .
1.4.2 Peringkat Negeri
Pihak JPN menyampaikan penataran kepada KPM, JPN, PPD,
KPK, KPN dan KPKw dan PKw
LP Mengedarkan Manual Pentaksiran Kerja Kursus .
Mengedarkan pekeliling berkaitan.
1.4.3 Peringkat Kawasan
KPN dan KPKw menyampaikan penataran kepada KPS dan PS.
1.4.4 Peringkat Sekolah
KPS menyampaikan penataran kepada semua PS.
PS menyampaikan penataran kepada semua calon.
35 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
36 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
BAB GPERANAN JPN
1.0 Peranan Jabatan PendidikanNegeri (JPN).
1.1 Memastikan sekolah yang ingin menawarkan dan menjadi pusat peperiksaan
mata pelajaranReka Cipta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan
seperti yang terkandung dalam surat pekeliling Lembaga Peperiksaan.
1.2 Memberi kelulusan dan pentauliahan kepada sekolah yang ingin menawarkan
dan menjadi pusat peperiksaan mata pelajaran Reka Cipta (3763/2).
1.3 Mengedar dan memastikan semua sekolah menerima surat pekeliling,
Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus dan Buku Panduan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah .
37 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
1.4 Melantik pemantau /pemantau luar secara bertulis.
1.5 Pegawai JPN boleh menjadi Pemantau luar.
1.6 Melantik Pentaksir Kawasan secara bertulis.
1.7 Mengeluarkan surat penurunan kuasa.1.8 Mengadakan mesyuarat penataran di peringkat negeri.
1.9 Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat pusat.
1.10 Mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat negeri.
1.11 Menyediakan pembahagian kawasan dan jadual tugas penyelarasan.
1.12 Mengeluarkan surat pergerakan Pentaksir Kawasan.
1.13 Mengeluarkan surat makluman ke sekolah tentang tarikh penyelarasan.
1.14 Memastikan perlaksanaan penyelarasan berjalan dengan lancar mengikut
jadual yang telah ditetapkan.
1.15 Menerima dan memproses borang tuntutan penyelarasan dari Ketua Pentaksir
Negeri dan Pentaksir Kawasan dan Ketua Pentaksir Kawasan / Pentaksir
Kawasan
1.16 Memastikan sekolah mengeluarkan sijil pentaksiran kepada calon.
38 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
LAMPIRAN
Sijil PerakuanPENYATA PRESTASI
PENTAKSIRAN KERJA PROJEK BERASASKAN SEKOLAH SPM _________
SYAFIQAH NADZIRAH BINTI MD THANY970510015374
JG021A035Calon di atas telah melaksanakan kerja kursus bagi mata pelajaran
REKA CIPTAdengan mencapai gred
90%
39 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
LAMPIRAN 1
( CEMERLANG )
Berdasarkan pencapaian kriteria yang ditetapkan bagi tugasan-tugasan berikut
1.0 PROSES MEREKA CIPTA 2.0 KOMUNIKASI
1.1 Mengenalpasti Dan Menganalisis Masalah
2.1 Menghasilkan Artifak Yang Bertepatan Dengan Tujuan Asal
1.2 Membuat Penyelidikan Dan Penyiasatan Produk Sedia Ada
2.2 Mengambil Kira Aspek Estatika Dalam Penghasilan Model
1.3 Menjana Dan Membentuk Pelbagai Idea
2.3 Menghasilkan Artifak Yang Bertepatan Dengan Penyataan Masalah
1.4 Mencipta Dan Merekabentuk Reka Ciptaan
2.4 Menghasilkan Artifak Yang Mempunyai Nilai
1.5 Perancangan Pembinaan Reka Ciptaan 2.5 Lukisan Kerja 2D DAN 3D
1.6 Pembinaan Reka Ciptaan
Nama dan Alamat Peminjam
____________________________
____________________________ Tarikh :
________________________________________________________________________________________
Kepada
Pengetua
SMK
____________________________
____________________________
Tuan
PEMINJAMAN ARTIFAK / FOLIO MATA PELAJARAN REKA CIPTA 3763/2 SPM ________
40 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
LAMPIRAN 2
………………………………………Pengetua
SMK_________________
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu saya ……………………………………………………….No. Kad Pengenalan
………………………………………, No.Angka Giliran………………………………… memohon kebenaran untuk
meminjam Artifak dan folio kepunyaan saya untuk
tujuan………………………………………………………………………………..……. …………………….
…………………………….mulai…………………….hingga……………………
Sekian, terima kasih.
Yang Benar
……………………………..
s.k Fail PBS Mata pelajaran
_________________________________________________________________________________
Ruj.kami :Tarikh :
Kepada
PengarahLembaga PeperiksaanKementerian Pendidikan Malaysia,Aras 8, Blok E 11Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persektuan62604 PUTRA JAYA.( U.P: Unit SPM )
41 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
LAMPIRAN 3
SMK AYER BALOI 82100 AYER BALOI PONTIAN JOHOR
Tel/faks:
Tuan
PELUPUSAN ARTIFAK DAN FOLIO MATA PELAJARANREKA CIPTA 3763/2 SPM _______
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Pihak kami memohon kebenaran untuk melupuskan artifak dan folio calon bagi tahun yang tertera di atas.
berkenaan.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah
…………………………………
s.k - Fail Induk PBS Fail PBS Mata pelajaran
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MAYSIA
SIJIL PENDIDIKAN MALAYSIA BORANG MARKAH CALON
Nama Calon : ...................................................................... Angka Giliran : ..............................................................
BILASPEK
HANTARKriteria Gred
kriteria Markah Wajaran JumlahMarkahKONSTRUK 1.0 PROSES MEREKA CIPTA i ii iii iv
1.1 Mengenal pasti dan menganalisis masalah
122
3
1.2 Membuat penyelidikan dan penyiasatan1
323
1.3 Menjana dan membentuk pelbagai idea1
323
1.4 Mencipta dan mereka bentuk ciptaan1
32312
42 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
LAMPIRAN 4
NO.PUSAT
1.5 Merancang dan mengorganisasi proses reka 33
1.6 Membina reka ciptaan1
123
JUMLAH KESELURUHAN
BIL ASPEK HANTARKriteria Gred
kriteria Markah Wajaran JumlahMarkahKONSTRUK 2.0 KOMUNIKASI i ii iii iv
2.1 Menghasilkan reka bentuk artifak yang bertepatan
122
3
2.2 Mengambil kira aspek estetika1
223
2.3 Menghasilkan artifak yang bertepatan dengan pernyataan masalah
112
3
2.4 Menghasilkan artifak yang mempunyai nilai1
223
2.5 Lukisan kerja 2D dan 3D1
323
JUMLAH KESELURUHAN
Saya mengesahkan telah memeriksa artifak dan folio calon di atas.
Tandatangan Pentaksir : Pengesahan Pemantau
Dalaman : Tandatangan
dan cap :
43 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA
REKOD PENGEMUKAAN ARTIFAK DAN FOLIO
RPP1
Bil.AngkaGiliran
No. KadPengenalan Nama Reka Ciptaan Tema Tarikh
Tanda tangan Calon
Pengesahan Penerimaan
Saya mengesahkan telah menerima artifak dan folio daripada calon pada tarikh yang tercatat.
Tandatangan
Nama Guru
Tarikh
Cap Sekolah
44 | P a g e B U K U P A N D U A N P E N G U R U S A N P B S R C 3 7 6 3 / 2
LAMPIRAN 5
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA
BORANG PENGESAHAN KERJA CALON (ARTIFAK)
PKC (A)
AngkaGiliran
No. KadPengenalan Nama Reka Ciptaan
TarikhMula
TarikhSiap
Pengesahan Kerja Calon
Saya mengesahkan bahawa sepanjang pengetahuan saya artifak ini dibina sendiri oleh calon ini.
Tandatangan
Nama Guru
Tarikh
Cap Sekolah
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA
BORANG PENGESAHAN KERJA CALON (FOLIO)
PKC (F)
AngkaGiliran
No. KadPengenalan Nama Reka Ciptaan
TarikhMula
TarikhSiap
Pengesahan Kerja Calon
Saya mengesahkan bahawa sepanjang pengetahuan saya folio ini dihasil sendiri oleh calon ini.
Tandatangan
Nama Guru
Tarikh
LAMPIRAN 6
SIJIL PELAJARAN MALAYSIASENARAI SEMAK PEMANTAUAN
MATA PELAJARAN REKA CIPTA (3763/2) TAHUN : ……….
1. Nama Sekolah : ………………………………… 2. Kod Sekolah : ………………………….
3. Nama Pentaksir : …………………………… 4. Bilangan Calon : ……………………….
5.Tandakan (/) pada ruang berkenaan
Bil Perkara Ada Tiada CatatanA Perancangan Awal
Taklimat/PeneranganMinit Mesyuarat yang berkenaan
B DokumenSurat PekelilingIsi kandungan Buku Dokumen Pentaksiran Projek dimaklumkan kepada calonSurat perlantikan Pentaksir SekolahBorang-borang pentaksiran
C Jadual Kerja/Carta GanttDisediakanDiedar/dipamerkanDilaksanakan
D Portfolio calonRekod penyerahan evidenEvidenBorang pergerakan evidenTempat Penyimpanan eviden
E Kes KhasCalon MenumpangCalon PindahKes disiplin
F Kemudahan dan KelengkapanKomputer Perisian CADBilik Khas/Makmal/BengkelAlatan dan mesin
6. Ulasan/Cadangan Pemantau
…………………………………………………………………………………………………………………
Nama Pemantau: ………………………………………… No. Telefon: …………………………….
Nama Jabatan/Sektor/Unit : ……………………………………………………………………………..
Tandatangan : …………………………………………… Tarikh : ……………………
LAMPIRAN 7
BORANG PEMANTAUAN
1.0 Kod / Nama Mata pelajaran : _________________________________________
2.0 Maklumat Sekolah/ Pusat : _________________________________________
Nama: ______________________________________ No. Telefon: _______________
Alamat: ______________________________________ Kod Sekolah: ______________
______________________________________ No Pusat : ________________
______________________________________ Jumlah calon: ______________
Nama Pengetua: _________________________________________________________
3.0 Maklumat Pentaksir Sekolah
Nama : ________________________________________
Opsyen : ________________________________________
Pengalaman Mengajar : ________________________________________
Tingkatan yang ditaksir : ________________________________________
Bilangan Calon yang telah ditaksir : _________________________________________
(Rujuk Borang Markah Calon)
4.0 Senarai Semak
Perkara Ya Tidak4.1 Jadual Kerja Pentaksiran
Disediakan
Diedarkan
Dipamerkan
Dipatuhi
4.2 Prosedur Kerja Pentaksiran
Disediakan
Diedarkan
Dipatuhi
4.3 Perlantikan Pentaksir Mengikut Kriteria
4.4 Jawatankuasa Penyelarasan Pentaksiran Sekolah
Ditubuhkan
Bermesyuarat
Minit mesyuarat disediakan
LAMPIRAN 8
Perkara Ya Tidak Penyelarasan Dibuat
4.5 Bahan – bahan pentaksiran disediakan
4.6 Taklimat kepada calon dijalankan
4.7 Pengendalian Pentaksiran
Semasa pengajaran dan pembelajaran
Diluar waktu pengajaran dan pembelajaran
4.8 Borang Penskoran Individu (BMI)
Dilengkapkan
Difailkan
Disimpan dengan selamat
4.9 Borang Markah Calon (BMC)
Dilengkapkan
Difailkan
Disimpan dengan selamat
4.10 Bahan Bukti
Fail Pentaksir Sekolah
Folio
Artifak
4.11 Calon Pindah/Tumpang / Tajaan
Nyatakan: ________________ Bil: (_______)
4.12 Terdapat Kes Khas
Nyatakan: _____________________________
6. Ulasan Pemantau:
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
Nama Pemantau: ………………………………………………. No Telefon: ………………..…...
Nama Jabatan / Sektor / Unit: ………………………………………………………………………..
Tandatangan: ……………………………………………………. Tarikh: …………………………
Sila serahkan borang ini kepada Urusetia Pemantauan sebaik sahaja urusan selesai.
LAMPIRAN 9
Contoh Cop Pengesahan RC
_________________
Disemak oleh____________
tarikh