Download - budaya senyum
KERTAS KERJA PROGRAM BUDAYA SALAMA. BUTIR-BUTIR AM
1.Tajuk Program : BUDAYA SALAM2.Penasihat Program:En. Che Hussin bin Harun 3. Kumpulan Sasaran:Semua Guru dan Pelajar4. Tempat :Sekolah Kebangsaan Beta Hulu5. Tarikh
:
B. PENGENALANProgram Budaya Salam akan diadakan bagi membentuk peribadi pelajar sekolah ini agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah dan para pelajar itu sendiri. Secara langsung program ini juga dapat memupuk budi pekerti dan nilai-nilai murni dalam diri pelajar selaras dengan kehendak kerajaan yang mahukan budi bahasa diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Sejajar dengan hasrat tersebut, kerajaan telah mewujudkan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang disiarkan di dalam media cetak dan media elektronik. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan Program Budaya Salam ini adalah bertujuan untuk menyuburkan lagi hasrat murni kerajaan dan diadakan di peringkat sekolah. Malah ianya juga dapat mendidik para pelajar supaya mewujudkan sikap bersopan santun, ramah mesra dan sedia menolong di antara satu sama lain. Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan sillaturrahim dan dapat mengenali dengan lebih erat.C. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbir agar program ini dapat dijalankan sepertimana yang telah dirancangkan.D. OBJEKTIF
Di akhir program ini, adalah diharapkan para pelajar dapat:
1. Agar pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri khususnya untuk warga sekolah dan masyarakat luar.
2. Mendidik pelajar agar berbudi bahasa, bersopan santun, tolong menolong dan menghormati guru, kakitangan sekolah, dan rakan-rakan.
3. Agar pelajar merasa dihargai kerana pelajar yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia akan diberi ganjaran.
4. Agar pelajar dapat mengamalkan sikap tolong menolong dalam kehidupan seharian.
5. Memberi galakan kepada pelajar untuk berusaha mempraktikan nilai-nilai murni diperingkat sekolah lagi.E. ANGGARAN PERBELANJAAN
PERBELANJAAN
1.Button Senyum:115 X RM 2.00 =RM 230.00
2.Kad Manila
:5 X RM0.60=RM 3.00
3.Polistrine
:2 X RM 12.00=RM 24.00
4.Hadiah
:50 X RM 1.00=RM 50.00
5.Banner
:1 x RM 50.00=RM 50.00
_______________________________________________________________
JUMLAH
=RM 327.00_______________________________________________________________F. AJK PELAKSANAANPENGERUSI : En. Che Hussin bin HarunNAIB PENGERUSI : En. Che Ab Ghazak bin Che Omar (PK HEM)
: Tn. Hj. Mat Zawawi bin Yahaya (PK Pentadbiran)
: Pn. Juliyaiza bt Husin ( PK Koko)
SETIAUSAHA : Pn. Hjh. Napisah bt Ab RahmanAJK KERJAPenyelarasPn. Hjh. Napisah bt Ab RahmanUrusetiaTn, Hj Mahamad Asri Bin Mohamad
Pn. Zakiah Bt Musa
Pn. Hjh Che Jah Bt Jusoh
Pn. Masliza Bt Idris
Kawalan MuridTn. Hj. Mahamad Asri B Mat ZinSemua Guru
Dokumentasi/Siaraya
En. Ramdan Bin Ali
Pn. Sharifah Ruzanna Bt Syed KassimEn Mahadi Bin Mat NorPersegaranPn Zakiah Bt Musa
G.TENTATIF PELANCARAN PROGRAM
Ucapan perasmian oleh En Che Hussin bin Harun ( Guru Besar).
Warga sekolah akan mengambil tempat untuk mengetuai nyayian lagu Senyum dan lagu Budi Bahasa Budaya kita.
Pelajar akan turut bersama menyanyikan lagu dengan panduan lirik lagu yang diedarkan kepada mereka oleh AJK program.H. AKTITIPelajar digalakkan berbudi bahasa, senyum, memberi salam dan menyapa guru-guru, rakan-rakan dan warga sekolah. Penilaian akan dibuat kepada pelajar-pelajar yang bersahsiah terpuji dengan berdasarkan pencalonan guru-guru kelas. Sepanjang program ini diadakan, pelajar digalakkan untuk mengamalkan nilai-nilai murni seperti :1. Tingkah laku sopan
2. Berpakaian kemas
3. Memberi ucapan salam seperti Assalamuaikum, Selamat Pagi, Selamat Petang, Selamat Sejahtera, kepada guru atau tetamu.4. Mengucapkan terima kasih setelah menerima sesuatu daripada orang lainGuru akan dibekalkan dengan gula-gula untuk dihadiahkan sebagai imbuhan kepada pelajar yang mengamalkan sikap-sikap tersebut khususnya ketika mereka berjumpa dengan guru.I. PENUTUPDiharapkan program ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar untuk sentiasa mengamalkan sahsiah terpuji dan berbudi bahasa. Selain itu, semoga program ini dapat menyemai sikap ramah mesra di kalangan pelajar, guru dan warga sekolah.
Disediakan oleh,
(Napisah bt Ab Rahman)
Diluluskan oleh,
LAPORAN PROGRAM BUDAYA SALAM
Murid berhimpun di tapak perhimpunan
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Salahudin bin Seman
Perasmian oleh PK Hal Ehwal Murid sebagai mewakili Guru Besar SK Beta Hulu
Murid mendengar pelaksanaan program yang sampaikan oleh Penyelaras Program.
Guru-guru dan pelajar memakai button Senyum
Penyampaian hadiah saguhati kepada murid