UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010
SAYA AHMAD SAIFUL BIN ABD RAHMAN
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
Pembangunan Web Portal Berasaskan Multiply Bertajuk “Chemical Formulae
and Equations” Kimia Tingkatan 4
(HURUF BESAR)
TN. HAJI MUSLIM BIN JONID
NO. 660 JALAN SAUJANA 27,
TAMAN SAUJANA,
82000 PONTIAN,
JOHOR DARUL TAKZIM
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Kimia )”
Tandatangan : ………………………………….....
Nama Penyelia : TN HAJI MUSLIM BIN JONID
Tarikh : …………………………………....
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MULTIPLY
BERTAJUK “CHEMICAL FORMULAE AND CHEMICAL EQUATIONS”
KIMIA TINGKATAN EMPAT
AHMAD SAIFUL BIN ABD RAHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ................................................................
Nama Penulis : AHMAD SAIFUL BIN ABD RAHMAN
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Istimewa buat keluarga yang tersayang terutama buat ayah tersayang, Hj Abd
Rahman serta ibu kerana telah banyak memberi sokongan dan dorongan semasa
menjayakan kerja projek ini. Segala jenis bantuan amatlah dihargai.
Khas buat adik-beradik yang lain atas memberi sokongan moral yang tidak
terhingga. Semoga kejayaan diriku ini adalah kejayaan kita bersama.
Ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Penyelia
Projek Sarjana Muda, Tuan Haji Muslim Bin Jonid. Sesungguhnya nasihat dan
panduan daripada Tuan Haji Muslim amat bernilai sekali.
Tidak dilupakan buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi pendapat dan
kerjasama dalam menjayakan kerja projek ini. Ucapan terima kasih yang tidak
terhingga buat rakan-rakan sekalian.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Penyelia Projek Sarjana muda ini, Tuan Haji Muslim bin Jonid kerana telah
berusaha bertungkus lumus dalam memberi didikan srta tunjuk ajar dalam
menghasilkan kerja projek ini.
Sekalung penghargaan juga turut diberikan kepada keluarga yan tersayang
terutama buat ayah dan ibu kerana telah memberi sokongan yang terhingga yang
berbentuk kewangan. Buat adik-beradik yang lain yang sentiasa memberi sokongan
moral sehingga kerja-kerja pembangunan ini selesai terlaksana.
Akhir sekali, ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak
terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan laman web portal
pendidikan CHEMICAL FORMULAE AND EQUATIONS dan modul perisian BBM
CHEMICAL EQUATIONS AND CHEMICAL FORMULAE ini.
v
ABSTRAK
E-pembelajaran adalah satu kaedah menggunakan rangkaian seperti internet
sebagai penyampai isi kandungan dan interaksi. Dengan itu, satu web yang
menggunakan Multiply telah dibangunkan bagi tajuk chemical formulae and
equations bagi topik kimia tingkatan 4. Penggunaan laman Multiply dipilih kerana
laman Multiply menyediakan pelantar yang sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Pembangun menggunakan Microsoft Power Point 2007 sebagai
perisian utama bahan bantu mengajar. Selain itu, laman web portal ini dan modul
perisian dibangunkan dengan bantuan perisian sokongan seperti Adobe Photoshop
CS4, Adobe Dreamweaver, Eclipse Crossword, Hot Potatoes, Sony Vegas, Gif
Animator, Ulead Cool 3D, dan juga Macromedia Flash. Teori pembelajaran yang
digunakan dalam modul perisian ini adalah berdasarkan teori kognitivisme. Web
portal ini dibina berasaskan model ADDIE yang dijadikan sebagai panduan
sepanjang proses pembangunan. Sasaran utama pembinaan web portal dan modul ini
adalah untuk guru-guru mata pelajaran kimia dan seterusnya untuk
pelajar.Pembangunan web portal dan perisian bahan bantu mengajar dinilai secara
penilaian formatif melalui komen yang diberikan secara online oleh guru, pelajar dan
rakan-rakan. Komen dan pandangan yang diberikan telah diambil kira untuk menjadi
rujukan pembangunan web portal dan perisian ini baik dan bermanfaat. Berdasarkan
maklumat yang diterima, pengkaji telah membuat rumusan tentang projek dan
beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai rujukan untuk pembangun untuk
masa hadapan.
vi
ABSTRACT
E-learning is one of the methods in using network such as internet as a way of
interaction and delivering content of knowledge. Thus, this project was carried out to
develop a Web Portal using Multiply for the topic chemical formulae and equations
for subject chemistry form 4. The web Multiply was used due to suitable platform for
teaching and learning process. Developer also used Microsoft Power Point 2007 as
the main software for this teaching aid. In addition, the web portal and the modules
were developed using several supporting software such as Adobe Photoshop CS4,
Adobe Dreamweaver, Eclipse Crossword, Hot Potatoes, Sony Vegas, Gif Animator,
Ulead Cool 3D, and also Macromedia Flash. These modules use the common
learning theories Cognitivism as the teaching strategies. This web portal also applies
ADDIE model as a guide through out the development process. The main user target
for this web portal and modules are chemistry teacher. Beside that, it is also for
students’ usage. The development of web portal and module were evaluated using
formative assessment through online comments by the teachers, students and friends.
The opinions were considered to make the development of web portal and module
more attractive and meaningful. Based on the feedback, developer has made
conclusions about the project and few suggestions have been made as references for
future developer.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA
SURAT
PENYATAAN i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
ISI KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI GAMBAR RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1-5
1.2 Latar Belakang Masalah 5-6
1.3 Penyataan Masalah 6-7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7-8
viii
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 8-9
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Operasi 9
1.8.1 Animasi 9
1.8.2 Grafik 10
1.8.3 Video 10
1.8.4 Audio 11
1.8.5 Teks 11-12
2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pendidikan 14-15
2.3 Teknologi Pendidikan 15
2.3.1 Pengertian Teknologi Maklumat 15-16
2.3.2 Teknologi Pendidikan 16-17
2.3.3 Kelebihan Teknologi 17-18
2.3.4 Istilah Dalam Teknologi 19-20
2.4 Multimedia 21
2.4.1 Pengenalan Multimedia 21
2.4.2 Kesan Perisian Multimedia 22-23
2.4.3 Cabaran Penggunaan Multimedia 23-24
2.5 Bahan Bantu Mengajar 24-25
2.5.1 Ciri-ciri BBM Yang Baik 25
2.5.2 Ciri-ciri BBM Yang Tidak Baik 26
2.6 Pembelajaran Berbantukan Komputer 26-27
ix
2.7 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar 28-29
2.8 Teori Dalam Pembangunan Perisian 29
2.8.1 Teori Behaviorisme 29-31
2.8.2 Teori Kognitivisme 31
2.8.3 Teori Konstruktivisme 32-33
3 REKA BENTUK PERISIAN 34
3.1 Pengenalan 34-35
3.2 Penentuan Tajuk Dan Skop 35
3.2.1 Objektif Pengajaran 35-36
3.2.2 Kumpulan Sasaran 36
3.3 Aplikasi Teori 36
3.3.1 Aplikasi Teori Pembelajaran 36-38
3.3.2 Pedekatan Bina Perisian 38-40
3.3.3 Justifikasi Pendekatan ADDIE 40
3.4 Prinsip Dan Aplikasi: Mencipta Visual 41-42
3.4.1 Teks 42
3.4.2 Animasi 43-44
3.4.3 Pemilihan Medium Pembangunan 45
3.5 Spesifikasi: Perkakasan Dan Peralatan 46
3.5.1 Perkakasan 46
3.5.2 Justifikasi Perkakasan 46-47
3.5.3 Perisian 47-48
3.5.4 Justifikasi Perisian 48-49
3.6 Laman Multiply 49-51
x
3.7 Pemilihan Perisian Pembangunan 51
3.7.1 Kelebihan Microsoft Powerpoint 2007 51-52
3.7.2 Kelemahan Microsoft Powerpoint 2007 52
3.8 Persekitaran Penggunaan 53
3.9 Carta Alir Perisian 53-57
4 PEMBANGUNAN PERISIAN 58
4.1 Pengenalan 58-59
4.2 Pakej Perisian 59
4.3 Panduan Penggunaan 60
4.4 Laman Multiply 60-64
4.5 Struktur Asas 65
4.5.1 Paparan Persembahan Tajuk 65
4.5.2 Paparan Menu Utama 66
4.5.3 Paparan Topik 67-68
4.5.4 Paparan Penilaian 69-71
4.5.5 Paparan Eksperimen 71-72
4.5.6 Glosari 72-73
4.5.7 Paparan Permainan 73-74
4.6 Cara Penggunaan Perisian 75-76
4.7 Pempakejan Perisian 76
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 77
5.1 Pengenalan 77
5.2 Masalah 78
xi
5.2.1 Masa Terhad 78-79
5.2.2 Kurang Kepakaran 79
5.2.3 Kurang Perisian Tulen 79
5.2.4 Kurang Perkakasan 80
5.2.5 Kesukaran Jelaskan Isi Kandungan 80
5.3 Kekuatan Dan Kelemaham Perisian 81
5.3.1 Kekuatan 81
5.3.2 Kelemahan 82
5.4 Cadangan 82-83
5.5 Kesimpulan 83
RUJUKAN 84-85
LAMPIRAN 86-89
xiii
SENARAI RAJAH
NO
RAJAH
PERKARA MUKA
SURAT
3.1 CARTA ALIR MENU UTAMA 54
3.2 CARTA ALIR MENU LESSON 55
3.3 CARTA ALIR MENU PENGAJARAN 56
3.4 CARTA ALIR MENU PENILAIAN 57
4.1 LAMAN WEB UTAMA 62
4.2 LAMAN WEB BAHAGIAN PENGENALAN 62
4.3 LAMAN WEB BAHAGIAN DOKUMEN 63
4.4 LAMAN WEB BAHAGIAN PHOTO 63
4.5 LAMAN WEB BAHAGIAN LINKS 64
4.6 LAMAN WEB BAHAGIAN GUESTBOOK 64
4.7 PAPARAN PERSEMBAHAN TAJUK 65
4.8 PAPARAN MENU UTAMA 66
4.9 PAPARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN 68
4.10 PAPARAN LESSON ELEMENT 68
xiv
4.11 PAPARAN SOALAN RESPONS BETUL 70
4.12 PAPARAN SOALAN RESPONS SALAH 70
4.13 PAPARAN SOALAN PENILAIAN AKHIR 71
4.14 PAPARAN EKSPERIMEN 72
4.15 PAPARAN GLOSARI 73
4.16 PAPARAN PERMAINAN WHO WANTS TO BE A
MILLIONAIRE
74
4.17 PAPARAN PERMAINAN TEKA SILANG KATA 74
4.18 LANGKAH PENGGUNAAN PERISIAN 1 75
4.19 LANGKAH PENGGUNAAN PERISIAN 2 76
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A BORANG SOAL SELIDIK TENTANG
TAJUK KIMIA KBSM TINGKATAN 4
86-87
B BORANG SOAL SELIDIK TENTANG
TAJUK KIMIA KBSM TINGKATAN 4
88-89
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan adalah teras kepada pembangunan dan kemajuan sesuatu bangsa,
agama dan negara. Ini kerana rakyat yang berilmu penting untuk membangunkan dan
memacu negara ke arah kemajuan dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pembangunan,
keselamatan dan keharmonian. Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan
pembelajaran seperti pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan.
Pendidikan juga membawa maksud perubahan kekal dalam diri individu hasil dari
latihan dan pengalaman. Ilmu pengetahuan membolehkan seseorang itu belajar
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi di masa akan datang.
Kemajuan teknologi maklumat banyak mengubah sistem pendidikan negara
kepada lebih global dan meluas. Teknologi maklumat didefinisikan sebagai penggunaan
komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
meminda, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Revolusi teknologi maklumat dalam sistem pendidikan telah di aspirasikan oleh matan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan melancarkan wawasan 2020 di mana
2
sembilan cabaran dalam Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat yang celik
teknologi maklumat. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan
2020, iaitu memerlukan pertumbuhan proaktif yang dapat dicapai melalui kepakaran
teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta
bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi. Mengubah sistem pendidikan
sekarang yang berasaskan sukatan pelajaran peperiksaan kepada sistem berasaskan
pemikiran kreatif di lihat sebagai cara terbaik untuk mencapai Wawasan 2020.
Sistem pendidikan berasaskan peperiksaan sekarang jelas melahirkan generasi
yang meskipun bijak menghafal dan menerima pelajaran, tetapi hasilnya menjadi
profesional atau pekerja yang ikut buku. Lantaran itu, nilai sebegini tidak
mencambahkan inovasi sementara ilmu yang diperoleh pula tidak dikembangkan.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi
individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengubahsuaian
sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah
rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran
yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran yang merangsang pemikiran dan
kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta
memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri.
Komputer telah menjadi salah satu bahan bantu mengajar yang berkesan dalam
bidang pendidikan. Guru-guru telah menggunakan komputer sebagai bahan bantu
mengajar bertujuan proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku dilaksanakan
dengan berkesan dan memberi tumpuan yang lebih kepada secara berseorangan.
Tambahan pula, komputer merupakan alat yang berpotensi dalam meringankan beban
kerja guru sehari-hari selain mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan komputer dapat memainkan peranan yang lebih menonjol
dalam proses pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti.
3
Penggunaan komputer memerlukan tenaga pengajar yang kreatif, berdaya maju dan
sanggup mempelajari sesuatu yang baru khususnya menggunakan bahan bantu mengajar
berteraskan komputer.
Peranan komputer menjadi lebih penting dengan adanya internet. Internet dapat
didefinisikan merupakan satu jaringan rangkaian seluruh dunia yang terdiri dari beribu
ribu jaringan yang menyambungkan berjuta pengguna tanpa mengkira sempadan dan
negara. Dengan peningkatan kemajuan internet di Malaysia, kepelbagaian media akan
memberi manfaat kepada setiap individu yang mempunyai kekuatan, latar belakang yang
berlainan berpeluang berinteraksi dengan media untuk mendapat maklumat dan ilmu
pengetahuan (Allison Druin dan Cynthaia Solomon, 1996). Fungsi teknologi maklumat
bukanlah kerana mengikut gelombang perubahan teknologi terkini tetapi kerana
penggunaan komputer memberikan banyak kebaikan dan kelebihan dalam pendidikan.
Penggunaan komputer dipandang sebagai penyelesaian masalah yang dihadapi oleh guru
dalam proses pengajaran dan pelajar dalam pembelajaran.
Penggunaan komputer dalam pembelajaran di lihat sebagai aspek terbaik untuk
membantu pelajar dalam mencari maklumat serta penyediaan medium pembelajaran
elektronik di mana mengoptimumkan aplikasi perisian pendidikan dalam pembelajaran
serta mengubah teknik pengajaran dari satu hala kepada dua hala (Kamaruddin, 1989).
Penggunaan internet tidak hanya memberi manfaat kepada golongan pelajar, malahan
pendidik juga dapat memantapkan proses pengajaran dengan menggunakan pelbagai
bahan bantu mengajar terutama dalam subjek yang memerlukan imaginasi yang tinggi.
Keadaan ini bersesuaian dengan peranan guru masa kini yang mengalami transformasi
dari seorang pembawa dan penyampai maklumat kepada seorang pengurus, jurulatih dan
fasilitator.
4
Aplikasi pembelajaran menggunakan internet haruslah diketengahkan bagi
memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara.
Menurut Wim Jochems, et. al (2001), e-pembelajaran adalah pembelajaran, penciptaan
dan pengaturan pembelajaran di mana internet memainkan peranan penting dalam
penyampaian, sokongan, pengurusan dan penilaian pembelajaran. Aplikasi e-
pembelajaran adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik seperti internet bertujuan untuk penyampaian isi kandungan,
interaksi ataupun pemudahcaraan. Dari segi kebaikan, aplikasi e-pembelajaran
memudahkan pelajar dan juga pendidik. Guru-guru dapat menghantar pesanan,
maklumat, nota dan pengumuman kepada semua pelajar dengan mudah sekali. Pelajar
juga dapat berinteraksi dengan guru di luar waktu sekolah. Jika dimanfaatkan dengan
sempurna, e-pembelajaran banyak memberi impak positif seperti mengurangkan kos dan
masa.
E-pembelajaran telah mengubah lanskap pembelajaran dari pengajaran di bilik
darjah kepada pembelajaran di depan komputer. Oleh itu, pembelajaran menjadi sesuatu
yang peribadi dan dan strategi penilaian yang efektif menjadi sangat penting. Segelintir
pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan internet sebagai sumber
maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan e-pembelajaran
yang ada di pasaran tempatan. Ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian
kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam ruang
sembang atau ruang perbincangan.
E-pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih
berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka.
Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman
dicapai. Kaedah pembelajaran kendiri adalah berpusatkan kepada pelajar di mana
pelajar akan lebih bertanggungjawab dan berdikari untuk mendapatkan ilmu dalam
sesuatu tajuk. Guru pula menjadi seorang fasilitator dan pengurus dalam proses
5
pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran secara kendiri dapat menghasilkan pelajar
yang tidak hanya pandai dalam peperiksaan tetapi juga kreatif dan berfikiran luas dalam
menyelesaikan masalah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemajuan dan perubahan negara berdasarkan peredaran zaman telah banyak
mengubah bidang pendidikan kepada lebih luas dan terbuka. Sistem pendidikan
nasional kini lebih menumpukan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pembelajaran di
sekolah dengan bahan bantu mengajar secara konvensional tidak membantu
merealisasikan hasrat pembelajaran berpusatkan pelajar. Ini kerana bahan bantu
mengajar secara konvensional mempunyai beberapa kelemahan untuk menuju hasrat
pendidikan nasional seperti kurang menarik minat pelajar, kebanyakan bahan bantu
mengajar tidak boleh digunakan semula malahan boleh mengakibatkan salah konsepsi di
kalangan pelajar untuk memahami sesuatu topik terutamanya dalam subjek Kimia.
Proses pengajaran secara konvensional disarankan diintegrasikan dengan proses
pengajaran menggunakan hipermedia yang menggabungkan bunyi, grafik, visual dan
animasi untuk menyokong proses pengajaran di bilik darjah.
Selain itu, subjek Kimia mengandungi banyak konsep yang abstrak dan mikro.
Konsep yang abstrak dan mikro ini menjadikan pelajar tidak dapat memahami isi
kandungan dengan jelas. Kekurangan bahan bantu mengajar yang menggunakan
beberapa gabungan multimedia menjadikan pemahaman berkaitan konsep yang abstrak
ini sukar. Justeru itu, pelajar menganggap subjek Kimia adalah subjek yang sukar untuk
dipelajari.
6
Tambahan pula, pembelajaran dalam Bahasa Inggeris menyukarkan pelajar untuk
menguasai subjek Kimia. Situasi ini disebabkan kekurangan perisian bahan bantu
mengajar dalam Bahasa Inggeris. Implikasinya, kurang pendedahan persembahan bahan
bantu mengajar dalam Bahasa Inggeris untuk diaplikasikan oleh guru dan pelajar.
Proses pendidikan tidak hanya berteraskan beberapa kemahiran sahaja. Proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan papan hitam dan penyampaian secara
lisan semata-mata akan menyebabkan pelajar salah konsep. Selain itu, pembelajaran
dengan menumpukan daya pendengaran menyebabkan pelajar sukar untuk menguasai isi
kandungan pembelajaran dengan berkesan.
1.3 Penyataan Masalah
Penggunaan bahan bantu mengajar secara perisian dapat mengatasi pelbagai
kerumitan yang dihadapi oleh para guru dan pelajar dalam sistem pendidikan. Namun
kekurangan bahan bantu mengajar secara percuma menyukarkan para guru dan pelajar
untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Perisian berbentuk cakera padat hanya
diperoleh oleh guru daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan perisian ini
terhad. Selain itu, kekurangan bahan bantu mengajar dalam Bahasa Inggeris
menyukarkan para guru menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi
subjek Kimia.
Pelajar juga sukar untuk membuat imaginasi tentang beberapa tajuk dalam
subjek Kimia. Ini kerana subjek Kimia mempunyai banyak konsep yang abstrak dan
mikro. Buku teks dan bahan rujukan bercetak tidak dapat menunjukkan proses-proses
yang berlaku secara jelas bagi memudahkan pelajar memahami konsep yang abstrak.
Implikasi ini mengakibatkan pelajar tidak dapat membayangkan proses abstrak yang
berlaku jelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, pengajaran
dan pembelajaran yang terlalu menitik beratkan penggunaan kemahiran pendengaran
7
pelajar akan menyukarkan penyampaian isi kandungan yang berkesan. Pelajar tidak
dapat mengingati sepenuhnya isi kandungan yang disampaikan oleh guru dengan hanya
pengajaran dan pembelajaran secara verbal.
1.4 Objektif Kajian
Objektif projek web portal berasaskan multiply bagi mata pelajaran Kimia tingkatan 4
yang bertajuk chemical formulae and chemical equations.:
1) Menggunakan Microsoft PowerPoint 2007 sebagai pelantar bagi menghasilkan
modul perisian BBM dan bersama perisian sokongan lain seperti adobe
photoshop, adobe flash, ulead gif animator, ulead 3D studio,eclipse crossword,
hot potatoes dan adobe dreamweaver.
1.5 Kepentingan Kajian
Perisian yang dihasilkan adalah bertujuan memudahkan para pelajar untuk
memahami konsep Kimia dalam topik formula dan persamaan Kimia. Ini kerana topik
formula dan persamaan Kimia adalah abstrak dan sukar difahami oleh pelajar. Dengan
menggunakan aplikasi bahan bantu mengajar yang menggabungkan elemen grafik,
teks,animasi dan video menjadikan pembelajaran konsep yang memerlukan imaginasi
tinggi menjadi mudah untuk difahami oleh pelajar.
Perisian multimedia ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada pelajar
tentang konsep formula dan persamaan Kimia seperti pergerakan ion untuk membentuk
sebatian dan persamaan Kimia yang terbentuk. Perisian multimedia juga membantu