UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : TAHAP KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP JIRIM DAN
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHINYA DALAM
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya NOR JAMAYAH BINTI DAUD
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
NO 99, JALAN PERTANIAN, PM AZIZ BIN NORDIN
TAMAN UNIVERSITI, NAMA PENYELIA
81300 JOHOR BAHRU, JOHOR
Tarikh: 28 JUN 2012 Tarikh: 28 JUN 2012
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Kimia)”.
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penyelia : Prof Madya Aziz Bin Nordin
Tarikh : ……………………………….
i
TAHAP KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP JIRIM DAN FAKTOR-
FAKTOR MEMPENGARUHINYA DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN DUA
NOR JAMAYAH BINTI DAUD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JUN 2012
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penulis : NOR JAMAYAH BINTI DAUD
Tarikh : ………………………………….
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Bismillahirahmanirrahim,
KHAS DITUJUKAN KEPADA:
Ibu bapa yang sentiasa menyokong,
Daud Bin Hj Mohd Nor dan Siti Binti Johari,
Penyelia Pembimbing yang sentiasa memberikan tunjuk ajar,
PM. Aziz Bin Nordin
Rakan-rakan SPC ( 2009/ 2012) seperjuangan,
Semoga Allah Memberkati Kita Semua,
Amin
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Bismillahirahmanirrahim.
Syukur ke hadrat Illahi dengan rahmat dan izin-Nya, saya diberikan kesempatan
dan dipermudahkan segala urusan sehingga projek ini dapat diselesaikan dengan baiknya.
Segala cabaran dapat diatasi untuk memastikan projek ini mencapai matlamatnya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia pembimbing saya iaitu PM. Aziz
Bin Nordin, kerana segala tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan ilmu yang disampaikan
sepanjang tempoh saya melaksanakan projek kajian sehinggalah penghasilan tesis ini.
Jasamu akan sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat. Tidak lupa juga kepada
pensyarah-pensyarah UTM lain yang turut membantu saya. Terima kasih diucapkan.
Tidak dilupakan terhadap fakulti pendidikan UTM dan Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan kerana telah
memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar di
sekolah yang terbabit. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan.
Semestinya juga kepada ahli keluarga yang sentiasa menyokong dan memberikan
semangat saya untuk menjalankan kajian ini dan menyelesaikan projek sepenuhnya. Ibu
bapa saya, Daud Bin Hj Mohd Nor dan Siti Binti Johari serta Fahril bin Daud iaitu
kekanda saya yang dihormati. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Tuhan
yang maha agung iaitu Allah S.W.T. Insyaallah.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman konsep jirim dan
faktor-faktor mempengaruhinya dalam kalangan pelajar. Seramai 145 orang pelajar
tingkatan dua yang dipilih secara rawak dari tiga buah sekolah terpilih di daerah Ledang,
Johor terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik berbentuk subjektif dan skala Likert
telah diedarkan kepada responden sebagai instrumen kajian ini. Nilai bagi
kebolehpercayaan bagi alat kajian ini ialah α = 0.723. Data-data yang diperolehi menerusi
maklum balas responden dalam kajian ini dikumpulkan dan dianalisis untuk ditafsir
dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi
17.0. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman konsep jirim dalam kalangan
pelajar tingkatan dua adalah sederhana dan faktor guru merupakan faktor utama yang
mempengaruhi tahap kefahaman konsep jirim ini. Oleh itu, pelbagai pihak seperti guru,
sekolah, ibubapa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan masyarakat perlu saling
berkerjasama antara satu sama lain untuk meningkatkan pencapaian tahap kefahaman
konsep jirim dalam kalangan pelajar. Selain itu, pelajar juga perlu berusaha untuk berjaya
dalam subjek Sains ini.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to identify the understanding level of matter`s
concepts and the factors that influenced students` understanding. 145 form two students
from three secondary schools in district of Ledang, Johor were selected randomly and
involved in this study. Questionnaire as the instrument of the study which is in the form of
subjective and Likert scale was distributed to the respondents. The reliability of this
instrument is α = 0.723. The data collected were analyzed by the computer software of
Statistical Packages for the Social Science (SPSS) version 17.0. The findings of the study
showed that the understanding level of matter`s concepts among form two students is
moderate and the major factor that influenced the understanding of concept of matter is
teacher. Therefore, hopefully all the parties such as teacher, school, parents, Ministry of
Education and community will cooperate together in order to increase or to promote the
achievement in concept of matter among the students. Besides that, students must also
have to work harder in order to be successfully in Science subject.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 7
viii
1.9 Kepentingan Kajian 8
1.9.1 Guru 9
1.9.2 Sekolah 9
1.9.3 Pelajar 10
1.9.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 10
1.10 Definisi Kajian 10
1.10.1 Kefahaman 11
1.10.2 Konsep 11
1.10.3 Jirim 12
1.11 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kefahaman Konsep Jirim 14
2.3 Kefahaman Konsep Sains Berkaitan Jirim 17
2.4 Kefahaman Konsep Teori Zarah Jirim Dalam
Kalangan Pelajar 19
2.5 Faktor- faktor Mempengaruhi Kefahaman Konsep Jirim 20
2.5.1 Hubungan Kefahaman Konsep Jirim
Dengan Faktor Guru 20
2.5.2 Hubungan Kefahaman Konsep Jirim 22
Dengan Faktor Bahan Pengajaran
ix
2.5.3 Hubungan Kefahaman Konsep Jirim
Dengan Faktor Bahasa 24
2.6 Kesimpulan 25
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 27
3.4 Instrumen Kajian 28
3.5 Kajian Rintis 31
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Analisis Data 33
3.8 Penutup 36
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 37
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Pelajar 38
4.2.1 Jantina 38
4.2.2 Bangsa 38
4.2.3 Keputusan Subjek Sains Dalam UPSR 39
4.2.4 Keputusan Subjek Sains Dalam
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Satu 40
4.2.5 Pilihan Aliran Selepas PMR 40
x
4.3 Bahagian B : Tahap Kefahaman Pelajar Terhadap
Konsep Jirim 41
4.3.1 Persoalan Kajian I 42
4.3.2 Persoalan Kajian II 45
4.3.3 Persoalan Kajian III 47
4.3.4 Persoalan Kajian IV 48
4.4 Bahagian C: Faktor-Faktor Mempengaruhi
Tahap Kefahaman Konsep Jirim 50
4.5 Penutup 58
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 59
5.2.1 Latar Belakang Responden 60
5.2.2 Persoalan I 61
5.2.3 Persoalan II 65
5.2.4 Persoalan III 66
5.2.5 Persoalan IV 67
5.2.6 Persoalan V 68
5.3 Kesimpulan 74
5.4 Implikasi Kajian 75
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 77
5.6 Penutup 78
xi
RUJUKAN 80
LAMPIRAN A
Borang Soal Selidk 85
LAMPIRAN B
Pengesahan Item 99
LAMPIRAN C
Surat Kebenaran Daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia (EPRD) 103
LAMPIRAN D
Surat Pengesahan Pelajar Untuk Menjalankan Kajian Daripada
Fakulti Pendidikan UTM 105
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pembahagian Sampel Mengikut Sekolah 28
3.2 Pembahagian Soalan Mengikut Tema 29
3.3 Pembahagian Item Kepada Faktor- Faktor Mempengaruhi Tahap
Kefahaman Konsep Jirim 30
3.4 Skala Bagi Setiap Respon Dalam Skala Likert 31
3.5 Pembahagian Item Mengikut Bentuk Penyataan 31
3.6 Jenis Statistik Mengikut Objektif Kajian 34
3.7 Pembahagian Markah Penuh Bagi Setiap Tema Soalan 34
3.8 Piawai Permarkahan PMR 35
3.9 Klassifikasi Tahap Kekuatan Kolerasi 35
3.10 Nilai Signifikan Piawai 36
3.11 Skala Penentuan Persetujuan 36
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pelajar Mengikut Jantina 38
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pelajar Mengikut Bangsa 38
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pelajar Mengikut Keputusan
Subjek Sains Dalam Peperiksaan UPSR 39
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pelajar Mengikut Keputusan
Subjek Sains Dalam Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan Satu 40
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pelajar Mengikut Pilihan
Aliran Selepas PMR 40
xiii
4.6 Analisis Rumusan Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Jirim
Berdasarkan Dapatan Markah (%) 42
4.7 Analisis Rumusan Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Jirim
Mengikut Konsep Soalan 43
4.8 Hubungan Antara Keputusan Gred Sains Dalam Peperiksaan UPSR
Dengan Tahap Kefahaman Konsep Jirim 45
4.9 Hubungan Antara Keputusan Gred Sains Dalam Peperiksaan Akhir
Tahun Tingkatan Satu Dengan Tahap Kefahaman Konsep Jirim 46
4.10 Pola Taburan Kekerapan Mengikut Pilihan Aliran dan Min Markah (%) 47
4.11 Ujian Anova Bagi Perbezaan Signifikan Tahap Kefahaman Konsep
Jirim Berdasarkan Pilihan Aliran Selepas PMR 48
4.12 Ujian Lanjutan Scheffe Bagi Perbezaan Signifikan Tahap Kefahaman
Konsep Jirim Berdasarkan Pilihan Aliran Selepas PMR 49
4.13 Taburan Kekerapan, Peratusan (%) Dan Nilai Min Bagi Faktor
Pelajar Yang Mempengaruhi Tahap Kefahaman Pelajar
Terhadap Konsep Jirim 51
4.14 Taburan Kekerapan, Peratusan (%) Dan Nilai Min Bagi Faktor
Guru Yang Mempengaruhi Tahap Kefahaman Pelajar
Terhadap Konsep Jirim 53
4.15 Taburan Kekerapan, Peratusan (%) Dan Nilai Min Bagi Faktor
Pelajar Yang Mempengaruhi Tahap Kefahaman Pelajar
Terhadap Konsep Jirim 55
4.16 Analisis Purata Min Persetujuan Berdasarkan Kepada Tema Item 57
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Keadaan Jirim 14
xv
SENARAI SIMBOL
SINGKATAN NAMA PENUH
UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah
PMR Penilaian Menengah Rendah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P Pengajaran Dan Pembelajaran
SPSS Statistical Package For Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan Sains di negara kita kini amat menekankan pembentukkan
murid-murid yang celik sains dengan mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang Sains ini. Hal ini adalah selaras dengan matlamat negara untuk
menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru itu, negara amat
memerlukan sumber manusia yang mampu menguruskan alam dengan baik,
bertanggungjawab, inovatif dan kreatif selari dengan perkembangan sains dan
teknologi. Menurut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (2001), kurikulum Sains
telah digubal berdasarkan kepada keperluan negara dan untuk memperolehi
hasil pembelajaran yang optimum. Selain itu, kurikulum Sains ini adalah
untuk memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat yang
akan menyumbang kepada pembangunan negara, keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Negara.
Selain itu, sistem pendidikan di negara kita bagi peringkat menengah
adalah selama lima tahun dengan setiap tingkatan selama setahun pengajian.
Bagi tiga tahun yang pertama, tahap pencapaian pelajar akan dinilai menerusi
2
Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum pelajar dikategorikan sama ada
dalam aliran Sains atau aliran Sastera. Terdapat juga beberapa aliran elektif
seperti aliran Akaun dan aliran Teknik dan Vokasional. Namun bagi mencapai
matlamat negara maju menjelang tahun 2020, negara kini amat menekankan
bilangan pelajar dalam aliran Sains lebih ramai berbanding dalam aliran
Sastera iaitu mengikut pecahan 60 aliran Sains dan 40 dalam aliran sastera.
Hal ini bagi memastikan sumber negara di masa akan datang adalah lebih
berpengetahuan Sains dan mampu membantu negara mencapai kemajuan
dalam Sains dan Teknologi setanding dengan negara maju yang lain. Selain
itu, sumber manusia negara yang berkemahiran dan seimbang daripada
pelbagai bidang juga amat diperlukan bagi pembangunan negara pada masa
akan datang.
Sains ialah bidang ilmu yang mengandungi maklumat atau fakta yang
terhasil menerusi pemerhatian, pengalaman, penyelidikan dan penemuan-
penemuan dengan mengunakan kaedah-kaedah saintifik. Ia juga dikaitkan
dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik apabila sesuatu sebab dan
akibat itu diuji dan dibuktikan kebenarannya (Kamus Dewan, 1986:1009).
Mengambil kira maksud Sains ini, mata pelajaran ini telah dijadikan sebagai
subjek teras di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah serta beberapa
mata pelajaran elektif Sains. Hal ini kerana pendidikan Sains amat
menekankan sikap inkuiri, pengetahuan, penyelesaian masalah serta sikap
saintifik untuk menggalakkan permikiran yang lebih kreatif, kritis,
berpandangan jauh serta lebih sistematik terhadap kehidupan. Ini merupakan
salah satu usaha negara untuk melahirkan masyarakat yang mampu
menghadapi cabaran pada masa akan datang terutamanya pada abad ke 21.
Dikenali sebagai satu bidang ilmu pengetahuan yang abstrak, Sains
amat berkaitan dengan konsep-konsep yang perlu difahami dan dikaji secara
kritis yang memerlukan pelajar memahaminya luar dari kotak permikiran
mereka. Selain itu, Sains menekankan penemuan konsep secara berterusan
sepanjang hayat bagi manusia memahami dan berinteraksi dengan alam
sekeliling (Nik Norhayati & Aziz Nordin, 2003). Justeru itu, beberapa rangka
konsep yang telah diakui kebenarannya dimasukkan ke dalam huraian sukatan
3
pelajaran Sains yang membolehkan masyarakat memahami alam sekeliling
menerusi pemahaman Sains (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).
Terdapat konsep-konsep asas yang penting dan merupakan nadi kepada
sesuatu ilmu Sains dan saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain
terutamanya dalam mengembangkan ilmu Sains dan penyelesaian masalah
sebenar dalam kehidupan.
Huraian sukatan pelajaran Sains ditetapkan mengikut kesesuaian
peringkat sekolah iaitu peringkat rendah, peringkat menengah rendah dan
peringkat menengah tinggi. Seperti yang termaktub dalam Sukatan Pelajaran
KBSM (2001), pengajaran dan pembelajaran Sains di peringkat sekolah
rendah dan peringkat menengah rendah adalah lebih kepada pengetahuan asas
Sains dan pengenalan kepada pelajar agar mereka mula mengenali
kepentingan Sains dari peringkat rendah lagi. Manakala bagi pelajar di
peringkat menengah tinggi pula, sukatan kandungan mata pelajaran Sains
adalah lebih meluas dengan penambahan beberapa subjek Sains elektif seperti
Kimia, Biologi dan Fizik bagi aliran Sains dan subjek Sains itu sendiri dalam
aliran Sastera. Hal ini adalah sebagai usaha kerajaan untuk melahirkan
pelajar-pelajar yang dapat mengembangkan sikap atau amalan saintifik dalam
diri dan mampu menjadi sumber manusia kepada negara yang tinggi
pengetahuan dalam Sains.
1.2 Latar Belakang
Salah satu konsep Sains yang penting dalam menguasai ilmu ini adalah
konsep jirim. Menurut Singer & Wu (2003), bahawa konsep jirim adalah idea
asas kepada pengetahuan saintifik dan ia amat berkait rapat untuk memahami
beberapa bidang Sains yang lain iaitu Sains elektif seperti Kimia, Biologi,
Fizik dan Sains Bumi (Zehra, 2009). Konsep asas jirim ada terdapat dalam
salah satu sukatan pelajaran Sains bagi sekolah rendah dan juga dalam sukatan
pelajaran Sains sekolah menengah bagi tingkatan satu. Kesinambungan
konsep ini diteruskan lagi dalam subjek Sains elektif bagi pelajar sekolah
4
menengah tinggi iaitu tingkatan empat dan tingkatan lima bagi aliran Sains.
Ini menunjukkan bahawa kefahaman yang kukuh diperlukan sejak dari awal
lagi bagi menguasai tajuk jirim ini dalam kalangan pelajar agar mereka
mampu menghubungkaitkannya dengan tajuk-tajuk Sains yang seterusnya.
Menyedari mengenai kepentingan jirim kepada alam, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkannya sebagai salah satu tema
dalam sukatan pelajaran Sains bagi peringkat menengah rendah. Tema ini
memerlukan pelajar untuk memahami konsep jirim dengan kehidupan atau
alam sekeliling. Selain itu, pelajar akan diperkenalkan kepada asas
pemahaman kepada pembentukan sesuatu bahan semulajadi dari sumber bumi
mahupun bahan buatan manusia menerusi perkembangan teknologi. Hal ini
sememangnya memerlukan pelajar mengenali dan memahami konsep asas
kepada perkara tersebut iaitu jirim. Tema jirim ini meliputi beberapa tajuk
Sains yang saling berkaitan satu sama lain iaitu Jirim, Kepelbagaian Sumber
di Bumi, Udara di Sekeliling Kita, Air dan Larutan dan Tanah dan Sumbernya
(Sukatan Pelajaran KBSM Sains, 2001). Namun begitu, terdapat juga tajuk
lain yang memerlukan kefahaman konsep jirim iaitu Haba seperti prinsip
pengembangan dan pemindahan haba.
1.3 Penyataan Masalah
Secara umum, konsep jirim boleh dilihat dalam kehidupan seharian
melalui pengalaman secara langsung mahupun tidak langsung seperti
kehadiran bayang- bayang, keadaan barang keperluan yang terdapat dalam
bentuk pepejal, cecair dan gas, perubahan keadaan dan sebagainya.
Disebabkan keadaan semulajadi yang berlaku di sekeliling kita, kemungkinan
idea alternatif ataupun kecelaruan pemahaman terhadap sesuatu konsep itu
berlaku antara apa yang difahami oleh murid tentang apa yang dialami dengan
teori sains yang sebenar. Selain itu, menurut Fisher & Lipson (1986), banyak
kajian yang menunjukkan bahawa sesuatu konsep awal yang dibina oleh
5
kebanyakan pelajar adalah bercanggah dengan fakta sains yang sebenar (Nik
Norhayati, 2003).
Selain itu, tahap kefahaman setiap pelajar terhadap konsep jirim adalah
berbeza-beza. Sama ada ia berkaitan dengan teknik pembelajaran pelajar itu
sendiri, teknik pengajaran guru, penggunaan bahasa pengantar dan
sebagainya. Merujuk kepada kajian Osborne & Wittrock (1983), terdapat
guru-guru Sains yang tidak sedar tentang kefahaman pelajar yang sering salah
konsep semasa pembelajaran Sains. Penyataan tersebut menunjukkan bahawa
perhatian awal oleh guru amat diperlukan dalam kefahaman pelajar dalam
subjek Sains. Sekiranya tidak, ini mungkin menyebabkan salah konsep dalam
kalangan pelajar berlanjutan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahap kefahaman yang rendah mengenai konsep jirim dan sekiranya
tidak di dikenalpasti serta diatasi dengan lebih awal akan menyebabkan proses
pembelajaran terganggu terutamanya bagi topik Sains yang lain yang
memerlukan asas jirim yang kukuh. Oleh itu, kajian yang dijalankan bertujuan
untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar sekolah menengah rendah bagi
konsep jirim dan faktor–faktor yang mempengaruhi kefahaman pelajar.
6
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk :
i) mengenalpasti tahap kefahaman pelajar mengenai konsep
jirim
ii) mengenalpasti hubungan antara keputusan gred sains Ujian
Penilaian Sekolah Rendah UPSR dan keputusan gred Sains
peperiksaan akhir tahun tingkatan satu (1) dengan tahap
kefahaman konsep jirim
iii) mengenalpasti pola pilihan aliran selepas Penilaian Menengah
Rendah (PMR) terhadap tahap kefahaman konsep jirim
iv) mengenalpasti sama ada wujud perbezaan signifikan tahap
kefahaman konsep jirim berdasarkan pilihan aliran selepas
PMR
v) mengenalpasti faktor–faktor yang mempengaruhi tahap
kefahaman pelajar terhadap konsep jirim
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan kepada kajian ini ialah :
i) apakah tahap kefahaman pelajar mengenai konsep jirim?
ii) adakah terdapat hubungan antara keputusan gred sains Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan keputusan gred Sains
peperiksaan tingkatan satu (1) dengan tahap kefahaman
konsep jirim?
iii) apakah pola pilihan aliran selepas Penilaian Menengah
Rendah (PMR) terhadap tahap kefahaman konsep jirim?
iv) adakah terdapat perbezaan signifikan tahap kefahaman konsep
jirim berdasarkan pilihan aliran selepas PMR?
7
v) apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kefahaman
pelajar terhadap konsep jirim?