PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya, SYED SYAMSUL FAIZAL BIN SYED ZAKARIYA (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT TERHAD TIDAK TERHAD
TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap No 15 Lorong 72, En. Muhamad Hafiz Bin Ismail
Taman LKNP Bukit Setongkol,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008
KAJIAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN
KESIHATAN ATLET SKUASY SUKMA JOHOR 2008.
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penyelia : En. Muhamad Hafiz Bin Ismail
Tarikh : 29 April 2008
KAJIAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN ATLET
SKUASY SUKMA JOHOR 2008
SYED SYAMSUL FAIZAL BIN SYED ZAKARIYA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI , 2008
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penulis : SYED SYAMSUL FAIZAL BIN SYED ZAKARIYA
Tarikh : 2 MEI , 2008
DEDIKASI
Untuk Keluarga Tersayang
Untuk insan tersayang Abah En Syed Zakariya B. Syed Harron Untuk insan tersayang Umi Zulhiah Bt. Ahmad
Ahli Keluarga tercinta
Syed Syamsul Rizal Syed Syamsul Hafiz Syed Mohd Amir
Syed Muhammad Syafiq
Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)
yang banyak Membantu Terutamanya En. Muhamad Hafiz Bin Ismail
Rakan-rakan seperjuangan seperjuangan
Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)
Serta Insan Teristimewa
Nurul Najiah Bt. Abu Safian
PENGHARGAAN
Alhamdulillah…………………….
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah
penyelidik menyiapkan projek sarjana muda ini mengikut masa yang telah ditetapkan
sebagai syarat akhir kursus ini sebelum menerima segulung ijazah.
Saya ingin mengucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada pensyarah Sains Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
terutamanya pensyarah pembimbing En. Muhamad Hafiz Bin Ismail di atas bantuan,
bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang penyelidik menyiapkan dan menjayakan
penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar Sains Sukan, UTM
yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada penyelidik terutamanya kepada
rakan-rakan seperjuangan kemasukan 2003/2004.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu bapa dak keluarga yang sentiasa
memberikan sokonngan kepada penyelidik. Tidak lupa pada insan teristimewa, Cik
Nurul Najiah yang sentiasa memberi semangat dan perangsang.
Sekian terima kasih
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian
pre dan ujian post untuk mengukur dan mengumpul data berkaitan dengan Kecergasan
Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet skuasy SUKMA Negeri Johor 2008 yang
mengandungi lima komponen asas iaitu Daya Tahan Kardiovaskular, Daya Tahan Otot,
Kekuatan Otot, Komposisi Badan dan Kelembutan. Ianya bertujuan sebagai persediaan
untuk menghadapi kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu. Untuk menjayakan kajian
ini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai
subjek untuk kajian ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan merangkumi Ujian Multi-Staget, Ujian Push-
Upt, Ujian Sit & Reach, Ujian Endurance Crunch dan Ujian Skinfoldt. Data-data yang
telah dikumpulkan daripada ujian pre dan ujian post akan dianalisis dengan
menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) 11.5 dan
Microsoft Excel 2003 untuk mendapatkan keputusan ujian secara signifikan. ujian-t
Sampel Berpasangan juga digunakan untuk membuat perbezaan data yang diperolehi
daripada ujian pre dan ujian post dengan aras signifikan yang ditetapkan ialah p < 0.05.
Hasil dapatan kajian didapati Ujian Multi-Stage p = 0.012, Ujian Push-Up p = 0.011
dan Ujian Skinfold p = 0.002 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iaitu
lebih kecil daripda aras signifikan yang ditetapkan p < 0.05, manakala Ujian Endurance
Crunch p = 0.517 dan Ujian Sit & Reach p = 0.093 menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan iaitu lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu
p < 0.05. Daripada dapatan kajian didapati hipotesis satu, dua, tiga dan lima adalah
ditolak manakala hanya hipotesis keempat sahaja yang diterima.
ABSTRACT
This experimental research used pre-test and post-test in order to gather the data
on the Physical Fitness Level Based on The Health. There were five basic components
which are Cardiovascular Endurance, Muscle Endurance, Body Composition and
Flexibility. The purpose of this research is for preparation to joining the SUKMA
tournament 2008 in Terengganu. The respondents are 6 squash women athletes from
Johor SUKMA team. The tests used to measure the five basic components were Multi-
Stage Test, Push Up Test, Sit And Reach Test, Endurance Crunch Test and Skinfold
Test. The collected data from the pre-test and post-test were analyzed by using
Statistical Package For Social Science (SPSS) 11.5 and Microsoft Excel 2003. Paired
Samples t-Test was used as well in order to get differences of the data from the pre and
post test. The significance level is p < 0.05. From the research, the result of Multi-Stage
Test p = 0.012, Push-Up Test p = 0.011 and Skinfold Test p = 0.002 shows that there
was a significantly difference slightly less than the significance level which is p < 0.05.
However, the Endurance Crunch Test p = 0.517 and Sit & Reach Test p = 0.093, there
was no significantly difference which was larger than the significance level p < 0.05. As
a result, the first, second, third and five hypotheses were rejected while only the
hypotheses was accepted.
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Kepentingan Kajian 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Hipotesis Kajian 8
1.6 Persoalan Kajian 10
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Operasional 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kajian Berkaitan Sukan Raket 15
2.3 Kajian Berkaitan Komponen Kecergasan 16
2.4 Kesimpulan 25
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Tempat Kajian 28
3.4 Subjek Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian 29
3.6 Prosedur Kajian 30
3.7 Pentadbiran Kajian 40
3.8 Pengumpulan Data 40
3.9 Analisis Data Kajian 41
4.0 Kesimpulan 41
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Secara Deskriptif 43
4.2.1 Analisis Data Daya Tahan Kardiovaskular 44
4.2.2 Analisis Data Kekuatan Otot 46
4.2.3 Analisis Data Daya Tahan Otot 48
4.2.4 Analisis Data Kelembutan 50
4.2.5 Analisis Data Komposisi Badan 52
4.3 Analisis Secara Statistik Inferential 55
4.3.1 Analisis Ujian-t Sampel Berpasangan
Bagi Setiap Komponen Kecergasan Fizikal
4.4 Penutup 65
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Ringkasan Kajian 67
5.3 Perbincangan Kajian 68
5.4 Kesimpulan 74
5.5 Masalah Yang Dihadapi 75
5.6 Cadangan 75
5.7 Penutup 77
RUJUKAN 78
LAMPIRAN 82
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Taburan Umur Subjek 43
4.2.2 Norma ( Multi-Stage Test ) Wanita 44
4.2.3 Data Ujian Pre dan Post ( Multi-Stage Test ) 44
4.2.4 Norma ( Push-Up Test ) Wanita 46
4.2.5 Data Ujian Pre dan Post ( Push-Up Test ) 46
4.2.6 Norma ( Endurance Crunch Test ) Wanita 48
4.2.7 Data Ujian Pre dan Post ( Endurance Crunch Test ) 48
4.2.8 Norma ( Sit & Reach Test ) Wanita 50
4.2.9 Data Ujian Pre dan Post ( Sit & Reach Test ) 50
4.2.10 Data Ujian Pre ( Skinfold Test ) 52
4.2.11 Data Ujian Post ( Skinfold Test ) 52
4.2.12 Norma ( SkinFold Test ) Wanita 53
4.2.13 Data Ujian Pre dan Post Peratusan Lemak 53
( Skinfold Test )
4.3.1 Perbandingan Ujian Pre dan Post 55
( Multi-Stage Test )
4.3.1.1 Lengkungan Normal Ujian-t Sampel Berpasangan 56
( Multi-Satage Test )
4.3.2 Perbandingan Ujian Pre dan Post ( Push-Up Test ) 57
4.3.2.1 Lenkungan Normal Ujian-t Sampel Berpasangan 58
( Push-Up Test )
4.3.3 Perbandingan Ujian Pre dan Post 59
( Enduran Crunch Test )
4.3.3.1 Lenkungan Normal Ujian-t Sampel Berpasangan 60
( Enduran Crunch Test )
4.3.4 Perbandingan Ujian Pre dan Post 61
( Sit & Reach Test )
4.3.3.1 Lenkungan Normal Ujian-t Sampel Berpasangan 62
( Sit & Reach Test )
4.3.5 Perbandingan Ujian Pre dan Post ( Skinfold Test ) 63
( Sit & Reach Test )
4.3.5.1 Lenkungan Normal Ujian-t Sampel Berpasangan 64
( Skinfold Test )
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Data Ujian Pre dan Post 45
( Multi-Stage Test )
2 Data Ujian Pre dan Post ( Push-Up Test ) 47
3 Data Ujian Pre dan Post 49
( Endurance Crunch Test )
4 Data Ujian Pre dan Post ( Sit & Reach Test ) 51
5 Data Ujian Pre dan Post ( Skinfold Test ) 54
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Menggunakan Atlet 82
Sebagai Sampel Kajian
B Surat Perlantikan Sebagai Sampel Kajian 83
C Surat Perjanjian 84
D Surat Kontrak Persetujuan Subjek Ujian 85
E Borang Skor Ujian Komponen Kecergasan 86
Fizikal Berasaskan Kesihatan
F Keputusan Ujian Pre dan Post Komponen 87
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
Atlet Skuasy SUKMA Negeri Johor 2008.
G Skala Nilai Genting 88
H “ Body Fat Caliper Measurement Sites ” 89
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Skuasy ialah satu sukan beraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai
"Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa
Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy. Permainan ini dimainkan
oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket
'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan
berongga.
Sejarah awal skuasy menyatakan bahawa permainan ini berasal dari Harrow
School pada kurun ke-19, hanya di luar London, England, sebagai satu penambahan
raket. Pembinaan gelanggang yang pertama direkodkan seperti di Harrow dalam tahun
1860-an. Kemungkinan bahawa gelanggang skuasy awal telah dibina di Harrow oleh
satu gelanggang dengan membahagikan dewan gelanggang raket, yang mana merupakan
lebih tepat lagi sama seperti tiga saiz gelanggang skuasy Sepanyol (untuk membenarkan
lebih banyak pemain bermain di dalam gelanggang pada masa yang sama).
Permainan umumnya kekal sebagai pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan
universiti-universiti sehinggalah awal abad ke-20, yang mana masa itu sukan ini menjadi
popular dalam kelab-kelab persendirian (seperti RAC di London) dan dengan pegawai-
pegawai dalam angkatan tentera British
Di dalam permainan skuasy ini kecergasan fizikal adalah sangat penting kerana
ianya memerlukan seseorang pemain itu sentiasa bergerak hampir ke semua sudut
gelangang. Dengan memiliki tahap kecergasan fizikal yang baik seseorang pemain
squasy itu tidak akan mengalami masalah ketika bermain skuasy dan mampu
menunjukkan mutu permainan yang berkualiti tinggi.
Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan? Menurut ahli-ahli fisiologi
mengatakan bahawa kecergasan merupakan satu keadaan di mana seseorang itu
mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan
penggunaan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di
masa kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan. Pelbagai definisi dapat kita
perolehi daripada pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai takrifan kecergasan fizikal
diantaranya.
Mengikut Corbin dan Linsay (1994) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai
kecergasan keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisien dan berkesan.
Kecergasan fizikal sewajarnya mengandungi sebelas komponen yang dapat memberi
sumbangan kepada kualiti hidup secara total dan dikiatkan dengan kebolehan seseorang
bekerja dengan berkesan, menikmati riadah, menjadi sihat, menentang penyakit
hipokinetik dan menghadapi keadaan kecemasan. Secara amnya kecergasan fizikal
adalah bergantung kepada setiap komponen bersenaman, permakanan dan corak hidup
yang aktif. Kecergasan fizikal yang berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal
berlandaskan perlakuan motor. Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan meliputi 5
komponen iaitu Komposisi Badan, Keupayaan Kardiovaskular, Kelenturan, Daya Tahan
Otot dan Kekuatan Otot. Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor pula
merangkumi 6 komponen iaitu ketangkasan , imbangan, koordinasi, kuasa, masa tindak
balas serta kepantasan.
Heyward (1991), mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan individu
melaksanakan pekerjaan harian dengan berkesan serta mempunyai tenaga yang
mencukupi untuk berekreasi dan dapat melakukan aktiviti harian tanpa rasa letih. Ini
secara keseluruhan melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi dan kecergasan
fisiologi. Kesemua ini ditentukan pula oleh persekitaran, keturunan (baka) dan cara
hidup seseorang itu.
Definisi kecergasan fizikal yang dicadangkan oleh Akademi Pendidikan Jasmani
Amerika Syarikat (Clarke, 1979) ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan
cekap dan cergas tanpa merasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang
mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain daripada itu seseorang yang cergas dari segi
fizikal harus sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin
timbul.
Konsep kecergasan merangkumi aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan
kerohanian. Konsep kecergasan itu adalah syumul (comprehensive) yang membolehkan
seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan sangatlah
perlu bagi seseorang oleh kerana kesihatan yang tinggi dapat menghindarkan sebarang
kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri. William E. Prentice
and Charles A.Bucher (1988) dalam bukunya “Fitness for college and life” menerangkan
bahawa kecergasab fizikal sebagai sistem organik tubuh yang sihat dan berfungsi secara
cekap supaya membolehkan seseorang melibatkan diri dalam tugas-tugas yang mencabar
dan aktiviti-aktiviti senaman.
Menurut Zainal Abidin Abu Zarin (1987) kecergasan adalah suatu keadaan dan
keupayaan bagi seseorang melakukan kerja dan tanggungjawab hariannya tanpa cepat
rasa penat atau letih dan bertenaga untuk berekreasi serta berurusan dengan keluarga dan
masih berdaya bagi menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan. Dalam kontek
MALAYSIA CERGAS ia menggalakkan seseorang individu berkeadaan sedemikian
semoga ia dapat berperanan dan berfungsi dalam pembinaan Negara. Kegiatan-kegiatan
kecergasan adalah seperti bersenam, gymwork dan kegiatan aerobic seperti senamrobik,
berjogging, berlari, berbasikal, berenang, berjalan kaki dan sebagainya.
Ujian kecergasan fizikal adalah cara atau kaedah menguji secara sejauh mana
tubuh badan seseorang itu dapat berfungsi. Sejak zaman batu lagi manusia zaman purba
telah bergantung kepada kecergasan, ketangkasan dan kekuatan badan dalam aktiviti-
aktiviti hidup mereka seperti memburu, bermain dan juga berperang. Manusia zaman
purba ini meneruskan hidup mereka dengan sihat dan melaksanakan tugas-tugas harian
mereka. Dengan erti kata lain, walaupun masyarakat pada masa itu tidak memikirkan
aspek kecergasan fizikal secara langsung tetapi mereka menumpukan perhatian kepada
kehendak asas kehidupan seperti mencari makanan, tempat perlindungan dan pakaian.
Jadi, kita boleh membuat tanggapan bahawa mereka telahpun mengamalkan gaya hidup
yang cergas kerana keperluan kehidupan mereka harian.
Kecergasan adalah suatu aset yang sangat penting dan hak seseorang individu
yang perlu dijaga serta dipertingkatkan bagi mencapai kehidupan yang sihat dan cergas.
Menurut ahli fisiologi, kecergasan yang berlandaskan kepada kesihatan melibatkan
beberapa komponen iaitu Dayatahan Kardiovaskular, Dayatahan Otot, Kekuatan Otot,
Kelembutan dan Komposisi badan. Memandangkan kecergasan fizikal ini amat penting
bagi setiap atlet maka para jurulatih harus memberi perhatian serius terhadap kecergasan
atletnya. Berbagai usaha perlu dijalankan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal
atlet.
1.2 Pernyataan masalah
Adakah tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlet skuasy SUKMA Johor
mencapai tahap yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri johor untuk mewakili Negeri
Johor dalam kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu. Sejauh manakah tahap prestasi
atlet skuasy Negeri Johor yang menyertai kejohanan SUKMA 2008 untuk berhadapan
dengan atlet skuasy dari negeri-negeri lain.
Kajian yang dijalankan ini boleh mengukur sejauh mana tahap prestasi kecergasan
fizikal berasaskan kesihatan atlet skuasy SUKMA Johor 2008 melalui ujian-ujian
kecergasan fizikal yang telah ditetapkan. Ini juga dapat memberi kesedaran kepada atlet
supaya dapat meningkatkan lagi tahap kecergasan mereka dari masa ke semasa demi
meningkatkan mutu pemainan semasa kejohanan SUKMA 2008 berlangsung.
1.3 Kepentingan kajian
Kajian yang dijalankan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam
membantu pihak tertentu dalam meningkatkan prestasi atlet sukan skuasy dalam aspek
kecergasan fizikal berasaskan kesihatan.
Di antara sumbangannya ialah :
1.3.1 Dapat membantu atlet skuasy mengetahui tahap sebenar kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan.
1.3.2 Dapat mengumpul data dan maklumat atlet skuasy Johor berkaitan dengan
kecergasan fizikal berasaskan kesihatan bagi tujuan pemantauan oleh
pihak Majlis Sukan Negeri Johor
1.3.3 Dapat membantu jurulatih dari aspek penilaian prestasi berasaskan kepada
komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
1.3.4 Boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pengkaji akan datang
untuk membuat kajian berkaitan dengan kecergasan fizikal berasaskan
kesihatan atlet skuasy.
1.4 Objektif kajian
Setiap kajian yang dijalankan semestinya mempunyai matlamat atau objektif yang ingin
diperolehi hasil daripada kajian tersebut. Obejektif ini adalah sangat penting untuk
dijadikan sebagai garis panduan dalam menjalankan sesuatu kajian. Begitu jugalah
dengan kajian yang dijalankan ini. Diantara objektif kajian ini ialah :
1.5.1 Mengetahui tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlet skuasy
SUKMA Negeri Johor.
1.5.2 Mengumpul data dan maklumat yang digunakan untuk pemantauan
prestasi atlet skuasy SUKMA Johor 2008 supaya mereka sentiasa
mengetahui tahap kecergasan mereka..
1.5.3 Menguji sejauhmana latihan yang diberikan dapat meningkatkan tahap
kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlet skuasy SUKMA Negeri
Johor.
1.5 Hipotesis Kajian
Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet
skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen Daya
Tahan Kardiovaskular sebelum dan selepas ujian
kecergasan fizikal .
Ha 1 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet
skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen Daya
Tahan Kardiovaskular sebelum dan selepas ujian
kecergasan fizikal .
Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet
skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen Kekuatan
Otot sebelum dan selepas ujian kecergasan fizikal .
Ha 2 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet
skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen Kekuatan
Otot sebelum dan selepas ujian kecergasan fizikal .
Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet
kuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen
Kelembutan sebelum dan selepas ujian kecergasan fizikal .
Ha 3 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet
skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen
Kelembutan sebelum dan selepas ujian kecergasan fizikal .
Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet
skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen
Daya Tahan Otot sebelum dan selepas ujian kecergasan
fizikal .
Ha 4 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet
skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen
Daya Tahan Otot sebelum dan selepas ujian kecergasan
fizikal .
Ho 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet
skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen
Komposisi Badan sebelum dan selepas ujian kecergasan
fizikal .
Ha 5 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet
skuasy SUKMA Johor 2008 bagi komponen
Komposisi Badan sebelum dan selepas ujian kecergasan
fizikal .
1.6 Persoalan kajian
Dalam melaksanakan kajian ini pengkaji telah mengenal pasti beberapa persoalan yang
perlu diberi penekanan dan diketengahkan untuk menjayakan kajian ini.
Di antara persoalan kajian kajian yang telah dikenalpasti oleh penyelidik ialah :-
1.6.1 Sejauhmanakah tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet
skuasy SUKMA Negeri Johor ?
1.6.2 Adakah atlet skuasy SUKMA Negeri Johor mengetahui tahap sebenar
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan mereka ?
1.6.3 Adakah latihan yang dilakukan oleh atlet skuasy dapat meningkatkan
tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet skuasy ?