BookDoc, KKM Lancar KOSPEN@Activ,
Tingkat Aktiviti Fizikal Rakyat
KOSPEN@Activ merupakan satu inisiatif baru daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama BookDoc Activ. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan tahap aktiviti fizikal rakyat Malaysia melalui pertandingan-pertandingan dengan menggunakan aplikasi BookDoc Activ. KOSPEN@Activ akan menjadi sebahagian daripada program di bawah KOSPEN dan KOSPEN Plus. KKM telah memulakan KOSPEN@Activ dengan melibatkan kakitangan kementerian dahulu bagi memberi inspirasi kepada masyarakat di seluruh negara.
Mengenai BookDoc Activ
Syarikat penjagaan kesihatan dalam talian, BookDoc, telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan Komuniti Sihat Pembina Negara atau KOSPEN@Activ, bagi meningkatkan tahap aktiviti fizikal rakyat Malaysia. Kerjasama itu memudahkan orang ramai mengesan bilangan langkah harian melalui aplikasi mudah alih BookDoc Activ yang boleh didapati secara percuma di App Store dan Google Play Store.
Selaraskan peranti kecergasan anda dengan BookDoc Activ dan mulakan perjalanan Activ anda yang penuh dengan ganjaran! Purata langkah harian anda pada akhir setiap bulan akan menentukan Tahap Ganjaran anda: Gangsa, Perak, Emas dan Platinum, dan setiap
tahap mempunyai ganjaran yang sangat mengujakan! Semakin tinggi Tahap Ganjaran, semakin tinggi tawaran yang anda boleh dapat.
Sila semak senarai rakan kongsi Ganjaran dan negara-negara yang dapat gunakan Ganjaran tersebut. Di antaranya adalah cawangan-cawangan kedai makanan & minuman, pasaraya, gym & kecergasan, pakaian, produk kesihatan, pengangkutan dan banyak lagi. Kekal Activ, Dapat Ganjaran!!
KOSPEN@Activ
Aplikasi RakanMET
RakanMET, merupakan satu inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) dalam memperkasakan sistem penyampaian maklumat seperti mana inisiatif Rakan Cop, PDRM.
Mengaktifkan program Premium KOSPEN@Activ anda
(Pastikan anda telah memuat turun versi terbaru aplikasi BookDoc!)
Aplikasi RakanMET merupakan platform perkongsian maklumat terkini keadaan cuaca, bencana atau gempa bumi dari semasa ke semasa.
Aplikasi RakanMet juga berperanan bagi mewujudkan medium interaksi dua hala antara pihak Jabatan Meteorologi Malaysia dan orang awam dengan menyediakan maklumat yang sahih dan boleh dipercayai.
Melalui aplikasi RakanMET ini orang ramai boleh melaporkan kejadian dan fenomena cuaca di kawasan masing-masing menggunakan telefon bimbit dengan lebih cepat.
Apa beza jika anda Log In sebagai
ADMIN, USER dan GUEST??
Terdapat 3 jenis User Account: iaitu Administrator, User dan Guest.
Apakah perbezaan yang anda dapat jika anda log in melalui salah satu user ini?
Berikut adalah penjelasannya.
✓
✓
✓
✓
✓
✓
✓
✓
✓
Sumber http://komputerdananda.blogspot.my/2010/08/apa-beza-anda-log-sebagai-admin-user.html
SSD vs HDD: Apakah Perbezaannya?
Pada seketika dahulu, pengguna PC tidak mempunyai banyak pilihan akan
jenis storage yang mereka boleh gunakan di dalam latop mahupun desktop. Jika
anda membeli ultrabook atau ultraportable, anda mungkin mendapat SSD.
Namun sekarang, pengguna PC sudah mampu milik HDD dan SSD (kerana harga
sudah turun). Berikut dijelaskan perbezaan antara kedua-dua jenis storage ini dan
yang mana terbaik kepada anda.
HDD (Hard Disk Drive) SSD (Solid State Drive)
Kapasiti Boleh didapati dari 320GB hingga ke 2TB.
Sukar mendapatkan kapasiti yang tinggi. 256GB adalah kapasiti paling tinggi untuk SSD bersaiz 2.5 inci
Kelajuan Read/Write
Dalam lingkungan dari 50 - 120MB/s Selalunya melebihi 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih
Harga HDD bersaiz 3.5 inci lebih murah dari 2.5 inci. Contoh : RM1 = 1GB
Lebih mahal jika dibandingkan dengan HDD. Contoh : RM10 = 1GB
Bunyi Kadang-kadang ianya menghasilkan bunyi putaran.
Tiada bunyi yang dihasilkan.
Kadar Kegagalan kadar kegagalan kira-kira 1.5 juta jam atau lebih
kadar kegagalan kira-kira 2.0 juta jam atau lebih
Terjejas Dengan Magnet
Magnet boleh memadam data Selamat dari sebarang magnet
Penggunaan Kuasa Menggunakan kuasa elektrik lebih tinggi. Jika hanya menggunakan bateri, ia akan mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri.
Penggunaan kuasa elektrik yang rendah. Dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sehingga lebih 30 minit.
Kelajuan Membuka/Membaca Fail
Perlahan daripada SSD Sehingga 30% lebih cepat daripada HDD
Jangka Masa Boot Windows 7
Secara purata selama 40 saat atau lebih.
Secara purata selama 30 saat atau kurang bergantung pada prestasi komputer.
Sumber http://www.okcomputersolution.net/2015/06/ ssd-vs-hdd-apakah-perbezaan.html
Pernah tak anda alami laptop atau netbook anda tiba
tiba gelap walau anda tekan semua kekunci ianya
tetap juga gelap. Kenapa perkara tersebut terjadi dan
bagaimana cara untuk atasinya?
Screen Laptop atau Netbook tiba tiba gelap.. Mengapa dan bagaimana cara nak atasinya..
Perkara ini terjadi kerana:
Anda tertekan sleep secara tak sengaja dan anda tak tahu kunci untuk wake upnya
semula
Komputer anda memang Hang dan ianya menjadi black screen
Terkena seragan virus
Memang LCD nya rosak
Bagaimana nak atasinya??
Caranya mudah sahaja samaada:
Tekan butang power selama 10 saat komputer anda akan reset dan restart semula
Jika tak berhasil tanggalkan bateri dan pasang semula komputer anda boleh di on
seperti biasa
Jika semua proses ini tak berhasil komputer anda telah di serang virus yang mana
ianya telah mengelapkan semua program pada screen komputer anda. Jika ini berlaku
caranya ialah anda kena format komputer anda.
Jika langkah di atas ini juga tak berhasil ini bermakna screen LCD komputer anda
memang dah rosak hantar saja ke kedai kerana screen LCD nya perlu di tukar.
Harganya sekitar RM 300-380.
Sumber http://komputerdananda.blogspot.my/2010/10/lap-top-tiba-tiba-gelap-kenapa.html