Download - BM Esok Tamil School
1.Kejadian _______________ itu berlaku di antara polis dengan perompak di Taman Sayang pada waktu malam.
A.berkejar-kejaran
B.kelam-kabut
C.tembak-menembak
D.jerih-payah
2.Pasukan ping pong sekolah ___________ kegembiraan apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah khas dalam kejohanan bola sepak antara zon.
A.terlonjak-lonjak
B.tertanya-tanya
C.lama-lama
D.hati-hati3.Pihak mahkamah tidak __________________ untuk menjatuhkan hukuman berat ke atas penjenayah itu.
A.tergesa-gesa
B.terburu-buru
C.teragak-agak
D.terkilan-kilan
4.Ali ____________ tidak tahu apabila ditanya oleh ibunya.
A.pura-pura
B.renyai-renyai
C.anting-anting
D.bintik-bintik
5.Pengemis yang tua berpakaian ________________ duduk di tepi jalan.
A.lemah-longlai
B.haru-biru
C.calar-balar
D.compang-camping
6.Tiga orang pemuda itu lari _____________ apabila ternampak satu lembaga putih yang berkeliaran di kawasan perkuburan pada waktu malam.
A.kelam-kabut
B.hiruk-piruk
C.lintang-pukang
D.kucar-kacir
7.Air perigi di Kampung Milan semuanya ______________ kerana sudah beberapa bulan hujan tidak turun.
A.basah-kuyup
B.kusut-masai
C.kering-kontang
D.tungkus-lumus8."____________nya dia yang merosakkan motosikal abang kamu, " ujar Ah Lim kepada Mei Ling dengan marah.
A.Macam-macam
B.Siapa-siapa
C.Rupa-rupa
D.Akan-akan
9._________ Wai Ming luka dan berdarah kerana tercucuk tulang ikan sewaktu makan.
A.Lelangit
B.Kekisi
C.Pepijat
D.Jejari
10.Perahu kecil ______________ apabila dipukul oleh ombak laut.
A.gerak-geri
B.tercengang-cengang
C.terumbang-ambing
D.pucat-lesi