Download - BIOLOGI 2

Transcript

Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.Perkataan biologi moden kelihatannya diperkenalkan secara terasing antaraGottfried Reinhold Treviranus(Biologie oder Philosophie der lebenden Natur,1802) dan olehJean-Baptiste Lamarck(Hydrogologie, 1802). PerkataanBiologiitu sendiri telah dikatakan dicipta pada1800olehKarl Friedrich Burdach, tetapi ia muncul pada judul Jilid 3 bukuMichael Christoph HanovPhilosophiae naturalis sive physicae dogmaticae:Geologia, biologia, phytologia generalis et dendrologia, diterbitkan pada1766. Pada masa kini, perkataan tersebut merangkumi bidang akademik yang lebih meluas yang sering dilihat sebagai bidang yang tersendiri.Kebanyakan sains biologi merupakan disiplin khusus.Botanimerupakan kajian tumbuh-tumbuhan,zoologimerupakan kajian haiwan, danmikrobiologimerupakan kajian mikroorganisma. Bidang lain dalam biologi adalah berdasarkan skala organisma dikaji dan kaedah mengkaji mereka.Biokimiamengkaji kimia asas hidup,biologi molekulmengkaji interaksi sistem molekul biologi yang kompleks,biologi selmengkaji benda binaan kehidupan asas, iaitusel, manakalafisiologimerupakan kajian fungsi tisu dan organ organisma dari segi fizikal dan kimia, danekologimerupakan kajian hubungan sesama pelbagai organsima dan alam sekeliling mereka.


Top Related