Anugerah Sekolah Hijau 2014
1 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Isi Kandungan 1
2 Profil Sekolah 2 - 9
3 Visi, Misi Dan Objektif Sekolah Hijau 10
4 Ciri – Ciri Amalan Sekolah Hijau 11 - 13
5 Ahli Jawatankuasa Sekolah Hijau 14 - 15
6 Takwim Projek Sekolah Hijau 16 - 17
7 Aktiviti Sekolah Hijau 2013
Kitar Semula 18 - 20
Inovasi Dan Kreativiti 21 - 24
Kebersihan 25
Penghijauan 26 - 28
Penglibatan Komuniti 29 - 30
8 Lampiran 31 - 33
Anugerah Sekolah Hijau 2014
2 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
2.0 PROFIL SEKOLAH
Menurut Hodgets (1975) kepimpinan merupakan proses untuk mengarah daya usaha kakitangan supaya dapat mencapai matlamat
organisasi. Kepimpinan sekolah pula boleh didefinisikan sebagai proses guru besar mendapatkan kerjasama mereka yang bertugas
dibawah arahannya dalam menuju ke arah penyempurnaan matlamat. Dengan kata lain, kepimpinan sekolah melibatkan guru besar,
objektif, guru-guru, kakitangan, pelajar, ibu bapa dan juga masyarakat.
Bagi merealisasikan matlamat tersebut Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Balik Pulau, telah menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan bagi meningkatkan kualiti pencapaian akademik berteraskan budaya ilmu.
Pihak sekolah juga sentiasa berusaha mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang efisyen, dinamik dan bijaksana.
Di samping itu juga guru-guru turut bergerak selangkah dan sederap dalam menyediakan perancangan pembelajaran yang
mantap, produktif dan praktikal selaras dengan visi dan misi sekolah. Selaras dengan pembangunan dan perkembangan pesat
pendidikan negara, beberapa perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan pengawalan pelbagai program telah, sedang dan akan
dilaksanakan ke arah kecemerlangan akademik sekolah.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
3 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
2.1 MAKLUMAT SEKOLAH
GRED SEKOLAH : GRED A
KOD SEKOLAH : PBA 3010
LOKASI SEKOLAH : LUAR BANDAR
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI RUSA
ALAMAT SEKOLAH : 11010 BALIK PULAU
PULAU PINANG
NO. TELEFON : 04 - 8661004
NO. FAX : 04 – 8661004
2.2 LENCANA SEKOLAH
MAKSUD LENCANA SEKOLAH:
BUKU : Melambangkan Ilmu Pengetahuan
OBOR : Menerangi Kehidupan (Masa Depan Seseorang)
WARNA BIRU : Melambangkan Pulau Pinang Yang Dikelilingi Oleh laut.
1885 : Tahun Sekolah Ini Ditubuhkan
ILMU SULUH HIDUP : Cogan Kata Sekolah
Anugerah Sekolah Hijau 2014
4 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
2.3 SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH
Memandangkan kepentingan ilmu pendidikan kepada masyarakat setempat, kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah dalam tahun
1885 di kawasan Sungai Rusa. Sekolah ini telah dinamakan Sekolah Umum Sungai Rusa, dan merupakan sekolah yang pertama didirikan di daerah
ini.Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah dan satu ruang untuk “Rumah Guru”. Ketika awal penubuhannya hanya terdapat dua orang tenaga
pengajar sahaja, Sementara bilangan murid dalam satu kelas ialah seramai 12 hingga 13 orang sahaja.
Pada tahun 1934 bangunan sekolah yang dikhas untuk murid-
murid perempuan telah diubahsuai menjadi bangunan yang lebih
besar danmempunyai kawasan padang permainan yang
lebihluas. Bilangan guru pada ketika itu telah meningkat kepada
sepuluh orang manakala murid-muridnya terdiri daripada kanak-
kanak yang datang daripadatigabuah mukim berdekatan
iaituKampung Sungai Rusa, Kampung Permatang Pasir dan
Kampung Sungai Pinang.
Pada tahun 1957 jumlah darjah meningkat kepada 12 kelas,
manakala tenaga pengajarnya juga turut meningkat menjadi 14
orang. Oleh sebab ketiga-tiga bangunan yang ada hanya boleh
menempatkan sebanyak sepuluh buah bilik darjah sahaja, maka
dua darjah lagi terpaksa menumpang di Sekolah Agama Sungai
Rusa. Pada tahun 1957, sekolah agama ini telah dinamakan
sebagai Sekolah Umum Sungai Rusa.
Memandangkan bilangan pelajar semakin ramai pada akhir
tahun 1962 sebuah lagi bangunan tambahan yang mempunyai 4
bilik darjah telah didirikan. Dengan adanya bangunan tambahan ini pada tahun 1963 semua kanak-kanak di sekolah ini dapat belajar dalam satu
sesi di sebelah pagi sahaja.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
5 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
Tahun demi tahun, budaya menuntut ilmu semakin menular. Untuk memastikan murid-murid dapat menikmati kemudahan yang lebih
selesa maka pada tahun 1994 sebuah lagi bangunan tiga tingkat telah didirikan di Padang permainan. Bangunan ini telah siap pembinaannya
setahun kemudian. Pada masa itu jumlah murid telah mencecah keangka melebihi 400 orang.
Kemuncak pencapaian cemerlang prestasi Peperiksaan UPSR ialah pada tahun 1995, apabila seramai 9 orang pelajar telah memperolehi
4A. Kejayaan ini turut mendapat penghargaan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
Pentadbiran sekolah silih berganti, bermula pada tahun 2001 hadir lah Tuan Guru Besar yang mempunyai wawasan dan cita-cita tinggi
untuk menaikan nama sekolah terutamanya di Daerah Barat Daya. Encik Mohd Saad bin Bakar, Guru Besar yang baru mendaftarkan diri telah
melakukan pelbagai perubahan terhadap sekolah terutamanya dalam bidang Kurikulum di mana semenjak beliau berada di sekolah ini peratus
pencapaian peperiksaan UPSR telah melonjak dari kebiasaan.
Sebelum ini peratus pencapaian UPSR berada pada tahap di bawah 50 peratus tetapi dengan usaha pentadbiran yang baru dan guru-guru
sekolah telah dapat melonjakkan pencapaian dari segi peratusan dan kemuncak kejayaan tersebut pada tahun 2003 peratus kelulusan sekolah
mencapai 70 peratus kelulusan dan medapa tpenghargaan dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.
Harapan semua warga sekolah, masyarakat dan sesiapa yang pernah hadir di daerah SKSR ini, mengharapkan sekolah ini akan terus berdiri
tegak sebagai sebuah institusi akademik yang bakal melahirkan anak-anak yang akan mengharumkan nama kawasanSungai Rusa ini amnya dan
negara khasnya.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
6 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
Nama-Nama Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa
BIL NAMA GURU BESAR TAHUN
BERKHIDMAT
01 TUAN HJ. ABD RASHID BIN HJ HAMZAH SEBELUM 1941
02 TUAN HJ ABAS BIN KASIM
03 TUAN HJ. MD HUSSAIN BIN ABD RASHID
04 TUAN HJ ABD RAHMAN BIN MD. HASHIM
05 TUAN HJ. MAJID BIN ABDULLAH
06 TN. HJ. MD ALI B. MD DIN 1945 – 1947
07 EN SAIDIN BIN HASSAN
08 TN. HJ. MD. ISA BIN MD. NOH
09 TN HJ. MD ISA BIN SHARIFF
10 TN HJ. ASHAARI BIN MD. ISA 1957 - 1968
11 TN. HJ MOHD NOOR BIN AHMAD 1969 – 1973
12 YBHG. DATO’ HJ. SHAMSURI BIN HJ. SALLEH 1974
13 EN. ISMAIL BIN YASSIN 1974 – 1982
14 TUAN HJ. OMAR BIN KARIM 1983 – 1984
15 TUAN HJ MD. NAYAN BIN BAKAR 1984 – 1986
16 TUAN HJ. OTHMAN BIN HJ AHMAD 1986 – 1987
17 EN. ABDUL JALIL BIN MOHAMMAD 1987 – 1994
18 PUAN HJH RAFTAH BT ITAM AHMAD 1994 – 1998
19 EN. HUSSIN BIN SALLEH 1998 - 2001
20 EN. MOHD SAAD BIN BAKAR 2001 - 2007
21 PUAN HJH HASNAH BT A. HAMID 2008 hingga
sekarang
Anugerah Sekolah Hijau 2014
7 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
2.4 LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Balik Pulau, adalah sekolah rendah gred A yang terletak di luar bandar. Sekolah satu sesi ini mempunyai
murid seramai 403 orang. Mereka tinggal berhampiran dengan sekolah dan jarak yang paling jauh adalah dalam lingkungan 8 km. Para penjaga
murid bekerja sebagai anggota kerajaan (10%), Kakitangan Swasta (60%), Ladang (5%), Bekerja sendiri (15%) dan pesara (10%).
2.5 VISI DAN MISI SEKOLAH
3.1.1 Visi Sekolah
Menjadikan SKSR antara sekolah cemerlang dalam bidang kurikulum Hal Ehwal murid dan kokurikulum di Peringkat Pulau
Pinang menjelang thaun 2015.
3.1.2 Misi Sekolah
3.1.2.1 Memberi pendidikan berkualiti dan menyeluruh tampa mengira keturunan dan latar belakang murid.
3.1.2.2 Menyediakan segala kemudahan fizikal kepada murid agar selesa dan menyeronokkan.
3.1.2.3 Seluruh kakitangan sekolah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencipta kecemerlangan pelajar dalam kurikulum
dan kokurikulum.
3.1.2.4 Berusaha untuk menyemai sikap pelajar yang berakhlak, bertakwa dan mewujudkan semangat petriotisma di kalangan
murid.
3.1.2.5 Menyemai sikap bekerjasama dan bertolak ansur di kalangan murid untuk mewujudkan masyarakat yang harmonis dan
bersatupadu
Anugerah Sekolah Hijau 2014
8 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
2.6 FALSAFAH SEKOLAH
2.6.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, beraklakmulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
2.6.2 FALSAFAH SEKOLAH
Pelajar adalah insan yang boleh dididik dan dibimbing untuk mencapai kecemerlangan. Oleh itu, sekolah bertanggungjawab
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hasrat ini dapat dicapai melalui
penyuburan potensi pelajar hasil daripada pemuafakatan dan kerja berpasukan guru secara bersepadu dan berterusan.
2.7 PIAGAM PELANGGAN
3.3.1 PIAGAM SEKOLAH
Sesungguhnya Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa berazam:
3.3.1.1 Memberi perkhidmatan yang cekap, bersih, amanah dan mesra,
3.3.1.2 Memastikan murid dapat menguasai 3M,
3.3.1.3 Memperkemas prestasi akademik dan kokurikulum,
3.3.1.4 Melahirkan insan yang harmonis, seimbang dan penyayang,
3.3.1.5 Ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
9 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
2.8 PELAN LOKASI SEKOLAH
Anugerah Sekolah Hijau 2014
10 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
3.0 MISI , VISI DAN MOTO SEKOLAH HIJAU SKSR
3.1 MISI :-
Untuk memberikan kesedaran yang menyeluruh melalui amalan bagi melahirkan murid yang bertanggungjawab berdasarkan
aspirasi Negara.
3.2 VISI :-
Akan menjadi Sekolah Hijau yang terbaik antara sekolah rendah di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.
3.3 MOTO :-
“ GO GREEN GO ”
3.1 OBJEKTIF SEKOLAH HIJAU
Mendedahkan murid-murid bukan sahaja kepada pertanian semata-mata tetapi juga ilmu sains dan pemasaran.
Mencintai alam semulajadi dan dapat mengawal pencemaran udara,air dan darat.
Menghargai alam ciptaan Tuhan.
Melahirkan murid-murid yang celik tumbuhan dari aspek nama am,nama saintifik dan kegunaannya.
Mengurangkan penggunaan bahan kimia dan perbelanjaan seperti menggantikan bahan pewangi dengan potpori yang dihasilkan
dengan daun pandan.
Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan kitar semula.
Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
11 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
4.0 CIRI – CIRI AMALAN SEKOLAH HIJAU
Ciri–ciri Amalan Hijau yang baik yang diamalkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa adalah melalui program kitar semula atau
dikenali sebagai 3R (Reduce, Reuse and Recyle).Melalui program ini pihak sekolah telah
banyak menjalankan aktiviti mengguna semula barang-barang yang sedia ada atau barang
lama seperti botol-botol minuman yang digunakan sebagai pasu kepada tanaman.Begitu juga
sabut kepala yang dihias cantik sebagai bekas pasu bunga.”Fikir dahulu sebelum buang’
amalan ini telah diterapkan kepada murid-murid dan juga kakitangan di sekolah ini.Kertas
surat khabar dan majalah lama digunakan sebagai bahan utama dalam gubahan raga serta
bunga hiasan.Secara tidak langsung pihak sekolah telah dapat mengurangkan kos pembelian
sesuatu barang dan menggunakan barang apabila diperlukan sahaja.Kebanyakan bahan
terpakai yang digunakan dikumpul oleh murid-murid dan kakitangan sekolah.Kerjasama
yang baik ini akan terus disemai oleh warga sekolah ini.
Pihak sekolah juga telah
memanafaatkan kegunaan serai wangi dan daun pandan.Murid-murid juga telah didedahkan
dengan penghasilan potpori dari bahan-bahan ini. Gabungan bahan ini dengan bunga-
bungaan telah menghasilkan satu wangian yang setanding dengan pewangi yang ada
dipasaran luar.Potpori yang dihasilkan digantung di sekitar kawasan sekolah seperti di
pejabat, bilik guru, kelas dan tandas.
Kempen tanpa plastik juga dijalankan.Murid-murid dan kakitangan sekolah telah
dimaklumkan tentang pelupusan bahan plastik ini.Semua warga sekolah disarankan untuk
membawa bekal makanan dan larangan penggunaan beg plastik dalam kawasan
sekolah.Amalan ini secara tidak langsung mewujudkan suasana yang bersih dan
mengindahkan lagi kawasan sekolah.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
12 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
Jika dilihat dari sudut kebersihan dan kehijauan pula, pelbagai aktiviti dijalankan. Aktiviti pulihara dan pemulihara pokok-pokok di sekitar
sekolah diadakan. Pokok-pokok dan bunga ada yang di disumbangkan oleh guru-guru, murid-murid dan juga ibu bapa. Penubuhan skuad hijau
disekolah juga dapat membantu dalam melaksanakan aktiviti ini. Mereka telah diajar cara-cara menanam pokok dan menjaganya. Penanaman
pokok-pokok ini secara tidak langsung mewujudkan suasana yang segar dan cantik.
Jimat elektrik dan air. Program ini juga dijalankan, sebagai contoh penjimatan tenaga air.Pihak sekolah telah menyediakan tong tadahan
air yang digunakan untuk menyiram tanaman.Ibarat ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya”, murid-murid telah diasuh sejak dari tahun satu lagi
dengan pemahaman pentingnya penjimatan tenaga elektik dan air.Sehingga kini murid-murid dapat memanafaatkanya bukan sahaja di rumah,
malah dimana-mana sahaja.
Kebersihan amalan mulia.Kata-kata ini juga telah diterap kepada warga sekolah ini.Semua murid dan guru dingatkan agar sentiasa menjaga
kawasan sekolah dan luar kawasan sekolah.Melalui program gotong-royong yang diadakan di sekolah, murid dapat menerapkan nilai semangat
berpasukan demi menjaga kebersihan kawasan sekolah.
Aktiviti lain yang merangkumi projek Amalan Hijau seperti pembinaan Tapak Semaian yang diusahakan oleh pihak sekolah.Tanaman serai
yang ditanam telah membuahkan hasil. Serai yang dituai dijual kepada peniaga di pasar.Begitu juga penanaman sayuran dan tanaman herba sedikit
sebanyak memberi info kepada murid tentang pokok-pokok herba.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
13 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
MESYUARAT JAWATANKUASA PERTANDINGAN SEKOLAH HIJAU
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA,
11010 BALIK PULAU, PULAU PINANG.
PENGERUSI : PN HJH HASNAH BT A. HAMID
NAIB PENGERUSI : PN SABARIAH BT YAHYA
SETIAUSAHA : EN BATTIAR BIN TAUSE
: CIK FARHAH NABILAH
AJK : PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP
UNIT KECERIAAN KAWASAN SEKOLAH
GURU KELAS
PEKERJA SEKOLAH
TARIKH : 05 MAC 2014
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKSR
MASA : 1.15 TGH
AGENDA : MEMBINCANGKAN PELAKSANAAN SEKOLAH HIJAU BAGI TAHUN 2014
Anugerah Sekolah Hijau 2014
14 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
5.0 AHLI JAWATANKUASA SEKOLAH HIJAU SKSR
1. PENDOKUMENTASIAN
i. EN BATTIAR B. TAUSE
ii. FARHAH NABILA BT. A. YUSUF
2. KITAR SEMULA (3R – Reduce, Reuse and Recycle)
i. EN ASRUL NIZA B. MOHD SARAYANY
ii. EN AHMAD KAMAL IZARDY
iii. PN. ROHAIZA BT. ABD. RANI
iv. PN MASTURA BT. ANUAR
v. PN FATIMAH BT KASIM
vi. PN VIJAYALAKSHMI A/P THINAGARAN
3. INOVASI DAN KREATIVITI (Sisa Makanan, Minyak masak terpakai, Penjimatan Tenaga/Elektrik/Air,Eco-Friendly Furniture, Pembuatan Semula
Kertas, Key Chain)
i. PN. NAZZATUL ASHIMA BT. ABD. RAHMAN
ii. EN BASRI B. IBRAHIM
iii. EN BATTIAR B. TAUSE
iv. EN WAN NASRI B. WAN ZAINUDDIN
v. PN RAFIDAH BT ABD RAHMAN
vi. PN SURIATI BT SAAT
vii. PN WONG MEE LEE
viii. PN NORAZURA BT ZUBIR
ix. PN CHE MAZNAH BT YAHAYA
4. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KANTIN(Bahan Pembersihan, Beg Plastik, Kebersihan Kawasan Sekolah)
i. PN ROSHITA BT ABDUL HALIM
ii. PN MAHIZAM BT M. MAHYEDIN
iii. EN ZUWAIRI B. ZAINAL ABIDIN
Anugerah Sekolah Hijau 2014
15 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
iv. EN NURKHAIRI B. MOHD SHUKRI
v. ZAINA BT HAMID
5. KEBERSIHAN DAN KECERIAAN TANDAS
i. EN AHMAD NAZAHI B. HAMDAN
ii. EN HABEL B. YAACOB
iii. PN SABARIAH BT YAHYA
iv. PN MARDIANA BT. AHMAD RASHIDI
v. PN SUMATHI A/P ARUMUGAM
6. PENGHIJAUAN SEKOLAH (Penanaman Pokok dan Lanskap, Taman Sihat, Taman Herba, Taman Markisa, Tapak Dam, Baja Kompos)
i. EN FATHI B. HJ TAHIR
ii. EN. MUHAMMAD IKRAM B. MD. ALI
iii. EN MUHAMMAD RIZAL B. AHMAD
iv. PN NOR AZURA BT ABDUL HAMID
v. PN WAHIDATUN NUUR BT ROSLI
vi. PN HAZAMA BT ABDUL RAZAK
vii. FARHAH NABILA BT A. YUSUF
7. PENGLIBATAN KOMUNITI (Kegiatan Luar)
i. PN HASLINDA BT OMAR
ii. PN JALILAH BT. ISHAK
iii. NOOR AISHAH BT SUHIMI
iv. PN MARDIANA BT AHMAD RASHIDI
8. SUDUT PAMERAN
i. PN JAMILAH BT MOHD DAUD
ii. PN NURIZAH BT HASHIM
iii. PN HASLINDA BT. MD. NOOR
Anugerah Sekolah Hijau 2014
16 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
6.0 TAKWIM SEKOLAH HIJAU SKSR 2013
BIL PERKARA / TAJUK TARIKH /
CADANGANN
1 TAKLIMAT PERTANDINGAN SEKOLAH HIJAU OLEH PEG. MPPP 04/03/2014
2 PERASMIAN SEKOLAH HIJAU 2014 (MAJLIS PERBANDARAN P.PINANG) 04/03/2014
3 MESYUARAT JAWATANKUASA 05/03/2014
4 PROJEK TADAHAN HUJAN 05/03/2014
5 PENDAFTARAN MASUK PERTANDINGAN 07/03/2014
6 PELANCARAN SEKOLAH HIJAU SKSR 2014 10/03/2014
7 FERTIGASI – TANAMAN SAYURAN 10/03/2014
8 PROMOSI KITAR SEMULA TAHUN 1 11/03/2014
9 PENUBUHAN KELAB ALAM SEKITAR 12/03/2014
10 PROJEK PENANAMAN SAYUR PRASEKOLAH 09/04/2014
11 PROJEK PENANAMAN KULAT 19/04/2014
12 PROJEK PENANAMAN POKOK ROZEL 19/04/2014
13 TAKLIMAT PERTANDINGAN KITAR SEMULA F&N DAN MPP 24/04/2014
14 LARIAN HIJAU 10/05/2014
15 JUALAN BAHAN KITAR SEMULA KALI KE-1 16/05/2014
16 PENYEDIAAN BAJA KOMPOS 16/05/2014
17 GOTONG ROYONG 21/05/2014
18 KECERIAAN SERTA KEBERSIHAN TANDAS DAN KANTIN 17/06/2014
19 PROJEK TAMAN GANTUNG ( HANGING GARDEN ) 18/06/2014
20 PENYEDIAAN PEWANGI DAN SABUN 25/06/2014
21 KOMPOSTING CACING 25/06/2014
22 PERADUAN MENULIS SLOGAN ALAM SEKITAR 25/06/2014
23 PENYEDIAAN BIM 25/06/2014
24 JUALAN KITAR SEMULA KALI KE-2 30/06/2014
25 PROJEK JUALAN KEY CHAIN DARIPADA BAHAN TERPAKAI 30/06/2014
Anugerah Sekolah Hijau 2014
17 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
26 JUALAN KITAR SEMULA KALI KE-3 16/07/2014
27 PEMBUATAN SEMULA KERTAS ( BOOK MARK )
JARINGAN DAN JALINAN DALAM DAN LUAR NEGARA
28 LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH HIJAU KE SMK DOTO ON 14/02/2014
29 LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH HIJAU DARI SEKOLAH RENDAH AL-NUR YALA SELATAN
THAILAND 07/04/2014
30 LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH HIJAU DARI SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-ANSAR 16/04/2014
31 LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH HIJAU DARI SK BAYAN LEPAS 21/04/2014
32
33
LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH HIJAU KE CAMERON HIGHLAND ( MARDI )
LAWATAN SEKOLAH HIJAU DARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
29/05/2014
15/06/2014
Anugerah Sekolah Hijau 2014
18 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
Sekolah Kebangsaan sungai Rusa mengamalkan amalan 3R- Mengurang dalam pelbagai aspek antaranya ialah
mengurangkan pembelian yang tidak perlu dan menggunakan barang-barang yang boleh guna bagi menghias sekitar
kawasan sekolah. Pihak sekolah juga menghasilkan bahan pencuci semulajadi menggantikan bahan pencuci yang
mengandungi bahan kimia.
7.0 AKTIVITI SEKOLAH HIJAU SKSR 2013
KITAR SEMULA – Mengurang (beli dan guna apa yang perlu sahaja )
Anugerah Sekolah Hijau 2014
19 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
KITAR SEMULA – Guna Semula ( fikir sebelum buang )
Botol-botol minuman dan kasut-kasut terpakai diguna semula bagi menggantikan pasu-pasu yang sedia ada untuk
dijadikan pasu bagi penanaman pokok-pokok dan bunga-bunga. Banner-banner yang telah tamat tarikh juga
digunakan bagi tujuan membuat Key Chain.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
20 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
Sekolah SKSR telah mengambil bahagian dalam pertandingan pengumpulan Bahan Kitar Semula peringkat Negeri Pulau Pinang.
Bahan-bahan yang dikupul iaitu bahan-bahan 3R dan E-waste seperti Television, Peti Sejuk, Pendingin hawa dan sebagainya.
Pengumpulan dan jualan bahan kitar semula kali pertama 16 Mei 2014
Pengumpulan dan jualan bahan kitar semula kali kedua 30 Jun 2014
Pengumpulan dan jualan bahan kitar semula kali ketiga 16 Julai 2014
KITAR SEMULA – Kitar Semula ( Jadikan sisa sebagai sumber )
Anugerah Sekolah Hijau 2014
21 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
INOVASI DAN KREATIVITI – Baja Kompos & Komposting cacing
Aktiviti Pengkomposan bersama pihak USM bagi menghasilkan baja organik dari sisa makanan dan rumput kering. Baja Organik yang
telah siap, digunakan sebagai medium dalam menyuburkan lagi tanaman di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti pengkomposan ini
mengambil masa pemperosesan kira-kira 6 bulan
Anugerah Sekolah Hijau 2014
22 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
INOVASI DAN KREATIVITI – Tanaman Kulat
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa dengan kerjasama ahli PIBG mengambil inisiatif melaksanakan projek penanaman kulat dengan bantuan Jabatan Pertanian Balik Pulau, pulau pinang.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
23 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
INOVASI DAN KREATIVITI – Penjimatan Tenaga Elektrik dan Air
1. Penjimatan air dilakukan dengan menadah air hujan bagi tujuan menyiram tumbuh-tumbuhan , mencuci longakang dan sebagainya. 2. Kempen penjimatan elektrik juga dapat membantu mengurangkan penggunaan elektrik di sekolah dan mendidik murid-murid supaya mengamalkannya semasa di rumah. 3. Penggunaan baldi dan timba di dalam tandas dapat mengurangkan penggunaan air. 4. Dengan merekodkan murid setiap kali ketandas dan rekod “Switch Off” lampu setiap kali waktu rehat dan pulang dapat menjimatkan penggunaan air dan elektrik
Anugerah Sekolah Hijau 2014
24 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
INOVASI DAN KREATIVITI – Rumah Hijau
Rumah hijau SKSR menempatkan tanaman seperti Pokok Rozel, Tanaman
hanging Garden seperti Kangkung dan bermacam-macam pokok tumbuhan
yang lain.
Pembinaan Rumah Hijau ini juga adalah usahasama dari Jabatan Pertanian
daerah Balik Pulau
Anugerah Sekolah Hijau 2014
25 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
KEBERSIHAN– Bahan Pembersih, Beg Plastik & Kebersihan kawasan sekolah
Amalan menggunakan bekas makanan sendiri di SKSR dapat mengurangkan penggunaan plastik atau polistrin. Pihak sekolah telah
mengadakan kempen penggunaan bekas makanan sendiri sepanjang tahun.
Pihak sekolah juga menggunakan inisiatif membuat bahan pembersih semulajadi dan mengurangkan bahan pembersih kimia.
Dengan pelbagai kempen yang telah dijalankan, ini akan menjamin kebersihan kawasan sekolah sepanjang masa.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
26 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
PENGHIJAUAN – Menanam Pokok / Lanskap / Gotong Royong
Warga SKSR yang teridiri daripada guru dan murid sedang giat melakukan aktviti menanam pokok dan mengekalkan kehijauan
yang sedia ada dalam persekitaran sekolah.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
27 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
PENGHIJAUAN – Menanam Pokok / Lanskap / Gotong Royong
Projek Taman dalam sekolah :- Pihak sekolah telah membina Taman Herba, Taman Markisa, Taman Sihat dan
taman Panitia bagi mencapai matlamat sekolah dalam taman. Penanaman sayur-sayuran seperti sawi dan kailan
ditanam melalui proses Fertigasi dengan kerjasama pihak USM Pulau Pinang.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
28 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
KEBERSIHAN DAN PENGHIJAUAN – Kebersihan Kawasan Sekolah
Anugerah Sekolah Hijau 2014
29 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
PENGLIBATAN KOMUNITI – Jaringan & Jalinan Luar ( SMK Dato’ On & MARDI Cameron Highland )
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa telah membuat satu lawatan penanda aras sekolah hijau ke sekolah SMK Dato’ On
pada 14/02/2014 dan ke Cameron Highland (MARDI ) pada 29/05/2014.
Lawatan ini bertujuan bagi meningkatkan lagi pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti sekolah hijau.
Anugerah Sekolah Hijau 2014
30 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
PENGLIBATAN KOMUNITI – Jaringan & Jalinan Luar ( Sekolah Rendah Al-Nur Yala Selatan Thailand, Sekolah Rendah Islam Al-Ansar
Permatang Pasir Balik Pulau & Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas Pulau Pinang )
Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa menerima kunjungan ( Sekolah Hijau 2014 ) dari :
1) Sekolah Rendah Al-Nur Yala Selatan Thailand pada 07/04/2014
2) Sekolah Rendah Islam Al-Ansar Permatang Pasir Balik Pulau 16/04/2014
3) Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas Pulau Pinang 21/04/2014
4) Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Pulau pinang 15/06/2014
Anugerah Sekolah Hijau 2014
31 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
LAMPIRAN :- SEBAHAGIAN DARI PEMANDANGAN KAWASAN SEKITAR SEKOLAH SKSR
Anugerah Sekolah Hijau 2014
32 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
KAWASAN SEKITAR SEKOLAH & KANTIN YANG SENTIASA BERSIH DAN CERIA
Anugerah Sekolah Hijau 2014
33 | S e k o l a h K e b a n g s a a n s u n g a i R u s a , 1 1 0 1 0 B a l i k P u l a u , P u l a u P i n a n g
SEBAHAGIAN BUNGA YANG CANTIK DAN MENARIK DI TANAM DI KAWASAN SKSR