Download - Biasakan Yang Betul
BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA
YANG SALAH YANG BETUL CATATAN
Y. Bhg. YBhg. Tidak perlu tanda noktah selepas konsonan Y.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak urus setia.
Sekiranya tuan ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urus setia.
Ayat asal tidak gramatis.
Di hadiri dihadir Hadir, kata kerja. Dengan demikian dieja sebagai satu perkataan. Di berfungsi sebagai awalan.
Imbuhan awalan di dan ke hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja.
Contohnya:• dipenjarakan • dipecat • dimarahi• diisi• dilaporkan
Awalan ke bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan.
Contohnya: • kehendak • keluar pintu • kerangka • kesemua • ketua
Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Contohnya: • di angkasa • di antara • di atas • di Johor • di udara
YANG SALAH YANG BETUL CATATAN
Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah.
…mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari Yg. Bhg. Dato’.
…mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada YBhg Dato’.
Kata sendi dari untuk tempat dan waktu Kata sendi daripada untuk orang, perbandingan dan asal kejadian.
Sk s.k. Dieja dgn huruf kecil dan ada tanda noktah.
Urusetia urus setia Urus setia, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.
Selain daripada penganjuran… Selain penganjuran… Tidak perlu ada kata sendi, dari atau
daripada selepas selain.
di atas pelantikan… atas pelantikan…
Kata sendi di atas digunakan untuk perkara yang boleh dipegang atau nampak fizikalnya.
Contohnya: • di atas meja • di atas pokok • di atas bumbung • di atas jalan • di atas bahu
Terdiri di kalangan Terdiri daripada kalangan Daripada, kata sendi yang lebih tepat.
Latarbelakang Latar belakang Latar belakang, kata majmuk, dengan demikian dieja terpisah.
Tengahari Tengah hari
Kata tersebut berasal daripada dua kata, iaitu tengah dan hari. Jadi, ejaan yang tepat ialah tengah hari kerana kedua-dua kata tersebut boleh berdiri sendiri. Contoh-contoh lain, tengah malam, tengah hujan, dan tengah padang.
Tengah hari, kata majmuk. Dengan demikian dieja terpisah.
perlantikan pelantikan Pelantikan daripada proses melantik
YANG SALAH YANG BETUL CATATANbukan berlantik.
Contohnya: Pelepasan daripada perbuatan
melepaskan Perlepasan daripada perbuatan
berlepas
Membincangkan mengenai isu Membincangkan isu
Membincangkan, kata kerja transitif terus menerima objek, (isu), dan tidak boleh disisip dengan kata-kata lain 11 (mengenai).
Selain daripada memperkasakan… Selain memperkasakan… Tidak perlu kata sendi dari atau daripada
selepas selain.
maklumbalas maklum balas Maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah.
rendah dari 24.4% rendah daripada 24.4%Kata sendi dari untuk masa dan tempat. Kata sendi daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian atau sumber.
sebutharga sebut harga Sebut harga, kata majmuk yang dieja terpisah.
hukuman ke atas kakitangan
hukuman kepada / terhadap kakitangan
Kata sendi yang tepat ialah kepada atau terhadap.
dikemaskini dikemas kini Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah.
sepertimana Seperti mana Lebih tepat seperti atau sebagaimana
merekabentuk mereka bentuk Reka bentuk, kata majmuk yang dieja terpisah.
menaiktaraf menaik taraf Naik taraf, kata majmuk yang dieja terpisah.
YANG SALAH YANG BETUL CATATAN
ATURCARA ATUR CARA Atur cara, kata majmuk yang dieja terpisah.
Adalah dimaklumkan… Dengan ini dimaklumkan…
Tidak boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah.
Disamping itu, Di samping itu, Kata sendi di, dieja terpisah.
Di atas kerjasama tuan… Atas kerjasama tuan… Seperti yang telah diterangkan sebelum
ini.
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
Ayat asal tidak gramatis.
Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Dan, d dieja dengan huruf kecil.
…adalah menjadi tanggungjwab…
…menjadi tanggungjwab… Tidak perlu kata penegas adalah.
Adalah dimaklumkan bahawa…
Sukacita dimaklumkan bahawa… atau
Dengan ini dimaklumkan bahawa…
Kata penegas adalah, dalam banyak hal tidak perlu ada.
LAIN-LAIN JABATAN JABATAN-JABATAN LAINHukum D-M Yang diterangkan ialah Jabatan. Yang menerangkan ialah lain.
Semua ketua-ketua jabatan Semua ketua jabatan Semua, kata jamak. Dengan demikian kata
yang menyusul tidak perlu diulang.