2
OBJEKTIF
Di akhir bengkel ini, para peserta dapat:
• mengetahui tentang pelbagai jenis teknik
permulaan dan pengakhiran karangan
• menggunakan Teknik 3M untuk menulis
karangan
Objektif Kurikulum BM
4
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayudi sekolah rendah, murid dapat:• mendengar dan memahami pengucapan dengan
teliti;• bertutur dengan petah menggunakan sebutan baku
dan intonasi yang betul;• membaca pelbagai bahan bercetak dan bahan media
elektronik dan memberikan respons yang sesuai;• menulis pelbagai jenis teks berdasarkan pelbagai
tajuk yang sesuai;
5
• berinteraksi secara lisan dengan menggunakansebutan baku;
• berinteraksi secara bertulis mengenai pelbagaitajuk yang sesuai.
• berfikir secara kreatif, kritis dan kritikal;• mengenali dan memahami budaya dan nilai-nilai
murni masyarakat Melayu dan kaum—kaum lain; dan• memupuk minat membaca dan menjadikannya
amalan ke arah membina budaya belajar sepanjang hayat
8
Ciri-ciri karangan yang baik…
- Isi dikembangkan dengan baik
- Idea relevan dan menarik
- Terdapat kesinambungan idea
- Penggunaan bahasa yang baik
- Kosa kata pelbagai, sesuai dan tepat
- Penggunaan peribahasa atau frasa berbunga
11
Teknik 3M
• Meneliti
• Memahami
• Menyemak
- watak, masa, latar tempat
- bahasa, ejaan, tanda baca
- jalan cerita (permulaan, isi, pengakhiran)
13
Teknik 3M
• Meneliti
• Memahami
• Menyemak
- watak, masa, latar tempat
- bahasa, ejaan, tanda baca
- jalan cerita (permulaan, isi, pengakhiran)
15
Teknik 3M
• Meneliti
• Memahami
• Menyemak
- watak, masa, latar tempat
- bahasa, ejaan, tanda baca
- jalan cerita (permulaan, isi, pengakhiran)
21
Dialog
Permulaan (1)
“Cepatlah Ana. Nanti kita lambat,” kata Nora
sambil menarik tangan adiknya, Ana.
Ana dan Nora sedang dalam perjalanan ke
kedai. Ibu menyuruh mereka untuk membeli barang
di situ. Semasa mereka sedang berjalan, mereka
ternampak seorang lelaki buta yang hendak melintas
sebatang jalan raya.
22
Menceritakan watak
Permulaan (2)
Nora dan adiknya, Ana baik hati. Mereka selalu
menghulurkan bantuan jika orang memerlukan. Tidak
hairanlah jika ramai orang suka berkawan dengan
mereka.
Pada hari itu, Nora dan Ana sedang berjalan ke
kedai. Tiba-tiba, mereka ternampak seorang lelaki
buta yang hendak melintas sebatang jalan raya.
23
Menceritakan keadaan
Permulaan (3)
Matahari memancarkan cahaya teriknya.
Bintik-bintik keringat membasahi leher Ana dan Nora.
Ana dan Nora bergerak dengan pantas. Mereka
mahu ke kedai. Tiba-tiba, mereka ternampak seorang
lelaki buta yang hendak melintas sebatang jalan
raya.
24
Imbas kembali
Permulaan (4)
Nora sedang duduk sambil membaca surat
khabar di ruang tamu. Dia terlihat gambar seorang
lelaki tua. Lelaki tua itu ialah orang yang dia telah
bantu seminggu yang lalu.
Ketika itu, Nora dan adiknya, Ana sedang
dalam perjalanan ke kedai. Tiba-tiba, mereka
ternampak seorang lelaki buta yang hendak melintas
sebatang jalan raya.
26
Saranan:
1. Perasaan positif
(gembira, bangga)
2. Tidak disangka-sangka
3. Tersentak dari lamunan
(imbas kembali)
Pengakhiran
27
Pengakhiran (1)
Perasaan positifLelaki tua itu mengucapkan terima kasih kepada
Nora dan Ana. Mereka melambaikan tangan ke arah
lelaki tua itu. Nora dan Ana meneruskan perjalanan ke
kedai.
Apabila mereka tiba di rumah, mereka
memberitahu ibu mereka apa yang telah berlaku. Ibu
berasa amat bangga dan memuji sikap mereka itu.
28
Pengakhiran (2)
Tidak disangka-sangkaLelaki tua itu mengucapkan terima kasih kepada
Nora dan Ana. Mereka melambaikan tangan ke arah
lelaki tua itu. Nora dan Ana meneruskan perjalanan ke
kedai.
Pada keesokan harinya, pengetua sekolah
memanggil Nora dan Ana di atas pentas. Seorang guru
telah ternampak perbuatan mereka itu dan
melaporkannya kepada pengetua sekolah. Nora dan
Ana menjadi pelajar contoh di sekolah mereka.
29
Pengakhiran (3)
Tersentak daripada lamunan“Nora! Nora!” Ibu Nora memanggilnya.
Nora tersentak daripada lamunannya. Dia
mengukir senyuman apabila mengenang kembali
kejadian tersebut. Nora berjanji dia akan terus
menolong orang yang memerlukan. Nora pun
meletakkan semula surat khabar di atas meja lalu
berjalan menuju ke dapur.
31
Frasa-frasa
• tiba-tiba
• setelah itu
• selepas itu
• tanpa berlengah lagi
• selang beberapa hari
• beberapa bulan kemudian
• dua minggu kemudian
• sesampainya di sana
• keesokan harinya
32
Frasa-frasa
• dan
• sambil
• lalu
• tetapi
• kerana
• berdiam diri
• tersenyum
• terperanjat
• mukanya pucat
• air mata mengalir
membasahi pipi
33
Frasa-frasa
• menoleh ke arah
• menuju ke arah
• menghampirinya
• meneruskan perjalanan
• meminta maaf daripada
• mengucapkan terima kasih
• mengangguk-anggukkan kepalanya