Transcript
Page 1: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

Jilid I Bil. 33

MALAYSIA

Bari Selasa 24hb Disembert 1991

PENY AT A RASMI P ARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament

PENGGAL PERTAMA First Session

KAND UN GAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 4509)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 1992 [Ruangan 4580)

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR GHAZAL! BIN JANI, J.S.D., K.M.N., A.M.P., P.P.T.,

KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1992

Page 2: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG PERTAMA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATO' CHAN CHOONG TAK, D.s.N.s. (Dilantik).

Menteri Belia dan Sukan, TUAN HAJI ANNUAR BIN MusA (Dilantik).

Timbalan Menteri Pertanian, DATo' S. SuBRAMANIAM, D.s.N.s., D.P.M.J., S.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kemcnterian Pcrdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pcngguna, DR SAK CnEN<f LUM (Dilantik).

Sctiausaha Parlimcn Kcmcntcrian Kcwangan, TUAN MusTAPA BIN MOHAMED (Dilantik).

TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID SAGAFF (Dilantik).

TUAN HAn ABDUL MAJID BIN HAn ABDULLAH, P.1.s., P.P.M. (Johor).

TUAN ABDUL RASHID BIN ISMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang).

TUAN HAn ABDUL SALAM BIN AWANG, A.M.N. (Dilantik).

TUAN ADAM BIN KADIR (Dilantik).

DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI ABDULLAH, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

TUAN HAJI AHMAD ZAlllD BIN HAMIDI (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

PuAN HAJAll AsMAH BINTI HAn ISMAIL, A.M.N., P.J.K. (Pahang).

TUAN AzMAN ATAR BIN OmMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

DATO' AzuMu BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

PUAN HAJAll C11E PORA BINTI HAJI OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN KWAI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).

Page 3: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4503 24 DlSEMBER 1991 4504

Yang Berhormat TUAN CHONG Cm SIONG alias C110NG FAH (Negeri Sembilan).

"

, TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).

TUAN DING SELING (Dilantik).

TUAN HAn DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka). '

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

TUAN GHAZAL! BIN HAn EMBONG, P.J.K. (Dilantik).

PuAN RAJAH HABIDAH BINTI JusoH alias YusoF, P.J.K. (Terengganu).

WAN HAMID EDRUCE BIN TUANKU HAJI MOHAMAD, A.B.s. (Sarawak).

TUAN Ho CHENG WANG (Pcrak).

PuAN IDA DuMPANGAL NEE IDA UNDAN, B.s.K. (Sabah).

TUAN Isu BIN HAJI SIPUT (Dilantik-Wilayah Pcrsckutuan Labuan).

TUAN ITAM WALI BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAJI JAMALUDIN BIN HAJI AHMAD, A.M.N., A.N.S., P.M.C., P.J.K., J.c. (Ncgcri Scmbilan).

TUAN Jo11AN B.O.T. GHANI alias CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik).

PuAN KALTIIOM BINTI HAn OTHMAN (Kelantan).

TUAN C. KRISHNAN, A.M.N. (Dilantik).

PuAN LAW JACK YooN (Dilantik).

DATO' DR MAK. HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

JEN. (B) TAN SRI DATO' MOHD. GHAZAL! BIN DATO' MOHD. SETH, M.l.D., P.P.M., K.M.N., J.M.N., S.M.J., P.P.C., P.N.B.S., D.P.M.J., P.S.M., S.P.M.J., P.M.N., S.l.M.P., D.H.M.S .. P.G.A.T. (Dilantik).

TUAN Mono. ZAIN BIN HAJI MAT DAUD (Kelantan).

TUAN MUNISAMY A/L KUPPAN, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG, P.P.N., P.J.K. (Terengganu).

TUAN NEO TUAN CHENG, P.P.N. (Johor).

TUAN No PE:'\G HAY, P.J.K. (Mclaka).

DATO' No TmAN HocK, o.s.s.A., s.M.s., P.J.K., J.P. (Dilantik).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN RAIIIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

PuAN HAJAII RoGAYAII BINTI CHE MAT (Dilantik).

Page 4: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4505 24 DISEMBER 1991 4506

Yang Berhormat PUAN RosALIND YAU S11uK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

PuAN HAJAH RosNAH BINTI HAJI MoHD. SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SAAD BIN HAn MAN (Dilantik).

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

PUAN HAJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM, A.M.N., P.J.K., P.J.M. (Dilantik).

TUAN V. K. SELLAPPAN, s.s.A., A.M.N., P:.J.K. (Dilantik).

TuAN SnrnB BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.:tc (Kedah).

TUAN HAJI S11um BIN SHAWAL, A.M:K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

TUAN DouGLAs SuLLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATUK TAN G1M HuA, D.M.P.N., J.M.N., J.P. (Pulau Pinang).

DATo' TA!\' T1Ew BocK, D.P.M.P., A.M.P. (Dil~ntik).

TUAN T10NG TnA1 KING (Dilantik).

DATO' V ADIVELOO A/L GOVINDASAMY, D.P.M.S., S.M.S., A.M.N. (Dilantik).

TUAN K. VIJAYANATIIAN A/L KESAVA PILLAI, D.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN WONG KIE YIK (Dilantik) ..

DATUK DAVID YE011 ENG HocK, D.M.s.M. (Dilantik).

TUAN HAJI ZAINAL BIN Mo. DERos, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor) .

. J

Page 5: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4507 24 DISEMBER 1991

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Taijadin bin Saberan.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha: Haji Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Hj. Yahya bin Manap.

Penyunting: Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Haji Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dcwak.

Ismail bin Haji Hassan.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abdul Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARA MESYUARAT

Mcjar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., n.s.o., P.J.K.

4508

Page 6: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4509 24 DISEMBER 1991 4510

MALAYSIA

DEW AN NEGARA

Selasa, 24hb Disember, 1991

• Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pcrtua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JA WAPAN-JA WAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

TAMAN NEGARA-GARIS SEMPADAN

1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat sebelum ini bagi mencegah pcrbuatan membalak secara haram dan lain-lain perbuatan yang menyalahi;

(b) bilakah pihak bcrkuasa dapat mcnyiapkan kcrja-kcrja mcm­buat garis batas scmpadan itu; dan

(c) berapa luaskah kawasan','~~irhan Negara yang tclah bcrlaku perbuatan membalak secara haram dalam tcmpoh setahun lalu.

Timbalan Menteri Sa ins, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Peter Chin Fah Kui): Tuan Yang di­Pertua:

(a) Garis sempadan Taman Negara memang telah sedia ada semenjak Taman Negara

ditubuhkan iaitu pada tahun. 1939. Namun demikian papan tanda itu telah hilang ataupun musnah oleh sebab terlalu lama dan juga akibat daripada pembangunan pesat yang di­jalankan hingga sampai ke sempadan Taman Negara. Dalam usaha untuk menjaga kawasan Taman Negara, satu kerja ukur sempadan Taman Negara telah dijalankan dan melibatkan Taman Negara di negeri-negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu meliputi kawasan sepanjang 406 kilo­meter. Dengan kerja ukur ini batu sempadan baru telah diletakkan pada jarak setiap 100 meter.

Bagi mengawasi kawasan Taman Negara kakitangan telah ditempatkan sepanjang masa untuk meronda kawasan sem­padan Taman Negara. Dalam jangka panjang pos-pos kaki­tangan akan didirikan. Di samping itu juga pembangunan rekreasi yang dilaksanakan di kawasan sempadan Taman Negara akan membolehkan kakitangan melaksanakan kerja­kerja pengawalan Taman Negara dari semasa ke semasa.

(b) Kerja-kerja ukur sempadan Taman Nega·ra yang telah dimulakan semenjak tahun 1989 dijangka akan dapat di­selesaikan pada tahun 1992.

Page 7: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4511 24 DISEMBER 1991 4512

(c) Memandangkan kecurian kayu balak di Taman Negara di­lakukan dengan menggunakan lorong hutan maka tidaklah dapat dipastikan keluasannya. Namun demikian, hasil daripada usaha-usaha untuk membanteras kecurian b~ak di Taman Negara sebanyak 720 batang balak yang telah dipotong telah dirampas oleh pihak berkuasa berkenaan.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, kepada pihak yang telah mencuri balak, apakah tindakan yang telah diambil olch Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ataupun oleh pihak Kerajaan?

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya peng­awasai:i pencurian atau berlakunya kecurian balak di Taman Negara adalah tugas Jabatan hutan serta juga Pihak berkuasa di Taman Negara iaitu di bawah Jabatan Perhilitan. Sejak ini, seperti yang saya jawab tadi, kita tidak dapat mengenalpasti atau menahan pencuri tersebut. Maka olch sebab itu setakat ini Kerajaan belum dapat menghadapkan sesiapa kc Mahkamah untuk diambil tindakan di atas kesalahan mencuri balak di Taman Negara.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat sedikit penjelasan dari Kcmentcrian yang berkenaan. Orang-orang yang mencuri balak ini, adakah mereka melakukannya di waktu malam ataupun di siang hari. Biasanya pcncbangan balak ini memakan masa, tiap-tiap satu pokok paling kurang 20 minit. Kah1u 700 pokok, maknanya kali dengan 20. Masakan dalam tcmpoh yang begini panjang, suatu siasatan ataupun tangkapan tidak dibuat. Apa kata, kalau saya katakan bahawa sindiket balak ini terlibat dengan 'buaya-buaya' ataupun 'naga-naga' yang bcsar yang sukar untuk diatasi?

Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya jawab tadi, kerana pihak yang melakukan pencurian balak ini menggunakan lorong hutan, maka kita tidak dapatlah mengadakan pegawai untuk setiap lorong ini supaya kita dapat menangkap mereka yang sedang berusaha untuk mencuri balak itu. Waiau bagaimanapun, saya hendak mcmaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini ialah, pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sudah memulakan satu rancangan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih ccpat mclalui gambar satelit mengenai tempat di mana berlakunya kccurian balak ini. Dcngan gambar-gambar itu maka Kcrajaan .dapat mengambil tindakan yang lcbih laju lagi untuk mcnangkap pencuri yang berkaitan.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Hasrat atau tujuan mcngadakan Taman Negara ialah untuk mcmelihara kehidupan liar dan species yang ada. Soalnya adakah Kerajaan bercadang untuk membawa gajah-gajah yang masih ada berhampiran dengan kampung-kampung, terutamanya di kawasan-kawasan FELDA, khususnya di Kota Tinggi di mana saya rasa keadaannya begitu membimbangkan. Adakah usaha daripada Jabatan Hutan ini untuk membawa gajah-gajah ini ditempatkan di Taman Negara itu?

Yang kedua, adakah dengan wujud­nya Taman Negara ini ianya akan dijadikan satu pusat kajian oleh Kerajaan untuk menentukan kehidupan liar dan species itu dikckal tcrus di Taman itu serta juga tumbuhan­tumbuhan supaya tidaklah berlaku kecurian balak seperti sckarang?

Tuan Peter Chin Fah Kui: Jawapannya ialah ada. Memang kita ada rancangan untuk memindahkan gajah-gajah dari kawasan di mana gajah-gajah itu memusnahkan tanaman

Page 8: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4513 24 DISEMBER 1991 4514

atau scbagainya dan mcmasukkannya kc dalam Taman Negara supay~ kita bolch mcngawasi binatang ini.

PINJAMAN PERUMAHAN/ KENDERAAN KEPADA

KA KIT ANG AN KERAJAAN­JUMLAH

2. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Mentcri Kewangan mcnyatakan:

(a) bcrapakah jumlah pinjaman yang dikeluarkan kepada kakitangan Kcrajaan hingga sekarang yang masih bclum dibayar balik; dan

(b) adakah pinjaman ini menjadi bebanan tcrhadap aliran wang Kerajaan. Jika bcnar, meng­apakah tidak pihak Kerajaan swastakan pinjaman seperti untuk membcli rumah dan motorkar scpcnuhnya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pcrtua,

(a) Sehingga akhir tahun 1990, Bahagian Pinjaman Pcrumahan, Kemcnterian Kewangan, telah mengcluarkan sebanyak 310,365 pinjaman yang bcrnilai kira-kira $15.6 ribu juta kepada kakitangan Kcrajaan. Daripada jumlah Lcrscbut, amaun yang bclum dibayar balik adalah kira­kira scbanyak $9.6 ribu juta.

(b) Memandangkan jumlah pin­jaman yang tcrl.ibat begitu besar, scmcmangnya pinjaman ini merupakan bcbanan kepada aliran wang Kerajaan. Akan tctapi ianya adalah mcrupakan tanggungjawab yang perlu di­laksanakan olch Kcrajaan me­mandangkan kcmudahan pin­jaman pcrumahan adalah salah satu daripada kcmudahan yang discdiakan olch Kcrajaan

kepada kakitangannya. Bual masa ini, Kerajaan sedang mcngkaji bebcrapa pilihan bagi mengurangkan bebanan ter­sebut, tcrmasuklah pilihan untuk mcnswastakan pinjaman pe­rumahan Kerajaan. Waiau apa­apa jua pun pilihan yang dilaksanakan kelak, kakitangan Kerajaan akan terus menikmati syarat-syarat pinjaman yang sedia ada dengan kadar faedah sebanyak 4% setahun.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kenaikan gaji kepada pegawai Kerajaan dan juga perubahan atas saraan kepada .Ahli-ahli Parlimen, adakah Kerajaan atau Kementerian Kewangan bercadang untuk menaikkan kadar pinjaman kepada pegawai dan anggota Parlimen?

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, masalah yang dihadapi olch Kerajaan ialah apabila semakan dibuat terhadap had-had kelayakan pinjaman kepada kakitangan Kcrajaan, biasanya ianya diikuti oleh kcnaikan dalam harga rumah. Oleh itu, maka Kerajaan sentiasa berhati-hati sebelum meminda peraturan-peraturan sekarang berkaitan dengan had kelayakan pinjaman perumahan. Waiau bagaimanapun, saranan Ahli Yang Bcrhormat untuk mengkaji semula had ini akan diambil perhatian oleh Kerajaan.

RAKYAT ASING­PERMOHONAN UNTUK KEWARGANEGARAAN

3. Tuan Ghazali bin Haji Embong miilta Menteri Dalam Negeri me­nyatakan berapa ramaikah rakyat asing yang tinggal di negara ini yang mcmohon untuk menjadi warganegara Malaysia semcnjak negara mencapai kcmcrdekaan.

Page 9: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4515 24 DISEMBER 1991 4516

Setlausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua, sejak merdeka hingga 30hb November, 1991, seramai 2,402,462 orang telah memohon untuk menjadi warganegara Malaysia.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dalam bilangan yang sebanyak itu, dari manakah orang-orang ini datang­sama ada mereka ini dilahir di Malaysia ataupun datang daripada luar negeri?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, ini bercampur-campur, sa-ma ada mereka datang dari luar negeri atau dilahir di sini dan · mereka semua ini telah mula menetap di Malaysia sebelum atau sesudah merdcka.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bagi mereka yang Lelah diterima menjadi warganegara Malaysia, adakah mereka ini se­penuhnya menunjukkan ketaatan kepada negara ini? Jangan dia jadi rakyat di sini tetapi ketaatannya kepada negara asalnya. Adakah atau tidak?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, Kerajaan hanya meluluskan kerakyatan kepada mercka yang taatsetia kepada negara. Kalau tidak taat, mereka tidak akan dapat kelulusan. Sekiranya siapa juga yang menjadi warganegara yang melakukan sebarang tindak-tanduk yang didapati bercanggah dengan undang-undang ataupun tidak bertaatsetia, maka kerakyatannya terns akan dilucutkan. Jadi, tidak timbul langsung soal warganegara yang menetap di sini yang tidak taatsetia kepada negara.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Apabila seseorang memohon kerakyatan untuk

menjadi warganegara, berapa lamakah masanya yang Jabatan Pendaftaran Negara mengambil untuk memanggil si-pemohon itu untuk temuduga?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, oleh kerana jenis permohonan itu berbeza-beza yang mengikut perkara Lcrtentu di bawah Per­lcmbagaan dan juga itu tergantung kepada butir yang dikemukakan itu sama ada lcngkap atau tidak dan terpulang kepada secepat dan selcngkap mana scseorang pemohon itu mcnjawab query daripada Jabatan Pendaftaran Negara, maka tidak dapat kita menetapkan satu tempoh yang tcrtentu. Kalau semuanya heres dalam 2-3 bulan pun ada permohonan dapat disempurnakan manakala ada juga yang mengambil bcberapa tahun. Itu semua terpulang kepada senauhmana mereka dapat mclengkapkan butiran.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pcrtua, soalan tambahan. Daripada bilangan permohonan yang begitu bcsar, iaitu 2.4 juta pemohon ini, berapa ramai orang yang telah mendapatkan kelulusan daripada Ke­menterian Dalam Negeri? Sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Sctiausaha Parlimen bahawa oleh kerana ada sctengah-setcngah pemohon ini yang tidak dapat dihubungi, maka permohonan mcreka tidak dapat dipertimbangkan, adakah ini benar?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, daripada sejumlah kira-kira 2.4 juta permohonan itu, sebanyak kira­kira 95% telahpun diluluskan, iaitu kira-kira 2.274 juta. Bagi mereka yang tidak dapat dihubungi, bukan dikatakan permohonan itu tidak dapat di­timbangkan, cuma permohonan itu tidak lengkap. Apabila seseorang pemohon dikehendaki mengemukakan sesuatu maklumat yang lebih lanjut dan kalau Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat menghubungi seseorang itu, maka permohonannya tidak akan dapat

Page 10: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4517 24 DISEMBER 1991 4518

diproses dcngan lengkap. Maka pemohon itu kcna tunggu lama sehingga dapat bcrcs. Jadi, bukan dikatakan tidak bolch timbang, cuma tidak lengkap dan masih menunggu masa.

PEMBANTU RUMAH ASING­PEMERIKSAAN KESIHATAN

4. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah Kerajaan telah mengenalpasti pembantu rumah dari negara-ncgara jiran yang masuk kc negara ini tidak mempu.nyai penyakit yang berjangkit seperti AIDS dan sebagainya.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pcrtua, Kerajaan semcmangnya telah menetapkan peraturan kepada semua pembantu rumah asing yang telah dibawa masuk kc negara ini dimcstikan terlebih dahulu menjalani pemcriksaan kesihatan. Tujuannya ialah untuk memastikan mereka yang dibawa masuk bebas daripada penyakit dan berjangkit seperti AIDS dan se­bagainya.

PERLINDUNGAN TARIF DAN . KEMUDAHAN GSP

5. Tuan lsli bin Haji Siput minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) berapa banyakkah syarikat schingga ini yang. mcndapat pcrlindungan tarif dan jcnis pcrniagaan yang dijalankan; dan

(b) apakah rancangan Kerajaan untuk mcngatasi industri dalam negcri yang terlibat dalam kemudahan GSP dan sampai bilakah Malaysia mesti ber­gantung terus atas kemudahan ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Tuan S. S. Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan mem­beri perlindungan tarif kepada sesuatu indusui dan bukan kepada sesuatu syarikat. Sekiranya perlindungan tarif diberikan kepada sesuatu industri maka semua syarikat di dalam industri tersebut akan dapat menikmati per­lind9ngan berkenaan.

Mengenai jenis perniagaan yang dilindungi, untuk makluman Yang Berhormat perlindungan tarif adalah dibcrikan kepada industri pembuatan yang layak dan telah menunjukkan bahawa misalnya ia menghadapi pcrsaingan daripada barangan import yang scumpama dan persaingan ini tclah mcnjcjaskan industri tersebut. Walaupun demikian, perlindungan hanya akan diberikan sekiranya industri tersebut mempunyai ciri-ciri seperti keupayaan membekalkan pasaran tempatan, barangan bermutu, penggunaan bahan mentah tempatan, tingkat teknologi dan nilai ditambah.

Rancangan Kerajaan untuk me­nentukan supaya industri dalam negeri dapat bersaing di pasaran luar negeri tanpa bergantung terns kepada ke­mudahan skim GSP ialah:

(i) meneruskan rancangan pembangunan perindustrian dengan tumpuan kepada tam­bahan nilai (value added);

(ii) meneruskan dasar pemba­ngunan perindustrian yang bcroricntasikan eksport supaya pcngcluaran mencapai tahap economics of scale, dengan izin, untuk pasaran antara­bangsa;

(iii) mempertingkatkan misi-misi perdagangan untuk menerokai pasaran-pasaran baru;

(iv) memperkuatkan hubungan perdagangan di kalangan negara-negara serantau; dan

Page 11: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4519 24 DISEMBER 1991 4520

(v) scntiasa mcngingatkan pihak swasta supaya tidak bcr­gantung kcpada GSP akan tetapi harus mcnggunakan kaedah pasaran (marketing principles) untuk pasaran antarabangsa.

Mengikut syarat-syarat bcbcrapa skim GSP, negara-ncgara penerima GSP yang tclah mencapai tahap persaingan yang tinggi bolch dikeluarkan daripada skim tersebut. Dalam hal mt, Malaysia telah ditafsirkan hampir-hampir sampai kc tahap pcrsaingan dan mungkin bila-bila masa akan dikeluarkan dari skim GSP ini. Negara-ncgara pemberi GSP juga membuat kajian semula atau, dengan izin, general review skim-skim GSP dari masa ke scmasa dan akan mengeluarkan negara-negara yang telah mcncapai peringkat pembangunan ckonomi yang tertentu. Kemungkinan bcsar hanya negara-negara yang mundur sahaja akan terus mendapat kemudahan skim GSP di dalam kajian semula terscbut.

Selagi Malaysia belum · dikcluarkan dari skim GSP, ianya akan terus layak menggunakan kemudahan skim GSP.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Bcrhormat Setiausaha Parlimen daripada KerJ1enterian Pcrdagangan Antarabangsa dan lndustri menjelaskan di dalam Dewan ini apakah jenis-jenis industri yang mendapat perlindungan tarif daripada Kcrajaan kita?

Tuan S. S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, jenis-jenis industri yang scdang menggunakan skim GSP ini ialah barangan yang dibuat daripada gctah scperti rubber gloves dan rubber thread, serta barangan sepcrti baby dolls, tekstil dan sebagainya.

SY ARIKAT JAMINAN KR EDIT (CGC)-SKIM PINJAMAN

6. Tuan Doi bin Dollah minta Menteri Kewangan mcnyatakan:

(a) nama-nama bank di negara ini yang diarahkan oleh Kerajaan menguruskan CGC dan dengan cara apakah orang ramai boleh secara m udah berurus dengan bank-bank berkenaan kerana

- didapati sekarang pihak bank­bank yang mengendalikan CGC ini tidak pernah membuat pengumuman kepada orang ramai;

(b) jumlah sebenar pinjaman yang boleh dibuat oleh peniaga­peniaga kecil bumiputera melalui CGC dan adakah pinjaman-pinjaman berbentuk membantu bumiputera ini di­seragamkan; dan

(c) selain daripada bank-bank tempatan yang telah diarahkan menguruskan CGC ini, adakah lain-lain institusi kewangan telah diarah bcrbuat demikian; jika ada, sila nyatakan institusi­institusi berkenaan.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Syarikat Jaminan Krcdit (CGC) telah ditubuhkan dalam tahun 1972 untuk membantu peniaga dan pengusaha kecil yang kekurangan cagaran untuk mendapatkan kemudahan pinjaman daripada institusi-institusi kewangan.

Pada masa ini, terdapat 3 skim pinjaman yang dijamin oleh Syarikat Jaminan Kredit. Skim-skim itu adalah sepcrti bcrikut:

(i) Skim Jaminan Utama;

(ii) Tabung Pinjaman Penjaja dan Peniaga Kecil; dan

(iii) Skim Pinjaman . Khas Per­satuan.

Page 12: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4521 24 DISEMBER 1991 4522

Skim Jaminan Utama telah di­perkenalkan dalam tahun 1989 untuk membantu usahawan-usahawan kecil yang mempunyai harta bersih atau kumpulanwang pemegang saham sehingga $500,000. Skim ini- disertai oleh kesemua 38 buah bank perdagangan di negara ini.

Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, sehingga 31 Oktober 1991, sebanyak 9,955 pemohon dengan nilai pinjaman berjumlah $554. 7 juta telah diluluskan di bawah skim ini ber­banding dengan bilangan pemohon sebanyak 7 ,020 dengan nilai sejumlah $373.3 juta pada akhir tahun lalu.

Tabung Pinjaman Penjaja dan Peniaga Kecil pula telah dilancarkan pada bulan April 1990. Pemohon di bawah skim ini boleh memohon sehingga $5,000 dengan kadar faedah sebanyak 4% setahun. la dilaksanakan oleh 8 buah bank iaitu:

(i) Bank Bumiputera Malaysia;

(ii) Malayan Banking;

(iii) United Malayan Banking Corporation

(iv) Kwong Yik Bank;

(v) Perwira Habib Bank;

(vi) Public Bank;

(vii) Hock Hua Bank; dan

(viii) Sabah Bank.

Sejak dilancarkan dalam bulan April tahun lalu hingga 31 Oktober tahun ini, sebanyak 3,427 permohonan dengan nilai $12.3 juta telah diluluskan di bawah skim ini.

Skim Pinjaman Khas Persatuan pula telah dilancarkan pada bulan Julai 1990. Skim ini mengeluarkan pinjaman tanpa faedah sehingga $2,000 tetapi akan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak $50.00 bagi pinjaman tidak melebihi $1,000 dan $80.00 bagi pinjaman melebihi $1,000.

Sejak dilancarkan dalam bulan Julai tahun lalu sehingga 31 hb Oktober tahun ini sebanyak 4,407 permohonan telah diluluskan dengan nilai pinjaman sebanyak $8.8 juta.

Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak dinafikan bahawa bank-bank yang terlibat dalam skim-skim pinjaman yang disebutkan tadi kurang membuat publisiti kepada orang ramai mengenai skim-skim pinjaman yang diuruskan oleh mereka dan dijamin oleh Syarikat Jaminan Kredit. Bagaimanapun, Syari­kat Jaminan Kredit dari masa ke semasa membuat penerangan di seluruh negara khususnya dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan perniagaan.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan. Adakah benar bahawa kebanyakan daripada pe­minjam-pemirijam CGC ini tidak minat ataupun enggan membayar batik segala pinjaman yang dibuat melalui CGC. Ini telah menyebabkan bank-bank meng­elakkan diri daripada terlibat dengan pinjaman CGC. Adakah ini benar?

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, adalah benar ada di antara peminjam-peminjam yang enggan membayar pinjaman mereka. Ini masalah biasa, dan kadang-kadang ia berkaitan dengan kegagalan di dalam perniagaan. lanya bukan merupakan masalah luar biasa, tetapi masalah kegagalan membayar batik pinjaman ini merupakan satu masalah yang dihadapi juga oleh peminjam-peminjam di bawah skim-skim lain bukan sahaja di bawah Skim Jaminan Kredit. Dalam pada itu walaupun skim ini ada yang enggan membayar batik, Kerajaan akan terus memastikan bahawa Syarikat Jaminan Kredit akan membantu usahawan atau peniaga kecil bumi­putera.

Page 13: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4523 24 DISEMBER 1991 4524

SIMEN-KEKURANGAN BEKALAN

7. Tuan Haji Syed Abdul Hamid Sagaff minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:

(a) apakah sebabnya negara kita menghadapi masalah ke-kurangan simen; dan

(b) apakah sebab utama menyebab­kan kekurangan bahan tersebut dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

30-12-91

24. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:

(a) apakah sebab-sebab bahawa setakat ini kita masih meng­hadapi masalah kekurangan simen dalam negara; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi ke­kurangan simen di dalam negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mohon izin untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat ini bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat Tuan Neo Tuan Cheng bertarikh 30-12-91 memandangkan soalan-soalan tersebut menyentuh mengenai masalah kekurangan simen.

Tuan Yang d-Pertua: Baiklah.

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Terima kasih. Tuan Yang di­Pertua, kekurangan bekalan simen berpunca daripada peningkatan per­mintaan luar jangka ke atas simen yang

melebihi keupayaan pengeluaran khususnya dalam bulan-bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos tahun ini. Bulan-bulan tersebut merupakan musim panas bagi negara kita dan kebanyakan kontraktor perumahan dan binaan berlumba-lumba menyiapkan projek mereka sebelum musim hujan tiba pada bulan Oktober, November dan Di.sember. Faktor-faktor lain yang menyebabkan kekurangan bekalan si1J1en di dalam negeri pada tahun ini adalah seperti berikut:

(i) permintaan yang meningkat berikutan pertumbuhan eko­nomi negara dan pertumbuhan pesat industri pembinaan sejak 3 tahun yang lalu. Penggunaan simen meningkat sebanyak 30% daripada 4.3 juta metrik tan dalam tahun 1989 kepada 5.6 juta metrik tan dalam tahun 1990 dan dijangka meningkat sebanyak 19.6% kepada 6.7 juta metrik tan pada tahun 1991. Di samping itu ke­upayaan pengeluaran bagi tempoh yang sama juga meningkat sebanyak 23% daripada 4.0 juta metrik tan kepada 5.9 juta metrik tan dan dijangka meningkat sebanyak 15.3% kepada 6.8 juta metrik tan pada tahun ini.

(ii) berlakunya kerosakan mesin pengisar di luar jangkaan selain daripada pemberhentian sementara pengeluaran kerana kerja-kerja penyelenggaraan. Kekurangan ketara berlaku apabila lebih daripada satu kilang simen memberhentikan pengeluaran pada masa yang sama. akibat kerosakan di luar jangkaan;

(iii) terdapat juga pihak-pihak tertentu yang menyimpan simen yang berlebihan dengan tujuan untuk mendapat ke­untungan yang lebih;

(

Page 14: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4525 24 DISEMBER 1991 4526

(iv) kekurangan di setengah­setengah tempat adalah di­sebabkan kekurangan ken­deraan dan masalah peng­angkutan serta sistem peng­edaran yang menyebabkan kelewatan untuk membawa bekalan ke destinasi-destinasi tertentu, dan keadaan rn1 banyak berlaku di Sabah dan Sarawak;

(v) setengah-setengah pemaju binaan mempunyai rekod pembayaran belian yang tidak baik dan dengan itu sukar mendapat bekalan simen;

(vi) selain daripada itu, beberapa pihak telah mengeksport simen ke negara ]iran kerana tawaran harga yang lebih;

(vii) kekurangan simen di Sabah dan Sarawak adalah juga kerana masalah bekalan clinker kepada kilang-kilang simen di kedua-dua negeri terse but.

Tuan Yang di-Pertua, langkah­langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi kekurangan bekalan simen dalam negeri adalah seperti berikut:

(a) Bagi langkah-langkah jangka pendek-

( i) mulai 15-8-1991 se­hingga 31hb Disember tahun ini Kerajaan mem­benarkan simen diimport tanpa duti. Sehingga ini lebih kurang 25 ,656 metrik tan simen telah diimport. Langkah ini bertujuan untuk meng­elakkan kekurangan bekalan simen daripada menjejaskan projek­projek pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara;

(ii) pengeksportan simen disekat kecuali kontrak jualan antara Kerajaan dengan Kerajaan atau, dengan izin, Govern­ment-to-Government. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan pengaliran simen keluai negara;

(iii) pengeluar-pengeluar simen telah diarah ber­operasi 14 jam dengan pengawasan penuh oleh Pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian; dan

(iv) Peg aw a i - peg aw a i Penguatkuasa telah mem­pertingkatkan aktiviti membanteras penyelewengan termasuk anti-sorok.

(b) Bagi l~ngkah-langkah jangka panjang pula, tindakan berikut sedang diambil-

(i) pengeluar-pengeluar tempatan digalakkan mempertingkat dan me­nambahkan pengeluaran. Pada tahun 1992/1993, pen gel uar-pengel uar tempatan akan me­ningkatkan kapasiti pe­ngeluaran sebanyak 1.0 juta metrik tan lagi. Pada tahun 1994/1995 pe­ngeluar juga telah mem­buat perancangan untuk menambahkan pengeluaran sebanyak 1.1 juta metrik tan lagi;

(ii) Kerajaan sedang me­nimbangkan permohonan daripada beberapa buah syarikat asing dan tempatan untuk men­dirikan kilang-kilang yang baru;

Page 15: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4527 24 DISEMBER 1991 4528

(iii) Ker aj a an -k er aj a an Negeri Sabah dan Sarawak sedang mem­pertimbangkan cadangan untuk mendirikan kilang­kilang clinker untuk bekalan kepada kilang­kilang simen di negeri­negeri tersebut;

(iv) perlindungan dari segi duti import industri simen akan dikaji se­mula;

(v) m e n g a d a k a n perbincangan yang lebih kerap dengan pengeluar simen supaya langkah awal boleh diambil untuk mengatasi masalah pe­ngeluaran dan peng­edaran simen sebelum ianya menjadi kritikal. Sehubung dengan ini Kementerian telah pun menubuhkan satu panel mengenai bahan-bahan binaan yang dianggotai oleh wakil-wakil Ke­rajaan dan swasta bagi membincang dan me­nyelesaikan masalah ber­kaitan dengan penge­luaran dan permintaan barang-barang binaan. Panel ini akan mula bergerak pada awal tahun hadapan.

ALAT PENGGELAP CERMIN KENDERAAN-LESEN

8. Tuan Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Pengangkutan me­nyatakan:

(a) kenapa pekedai-pekedai diberi lesen untuk membeli dan menjual alat-alat bagi meng­gelapkan cermin kereta di Malaysia;

(b) berapa jumlah hasil dariapda saman dikeluarkan kepada kereta cermin gelap di seluruh Malaysia, dan berapa harga alat pengesan cermin gelap bagi satu unit dan berapa banyak yang telah dibeli oleh Kerajaan; dan

(c) adakah berkemungkinan Ke­rajaan Malaysia memberi lesen kepada sesiapa yang memakai cermin gelap pada keretanya. Tidakkah ini menambahkan lagi somber hasil Kerajaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Pekedai-pekedai tidak boleh disekat untuk membeli dan menjual alat-alat bagi meng­gelapkan cermin kereta kerana terdapat jenis-jenis kenderaan dan bahagian-bahagian cermin kenderaan yang dibenarkan untuk digelapkan seperti ting­kap tepi semua jenis bas, kecuali bas mini, bas kilang dan bas sekolah. Begitu juga bahagian atas cermin depan semua kenderaan boleh di­gelapkan dengan lebar kawasan yang digelapkan tidak melebihi 1/5 atau 25% daripada keselu­ruhan keluasan cermin tersebut. Alat-alat pengelap cermin itu juga boleh digunakan kepada mana-mana kenderaan yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan atas alasan-alasan keselamatan dan kesihatan.

(b) Sehingga bulan Oktober 1991, jumlah hasil daripada saman yang dikeluarkan pada kereta yang didapati melakukan ke­salahan memasang cermin gelap di seluruh Malaysia adalah $0.5 juta. Jumlah tersebut adalah hasil daripada kutipan kompaun dan denda di atas 5,248 kes cermin gelap semenjak ianya mula dikuatkuasakan iaitu pada

Page 16: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4529 24 DISEMBER 1991 4530

bulan Februari 1991. Pada masa ini, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan telah membeli sebanyak 59 unit alat pengukur cermin gelap dengan harga $4,500 seunit.

( c) Kerajaan tidak bercadang untuk memberi lesen kepada sesiapa yang memasang cermin gelap pada keretanya atas alasan­alasan keselamatan dan kawalan-kawalan penguatkuasaan yang sukar dilaksanakan. Kementerian Pengangkutan boleh meluluskan tanpa mengeluarkan lesen kepada mana-mana individu yang dipersetujui memasang cermin gelap atas alasan keselamatan dan kesihatan untuk mengelakkan dari pan­caran cahaya matahari.

DASAR LUAR NEGERI SELARAS DENGAN WA W ASAN 2020

9. Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Luar Negeri menyatakan garis dasar luar dan peranan negara dalam arena politik antarabangsa era Wawasan 2020.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Dato' Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, seperti­mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pencapaian matlamat­matlamat Wawasan 2020 memerlukan pertumbuhan ekonomi yang berterusan serta tahap yang tertentu. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pasaran dalam negeri yang kecil, Malaysia perlu dan mesti memper­luaskan pasaran di peringkat antarabangsa bagi barangan dan perkhidmatan dari Malaysia. Pelan­congan perlu juga digalakkan dengan lebih luas. Demikian juga usaha-usaha untuk menggalak pelaburan dari luar negeri perlu dipertingkatkan. Semua ini

menunjukkan bahawasanya Malaysia perlu memperluas dan mempertingkat­kan hubungan dengan dunia luar.

Sehubungan dengan ini, dasar luar negeri kita perlulah sentiasa dinamik dan pro-active, dengan izin, dan hubungan dua hala dengan negara­negara lain akan dipertingkatkan supaya menjadi lebih substantive, dengan izin. Begitu juga kita perlu mengambil peranan lebih aktif di pertubuhan-pertubuhan antarabangsa terutamanya pertubuhan-pertubuhan Selatan seperti G-15, G-77 dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM). Bersama-sama dengan negara­negara jiran dan negara-negara lain yang mempunyai hasrat yang sama, kita akan berusaha untuk mem­pengaruhi supaya perkembangan eko­nomi dan perdagangan antarabangsa tidak menjejas kepentingan negara dan rantau kita. Ini akan kita usahakan melalui ASEAN dan kumpulan­kumpulan serantau seperti EAEC.

KONTRAKTOR BUMIPUTERA­KEUT AMAAN

10. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Kewangan menyatakan banyak kontraktor bumi­putera dalam serba kekurangan jika dibandingkan dengan kontraktor bukan-bumiputera dan tidakkah patut bagi Kerajaan merumuskan beberapa kemudahan lagi kepada pembotong­pemborong bumiputera seperti mem­beri peluang dalam mana-mana tawaran terbuka; misalnya jikalau tawaran daripada bumiputera 5% lebih tinggi daripada pemborong bukan-bumi­putera, projek itu seharusnya diberi kepada bumiputera.

. Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang mempunyai dasar memberi keutamaan kepada kontraktor bumi­putera sama ada dalam kontrak pembinaan, pembekalan ataupun

Page 17: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4531 24 DISEMBER 1991 4532

perkhidmatan. Keutamaan yang diberikan kepada kontraktor bumi­putera adalah seperti berikut:

Bagi kontrak-kontrak kerja, 30% daripada nilai kerja-kerja binaan selain daripada kerja-kerja yang dijalankan sendiri oleh Jabatan· Kerja Raya dan lain-lain jabatan Persekutuan dan Negeri dikhaskan kepada kontraktor­kontraktor bumiputera.

Bagi baki 70% daripada kerja-kerja itu, kontraktor bumiputera boleh mengambil bahagian dalam pelawaan tender atau sebutharga tetapi dengan tidak diberi apa-apa keutamaan harga.

Bagi kerja-kerja yang nilainya kurang daripada $50,000, ianya hendaklah dijalankan oleh kontraktor Bumiputera sahaja

Tuan yang di-Pertua, bagi perolehan barang-barang dan perkhidmatan yang nilainya $50,000 ke bawah, keutamaan harga sebanyak 10% adalah diberikan kepada bumiputera.

Bagi perolehan barang-barang dan perkhidmatan yang perbelanjaannya melebihi $50,000 sehingga $100,000, keutamaan harga sebanyak 71/2% adalah diberikan kepada bumiputera.

Bagi perolehan barang-barang dan perkhidmatan yang perbelanjaannya melebihi $100,000 sehingga $1 juta, keutamaan harga sebanyak 5% adalah diberikan kepada kontraktor bumi­putera.

Bagi perolehan barang-barang dan perkhidmatan yang perbelanjaannya melebihi $1 juta hingga $5 juta, keutamaan harga sebanyak 2% adalah diberikan kepada kontraktor bumi­putera.

INSTITUT PENGURUSAN MALAYSIA-BILANGAN

PELAJAR

11. Dato' Azuntu bin Tak minta Menteri Pendidikan menyatakan

bilangan peserta-peserta yang sudah lulus mengikuti kursus di Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia dan Institut Pengurusan Malaysia (MIM) yang berpusat di Institut Teknologi MARA di dalam tiga tahun yang lalu. Dari bilangan tersebut, adakah Kerajaan mengetahui bilangan yang berjaya di dalam pemiagaan mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr Leo Michael Toyad): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Institut Pengurusan Malaysia (MIM) adalah menjalankan kursus-kursus peringkat Diploma dan Sarjana di premis MIM sendiri. Bilangan pelajar MIM yang telah lulus adalah seperti berikut:

(a) Program Diploma:

1989 215 orang;

1990 153 orang; dan

1991 320 orang.

(b) Program MBA (Master of Business Administration):

1989 tiada;

1990 32 orang; dan

1991 28 orang.

Adalah sukar untuk mengetahui bilangan pelajar lulusan MIM yang berjaya di dalam perniagaan mereka kerana MIM bukanlah di bawah Kementerian Pendidikan.

I

PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI

12. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) berapa projek perumahan ter­bengkalai yang telah dibaik­pulih sejak 'rescue plan' di­jalankan;

Page 18: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4533 24 DISEMBER 1991 4534

(b) berapa modal yang dicurahkan atas 'rescue plan' setakat ini; dan

(c) berapa banyak lagi projek perumahan yang masih ter­bengkalai setakat ini dan beri sebabnya.

30-12-91

41. Tuan .K. Munisamy minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(a) jumlah projek terbengkalai yang telah dipulihkan setakat ini di Perak, nyatakan projek-projek tersebut; dan

(b) jumlah yang dikeluarkan oleh TPP untuk memulihkan projek­projek terbengkalai seluruh negara setakat ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon izin untuk men­jawab soalan ini bersama~sama dengan pertanyaan bertarikh 30-12-91 yang dikemukakan oleh Tuan K. Munisarny.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mak­luman Ahli Yang Berhormat sebanyak 127 projek perumahan swasta yang terbengkalai telah dibaikpulih sejak 'rescue plan' dijalankan sehingga 30hb Jun, 1991. Daripada 127 projek yang telah dibaikpulih, 24 projek adalah dari negeri Perak. Setakat ini jumlah modal yang telah dikeluarkan atas 'rescue plan' tersebut tidak dapat dipastikan. Ini adalah kerana 'rescue plan' terse but melibatkan banyak agensi seperti Tabung Projek Perumahan Ter­bengkalai (TPPT), Tabung Pemba­ngunan Usahawan (TPU), institusi­institusi kewangan dan juga pihak­pihak lain.

Walau bagaimanapun, sehingga lhb Oktober, 1991, Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT) telah

meluluskan pinjaman sebanyak $247.8 juta bagi memulihkan 80 projek perumahan swasta di seluruh negara.

Untuk tempoh masa yang sama masih terdapat sebanyak 235 projek perumahan swasta yang masih terbengkalai atas sebab-sebab yang berikut:

(i) pemaju menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan projek;

(ii) pemaju tidak mempunyai keupayaan dan pengalaman

· dari segi pengurusan dan pentadbiran projek;

(iii) sikap tidak bertanggungjawab;

(iv) penggulungan syarikat pe­maju; dan

( v) pertikaian dengan tuan tanah.

GERAKAN-GERAKAN REFERENDUM DI SABAH­LANGKAH MEMBANTERAS

13. Tuan Johan B.O.T. Ghani minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk membanteras gerakan-gerakan yang meminta diadakan Referendum di Sabah.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, Kerajaan sentiasa mengawasi tindak-tanduk semua badan-badan politik, pertubuhan-pertubuhan atau orang-orang perseorangan yang terlibat dengan isu referandum ini. Jika didapati tindak-tanduk mereka ini bertentangan dengan peruntukan undang-undang negara, atau boleh menimbulkan syak wasangka dan perpecahan di kalangan rakyat di negara ini, maka Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tin­dakan untuk membanterasnya.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Banyak

Page 19: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4535 24 DISEMBER 1991 4536

desas-desus mengatakan bahawa seorang pemimpin di negeri Sabah yang mengetuai referandum ini. Kenapakah Kerajaan tidak bertindak?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, sebenamya satu laporan Polis telah pun diterima pada Ogos, 1991 di Kota kinabalu dan kes ini masih di dalam siasatan Polis. Jadi, soal pihak berk.uasa tidak bertindak itu adalah tidak betul. Sebenarnya, Polis belum selesaikan siasatan.

Tuan Johan B.O.T. Ghani: Tuan Yang di-Pertua, saya amat sedih, oleh kerana perkara ini bukan perkara baru dan telah agak lama dan perkara ini pernah disuarakan di dalam Perhim­punan Kongres Parti PBS baru-baru ini, dan juga di dalam suratkhabar. Jadi, saya berharap perkara ini tidak harus dilambatkan kerana ia boleh men­jadikan perpecahan ataupun salah wasangka di antara rakyat Sabah sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada soalan.

PENDATANG HARAM DI GERAI MAKANAN

14. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) apakah Kementerian Kesihatan sedar bahawa sekarang ini terdapat ramai pendatang­pendatang haram atau buruh­buruh asing yang bekerja dalam industri · makanan (kilang makanan, restoran dan se­bagainya); dan

(b) apakah buruh-buruh asing ini diperiksa atau diberikan suntikan-suntikan tertentu untuk mengelakkan penyibaran pe­nyakit berjangkit.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Dato' K. Kumaran): Tuan Yang di-Pertua bagi soalan:

(a) Kementerian Kesihatan sedar bahawa terdapat pendatang­pendatang haram atau buruh­buruh yang bekerja di gerai­gerai makanan, restoran dan sebagainya dari masa ke semasa.

(b) Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah yang sama sepertimana yang diam bil terhadap pekerja-pekerja tem­patan iaitu untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan ke­si ha tan, termasuk memberi suntikan kepada buruh-buruh asing yang didapati bekerja di gerai-gerai makanan, restoran dan sebagainya.

LESEN RADIO/TV­PEMANSUHAN KERANA

BAY ARAN IKLAN TINGGI

15. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Penerangan menyatakan:

(a) adakah beliau bersetuju bahawa RTM berjaya mengutip bayaran iklan yang tinggi dan pengiklan­pengiklan bersetuju mengiklan­kan barangan mereka kerana adanya pendengar dan pe­nonton; dan

(b) jika bersetuju apakah Kerajaan tidak bercadang memansuhkan lesen Radio dan Television sebagai ganjaran kepada pen­dengar dan penonton.

Timbalan Menteri Penerangan (Tuan Railey bin Haji Jaffrey): Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan:

(a) Pengiklan-pengiklan melalui RTM sanggup membayar kadar­kadar yang ditetapkan oleh RTM oleh kerana kepercayaan

..

Page 20: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

..

4537 24 DISEMBER 1991 4538

mereka terhadap rancangan­rancangan yang disiarkan dapat mendorong bilangan penonton dan pendengar yang ramai walaupun kadar-kadar yang digunakan oleb RTM adalab sederbana. Namun demikian, basil yang dikutip oleb RTM dijadikan sebabagian daripada basil Kerajaan.

(b) Kementerian belum lagi ber­cadang untuk memansubkan lesen television. Ini adalah kerana perbelanjaan yang di­tanggung oleh Kementerian melalui Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan adalah tinggi berbanding dengan basil yang dikutip.

Tuan Yang di-Pertua, ingin juga saya memaklumkan di sini bahawa bayaran Iesen sebanyak $24.00 yang dikenakan kepada setiap pengguna television adalah di antara yang paling rendab di dunia dan ianya tidak membebankan rakyat. Hasil yang dikutip daripada lesen-lesen tersebut juga menjadi sebahagian daripada basil Kerajaan. Waiau bagaimanapun, Kementerian ini telah memansuhkan semua jenis lesen radio mulai daripada lhb Januari, 1991 supaya lebih ramai daripada masyarakat kita dapat mendengar berita-berita yang terkini secara luas khasnya di luar bandar dan oleh keluarga-keluarga yang tidak mampu membeli peti television iaitu selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang ber­maklumat dan untuk mengurangkan jurang di antara masyarakat.

RTM-PENULIS SKRIP DAN · PENGARAH DRAMA YANG

BERMUTU

16. Puan Ainon binti Ariffin minta Menteri Penerangan menyatakan sama ada drama swasta dalam RTM dapat mencapai serampag dua mata iaitu

membanyakkan penulis skrip dan pengarah drama yang bermutu serta menyedarkan penonton TV tentang hasrat Kerajaan untuk memajukan negara sebagai Wawasan 2020.

Tuan Railey bin Haji Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, drama-drama yang disiarkan melalui kaca TV oleh RTM merupakan berbagai tajuk. Syarikat-syarikat swasta yang me­nyediakan drama-drama tersebut haruslah peka kepada dasar-dasar Kerajaan dan juga keadaan sekeliling di bandar dan di luar bandar supaya isi kandungannya dapat mengaitkan berbagai aspek dalam penghasilan sesuatu drama.

'Finished product', dengan izin, seperti drama haruslah mempunyai nilai-npai profesionalisma supaya dapat diterima dan disiarkan oleh RTM.

RTM sebagai satu badan Kerajaan memberi pandangan, nasihat serta panduan-panduan dalam menyediakan skrip dan story line, dengan izin, supaya drama mereka dapat mencapai ciri-ciri yang objektif dan membawa mesej-mesej tertentu yang dapat membuka mata dan memberi kesedaran kepada penonton drama di samping memberikan hiburan kepada mereka. Ini termasuk gambaran corak ke­hidupan yang perlu di dalam mencapai hasrat Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kuantiti drama yang disediakan oleh pihak swasta telah bertambah, tetapi kualitinya amat berbeza-beza dan ada di antaranya di bawah paras me­muaskan, walaupun telah banyak yang memuaskan. Penyediaan drama-drama yang berkualiti bergantung kepada proses pengalaman yang telah dilalui oleh production house, dengan izin, sendiri serta penulis-penulis skrip,

Page 21: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4539 24 DISEMBER 1991 4540

pengarah dan penerbit-penerbit drama. Ini memerlukan masa yang panjang.

Penyediaan drama yang kreatif terpulanglah kepada penulis-penulis skrip dan pengarah-pengarah drama supaya peka kepada keadaan penyediaan terkini dan kepada dasar­dasar serta hasrat Kerajaan untuk memajukan negara selaras dengan W awasan 2020 supaya ianya dapat dibeli untuk siaran television baik RTM mahupun TV3.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Kemen­terian Penerangan yang hendak menaikkan mutu drama yang memang sudah naik, tetapi soalnya tidak dapat diminati oleh orang ramai kerana siri drama ini berjujai-jujai-ada episod 1, 2, 3 dan sebagainya dan hari ini kita dapat tengok, besok kita tidalc dapat tengok ....

Tuan Yang di-Pertua: Apakah soalannya?

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, maksud soalannya ialah jangan dibuat episod dan tayangkan terus. Jadi, soalan saya bolehkah drama itu diteruskan dengan tidak berangkai­rangkai.

Yang keduanya, bolehkah pula drama itu tidak diselangi dengan iklan­iklan; sesuatu drama itu terhenti, kemudian selingan iklan sampai lupa­khayal kita menengok iklan, drama itu sudah hilang kesedapannya? Bolehkah kalau tidak diselang dengan iklan?

Tuan Railey bin Haji Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, drama-drama yang bersiri itu sebenamya merupakan suatu cerita yang panjang. Ada juga drama-drama yang merupakan drama swasta sebagai sebuah drama biasa sahaja. Jadi, oleh kerana cerita itu panjang dan untuk menghabiskan cerita

tersebut, maka ianya dibuat bersiri-siri. Jadi, kita terima berdasarkan apa yang telah digarispandukan oleh RTM iaitu drama bersiri atau serial, memang ada bezanya di antara drama yang tidak bersiri.

Mengenai soal iklan ditiadakan di dalam perantaraan drama-drama, saya rasa itu tidak mungkinlah, Tuan Yang di-Pertua, kerana ini merupakan sumber pendapatan RTM.

Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, siapakah yang ter­libat dengan manual skrip drama swasta ini dan jangkamasa tayangan dibuat selepas drama-drama ini selesai penggambarannya dan diserahkan kepada pihak RTM?

Tuan Railey bin Haji Jaffrey: Orang-orang yang terlibat sebagai Jawankuasa Skrip ialah kakitangan RTM sendiri dan jangkamasa untuk menentukan bila sesebuah drama itu dapat diterima atau tidak sebenarnya tidak ditetapkan kerana ada kadang­kalanya sesebuah drama itu memakan masa yang panjang disebabkan apabila dikaji didapati kualitinya kurang baik atau jalan ceritanya tidak bersesuaian. Jadi ia terpaksa dikembalikan atau kadangkalanya drama yang di­kembalikan disuruh perbetulkan. Jadi, itu juga memakan masa. Jadi, begitulah perkara-perkara yang berlaku sebagai masalah yang melambatkan drama­drama ini dimainkan di TV.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Sedarkah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa drama-drama yang diimport dari India itu tidak ada apa-apa nilai ataupun ciri-ciri yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekiranya sedar, apakah cadangan­cadangan Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya menggalakkan drama-

...

Page 22: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4541 24 DISEMBER 1991 4542

drama Tamil yang dikeluarkan oleh warganegara Malaysia?

Tuan Railey bin Haji Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian sedar dan barangkali walaupun drama­drama Tamil ini dalam bahasa Tamil tetapi ianya tidak ditonton oleh orang India yang berbahasa Tamil sahaja; orang melayu, orang Cinapun tengok drama Tamil. Jadi, maknanya ada sambutan. (Ketawa) Namun demikian, Kementerian Penerangan sentiasa peka di atas kehendak masyarakat India amnya, tetapi malangnya ada di kalangan umum, soal drama-dra.ma yang dikeluarkan oleh pengeluar tempatan adalah kurang mendapat sambutan dan seperti drama-drama lain ada juga yang dihantar mengalami masalah yang saya sebutkan tadi, masalah kualiti dan berbagai-bagai.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber­hormat Puan Salbiah, saya benarkan sebagai yang akhir sekali untuk soalan ini.

Puan Baja~ Salbiah binti Mohd. Akim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri Penerangan, adakah Kementerian berpuas hati sesudah menyiarkan drama-drama itu? Itu soalan yang pertama. i

Yang kedua, sebab cerita di dalkm drama-drama ini berlingkar dal~m kawasan · rum~tangga sahaja­selalunya berkelahi suami-isteri dan bergaduh dengan menantu. Tak adakah cerita yang boleh meninggikan iqiej kita. Umpamanya, ada keluarga y~ng berjaya supaya dapat ditiru oleh penonton-penonton, anak-anak~ya yang berjaya, perniagaannya yang berjaya. Ini selalu sekitar dalam rumahtangga sahaja, berkelahi kerana ....

Tuan Yang di-Pertua: Maksud soalannya, adakah drama yang lain?

Puan Hajah Salbiah binti Mohd. Akim: Ya, yang lain daripada itu, lain daripada drama rumahtangga?

Tuan Railey bin Haji Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir saranan yang dimajukan oleh Ahli Yang Ber­hormat adalah kurang tepat kerana setahu saya drama RTM itu berbagai­bagai termasuklah ciri-ciri Yang Berhormat sebutkan tadi diakui ll}emang ada. Tetapi ada juga yang menunjukkan kemajuan negara, kemajuan individu dan sebagainya. Tetai kalau Yang Berhormat ingin memperbaiki lagi drama-drama swasta ini, saya rasa Yang Berhormat pun boleh tulis skrip, kita boleh pertimbangkan. (Ketawa)

PENGGUNA-PERLINDUNGAN DARI EKSPLOIT ASI PENIAGA

17. Wan Hamid Edruce bin Tuanku Mohamad minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan kejayaan Kementeriannya dan usaha melindungi pengguna daripada ditipu oleh pedagang­pedagang yang tamak.

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, kejayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam usahana untuk melindungi pengguna daripada diekploitasi oleh peniaga­peniaga yang tamak dapat diukur dari segi program-program yang telah disusun, iaitu:

(1) Pengguna mempunyai tempat untuk mengutarakan rungutan dan aduan serta mendapat, dengan izin, redress yang sewajarnya jika mereka me­rasakan diri mereka di­eksploitasi.

(2) Pengguna tidak menghadapi apa-apa masalah untuk men­dapatkan bekalan barang-barang

Page 23: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4543 24 DISEMBER 1991 4544

perlu dengan harga berpatutan dalam keadaan.

yang setiap

(3) Harga barang-barang perlu adalah stabil dan peniaga­peniaga tidak menaikkan harga barangan tanpa sebab-sebab munasabah.

(4) Pengguna boleh menggunakan hak mereka dalam membuat apa-apa pembelian seperti hak untuk mendapat maklumat, hak untuk membuat pilihan dan hak untuk membuat perbandingan harga.

Tindakan melindungi pengguna daripada dieksploitasi oleh peniaga­peniaga dilaksanakan berterusan oleh Kementerian seperti berikut:

(i) mempertingkatkan kesedaran dan kepekaan pengguna me­ngenai hak dan tanggungjawab mereka. Bagi maksud ini, Kementerian menggalakkan pertumbuhan gerakan kepeng­gunaan yang positif dan mempergiatkan program pen­didikan pengguna di peringkat negeri dan daerah. Kemen­terian juga telah mendapat persetujuan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk menubuhkan Majlis Hal Ehwal Pengguna di setiap negeri;

(ii) menentukan bekalan barang­barang perlu sentiasa men­cukupi dan mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan di pasaran dalam setiap keadaan.

(iii) menentukan harga barang­barang tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya;

(iv) mengambil berbagai langkah pencegahan dan pembanteras penyelewengan dalam urus­niasa melalui penguatkuasaan undang-undang yang ber­kaitan;

(v) mengadakan kemudahan untuk pengguna membuat rungutan dan aduan; dan

(vi) menyelesaikan masalah peng­guna dengan segera dan berkesan dan menentukan perniagaan mengamalkan budaya perdagangan yang beretika serta peka dengan tanggungjawab terhadap ma­syarakat.

Tuan Yang di-Pertua, kejayaan Kementerian di dalam usahanya melindungi pengguna daripada di­eksploitasi oleh peniaga-peniaga bergantung kepada kerjasama dan komitmen sepenuhnya daripada peng­guna sendiri. Di samping mengamalkan budaya jimat cermat dan peka kepada hak-hak mereka sebagai pengguna, mereka juga perlu melaporkan sebarang penyelewengan dalam per­dagangan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil dengan segera.

INSTITUT PERT ANIAN­KEJA Y AAN PET ANl LUAR

BANDAR

18. Puan Hajah Rogayah binti Che Mat (di bawah S.O. 23 (2)) minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada Institut-institut Pertanian di negara ini berjaya mewujudkan semangat ingin bertani sebagai somber mencari rezeki bagi rakyat df luar bandar yang kaya dengan tanah terbiar itu.

· Timbalan Menteri Pertanian (Dato' S. Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Pertanian Seme­nanjung Malaysia mentadbir 6 buah institut pertanian. Latihan yang dijalankan mempunyai matlamat­matlamat seperti berikut:

(1) mem beri latihan vokasioal dalam bidang pertanian di peringkat sijil untuk belia-belia bagi memenuhi keperluan

Page 24: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

--------

4545 24 DISEMBER 1991 4546

tenaga kerja di peringkat operatif dalam agensi-agensi Kerajaan dan sektor swasta.

(2) melatih dan membentuk semangat kepimpinan di kalangan belia luar bandar bagi menghadapi cabaran men­ceburkan diri dalam pem­bangunan pertanian khasnya dan pembangunan negara amnya sebagai usahawan pertanian.

Untuk memenuhi matlamat-matlamat tersebut, institut telah menggubal suatu kurikulum latihan yang bersesuaian. Antara aspek-aspek yang diberi penekanan dalam kurikulum institut ialah amalan-amalan agronomi dalam pengeluaran pertanian, pengurusan ladang, pemasaran, pemerosesan dan pemiagaan tani. Ini bertujuan untuk melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan mahir dalam selok-belok pengeluaran pertanian serta aktiviti-aktiviti perniagaan, pengurusan ladang dan pemerosesan.

Selain daripada itu, latihan di institut juga mementingkan pemupukan sikap positif terhadap bidang pertanian. Berbagai aktiviti ke arah pembentukan individu yang mempunyai semangat yang. tinggi, berdedikasi, sanggup bekerJa kuat dan ingin berdikari dalam bidang pertanian dianjurkan oleh institut.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MALAYSIA

MENGIKUT WAWASAN 2020

19. Puan Hajah Asmah binti Haji Ismail minta Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan menyataka~ berhubung dengan kebudayaan Malaysia mengikut Wawasan 2020:

(a) apakah tindakan pihak Kementerian terhadap 'Budaya Nasional' Malaysia dan coraknya menjelang tahun 2020 ini; dan

(b) apakah W awasan 2020 ini akan dihargai oleh generasi Malaysia pada waktu itu kelak berhubung dengan budaya ini jika Malaysia menjadi sebuah negara maju yang mana masyarakatnya tidak memiliki budaya yang sihat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelan­congan (Dato' Abdul Raman bin Soliman): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Dasar Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah menjadi asas perancangan dan pelaksanaan Program Pembangunan Kebu­dayaan di Kementerian ini. Program-program seperti peng­galakan dan promosi, khidmat sokongan dan latihan penye­lidikan dan pemuliharaan, Pembangunan dan Pendidikan Seni Persembahan akan terus dilaksanakan demi mencapai hasrat Wawasan 2020.

(b) Kementerian ini yakin bahawa Wawasan 2020 akan dihargai oleh generasi Malaysia pada waktu itu kelak. Masyarakat Malaysia pada abad ke 21 dapat digambarkari mempunyai ciri­ciri seperti berikut:

(i) Berbudaya Ilmu;

(ii) Berbudaya Saing;

(iii) Berbudaya Kerja Yang Tinggi;

(iv) Berbudaya Penyayang;

(v) Beretika dan Bermoral Tinggi;

(vi) Bangga Diri;

(vii) Bertoleransi dan saling menghormati.

Masyarakat yang akan wujud dalam abad ke 21 adalah sebuah m.asyarakat yang bersatu, yakin, ~1dup penuh demokratik, liberal, bertolak ansur, adil dari segi pengagihan ekonomi,

Page 25: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4547 24 DISEMBER 1991 4548

progresif dan makmur dan mempunyai penguasaan se­penuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental.

Kerajaan begitu yakin Wawasan 2020 akan lahir bersama-sama dengan masyarakat maju yang berbudaya seperti yang telah saya sebutkan di atas tadi.

PINJAMAN KENDERAAN­KELONGGARAN SY ARAT

TEMPOH BAY ARAN BALIK

20. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan ber­cadang untuk memberi kelonggaran semula kepada syarikat-syarikat kewangan menetapkan ternpoh bayaran balik yang ditetapkan oleh Kerajaan sekarang memberi beban kepada peminjam-peminjam dalam sewabeli kenderaan tersebut.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peraturan­peraturan baru mengenai pembiayaan pinjaman kenderaan berkuatkuasa pada 15 Ogos 1991. Di bawah peraturan baru itu pembiayaan untuk membeli ken­deraan oleh institusi-institusi kewangan tidak boleh melebihi 75% daripada kos pembelian kenderaan dan tempoh pem­bayaran balik pinjaman hendaklah tidak melebihi 4 tahun. Sebelum peraturan-peraturan baru itu dikeluar­kan, pembiayaan yang diberikan oleh institusi kewangan adalah dalam lingkungan 80% daripada kos ken­deraan dan tempoh pembayaran balik adalah sehingga 5 tahun.

Peraturan-peratura baru yang diper­kenalkan itu adalah dibuat untuk memperlahankan permintaan ke atas kredit oleh sektor swasta bagi tujuan penggunaan. Ia secara tidak langsung akan mengurangkan pertum buhan

bekalan wang dan permintaan peng­gunaan yang berlebihan bagi mengu­rangkan tekanan inflasi.

Sungguhpun peraturan itu mem­bebankan bakal pembeli kenderaan, tetapi pada hakikatnya, ia adalah untuk kebaikan dan faedah pengguna secara amnya kerana kesannya dalam me­redakan tekanan inflasi. Dengan peraturan baru itu, adalah dijangkakan hanya mereka yang benar-benar mampu akan membeli kenderaan.

Tuan Yang di-Pertua, memandang­kan tekaan inflasi di negara kita pada hari ini masih wujud, Kerajaan tidak bercadang untuk menyemak semula atau mem beri kelonggaran ke atas peraturan-peraturan yang dikuat­kuasakan sejak 15hb Ogos yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa tintuk Soal Jawab sudah cukup. Kita terus pergi kepada perkara yang lain.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 21 hingga 50 adalah diberi di bawah ini)

KEMALANGAN JALAN RAY A­LANGKAH KESELAMAT AN

21. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Pengangkutan menyatakan sejauh mana tindakan telah diambil untuk melaksanakan program bagi mengelakkan kemalangan jalan raya seperti menyediakan lampu isyarat di tempat jalan-jalan yang telah di­kenalpasti di seluruh negara.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Kerajaan sentiasa memandang berat ke atas keadaan keselamatan jalan raya di negara ini dan langkah-Jangkah yang diambil untuk mengatasi masalah

Page 26: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4549 24 DISEMBER 1991 4550

kemalangan jalan raya, di antaranya, adalah seperti berikut:

(i) pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Memandu yang menekankan unsur-unsur pe­mandu berhemat (defensive driving);

(ii) mempergiatkan lagi kempen­kempen keselamatan jalan raya yang meliputi semua kum­pulan sasaran bagi memper­tingkatkan tahap kesedaran di kalangan pengguna-pengguna jalan raya;

(iii) menguatkuasakan undang­undang lalulintas jalan dengan lebih ketat oleh agensi-agensi penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis DiRaja Malaysia, khasnya di kawasan-kawasan kerap ber­laku kemalangan;

(iv) menerapkan pendidikan ke­selamatan jalan raya di kalangan kanak-kanak sekolah melalui aktiviti ko-kurikulum pendidikan keselamatan jalan raya; dan

(v) membaiki rangkaian jalan raya di negara 101 termasuk program-program memperelokkan kawasan bahaya, pembinaan jejantas, menaikkan taraf jalan, peng­gantian jambatan, pelebaran jalan dan pemasangan pemisah jalan.

Pemasangan dan penyediaan lampu­lampu isyarat adalah di bawah bidangkuasa dan tugas pihak-pihak berkuasa tempatan seperti Dewan­dewan Bandaraya dan M.ajlis-majlis Tempatan. Lampu isyarat tersebut memang dipasang di tempat-tempat yang difikirkan perlu.

INFLASI-KENAIKAN GAJI DAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

22. Jen. (B) Tan Sri Dato' Mohd. Ghazali bin Dato' Mohd. Seth minta Menteri Kewangan menyatakan usaha­usaha Kerajaan untuk menangani inflasi, memandangkan kenaikan harga pada tahun 1992 akan menerima tekanan dari kenaikan gaji sektor awam. Dan adakah keghairahan kad­kad kredit menggalakkan pengguna­pengguna membeli-belah secara tertunggak ini menyemarakkan lagi tekanan Kerajaan mengkaji implikasi kad kredit ini kepada kesejahteraan negara.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Dalam tahun 1992, kenaikan harga tidak akan menerima tekanan yang begitu tinggi dari kenaikan gaji. Ini adalah kerana, tunggakan gaji akan dibayar secara berperingkat-peringkat sehingga l!!hun 1993. Kerajaan juga telah mengambil beberapa tindakan secara fiskal dan kewangan supaya inflasi dapat dibendung. Langkah­langkah ini adalah seperti berikut:

Dasar Kewangan

(i) Menaikkan nisbah rizab berkanun (statutory reserve ratio) bank-bank per­dagangan, syarikat kewangan dan bank-bank saudagar sebanyak 1 % kepada 7 .5%. Langkah ini mengurangkan jumlah mudahtunai di pasaran kewangan, dan per­tum buhan bekalan wang, serta meredakan pertum­buhan permintaan aggregat.

(ii) Bank Negara Malaysia telah membebaskan kawalan ke atas kadar faedah pinjaman asas (base lending rate) dan membiarkan kuasa pasaran menentukan paras kadar faedah dalam negeri yang sesuai. Peningkatan kadar

Page 27: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4551 24 DISEMBER 1991 4552

pinjaman akan mengurang­kan permintaan pinjaman dan seterusnya penggunaan. Ini akan membantu meredakan tekanan ke atas inflasi.

(iii) Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah juga mengetatkan syarat-syarat pinjaman sewa beli yang disedi.akan oleh institusi­institusi kewangan untuk pembelian kenderaan ber­motor. Ini juga bertujuan mengurangkan kredit peng­gunaan oleh pengguna.

Dasar Fiskal

(i) Kerajaan akan terus meng­amalkan dasar berjimat cermat dan sentiasa meng­awal perbelanjaan dalam pengurusan kewangannya. Keutamaan perbelanjaan­perbelanjaan pelaburan akan sentiasa diberi kepada per­belanjaan yang produktif sahaja yang boleh meningkat­kan daya pengeluaran negara.

Dengan langkah-langkah ini, kadar inflasi dapat dikawal dan untuk tahun 1992, kadarnya dianggarkan mencapai 5% sahaja.

Mengenai kad-kad kredit, setakat ini kesan penggunaan kad kredit dan kad caj ke atas kenaikan kad&r inflasi masih belum dapat dibuktikan dengan statistik yang kukuh. Dalam kajian awal yang dibuat oleh Bank Negara, jumlah kredit hanyalah kira-kira 0.8% daripada jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh sistem bank. Di samping itu juga, perbelanjaan yang dibuat melalui kad kredit juga merupakan sebahagian kecil daripada jumlah perbelanjaan penggunaan di negara ini di mana anggaran kasarnya bagi setengah tahun pertama 1991 adalah kira-kira 6% daripada jumlah perbelanjaan penggunaan. Dengan itu kesannya ke atas inflasi adalah amat kecil.

Walaupun demikian, Kerajaan sedang mengambil beberapa tindakan untuk mengeluarkan satu garis panduan bagi pengeluaran kad-kad ini supaya perbelanjaan melalui kad-kad kredit ini dapat membendung kesan-kesan negatif yang mungkin timbul daripada operasi kad krcdi t dan kad caj di masa hadapan. Di antara langkah-langkah yang sedang dipertimbangkan ter­masuklah pengwujudan peraturan­peraturan tertentu bagi mengawal pengeluaran kad kredit dan kad caj serta penentuan had kadar faedah ke atas kredit.

LESEN KEPADA AGENSI PEKERJA ASING

23. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Sumber. Manusia menyatakan:

(a) berapa lesen atau permit telah dikeluarkan kepada agensi untuk membawa buruh-buruh atau pekerja-pekerja asing ke negara kita; dan

(b) apakah kriteria atau kelayakan untuk mendapat lesen atau permit tersebut.

Timbalan Menteri Sumber Manusia (Dato' M. Mahalingam):

(a) Jumlah lesen agensi pekerja swasta yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia, di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta Tahun 1981 ialah 342. Daripada agensi-agensi yang diberi lesen di bawah Akta ini, 21 daripadanya telah dibenarkan oleh Jabatan Imigresen untuk membawa pekerja-pekerja asing ke qegara kita.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semasa Akta Agensi Pekerjaan Swasta Tahun 1981

Page 28: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4553 24 DISEMBER 1991 4554

diperkenalkan, tujuannya ialah bagi melindungi rakyat tem­patan yang mencari pekerjaan melalui agensi pekerjaan swasta. Ketika Akta ini digubal, penggajian pekerja asing tidak timbul sebagai satu isu yang penting. Waiau bagaimanapun, memandangkan negara kini mengalami kekurangan pekerja tempatan dan memerlukan pekerja asing, Kementerian Sumber Manusia sedang meng­kaji keperluan meminda Akta Agensi Pekerjaan Swasta, termasuk pengeluaran lesen khusus untuk membawa masuk pekerja asing.

(b) Kelayakan bagi mendapatkan lesen agensi pekerjaan swasta, antara lainnya, adalah seperti berikut:

(i) pemohon mestilah se-orang warganegara Malaysia; dan

(ii) pemohon hendaklah juga seorang yang mempunyai kelakuan baik, bukan seorang bankrap, dan tidak disabitkan atas sesuatu kesalahan dan dihukum penjara lebih daripada satu tahun atau denda lebih daripada dua ribu ringgit.

PENDATANG TANPA IZIN DI PULAU BIDONG-KOS

PERBELANJAAN

24. Tuan Saad bin Haji Man minta Perdana Menteri menyatakan berapa­kah kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Malaysia untuk menyeleng­garakan pendatang-pendatang tanpa izin di Pulau Bidong dari mula hingga sekarang. Berapakah jumlah bantuan antarabangsa bagi tujuan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman (Tuan Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang per­belanjaan bagi membiayai Pendatang­pendatang haram Vietnam di Pulau Bidong. Kesemua perbelanjaan adalah ditanggung oleh pihak UNHCR. Semenjak tahun 1975 hingga tahun 1990, agensi berkenaan telah mem­belanjakan sebanyak $171.4 juta bagi tujuan tersebut. Manakala pada tahun ini sebanyak $12.2 juta lagi telah diperuntukkan bagi tujuan yang sama.

KAD KREDIT

25. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) apakah tindakan Kerajaan untuk mengetatkan pengeluaran kad kredit yang begitu berleluasa sekarang; dan

(b) sehingga Jun 1991, berapa banyakkah kad kredit yang telah dikeluarkan.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Jawapan berkaitan dengan perkara ini telah pun dibuat pada 18 Disember 1991, iaitu semasa menjawab per­tanyaan Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba. Oleh itu, saya tidak ber­cadang untuk mengulangi jawapannya.

KEMENTERIAN ALAM SEKIT AR-MEWUJUDKAN

KEMENTERIAN BARU

26. Tuan Abdul Rashid bin Ismail minta Perdana Menteri menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengasingkan Kementerian Sains dan Teknologi dan mewujudkan suatu Kementerian baru yang di­namakan Kementerian Alam Sekitar bagi mem buktikan kesungguhan

Page 29: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4555 24 DISEMBER 1991 4556

Kerajaan dalam penjagaan alam sekitar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Abang Abu Dakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan masih belum bercadang untuk menubuhkan satu Kementerian baru bagi mengen­dalikan hal-hal berkaitan dengan alam sekitar kerana Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang ada sekarang mampu mengendalikan fungsi-fungsi yang berkaitan dengan alam sekitar di samping mengendalikan fungsi-fungsi yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

DAERAH SELANDAR­PENGWUJUDAN

27. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) bilakah Daerah Selandar hendak diwujudkan; dan

(b) kenapakah pengwujudan Daerah Selandar itu dilambat-lambatkan.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Kerajaan Negeri Melaka memohon mewujudkan Daerah Kecil dan Majlis Daerah Selandar dan bukannya Daerah Selandar sepertimana pertanyaan Ahli Yang Berhormat itu.

Cadangan Kerajaan Negeri Melaka untuk mewujudkan Daerah Kecil dan Majls Daerah Selandar masih di dalam pertimbangan Kerajaan Persekutuan oleh kerana perwujudan Daerah Kecil dan Majlis Daerah Baru itu mempunyai implikasi dari segi perjawatan dan tanggungan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan. Pandangan-pandangan

semua Pihak Berkuasa yang berkaitan telah pun diperolehi dan dijangka Kerajaan akan membuat keputusan dalam sedikit masa lagi.

TEKNOLOGI 'RE-CYCLE'­MEMPERKENALKAN

28. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyata­kan bilakah teknologi gantian 're­cycle' akan diperkenalkan di Malaysia. Apakah kesannya terhadap alam sekitar serta ekonomi negara.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa teknologi re-cycle telah diper­kenalkan di negara 101 secara berperingkat-peringkat. Teknologi ini digunakan bagi memproses bahan buangan untuk digunakan semula sebagai bahan mentah di dalam aktiviti-aktiviti perindustrian dan lain­lain. Teknologi re-cycle memberi kesan yang positif kepada alam sekitar, di samping dapat meningkatkan ekonomi negara. Teknologi ini juga merupakan salah satu kaedah bagi mengurang atau mengelakkan daripada berlakunya pembaziran yang boleh mengakibatkan kesan kepada alam sekitar, memak­simumkan penggunaan somber dan menjimatkan tenaga kerja.

PENY AKIT BINTIK CINCIN BETIK

29. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pertanian menyatakan sejak Penyakit Bintik Cincin menyerang pokok betik di negara ini berapakah luas kawasan yang diserang dan kerugian yang dialami, dan:

(a) berapa jumlah eksport betik keluar negeri sejak 1989, 1990, 1991; '

Page 30: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4557 24 DISEMBER 1991 4558

(b) apakah langkah bagi mengawal penyakit ini tidak merebak; dan

(c) adakah perbuatan khianat di­lakukan oleh pihak-pihak ter­tentu dengan tujuan melumpuh­kan eksport betik negara.

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Penyakit Bintik Cincin Betik telah mula dikesan di negeri Johor pada bulan Jun 1991. Penyakit ini dilaporkan dikesan hanya di daerah-daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian. Luas kawasan yang kena serang berjumlah 36.14 hektar dan kerugian yang dianggarkan ialah sebanyak $600,000.

(a) Mengenai nilai eksport betik ke luar negeri bagi tahun 1989, 1990 dan 1991 ialah seperti berikut:

1989 - $18 juta

1990 - $21 juta

1991 - $15 juta

(b) Langkah-langkah yang diambil bagi mengawal kemerebakan penyakit ini termasuklah:

(i) menubuhkan Pasukan Kerja;

(ii) memberi penerangan kepada Juruteknik Pertanian, orang awam, pembesar negeri dan petani mengenai penyakit ini;

(iii) menjalankan kursus pengawalan penyakit;

(iv) membuat siaran publisiti;

(v) mengadakan gotong­royong menghapuskan pokok-pokok berpenyakit;

(vi) melarang pergerakan anak-anak benih betik dari kawasan ber-

penyakit dan peng­i mp or tan n ya (dilaporkan merebak melalui ''vector" (iaitu melalui sejenis raphid atau kutu daun) dan "mechanical" dan bukan "seed-borne"); dan

(vii) m e n g a d a k a n "detection survey" di seluruh negara.

Sehingga 30 November 1991, semua pokok-pokok berpenyakit di kawasan terlibat (Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian) yang berjumlah 54,210 (di kawasan petani) dan 4,107 (di kawasan perumahan) dan meliputi 36.14 hektar kawasan serangan, telah selesai di­musnahkan. Waiau bagai­manapun, operasi tinjauan dan pemusnahan akan terus di­jalankan di daerah-daerah tersebut sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Setakat ini, tiada serangan dilaporkan di lain-lain tempat di Johor dan di seluruh negara.

(c) Jawapannya ialah tidak.

SUMBER PERTANIAN MENJELANG T AHUN 2020

30. Tuan K. Munisamy minta Menteri Pertanian menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian Pertanian untuk menambahkan somber pertanian menjelang tahun 2020 memandangkan semasa tahun 2020 negara akan maju menjadi negara perindustrian. ·

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Kerajaan menjangka bahawa di dalam dekad-dekad yang akan datang menjelang tahun 2020, sektor pertanian akan terus memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara. Dengan

Page 31: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4559 24 DISEMBER 1991 4560

menjalankan kajian dan penyelidikan, Kerajaan telah mengenalpasti kekangan-kekangan (contraints) yang sedang dan akan dihadapi oleh sektor pertanian di masa-masa akan datang dan sedang menggubal dasar dan strategi sektor pertanian yang lebih dinamik (yakni dapat mengubahsuai dan bertindakbalas dalam suasana ekonomi yang berubah dan penuh saingan) yang akan dimasukkan dalam Dasar Pertanian Negara yang baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Di antara langkah-langkah yang dicadangkan dalam rancangan jangka panjang bagi sektor pertanian ialah:

(i) menggubal satu Dasar Makanan (Food Policy) untuk menggariskan strategi penge-1 uaran makanan jangka panjang, sederhana dan pendek;

(ii) menyediakan pelan jangka panjang pembangunan somber tenaga manusia untuk me­wujudkan petani-petani yang moden dan berorientasikan pasaran (yakni tidak terlalu bergantung kepada Kerajaan), termasuk melatih nelayan­nelayan yang mampu mene­roka laut dalam dan meng­gunakan alat-alat penangkapan ikan yang lebih canggih;

(iii) menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan tanaman (dan baka-baka ternakan) yang memberi hasil yang tinggi serta kaedah pengurusan ladang yang cekap bagi me­ninggikan pi:odukti vi ti me­mandangkan di masa hadapan tanah-tanah baru akan terus berkurangan. Penyelidikan juga akan dipertingkatkan untuk menghasilkan kaedah­kaedah pengeluaran yang kurang bergantung kepada

tenaga manusia (yakni .mem­percepatkan proses mekani­sasi);

(iv) menggunakan sumber-sumber dengan lebih sistematik dan ke tahap yang optima (ke arah menghapuskan masalah tanah terbiar) dengan mengadakan kem udahan-kem udahan, galakan dan insentif-insentif;

(v) memberi penekanan kepada pengeluaran basil yang ber­mutu untuk memenuhi ke­hendak dan citarasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah;

(vi) mempertingkatkan keupayaan memproses bahan-bahan mentah di dalam negeri melalui pembangunan industri hiliran berasaskan pertanian (agro-based downstream industries);

(vii) memperbaiki sistem maklumat pemasaran dengan menyedia­kan rangkaian pemasaran serta usaha-usaha promosi (ter­masuk di seberang laut) yang lebih agresif supaya barangan pertanian mendapat pasaran yang baik dan mampu bersaing dengan keluaran-keluaran negara lain; dan

(viii) mengambil langkah-langkah yang lebih ketat untuk pe­meliharaan alam sekitar dan pengurangan pencemaran.

PENYELEWENGAN PERUNTUKAN KERAJAAN

31. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kewangan menyatakan sejauhmanakah seriusnya penyelewengan, penyalah­gunaan kuasa dan pembaziran peruntukan Kerajaan di J abatan­jabatan, Badan-badan Berkanun dan Agensi-agensi Kerajaan pada ketika ini. Apakah langkah-langkah positif

Page 32: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4561 24 DISEMBER I 99 I 4562

yang telah dan akan dilaksanakan bagi membanteras penyelewengan tersebut.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Kerajaan mempunyai sistem pengawalan yang mencukupi ke atas peruntukan kewangan yang diluluskan kepada Jabatan-jabatan, Badan-badan Berkanun dan Agensi-agensi Kerajaan. Kawalan-kawalan tersebut adalah terbahagi kepada dua (2) peringkat seperti berikut:

(i) Kawalan ke atas peruntukan; dan

(ii) Kawalan ke atas perbelanjaan.

(i) Kawa/an ke atas Peruntukan

Semua peruntukan tahunan Kementerian/Jabatan, Badan­badan Berkanun dan Agensi­agensi Kerajaan dikaji dan diperiksa oleh Perbendaharaan dengan teliti untuk me­mastikan bahawa cadangan peruntukan yang ditetapkan adalah benar-benar memenuhi keperluan agensi sebelum cadangan itu dibentang dan diluluskan oleh Parlimen.

(ii) Kawa/an ke atas Perbelanjaan

Dari segi perbelanjaan, Ke­rajaan mempunyai peraturan­peraturan yang lengkap dan cukup ketat yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh Kemen­terian/Jabatan, Badan-badan Berka nun dan agensi­agensinya dalam menguruskan perbelanjaan seperti yang terkandung di dalam Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pe­keliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang dikeluar­kan dari masa ke semasa.

Kerajaan tidak menafikan wujudnya masalah penye­lewengan, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran, tetapi

berdasarkan kepada laporan­laporan yang diterima, Ke­rajaan mendapati masalah tersebut tidaklah berat (serious).

Di antara langkah-langkah positif bagi membanteras masalah penye­lewengan, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran ini, termasuklah:

(i) menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pengurusan Kerajaan untuk menentukan ada tindakan susulan yang berkesan ke atas pemerhatian dan teguran yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan lain­lain pembaziran yang dikesan dari masa ke semasa;

(ii) memperluaskan penubuhan Unit Audit Dalam di peringkat agensi bertujuan untuk me­ngesan kelemahan-kelemahan pengurusan, termasuklah pe­nyelewengan dan pembaziran di peringkat awal, supaya tindakan pembetulan dapat diambil dengan segera oleh pihak pengurusan.

(iii) mengemaskinikan peraturan­peraturan kewangan dari masa ke semasa bagi mengetatkan kawalan kewangan Kerajaan;

(iv) melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah bagi kes-kes yang didapati mempunyai unsur-unsur rasuah, penye­lewengan dan penyalahguna.an kuasa untuk tindakan undang­undang yang sesuai;

(v) memoden dan mengemaskini­kan sistem penyimpanan dan pengendalian rekod-rekod kewangan dan perakaunan; dan

(vi) mengadakan seminar dan kursus bagi tujuan memper­tingkatkan pengetahuan dan kesedaran pegawai-pegawai ke atas pengurusan kewangan.

Page 33: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4563 24 DISEMBER 1991 4564

ANAK-ANAK TERENCAT AKAL

32. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan mengenai nasib anak-anak terencat akal selepas mereka berumur 18 tahun. Pada masa ini Kerajaan hanya mengadakan pusat-pus11t bagi menempatkan anak­anak terencat akalbagi umur bawah 18 tahun. Selepas 18 tahun tiada perhatian khusus untuk mereka yang mem­buatkan mereka seolah-olah terbiar. Tidakkah Kerajaan merancang untuk berbuat sesuatu bagi mereka setelah berumur 18 tahun seperti mengadakan atau menyediakan peluang kerja yang bersesuaian dengan yang telah dilatihkan kepada mereka.

Tuan Yong Khoon Seng: Untuk makluma:n Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat memang mengambil berat tei:hadap nasib orang­orang cacat terutamanya orang-orang Facat akal sama ada di bawah 18 tahun atas selepas umur itu. Pada masa ini Kementerian saya mentadbirkan lima buah pusat bagi melatih dan me­mulihkan orang-orang cacat akal. Dua daripada pusat tersebut memberi latihan atau jagaan kepada orang-orang cacat akal sehingga umur 25 tahun dan sebuah daripadanya terns memberi jagaan kepada orang-orang cacat akai selepas mereka menca:pai umur 25 tahun. · ·

Selain daripada itu, Kementerian ini juga mentadbirkan sebuah Bengkel Terlindung yang juga memberi latihan dan pekerjaan kepada orang-orang cacat akal. Di samping itu, sebuah Bengkel Terlindung akan dibina di Sungai Petani di bawah Rancangan Malaysia Keenam untuk memberi latih~n dan pekerjaan kepada orang­orang cacat. S ukacita dijelaskan bahawa Kementerian ini juga memberi

bantuan kepada badan-badan sukarela yang menjalankan sembilan buah bengkel orang-orang cacat, termasuk orang-orang cacat akal.

SEKAM PADI-PENGGUNAAN

33. Tuan Mustafa bin Awang minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ~enyatakan bahawa sehingga kini sejauh mana berjayanya sekam padi dan habuk kayo dan gerjaji diproses untuk dijadikan bahan perabot dan lain-lain.

Tuan Peter Chin Fah Kui: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini SIRIM telah mengkaji penggunaan sekam padi dalam pelbagai bidang iaitu seperti batu-batu ringan, pembakar bahan bendalir (fluidized bed combuster), particle board dan rice husk briquette; dengan izin. SIRIM juga telah mengkaji penggubaan abu sekam padi dalam pelbagai bidang iaitu seperti simen abu sekam padi, serbuk sental, bahan penapis, bahan penebat kalsium selikat (calcium sillicate insulation material), bahan amorphous sillica, pahan kalsium silikit hidrat, wollastonite, zeolite, activated carbon, serbuk silicon carbide dan silicon nitride, dengan izin.

BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH RENDAH

34. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk me­ningkatkan dan memper­kukuhkan asas Bahasa Inggeris mulai dari sekolah rendah; dan

(b) langkah-langkah itu yang sedang dijalankan.

Dr Leo Michael Toyad: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Page 34: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4565 24 DISEMBER 1991 4566

soalan mengena1 1su matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah telah pun dijawab sekaligus pada 18-12-91. Oleh itu, tidak ada apa-apa tambahan ingin dinyatakan. Terima kasih.

TENAGA BURUH DI SEKTOR PERLADANGAN/PEMBINAAN/

PERKILANGAN

35. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) bilangan kekosongan jawatn (tenaga buruh) daripada sektor perladangan, pembinaan dan perkilangan setakat ini;

(b) berapa banyak pekerja asing mengikut negara-negara yang telah didaftar sejak kempen pendaftaran pekerja asing di­jalankan baru-baru ini; dan

(c) prosedur bagi memohon pekerja asing didaftarkan mematuhi undang-undang.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Bilangan kekosongan jawatan pekerja di sektor perladangan, pembinaan dan perkilangan tidak diketahui secara ke­seluruhannya. Bilangan sebenar keperluan dan kekurangan tenaga buruh di sektor-sektor tersebut adalah tidak diketahui dengan tepat memandangkan keperluan ini sentiasa berubah dalam ekonomi semasa yang pesat berkembang. Kerajaan dapat menentukan kekurangan sebenar pekerja-pekerja di sektor-sektor ini hanya selepas Jawatankuas~enggajian Pe­kerja Asing yang ditubuhkan di Kementerian Sumber Manusia membuat kajiannya.

(b) Jumlah Pekerja Asing Tanpa Izin yang telah mendaftar sejak 1 November hingga 12 Disember 1991 adalah seramai

7 ,287 orang. Mereka datangnya dari:

(i) Indonesia 6,994 orang

(ii) Thailand 174 orang

(iii) Myanmar 32 orang

(iv) Bangladesh 68 orang

(v) India 12 orang

(vi) Pakistan 4 orang

(vii) Filipina 2 orang

(viii) Ghana 1 orang

Jumlah 7,287 orang

( c) Setelah mereka ini didaftarkan di Jabatan Imigresen Malaysia, mereka hendaklah seterusnya:

(i) mendapatkan dokumen perjalanan daripada pihak Kedutaan mereka;

(ii) mendapatkan pas kerja di Jabatan Imigresen Malaysia.

Pengeluaran pas kerja ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan di mana mereka tidak dibenarkan sama sekali menukar tempat kerja dan majikan. Sekiranya didapati syarat ini diengkari, maka tindakan undang-undang boleh diambil dan buruh tersebut akan diusir keluar.

KEMALANGAN JALAN RAYA

36. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah Kerajaan telah membuat kajian berdasarkan jumlah kematian akibat kemalangan, sejauh­manakah penggunaan tali keledar telah benar-benar menyelamatkan nyawa pemandu-pemandu dahtm kejadian­kejadian tersebut.

Page 35: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4567 24 DISEMBER 1991 4568

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Kerajaan telah pun mengambil tindakan-tindakan bagi mengkaji be­berapa aspek mengenai kemalangan jalan raya seperti mengenalpasti kawasan-kawasan yang kerap ber­lakunya kemalangan. Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan tindakan yang perlu diambil seperti mem­perbaiki jalan-jalan berkenaan dan juga mempertingkatkan tahap penguat­kuasaan undang-undang.

Dalam pada itu juga, satu projek printis sedang dilaksanakan di dua kawasan iaitu Seremban dan Shah Alam yang bertujuan untuk mengkaji, merekabentuk dan menyediakan satu sistem maklumat dan analisa data kemalangan berkomputer. Projek ini akan dapat mengenalpasti faktor-faktor kemalangan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.

Mengenai penggunaan tali pinggang keledar, kajian-kajian yang dijalankan di negara-negara lain seperti Jepun, Norway dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pemakaiannya telah dapat mengurangkan sebanyak 15%-30% kecederaan yang membawa maul akibat daripada kemalangan jalan raya.

LA TIHAN TEKNIKAL OLEH INSTITUSI SW AST A

37. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi sumbangan atau subsidi kepada institusi-institusi swasta ·yang mem berikan latihan teknikal, me­mandangkan bilangan politeknik, sekolah-sekolah Menengah Teknik dan sekolah-sekolah Vokasional Kerajaan tidak mencukupi.

Dato' M. Mahalingam: Pada masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk memberi subsidi atau sumbangan kepada institusi-institusi latihan

teknikal swasta. Waiau bagaimanapun, untuk menggalakkan lebih ramai majikan menghantar pekerja-pekerja mereka bagi mendapatkan latihan lanjutan di institusi-institus·i latihan, Kerajaan mengambil langkah-langkah berikut:

(i) Telah melaksanakan skim insentif potongan dua kali semenjak tahun 1987 di mana syarikat-syarikat dalam industri pembuatan, dibenarkan po­tongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan untuk latihan yang diluluskan. Pada tahun 1989 bidang skim ini diperluaskan untuk meliputi juga syarikat­syarikat kecil dalam sektor pembuatan yang melatih pekerja-pekerja di institusi­institusi latihan tertentu. Pada tahun 1991 bidang skim ini diperluaskan sekali lagi untuk meliputi juga semua syarikat­syarikat kecil, sederhana dan besar di dalam sektor pem­buatan serta bukan pembuatan.

(ii) Kementerian Sumber Manusia juga sedang dalam proses menyediakan Skim Tabung Pembangunan Sumber Manusia yang akan ditubuhkan melalui sumbangan levi sebanyak 1 % dari jumlah gaji bulanan pekerja untuk tujuan membiayai kos latihan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang membuat sumbangan. Tabung ini akan diuruskan bersama oleh sektor swasta dan Kerajaan.

BAS MINI DI BANDAR KECIL­PERKHIDMAT AN

38. Datuk David Yeoh Eng Hock minta Menteri Perusahaan Awam menyatakan:

(a) bahawa dalam menyediakan kemudahan pengangkutan yang lebih baik kepada orang ramai,

Page 36: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4569 24 DISEMBER 1991 4570

adakah Kerajaan bercadang membenarkan lebih banyak bas mini beroperasi di bandar­bandar kecil; dan

(b) berikutan dengan itu, adakah Kerajaan akan mengkaji semua perkhidmatan bas-bas mini itu dari masa ke semasa bagi memastikan perkhidmatan mereka memuaskan.

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor:

(a) Kerajaan sememangnya meng­galakkan pengusaha-pengusaha bas berhenti-henti sedia ada untuk menggunakan lebih banyak bas berhenti-henti bersaiz kecil bagi memberi perkhidmatan yang lebih cekap di bandar-bandar kecil.

(b) Perkhidmatan bas berhenti-henti bersaiz kecil tersebut akan dikaji dari semasa ke semasa bagi mempastikan keber­kesanannya.

KWSP-BAYARAN KEPADA PEKERJA

39. Puan Hajah Habidah binti Jusoh minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi semua bayaran potongan KWSP (Pekerja/Majikan) kepada seseorang pekerja itu setelah ianya masuk ke dalam skim pencen atau bersara, tidak seperti sekarang ini yang hanya diberi kepada pemilik (pesara) hanya potongan daripada hak dirinya sendiri, sedangkan daripada majikan ditarik balik.

Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan tidak bercadang meminda peraturan potongan KWSP pekerja/ majikan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

PERKILANGAN DI MELAKA

40. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Somber Manusia menyatakan:

(a) berapa ramaikah jumlah pekerja tempatan di sektor perkilangan di seluruh negeri Melaka; dan

(b) daripada jumlah itu, berapa ramai pekerja~pekerja asing dari luar negara ditawarkan bekerja di kilang-kilang di seluruh negeri ini.

Dato' M. Mahalingam:

(a) Mengikut rekod Jabatan Buruh Negeri Melaka terdapat lebih kurang 220 kilang di negeri itu. Pekerja-pekerja di kilang-kilang ini dianggarkan lebih kurang 26,000 orapg.

(b) Jumlah warganegara asing yang berkhidmat secara sah di sektor perkilangan di negeri Melaka bagi tempoh daripada Januari hingga 30 November 1991 ialah seramai 19 orang dan ianya adalah di peringkat teknikal dan pengurusan sahaja.

KES AMOK

41. Puan Hajah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Dalam negeri menyatakan berapakah kes amok terjadi dalam tahun 1990 dan hingga bulan Jun 1991. Berapakah pem­bunuhan berlaku dan apakah yang menyebabkan kes itu berlaku. Senjata apakah yang digunakan dalam kes-kes amok.

Tuan Ong Ka Ting: Dari tahun 1990 hingga bulan Jun 1991 sebanyak 5 kes amok yang dilaporkan dan mengakibatkan 6 orang terbunuh. Kes amok terjadi berpunca dari rasa tidak puashati, kurang siuman, mabuk dan tindakan balas dendam. Senjata yang

Page 37: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4571 24 DISEMBER 1991

digunakan dalam kes amok ialah

4572

tertubuhnya Briged senjatapi dan senjata tajam.

MANGSA AIDS-PERATUS

42. Tuan Foo Boon Liang minta Menteri Kesihatan menyatakan per­aturan mangsa yang mengidap AIDS iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit makin meningkat di negara kita. Apakah strategi-strategi baru untuk jangkamasa pendek/panjang yang Kementeriannya ingin merancang untuk dilaksanakan bagi benar-benar mengawal/membendung penyakit di negara kita.

Dato' K. Kumaran: Untuk mak­Iuman Ahli Yang Berhormat, jawapan kepada soalan ini telahpun dibuat oleh Y.B. Timbalan Menteri Kesihatan kepada soalan mulut oleh Ahli Yang Berhormat Datuk Raji Ahmad bin Raji Abdullah pada 12-12-91.

LANUN DI PERAIRAN SABAH

43. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri dalam Negeri menyatakan:

(a) apakah Iangkah-langkah yang diam bil oleh Kerajaan bagi membanteras lanun-Ianun di perairan Sabah;

(b) adakah lanun-lanun itu terdiri dari orang tempatan atau orang asing; dan

(c) apakah jenis jenayah yang dilakukan oleh lanun-lanun itu.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mem­banteras lanun-Ianun di perairan Sabah adalah seperti berikut:

(i) an g got a - an g got a Pasukan Polis Rutan telah ditambah dengan

Sa bah;

(ii) pembinaan pengkalan­pengkalan hadapan yang lebih sempurna di pulau-pulau;

(iii) pembekalan bot-bot dan lain-lain peralatan yang lebih canggih di pengkalan-pengkalan hadapan;

(iv) pembesaran Cawangan Merin Sabah dengan penambahan anggota­anggotanya, pembinaan limbungan dan peng­kalan, di samping dibina lebih banyak lagi bot-bot yang sesuai untuk digunakan di perairan Sabah;

(v) pembentukan Unit Risikan Merin di kawasan operasi;

(vi) menjalankan operasi,., operasi yang -di.­selaraskan di antara Cawangan Merin, Pasukan Polis Rutan, Unit Udara dan Polis Tugas Am Sabah.

(b) Dari kajian kes-kes yang lalu, adalah didapati bahawa lanun­lanun itu adalah terdiri dari rakyat asing.

(c) Jenayah yang dilakukan oleh lanun-lanun itu ialah merampas enjin-enjin sangkut, merampas wang tunai, barang-barang kemas dan melakukan peras­ugut.

KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH-KEJA Y AAN

44. Tuan Haji Doi bin Dolah minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) Kerajaan telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun

Page 38: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4573 24 DISEMBER 1991 4574

1983. Setakat rn1, sejauh manakah kejayaan KBSR; dan

(b) memandangkan ilmu sains dan teknologi akan merupakan teras . kepada ke arah membawa negara maju menjelang tahun 2020, apakah satu pelan jangka panjang pendidikan sains dan teknologi telah dirangka agar matlamat Malaysia sebagai negara maju akan dapat di­jayakan Penyelidikan dan Pembangunan ataupun "Re­search and Development" di dalam mencapai wawasan negara maju.

Dr. Leo Michael Toyad:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setelah tamat satu pusingan pelaksanaan KBSR, perkembangannya amatlah positif. Perubahan besar wujud dalam budaya pembelajaran di sekolah rendah. Murid berani bertanya dan mengeluarkan idea, berkeyakinan, mengamal­kan nilai-nilai positif, peka terhadap alam sekeliling dan berkebolehan mencari ilmu pengetahuan dengan sendiri.

(b) Berhubung dengan satu pelan jangka panjang pendidikan sains dan teknologi, Kementerian Pendidikan sedang memantap dan merangkakan perancangan ke arah mempergiatkan pen­didikan sains dan teknologi.

Langkah-langkah telah dibuat untuk mengubahsuaikan kuri­kulum dan program perse­kolahan dengan memberi pe­nekanan kepada aspek pen­didikan sains dan pendidikan Vokasional dan Teknologi. Aspek Penyelidika:n dan Pem­bangunan ataupun "Research and Development" juga di­giatkan ke arah ini dan kualiti pendidikan secara keseluruhan.

Mulai tahun 1993 mata-mata pelajaran baru dalam bidang Vokasional dan Teknologi akan diperkenalkan, iaitu Ekonomi Asas, Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan

· Elektronik dan Elektrik Lukisan Kejuruteraan da~ Tekn'ologi Kejuruteraan. Semua program ini adalah bertujuan untuk mendokong Wawasan 2020.

JENAYAH OLEH PENDATANG TANPA IZIN

45. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Dalam Negeri menyatakan b~rapakah jumlah jenayah yang direkod oleh Polis DiRaja Malaysia yang dilakukan oleh pendatang tanpa izin mulai 1985 sehingga sekarang dan apakah jenis-jenis jenayah tersebut.

Tuan Ong Ka Ting: Jumlah kese­luruhan jenayah yang dilakukan oleh Pendatang Tanpa Izin yang direkodkan oleh pihak Polis dari tahun 1985 hingga bulan November, 1991 ialah 12,974 kes dengan pecahan seperti berikut:

Bil. Jenis Kesalahan

Bilangan Kes

1. Jenayah Kekerasan 2,739

2. Jenayah Harta Benda 10,235

Jumlah 12,974

PINJAMAN MARA-JUMLAH KUTIPAN

46. Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi minta Menteri Perusahaan Awam menjelaskan:

(a) sejauh mana MARA telah dapat mengutip hutang-hutang dari pinjaman-pinjaman mengikut

Page 39: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

-------------

4575 24 DISEMBER 1991 4576

nilai, peratus kutipan dan baki pinjaman yang belum di­jelaskan:

(i) Pinjaman Pelajaran (biasiswa dan derma­siswa);

(ii) Pinjaman Pemiagaan;

(b) apakah Iangkah yang diambil terhadap peminjam-peminjam yang engkar membayar -selain dari tindakan perundangan; dan

(c) sejauh mana keberkesanan pegawai-pegawai yang melak­sanakan tugas kutipan pinjaman dan adakah jumlah mereka men­cukupi.

Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor:

(a) Bagi p101aman Pelajaran, kutipan sehingga 30 September 1991 berjumlah $71.4 juta atau 23% daripada jumlah pinjaman tunggakan yang patut dibayar pada 31 Disember 1990 yang mana berjumlah $310.9 juta.

Bagi pinjaman pemiagaan pula, kutipan sehingga 30 September 1991 berjumlah $28.6 juta atau 15% daripada jumlah pinjaman yang patut dibayar pada 31 Disember 1990 yang berjumlah $189.2 juta.

(b) Selain dari tindakan perun­dangan, berbagai ikhtiar telah diambil terhadap peminjam­peminjam supayas segera men­jelaskan hutang-hutang mereka. Langkah permulaan yang di­ambil ialah menyediakan dan menyampaikan jadual bayaran balik kepada setiap peminjam. Jika tiada sambutan daripada peminjam, surat peringatan dan notis berdaftar akan dikirimkan dengan salinan kepada penjamin dan waris. Jika usaha ini tidak

berhasil, tindakan undang­undang akan dijalankan bagi mendapatkan perintah mah­kamah seperti penyitaan dan penjualan (writ of seizure and sale). Bagi pinjaman per­niagaan, selain daripada tin­dakan di atas, Pegawai MARA Negeri dan Daerah akan juga menyusuli sendiri peminjam­peminjam yang berkenaan.

(c) Pegawai-pegawai yang melak­sanakan tugas kutipan pinjaman ini adalah memadai sama ada dari segi bilangannya mahupun dari segi usaha-usaha dan inisiatif yang dijalankan. Masalah besar yang dihadapi ialah tentang sikap peminjam sendiri yang tidak begitu memberikan kerjasama se­penuhnya dan tetap enggan untuk menunai tanggung­jawabnya.

Waiau bagaimanapun, saya ingin menegaskan di sini bahawa Kerajaan tetap tidak akan membiarkan peminjam­peminjam ini lepas begitu sahaja. Setiap ikhtiar dan tindakan akan diam bil dan diperhebatkan lagi bagi me­mastikan peminjam-peminjam ini membayar balik pinjaman mereka.

PERDAGANGAN DUA BALA MALAYSIA-LA TIN AMERIKA

47. Tuan K. Munisamy minta Menteri Perdagan·gan Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) jumlah perdagangan dua hala dengan negara-negara Latin Amerika berikutan dengan lawatan Y.A.B. Perdana Menteri ke negara-negara itu baru-baru lni; dan

Page 40: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4577 24 DISEMBER 1991 4578

(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk menambahkan lagi jumlah perdagangan dari Malaysia ke negara-negara Latin Amerika.

Tuan S. S. Subramaniam: Soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat ini adalah berkaitan dengan soalan yang telah dijawab oleh saya pada 23-12-1991 ketika dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon. Memandangkan bahawa perkara yang dibangkitkan adalah sama, oleh yang demikian saya tiada apa-apa maklumat tambahan yang hendak disampaikan.

PROTON SAGA-JUMLAH JU ALAN

48. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) sehingga hari ini jumlah kereta Proton Saga yang telah dijual di dalam dan di luar Malaysia mengikut model di bawah:

(i) 1.3 c.c. Saloon, Knight, Aero back;

(ii) 1.5 c.c. Saloon, Knight, Aeroback;

(iii) Eksekutif;

(iv) Limousine;

(b) apakah rancangan Kerajaan mengenai pengeluaran kereta Proton Saga 1.3 c.c., 1.5 c.c. Saloon, Knight dan Aeroback yang lebih bermutu supaya tujuan utama rakyat kita mem­belinya bukan kerana harganya tetapi sebab ia benar-benar berkualiti.

Tuan S. S. Subramaniam:

(a) Sehingga 18hb Disember, 1991 kereta Proton Saga yang telah dijual di dalam negeri adalah berjum lah 303 ,415 unit dan jumlah jualan mengikut model adalah seperti berikut:

(i) 1300 c.c. Saloon 93,715 unit

(ii) 1300 c.c. Aeroback 5, 159 unit

(iii) 1500 c.c. Saloon 173,794 unit

(iv) 1500 c.c. Aeroback 30,424 unit (termasuk 1500 c.c. Knight)

(v) Eksekutif

(vi) Limousine

203 unit

120 unit

Bagi pasaran luar negara model­model yang dijual ialah 1.3 dan 1.5 Saloon dan Aeroback. Jumlah model-model ini yang telah dijual sehingga 30hb November, 1991 ialah 40,195 unit. Jumlah jualan mengikut model adalah seperti berikut:

(i) 1300 c.c. Saloon 10,583 unit

(ii) 1300 c.c. Aeroback 7,129 unit

(iii) 1500 c.c. Saloon 14,390 unit

(iv) 1500 c.c. Aeroback 8,093 unit

(b) Proton sentiasa memberi pe­nekanan terhadap kualiti yang tinggi dalam pengeluaran kereta Proton Saga supaya kepuasan pembeli adalah terjamin dari segi harga dan kualiti. Untuk maksud ini, Proton sentiasa melatih kakitangan-kakita­ngannya dalam semua aspek kualiti kerja termasuk pen­dedahan kepada inovasi-inovasi terbaru dari segi teknik pe­ngeluaran, proses pengeluaran dan bahan-bahan input. Di samping itu, kempen-kempen dan program kesedaran kualiti juga dianjurkan oleh Proton supaya semua kakitangan sedar akan kepentingan kualiti dalam tugas mereka.

Page 41: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

-------- ------ --

4579 24 DISEMBER 1991 4580

AIDS-MAKLUMA T KEPADA PENDUDUK LUAR BANDAR

49. Tuan C. Krishnan minta Menteri Kesihatan menyatak:an:

(a) apak:ah cadangan untuk meng­adakan maklumat tentang penyakit AIDS kepada kaum­kaum di luar bandar yang masih tidak sedar akibat penyakit ini; dan

(b) adakah benar nyamuk me­rupakan satu agen yang boleh pindah kuman AIDS dari seorang ke seorang lain.

Dato' K. Kumaran: Untuk mak­luman Ahli Yang Berhormat, jawapan kepada soalan ini telah pun dibuat oleh Y.B. Timbalan Menteri Kesihatan kepada soalan mulut oleh Ahli Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah pada 16-12-91.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA DI SEPANG­

PAMPASAN HARTANAH

50. Tuan V. K. Sellappan minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah akan diambil oleh Kementerian untuk memberi pampasan kepada rakyat yang akan hilang hartanah warisan ataupun harta keluarga apabila pembinaan Lapangan Terbang Antara­bangsa di Sepang dimulakan nan ti;

(b) adakah Kementerian mem­punyai sebarang rancangan bagi memberi somber pendapatan kepada rak:yat yang akan hilang pekerjaan; dan

(c) apakah rancangan Kementerian untuk menempatkan semula rak:yat yang akan hilang rumah dan cadangkan cara-cara pengendalian pemindahan kemudahan awam seperti tempat-tempat ibadat, balai raya dan lain-lain kemudahan.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Pada peringkat ini, Kerajaan sedang dalam proses memulakan Kajian Pelan Induk Pembangunan Kawasan 25,000 ekar tanah yang telah diambil untuk kegunaan Lapangan Terbang Antarabangsa di Sepang. Kajian ini adalah kajian menyeluruh, di antaranya termasuk kajian mengenai "zoning" tanah-tanah yang terlibat. Perancangan mengenai. Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang ini dilakukan dengan teliti termasuk aspek kemanusiaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, proses pengambilan balik tanah masih dalam peringkat awal lagi. Waiau bagaimanapun, pihak Kerajaan Per­sekutuan di peringkat awal ini bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Selangor dalam hal peran­cangan Lapangan Terbang Antara­bangsa Baro ini. Kerajaan Negeri Selangor juga telah mengujudkan satu Jawatankuasa di peringkat Negeri bagi menyelaraskan pekerja-pekerja tertentu berhubung projek dan ini termasuklah urusan pengambilan balik tanah dan rancangan pembangunan di sekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang. login saya memberi jaminan bahawa dalam proses pengambilan balik tanah, pampasan dan juga pembayaran yang munasabah akan diberi kepada penduduk-penduduk yang terlibat.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1992

Bacaan Kall Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibacak:an bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahaw.a Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (23hb Disember, 1991)

Page 42: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4581 24 DISEMBER 1991 4582

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tuan Saidin bin Mohamad menyambung ucapannya.

3.35 ptg.

Tuan Saidin bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk menyambungkan perbahasan bagi Akta Perbekalan 1992.

Di sini saya ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan, kenapa­lah pada tah11n 1991 tidak ada peruntukan bagi Jabatan Penjara dalam hal-hal keselamatan dan peruntukan pemuliharaan dan perancangan tenaga manusia. Begitu juga sebaliknya bagi tahun 1992 tidak ada pula peruntukan bagi kurungan dan didikan semula budak-budak nakal dan banduan­banduan muda. Lebih-lebih lagi yang membawa saya ingin tahu kenapa peruntukan latihan pegawai-pegawai penjara turut terlibat, sedangkan Jabatan Penjara Malaysia berobjektif melatih pegawai-pegawai penjara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh B.46 Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang diperuntukkan $23 billion. Saya suka mencadangkan agar Keroenterian ini yang bertanggungjawab supaya tidak menjejaskan kualiti hidup rakyat dan somber asli agar dapat mengadakan kempen secara lebih meluas dengan mendapat kerjasama semua pihak terutama mass media supaya rakyat dapat memainkan peranan membantu Kerajaan mengawal dan memelihara kualiti alam sekitar. Kilang-kilang patut dicegah sama sekali daripada membuang sisa-sisa kilang ke dalam sungai ataupun tempat-tempat yang boleh memudaratkan dalam masa jangka panjang. Yang menampakkan begitu ketara sekarang ada banyak pihak kilang-kilang memilih jalan

mudah bagi menimba keuntungan yang besar dengan membuang sisa-sisa kilang melalui sungai. Akibat per­buatan itu air sungai tercemar. Pencemaran air sungai itu menyerap masuk ke dalam perigi dan ikan-ikan yang sangat tinggi mutu khasiat seperti ikan haruan dan lain-lain ikan termasuk udang bergelimpangan mati.Air sungai yang digunakan untuk siraman pokok sayur-sayuran terutamanya, kecuali yang berdaun keras tidak boleh digunakan lagi. Ternakan seperti lembu, kerbau, itik yang selalu meminum air sungai juga turut terlibat. Dan kadang-kadang air sungai itu juga digunakan untuk mandi-manda, basuh­membasuh pakaian. Akibat pem­buangan sisa-sisa kilang itu juga, pokok-pokok yang tumbuh di tebing­tebing sungai terutamanya yang menjalar habis mati. Matinya pokok­pokok di tebing sungai akan matilah juga ungkapan 'umpama aur dengan tebing'. Maksud saya, jika pihak kilang tidak dapat memberi kerjasama, pupuslah harapan orang ramai terhadap pandangan baik kepada pihak kilang.

Di sini saya ingin mendapat tahu daripada Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sejauh manakah pihak Kementerian dapat mengenalpasti di segi pencemaran iaitu hutan ataupun

. bukit yang telah dicemari oleh pembalak-pembalak sama ada pen­cemaran itu dengan cara membuang tin-tin kosong, najis ataupun mem­bunuh binatang-binatang dan binatang­binatang itu busuk dan airnya mengalir ke tempat-tempat takungan dan air itu dialirkan kepada manusia. Jika se­kiranya tidak memberi pengertian yang lain, tanggungjawab Kementerian ini di segi tanggungjawab yang tidak men­jejaskan kualiti. hidup, maksud saya kualiti sosial kerana di Negeri Perlis sejak akhir-akhir ini ada kemasukan rakyat Thai yakni 'Thailau' ke negeri Perlis.

Ada sesuatu yang agak pelik cara hidup mereka. Orang "Thailau" ini

Page 43: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

45&'3 24 DISEMBER 1991 4584

datang ke negeri Perlis sebagai buruh di ladang-ladang tebu di negeri Perlis. Mereka ini, kata orang, bujur lalu melintang patah. Maksud saya, orang Thai ini amat gemar menangkap dan memakan binatang. Bila nampak sahaja cicak, biawak, tengkerong dan lain-lain binatang, ditangkap dan terus di­mamah, kecuali yang besar, untuk keluarga mereka, maksud saya tanpa dimasak. Dalam soal m1 saya ketengahkan untuk kajian pihak yang berkenaan sama ada cara hidup begini tidak membawa sesuatu kecemaran kualiti sosial masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menutup perbahasan di atas Rang Undang­undang Perbekalan ini, ingin saya menyebutkan bahawa bagaimana indahnya sebuah rumah mudah bagi kita menyuarakan cacat celanya, ter­utama sekali bagi tukang cacat. Begitu juga bagaimana baiknya kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berhormat Tuan Abdul Ghafar Baba serta dengan kesefahaman dan kerjasama Menteri-menteri, ada-ada sahaja yang tak kenanya. Bagi kita, penyokong Barisan Nasional dan rakyat umum yang tahu menilai intan ataupun kaca, dapat mengkritik dengan ca!'a membina. Umpamanya, kacau kopi dalam cawan untuk mendapat hasil rasa sedap minuman kopi. Bukan seperti parti lawan, untuk memisahkan cawan dan pelapiknya, biar siapa pun tak boleh minum, puas di hati, menang menyabung. Sudah musnah negara, baru menyesal. Tak sedarkah perbuatan itu umpama meludah ke. langit.

Jadi, itulah sahaja perbahasan saya di atas Rang Undang-undang Per­bekalan. Dengan ini, saya menyokong sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Rosalind.

3.44 pig.

Puan Rosalind Yau Shuk Meng: Tuan Yang di-Pertua, saya meng­ucapkan berbanyak terima kasih kerana diberi peluang berucap buat pertama kali di Dewan yang mulia ini. Saya berasa syukur kerana kehadiran saya di Dewan ini di kala negara telahpun menetapkan langkah menuju matlamat maju menjelang tahun matlamat yang pasti dan yakin menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Dengan adanya matlamat nyata yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang berpandangan jauh dan bijaksana, saya rasa lega kerana kita hanya perlu melaksanakan dan berusaha ke arah satu matlamat yang telah kita tentukan.

Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam ucapan beliau telah mengucapkan penghargaan yang amat tinggi kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim, kerana telah berjaya mengukuhkan kedudukan kewangan negara dan berhasil pula melegakan beban hutang negara serta berupaya memulakan program membayar hutang lebih awal daripada jadual, saya pula ingin mengambil kesempatan ini meng­ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan se­karang kerana telah berjaya meng­hasilkan satu Belanjawan yang menarik dan penuh pemerhatian. Saya ber­anggap Belanjawan 1992 merupakan Belanjawan pengimbangan dalam semua bidang ke arah pengawalan dan penggunaan wang negara untuk kestabilan dan kemajuan negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sokongan saya terhadap Belanjawan tersebut, izinkan saya menyentuh beberapa perkara yang terkandung di dalamnya yang saya rasa perlu perhatian Dewan pada hari ini. Perkara bertajuk Industri Pelancongan yang dikemukakan daJam Belanjawan 1992 itu melambangkan bahawa Kerajaan

Page 44: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4585 24 DISEMBER 1991 4586

ingin terus memajukan industri ini berlandaskan pengalaman Tahun Melawat Malaysia 1990 yang telah dijayakan. Berlandaskan pengalaman itu tentulah Kerajaan telah dapat mengukur buruk-baik, kelebihan dan kelemahan kempen tersebut. Jumlah pelaburan dan pulangan serta faedah kepada rakyat dan negara tentulah telah diketahui. Pada tahun 1992 kita merancang untuk mengadakan sekali lagi melalui rancangan Melawat ASEAN pula. Tentulah strategi dan program yang lebih teratur menarik dan berkesan akan dilaksanakan. Ber­landaskan selera daya tarikan pelan­congan akan diambilkira. Ini harus disedari kerana pada kali ini kita bersaing dengan negara ASEAN yang lain.

Sebenamya saya ingin tahu apakah identiti Malaysia yang ingin kita tonjolkan kepada para pelancong yang datang melawat ke negeri ini. Pada tahun 1990, Kerajaan melalui TDC dan lain-lain agensi mengatur berbagai program dan aktiviti bagi menarik dan memenuhi kehendak pelancong sehingga seolah-olah ada ketikanya pelancong menjadi benar-benar ter­hormat dengan layanan yang istimewa yang diberikan. Ada kalanya program yang diadakan tidak memberi pulangan kepada pelaburan yang dibuat oleh Kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat, seperti mengadakan kereta berhias yang membelanjakan begitu banyak wang kita sendiri. Sebenarnya hanya segelintir pelancong-pelancong yang melihatnya. Saya juga dapati program yang dijalankan tidak diatur mengikut jadual bagi melambangkan sesuatu identiti yang hendak di­tunjukkan.

Saya berpendapat dan menyarankan bagi Tahun Melawat ASEAN yang dirancangkan, Kerajaan dan agensi­agensi berkaitan menjadikan penga­laman Tahun Melawat Malaysia 1990 sebagai asas dan panduan bagi mengatur program yang lebih

terancang dan teratur. Perkara yang sedia ada, seperti Pesta Pulau Pinang, Perusahaan Batik di Pantai Timur, Negeri Bersejarah Melaka, Pesta Pantai Negeri Sembilan dan Sabah, Pesta Menuai dan Hari Gawai yang mempunyai ciri-ciri menarik, Pesta Buah-buahan, Pesta Muzik dan sebagainya patut menjadi asas meng­atur program. Perkara ini harus menjadi asas merangka program, dan Kerajaan serta agensi-agensi berkaitan hendak­lah memberikan sokongan berlandas­kan perkara yang sedia ada dengan menyalurkan sokongan kewangannya.

Ini bukan sahaja membolehkan pelancong memilih dan merancang masa percutian dan lawatan mereka, malah promosi dan kempen di luar dan di dalam negeri boleh dibuat dengan lebih teratur dan khusus. Di samping itu, usaha mewujudkan identiti sesuatu perkara serta. usaha Kempen Kenali Malaysia itu akan lebih jelas lagi. Sebagai contoh, apabila Pesta Muzik diadakan pada suatu musim, kita hendaklah mengatur berbagai program mengenai muzik di mana perkem­bangan muzik tanahair dapat diperkenalkan dan dipaparkan. Ini bukan sahaja dapat menonjolkan perkembangan muzik tanahair serta hasil muzik dari berbagai kaum di Malaysia tetapi ianya akan menarik minat pencinta muzik luar negara untuk mengenali Malaysia melalui muziknya.

Di samping itu, program ini juga merupakan pendedahan kepada generasi baru kita untuk menyaksikan dan memahami perkembangan ilmiah muzik tanahair sendiri. Tidak ter­kecuali kepada mereka yang me­libatkan diri di dalam industri muzik di negara ini akan dapat sama menikmati hasil dari kempen Tahun Melawat ASEAN yang dilancarkan oleh Kerajaan.

Kesimpulannya, dalam merangka program Tahun Melawat ASEAN yang bakal diadakan, Kerajaan tidak hanya

Page 45: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4587 24 DISEMBER 1991 4588

mengharapkan pulangan kewangan dari basil kedatangan pelancong sahaja. Penelitian harus diberikan kepada mewujudkan identiti yang hendak ditunjukkan, meningkatkan peluang kepada perkembangan industri yang terlibat sebagai tarikan pelancong serta memberi peluang kepada rakyat menikmati basil dari Kempen Tahon Melawat ASEAN 1992 itu nanti.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi saya menarik minat untuk disuarakan di Dewan ini falah mengenai kenderaan awam iaitu teksi bandaraya yang menjadikan kemudahan penting untuk menggerakkan kegiatan urusan harian. Ternyata teksi bandaraya merupakan kemudahan yang segera dan selesa. Namun demikian, sejak kebelakangan ini, apa yang saya tahu banyak persoalan timbul bila mana Kerajaan melaksanakan pemberian permit-permit teksi kepada syarikat-syarikat dengan bilangan yang besar. Ada syarikat yang dapat 50, ada juga yang dapat 20 atau 30 dan yang lebih beruntung mendapat hingga ke angka 100. Mungkinlah Kerajaan ada sebab-sebab yang baik dasar itu dilaksanakan, tetapi implikasi · negatif telah dirungutkan oleh berbagai pihak. Benarkah pemandu-pemandu teksi bandaraya yang memandu teksi milik syarikat tidak boleh cari makan? Benarkah pengusaha teksi yang telah mendapat begitu banyak permit menghadapi berbagai masalah ter­utamanya kewangan dalam men­jalankan perniagaan mereka? Apakah benar pengguna tidak mendapat kem udahan yang baik dari perkhid­matan teksi bandaraya sehingga mengganggu urusan penting mereka seharian.

Apa yang saya faham bagi pemandu teksi milik syarikat, setelah mereka membeli teksi tersebut dengan bay?ran mukanya kira-kira $4,000, mereka dikenakan bayaran sebanyak anggaran $40 sehari sehingga enam tahun barulah kereta itu akan menjadi milik mereka. Dalam tempoh enam tahun

tersebut, segala kerosakan dan, dengan izin, maintenance kereta tersebut adalah tanggungan pemandu. Selain dari kos pengendalian, pemandu tersebut akan membayar kira-kira $70,000 bagi sebuah kereta Proton Saga. Sebenarnya, berbanding dengan pembelian yang dibuat sendiri, mereka hanya perlu akan membayar jauh lebih murah dan kalau dikira harian, mereka hanya perlu memperuntukkan anggaran $20 sahaja untuk bayaran kereta. Apakah istimewanya pemilik permit teksi tersebut yang permit diperolehi dengan percuma menerima ganjaran yang begitu besar dari pemandu­pemandu yang tentunya terdiri dari orang yang memang susah hidupnya.

Yang lebih menyedihkan lagi, mereka mesti membayar bayaran harian itu dalam sebarang keadaan sakit ataupun kereta di bengkel atau apa sahaja keadaan. Kesan dari itu untuk mendapatkan dan mengejar sewa yang sebanyak itu, pemandu akan meng­ambil penumpang yang ingin pergi jauh sahaja dan perjalanan ke Lapangan Terbang menjadi idaman pemandu teksi setiap hari. Maka penumpang yang mahu mendapat perkhidmatan sekitar Kuala Lumpur merungut kerana pemandu teksi tidak mahu mengambil mereka atas alasan mengutip satu atau dua ringgit tidak akan dapat sewa yang mencukupi. Ada pendapat menyatakan sekiranya mereka tidak dapat mengutip lebih dari $100 sehari, maka mereka akan pulang ke rumah tanpa gaji kerana wang sejumlah itu hanya cukup untuk membayar sewa, minyak petrol dan kos pengendalian kenderaan sahaja.

Ada yang berpendapat kalau mereka hanya memandu di sekitar Kuala Lumpur memberi perkhidmatan kepada penumpang, maka mereka akan hanya mendapat ganjaran sekitar satu atau dua ringgit sejam setelah memandu selama satu hari. Kesan dari itu maka merungutlah pula pemilik syarikat kerana tidak dapat kutipan yang memuaskan untuk menanggung

-..

Page 46: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4589 24 DISEMBER 1991 4590

pengarah-pengarah, kakitangan dan overhead ataupun perbelanjaan syarikat yang tinggi. Di mana salahnya? Saya rasa adalah wajar pihak Kerajaan mengkaji keadaan ini kerana kenderaan awam terutamanya teksi bandaraya adalah merupakan pengangkutan yang penting di bandaraya bukan sahaja untuk pengguna tempatan yang me­merlukannya untuk urusan harian, bahkan juga pelawat-pelawat yang datang ke ibu kota ini kerana yang melawat . negara ini tidak akan membawa kenderaan mereka sendiri, malah terpaksa bergantung kepada perkhidmatan teksi bandaraya.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha Kerajaan mengkaji sem ula galakan pelaburan di negeri ini, saya ingin menarik perhatian Dewan agar benar­benar berhati-hati dalam menetapkan dasar untuk menarik pelabur-pelabur asing ke negara ini. Penekanan patut diberi terhadap kempen pelaburan di Malaysia yang dijalankan di luar negeri. Maklumat dan daya tarikan yang lebih luas meliputi pasaran yang lebih luas perlu diteruskan. Kerajaan tidak harus banyak menukar ke­longgaran dan insentif yang telah diberikan pada masa lalu seperti percukaian dan taraf perintis yang ditawarkan sehinggakan mereka me­rasakan seolah-olah ia bertambah ketat dan tidak menarik lagi.

Untuk tujuan ini kempen mengenali Malaysia dan peluang pelaburan di Malaysia di luar negara patut ditingkatkan dan diperbanyakkan. Kita harus sedar bahawa kita menghadapi persaingan dalam usaha yang sama dengan negara jiran kita, maka kita harus mampu menghasilkan tawaran pelaburan yang menarik dan terkini di rantau ini.

Tuan Yang di-Pertua, kajian patut juga diadakan mengenai kesan menaikan duti minuman keras yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan dalam Belanjawan 1992 yang dikemukakan baru-baru ini.

Kita maklumi bahawa sebilangan besar penduduk bukan Islam di negeri kita ini menjadikan minuman keras sebagai minuman harian dan keraian mereka dan ada yang menjadikan minuman untuk kesihatan. Dalam soal ini saya setuju sekiranya Kerajaan menaikkan duti import minuman keras pada kadar yang boleh tidak menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan minuman keras, tetapi saya harap dalam perlaksanaan tersebut, Kerajaan dapat memastikan bahawa harga minuman keras seperti beer dan stout, dengan izin, tidak terus naik. Minuman keras jenis liquor yang menjadi pilihan orang-orang berada boleh dikurangkan dengan kenaikan harga, tetapi jika tidak diadakan kawalan bagi kenaikan harga minuman keras seperti beer dan stout ia akan membebankan semua peringkat rakyat yang memerlukan minuman keras jenis itu dalam kehidupan seharian mereka.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan saya pada kali ini, izinkan saya menyentuh perkara yang khusus mengenai kaum wanita memandangkan W akil wanita masih kecil bilangannya dalam Dewan ini.

Izinkan saya bercakap dengan lebih lanjut mengenai hal-hal yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan kaum wanita di dalam pembangunan negara serta kebajikan mereka di dalam ucapan sulung saya ini.

Negara heboh dengan soal ke­kurangan tenaga kerja terutamanya dalam sektor. pembuatan dan pem­binaan sehingga menarik minat pendatang-pendatang tanpa izin untuk berduyun-duyun datang mengisi ke­kosongan tersebut.

Sebenarnya sedarkah kita begitu ramai kaum wanita yang berjawatan suri rumahtangga yang tidak ada gaji pokok, yang mampu dan berkeupayaan mengisi kekurangan itu sekiranya perancangan dan peraturan yang sesuai

Page 47: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4591 24 DISEMBER 1991 4592

boleh diadakan oleh pihak Kerajaan bagi membolehkan suri-suri rumah­tangga ini dapat menikmati diri dan menyumbang bakti kepada pem­bangunan negara.

Bagi mencapai tujuan ini, Kerajaan harus menyegerakan pelaksanaan dasar memindahkan kegiatan perindustrian ke luar bandar dengan lebih pesat lagi. Dengan cara ini bukan sahaja ia mem buka lebih peluang kepada suri rumah di luar bandar mendapat pekerjaan bagi meningkat pendapatan serta menikmati sumber kewangan, malah sekaligus mengurangkan penghijrahan penduduk-penduduk luar bandar ke bandar yang telah menimbulkan berbagai masalah sosial.

Kita faham suri rumah tentulah mempunyai anak-anak kecil yang menyekat mereka untuk bekerja. Untuk mengatasi masalah ini, Kerajaan boleh membantu dengan mensyaratkan pelabur-pelabur asing dan juga pengilang-pengilang tempatan yang mendirikan kilang-kilang di Malaysia supaya mengadakan pusat-pusat penjagaan bayi atau anak-anak kecil berhampiran tempat ibu-ibu mereka bekerja. Saya rasa kosnya tidak besar berbanding dengan keresahan yang para majikan memikirkan akan kegiatan curi-mencuri dan pujuk­memujuk pekerja yang berlaku sekarang ini.Para majikan dari kaum lelaki jangan bimbang, kaum ibu ini akan dapat bekerja dengan lebih tenang dan selesa, kalau mereka pasti anak­anak mereka terjaga. Apatah lagi mereka juga boleti menguatkan pendapatannya setiap bulan tidak semata-mata bergantung kepada ikhsan suami sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membincangkan nasib kaum wanita dan golongan yang kurang bernasib baik di dalam masyarakat yang sedang menuju ketahap membangun di mana masyarakat penyayang atau, dengan izin, a caring society, adalah satu

matlamat cergas yang kita semua hendak kejari.

Di dalam masyarakat yang kian maju ini terdapat juga golongan anak­anak yang kurang bernasib baik, yang terencat akal separuh yang tidak diterima masuk oleh badan-badan kebajikan terutamanya mereka yang telah menjangkau umur 18 tahun.

Kini Kerajaan telahpun menyedia­kan pusat-pusat yang agak lengkap untuk mengasuh, mendidik dan melatih golongan yang kurang bernasib baik sehingga mereka mencapai umur 18 tahun. Masalah yang timbul ialah setelah mereka meninggalkan pusat­pusat tersebut mereka tidak diterima pula oleh keluarga mereka sendiri. Mereka ini berkeliaran di dalam masyarakat yang tidak memberi perhatian yang setimpal kepada mereka. Mereka ini macam terbiar dan tersisih dari masyarakat. Dengan mengetahui kecacatan pemikiran ini ada pula golongan, yang tidak berperikemanusiaan dan tidak mem­punyai kesedaran sivik, mengambil kesempatan cuba mengganggu ke­hidupan orang yang kurang bernasib baik itu. Golongan wanita yang terencat akal ini mengalami masalah yang lebih tenat kerana dinoda oleh kaum lelaki yang tidak bertanggung­jawab semata-mata hendak melepaskan nafsu mereka. Nasib mereka perlu dibela dan Kerajaan diharap dapat melakukan sesuatu tindakan yang tegas.

Akhir kata saya tegaskan sokongan saya kepada Belanjawan 1992 dengan mesej ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid.

4.08 ptg.

Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah: Tuan Yang di"Pertua, saya bangun · untuk bersama-sama

Page 48: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4593 24 DISEMBER 1991 4594

menyokong Rang Undang-undang bertajuk Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan­wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1992, yang telah di­bentangkan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia semalam.

Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya Belanjawan 1992 pada tahun ini merupakan Belanjawan yang mendapat sanjungan semua rakyat dan memberi faedah yang besar kepada golongan berpendapatan rendah. Semua pihak telah membuat komen di atas Belanjawan ini- daripada kalangan peniaga, ahli profesional dan juga ahli politik dan semua golongan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu dua perkara dalam Belanjawan tersebut. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah peka dengan kehendak rakyat di mana cukai pembangunan sebanyak 5% yang telahpun dijanjikan pada tahun 1989 akan dikurangkan, dan telahpun disetujukan daripada 3% kepada 2% dan saya percaya pada tahun 1 1993 cukai ini akan dihapuskan Iangsung. Dan sudahlah sampai masanya i saya kira cukai pembangunan ini sama ada untuk golongan tertentu atau untuk individu dan tanggungjawab Kerajaan pada pembangunan negara ini memang sudahlah menjadi tanggungjawabnya.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan juga peka kepada keluhan orang ramai mengenai perumahan terutama ke­engganan beberapa buah institusi kewangan untuk terus memberi pinjaman perumahan.

Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana telahpun mengurang­kan kepada tidak lebih daripada 9% untuk faedah pinjaman kewangan ini untuk pembeli-pembeli rumah. Dan dengan ini juga, saya rasa rumah­rumah terbengkalai yang berlaku di

seluruh negara dapat diatasi dan semua pemaju perumahan ini akan dapat meneruskan kerja untuk menyiapkan rumah yang masih terbengkalai.

Di dalam Belanjawan ini juga di mana kadar yang lebih telahpun diberi kepada pencarum KWSP untuk membeli rumah, bukan sahaja rumah kos rendah tetapi juga rumah-rumah kos tinggi dan sederhana. Kerajaan juga telah meluluskan iaitu pencarum­pencarum KWSP yang telahpun mengambil pinjaman untuk perumahan, boleh mengeluarkan carumannya untuk lain-lain perbelanjaan termasuklah untuk bayaran guaman, insuran dan pelajaran anak-anak sekolah. Saya rasa inilah satu daripada kelonggaran yang sangat menepati dengan kehendak ataupun hasrat pencarum-pencarum KWSP.

Tuan yang di-Pertua, Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa satu levi ke atas pekerja-pekerja asing di­kenakan daripada $360 kepada $2,400. Saya rasa langkah ini wajarlah diadakan dan sepatutnya memang dari dahulu lagi sudah kita mengenakan levi ini,kerana bilangan pekerja-pekerja asing di negara kita saya rasa telah sampai ke tahap yang begitu tinggi. Sesuailah dengan dasar Kerajaan hari ini, memberi peluang kepada pekerja­pekerja asing untuk diberi permit kerja, dan dengan ini dapat kita mengesan sejauhmana ramainya pekerja-pekerja asing dil negara ini. Dengan levi ini juga saya rasa dapat menambahkan basil negara, dan tidaklah majikan­majikan boleh mengambil pekerja asing sesuka hati dan menimbulkan masalah kepada pekerja-pekerja atau­pun penganggur-penganggur tempatan yang hari ini masih kedengaran lagi banyak yang tidak mendapat kerja, satu daripada sebabnya dikatakan kerana kemasukan tenaga buruh asing yang begitu tinggi sekarang ini.

Tuan Yang d-Pertua, dalam bidang pengangkutan, Kementerian Kewangan

Page 49: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4595 24 DISEMBER 1991 4596

telah menyediakan $1.95 bilion atau 17 .1 % daripada keseluruhan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan. Saya percaya dengan peruntukan yang sebegini besar, Kerajaan akan dapat memperelokkan lagi jalan-jalan yang ada di seluruh negara ini ataupun melebarkan lebih jalan-jalan ini dan menjadi beberapa lorong yang mana hari ini terdapat kita lihat kemalangan­kemalangan jalanraya yang begitu serius. Selain daripada yang dikatakan kecuaian manusia tersendiri, keadaan jalan adalah juga menjadikan faktor utama yang menyebabkan kemalangan.

· Saya suka menarik perhatian Dewan ini, Tuan Yang di-Pertua, bahawa di Johor, jalan di antara Johor Bahru-Air Hitam merupakan satu jalan yang mempunyai rekod yang paling tinggi kemalangan. Jalan ini merupakan jalan laluan Utara-Selatan yang saya kira tidak begitu sesuai dengan jumlah kenderaan yang ada, dan sesuai sangatlah jalan ini diperbesarkan dan dijadikan empat lorong umpamanya, untuk membolehkan kenderaan ber­jalan dan bergerak bebas. Dan akhir­akbir ini di antara Pulai dan Senai ke Johor Bharu yang mana masa perjalanan yang kita gunakan biasanya lebih kurang 20 minit ataupun setengah jam, hari ini kita terpaksa meng­gunakan jalan itu di antara satu ke dua jam. Jalan ini saya rasa sudah sampai tahap dan masanya untuk diper­besarkan, kerana saya katakan tadi ia menjadi laluan Utara-Selatan yang tidak ada pilihan jalan lain untuk digunakan. Inilah masalah yang dialami oleh penduduk-penduduk di sekitar kawasan itu di mana kawasan­kawasan berhampiran ini te'iah mem­bangun begitu pesat sekali. Dengan adanya Lapangan Terbang di Senai, dengan adanya pusat industri ataupun perkilangan yang begitu banyak didirikan dan dengan wujudnya Universiti Teknologi di Skudai jalan ini sudah menjadi begitu sesak sekali. Sud.ah sampailah masanya dengan peruntukan yang sebegini besar bagi

Kerajaan, saya kira, mengambil perhatian sewajarnya supaya jalan ini segera diperbesarkan, setidak-tidaknya saya kata dengan dua, tiga atau empat lorong yang boleh kenderaan bergerak­gerak lancar dan tidak mengganggu pengguna-pengguna sebagaimana yang ada sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Jabatan Koperasi di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Sesuailah dengan ucapan yang dibuat oleh Menteri berkenaan iaitu Menteri Kewangan mengatakan koperasi merupakan jentera yang mampu menggerakkan kekuatan ekonomi masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana jika diuruskan secara profesional dan bertanggung­jawab. Dalam hal untuk mengem­bangkan koperasi ini, saya inginlah menyentuh dengan peranan ANGKASA. ANGKASA ditubuhkan, saya rasa, tentulah dengan tujuan untuk menyatukan tenaga koperasi negara ini untuk terus menjalankan tanggung­jawab sebagai sebuah koperasi yang berjaya. Tetapi hari ini apa yang kita lihat dengan ANGKASA yang saya rasa menerima sumbangan daripada seluruh koperasi di tanahair ini beratus juta ringgit, tetapi apakah basil sumbangan ANGKASA kepada koperasi-koperasi di negara ini. Yang saya tahu, kalau kita hendak menyertai seminar ataupun kursus yang dianjurkan oleh ANGKASA, kita kena bayar. Tidakkah ada usaha daripada ANGKASA sendiri untuk memberi peluang kepada koperasi-koperasi ini untuk dilatih supaya menguruskan koperasi lebih licin dan lancar dengan mengadakan kursus atau bimbingan lawatan yang lebih baik dengan dianjurkan oleh ANGKASA sendiri. Kalau ada pun Jabatan Koperasi itu bukanlah di bawah ANGKASA, tetapi di bawah Kementerian. Tetapi ANGKASA sendiri saya rasa harus memainkan peranan ini kerana ini sudah dirungut oleh sebilangan besar ahli-ahli dan atau koperasi kerana

Page 50: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4597 24 DISEMBER 1991 4598

pemimpin ANGKASA setengahnya menggunakan peluang mereka untuk kepentingan individu sahaja. Jadi, saya harap sudah sampailah masanya, di mana Kerajaan begitu berkeyakinan kepada koperasi, untuk menentukan corak ekonomi negara melalui mereka yang berpendapatan rendah 101.

ANGKASA ini juga hendaklah peka kepada kehendak-kehendak ahli-ahli dan juga koperasi-koperasi yang ada di tanahair ..

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh beberapa Kementerian lagi iaitu Kementerian Pertahanan. Kementerian Pertahanan juga tidak kurang jumlah peru'ntukan diberikan kepadanya. Apa yang saya harapkan hari ini ialah apa yang dibuat oleh Menteri yang berkenaan akan diteruskan iaitu untuk membina lebih banyak rumah-rumah kepada anggota­anggota Tentera yang sekarang ini saya rasa langkah ini telahpun diambil dan saya harap ini akan lebih ditumpukan lagi kerana kesejahteraan para perajurit kita, para anggota keselamatan kita adalah penting kerana merekalah menentukan kesejahteraan kita, boleh hidup dengan aman dan damai dan menjamin negara ini dalam keadaan yang stabil. Lebih-lebih lagi kita telah menerima perletakan senjata anggota­anggota komunis. Inilah satu daripada tekanan ataupun langkah yang diambil oleh Tentera kita sehingga tidak memberi peluang langsung kepada pihak komunis untuk terus hidup di negara ini.

Jadi, sebagai balasan, sebagai penghargaan kepada anggota Tentera ini, kesejahteraan dan kebajikan mereka itu hendaklah diambil perhatian dan kita tidak hendak dengar lagi ada anggota Tentera kita masih menyewa di rumah-rumah setinggan, masih duduk di pondok-pondok buruk, masih lagi menaiki basikal. Saya difahamkan di Pahang, ada anggota Tentera yang pangkatnya Sarjan masih menaiki basikal untuk pergi ke tempat kerja

sedangkan penoreh getah naik Honda Cub bergaya di hadapan anggota Tentera yang berpangkat Sarjan. Jadi, kalau boleh, soal rumah dan soal tanggagaji Tentera ini hendaklah kita ambil berat supaya setimpal dengan apa yang mereka berikan kepada negara ini kepada kesejahteraan keluarga mereka.

Bukan itu sahaja, Tuan Yang di­Pertua, saya juga berharap ada Kementerian Pertahanan peka dengan perkembangan semasa, maksud saya ialah untuk memperkuatkan lagi Pasukan Simpanan Tentera Darat ataupun PSTD di mana hari ini Pasukan ini berkembang tetapi tidaklah begitu pesat. Saya harap ia harus lebih pesat lagi dapat mencontohi negara-negara jiran kita di mana setiap belia kita yang berumur 21 tahun, mereka dipanggil untuk menjalani latihan ketenteraan. Selepas itu, sama ada mereka pakar -di bidang-bidang tertentu, bolehlah menjalani hidupnya dengan kerjaya mereka masing-masing tetapi asas ketenteraan hendaklah ditanam kepada setiap anggota kita supaya sampai masanya mereka ini dapat meng­gunakan tenaga untuk mempertahankan negara. Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tidak boleh buat dan saya kira belia-belia kita ramai yang menganggur, yang belum dapat pekerjaan, ini saya rasa harus kita beri latihan ketenteraan ini kerana dalam Tentera ini bukan sahaja mereka diajar untuk berlatih berperang tetapi mereka juga ditanamkan dengan disiplin ketatanegaraan untuk menjadikan seseorang i tu sebagai seorang yang bertanggungjawab dan seorang warga­negara yang berguna kerana dalam Tentera semuanya teratur.

Jadi, tidaklah nanti bila mereka menjalani hidupnya, apa yang telah kita hadapi sekarang ini, ramai belia-belia kita yang kadang-kadang terikut-ikut dengan fahaman yang bercanggah dengan apa yang kita ada. Kadang­kadang mudah terikut-ikut dengan fahaman-fahaman parti-parti Pem-

Page 51: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4599 24 DISEMBER 1991 4600

bangkang umpamanya dan pihak-pihak yang tidak sukakan dasar Kerajaan, anti-national umpamanya. Jadi, kalau ada didikan asas ketenteraan ini saya rasa mereka akan dapat bertahan dan dapat menjadi seorang rakyat yang berguna kepada negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu kita juga merasa dukacita kerana jatuhnya kapalterbang Tentera kita ini masih kerap lagi berlaku dan setiap kali kita dapat jawapan dan jaminan daripada Menteri yang berkenaan. Saya rasa sudah sampai masanya Tentera kita dilengkapkan dengan kapal-kapal udara atau jet-jet pejuang yang lebih sofistkated lagi. Misalnya, kita harus menggunakan jet-jet pejuang yang lebih baik seperti F16, Fl8, Tornado ataupun Miraj 2000. Kalau inilah saya rasa kita dapat mengadakan ke­lengkapan seperti ini, saya kira pertahanan kita ke arah tahun 2020 akan lebih mencabar dan inilah yang seharusnya Kerajaan dan Kementerian Pertahanan fikirkan.

Waiau bagaimanapun, saya me­ngucapkan terima kasih dan syabas kepada Kementerian ini kerana baru­baru ini telahpun menukarkan senjata yang biasa digunakan kepada rifle tempur yang baru yang telahpun dikeluarkan oleh syarikat pengeluar senjata negara ini menggantikan senjata lama iaitu rifle M16. Jadi, saya harap usaha-usaha untuk mewujudkan kilang-kilang senjata yang lebih moden lagi di negara ini seharusnya diambil dan sebagaimana dikatakan tadi kita akan menghadapi tahun-tahun yang mencabar lebih-lebih lagi di tahun 2020 akan datang.

Tuan Yang 9i-Pertua, dalam Ke­menterian Perusahaan Utama, saya ingin menyentuh sedikit berhubung dengan masalah pengeluaran lesen­lesen atau permit-permit membawa A ataupun permit teksi. Saya rasa perasaan tidak puas hati masih timbul di kalangan pemohon lebih-lebih lagi

bekas-bekas perajurit yang masih saya rasa untuk mendapatkan permit teksi ini amat sukar bagi mereka dan seharusnya satu kelonggaran diberi kepada bekas-bekas perajurit ini kerana selalunya pihak Lembaga Pelesenan mempersoalkan modal. Saya kira, bagi sesetengah pemohon ini, kalau kita luluskan permit teksi kepada mereka, soal untuk dapat teksi- itu tentulah ada bagi mereka. Buat apa dia hendak mohon permit ini kalau dia · tidak ada modal. Waiau apa keadaannya sama ada bergadai harta benda isterinya ataupun apa, tetapi dia hendak dapatkan permit itu. Bila kita pergi ke Lembaga Pelesenan, inilah soalan yang diajukan - hendak minta penyata bank, hendak minta jaminan dan sebagainya. Saya rasa kalau ini terus berlaku, ia akan menjadi masalah kepada pemohon yang demikian.

Timbulnya soal orang tengah. Ada sesetengah pemohon sampai kena tipu $5,000 atau $6,000 kerana meng­gunakan orang tengah. Saya kira sebab­se ba b mereka menggunakan orang tengah ini, ada sebabnya. Kerana kalau kita pergi ke kaunter Lembaga Pelesenan ini, kita nampak pegawai­pegawai yang melayan mereka ini acuh tidak acuh. Kadang-kadang mereka ini macam bola. Seorang ini kata pergi kaunter sana, yang dikaunter itu kata pergi ke situ - begitu sahaja. Kadang­kadang lebih kurang tengok disuruh datang lagi. Kalaulah mereka ini di sekitar Kuala Lumpur saya rasa tidak menjadi masalah. Yang datang dari Kelantan, dari Perak, Johor - kalau Negeri Sembilan boleh katakan dekat -tetapi kalau dari utara Kedah sekali datang berapa perbelanjaan mereka gunakan dan kadang-kadang mereka pernah mengatakan, saya sendiri mengalami nampaknya dia kata, "Kita hendak ada sisik, kalau tidak ada sisik, inilah caranya". Saya cakap dengan dia, "Kalau sisik tidak berapa baik pun sama juga nasib macam yang awak terima sebab saya bercakap atas pengalaman saya sendirilah." Bila saya

Page 52: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

..

4601 24 DISEMBER 1991 4602

kenalkan diri saya ini Ahli Dewan Negara barulah saya diberi sedikit layanan. dan bolehlah berjumpa pegawai di dalam. Tetapi kalau saya datang dengan cara biasa susahlah. Tetapi saya tidak suka macam setengah orang hendak tunjuk saya siapa, saya lebih suka atas nama indi vidu diri saya, saya tidak hendak saya ini Ahli D~wan Negara dan orang lain tengok kenapa saya ini dapat kemudahan dan orang lain tidak.

Jadi, kalau inilah layanannya. tidak mustahillah ada setengah orang kena tipu kerana hendakkan kemudahan gunakan orang tengah kerana orang tengah menjaminkan, menjanjikan, "awak hendak jumpa, boleh bawa. Awak hendak berapa permit, kita boleh

· tolong jumpa orang dalam." lnilah yang jadi. Bila dia gunakan orang tengah, orang tengah sapu duit dia, ke sana pun tidak, ke sini pun tidak, akhirnya dia menerima kerugian yang besar.

Saya kira layanan di kaunter-kaunter sedang diubahkan coraknya dan saya dengar Kementerian ini telahpun mengezonkan kawasan selatan, tengah dan utara di mana Lembaga Pelesenan ini meletakkan kaunter-kauntemya di tempat-tempat yang berkenaan dan saya harap jugalah apabila jabatan ini telahpun mengaturkan zonnya yang sedemikian ini, perkara-perkara yang saya katakan tidak akan berulang lagi. Kita kata kita menyahut seruan daripada Perdana Menteri, "Bersih, Cekap dan Amanah", tetapi apa yang kita lakukan saya rasa, saya tidak katakan mereka tidak amanah, tetapi saya rasa mereka tidak cekap atau mungkin tidak mesra melayan orang­orang yang berurusan dengan pihak yang berkenaan itu.

Ini saya alami sendiri daripada pengalaman saya dan saya katakan tadi inilah sebab-sebabnya mengapa orang­orang tengah digunakan. Ada juga kita kedengaran bahawa melalui orang-

orang tengah ini memang ada yang becjaya, yang dapat tetapi kebanyakan­nya ialah yang tertipu dan teraniaya kerana merasakan diri mereka sampai di situ tidak mendapat layanan yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap hal-hal seperti ini akan diambil perhatian yang wajar oleh bukan sahaja Kementerian yang saya katakan tadi bahkan oleh semua Kementerian di mana orang rainai yang kerap ber­urusan dengan mereka. Semalam ada dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat Tuan Azman Atar yang menulis tidak berhenti-henti sampai jarinya pun lekuk. Maknanya berilah khidmat yang sewajarnya kepada orang ramai yang berurusan dengan Jabatan itu dan sekiranya hendak menolak atau mengarahkan, biarlah dengan cara yang sopan kerana tidaklah mereka itu dianggap antara seorang guru dengan murid. Ini dulu punya gurulah, kalau sekarang ini tidak juga, cikgu dulu dengan murid-murid, main tengking herdik. ltu saya rasa tidak sesuai bagi seseorang dewasa yang berurusan dengan sebuah jabatan yang sangat mustahak bagi mereka.

(Tuan Adam bin Kadir mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berhubung dengan masalah tan ah terbiar. Kementerian Pertanian memainkan peranan yang tinggi saya rasa dalam usaha untuk membangunkan pertanian dalam negara ini. Tetapi jumlah tanah terbiar ini saya rasa masih besar dan masih luas lagi dan sesuatu yang perlu diam bil ataupun dijalankan oleh Kementerian Pertanian ini haruslah dijalankan. Hari ini kalau kita pergi ke pasar-pasar kita terperanjat. Kalau kita nak beli sayur, kalau dulu harganya setakat paling tinggipun 70 sen sekilo ataupun 80 sen, tetapi hari ini sekilo sawi $4.00 - sekilo sawi harganya $4.00. Saya kira kalau usaha-usaha

Page 53: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4603 24 DISEMBER 1991 4604

menggalakkan tanah ini tidak di­usahakan lebih luas lagi, tidak diberi peluang kepada rakyat kita ini bertani ataupun kemudahan-kemudahan untuk berbuat demikian diberi, saya percaya nanti harus sekilo sawi akan meningkat $10.00 atau $15.00 kerana permintaan banyak tetapi pengeluarannya sangat berkurangan, kerana keluasan tanah kita yang ada pada hari ini tidak boleh menampung dengan pertumbuhan rakyat yang begitu banyak, lebih-lebih lagi dengan kedatangan orang luar, termasuk pendatang haram atau pendatang tanpa izin ke negara kita inipun berpuluh-puluh ribu inipun dia nak makan sayur juga. Dia tidak hendak bekerja menanam sayur tetapi dia nak bekerja sebagai buruh, jadi diapun melibatkan juga dengan kenaikan harga ini. Jadi saya rasa tanah-tanah terbiar ini haruslah kita usahakan seberapa cara yang boleh, berilah kelonggaran kepada sesiapa yang berminat terutama sekali Pejabat Tanah. Pejabat Tanah inipun kadang­kadang kalau kita nak minta tanah, banyak sangat ceritanya. Kadang­kadang sampai tiga empat kali kita naik pejabat tanah, masih tak selesai lagi. Dan kalau ada pula yang benar-benar bersemangat nak kerjakan tanah itu, ada pula penguasa datang nanti, mereka dipanggil dan · akhirnya mereka disaman. Jadi orang yang benar~benar hendak tanah tidak dapat, tetapi orang yang diberi tanah pula biarkan tanahnya jadi hutan belukar dan kadang-kadang pula menyimpan musuh yang boleh merosakkan tanaman orang lain.

Jadi ini saya rasa pihak yang berkenaan ambil tegas perkara ini supaya tanah diberi benar-benar kepada mereka yang berkehendakkan tanah. Kalau yang diberi tanah itu kerjakan dan membiarkan tanah itu saya rasa, harus tanah ini dirampas balik dan diberikan kepada orang-orang yang memerlukan tanah. Dan juga satu kelonggaran harus diberi kepada petani-petani yang benar-benar

berminat untuk bertani ini supaya seperti saya katakan tadi sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan soal kekurangan bahan-bahan makanan terutama sayur-sayur yang saya katakan tadi yang sekarang telahpun sampai $4.00 sekilo dan mungkin akan naik lebih tinggi lagi, kalau kita tidak terus mengambil langkah-langkah yang tertentu kepada pemulihan ataupun memberi kepada mereka ini mengerja­kan tanah yang terbiar yang ada di sekitar daerah mereka dan juga tanah­tanah yang seharusnya dibangunkan oleh pihak jabatan berkenaan kalau tanah itu luasnya lebih daripada 5 atau 10 hektar yang berkehendakkan tenaga ataupun modal yang lebih besar.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berhubung dengan tanah-tanah yang ada di rancangan-rancangan FELDA. Ke­luasannya lebih kurang 200 ke 500 ekar yang masih ada di rancangan­rancangan FELDA ini. Sesuai dengan kelulusan satu undang-undang di mana Felda telahpun digalakkan untuk menjalankan perniagaan sendiri, saya percaya kalau FELDA hendak mengusahakan tanah-tanah yang lebih kurang 200 ke 500 ekar ini tentulah tidak ekonomik bagi sebuah syarikat yang besar seperti FELDA Plantations yang telahpun diluluskan. Saya cadang­kan supaya tanah-tanah in.i diserah kepada orang ramai ataupun pemohon yang berkehendakkan terutama anak­anak peneroka yang menganggur yang telahpun ada keluarga di rancangan tersebut. Saya bercadang mereka ini diberikan tanah ini atas asas-asas kawasan yang tidak ekonomik di mana tanah ini diserahkan kepada peneroka ataupun anak-anak peneroka ini seluas Jebih kurang 10 ekar seorang dengan rumah dibuat oleh mereka dan tidak payahlah dibuat oleh FELDA kerana kalau dibuat oleh FELDA mereka terpaksa membayar lebih kerana tanah ini di bawah lingkungan tanah yang tidak ekonomik. Kalau tanah ini diberikan, kita dapat menambah

Page 54: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4605 24 DISEMBER 1991 4606

bilangan peneroka dan mengurang~n pengangguran yang saya kira paling tidakpun bagi sesebuah rancangan di Johor umpamanya ada pertambahan bagi sebuah r~ncangan antara 10 ke 15 orang. Tetapi kalau tanah ini terus dibiarkan kepada pengurusan FELDA pun, tanah ini tidak akan mendatangkan keuntungan ataupun pulangan yang baik kerana bilangannya kecil dan terpaksa mengeluarkan belanja pengurusan yang lebih tinggi. Inilah saranan saya, Tuan Yang di-Pertua, kepada pihak yang berkenaan supaya ini akan dapat dilaksanakan.

Akhirnya saya ingin menyentuh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat berhubung dengan masalah mewujudkan satu Undang-undang Kesejahteraan Ke­luarga untlik melindungi daripada penganiayaan. Apa yang saya di­fahamkan undang-undang ini sedang digubal oleh peguam-peguam wanita.

Saya ingin menyentuh di sini kenapakah undang-undang ini digubal oleh peguam wanita sahaja. Kenapa tidak peguam lelaki juga? Saya rasa untuk keluarga bahagia ini, kita harus bersama kerana Tuhan menjadikan insan ini lelaki dan perempuan. Dengan adanya lelaki dan perempuan maka wujudlah zuriat yang akhirnya menjadikan sebuah keluarga. Saya bukan merendahkan kebolehan ~anita, saya percaya peranan wanita juga begitu penting dan ibu adalah wanita, tetapi bagus dan eloklah peguam­peguam wanita dan lelaki berunding sama untuk menentukan undang­undang yang digubal ini benar-benar memberi kebahagian kepada keluarga yang berkenaan kerana melakukan penganiayaan ini bukanlah sahaja kepada lelaki tetapi kedapatan juga wanita - ibu-ibu itu sendiri kadang­kadang ada terlibat dengan peng­aniayaan kepada keluarga mereka. Kalau kedua-dua pihak ini didudukkan di satu meja, tidaklah nanti undang­undang itu ada yang menganggap berat

sebelah. Biarlah dia sama rata macam dacing - simbol Barisan Nasional -parti Kerajaan hari ini.

Dengan kata-kata itu, saya mohon menyokong Rang undang-undang ini. Terima kasih.

Tuan Adam bin Kadir: Yang Berhormat Tuan V. K. Sellappan.

4.41 ptg.

Tuan V.K. Sellappan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 1992 dan saya mengucap­kan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Menteri Kewangan Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Belanjawan 1992 merupakan satu Belanjawan yang sihat semasa beliau mengemukakan Belanjawan 1992 di Parlimen. Beliau menegaskan bahawa beliau telah menyediakan Belanjawan ini berdasarkan kepada cara hidup rakyat serta kekayaan rakyat. Cukai bagi rokok dan minuman keras adalah dinaikkan. Dengan ini beliau telah membayangkan barangan utama keper­luan rakyat tidak dikenakan cukai. Pengecualian cukai bagi harta pesaka membolehkan waris-w,aris men­dapatkan harta pesaka tanpa sebarang kesusahan juga telah mendapat sam­butan yang baik. Kadar menurunkan cukai bagi koperasi dari 5% ke 4% juga telah menunjukkan Belanjawan ini telah memberi perhatian sewajar kepada perkembangan koperasi di tanahair kita.

Boleh dikatakan yang gembira adalah golongan penulis yang telah dikecualikan, dengan izin, cukai royalty dari $5,000 hingga $12,000. Cukai setem bagi rumah murah yang

Page 55: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4607 24 DISEMBER 1991 4608

belum disiapkan telah dikurangkan dari $320 ke tidak melebihi $100 di bawah rancangan rumah murah khas untuk pindahmiliknya. Pengecualian c.ukai bagi kanak-kanak cacat dinaikkan dari $1,000 ke $1,500 telah membolehkan orang-orang cacat dan keluarganya membeli alat-alat sehingga $3,000 adalah amat disanjung tinggi. Cukai bagi dokumen-dokumen perjanjian jual-beli telah dikecualikan.

Dengan menghapuskan berbagai cukai seperti di atas ini telah menggernbirakan rakyat. Dengan ini Yang Berhormat Menteri Kewangan patut dipuji kerana membentangkan satu Belanjawan yang menjadi pen­jimat dan juga mengurangkan inflasi serta keberatan pembayaran cukai.

Dengan memandangkan keadaan negara dan taraf pembangunan rakyat yang berterusan, Belanjawan yang disampaikan oleh Menteri Kewangan telah diakui dan diterima oleh semua lapisan rakyat tanpa dipertikaikan.

Tuan Yang di-Pertua, B.26. Se­bilangan besar daripada Belanjawan 1992 telah diperuntukkan bagi pen­didikan. Saya mengucapkan setinggi­tinggi tahniah kepada Kerajaan dan Menteri Pendidikan atas mengamalkan pra-sekolah di sekolah-sekolah yang terpilih di seluruh negara pada tahun 1992. Sejumlah 1,044 sekolah di seluruh tanahair terlibat dalam hal ini. 25,000 orang pelajar dapat peluang belajar dalam 1,000 buah Sekolah Kebangsaan, 725 murid dalam 25 buah SRJK(C) dan 375 murid dalam 5 buah SRJK(T). lni telah menjadi satu amalan baik bagi Kerjaan bagi menolong golongan berpendapatan rendah kerana keselamatan dan kemudahan belajar bagi anak-anak mereka yang berumur 5 hingga 6 tahun terjamin. Saya di sini merayu Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan projek pra-sekolah ini di semua sekolah di seluruh Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang. Kemudahan bilik-bilik darjah, guru-

guliu terlatih dan juga satu ko­kurikulum yang standard perlu di­rancangkan. Pra-sekolah yang di­jalankan oleh badan-badan seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan lain-lain harus diletakkan di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan. Dengan ini pendidikan bermutu tinggi yang standard boleh diberikan kepada semua kanak-kanak di pra-sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, perlaksanaan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang menggantikan SRP adalah satu usaha Kementerian Pendidikan yang baik dan elok untuk mengelakkan murid-murid yang keluar dari bangku sekolah pada umur 16 tahun daripada menceburkan diri dalam sebarang kegiatan yang tidak sihat. PMR akan membolehkan murid-murid menerus­kan pelajaran mereka sehingga umur 18 tahun. Dengan ini mereka akan menambahkan lagi pengetahuan serta kemahiran kerja bagi mereka menuju ke Wawasan 2020.

Tuan Yang di-Pertua, kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang dianjurlCan oleh Kementerian Pen­didikan adalah satu kegiatan yang baik untuk menjamin pendidikan berkesan dalam dasar pendidikan di tanahair kita. Kementerian harus merancangkan supaya kursus dalam perkhidmatan ini tidak dijalankan pada hari persekolahan terutamanya semasa murid-murid sedang bersedia untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, SRP, SPM dan STPM. Ini adalah kerana pembelajaran mereka akan terganggu apabila guru-guru yang terlibat dihantar untuk menghadiri kursus dalam perkhidmatan pada masa genting semasa murid-murid akan menghadapi peperiksaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga perlu menyentuh perkara-perkara berikut mengenai kegiatan ko­kurikulum di sekolah-sekolah. Ke­giatan ko-kurikulum anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah di semua

--

Page 56: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4609 24 DISEMBER 1991 4610

peringkat lcadang-kalanya dianjurkan pada waktu sekolah. Guru-guru yang terlibat termasuk guru besar terpaksa meninggalkan tugas-tugas mereka di sekolah untuk menghadiri kegiatan ko­kurikulum ini. Ini menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku, saya mengesyorkan supaya Kementerian Pendidikan menentukan seseorang guru yang terlibat sahaja dibenarkan menghadiri kegiatan ini dan me­ngeluarkan arahan supaya semua aktiviti ko•kurikulum ini diadakan pada hari cuti atau di luar masa per­sekolahan.

Saya ingin menarik perhatian, Tuan Yang di-Pertua, bahawa masalah yang dihadapi pada masa ini oleh kaum keturunan India ialah mendapat pendidikan yang kemaskini. Banyak ibu-bapa keturunan India menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Banyak Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, iaitu lebih kurang 530 buah sekolah, masih bertaraf sekolah bantuan modal kerana Kerajaan tidak memberi bantuan penuh kepada sekolah-sekolah ini. Saya merayu kepada Kerajaan mengambil langkah­langkah yang positif dengan kadar segera bagi menyediakan sistem pelajaran yang baik kerana banyak ibu­bapa keturunan India bergantung kepada Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil untuk memberi sistem pelajaran yang baik kepada anak-anak mereka. Antara langkah­langkah yang saya cadangkan ialah seperti berikut:

(i) Menyediakan lebih banyak peruntukan daripada $1,020 juta yang ditetapkan bagi sekolah-sekolah rendah dalam Rancangan Malaysia Keenam diagihkan kepada sekolah­sekolah Tamil dan diharap

Kerajaan juga akan me­nyediakan peruntukan yang asing bagi sekolah-sekolah ini;

(ii) Mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menukar taraf sekolah-sekolah yang bertaraf bantuan model kepada bantuan penuh Kerajaan; dan

(iii) Oleh kerana lebih banyak sekolah masih terdapat di ladang-ladang swasta, Ke­rajaan perlu meminta pemilik­pemilik ladang memberi se­bidang tanah di kawasan sekolah secara ikhlas kepada Kerajaan.

Sekiranya langkah-langkah ini tidak mendatangkan hasil yang positif, saya cadangkan kepada Kerajaan agar menggunakan kuasa yang diper­untukkan dalam Akta Tanah baru-baru ini untuk mengambil kawasan tanah sekolah. Memandangkan adanya perhubungan baik di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan perlu meminta setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia untuk meng­ambil perhatian dalam segala ran­cangan pembangunan di kawasan­kawasan sekolah untuk menyediakan tanah dan kemudahan asas bagi membina sekolah-sekolah baru.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan bahawa peruntukan yang telah diberi kepada semua rancangan-rancangan dahulu tidak mencukupi sekiranya $10 juta disediakan dalam Rancangan Malaysia Keenam bagi Sekolah­sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Peruntukan ini hanya men­cukupi bagi membina lebih kurang 20 hingga 25 buah sekolah-sekolah baru yang terdiri daripada lebih kurang 750 orang murid setiap satu. Terdapat lebih kurang 300 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di tanah swasta yang memerlukan sekolah baru.

Page 57: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4611 24 DISEMBER 1991 4612

Selain dari ini, Kerajaan perlu menyediakan peruntukan penye­lenggaraan, dengan izin, maintenance fund, tiap-tiap tahun untuk membaiki sekolah-sekolah yang sedia ada dalam keadaan teruk kerana di setengah­setengah sekolah, keadaan bangunan adalah tidak selamat. Menyediakan kemudahan asas dan taraf pelajaran yang baik di mana-mana sekolah adalah tanggungjawab Kerajaan manakala menggunakan segala ke­mudahan asas pelajaran adalah tanggungjawab rakyat. Oleh itu, saya harap Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menaikkan taraf pendidikan di Sekolah-sekolah Rendah Jen is Kebangsaan Tamil.

Tuan Yang di-Pertua, B.7 Lapangan­terbang Antarabangsa yang Kedua. Saya bagi pihak penduduk Sepang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan dan Yang Amat Ber­hormat Perdana Menteri kerana memilih kawasan daerah Sepang untuk pembinaan Lapanganterbang Antara­bangsa Kedua; Pembinaan Lapangan­terbang Antarabangsa Kedua ini akan membangunkan kawasan Sepang dengan pesat. Penduduk daerah Sepang yang selama ini yang tidak dapat menikmati pem bangunan pesat yang dijalankan di kawasan-kawasan lain akan dapat merasakan pembangunan ini yang akan meninggikan lagi taraf hidup mereka:.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya sebutkan di sini bahawa dalam proses pembinaan Lapanganterbang Antara­bangsa Kedua, Kerajaan Pusat mestilah memberikan perhatian yang serius kepada beberapa perkara, di antaranya ialah:

(1) Kerajaan Pusat mestilah mem­berikan perhatian yang serius kepada beberapa perkara apabila pembinaan Lapanganterbang Antarabangsa Kedua di daerah Sepang dimulakan. Kebanyakan

pekebun-pekebun kecil, peserta­peserta, yang memiliki tanah di bawah rancangan tanah Kerajaan, dan pekerja-pekerja ladang sudah pasti akan mengalami kehilangan sumber pendapatan dan juga tempat tinggal mereka.

(2) Dua buah sekolah Tamil, dua buah bangunan kuil Hindu, dua buah bangunan surau, gereja, empat buah balairaya dan sebuah tanah rizab Orang Asli akan dirobohkan atau di­ambilalih oleh Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin mengemukakan beberapa cadangan:

(i) Dalam segala projek pembinaan yang kecil, Kerajaan haruslah memberikan keutamaan kepada penduduk tempatan di sekitar kawasan ini. Ini adalah supaya penduduk ini patut diberikan peluang untuk menambahkan pendapatan mereka. Sekiranya peluang diberikan kepada orang luar atau orang asing, maka penduduk tempatan ini akan kehilangan peluang untuk menambahkan dan memperbaiki pendapatan mereka.

(ii) Kerajaan haruslah memastikan supaya tempat tinggal baru dan lebih selesa disediakan bagi mereka yang terlibat dalam rancangan ini terlebih dahulu sebelum rancangan ini di­mulakan; dan

(iii) Bagi kemudahan-kemudahan am seperti surau, kuil, sekolah dan klinik perlulah disediakan peruntukan lebih, terlebih dahulu untuk menggantikannya sebelum kemudahan ini di­robohkan.

Dalam proses pembayaran pampasan bagi pengambilan tanah di bawah

Page 58: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4613 24 DISEMBER 1991 4614

rancangan ini, ingin saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan supaya memberi kelulusan tambahan dalam jumlah bayaran daripada kes-kes pengambilan tanah dalam keadaan yang biasa.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai B.5, saya ingin minta keizinan untuk menyampaikan permintaan saya ke atas pengambilan pekerja-pekerja ke dalam Perkhidmatan Awam. Kerajaan merupakan majikan terbesar dan sehingga hari ini, kaum masyarakat India tidak diberikan perhatian yang wajar ke atas pengambilan pekerja­pekerja di sektor awam. Mereka diberikan perhatian di kumpulan­kumpulan pegawai-pegawai rendah dan pekerja-pekerja yang memerlukan tenaga badan. Kaum ini sangat berharap pengambilan kakitangan tidak terhad kepada kumpulan pegawai rendah dan pekerja-pekerja am tetapi di kumpulan-kumpulan profesional, semi­profesional, teknikal, perkeranian dan pengurusan, memandangkan kaum India sangat miskin dan cuma mempunyai lebih kurang 1 % harla benda negara dibandingkan dengan terlalu banyak kekayaan kaum lain. Peranan kaum ini dalam sektor swasta juga kurang memuaskan. Oleh kerana peluang yang diberikan dalam pem­berian jawatan-jawatan penting di sektor swasta sangat berkurangan, mereka bergantung untuk masa depan kepada Kerajaan sahaja.

Selain dari ini, kaum ini digunakan untuk membekalkan tenaga badan di sektor swasta mahupun di sektor awam dan ada yang mempunyai kelayakan­kelayakan yang tinggi tetapi tidak diberi perhatian sewajarnya.

Adalah diperhatikan baru-baru ini Kerajaan akan mengambil lebih kurang 30,000 orang kakitangan awam dalam jangkamasa 10 tahun yang akan datang dalam rancangan-rancangan negara, dan Kerajaan berhasrat membaiki ketidakseimbangan dalam sektor

awam. Saya menyambut baik langkah­langkah Kerajaan untuk membaiki keadaan ini. Oleh kerana lebih kurang 20,000 orang kakitangan bukan bumi­putera akan diambil untuk mempaiki keadaan ini, saya sangat berharap Kerajaan akan memberi lebih keutamaan kepada kaum masyarakat India. Saya harap Jabatan-jabatan Kerajaan, Kementerian-kementerian, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat Persekutuan dan Negeri akan memberi perhatian yang wajar kepada kaum masyarakat India. Langkah ini akan menaikkan taraf dan gambaran Perkhidmatan Awam.

Tuan Yang di-Pertua, Sistem Saraan Baru (SSB) yang akan dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun depan kepada semua kakitangan Kerajaan adalah satu sistem yang sangat baik dan patut dipuji kerana dengan pelaksanaan sistem ini ia akan memberi peluang kepada pekerja-pekerja yang cukup rajin untuk menerima ganjaran seperti kenaikan pangkat dan juga kenaikan gaji. Apabila Sistem Saraan Baru (SSB) ini dilaksanakan nanti, Kerajaan mesti memastikan sikap pilih kasih oleh Ketua-ketua Jabatan tidak wujud. Untuk mengelakkan sikap ini, Kerajaan hams menubuhkan satu Jawatankuasa (Panel) untuk mengawasi supaya sikap pilih kasih ini tidak dijalankan. Dengan ini hanya kakitangan yang benar-benar bekerja keras, rajin dan jujur akan menerima ganjaran yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Maksud B.45. Negara kita sedang mengalami kekurangan tenaga buruh. Saya dengan ini memuji langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Sumber Manusia untuk mengatasi masalah ini. Salah satu sebab utama wujudnya masalah mendapat tenaga buruh ialah kurang sambutan daripada sebilangan besar kalangan wanita yang menjadi suri rumahtangga kerana mereka tidak mampu untuk membayar penjaga­penjaga anak atau, dengan izin,

Page 59: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4615 24 DISEMBER 1991 4616

babysitters. Oleh i tu mereka lebih mengutamakan menjadi suri rumah­tangga sahaja. Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Sumber Manusia boleh mendirikan, dengan izin, day care centres atau pusat penjagaan kanak-kanak di kawasan­kawasan perindustrian. Dengan ini ramai lagi pekerja wanita boleh bekerja di kilang-kilang. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, rancangan seperti, dengan izin, day care centres ini sedang dijalankan di ladang-ladang.

Saya juga ingin memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa pekerja-pekerja ladang khususnya di Filipina, sebuah negara ASEAN, menerima gaji bulanan. Kita sebagai anggota negara ASEAN bolehlah mengamalkan sistem ini kerana pekerja-pekerja ladang di negara kita telah banyak menyumbang kepada kekayaan dan pembangunan negara dan mereka adalah rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.21. Saya juga mengambil kesempatan ini menyentuh sedikit-sebanyak mengenai skim-skim ansuran mudah yang di­jalankan oleh syarikat-syarikat per­niagaan barangan alat-alat elektrik dan perabot secara berleluasa. Syarikat­syarikat ini membekalkan barangan mereka tanpa deposit dan menentukan harga yang paling tinggi sehingga dua atau tiga kali ganda apabila di­bandingkan dengan harga tunai. Ini adalah menjejaskan golongan yang berpendapatan rendah sehingga mereka berada di dalam kesusahan kerana terlalu banyak hutang. Sekiranya perkara ini berterusan dan berleluasa maka rakyat akan ditindas dari segi ekonomi. Akibatnya kebanyakan daripada mereka akan menderita seperti masalah yang terdapat di dalam sistem kad kredit. Oleh yang demikian, sukalah saya merayu kepada Kemen­terian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengambil tindakan serta menubuhkan satu rang undang-undang untuk menyekat rakyat

jelata dari menjadi mangsa kepada syarikat-syarikat dan ejen-ejen yang menjalankan pemiagaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.44. Baru-baru ini RTM telah memper­kenalkan satu program baru bagi kaum masyarakat India sebagai,dengan izin, alternative kepada Tumpuan Minggu yang telah ditamatkan oleh RTM pada tahun-tahun dahulu tanpa sebarang notis. Program baru ini dikenali sebagai, dengan izin, Nada Suara yang disiarkan mulai bulan Disember tahun ini.Saya menyambut baik usaha RTM mernperkenalkan program baru ini kerana selarna ini kaum masyarakat India telah membimbangkan nasib program Tumpuan Minggu yang telah banyak menarik perhatian dan mempunyai ramai penonton walaupun program ini disiarkan pada masa petang, di mana ramai penonton tidak berpeluang menonton siaran ini. Saya sangat berharap siaran baru ini akan menjadi satu saluran untuk membaiki dan mengeratkan perhubungan antara Kerajaan dan kaum masyarakat India. Saya juga sangat berharap tumpuan akan diberi kepada pembangunan sosio-ekonomi dan adat-istiadat kaum India melalui siaran baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi pandangan-pandangan kaum India mengenai siaran program­program India di RTM. Walaupun RTM menyiarkan program-program Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan India untuk memenuhi kehendak­keh.endak masyarakat tempatan di Semenanjung Malaysia, kaum India masih tidak berpuas hati dengan langkah-langkah RTM memberi perhatian kepada filem Hindi yang disiarkan selama 2 jam tiap-tiap minggu, sedangkan masa yang di­sediakan bagi program-program India tidak mencukupi iaitu lebih kurang 5.5 jam diberikan kepada program-program India tiap-tiap minggu tidak termasuk Berita Tamil. Baru-baru ini RTM telah memperkenalkan program baru selama

Page 60: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4617 24 DISEMBER 1991 4618

satu jam bertajuk Nada Suara mulai 21hb Disember 1991 ini. Dengan mengambilkira program baru ini, filem Hindi mengambil lebih kurang 38% daripada jumlah masa yang lebih kurang 6.5 jam tanpa mengira Berita Tamil.

Tuan Yang di-Pertua, filem Hindi bukanlah filem India di negeri kami. Majoriti .kaum India di sini terdiri daripada kaum Tamil yang meng­gunakan bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda. Bahasa Hindi tidak digunakan oleh mana-mana masyarakat tempatan di sini. Langkah-langkah RTM untuk menyiarkan filem-filem lain seperti filem Telugu, Punjabi, Malayalam bagi memenuhi masyarakat-masyarakat minoriti India adalah sangat dialu­alukan. Saya ingin memaklumkan kepada R TM bahawa bahasa Hindi tidak mempunyai sebarang hubungan dengan bahasa Tamil ataupun dengan bahasa-bahasa tempatan lain di sini. Oleh itu tidaklah wajar untuk RTM menayangkan filem Hindi lagi. Oleh itu saya merayu kepada RTM supaya mengambil langkah-langkah yang segera bagi menama~an filem Hindi atau sekurang-kurangnya mengu­rangkan masa yang diberikan kepada filem tersebut. Memandangkan masa yang disediakan bagi program-program berbahasa Tamil tidak mencukupi, RTM perlu mengambil langkah­langkah yang sesuai untuk menyedia­kan lebih banyak lagi program-program baru Tamil dengan menjimatkan masa yang diperuntukkan bagi filem-filem Hindi. Program-program ini mestilah mengambilkira perkembangan dan pembangunan bidang-bidang sosio­ekonomi dan adat-istiadat kaum masyarakat India dengan tidak mengambilkira kos perbelanjaan dan masa kerana kaum ini tidak banyak menytimbang kepada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.39. Bagi sistem memperkenalkan kad pengenalan baru-baru ini, saya men-

cadangkan kepada Kerajaan untuk menghantarkan pegawai-pegawai pendaftaran ·ke kawasan-kawasan kampung, ladang-ladang dan luar bandar untuk kemudahan rakyat seperti yang telah dilakukan pada tahun 60an bila kad pengenalan plastik telah diperkenalkan.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B.4. Bagi hasrat Kerajaan untuk mendaftar seberapa banyak pengundi-pengundi baru baru-baru ini, saya cadangkan kepada Kerajaan supaya perkara­perkara berikut diambil kira me­mandangkan sambutan yang tidak menggalakkan dalam tempoh enam bulan yang diberikan:

(a) Kerajaan perlu memberi publisiti yang banyak dan lebih luas melalui semua suratkhabar tempatan, radio dan televisyen.

(b) Walaupun publisiti yang lebih banyak diberikan, lebih banyak tempat pendaftaran pengundi, khususnya di luar bandar, di kawasan kampung dan ladang­ladang, perlu disediakan bagi kemudahan pengundi baru.

(c) Mendidik rakyat mengenai betapa pentingnya mendaftar dirinya sebagai pengundi.

Tuan Yang di-Pertua, Maksud B. 28. Bank Negara telah mengambilalih pengurusan CCB atau, dengan izin, Cooperative Central Bank beberapa tahun dahulu. Bila CCB diletakkan di bawah, dengan izin, receivership, ramai yang menyimpan wang dalam CCB melalui simpanan biasa dan simpanan tetap adalah rakyat miskin dan simpanan mereka telah diletakkan dalam keadaan, dengan izin, cold storage. Saya sangatlah berharap Bank Negara akan mengambil tindakan yang positif bagi meringankan beban rakyat miskin ini.

Dengan hujah-hujah dan pandangan­pandangan yang saya telah sampaikan

Page 61: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4619 24 DISEMBER 1991 4620

tadi ini, saya sekali lagi menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 1992. Sekian, terima kasih.

Tuan Adam bin Kadir: Yang Berhormat Tuan Shuib bin Endut.

5.12 ptg.

Tuan Shuib bin Endut: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 1992 ini iaitu Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan­wang Yang Disatukan untuk perkhid­matan bagi tahun 1992 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun ini.

Terlebih dahulu saya juga meng­ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah begitu meneliti dan telah mengambil berat untuk mem­bentangkan Belanjawan 1992 yang meliputi semua aspek untuk menolong rakyat di dalam negara ini. Dengan Belanjawan itu semua rakyat meng­ucapkan terima kasih dan mengucapkan tahniah sekali lagi.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali, saya ingin menyentuh isu berhubung dengan pendatang tanpa izin ke negara kita. Sejak~ akhir-akhir ini kedatangan pendatang tanpa izin ini ke negara kita begitu menjadi-jadi. Disebabkan kawalan yang kurang ketat menyebabkan rnereka begitu mudah datang ke negara kita tanpa permit perjalanan yang sah. Hari ini pendatang tanpa izin datang ke Malaysia bukan sahaja sebagai buruh atau pekerja malah mereka ini telah bergiat dalam bidang perniagaan.

Pembabitan mereka dalam per­niagaan mt telah menimbulkan kegelisahan di kalangan kaum bumi­putera terutarnanya di bandar-bandar

scperti Kuala Lumpur ini. Peluang dan ruang-ruang niaga kaum bumiputera semakin kecil dan terpaksa bersaing. Oleh itu adalah disarankan agar pihak­pihak berkuasa mengambil langkah­langkah tegas bagi membendung gejala ini dari merebak. Pemberian lesen­lesen perniagaan perlulah diper­ketatkan dan tindakan Kerajaan mengenakan cukai levi ke atas pendatang-pendatang ini adalah satu tindakan yang bijak. Sekurang­kurangnya dengan tindakan ini kita dapat menahan pengaliran wang keluar kita ke negara di mana pendatang tanpa izin itu datang atau berasal.

Tuan Yang di-Pertua, isu dadah masih menghantui negara kita.Pada tahun ini sahaja, seramai 75 orang pelajar kita terlibat dengan penagihan dadah yang membabitkan hampir 26 buah sekolah di Malaysia ini. Kalau dilihat dari data ini jelaslah bahawa ancaman dadah semakin teruk di negara kita terutamanya di kalangan kanak-kanak sekolah yang mana kanak­kanak ini akan menjadi pemimpin di masa depan dan warisan kita. Kenapakah setiap tahun ancaman ini semakin meningkat? Apakah agensi­agensi yang bertanggungjawab memerangi dadah ini sudah tidak berfungsi ataupun berkesan lagi dalam memerangi ancaman dadah ini? Ketajaan dan orangramai perlulah bekerjasama. Pihak-pihak berkuasa perlulah mengetatkan lagi kawalan­kawalan di sempadan-sempadan negara kita. Didikan dan counselling oleh agensi berkenaan mengenai dadah perlulah didedahkan kepada ma­syarakat dan para pelajar. Pihak Polis pula perlulah memberkas taukeh­taukeh dadah yang masih ber­maharajalela. Dengan peruntukan yang besar yang diberi oleh Kementerian Dalam Negeri adalah disyorkan agar Kementerian dapat memperbesarkan pusat-pusat tahanan di seluruh negara. Ini kerana mengikut kenyataan Pengarah Ketenteraman Awam, pihaknya tidak' boleh menangkap ramai

Page 62: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4621 24 DISEMBER 1991 4622

penagih dadah kerana lidak cukup lempal lahanan.

Tuan Yang di-Perlua, dalam usaha Kerajaan memerangi dadah ini ada juga agensi Kerajaan yang sama ada sedar atau lidak lelah menjadi penaja Konserl Superstar dari barat. Tujuannya unluk mengulip derma labung pemulihan dadah. Pada hemal saya lindakan ini adal~h berlentangan dengan aspirasi Kerajaan ini kerana, seperlimana kila sedia maklum, melalui konserl-konserl sebeginilah anak-anak muda kila lerpengaruh dengan budaya kuning ilu.Melalui konsep inilah pelakuan mengambil dadah dilakukan. Dan apakah kita sedar bahawa sudah ramai Superstar-superstar baral yang lerlibal dengan dadah?

Oleh itu diharapkan agar agensi yang lerbabit ini dapal mengkaji kebaikannya lenlang konserl-konserl sebegini.

Kelika pelajar kita di dalam negeri menghadapi bahaya ancaman dadah, pelajar-pelajar kila di luar negara kita pula lersua dengan berbagai ancaman. Anlaranya adalah ancaman ke­selamalan, ideologi polilik dan dakwah. Saban tahun pelajar kita yang dihanlar ke luar negeri semakin berlambah. Mereka ini dilaja oleh MARA, JPA alaupun Kemenlerian Pendidikan. Namun apa yang amal dikesali ialah sikap penaja yang lepas tangan. Berhubung. dengan lempal kediaman para pelajar, bagi pelajar baru mereka leraba-raba mencari lempal linggal. Pergerakait para pelajar lidak diselia dengan begilu baik. Lanlas dengan ilu timbullah cerila para pelajar Islam bersekedudukan, ami-Kerajaan dan sebagainya. Dalam hal ini, saya ingin bertanya di manakah perginya pegawai-pegawai di MSD atau di jabatan yang menjaga hal ehwal

·pelajar kita ini. Akhir-akhir ini juga keselamatan para pelajar Malaysia sering terancam. Mereka terlibal dalam kes rompakan, peras ugul dan lain-lain.

Pada bulan September yang lalu seramai 4 orang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Miami, Florida lelah dirompak di tempal penginapan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, ramai juga pelajar kita di Seberang Laut yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Begitu juga dengan kemalangan jalanraya di negara kita. Meskipun sudah ada kempen-kempen jangan jadikan jalanraya sungai maul, namun kadar kematian akibat kemalangan jalanraya cukup tinggi. Sejak daripada 10 tahun yang lalu hampir 53,000 orang pengguna jalanraya telah terbunuh. Angka ini membayangkan satu tragedi maul yang cukup linggi. Kenapa lerjadi begini? Apakah Undang-undang jalanraya kita masih longgar? Kenapakah berlaku kemalangan jalanraya? Yang mali hanya penunggang molosikal, pejalan kaki, penunggang basikal ataupun kerela, sedangkan pemandu lori alaupun bas hanya menempa ke­malangan ringan. Memandangkan kepada siluasi ini saya syorkan agar mana-mana pemandu lori atau bas atau kenderaan beral yang lerlibal dalam sebarang kes kemalangan jalanraya, Kementerian Pengangkutan hendaklah mengganlungkan lesen pemandu ler­sebut. Sislem ini telahpun dipraktikkan di Thailand dan ianya lelah mem­berikan kesan yang baik.

Tuan Yang di-Perlua, saya juga ingin menyenluh mengenai isu pencemaran alam sekitar. Saban hari kita mendengar dan terbaca di akhbar­akh bar lenlang berbagai kejadian pencemaran alam sekitar yang telah dilakukan oleh manusia. Udara di­cemari oleh asap kenderaan alaupun melalui pembakaran. Sungai dicemari dengan pembuangan sampah-sarap: pembuangan bahan kimia, toksid dan sisa-sisa radioaktif. Jalanraya ataupun kawasan-kawasan kediaman dicemari dengan pembuangan dan longgokan sampah oleh orang-orang yang lidak

Page 63: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4623 24 DISEMBER 1991 4624

bertanggungjawab. Pencemaran alam sekitar ini semakin bari semakin menjadi-jadi. Mereka yang melakukan pencemaran ini tidak pernab merasa takut ataupun bersalab. Oleb itu adalab disyorkan agar Kerajaan mengenakan denda ataupun compound yang tinggi kepada mereka yang melakukannya.

Mungkin disebabkan undang­undang yang tidak ketat, menyebabkan mereka yang melakukan pencemaran ini terlepas dari bukuman, tetapi akibat dari perbuatan mereka yang mencemar alam sekitar, orang lain yang menjadi mangsa. Pembttangan sampab dari baban kayu lebiban ke dalam Sungai Langat oleb sebuab kilang papan menyebabkan nelayan yang menternak ikan dalam sangkar mengalami kerugian beribu-ribu ringgit. Semua basil ternakannya mati akibat pen­cemaran ini. Begitu juga yang dialami oleb nelayan-nelayan di Kuala Juru, Seberang Perai. Akibat pencemaran air Sungai Juru oleh kilang-kilang di sekitar kawasan tersebut, menyebabkan basil ternakan kerang dan tangkapan ikan di kawasan itu merosot.

Tuan Yang di-Pertua, bagi me­majukan lagi sektor perikanan, adalab disyorkan supaya pibak Kementerian Pertanian mengadakan Pusat Maklumat Perikanan. Sejak dari merdeka hingga­lab sekarang, pengetabuan berbubung dengan teknik-teknik penangkapan ikan cara baru belum pernah didedahkan kepada nelayan secara formal. Nelayan didedahkan secara non-formal. Meskipun Kerajaan mengbantar pegawai-pegawai ber­kursus menimba ilmu di negara-negara maju dalam industri perikanan, namun ilmu pengetahuan yang ada pada pegawai-pegawai tersebut tidak sampai kepada sasarannya. Oleb itu,dengan -adanya Pusat Maklumat Perikanan ini di kawasan-kawasan nelayan, maka dapatlah mereka membaca, melihat dan bertukar-tukar fikiran mengenai perikanan. Berhubung dengan tindakan Kementerian Pertanian mengenai kad

pendaftaran nelayan, ianya merupakan satu langkab yang bijak dan melalui sistem inilah Kerajaan dapat membuat seliaan dengan berkesan dari segi pembangunan, kebajikan dan masa depan nelayan.

Berbubung dengan sektor pertanian dan perikanan ini, juga saya ingin mengesyorkan agar agensi-agensi Kerajaan yang terlibat di dalam kedua­dua sektor ini 1.11enububkan Pusat-'pusat pengeluaran benih untuk dieksport baik benih tanaman, benib ikan ataupun benib ternakan. Ini kerana bidang ini boleb menyumbangkan pendapatan yang besar kepada negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, sayajuga amat berminat mengenai masa depan industri filem tempatan di mana kita sedia maklum, industri ini telahpun berakar umbi sebelum kita mencapai ke­merdekaan sebinggalah sekarang. Namun setelah 34 tahun, industri ini masib belum dimonopoli oleh kaum bumiputera. Kaum bumiptera banya menjadi pelakon dan pengarahnya sedangkan penerbit, pengedar dan pa"'.agam dimonopoli sepenubnya oleb kaum-kaum lain. Berdasarkan kepada kedudukan ini ternyatalab di dalam industri inipun kaum lain yang banyak mengaut keuntungan. Oleh itu adalah disarankan agar bank-bank per­dagangan dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri serta UDA, tampillab ke hadapan bagi membina pawagam­pawagam untuk dijual secara sewa beli kepada pengusaba-pengusaba bumi­putera. Hanya dengan tindakan sebegini sabajalab kita akan dapat melihat kaum bumiputera turut me­nikmati basil dari perkembangan industri filem negara.

Menyentuh tentang filem ini, saya juga ingin menghubungkan dengan filem Jabatan Penerangan atau dengan lain perkataan ialab peranan Jabatan. Penerangan dewasa kini. Teringat saya pada sebuab rencana di dalam 'UTUSAN MALAYSIA yang berbunyi

Page 64: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4625 24 DISEMBER 1991 4626

"Jabatan Penerangan Sepert~ Seekor Dinasor yang kehilangan kuasanya". Saya amat bersetuju dengan penulis tersebut. Dahulu di waktu kita berusaha mencapai kemerdekaan, peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan ini amatlah besar. Jabatan ini juga turut membantu Kerajaan dalam menumpaskan gerakan Komunis di zaman darurat. Dengan adanya peranan yang dimainkan dengan begitu berkesan sekali maka Kerajaan telah berjaya menarik sokongan rakyat untuk menumpaskan komunis. Hari ini mungkin zaman telah berubah. Peranan Jabatan ini semakin tidak berfungsi lagi. Apakah peranan ini penting lagi dengan wujudnya sistem telekomunikasi yang lebih canggih.

Pada saya, peranan Jabatan ini masih penting, cuma pendekatan peranannya harus berubah mengikut kehendak semasa. Kalau dahulu wayang-wayang gambar Jabatan Penerangan mendapat sambutan dari orang ramai tetapi kini semakin kurang. Oleh yang demikian, Jabatan ini perlulah mencari idea-idea baru mendekatkan diri mereka dengan masyarakat kampung. Masih banyak lagi program-program Kerajaan yang belum difahami oleh rakyat. Jadi, di sinilah peranan Jabatan untuk menerang dan memahami fikiran rakyat. Filem-filem atau drama-drama yang mempunyai motif pembangunan fizikal dan mental sesuai dengan hasrat melangkah ke tahun 2020 perlulah ditonjolkan kepada masyarakat. Pegawai,pegawai Penerangan mestilah sentiasa penuh dengan ilmu penge­tahuan.

Pada hemat saya, sekiranya peranan ini dijalankan dengan betul dan berkesan, maka timbul soal projek­projek Kerajaan tidak difahami rakyat ataupun tidak mendapat sambutan. Rakyat harus diterangkan mengenai sesuatu isu terutama sekali projek Kerajaan. Jika ini berjalan dengan sempurna, maka tidak timbullah cerita-

cerita provokatif yang anti Kerajaan dan tohmah-tohmah palsu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh masalah kediaman rumah-rumah Kerajaan. Sejak 10 tahun yang lalu, Kerajaan tidak lagi memperuntukkan perbelanjaan untuk membina rumah-rumah barn untuk kakitangan awam terutamanya di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun begitu, Kerajaan telah mengadakan beberapa kemudahan pinjaman kepada kakitangan Kerajaan untuk memiliki rumah sendiri. Namun apa yang sering terjadi ialah masih ramai lagi kakitangan awam yang belum mampu ataupqp tidak mahu memiliki rumah sendiri, lantaran itu mereka ingin mendapat rumah-rumah Kerajaan. Tetapi rungutan diterima-banyak terdapat-tak sampai ataupun tidak memuaskan hati mereka kerana ada juga berlaku sedikit-sebanyak pilih kasih dalam memberi peruntukan rumah-rumah Kerajaan ini. Saya berharap, pihak Jabatan Perdana Menteri dapatlah menyiasat dalam hal ini supaya kakitangan pegawai rendah mereka juga dapat hak yang sama.

Begitu juga, saya suka menyentuh di dalam Kementerian Belia dan Sukan. Kita lihat pada Menterinya begitu cergas, segak orangnya dan begitu rajin bekerja untuk rakyat terutama di kalangan belia. Tiap-tiap tahun kita tahu hampir 300,000 pelajar-pelajar atau penuntut-penuntut yang keluar meninggalakan bangku sekolah.

. Mereka yang bernasib baik dapat pergi ke uni versiti untuk melanjutkan pelajaran dan mereka yang nasibnya kurang baik, mereka jadilah pe­nganggur di kampung-kampung. Di mana belia-belia ini akan pergi? Siapakah yang akan membendung mereka, membawa mereka bekerja? Sudah tentulah Kementerian Belia dan Sukan. Apa yang saya dapat tahu pada hari ini, mereka yang tinggal di kampung-kampung tidak ada sebarang pekerjaan; mereka menganggur dan

Page 65: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4627 24 DISEMBER 1991 4628

menunggu peluang kerja. Kadang­kalanya ambil upah atau ikut apa yang disuruh oleh pihak tertentu. Tidak bolehkah Kementerian Belia meng­adakan ataupun mengkaji semula pegawai-pegawai belia di daerah­daerah kerana saya dapati sekarang Pegawai Belia amat berkurangan. Satu daerah di Kubang Pasu hanya ada dua orang pegawai persatuan. Persatuan belia yang berdaftar telah ditamatkan pendaftarannya, tidak ada sesiapa yang akan masuk ke kampung untuk memulih dan menolong mereka ini bergerak semula.

Jadi, apakah kita hendak biarkan belia-belia ini bertaburan di kampung­kampung? Di mana untuk meng\dukan nasib mereka? Mereka mencari-cari tempat mereka hendak bergantung. Ayah dan ibunya pula susah. Mereka berkehendakan pakaian, berke­hendakan kemewahan, berkehendakkan kemakmuran apa yang ada di negara ini, tetapi mereka masih ramai tidak bemasib baik. Oleh sebab itulah ada belia-belia kita yang lari pergi ke sempadan untuk mencari pekerjaan, pergi mengambil upah, kadang-kadang bawa dadah, akhirnya ditangkap. Kemudian Kerajaan keluarkan wang begitu banyak untuk melatih dan memulihkan mereka. Tidakkah boleh wang yang begitu banyak itu diberi untuk latihan yang secukupnya pada belia-belia yang menganggur ini? Kadang-kadang kita sedih dan mengalirkan airmata, banyak belia­belia yang tidak tentu arah ke mana hendak pergi. Bila kita minta bantuan · kepada Pejabat Belia dan Sukan untuk mengadakan program sukan un tuk sesuatu daerah yang mana lebih 2,000 dijangka hadir, jawab Kementerian Belia tidak ada peruntukan.

Inilah kita harapkan, kita .kena pentingkan nasib belia-belia kita.Kalau ada lawatan keluar negeri boleh ada peruntukan yang banyak, tetapi belia di kampung, mereka ini meraba-raba hendak mencari-cari pendapatan, bila

mereka berpakat hendak menubuhkan persatuan, dikenakan pula wang daftar $30 untuk didaftarkan, duitnya tidak ada, derma sana, derma sini. Bila hendak beli baju, hendak pohonkan duit lagi, hendak beli bola sepakraga, hendak beli net atau jaring untuk sukan, semuanya kena duit. Tidakkah boleh kita pergi melihat atau ada satu badan penyuluh melihat bahawa ramai belia-belia di seluruh negara kita ini, oleh kerana kita sedar nasib mereka. Boleh jadi orang tidak tahu men­ceritakan susah kalau dia tidak pernah menghadapi kesusahan, dan begitu juga susah kita hendak menceritakan bagaimana sakit bisul kalau kita belum kena penyakit bisul. Lantaran inilah saya menyarankan kepada Jabatan Belia dan Sukan, kita banyakkanlah wang untuk menolong belia-belia kita. Sebab hanya orang kampung yang tahu menceritakan hal ini. Kadang-kadang saya pergi ke kampung-kampung, mereka minta, "Yang Berhormat, mintalah baju jersey. Kami hendak main bola." Saya kata, Kementerian Belia kita ada, kenapa mereka tak boleh beri? Jadi, bermacam-macamlah jawab­nya di mana Jabatan Belia kata, tahun ini tidak ada peruntukan, duit sudah habis. Kita patutlah cari duit, duit kita banyak. Kita lihat pegawai-pegawai kita semua naik gaji, swasta naik gaji. Tolonglah tengok sama belia-belia di kampung-kampung. Mereka ini juga datang memohon, meminta kepada kita hendak juga mendapatkan kepuasan mereka. Mereka juga di masa lapangnya mahu main bola tetapi tidak ada duit, bola pecah siapa yang hendak beri duit. Banyak lagi masalah, saya boleh jelaskan. Sebab saya pergi ke serata kampung dalam negeri Kedah, saya tahu semuanya atas pengalaman saya. Dengan sebab itulah, saya berharap Kementerian Belia dan Sukan, perbanyakkanlah pegawai-pegawai belia ini. Dan melalui pegawai-pegawai yang ada, kalau ada belia-belia sama ada dalam MA YC, 4B, ABIM atau GPMS, berilah peruntukan yang·

Page 66: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4629 24 DISEMBER 1991 4630

banyak untuk pentadbiran .mereka dan pegawai-pegawai ini boleh pergi ke kampung-kampung memberikan penerangan dan penjelasan berhubung dengan dasar-dasar Kerajaan, supaya mereka tahu peranan mereka sebagai belia harapan bangsa dan pemudi tiang negara.

Tuan Adam bin Kadir: Yang Berhormat, panjang lagikah?

Tuan Shuib bin Endut: Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua-tiga perkara lagi hendak cakapkan.

Tuan Adam bin Kadir: Silakan.

Tuan Shuib bin Endut: Saya hendak sentuhkan sedikit berhubung dengan isteri ataupun balu-balu. Selalu kita melihat dalam akhbar dan banyak orang menyentuh soal ini. Dalam Dewan rn1 mungkin Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri Sumber Manusia · ada menjawab mengenai seseorang isteri iaitu apabila suami meninggal dunia isterinya mendapat ganjaran pencen, tetapi kalau isteri itu berkahwin semula, maka hilanglah wang pencen untuk saraan hidupnya. Kemudian, kata Yang Berhormat itu, tak usah kahwinlah. Saya fikir, itu tak betul.

Kita lihat Angkatan Tentera menimpa accident sewaktu berjuang di sana, muda-muda lagi, dalam umur 20 tahun suaminya meninggal. Dia

. tinggalkan isterinya berumur 19 tahun. Tidakkah boleh dia kahwin semula? Cuba lihat, biarkan dia begitu kerana hendak mengambil wang persaraan itu. Kalau kahwin duit tidak dapat, jadi dia terpaksalah jangan kahwin. Sanggup­kah kita melihat anak-anak muda kita macam itu? Apa akan terjadi nasib mereka, nafsu mereka juga mahu hidup bahagia macam kita. Tetapi kalau dia kahwin, duit tidak ada, suami pun tidak ada kerja, makan rokok tulis. Makan rokok tulis itu maksudnya, dia makan hutang, harap isterinya bayar. Tiap-tiap

bulan isterinya bayar, sebab suami tidak ada kerja. Saya hendak bercakap pun masa sudah tidak cukup.

Tuan Adam bin Kadir: Setiausaha Parlimen mana yang berkata macam itu Yang Berhormat?

Tuan Shuib bin Endut: Dalam masa menjawab, Setiausaha Parlimen­kah atau siapakah dalam Dewan ini juga baru ini sahaja, saya tidak ingat, tetapi dia kata tidak usah kahwinlah.

Tuan Adam bin Kadir: Mungkin dia bergurau agaknya.

Tuan Shuib bin Endut: Barangkali juga, itu terpulanglah.

Jadi, maksud saya kita kena fikir, ada setengahnya saya dapat tahu, dia hendak menghilangkan namanya itu supaya jangan dipotong pencennya oleh Kerajaan maka terpaksa dia pergi ke seberang sempadan dan kahwin di sana. Dengan cara itu Kerajaan tidak tahu, maka tidak dipotonglah wang persaraann ya.

Tuan Adam bin Kadir: Yang Berhormat, sempadan mana?

Tuan Shuib bin Endut: Thailand.

Tuan Adam bin Kadir: Oh!

Tuan Shuib bin Endut: Di sana boleh, cuma sekarang ini dibuat syarat barangkali kena cop balik, itu yang susah sedikit. Jadi, dalam hal inilah saya minta timbang semula, kita kesihan kepada mereka.

Saya fikir cukuplah ucapan saya, dengan sebab masa sudah lewat, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, saya telah menunggu dua hari hendak bercakap.

Page 67: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4631 24 DISEMBER 1991 4632

Tuan Adam bin Kadir: Saya pun nampak juga itu.

Tuan Shuib bin Endut: Dengan ini saya menyokonglah Rang Undang­undang ini.

Tuan Adam bin Kadir: Yang Berhormat Puan Hajah Salbiah. Puan Hajah Salbiah dahulu pun juga ada menyebut tentang. janda-janda ini, hendak sam bung lagi boleh juga.

5.43 ptg.

Puan Hajah Salbiah binti Mohd. Akim: Tuan Yang di-Pertua, saya juga bangun ingin menyokong suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulanwang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 1992 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Sebagaimana rakan-rakan saya tadi, saya juga menyokong penuh di atas Rang Undang-undang 101 dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Kewangan kerana ucapan sulungnya membentangkan Belanjawan di Dewan Rakyat dan juga di Dewan Negara ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Kewangan yang telah memberikan taklimat kepada Ahli-ahli (Senators) untuk membicangkan Belanjawan pada tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara terutama sekali kita yang duduk dalam Parlimen ini, kita sentuh sedikit apa yang berlaku di dalam Dewan ini. Kadang-kadang saya tertawa sendirian melihatkan keadaan. Kalau kita lihat di segi soal jawab dalam Dewan ini, dalam sesi ini sahaja, saya telah terdengar seolah-olah dialog semacam orang berjual-beli barang di pasar ataupun di kedai. Dialognnya macam ini.

Tuan Adam bin Kadir: Bergantung pula barang apa yang hendak dijual.

Puan Hajah Salbiah binti Mohd. Akim: Jual barang, kalau kita barang perhiasan, kalau hendak sebut sayur ikan itu rendah sangat. Kita katalah barang perhiasan, perkakas rumahkah atau kain bajukah atau barang emaskah. Jadi, yang sipembeli ini Ahli-ahli yang menyoal, yang sipenjual ini, yang tukang jawablah. Dialognya begini, dia pun soal: "Boleh tidak kurang, harga ini berapa?" "Harga ini $15". "Boleh tidak kurang harga ini?" "Kurang sedikit bolehlah." Saya kata: "Minta kuranglah, setengah harga, tinggal $8 umpamanya daripada $15." "Tidak usah macam itulah, kalau sekiranya 'lu' ada itu barang, beri saya belilah." Macam itulah dialognya lebih kurang, betul atau tidak saya cakap?

Umpamanya macam tadi, kita minta supaya puas hatikah Kementerian Penerangan di dalam Drama, sebabnya kita pun kadang-kadang duduk di rumah tengok juga Drama, tidak teringin hendak tengok. Selalunya kisah bergaduh suami isteri, jemu. Selalu kisah rumahtangga yang pincang. Selalu kisah anak-anak yang tidak mendengar kata ibu bapa. Tidak pernah ditunjukkan, ditonjolkan macam mana cari jalan hendak berniaga. Kalau saya sebut kaum nanti marah orang.

Tuan Yang di-Pertua, anak-anak muda kita, pukµI 6.00 ini tidak berjalanlah, ataupun isteri-isteri duduk di rumah, tunggu televisyen, kalau tidak tengok Channel 2, tengok TV3, Drama Kantonis - orang Cina, seronok. Memberi pelajaran, keluarga, macam mana hendak berniaga, macam mana hendak mencuri berniaga, semua ditunjuk di situ. Kita ini tidak ada, asyik dialog pasal keluarga, bergaduh, selepas itu mengurat - minta maaf, selepas itu hendak beristeri dua, itulah yang banyak.

Page 68: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4633 24 DISEMBER 1991 4634

Tuan Adam bin Kadir: Saya ingat Yang Berhormat Puan Rajah Salbiah minta maaf kepada Yang Berhormat Tuan Azman Atar, tidak ada kena­mengena di situ. Tidak ada?

Puan Rajah Salbiah binti Mohd. Akim: Tidak ada, dia baik dengan saya.

. Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Presiden, saya minta penjelasan sedikit.

Tuan Adam bin Kadir: Baiklah.

Tuan Azman Atar bin Othman: Saya tidak sangkalah macam Yang Berhormat inipun masih ingat lagi perkara-perkara mengurat. Jadi, siapa yang mengurat yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi, saya hendak tahulah.

Puan Rajah Salbiah binti Mohd. Akim: Tuan Yang di-Pertua, Drama, bukan kita ini. Kita ini telah lepas sudah bahaya itu. Jadi, Drama-drama yang hendak ditonton oleh beribu manusia di dalam negara kita ini. Itu yang saya tanya, adakah Kementerian Penerangan sudah berpuas hati. Jawabnya: "Supaya saya pun menulis skrip." Tidakkah itu macam dialog orang berjual beli? "Kalau 'lu' ada, 'lu' boleh jual murah, saya berilah, saya beli semualah." Macam itukah, mengapa begitu.

Ada satu lagi rakan sejawat saya dahulu bertanya kepada satu Ke­menterian, jawabnya: "Jika sekiranya Ahli Dewan Negara boleh memberi sumbangan kepada negara." Apa kami ini tidak pernah meinberi sumbangan kepada negara? Saya hendak bertanya. (Tepuk) Umur saya sekarang sudah lebih 61 tahun.

Tuan Adam bin Kadir: Tidak ada orang yang tahu itu, ramai di sini sangka tidak sampai - jauh lagi

daripada itu.Ini pecah rahsia ini. (Ketawa)

Puan Rajah Salbiah binti Mohd. Akim: Kita berjuang, kita aktif di dalam politik daripada tahun 1962 sampai sekarang tidak jemu-jemu. Kalau tidak memberi sumbangan kepada negara, tidak masuklah dalam Dewan ini, kalau tidak ada sumbangan kepada negara. Itukah jawapan, sebab dia boleh pergi ke luar negeri.Kalau tidak ada sumbangan daripada rakyat dan juga UMNO, mungkin Wakil Rakyat itupun tidak menang, jangan cakaplah.

Kalau kita hendak bercakap, jangan kita rasa orang itu terlalu rendah. Biar berlapik cakap itu lebih baik.Kita pun manusia juga. Hari itu saya hendak buat soalan, Speaker tak nampak, kalau tidak, saya sudah hendak tanya, tetapi tak boleh lepaskan hari itu, hari ini saya lepaskanlah. Ini yang terjadi di dalam Dewan kita, kadang-kadang sungguh menyedihkan juga.

Saya ada banyak lagi hendak bercakap berkenaan dengan Bil ini. Saya baru hendak pergi kepada satu­satu Kementerian. Jabatan Perdana Menteri ada beberapa bahagian. Saya ucapkan tahniah kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Agama yang telah tidak berhenti-henti mengadakan seminar, menunjuk ajar terutamanya kepada wanita bagaimana menjaga kesihatan, bagaimana menjaga ke­luarga, bagaimana menjaga kasih sayang dalam seminar yang sedemikian rupa. Maka dalam seminar itu kita pun telah membuat keputusan-keputusan yang akan dinikmati oleh wanita­wanita, kerana di dalam Belanjawan ini, program pembangunan wanita ada.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya bercakap fasal itu, saya hendak sambung sedikit. Dalam pembentangan Belanjawan ini, cukup asam garam, semua ada, wanita ada, pemuda ada,

Page 69: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4635 24 DISEMBER 1991 4636

pendidikan ada, pembangunan negara ada, jimat-cermat menabung wang ada, membela wanita ada, masyarakat penyayang ada, belia ada, membantu fakir miskin pun ada, semua cukup. Apa yang kita kehendaki ialah pelaksanaannya. Dengan wang yang sebegitu banyak, pada tahun 1992 heres, habis kerja pada tahun itu.Jadi, sempurna kerja kita dan wang kita pun tidak habis begitu sahaja.

Saya berpatah balik kepada Bil ini. Kepada wanita ini ada beza, kalau dia bekerja di swasta, lain. Kalau dia bersalin, dapat cuti dua bulan. Kalau bekerja dengan Kerajaan, dapat 42 hari, pantang orang Melayu, 44 hari, dua hari lagi sudah pergi kerja. Lepas itu, kalau dia bekerja di hospital, sebagai nurse, dia juga dapat 42 hari. Kalau dia masuk hospital sebelum bersalin, dua hari kira 42 hari juga dengan yang 40 hari itu. Ini kurang senang, patut diubah, sebab kita ada program pembangunan wanita, belalah wanita. Ini kena diperbetulkan, sebab orang kerja swasta dapat cuti bersalin 2 bulan, manakala kita 42 hari. Sebagai­mana seminar yang telah saya katakan tadi yang · dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri itu, kita telah membuat keputusan. Saya harap pada masa yang akan datang, perkara yang sedemikian rupa dilaksanakanlah. Janganlah kita selalu cakap, tak serupa bikin, kita tak mahulah, sebab kita makin maju, makin berjaya, makin kaya, makin hidup senang-lenang, maka kita patut menjaga keselamatan sedemikian rupa.

Sa ya beralih kepada J abatan Perancang Bandar dan Desa. Bandar dan desa ini setiap tahun saya sebut, sebab saya orang kampung. Desa ini jaranglah terbela. Kalau jalan rayanya macam itu, macam itulah. Boleh tengok, kalau pecah, pecah · begitulah, susah hendak diperbaiki. Bila pilihanraya, siapa undi? Siapa pengundi yang taat setia? Ialah orang­orang desa, orang-orang luar bandar.

Contoh dan buktinya apa? Kalau di bandar, DAP yang menang. Kalau di luar bandar, letak sahaja Dacing, mesti menang, dia tak tengok orang, dia tengok Dacing, tetapi mereka selalu ketinggalan di dalam pembangunan. Ini patut kita perhatikan. Apa sahaja yang kurang, patut diberikan, sebab kita telah merdeka sehingga 34 tahun, janganlah mereka tinggal di takuk lama juga.

Saya beralih kepada B.16 Jabatan Bomba, Perkhidmatan Bomba. Ini juga banyak tempat-tempat yang tak ada, patut ditambah. Semasa kita mewahlah boleh kita gunakan wang ringgit ini untuk membuat harta. Kalau kita buat Jabatan Bomba di merata-rata daerah, itu semua menjadi harta Kerajaan. Patut dibuat ini, menyenangkan rakyat. Kebakaran selalu, tetapi bomba hendak datang tolong, jauh. Ini juga patut ditambah peruntukan supaya dapat bomba ini ditambahkan di peringkat daerah-daerah supaya .di semua daerah kita mahu ada bomba, bukan di satu­satu tempat sahaja.

Saya beralih kepada B.20 berhubung dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kementerian Per­dagangan Antarabangsa dan Industri buat industri perkilangan. Saya pun berkesempatan juga melawat ke· luar negeri tetapi tidaklah dengan duit Kerajaan, duit sendiri. Bukan kerana banyak duit, tetapi kerana besar hati hendak tengok juga orang pergi ke luar negeri, kita pun hendak pergi.

Tuan Adam bin Kadir: Negeri mana itu?

Puan Hajah Salbiah binti Mohd. Akim: Saya berkesempatan pergi mengikut rombongan wanita ke Amerika Syarikat. Saya lihat di sana tidak banyak kilang sebagaimana kita di sini. Kalau adapun, jauh-jauh dari kawasan perumahan. Kita, dekat dengan kawasan perumahan. · Lepas itu, sibuklah kita menjaga kebersihan alam

Page 70: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4637 24 DISEMBER 1991 4638

sekitar, terutamanya macam di Kuala Lumpur ini, kadang-kadang kapal terbang tak boleh mendarat (landing). Kerana apa?Sebelum kebakaran di Indonesia dahulu, juga biasa ada kapal terbang yang tak boleh mendarat di sini, kebetulan saya sendiri kena.

Pada satu masa rombongan kita pergi ke Jakarta, naik dari Pulau Pinang, hendak turun di sini. Naik dari Pulau Pinang lebih kurang pukul 7 .30 pagi, sepatutnya kita sampai di sini pukul 8.10 pagi, tetapi tidak dapat mendarat, berpusing, berlegar-legar di udara tiga buah kapal terbang, Airbus dan DC-10, kita pun kecut juga, berlegar di atas udara ketiga-tiganya beratur. Pusing punya pusing, tak boleh turun, balik ke Pulau Pinang. Tambang free; datang bayar, balik free, sebab tak boleh landing. Kemudian, pukul 9.00 baru balik ke Kuala Lumpur, masa itu belum terbakar di Medan lagi. Kalau kita sebut sesudah nanti, "Oh, kerana jerebu yang terbakar di Indonesia", itu mungkin jawapannya, .saya boleh katakan siang-siang. Sebelum itu, sudah jadi. Kerana apa? Macam inilah saya kata, Kementerian Perdagangan buat kilang, Kementerian Sains dan Teknologi jaga, tak boleh, rakyat semua susah, belum tahu akibahnya lagi entah macam mana, untuk hendak mencari kekayaan di negara kita ini. Kita kena perhati pada masa yang akan datang. Mungkin kerana itu agaknya, kita hendak besarkan lagi lapangan terbang, buat pula di Sepang dengan belanja yang banyak, baguslah.

Tetapi kita panggil orang masuk sahaja ke sini untuk membuat ini, kita tidak kaji keselamatan, tidak kaji asap daripada kilang yang boleh merosakkan kita. Sebab saya tengok di hiar negeri tidak ada-tidak ada kilang dekat rumah. Tetapi di sini kita tengok pula di seberang sana kilang, di seberang sini kilang, di hujung sana rumah kita. Kawasan perumahan begitu banyak di sini. Daripada Kuala Lumpur ini sampai ke airport itu berapa banyak

kawasan perumahan dan berapa banyak kawasan kilang? Jadi, perkara-perkara macam ini, betullah kita dahulu hendak membangun, tetapi pada masa yang akan datang sesudah kita berjaya, kita harus berhati-hati.

Saya sentuh lagi Kementerian Pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, pendidikan dalam negara kita ini sangat baik, tetapi ada satu dua perkara yang saya ingin nyatakan. Ini yang melibatkan kepada ibu-bapa kanak­kanak sekolah itu. Kalau sekiranya ada satu-satu perkara atau aktiviti yang akan dijalankan oleh sekolah, hendak melawatkah, hendak naik baskah atau hendak pergi lawan bola ke mana­manakah, maka guru akan beri surat kepada ibu atau bapa murid. Di sana tertulislah bahawasanya "Anak tuan meminta kebenaran, anak tuan akan dibawa ke sini, tetapi kalau sekiranya terjadi apa-apa, tidak ada tanggung­jawab kepada pihak kami". Ini macam mana, macam mana kita hendak jawab? Ini adalah anak kita, tidak bolehkah ubah sedikit cara itu ataupun kita akan ambil berat sedikit, jangan begitu ringan seolah-olah macam tidak ada harga! Ibu bapa mesti beri anak­anaknya pergi, kalau tidak beri nanti, dia bersekolah, beri nanti lain pula. Dia kena tandatangan. Kalau sebagai seorang ayah atau sebagai seorang ibu, perasaannya berbelah bahagi, tidak beri, anak hendak pergi, bila beri terjadi apa-apa, cikgu tidak ada bertanggungjawab. Macam mana ini? Ini harus diambil perhatian oleh Kementerian Pendidikan. Boleh pe­riksalah mana-mana sekolah pun di Pulau Pinang ini berlaku, tempat lain saya tidak tahu.

Saya beralih pula kepada Jabatan Pertahanan Awam. Saya hendak beri peluang kepada ramai kawan-kawan, dan kalau saya berucap panjang­panjang nan ti orang lain · tidak berkesempatan. Saya rasa Jabatan

Page 71: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4639 24 DISEMBER 1991 4640

Pertahanan Awam ini adalah satu badan sukarela yang banyak di sana. Ia ada "Ala Ketenteraan", tetapi elaun yang diberi kepada mereka itu amat menyedihkan. Saya didatangi oleh beberapa orang mengenai perkara macam ini, patut kita ambit perhatian. Negara kita sangat maju, orang bekerja sukarela tetapi ada orang lain yang kaya-raya, kita kena jaga, beri sedikit imbuhan yang lebih yang mencukupi. Kalau mereka hendak tambang baskah, kalau mereka hendak naik teksikah, beri kerana itu hak kita. Macam tentera sukarela ini, entah berapa sen sahaja elaun mereka, tidak patutlalf. Kalau zaman dahulu tidak apalah, tetapi sekarang anak kita bersekolah, kena belanja seringgit atau lebih, jadi tidak patutlah orang sukarelawan itu diberi begitu mudah.

Dan lagi satu Jabatan Penjara. Saya rasa hendaklah ditambah lebih banyak lagi pegawai-pegawai penjara ini sebab di satu-satu penjara itu, tahanan itu beribu-ribu, manakala pegawai penjaranya setakat ratus sahaja, dua ratus atau tiga ratus sahaja. Fasal itulah banduan ini selalu lari, senang mereka keluar, kerana tak sempat hendak tengok-orang ramai. Setelah jadi begini kita salahkan dia, salah kita tidak nampak. Ini kena diperbaiki, tambah warder-warder, tentukan rumahtangganya jangan dia jauh menyewa macam tentera kita itu juga, supaya tidaklah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Kalau sudah lari pun kena mencari juga, susah juga, berhari-hari. Bukan sahaja pegawai­pegawai yang mencari itu susah, penduduk-penduduk di kampung pun susah, bimbang. Radio dan TV kita menyiarkan "Kalau ada orang macam ini, awasilah mereka". Ini semua menyusahkan. Kita harus cari satu jalan yang baik untuk memperbaiki keadaan, di mana yang kurang kita tambah semasa kita sedang berjaya ini.

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Saya sudah sentuh Kementerian Penerangan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tadi. Saya beralih kepada Kementerian Pengang­kutan, B.47. Saya hendak sentuh sedikit sahaja mengenai Keretapi Tanah Melayu. Saya selalu juga menggunakan keretapi, dapat duduk first class semasa menjadi wakil Ahli Dewan Negara ini. Pada masa dahulu, setahun dua tahun yang lepas, bila kita naik keretapi malam kita mendapat selimut, selimut kita masih panas lagi dan bersih, Bila kita datang kita baru koyakkan plastik selimut itu. Sekarang ini tidak, terbuka, was-was kita hendak pakai, entah siapa gunakan malam tadi, entahkan orang yang berpanau, kita sayang juga kulit kita, jadi kita tidak pakai. Ini apa sebabnya? Bukan semakin lama semakin hendak elok, ini semakin ditegur semakin menjadi. Apa sebab? Tolong perbaiki.

Saya ingin pula menyentuh pula kepada Kementerian Loar Negeri, B .51. Sa ya mengucapkan setinggi­tinggi tahniah kepada Kementerian ini, kepada Menterinya dan juga Timbalan Menterinya kerana telah memberi sambutan yang baik terhadap kami di waktu di luar negeri memberikan peluang-peluang dan juga memberikan jamuan makan. Kita kalau di sini orang jamu makan tidak besar hati sebab kita di mana- mana dapat makan nasi, tetapi kalau kita pergi ke luar negeri baru kita tahu mahalnya harga makanan itu. Bila ada satu-satu orang yang sambut kita, beri makan nasi, seronok. Jadi kita pergi ke luar negeri kita dapat sambutan yang baik di New York, Kedutaan kita beri jamuan makan malam, dapat bertemu-ramah, selepas itu wakil kita Yang Berhormat Dato' Musa pun beri makan, selepas itu Menteri kita sendiri pun beri makan nasi.

Page 72: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

• >

4641 24 DISEMBER 1991 4642

Pergi ke Washington pun wakil di Kedutaan kita di sana beri makan termasuklah isteri Yang, Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Dato' Haji Abu Hassan bin Omar. Jadi harganya sangat tinggi dan kemesraan kita antara di dalam negeri dengan luar negeri itu lain rasanya. Ini saya mengucapkan terima kasihlah. Di luar negeri kita dapat lihat bagaimana keadaan orang-orang sana dan betapa bahagianya kita di dalam negara kita kalau dibandingkan dengan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam negara ini kita terlalu bermurah hati, kita tidak tahu sekaya mana kita ini, tetapi kita murah hati, kerana budaya kita macam itu, budibahasa kita macam itu, tetapi kalau kita pergi keluar negeri, umpamanya kita naik kapal­terbang. Kita naik kapalterbang dari sini sampai ke L.A tidak bayar satu sen pun untuk melihat T.V kalau hendak tahu ceritanya-satu sen tidak kena. Kita naik sahaja kapalterbang di Amerika dia datang jual, kalau awak hendak, bayar US$3. Turun kapal­terbang hendak ambil troli masukkan US$1, baru bolch dapat troli. Kita dari lapanganterbang ini sangat mewah, jadi kita tidak tahu sukat kita ini sekaya mana. Begitu punya murah. Kita beli barang kita tidak kena tax, tetapi di Amerika kita beli barang berharga $1 pun kena bayar tax, inilah nikmatnya dalam negara Malaysia ini.

Seperti Yang Berhormat Tuan Azman Atar kata dia pergi keluar negeri, atas tiket macamana tidak tahulah, tetapi kita bayar sendiri kalau kita hendak pergi, kerana kita berjuang sudah sampai ke penghujungnya.

Kita hendak tengok di negeri orang bagaimana, negeri kita bagaimana, baru kita dapat bandingkan, tetapi peluang­peluang macam ini pada masa akan datang patutlah diberilah kepada Senator-senator ini-ini tidak, macam itulah jawapannya iaitu kalau sekiranya

Senator-senator bo,leh memberikan sumbangan kepada negara boleh ikut. Ini amat menyedihkan.

Saya hendak menyentuh Maksud B. 54-Kementerian Pembangunan Luar ~andar. Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini saya rasa tidak mencukupi dengan peruntukan yang ada ini, kena tamba~ lagi, sebab luar bandar ini luas, rakyat jelatanya ramai, yang susah banyak di sana. Jadi kita hendaklah bantu, apa yang kurang beri, kerana merekalah orang yang taat setia pada negara ini, terutamanya pekerja­pekerja, pegawai-pegawai di Jabatan ini.

KEMAS saya sangat bersimpati dengan mereka, kerja bukan se­barangan, apa sahaja sanggup dibuat, hendak suruh bila hendak pilihanraya menjadi Ketua 10, siapa Ketua 10, inilah orang-orangnya. Siapa yang hendak kempen dari rumah ke rumah, siapa? Untuk hendak bekerja yang lain­lainnya, yang susah-susah, yang merata kampung ini, siapa? Mereka inilah, tetapi kita tidak tahulah semua mereka ini juga dinaikkan gajinya. Kita tidak tahulah, kalau naik alhamdulillah. Kalau tidak naik, tolong naikkan, kerana khidmat-khidmat mereka pada negara ini sangat besar ertinya, besar pengorbanan .. Kalau ada pilihanraya kecil atau besar atau pilihanraya umum, mereka tinggalkan rumahtangga untuk bekerja menjaga pengundi, menjaga ketenteraman, menjaga keseluruhan­dia buat kerja. lni patutlah kita bertimbang rasa dan memberikan pelajaran kepada orang-orang kampung, sekarang ini kita tidak tahu orang-orang luar bandar dengan orang bandar kita tidak tahu, siapa punya jasa ini? Ini adalah pegawai-pegawai KEMAS ini, Pemaju-pemaju Ma­syarakat yang di kampung-kampung ini, suruh masak apa dia tahu, suruh bersolek macam mana dia tahu, suruh berjimat-cermat macam mana dia tahu. Jadi memang tepat sekali namanya KEMAS. Ini kita tidak dapat hendak

Page 73: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4643 24 DISEMBER 1991 4644

bezakan mana satu orang kampung, ingatkan orang kampung rupanya orang bandar, ingatkan orang bandar rupanya orang kampung, ha! macam itu.

Begitu juga berkenaan pertukangan tangan ini, kraftangan ini mereka tahu, ini semua adalah hasil daripada mereka. Jadi patut kita berikan perhatian dan tambahan. Saya tahu mereka ini bekerja dengan tidak ada pencen, tidak ada apa-apa berhenti, masa bekerja ada duit, bila sudah berhenti besok tidak adalah, pencen tidak ada. Jadi patutlah kita mencari jalan.

Bila saya sebut pencen saya ter­ingatlah seperti Tuan Yang di-Pertua, disebut tadi disuruh sambung, memang kita tiap-tiap tahun memperjuangkan pencen balu-balu ini. Saya sangat setujulah macam kata rakan saya tadi, mengapa apabila dia kahwin dipotong pencennya? Ini perkara sudah lama, kita sudah perjuangkan semasa Menteri Kewangan yang dahulu Tun Daim, sampai dia kata ada setengahnya yang mengatakan bercakap di atas pe­ngalaman, memang betullah, bercakap di atas pengalaman.

Masa dahulu pencen ini ber­kuatkuasa 1.1.1970 (Suffian Report). Kalau suami meninggaI dunia isterinya dapat pencen selama 12112 tahun, dan selepas 12112 tahun dipotong terus pencen itu. Tetapi di atas perjuangan wanita yang mana, yang tidak merasa dia tidak tahu, kita beri 'tiplah' kepada pemimpin-pemimpin kita tolorig cakap dalam Dewan, sesudah itu dapat pencen ini seumur hidup, tetapi selepas 12112 tahun dipotong 30%, tetapi kalau kahwin habis-jadi tidak kahwinlah.

Saya menyokonglah apa yang dikatakan oleh rakan saya tadi, kalau sudah kahwin pencen itu hak dia, suami dia punya dahulu, fasal apa kita potong. Dia hendak kahwin itu hak dia, biarlah dia kahwin. Jangan seksa wanita (Ketawa), jangan beri kita buat dosa

kering sahaja, tidak fasal-fasal tanggung dosa, kerana negara kita negara Islam, bukan sahaja kepada orang Islam, tetapi kepada semua bangsa, macam itu. Selepas itu bila cukup tahun ataupun setahun dua tahun, datang surat lagi dari Bahagian Pencen tanya sudah kahwin atau belum? Jadi terpaksa pergi cari orang untuk memberi pengakuan yang dia ini tidak kahwin, malu atau tidak malu? Kepada saya sendiripun ditanya hendak kahwin atau tidak hendak kahwin? Saya hendak pergi pula cari orang lain, tolong rekomenkan saya ini tidak kahwin-malu Tuan Yang di-Pertua. Kita sudah tua (Ketawa) kalau orang­orang muda itu manis juga, macam kita ini berat mulut 'tolong tandatangan saya ini .... ', hendak keluar tidak boleh. Ini yang dialami oleh wanita sepatutnya diperbaiki. Jadi itulah yang saya perkatakan, Tuan Yang di-Pertua, dan sebelum saya duduk saya hendak memperkatakan sedikit perkara-perkara yang berlaku pada masa sekarang. Kadang-kadang kita malu rasanya surat-suratkhabar pada hari ini-saya tidak bawa suratkhabar itu-banyak memperkatakan bintang filem. Bukan saya anti-bintang filem, tetapi lebih banyak berita mereka daripada berita kita dalam kedua-dua Dewan ini. Muka depan berita hangat-hangat, sangat malu. Tidak bolehkah sesiapa yang berkuasa tolong kendurkan cerita-cerita yang macam itu. Muatlah ke dalam sedikit. Kalau dibaca oleh orang-orang luar negeri, malu kita. Yang terlibat itu bukan calang-calang. Jadi, macam mana? Kadang-kadang muka Perdana Menteri kecil sahaja, muka bintang filem besar dekat sebelah sana, bercolour-colour. Cerita ini penting, mesej Perdana Menteri kita hendak sampai kepada rakyat, tidak bergambar. Tetapi sini baru gosip-gosip sudah berita besar-besar. Ini saya rasa patut Kementerian yang menjaga mengambil perhatian sedikit.

- I

Page 74: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4645 24 DISEMBER 1991 4646

Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu lagi yang tertinggal, iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Orang Asli dalam negara kita ini ada lebih kurang 85,000 orang. Peruntukan untuk mereka terlalu kecil. Kalau diperbesar pun, diper­tambahkan lagi pun macam hujan tidak telap ke bumi. Ini patut diperhatikan. Saya mendapat saranan demikian. Kalau kita tambah perbelanjaan pun Orang Asli tetap macam itu juga. Di mana menyerap peruntukan itu, patut ambil perhatian, kerana 85,000 orang ini boleh jadi 100,000 orang pada masa akan datang. Kalau tidak perbaiki, macam mana keadaannya serta pelajaran dan kebaikan mereka. Kalau mereka duduk di satu tempat, satu kawasan pilihanraya atau dua kawasan pilihanraya Parlimen, silap-silap, macam mana. Tetapi nasib baik mereka campur-campur. Kalau mereka duduk sesama mereka sahaja di satu kawasan, kalau tidak dapat perhatian sewajamya, orang lainlah punya kerusi itu. Ini patut kita am bil perhatian.

Jadi, saya rasa, Tuan Yang di­Pertua, memadailah setakat itu kerana ada peluang-peluang yang lain kawan­kawan saya akan sentuh mana yang tertinggal dan juga saya dengan ini menyokong sepenuhnya Rang Undang­undang yang telah saya perkatakan tadi berkaitan dengan Belanjawan 1992. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Ng Peng Hay.

6.24 ptg.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Perbekalan bagi tahun 1992. Tuan Yang di-Pertua, seperti kita maklum dalam ucapan Belanjawan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan itu telah menyebut bahawa kadar pertumbuhan sebenar ekonomi kita bagi tahun depan dijangka kekal sekadar 8.5%, dan pendapatan per

kapita meningkat kepada $7 ,400. Saya suka mengambil kesemRatan ini dalam perbahasan saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Kewangan kerana selepas saya meneliti ucapan Budget yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, didapati bahawa kadar pertumbuhan negara kita ini sedang mengadakan dalam keadaan ketat dengan mengadakan 8.5%. Dan baru­baru ini Kerajaan kita telah dapat menarik pelaburan daripada negara­negara asing dan juga pelabur-pelabur tempatan. Faktor utama untuk sesuatu pelabur, atau pelabur asing yang memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan, adalah kerana kestabilan politik di negara kita. Oleh yang demikian, saya suka mengambil ke­sempatan ini sebagai seorang Ahli Dewan Negara untuk menimbulkan sedikit berkenaan dengan keadaan kestabilan politik di dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, agama dan kepercayaan adalah penting dalam kehidupan manusia, kerana dalam kehidupan manusia membukti bahawa tidak semua permasalahan hidup dapat diatasi atau diselesaikan melalui kemahiran a tau ilm u pengetahuan. Dalam hubungan ini, khasnya MCA sebagai parti komponen Barisan Nasional sangat bertentangan dengan prinsip apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan. Sebagai sebuah parti dalam Barisan Nasional, MCA sentiasa menghormati agama Islam yang menjadi agama rasmi negara, tetapi tindak-tanduk, dasar dan pemerintahan PAS yang ekstreme sentiasa bersifat negatif terhadap kaum lain, langsung tidak menampakkan satu penyesuaian yang diperlukan dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Keadaan ini jelas apa yang berlaku di Kelantan. Saya suka meng­ingatkan PAS supaya tidak bermimpi untuk meminda Perlembagaan dan mentadbir negeri Kelantan sebagai sebuah pentadbiran mengikut fanatik pengikut-pengikut PAS yang ekstreme.

Page 75: Bari Selasa MALAYSIA1. Datuk David Yeoh Eng I-iock minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan: (a) sebab-sebab kenapa garis batas sempadan Taman Negara tidak dibuat

4647 24 DISEMBER 1991 4648

PAS mestilah faham, Perlembagaan kita tersebut. dengan jelas amalan kebebasan beragama dan kebudayaan, kerana masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk. Oleh itu, sebarang usaha untuk menyingkirkan amalan biasa sesuatu kaum akan menjejaskan perpaduan kaum dan sifat harmoni yang telah terjalin begitu lama di kalangan rakyat Malaysia. MCA tidak re la PAS mengheret kelompok a tau individu dalam masyarakat bukan Islam ke dalam kancah perselisihan isu politik mereka yang ekstreme. Apa yang berlaku kepada masyarakat yang bukan Islam di Kelantan akan memberi maklumbalas yang jelas kepada ma­syarakat majmuk di Malaysia khasnya kepada pelabur dan pelancong asing. Keadaan begini akhirnya akan me­rugikan Kerajaan Kelantan dan juga Malaysia. Kerajaan PAS nampaknya lebih berminat buat masa ini membubar keadaan luaran yang mana tindakan itu untuk mengaburi segelintir penyokong­penyokong mereka, pada hal tindakan tersebut tidak sedikit pun d.apat

L-Al7077.

memperkemaskan penyesuaian pentad­biran dalaman yang lebih penting untuk faedah rakyat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber­hormat, bolehkah sambung ucapan pada hari Khamis, 26hb Disember?

Tuan Ng Peng Hay: Boleh.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin meng­ambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan "Merry Christmas" kepada ahli-ahli yang beragama Kristian, moga-moga semua ahli-ahli dapat bersama-sama keluarga semasa cuti Hari Natal ini.

Sekarang saya menangguhkan mesyuarat ini sehingga hari lChamis, 26hb Disember, 1991 mulai pada pukul 2.30 petang.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.


Top Related