Download - Bahasa melayu kontekstual
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL
DISEDIAKAN OLEH :AFIQ DZULFIQAR B AND
MALEKNIZAMUDDIN SHAH B
NAWAWI
ASPEK-ASPEK KESILAPAN TATABAHASA
KESALAHAN PENGGUNAAN
SENDI
KATA SENDI
• Golongan kata yang digunakan untuk
menyambungkan frasa nama dengan kata
atau frasa-frasa dalam ayat.
• Kata sendi menunjukkan perkaitan antara
satu perkataan/frasa dengan
perkataan/frasa yang lain.
JENIS-JENIS KATA SENDI
DIKE
DARI
DARIPADA
PADA
KEPADA
SEPERTI
DENGAN
BAGI
SAMBIL
SELEPASSEBELUM
KESALAHAN UMUM…
• Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah
DARI DAN DARIPADA
DI DAN PADA
KE DAN KEPADA .
DARI DAN DARIPADA
• Kata dari digunakan untuk tempat dan
waktu. Kata daripada digunakan untuk
orang, perbandingan, asal kejadian, benda
abstrak, dan untuk menunjukkan
keanggotaan.
SALAH BETULIntan datang daripada Batu Kurau. Intan datang dari Batu Kurau
Saya menunggu Fazri daripada pukul dua. Saya menunggu Fazri dari pukul dua
Jacqueline terima surat dari Emerson Jacqueline menerima surat daripada Emerson
Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Fasya dibuat dari sutera.
Baju yang dipakai oleh Fasya dibuat daripada sutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.
CONTOH
DI DAN PADA
• Kata di digunakan untuk tempat sahaja.
• Kata pada digunakan untuk masa, orang,
binatang, benda abstrak, dan benda
konkrit tertentu.
SALAH BETUL
Di musim durian, Lily mendapat banyak wang.
Pada musim durian, Lily mendapat banyak wang.
Ahmad berkebun pada belakang rumah. Ahmad berkebun di belakang rumah.
Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan.
Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan.
Buku cerita itu ada dengan Justina. Buku cerita itu ada pada Justina.
CONTOH
KE DAN KEPADA .
• Kata ke digunakan untuk tempat, masa,
dan benda konkrit tidak bernyawa.
• Kata kepada pula digunakan untuk benda
bernyawa.
CONTOHSALAH BETUL
Wang itu diberikan ke Siti. Wang itu diberikan kepada Siti.
Hafiz pergi kepada pasar setiap hari. Hafiz pergi ke pasar setiap hari.
Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa.
Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa.