Download - BACA DAN FAHAMI NOTA KESALAHAN BAHASA.doc
BACA DAN FAHAMI NOTA KESALAHAN BAHASA .
1.0 KESALAHAN EJAAN1.1 EJAAN KATA MAJMUK
Lazimnya dieja terpisah kecuali beberapa kekecualian. Hanya 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dieja rapat
Salah Betulantara bangsa antarabangsa
beri tahu beritahu
bumi putera bumiputera
jawatan kuasa jawatankuasa
kaki tangan kakitangan
kerja sama kerjasama
mata hari Matahari
olah raga olahraga
pesuruh jaya pesuruhjaya
setia usaha setiausaha
suka rela sukarela
suruhan jaya suruhanjaya
tanda tangan tandatangan
tanggung jawab tanggungjawab
warga negara warganegara
1.2 MENGEJA PERKATAAN DIPENGARUHI SISTEM EJAAN LAMA ATAU BAHASA INDONESIA
Salah Betulkekanda kakanda
pengkalan pangkalan
pesaka pusaka
selsema selesema
istihar isytihar
istirihat istirahat
hajjah hajah
catit catat
jamaah jemaah
1.3 MENGEJA KATA SENDI NAMA ( di- dan ke-) (di- dan ke-) yang menunjukkan tempat perlu dieeja secara terpisah.
Salah Betul
disitu di situ
diatas meja di atas meja
diKota Bharu di Kota Bharu
kesitu ke situ
kehadapan rumah ke hadapan rumah
kePulau Pinang ke Pulau Pinang
1.4 MENGEJA AWALAN ( Awalan di- dan ke-) Salah Betuldi tulis ditulis
di asuh diasuh
di bungkus dibungkus
ke tua ketua
ke dua kedua
ke kasih kekasih
2.0 TANDA BACA2.1 TANDA TITIK (.) Selain digunakan untuk menunjukkan berakhirnya ayat, digunakan juga
untuk menyatakan singkatan.Salah Betul
Hj Hj.
Prof Prof.
dll dll.
dsb dsb.
2.2 TANDA SEMPANG (-)2.2.1 Sebagai tanda kata ganda
Salah Betulmeja meja meja-meja
berkata kata berkata-kata
bantah membantah bantah-membantah
gunung ganang gunung-ganang
ipar duai ipar-duai
batu batan batu-batan
saudara mara saudara-mara
2.2.2 Antara ke dengan angkaSalah Betul
ke 21 atau ke21 ke-21
ke 102 atau ke102 ke-102
2.2.3 Antara yang merujuk tahun dengan imbuhan akhiran –an Salah Betul
tahun 90 an atau 90an atau 90han tahun 90-an
tahun 20 an atau 20an atau 20han tahun 20-an
2.2.4 Antara huruf kecil dengan huruf besar Merujuk Tuhan
Salah BetulhambaMu atau hamba mu hamba-Mu
rahmatNya atau rahmat Nya rahmat-Nya
Huruf besar bagi nama khasSalah Betul
pro Barat atau proBarat pro-Barat
pan Asia atau panAsia pan-Asia
KDN nya atau KDNnya KDN-nya
2.3 TANDA SERU (!) - Hadir di akhir ayat
Salah BetulAmboi! Mahalnya harga baju ini. Amboi, mahalnya harga baju ini!
Alamak! Saya terlupa membawa pensel.
Alamak, saya terlupa membawa pensel!
Cis! Engkau memang penderhaka!
Cis, engkau memang penderhaka!
Aduhai! Mengapalah malangnya nasibku ini.
Aduhai, mengapalah malangnya nasiblu ini!
Nah! Terimalah balasanku. Nah, terimalah balasanku!
3.0 KOSA KATA3.1 MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI
Salah BetulKami sedang membincangkan
perkara itu.Ia sangat rumit.
Kami sedang membincangkan perkata itu, yang sangat rumit.
Ini buku cerita sejarah. Iamengandungi
Ini buku cerita sejarah. Buku inimengandungi kisah-kisah yang
kisah-kisah yang menarik. menarik.
3.2 MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL BAGI BENTUK GANDASalah Betul
berbagai kuih berbagai-bagai kuih
bersama adik bersama-sama adik
kedua pelajar kedua-dua pelajar
setengah orang setengah-setengah orang
pada bila masa pada bila-bila masa
3.3 MENGGUNAKAN PENANDA JAMAK (CARA YANG SALAH)3.3.1 Menggandakan Kata Nama yang sudah mendukung maksud banyak.
Salah Betulmereka-mereka mereka
umat-umat umat
rakyat-rakyat rakyat
3.3.2 Menggandakan Kata Nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan jumlah banyak
Salah Betul
dua buah rumah-rumah dua buah rumah
semua penonton-penonton semua penonton
segala pegawai-pegawai segala pegawai
antara kemudahan-kemudahan Antara kemudahan
Senarai nama-nama Senarai nama
Kebanyakan sibuk dengan urusan-urusan Kebanyakannya sibuk dengan urusan
3.3.3 Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisahSalah Betul
guru besar-guru besar guru-guru besar
kertas kerja-kertas kerja kertas-kertas kerja
reka bentuk-reka bentuk reka-reka bentuk
3.4 GUNA KATA SENDI NAMA DENGAN CARA YANG SALAH3.4.1 Kesalahan kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan benda abstrak)
Salah Betuldi pagi hari pada pagi hari
di abad ke-20 pada abad ke-20
di masa itu pada masa itu
di ingatan Pada ingatan
Buku itu ada dengan Ali Buku itu ada pada Ali
3.4.2 Kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa)
Salah Betulhingga kepada hari ini hingga ke hari ini
kepada tempat lain ke tempat lain
dihempaskan kepada batu dihempaskan ke batu
3.4.3 Kesalahan kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa)
Salah Betulke pegawai itu kepada pegawai itu
ke ketua pasukan kepada ketua pasukan
ke bahaya dadah kepada bahaya dadah
dilemparkan ke Ali dilemparkan kepada Ali
diserahkan ke Ketua Pengarangdiserahkan kepada Ketua
Pengarang
3.4.4 Kesalahan kata sendi nama dari (tempat dan waktu)Salah Betul
Saudara datang daripada mana?
Saudara datang dari mana?
Daripada saat ini, ubahlah sikapmu.
Dari saat ini, ubahlah sikapmu.
3.4.5 Kesalahan kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan,
asal kejadian dan sebagainya).
Salah BetulDari buku itulah banyak
diperolehnya banyak ilmu kebudayaan.
Daripada buku itulah banyak diperolehnya banyak ilmu
kebudayaan.
Dia lebih kaya dari saya. Dia lebih kaya daripada saya.
Peti itu dari kayu. Peti itu daripada kayu.
Kiriman itu dari ayahnya. Kiriman itu daripada ayahnya.
3.5 PENGABAIAN KATA SENDI NAMA. Penggunaan kata sendi nama sering diabaikan apabila predikat diluaskan dengan
keterangan(Adverb). Hal ini terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandungi kata kerja
intransitif (seperti pergi, balik, lupa, tahu, lalu dan sebagainya) atau adjektif (seperti benci, cinta, sayang, suka, takut dan sebagainya).
Salah Betul
pergi sekolah (KI) pergi ke sekolahbalik kampong (KI) Balik ke kampung
lupa nama orang itu (KI) lupa akan nama orang itulalu jalan ini (KI) lalu di jalan ini
benci orang itu (Adj.) benci kepada orang itusuka durian (Adj.) suka akan durianaku cintanya (Adj.) aku cinta kepadanya.takut hantu (Adj.) takut akan/kepada hantu.
tahu perkara itu (KI) tahu akan/tentang perkara itu
3.6 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI3.6.1 beliau – digunakan untuk seseorang yang terhormat sahaja.3.6.2 ianya- tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.
3.7 KESALAHAN BERKAIT DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA BUNYI TETAPIBERLAINAN MAKNA. Contohnya :
kelok dengan keluk
tempoh dengan tempuh
seloroh dengan seluruh
pedalaman dengan pendalaman
3.8 KESALAHAN MAKNA PERKATAAN3.8.1 Penggunaan banyak dan ramai
Makna kedua-dua kata ini sering salah ditafsirkan orang. Anggapan kebanyakan orang sekarang ialah bahawa banyak khas untuk binatang
dan benda, sementara ramai khas untuk manusia. Sebenarnya kata banyak boleh digunakan untuk manusia, binatang dan benda. Kata ramai pula untuk menunjukkan suasana tempat. Misalnya: Pasar itu ramai; ertinya di pasar itu riuh rendah, sibuk dan sebagainya;
mungkin kerana banyak orang di pasar itu.
3.8.2 Penggunaan guna dan pakai Kata pakai dalam Bahasa Melayu seperti dalam kata memakai digunakan dengan
erti ‘mengenakan pakaian, sepatu, topi, barang perhiasan diri’ kata guna bererti ‘melakukan sesuatu dengan...’ seperti dalam ayat: mencapai
perdamaian dengan menggunakan senjata.
3.8.3 Penggunaan pedalaman dan pendalaman Kata pedalaman bererti ‘kawasan atau daerah yang jauh terpencil yang
disebut interiordalam bahasa Inggeris. Kata pendalaman pula bererti ‘usaha mendalami sesuatu’.
3.8.4 Penggunaan bila dan apabila bila = merupakan Kata Tanya apabila = merupakan kata penghubung pembentukan klausa. Kesalahan berlaku – penggunaan bila sebagai kata penghubung dalam ayat. Contoh :
Salah BetulBila dia pulang, kamu bolehlah
pergi.Apabila dia pulang, kamu bolehlah
pergi.
4.0 IMBUHAN4.1 TIDAK MENGGUNAKAN IMBUHAN
Salah BetulMereka sedang kerja. Mereka sedang bekerja.
Dia hendak ambil barang itu. Dia hendak mengambil barang itu.
Adik senyum kepadanya. Adik tersenyum kepadanya.
Kami sudah jawab soalannya. Kami sudah menjawab soalannya.