Ekologi ,Spesies, populasi,
Ekologi ialah kajian berkenaan hubungan antara benda-benda hidup serta hubungan antara benda-benda hidup dan persekitaran .
Spesies adalah kumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama, serta boleh membiak di kalangan mereka bagi menghasilkan keturunan.
Populasi / kependudukan adalah kumpulan organisma daripada spesies yang sama yang hidup di dalam habitat yang sama. Salah satu contoh populasi adalah populasi belalang di sebuah padang.
Komuniti
Komuniti / masyarakat terdiri daripada beberapa jenis populasi bebas daripada organisma, yang hidup dan tinggal bersama-sama dalam satu habitat. Sebagai contoh, komuniti sesebuah kolam adalah terdiri daripada semua mikroorganisma, tumbuhan air dan haiwan yang hidup di dalam kolam tersebut.
Habitat Habitat adalah tempat tinggal semulajadi sesuatu
organisma.
Organisma mendapatkan makanan serta perlindungan dari segala apa yang ada dan terdapat di dalam habitat mereka.
Semua organisma yang hidup di dalam sesuatu habitat berinteraksi (interact) bagi mengekalkan keseimbangan (maintain balance) di dalam habitat tersebut.
Ekosistem
Ekosistem terdiri daripada satu organisma yang berinteraksi dengan satu sama lain juga dengan benda yang bukan hidup yang berada di sekitar mereka
Keseimbangan persekitaran
Persekitaran organisma adalah termasuk semua faktor-faktor yang hidup dan bukan hidup yang mempengaruhi kehidupannya.
Organisma hidup adalah saling bergantung. Contoh saling bergantung antara hidupan adalah seperti berikut:
1. Bekalan gas. - Manusia dan haiwan mendapatkan gas oksigen untuk
pernafasan daripada tumbuh-tumbuhan hijau yang menjalankan fotosintesis.
- Tumbuhan hijau mendapatkan gas karbon dioksida untuk fotosintesis daripada manusia dan haiwan apabila mereka bernafas
2. Sumber makanan. - Tumbuhan adalah sumber makanan yang utama
bagi haiwan dan manusia. - Haiwan juga adalah sumber makanan kepada
manusia dan haiwan-haiwan lain.3. Perlindungan. - Haiwan seperti monyet dan burung adalah saling
bergantung untuk mendapat perlindungan (pokok). - Tumbuhan seperti pakis dan lumut juga
bergantung pada tumbuhan lain atau pokok untuk menjadi tuan rumah.
Contoh saling bergantung antara benda hidup dan benda bukan hidup, adalah:
Tumbuhan memerlukan cahaya matahari dan karbon dioksida untuk menjalankan fotosintesis .
Bumi (tanah), air dan mineral terlarut adalah diperlukan untuk tumbesaran tanaman.
Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk bernafas.
Satu ekosistem dikatakan seimbang jika ianya terdapat benda-benda hidup dan benda bukan hidup, yang sentiasa berkekalan.
Benda hidup dan benda bukan hidup berinteraksi antara satu sama lain bagi mengekalkan ekosistem yang seimbang.
Suatu ekosistem yang seimbang adalah juga bermakna suatu persekitaran yang seimbang .
Interaksi antara Hidupan
Organisma di dalam suatu komuniti berinteraksi antara satu sama lain untuk memperoleh makanan, perlindungan , pengangkutan, sokongan, dan sebagainya.
Interaksi antara hidupan membolehkan keseimbangan ekosistem dikekalkan
Terdapat pelbagai interaksi antarahidupan di alam semula jadi Mangsa –pemangsa Persaingan Simbiosis
Mangsa- pemangsa
Pemangsa ialah organisma yangmemburu dan memakan organisma lain.
Biasanya pemangsa mempunyai ciri-ciri fizikal khas seperti kuku, gigi taring,atau paruh yang tajam untuk membunuh mangsa.
Mangsa pula mempunyai kebolehan melarikan diri daripada pemangsa
Contoh :Burung hantu dan tikus (di ladang kelapa sawit)
Persaingan
Persaingan berlaku apabila organisma-organisma bersaing untuk mendapat keperluan hidup yang sama
Tumbuhan-tumbuhan bersaing untuk mendapat air, cahaya matahari, garam mineral, dan ruang untuk hidup.
Haiwan-haiwan pula bersaing untuk mendapat air, makanan, tempat tinggal,dan pasangan untuk membiak.
Persaingan bertambah hebat apabila sumber keperluan hidup menjadi terhad.
Organisma yang kuat akan berjaya menguasai kawasannya. Organisma yang kecil dan lemah akan tersingkir dari kawasan itu.
Simbiosis
Dua spesies organisma yang berlainan tinggal bersama dan menjalinkan hubungan erat menunjukkan hubungan simbiosis
Dalam simbiosis, satu pihak sentiasa mendapat faedah dalam bentuk makanan,tempat tinggal, dan perlindungan.
Satu pihak yang lain mungkin menerima faedah,mungkin mengalami kerugian, atau tidak mengalami sebarang perubahaan dalam hubungan ini
Komensalisme
Satu organisma mendapat faedah daripada organisma lain, manakala organisma yang satu lagi tidak mengalami sebarang kerugiandalam hubungan ini.
Contoh :Paku-pakis tanduk rusa tumbuh pada pokok lain
Contoh komensalisme
Orkid merpati (Menumpang di atas
pokok)
Pokok duit-duit (Menumpang di atas pokok)
Contoh Komensalisme
Ikan Yu dan ikan remora
-Teritip melekat pada cangkerang ketam, kerang, atau siput
Parasitisme
Parasitisme ialah interaksi antara dua organisma. Hanya satu organisma mendapat faedah daripada interaksi ini manakala satu pihak yang lain mengalami kerugian.
Parasit ialah organisma yang hidup pada atau dalam organisma lain.
Perumah ialah organisma yang dijadikan sebagai tempat tinggal parasit
Parasitisme
Perumah mengalami kerugian daripada hubungan itu. Parasit mungkin membunuh perumah.
Parasit memperoleh makanan, perlindungan dan pengangkutan daripada perumah.
Contoh haiwan: Kutu yang hidup pada perumah menghidap darah daripada perumahnya.
Mutualisme Interaksi antara dua organisma berlainan
yang hidup bersama dengan kedua-dua pihak organisma mendapat faedah dari segi pemakanan dan perlindungan.
Contoh :Buran dan umang-umang
Buran mempunyai tentakel-tentakel bersengat yang dapat melindungi umang-umang.
Buran mendapat pengangkutan dan makanan daripada sisa-sisa makanan umang-umang.