Bahagian Perkhidmatan
Farmasi , JKWPL
Jalan Tanjung Teras, Peti
Surat 81657, 87026
WP Labuan
Telephone
087-411416
Fax
087-421416
farmasi_jkwpl@moh .gov.my
Apakah itu Tuberkulosis ?
Tuberkulosis atau Tibi merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Ke-
biasaannya, bakteria ini menyerang bahagian paru-paru (tuberkulosis pulmonari). Kadang-kala, ia juga boleh me-
nyerang organ badan yang lain seperti otak, jantung, tulang belakang, nodus limfa, buah pinggang, dan bahagian usus
manusia (tuberkulosis ekstrapulmonari). Menurut World Health Organization (WHO), Tibi termasuk dalam 10 penyakit
besar yang menyebabkan kematian diseluruh dunia. Walaubagaimanapun, dengan pengesanan awal dan rawatan yang
sempurna, penyakit ini boleh dirawat dan dicegah.
Bagaimana Tuberkulosis Tersebar ?
Kuman tibi tersebar melalui udara. Apabila pesakit Tibi batuk, bersin atau meludah, titisan air kecil yang mengandungi
kuman tibi akan tersebar diudara. Orang yang terhidu titisan air kecil ini akan dijangkiti kuman tersebut. Wa-
laubagaimanapun, jangkitan penyakit biasanya hanya berlaku dengan pendedahan berterusan.
Penyakit tibi boleh dibahagikan kepada Active TB dan Latent TB. Dianggarkan satu per empat daripada jumlah
penduduk dunia sudah pun dijangkiti oleh kuman tibi, tetapi golongan ini tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit tibi
malah tidak akan menyebarkan kuman ini kepada orang lain. Hal ini kerana kuman-kuman tersebut terpendam dan tidak
aktif dalam badan mereka (Latent TB). Kebanyakan individu ini berkemungkinan tidak akan mendapat penyakit tibi
sehingga ke akhir hayat mereka.
Kuman-kuman tibi ini akan menjadi aktif apabila sistem imunasasi gagal menghalang mereka daripada membiak di
dalam badan manusia (Active TB). Sesetengah individu boleh mendapat penyakit tibi sebaik saja dijangkiti kuman tibi
sekiranya sistem imunisasi mereka belum bersedia atau tidak sempat melawan kuman tersebut. Manakala bagi individu
lain pula, mereka hanya akan jatuh sakit apabila kuman-kuman yang dahulunya terpendam menjadi aktif dan bertindak
balas akibat daripada sistem imunisasi yang semakin lemah. Proses ini mungkin akan mengambil masa sehingga ber-
tahun lamanya.
Golongan Berisiko Tinggi?
Mereka ini terdiri daripada golongan yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah seperti bayi, kanak-kanak
atau orang tua. Pesakit yang menghidap penyakit yang boleh mengurangkan daya ketahanan badan (penghidap HIV,
pesakit kencing manis, pesakit buah pinggang tahap akhir atau pesakit kanser) dan golongan yang mengambil rawatan
yang akan merendahkan tahap daya ketahanan badan atau sistem imunisasi juga berisiko untuk mendapat penyakit tibi
turut berisiko mendapat penyakit tibi. Contohnya, pesakit yang menjalankan pemindahan organ, pesakit yang sedang
mengambil rawatan kemoterapi, dan pesakit yang mengambil rawatan steroid seperti pesakit Systematic Lupus Ery-
themotosus (SLE), psoriasis dan sebagainya.
Isi Kandungan
Apakah itu Tuberkulosis ? 1
Pendispensan Ubat Susulan
Setempat (PUSS) Klinik
3
Kawaan Produk Kosmetik DI
Malaysia
4
Hologram Meditag 4 7
Pengalaman PRP Hospital
Labuan
10
Pertandingan Karom Sempena
Kem Kecergasan Zon Borneo
Utara
12
BULETIN FARMASI 2018
B A H A G I A N P E R K H I D M A T A N F A R M A S I , J K W P L JAB
AT
AN
KE
SIH
ATA
N
WP
LA
BU
AN
B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8
TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI
· Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
· Berat badan menurun
· Kurang selera makan
· Kahak berdarah
· Berpeluh-peluh pada waktu malam
Page 1
Bahagian Perkhidmatan Far-
masi , JKWPL
Jalan Tanjung Teras, Peti Surat
81657, 87026
WP Labuan
Telephone
087-411416
Fax
087-421416
farmasi_jkwpl@moh .gov.my
Langkah—Langkah Pencegahan
MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN
Dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera sekiranya batuk anda berpanjangan selama 2 minggu atau lebih. Selain itu, ahli
keluarga serta individu yang rapat dengan pesakit perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dan dinasihatkan untuk tampil membuat
pemeriksaan lanjut kerana jangkitan penyakit tibi biasanya berlaku dengan pendedahan berterusan.
SUNTIKAN VAKSINASI BCG
Dapatkan suntikan BCG bagi semua bayi yang baru lahir dan tidak mempunyai komplikasi.
UBAH GAYA HIDUP
Membuka pintu atau tingkap rumah untuk memastikan pengudaraan yang baik dan menerima cahaya matahari secukupnya
kerana ia dapat membunuh bakteria di udara serta bacteria tersembunyi di sudut-sudut rumah.
Jangan biarkan diri dikuasai oleh rokok kerana ia hanya memburukkan keadaan.
Pengambilan makanan yang seimbang.
Banyakkan bersenam
Rawatan Penyakit Tuberkulosis
Tempoh rawatan ubat bagi penyakit tibi adalah sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan terbahagi kepada dua fasa, fasa intensif (2
bulan pertama) dan fasa sambungan (4 bulan seterusnya). Contoh antibiotik yang biasa digunakan adalah Isoniazid, Rifampicin, Eth-
ambuthol dan Pyrazinamide. Terdapat juga jenis kombinasi 4 jenis ubat ini dalam1 pil (Akurit-4 atau Forecox-Trac). Bagi fasa sam-
bungan pula terdiri daripada 2 jenis ubat iaitu Isoniazid dan Rifampicin.
Di Malaysia, rawatan tibi menggunakan sistem Directly Observed Treatment, Short Course (Dots). Sistem yang diiktiraf oleh WHO ini
bukan sahaja kos-efektif dan dapat mengawal penyebaran penyakit tibi, malah terbukti mampu mencegah kerintangan antibiotik yang
digunakan dalam rawatan tibi. Dibawah sistem ini, pesakit perlu mengambil setiap dos ubat dibawah penyeliaan petugas kesihatan
atau orang yang diamanahkan. Kadar kejangkitan seseorang pesakit akan turun ke tahap minima selepas menerima rawatan yang
teratur selama 2 minggu. Rawatan kemudiannya akan diteruskan mengikut tempoh yang ditetapkan. Sekiranya rawatan ini diambil
secara tetap dan sempurna, penyakit tibi dapat disembuhkan.
Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap pesakit tibi untuk mengikut arahan pengubatan yang telah ditetapkan. Hal ini untuk
mengelakkan penyakit daripada berlanjutan dan terus menjangkiti orang lain, serta menghalang kerintangan ubat tibi. Sekiranya anti-
biotik baris pertama tidak lagi berkesan atau berupaya melawan kuman tibi, rawatan tibi pesakit tersebut masih perlu diteruskan
menggunakan ubat baris kedua dan akan memerlukan tempoh rawatan yang lebih lama.
Langkah Penjagaan Tuberkulosis
Mematuhi cara dan masa pengambilan ubat
Pakai penutup muka jika diarahkan dan amalkan etika batuk dan bersin.
Elakkan meluangkan masa yang lama dengan orang lain dalam ruang tertutup.
Kurangkan aktiviti di luar rumah bagi pesakit tibi yang aktif bagi mengelakkan penyebaran jangkitan dan menjangkiti orang
lain.
B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8
Page 2
KLINIK KESIHATAN W.P LABUAN
B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8
Sebagai usaha memastikan kesinambungan rawatan
kepada pesakit terjaga, Unit Farmasi Klinik Kesihatan
Labuan menyediakan Perkhidmatan Tambah Nilai
kepada pesakit. Disamping itu, kesesakan di kaunter
farmasi, bebanan pesakit dan masa menunggu pesakit
dapat dikurangkan. Salah satu perkhidmatan yang
disediakan ialah Pendispensan Ubat Susulan Setempat
(PUSS) di fasiliti jagaan Klinik Kesihatan Labuan yang
sudah dipilih mengikut hari dan masa yang ditetapkan
seperti berikut:
CARA PENDAFTARAN :
1. Bawa preskripsi baru setelah berjumpa doktor
(sahlaku 2 bulan keatas)
2. Pilih salah satu lokasi PUSS yang sesuai
3. Berikan nombor telefon yang boleh dihubungi
4. Mengambil bekalan ubat kali pertama di Klinik
Kesihatan Labuan
5. Bekalan kedua dan seterusnya disiapkan sem-
inggu sebelum temujanji
6. Ubat dihantar ke pusat PUSS
7. Datang dan ambil ubat pada tarikh temujanji di
pusat PUSS yang dipilih
CATATAN :
Untuk K1M UTC, ubat boleh dituntut pada hari
Jumaat sebelum 5.00 petang jika tidak sempat
mengambil pada hari Khamis
Untuk Klinik Desa, ubat dihantar ke Klinik
Kesihatan Labuan jika tidak mengambil pada
tarikh temujanji yang ditetapkan
Pendispensan Ubat Susulan Setempat (PUSS) Klinik Kesihatan Labuan
KLINIK KESIHATAN W.P LABUAN
D
0
0
FASILITI PUSS
MASA
Klinik Desa Lajau
Rabu
Setiap 2 minggu berselang dengan Klinik Desa Layang-layangan
Pukul 2.30-4.00 petang
Klinik Desa Layang-layangan
Rabu
Setiap 2 minggu berselang dengan Klinik Desa Lajau
Pukul 2.30-4.00 petang
Klinik Kesihatan UTC
Khamis
Setiap minggu
Pukul 8.00 pagi- 5.00 petang
Page 3
Definisi Produk Kosmetik
Kosmetik ialah bahan atau persediaan yang dicadangkan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia (kulit, rambut , kuku, bibir, dan organ genital
luaran) atau gigi dan rongga mulut, dengan tujuan untuk membersih, mewangi, memperbaiki / mengubah atau mencantikkan, menghilangkan bau badan, memelihara
atau menjaga dalam keadaan baik.
Notifikasi Kosmetik
Produk kosmetik dikawal di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Peraturan-peraturan ini adalah berkaitan
dengan keselamatan, kualiti dan tuntutan produk bagi tujuan melindungi dan meningkatkan kesedaran awam.
Prosedur Notifikasi Produk Kosmetik
Permohonan notifikasi perlu dikemukakan secara atas talian melalui sistem QUEST3+ yang boleh dicapai melalui laman sesawang rasmi NPRA, npra.moh.gov.my.
Syarikat yang bertanggungjawab untuk memasarkan produk kosmetik di Malaysia perlu mengemukakan permohonan notifikasi kepada Pengarah Kanan Perkhidmatan
Farmasi (PKPF) melalui Bahagian Regulatori Farmas Negara (NPRA) sebelum penjualan, pengilangan, pengimportan, atau pemborongan produk kosmetik boleh
dijalankan.
Nota Notifikasi perlu dicetak bagi setiap produk dan setiap varian (jika ada) dan ia merupakan satu bukti bahawa kebenaran te lah diberikan kepada syarikat untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti seprti yang dinyatakan di atas. Bagi syarikat dari luar negara yang ingin membawa masuk produk kosmetik ke Malaysia, mereka perlu
melantik wakil syarikat tempatan (sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia) untuk menjadi pemegang notifikasi kosmetik yang sah. Syarikat yang dilantik akan ber-
tanggungjawab ke atas semua perkara yang berkaitan dengan notifikasi produk kosmetik.
Page 4
KAWALAN PRODUK KOSMETIK DI MALAYSIA
Definisi Produk Kosmetik
Kosmetik ialah bahan atau persediaan yang dicadangkan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh
badan manusia (kulit, rambut, kuku, bibir, dan organ genital luaran) atau gigi dan rongga mulut, dengan
tujuan untuk membersih, mewangi, memperbaiki / mengubah atau mencantikkan, menghilangkan bau
badan, memelihara atau menjaga dalam keadaan baik.
Notifikasi Kosmetik
Produk kosmetik dikawal di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah
dan Kosmetik 1984. Peraturan-peraturan ini adalah berkaitan dengan keselamatan, kualiti dan tuntutan
produk bagi tujuan melindungi dan meningkatkan kesedaran awam.
Prosedur Notifikasi Produk Kosmetik
Permohonan notifikasi perlu dikemukakan secara atas talian melalui sistem QUEST3+ yang boleh dicapai
melalui laman sesawang rasmi NPRA, npra.moh.gov.my. Syarikat yang bertanggungjawab untuk me-
masarkan produk kosmetik di Malaysia perlu mengemukakan permohonan notifikasi kepada Pengarah
Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) melalui Bahagian Regulatori Farmas Negara (NPRA) sebelum
penjualan, pengilangan, pengimportan, atau pemborongan produk kosmetik boleh dijalankan.
Nota Notifikasi perlu dicetak bagi setiap
produk dan setiap varian (jika ada) dan ia
merupakan satu bukti bahawa kebenaran
telah diberikan kepada syarikat untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti seprti yang
dinyatakan di atas. Bagi syarikat dari luar
negara yang ingin membawa masuk
produk kosmetik ke Malaysia, mereka
perlu melantik wakil syarikat tempatan
(sebuah syarikat yang berdaftar di Ma-
laysia) untuk menjadi pemegang notifi-
kasi kosmetik yang sah. Syarikat yang
dilantik akan bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berkaitan dengan notifikasi produk
kosmetik.
B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8
CAWAN GAN PEN GU ATKU ASA FARMASI WP L ABU AN
Permohonan Notifikasi
Semasa permohonan notifikasi, pemegang notifikasi perlu mengemukakan maklumat-maklumat seperti:
Jenama & nama produk
Jenis produk
Kegunaan produk
Bentuk produk
Nama & alamat pengilang
Nama & alamat pembungkus (jika berkenaan)
Nama & alamat pengimport (jika selain pemegang notifikasi)
Senarai bahan produk
Surat pemberian kuasa daripada pemilik produk / perakuan sebagai pemilik jika pemegang notifikasi ada-
lah pemilik produk
Program Pengawasan Mutu Produk Kosmetik Bernotifikasi Di Pasaran
Pihak berkuasa menjalankan pemantauan terhadap produk kosmetik bernotifikasi secara aktif dan sistematik
melalui Program Pengawasan Mutu Produk Kosmetik Bernotifikasi di Pasaran. Produk ini bertujuan memastikan
produk-produk kosmetikk di pasaran adalah selamat untuk pengguna. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti beri-
kut:
Penyaringan formulasi dan maklumat produk
Audit ke atas fail Maklumat Produk (Product Information File) bagi memastikan kepatuhan kepada pera-
turan-peraturan yang ditetapkan
Pengambilan sampel, pengujian makmal dan semakan label
Audit ke atas premis pengilang bagi memastikan kepatuhan kepada ASEAN Guidelines For Cosmetic
Good Manufacturing Practice
Pemantauan terhadap kesan mudarat berkaitan produk kosmetik
Pemantauan terhadap iklan kosmetik
Penyiasatan ke atas aduan produk
Perkongsian maklumat antara negara-negara ASEAN
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-
78835400 atau melawat ke laman sesawang www.npra.moh.gov.my
Rujukan:
1. Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, Bahagian Regulatori Farmasi Negara
2. Akta Jualan Dadah 1952
3. Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
Page 6 B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8
CAWANGAN PENGUATKUASA
FARMASI WP LABUAN
Di dalam arahan #21 tahun 2017, Arahan Di Bawah Peraturan 29 Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan
Kosmetik 1984 yang dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF), Puan PKPF, Dr. Salmah
Bt. Bahri telah mengarahkan supaya semua pemegang pendaftaran produk (ubat) menggunapakai label kesela-
matan hologram yang terbaharu, iaitu hologram MeditagTM 4 bagi menggantikan label hologram MeditagTM 3. Ara-
han ini berkuatkuasa mulai 12 Oktober 2017.
Walaubagaimanapun arahan tersebut turut membenarkan pihak pengilang / pengimport untuk menggunakan
label keselamatan hologram MeditagTM yang sedia ada sekiranya masih ada dalam simpanan sehingga ianya
habis.
Ciri-Ciri dan Maklumat Tambahan Mengenai Label Keselamatan Hologram
MeditagTM 4.
1. MeditagTM 4 mempunyai cirri-ciri tambahan yang baru seperti berikut:
MeditagTM 4 menggunapakai kaedah Data Matriks yang mana member keupayaan pengguna mengesan
dengan lebih baik tentang sesuatu produk itu. Kaedah ini dapat digunakan dengan hanya menggunakan
telefon pintar. Proses identifikasi label dengan menggunakan telefon pintar oleh pengguna diharapkan
dapat membantu mengukuhkan kawalan dan keselamatan produk farmeseutikal serta memperkasakan
pengguna untuk memilih ubat yang berdaftar di pasaran.
2. Perbezaan di antara label keselamatan hologram MeditagTM 3 dengan MeditagTM 4.
Penggunaan Data Matriks sebagai tapak bagi pembangunan sistem ‘track and trace’ yang boleh diinte-
grasikan dengan sistem GS1. Malahan, MeditagTM 4 mempunyai aplikasi pengesahan pendaftaran
produk dimana keterangan berkenaan produk itu akan dipamerkan setelah diimbas menggunakan tele-
fon pintar.
3. Nombor siri label keselamatan hologram MeditagTM 4:
Nombor siri label keselamatan hologram MeditagTM 4dilengkapi nombor siri baru bagi bentuk ‘Roll’ iaitu
bermula dengan G00000001 (G + 8 digit) manakala bagi bentuk Sheet adalah 00000001A (8 digit + A).
4. Saiz label keselamatan hologram MeditagTM 4:
Saiz label hologram MeditagTM 4 adalah seperti saiz label terdahulu iaitu bersaiz 8mm x 16mm.
Page 7
Hologram MeditagTM 4
B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8
CAWANGAN PENGUATKUASA
FARMASI WP LABUAN
5. Harga label keselamatan hologram MeditagTM 4:
Tiada implikasi tambahan kos kepada industri dan kerajaan berikutan perubahan ciri-ciri dan penam-
bahbaikan daripada hologram MeditagTM 3 kepada MeditagTM 4.
6. Latihan dan kempen:
Pihak Mediharta akan bekerjasama dengan pihak Penguatkuasa Farmasi dalam usaha untuk memberi
latihan mengenai ciri-ciri baharu label keselamatan hologram MeditagTM 4 dalam memastikan ketu-
lenannya beserta pelaksanaan kempen kesedaran (public awareness campaign) ke seluruh Negara
Page 8 B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8
Hologram MeditagTM 4
Sebelum bercerita berkenaan pengalaman PRP di
Hospital Labuan, apakah itu PRP? PRP atau Pro-
visionally Registered Pharmacist iaitu satu gelaran
jawatan yang diberikan kepada graduan farmasi
yang baru sahaja tamat pengajian. PRP diwajibkan
oleh KKM untuk menjalani latihan perkhidmatan di
premis atau institusi tertentu bagi tempoh masa
yang ditetapkan sebelum layak memegang jawatan FRP (Fully registered
pharmacist). Hospital Labuan telah menjadi pilihan saya menjalani latihan
wajib PRP. Seorang lagi pegawai juga ditempatkan di Hospital Labuan
bersama saya. Kami merupakan antara kumpulan pertama yang menjalan-
kan latihan PRP di hospital Labuan.
Hari pertama di Hospital Labuan, kami melalui sesi orientasi di mana kami
dibawa ke setiap unit di Hospital Labuan. Selepas sesi orientasi, kami
ditempatkan di sub-unit masing-masing iaitu antara Outpatient Pharmacy,
Inpatient pharmacy, Drug info service , galenical & packaging, ward phar-
macy dan stor. Tempoh masa penempatan kami bergantung kepada log-
book. Kami didedahkan tentang proses kerja dan fungsi setiap sub-unit ini
oleh Y/M yang bertanggungjawab. Kami juga wajib mengisi dan
melengkapkan logbook selepas selesai tempoh latihan di unit tertentu.
Secara keseluruhan, semua pegawai Y/M farmasi dan pegawai farmasi
mahupun penolong pegawai farmasi telah banyak membantu dari segi
tidak leka untuk berkongsi ilmu pengetahuan tidak kira dari segi bab farma-
si mahupun pengalaman bekerja. Saya masih ingat pegawai farmasi Y/M
Outpatient pharmacy yang membantu saya dalam kaunselling mengenai
cara penggunaan ubat sedut dan pen insulin yang betul walaupun telah
tamat waktu bekerja. Ini menunjukkan bahawa pegawai farmasi sekerja
banyak membantu dan sudi mengajar jikalau kita bertanya.
Sebelum itu kami menjalani dua pusingan kelayakan di mana juri memilih
kajian yang layak mara dan juga membantu mengemaskini isi kandungan
slide power point kami supaya kajian kami dapat dibentang secara terbaik.
Selepas 2 pusingan kelayakan kami melayakkan diri ke hari pemben-
tangan pada hari kualiti. Selepas pemindahan dan penambahbaikan
dengan bantuan pegawai farmasi DIS, kami pun membentangkan hasil
kajian kami pada masa itu. Tanpa diduga kami telah mendapat tempat
ketiga.
Page 10
PENGALAMAN PRP DI HOSPITAL LABUAN
Selain itu, kami juga berpeluang menlibatkan diri dalam banyak aktiviti
di luar waktu kerja. Antaranya ialah kempen-kempen seperti Kenali
Ubat Anda (KUA) yang dijalankan oleh Unit Farmasi Hospital Labuan di
sekolah mahupun tempat awam. Saya berpeluang menyertai kempen
yang dianjurkan di sekolah rendah pekan satu dan juga di Kompleks
Sukan W.P. Labuan di mana kami memberi pendedahan kepada orang
awam tentang konsep 5B, cara penggunaan ubat sedut yang betul,
apakah itu ubat Look Alike- Sound Alike (LASA) dan menjawab apa-
apa pertanyaan yang diajukan oleh orang awam. Selain itu, kami juga
menjadi ahli jawatankuasa (AJK) untuk akitviti “Running Man” yang
merupakan salah satu permainan yang dianjurkan sempena Hari Far-
masi Sedunia peringkat Jabatan Kesihatan Negeri.
B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8
HOSPITAL LABUAN
Selain itu, kami juga berpeluang menlibatkan diri dalam ban-
yak aktiviti di luar waktu kerja. Antaranya ialah kempen-
kempen seperti Kenali Ubat Anda (KUA) yang dijalankan oleh
Unit Farmasi Hospital Labuan di sekolah mahupun tempat
awam. Saya berpeluang menyertai kempen yang dianjurkan di
sekolah rendah pekan satu dan juga di Kompleks Sukan W.P.
Labuan di mana kami memberi pendedahan kepada orang
awam tentang konsep 5B, cara penggunaan ubat sedut yang
betul, apakah itu ubat Look Alike- Sound Alike (LASA) dan
menjawab apa-apa pertanyaan yang diajukan oleh orang
awam. Selain itu, kami juga menjadi ahli jawatankuasa (AJK)
untuk akitviti “Running Man” yang merupakan salah satu per-
mainan yang dianjurkan sempena Hari Farmasi Sedunia per-
ingkat Jabatan Kesihatan Negeri.
Page 11
PENGALAMAN PRP DI HOSPITAL LABUAN
B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8
Pada 23-26 November 2017, Jabatan Kesihatan Negeri
Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan Pro-
gram Kem Kecergasan Zon Borneo Utara yang diadakan
di Kolej Matrikulasi Labuan. Program bermula pada
petang 23 November 2017 dengan perbarisan lintas hor-
mat daripada 9 kontinjen kesihatan iaitu Wilayah
Persekutuan Labuan, Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort,
Tenom, Tambunan, Keningau, Miri dan Limbang serta
kontinjen jemputan Kolej Matrikulasi Labuan. Acara yang
dipertandingkan sepanjang kem kecergasan adalah bola
tampar, bola sepak, futsal, bola jaring, badminton, ping
pong, karom, dart dan kesenian iaitu nyanyian dan aer-
odance.
Unit Farmasi Hospital Labuan telah diberi kepercayaan
untuk menguruskan pertandingan karom. Walaupun teri-
kat dengan tugas hakiki dan tiada pengalaman dalam
menguruskan pertandingan karom, anggota Farmasi
Hospital Labuan berbesar hati menerima tugasan terse-
but dengan keyakinan kerjasama dan komitmen yang
boleh diberikan oleh semua anggota Farmasi.
Page 12
PERTANDINGAN KAROM SEMPENA PROGRAM KEM KECERGASAN ZON BORNEO
Pertandingan karom diadakan di Pusat Sumber Kolej
Matrikulasi Labuan yang berlangsung selama dua hari
(24-25 November 2017). Terdapat lima kategori yang
dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki,
perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan
beregu campuran. Semua kategori dijalankan secara
kalah mati
Bagi pasukan karom kontinjen Wilayah Persekutuan
Labuan, 3 daripada 8 pemain adalah anggota Farmasi
Hospital Labuan. Kontinjen Wilayah Persekutuan La-
buan dapat melayakkan diri ke peringkat akhir kecuali
beregu lelaki yang tewas di peringkat separuh akhir.
Perlawanan beregu campuran merupakan acara yang
sengit dan tegang di mana tiga set perlawanan diada-
kan bagi menentukan pemenang. Dengan semangat
dan sokongan yang diberikan, beregu campuran Wila-
yah Persekutuan Labuan menang pada perlawanan
ketiga menentang Sipitang dan seterusnya melayak-
kan diri ke peringkat akhir.
B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8
HOSPITAL LABUAN
Begitu juga dengan beregu dan perseorangan
wanita. Kedua-dua kategori berjaya ke akhir setelah
menang menentang peserta dari Keningau pada per-
ingkat separuh akhir. Perlawanan bagi kategori
perseorangan lelaki juga cukup mendebarkan dan
membawa pemain perseorangan lelaki Wilayah
Persekutuan Labuan melangkah ke akhir.
Pertandingan peringkat akhir telah diadakan pada 25
November 2017 bermula pada pukul 8.00 pagi.
Penyokong dari pelbagai kontinjen berkumpul di
pusat sumber bagi memeriahkan pertandingan dan
memberi semangat kepada kontinjen masing-masing
untuk meraih pingat emas.
Setelah berhempas pulas menentang pasukan lawan
di peringkat akhir, ketiga-tiga kategori iaitu
perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu
campuran berjaya meraih pingat emas manakala
perseorangan lelaki meraih pingat perak. Secara
keseluruhan, kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan
menjadi johan keseluruhan bagi pertandingan karom.
Page 13
PERTANDINGAN KAROM SEMPENA PROGRAM KEM KECERGASAN ZON BORNEO
Walaupun anggota Unit Farmasi Hospital
Labuan tidak berpengalaman dalam menguruskan
pertandingan karom sebelum ini, hasil kerjasama
dan komitmen diberikan semua ahli, pertandingan
karom sempena Program Kem Kecergasan Zon
Borneo Utara 2017 berjalan lancar. Pengalaman
dan pengetahuan yang diperolehi dari aspek pen-
gurusan sukan dan pertandingan dapat memben-
tuk anggota menjadi penjawat awam yang mampu
menggalas pelbagai tugas walaupun di luar tugas
hakiki. Secara tidak langsung juga dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim anggota
Unit Farmasi Hospital Labuan
B U LE TI N F A R M A S I 2 0 1 8
HOSPITAL LABUAN