Download - Ayob Hassan Epp411
BAHAGIAN A
Soalan a :
Apakah tujuan dan rasional kajian ini ?
Kajian bertajuk Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu,
Sarawak oleh Melvina Chung Hui Ching dan Jamaludin Badusah telah diterbitkan dalam
Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010):59-65 merupakan kajian tinjauan tentang sikap
guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah di bahagian Bintulu terhadap
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran mereka. Kajian ini
juga bertujuan untuk melihat hubungan antara sikap dan pengetahuan serta kemahiran guru-
guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran serta meninjau sikap
terhadap pengggunaan ICT berdasarkan jenis aliran sekolah dan kursus ICT yang pernah
dihadiri oleh mereka. Sikap guru terhadap computer atau ICT merupakan satu daripada tiga
factor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan computer,
selain ciri-ciri computer dan dasar kritikal yang penting untuk penerimaan penggunaan
computer.
Penggunaan ICT pada dasarnya telah menjadi teras kepada aplikasi proses pengajaran
dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran di sekolah-sekolah sejak ianya dilaksanakan
pada tahun 1999, bermula dengan sekolah bestari. Penggunaan ICT bukanlah bertujuan untuk
mengambil alih tugas dan peranan guru sebagai pendidik, tetapi tujuan utama penggunaan IC
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai media utama sementara guru pula
bertindak sebagai pemudahcara.
Menurut Craft (2002) dalam Ismail dan Subki (2010) telah menyarankan seseorang
guru atau pendidik yang professional perlu peka terhadap insiatif pendidikan yang terkini.
Oleh yang demikian, guru terutamanya guru Bahasa Melayu di era teknologi terkini haruslah
mempertingkat kemahiran dalam bidang ICT supaya setiap guru ini dapat mengaplikasikan
dengan sebaik mungkin terhadap teknologi yang ada pada masa kini. Penerapan elemen ICT
dalam pengajaran juga mampu menarik minat murid terhadap pengajaran guru di samping
memudahkan kefahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru semasa melakukan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Page | 1
Soalan b :
Jelaskan dapatan kajian ini.
Kajian tersebut dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik
sebagai alat untuk mengumpulkan data serta maklumat di sekolah-sekolah rendah di bahagian
Bintulu, Sarawak. Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengumpulkan
maklumat mengenai pemboleh-pemboleh ubah. Sebanyak 45 soalan telah digubal oleh
pengkaji dan dibahagikan kepada dua bahagian telah digunakan untuk tujuan penyelidikn ini.
Setiap data daripada tinjauan tersebut telah diproses menggunakan Program SPSS iaitu
Statistical Package for Social Science version 12.0.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah digubal dan diubahsuaikan
daripada kajian terdahulu iaitu Kajian Fairose (2007). Sampel kajian ini melibatkan 105
orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kepada kaedah
pensampelan bertujuan atau purposive sampling. Statistik deskriptif digunakan untuk
menganalisis profil respondan dan analisis soal selidik terhadap guru, pengetahuan dan
kemahiran guru mata pelajaran Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran
mereka manakala statistic diskriptif yang digunakan pula ialah kekerapan, peratusan, min
dan sisihan piawai. Instrumen kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
i. Bahagian A : Maklumat diri respondan
ii. Bahagian B : Sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT.
Kajian rintis pula dijalankan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan item-
item dalam soal selidik dengan mengambil sampel seramai 30 orang guru Bahasa Melayu
dari 2 buah sekolah rendah di Bintulu. Guru-guru yang terlibat dengan kajian rintis ini pula
tidak terlibat dengan kajian sebenar yang dijalankan. Dapatan daripada kajian rintis tersebut
kemudian telah dianalisis bagi mendapatkan Pekali Alpha Cronbach di mana nilai alpha yang
diperolehi ialah 0.8544 telah memenuhi piawai yang tinggi dan dapat digunakan untuk kajian
yang sebenarnya. Seramai 58 orang guru daripada sekolah kebangsaan dan 47 orang guru
daripada sekolah jenis kebangsaan di Bintulu telah dipilih untuk menjalankan kajian yang
sebenarnya.
Nilai-nilai min yang digunakan adlah untuk mendapatkan rumusan tindak balas
respondan terhadap soal selidik yang diberikan. Ukuran interpretasi tentang tahap sikap guru
Bahasa Melayu yang menggunakan ICT dalam pengajaran dapat dikelaskan seperti berikut :
Page | 2
i. 1.00 hingga 2.50 : Rendah atau negatif
ii. 2.51 hingga 3.50 : Sederhana
iii. 3.51 hingga 5.00 : Tinggi atau nilai positif.
Secara keseluruhannya, hasil kajian telah mendapati guru-guru yang mengajar mta
pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah dalam bahagian Bintulu, Sarawak mempunyai
sikap yang positif terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka dengan skor min 3.74. Dapatan ini pula telah disokong oleh beberapa kajian
terdahulu yang telah dijalankan terhadap guru Bahasa Melayu seperti Hamzah (2003), Mohd
Khairuddin (2005), Suwarnee (2006), Nor’aini (2007) dan Fairose (2007). Hasil kajian juga
telah mendapat sokongan daripada penyelidikan bagi matapelajaran yang lain.
Dapatan daripada Jadual 3 yang ditunjukkan dalam jurnal tersebut mendapati skor
min tertinggi bagi aspek sikap guru adalah keperluan kursus ICT untuk meningkatkan
kemahiran guru dengan 94 orang guru atau 89.5% bersetuju berbanding 10 orang (9.5%)
tidak pasti dan seorang guru (1.0%) tidak bersetuju. Keyakinan terhadap penggunaan ICT
pula masih pada paras sederhana dengan skot min 3.50 di mana hanya 7 orang (6.7%) sangat
setuju, 30 orang (28.6%) tidak pasti dan 14 orang (13.3%) tidak bersetuju. Bagi item
berkaitan bahan bantu mengajar dari sumber ICT juga sederhana dengan skor min 3.36.
Dapatan daripada Jadual 4 yang ditunjukkan dlam jurnal tersebut pula melihat
perbandingan dari aspek sikap guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT
dengan guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT terhadap penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Dapatan tersebut menunjukkan nilai
t = -0.163 dan nilai p = 0.046. Jadual tersebut telah menunjukkan terdapat perbezaan min
yang signifikan (p = 0.046<0.05) antara sikap guru Bahasa Melayu yang pernah mengikuti
kursus ICT dengan yang tidak pernah terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
Hasil kajian ini juga telah menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu
mempunyai pengetahuan daan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan ICT. Selain
daripada itu, guru-guru juga mempunyai sikap yang sederhana dalam usaha menggunakan
ICT ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini ditambah dengan
dapatan yang menunjukkan sikap negatif terhadap penggunaan ICT oleh guru-guru Bahasa
Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT. Pengkaji telah merujuk beberapa dapatan
daripada penyelidikan yang terdahulu antara, kajian Becker dan Watt (1996) mendapati
kewujudan sikap negatif guru disebabkan oleh guru telah sebati dengan kaedah tradisional
Page | 3
dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instructional. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah mengikuti kursus ICT harus
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT melalui kursus-kursus ICT
yang ditawarkan.
Sikap negatif yang ditunjuk oleh guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah
mengikuti sebarang kursus ICT terhadap penggunaan ICT dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran telah melahirkan kebimbangan kepada pengkaji kerana pada era teknologi masa
kini, bahan-bahan pembelajaran bahasa lebih mudah diperolehi daripada sumber yang
berteraskan ICT. Kebimbingan pengkaji adalah kerana lanjutan daripada sikap negatif
tersebut menyebabkan berlakunya keyakinan yang sederhana terhadap penggunaan ICT oleh
guru-guru Bahasa Melayu ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.
Daripada dapatan keseluruhan kajian tersebut, pengkaji berharap pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia dan pihak berwajib lainnya hendaklah berganding bahu bagi menangani
masalah tersebut kerana sekiranya tiada sebarang langkah atau tindakan yang sewajarnya
diambil, dikhuatiri guru-guru Bahasa Melayu ini akan ketinggalan dalam ilmu ICT.
Page | 4
Soalan c :
Nyatakan implikasi dapatan kajian ini.
Secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat
inovasi, personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Dalam
bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan
sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan
menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar kajian ini
dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru-guru.
Salah satu sikap yang biasa ditemui di kalangan guru adalah sikap tidak mahu
mengubah diri untuk melakukan perubahan. Kebanyakan guru agak sukar untuk mengubah
gaya pengajaran dan pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini seperti
menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru
biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan
apa yang mereka lakukan selama ini. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan
inovasi baru telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka
Oleh kerana ICT begitu memberi kesan kepada bidang pendidikan dan profesion
keguruan, maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran ICT ini dengan
baik. Keperluan perkembangan professional guru dalam ICT haruslah dipertingkatkan dari
semasa ke semasa. Selain itu, sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan
alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan
inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat
dan komunikasi di sekolah. Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi
mental, sikap mahupun dari segi fizikal.
Selain itu, sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat
menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih
mencabar. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di
Malaysia dapat dipertingkatkan terutamanya dalam penggunaan ICT sebagai wadah kepada
proses pengajaran dan pembelajaran guru terutamanya guru Bahasa Melayu.
Page | 5
Kewujudan makmal-makmal komputer ini memberi lebih banyak peluang dan ruang
kepada guru untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai dengan mudah. Sebagai sebagai
seorang pendidikan adalah menjadi suatu keperluan untuk sentiasa mempertingkatkan ilmu
pengetahuan selaras dengan perkembangan teknologi supaya guru-guru tidak dianggap
ketinggalan oleh murid-muridnya disebabkan jahil teknologi. Guru yang cemerlang akan
berusaha mengakses bahan-bahan daripada internet untuk dijadikan sebagai bahan tutor dan
demontrasi semasa pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, guru bukan sahaja menggunakan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata malah guru juga boleh menggunakan
kemudahan ICT ini bagi urusan-urusanlain seperti mengisi data atas talian, penggunaan
microsoft word untuk membuat soalan peperiksaan dan sebagainya.
Justeru, sebagai guru alaf baru ini, penggunaan ICT adalah menjadi suatu keperluan
dan patut dikuasai dengan baik. Minat guru-guru dalam penguasaan teknologi ICT boleh
mewujudkan satu asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Secara
amnya, guru mempunyai sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi yang baru ini.
Sebagai contoh, dengan penggunaan internet dapat menarik minat guru untuk mendapatkan
maklumat dengan mudah. Hal ini merupakan satu aspek yang positif dalam konteks
hubungan antara guru dengan ICT. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan
pandangan kalangan guru apabila tinjauan secara lebih spesifik tentang hubungan antara guru
dengan ICT dilakukan. Jika dilihat secara lebih mendalam, minat guru terhadap ICT perlu
seimbang dengan minat pelajar terhadap ICT. Kemungkinan juga tahap minat dikalangan
pelajar jauh lebih tinggi berbanding dengan tahap minat guru. Oleh itu, untuk menghadapi
pelajar pada zaman ICT ini, guru perlu memupuk minat terhadap ICT supaya bersesuai
dengan perkembangan murid
Page | 6
BAHAGIAN B
Kesediaan penerimaan adalah penting dan perlu ada pada diri guru di awal setiap
proses pengenalan kepada sesuatu perubahan dan kemudiannya menjadi amalan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di mana kesediaan ini boleh menjadi kayu pengukur sama ada
perubahan tersebut terutamanya penggunaan teknologi tersebut akan diguna atau hanya
sekadar diterima oleh mereka. Kesediaan guru untuk menggunakan kemudahan teknologi
yang dilaksanakan di sekolah ke dalam amalan instruksi guru boleh memberikan kepuasan
murid untuk belajar dan seterusnya dapat membantu memastikan kejayaan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam laporan ringkas ini, saya akan membincangkan dapatan-dapatan daripada hasil
pemerhatian terhadap amalan guru serta temubua yang telah dilakukan antara saya dengan
beberapa orang guru tentang penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka di dalam kelas, kekerapan penggunaan teknologi, pengetahuan serta
minat guru, rasional terhadap hasil temubual dan beberapa perkara yang mempunyai kaitan di
antara teknologi dan amalan guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Syed Ismail & Ahmad Subkhi (2010), kemajuan penggunaan teknologi
terutamanya teknologi ICT dlam pengajaran dan pembelajaran boleh menjadaikan
persekitaran pembelajaran di sekolah lebih cnggih, futuristic dan sesuai dengan perubahan era
teknologi maklumat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan
beresan di mana murid akan lebih mudah memahami konsep yang di ajar dan meningkatkan
kualiti persekitaran pembelajaran. Apabila keadaan ini berlaku, pencapian murid secara tidak
langsung akan meningkat.
Sedar akan keupayaan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga tidak
ketinggalan dan telah memperkenalkan pelbagai inovasi teknologi di sekolah-sekolah seluruh
Negara seperti pembinaan makmal computer, pengwujudan pusat-pusat akses, agihan
peralatan ICT seperti computer riba, LCD dan sebagainya, selain penyediaan pelbagai
program atau latihan yang berkaitan dengan teknologi seperti 1BestariNet, EduwebTV dan
Page | 7
program Pembelajaran Maya (VLE). Ketersediaan pelbagai inovasi yang berkaitan dengan
teknologi yang dilaksanakan di sekolah-sekolah ini telah memberikan ruang dan pelung yang
sangat luas kepada guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembeljaran dengan lebih
kreatif dan bermakna. Namun begitu, dalam menilai aspek kejayaan pelaksanaannya dlam
bilik darjah, sikap guru guru menjadi asas kepada pertimbangan guru dalam menyaring serta
kesediaan guru untuk mengambil peluang di atas setiap kelebihan teknologi yang telah
tersedia ada.
Sejauh mana pertimbangan guru untuk melihat kelebihan tersebut melebihi daripada
kaedah yang sedia ada, merasakan ada keserasian dengan amalan-amalan biasa,
kebergunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran serta kesenangan cara penggunaannya.
Kesemua itu menjadi perkara utama yang dipertimbangkan sama ada teknologi tersebut dapat
diterima awal atau guru tersebut lebih memilih untuk mengambil keputusan akan
menggunakannya setelah menerima arahan daripada pihak atasan untuk berbuat demikian.
Sesuatu teknologi yang tersedia ada itu hanya boleh dianggap berjaya apabila guru telah
menerima dan mengaplikasikannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Daripada pemerhatian yang telah saya jalankan secara khusus selama sebulan
terhadap 5 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah saya di dapati kebanyakan
daripada mereka tidak menjadikan penggunaan teknologi sebagai amalan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Malah sepanjang sebulan tempoh pemerhatian secara khusus yang saya
lakukan, hanya guru Bahasa Melayu Tahap 1 ada kalanya menggunakan kad imbasan, objek,
carta dan gambar sebagai bahan bantu mengajar (BBM) mereka. Namun begitu, amalan
tersebut tidak berlaku sepanjang masa. Dari catatan pemerhatian yang dijalankan, 2 orang
guru Bahasa Melayu Tahap 1 hanya menggunakan kada imbasan, objek, carta dan gambar
ketika memulakan sesi pengajaran mereka terutamanya yang melibatkan Tahun 1. Untuk
Tahun 2, kekerapan penggunaan hanya berlaku 3 kali dalam seminggu, manakala bagi Tahun
3 pula digunakan sekali sahaja dalam seminggu. Bag Tahap 2 pula, guru Bahasa Melayu
langsung tidak menggunakan apa-apa teknologi semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Mereka lebih senang mengajar menggunakan kapur putih, papan hijau serta
buku-buku teks KSSR/KBSR yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, saya telah menjalankan temubual
yang dijalankan secara tidak formal dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu di sekolah saya. Soalan-soalan yang ditanya ketika sesi temubual tersebut telah
disediakan oleh saya terlebih dahulu berdasarkan kepada kehendak soalan bagi Kod Kursus
EPP 411 : Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, iaitu :
Page | 8
i. Apakah jenis teknologi digunakan oleh guru Bahasa Melayu ?
ii. Berapa kerap teknologi digunakan ?
iii. Sejauh manakah guru mahir dan minat menggunakan teknologi ?
iv. Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh guru untuk tidak menggunakan
teknologi?
v. Adakah kemudahan teknologi mencukupi ?
Hasil temubual untuk soalan yang pertama, semua guru Tahap 2 seramai 3 orang
memberikan jawapan bahawa mereka lebih gemar menggunakan papan hijau di dalam kelas
sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran mereka, manakala 2 orang guru Bahasa Melayu
Tahap 1 lebih gemar menggunakan 4 bahan teknologi sebagai BBM mereka iaitu kad
imbasan, objek, carta dan gambar-gambar. Ketika diajukan soalan tambahan, kenapa hanya 4
bahan tersebut sahaja dan tidak kepada teknologi yang lainnya. Mereka memberi alasan tidak
mempunyai masa selain tidak tahu menggunakan teknologi yang lainnya seperti peralatan
ICT dan sebagainya. Bagi guru-guru Bahasa Melayu pula, penggunaan papan hijau ketika
mengajar lebih senang dan mudah untuk menyampaikan pengajaran.
Kekerapan penggunaan teknologi pula hanya berlaku pada guru-guru Bahasa Melayu
yang mengajar di Tahap 1 di mana kedua-dua orang guru yang terlibat menyatakan
kekerapan mereka menggunakan teknologi ketika mengajar bergantung kepada topic atau
kemahiran yang hendak disampaikan. Selain daripada itu, kekerapan juga bergantung kepada
keadaan serta keberadaan bahan yang hendak digunakan oleh mereka.
Untuk soalan yang berkaitan dengan kemahiran dan minat menggunakan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran, kesemua mereka menyatakan bahawa mereka sekadar
mengetahui penggunaan teknologi seperti penggunaan peralatan ICT, internet, facebook, blog
dan sebagainya tetapi tidak berminat untuk menggunakannya ketika menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai alasan diberikan oleh guru-guru yang ditemubual
berkaitan soalan yang diajukan ini. Kebanyakan mereka memberikan alasan masa tidak
mencukupi untuk membuat persediaan apabila hendak menggunakan teknologi ketika
mengajar. Ini disebabkan guru-guru terbeban dengan kerja-kerja perkeranian yang terpaksa
dilakukan sepanjang masa terutamanya kerja-kerja yang berkaitan dengan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah, fail-fail panitia, gerakerja kokurikulum dan sebagainya.
Kemudahan capaian internet yang lemah pula menjadi alasan kenapa penggunaan
teknologi terkini seperti internet tidak digunakan sebagai medium bagi mendapatkan
maklumat tambahan atau sebagai bahan rujukan ketika menyampaikan pengajaran. Pihak
Page | 9
sekolah pula tidak mampu menyediakan internet berkelajuan tinggi disebabkan tiada
peruntukan untuk kos penggunaannya yang begitu mahal. Makmal computer tidak dapat
digunakan kerana computer serta kemudahan ICT yang dibekalkan kepada sekolah sudah
tidak berfungsi dengan sepenuhnya. LCD Projector kebanyakannya sudah rosak dan tidak
dapat digunakan lagi.
Setiap kali apabila satu teknologi baru diperkenalkan kepada guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia memang telah menjalankan pelbagai kempen, promosi, bengkel latihan
serta menyediakan modul penggunaan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan penggunaan
teknologi tersebut di sekolah terutamanya yang melibatkan penggunaan ICT. Sungguhpun
penggunaan ICT sebagai contohnya dalam pengajarahn dan pembelajaran sudah lama
diperkenalkan, namun setiap kali suatu bahan atau alatan ICT itu diperkenalkan dalam
pendidikan, ianya menjadi satu kerisauan dan tidak selesa kepada kebanyakan guru. Sikap ini
bukan disebabkan guru yang terlibat menolak penggunaan teknologi yang diperkenalkan
tetapi dengan adanya teknologi yang baru itu bermakna bertambah lagi beban kerja yang
terpaksa ditanggung oleh guru.
Alasan-alasan yang diberikan oleh guru yang ditemubual ini bukan sahaja kepada
mereka atau kepada guru-guru lain di sekolah saya tetapi merupakan alasan yang diberikan
oleh kebanyakan guru-guru di seluruh Negara terutamanya guru-guru yang bertugas di
kawasan luar Bandar. Sebelum ini, guru terpaksa bersengkang mata hingga lewat malam
semata-mata untuk mengisi markah atau pentaksiran secara online. Sungguhpun perkara
tersebut telah diatasi dengan adanya pengisian secara offline tetapi beban tugas guru semakin
bertambah. Bagi guru-guru Tahap 1, selain daripada membuang masa untuk melengkapkan
fail-fail PBS, mereka juga terlibat dengan Program LINUS yang menuntut kesabaran guru
ketika menjalankan aktiviti LINUS tersebut.
Masa rehat guru yang ada sebelum ini boleh digunakan untuk menyediakan BBM
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kini banyak dihabiskan untuk LINUS. Bukan itu
sahaja, pelbagai lagi program yang dicanangkan oleh pihak KPM terpaksa dilaksanakan
mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sehingga hari ini, tugas guru semakin bertambah
dari sehari ke sehari. Dengan perubahan arus zaman globalisasi dan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi yang begitu meluas, tugas guru menjadi semakin mencabar. Guru
merasakan tugas mereka semakin berat kerana mereka perlu menjalankan tugas yang tiada
kaitan dengan tugas hakiki guru iaitu mendidik seperti tugas pengkeranian yang lebih
menjurus kepada tugas pengurusan dan pentadbiran.
Page | 10
NUTP dalam Berita Harian bertarikh 2 April 2010 mendedahkan guru menanggung
beban kerja berganda apabila terpaksa melakukan tugasan dalam skop yang sama berulang
kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim
Pheng berkata senario berlaku apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling yang
mengarahkan guru melaksanakan program tertentu, namun pada masa yang sama mereka
dikehendaki menjalankan lagi program seumpama atas arahan pentadbiran pada peringkat
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), walaupun semua
mengandungi pengisian hampir sama. Hal ini menyebabkan berlaku pembaziran masa dan
menjejaskan tanggungjawab guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain agihan guru tidak seimbang antara jenis sekolah berbeza, kakitangan kumpulan
sokongan dan pentadbiran mengikut bilangan pelajar dan bukan mengikut beban kerja dalam
organisasi sekolah merupakan penyebab beban guru bertambah. Mengikut amalan sekarang,
nisbah antara Pembantu Tadbir sekolah dengan pelajar ialah 1:300 iaitu seorang Pembantu
Tadbir bersamaan 300 pelajar. Akibat pembahagian guru dan Pembantu Tadbir yang tidak
realistik, beban kerja guru menjadi semakin bertambah dan ini merupakan salah satu sebab
tugas-tugas pengkeranian terpaksa dilakukan oleh guru.
Bebanan yang melampau dengan pelbagai isu pelajar dan isu berkaitan profession
yang perlu dihadapi oleh guru seperti masalah disiplin pelajar, kekurangan guru, kekurangan
bilik darjah, konflik peranan, kekaburan peranan boleh menambahkan tekanan guru dan
boleh menyebabkan guru mengambil keputusan untuk berhenti atau bersara awal dari dunia
pendidikan.Jika, situasi ini berlarutan dunia pendidikan akan kekurangan tenaga-tenaga kerja
yang berpengalaman dalam dunia pendidikan. Bukankah ini suatu fenomena yang merugikan
dan memberi impak yang negatif kepada pendidikan negara?
Selain itu, bebanan tugas yang melampau juga boleh kualiti kerja guru berkurang
kerana tidak dapat memberi fokus pada tugasan yang diberikan dengan baik. Tidak dinafikan
ada guru yang mampu memberikan kualiti yang baik walaupun dibebani dengan pelbagai
tugasan. Namun, hanya segelintir sahaja guru yang mampu melakukan pelbagai tugas dengan
baik dalam satu tempoh masa.
Apabila beban tugas guru yang sudah tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya
tekanan emosi atau stres. Menurut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman
guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan,
kemarahan dan kemurungan akibat tugasnya sebagai seorang guru. Bagi pendapat saya, stres
merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh
menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
Page | 11
Selain itu, apabila seorang guru itu, mengalami tekanan kerja, kualiti pengajarannya
juga turut terjejas dan yang menjadi mangsa adalah murid. Adakah guru menjadi seperti “
kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar?”. Murid-murid berhak mendapat ilmu yang
secukupnya daripada guru mereka, namun andai terdapat tugas-tugas yang membebankan
tugas utama guru, sudah pasti tumpuan guru terhadap murid akan terjejas. Selain itu, amat
dikhuatiri jika guru tidak dapat mengawal emosinya terhadap tingkahlaku anak-anak
didiknya, sehingga ada yang memukul atau mengambil tindakankan yang diluar batasan.
Arumugam (1975) menyatakan punca-punca penting bagi ketegangan dan
ketidakpuasan yang dialami oleh guru-guru di Malaysia adalah tugas-tugas pengkeranian
yang banyak. Walaupun guru-guru sebenarnya menolak tugas pengkeranian yang diberikan
kepada mereka, mereka terpaksa menerima dan melaksanakannya.
Beban tugas guru yang terpaksa dipikul ini akan menyebabkan para guru mengalami
ketegangan seperti pendapat yang dikemukakan oleh Payne & Furnham (1987) iaitu di antara
punca yang kerap berlakunya stress di kalangan guru ialah beban tugas bukan mengajar.
Ketegangan yang tinggi di kalangan guru boleh menyebabkan rasa kecewa, agresif, bimbang
dan mengurangkan prestasi kerja. Coldicot (1985) menjelaskan ketegangan yang tidak
terkawal boleh menyebabkan penyakit dan kemerosotan dalam prestasi kerja. Justeru, nilai
kepimpinan yang ada dalam diri seseorang guru itu kadangkala menjadi bercelaru dan tidak
konsisten dan menjadikan reputasi seseorang guru dipandang rendah.
Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal dalam akhbar KOSMO, setiap tahun dianggarkan 22,000
pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10
peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru. Tekanan jiwa ini boleh
menyebabkan seseorang guru itu hilang kawalan diri. Saya merasakan bahawa tindak tanduk
seseorang guru yang kadang kala tidak masuk akal seperti menyuruh murid makan rumput di
padang adalah implikasi daripada tekanan jiwa. Jelaslah bebanan kerja yang melampau boleh
menyebabkan nilai kepimpinan dan keprofesionalan guru itu akan terjejas. Malah, jelas Nor
Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit
kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang dan penyakit
kronik ini sudah pasti akan menyebabkan prestasi pengajaran guru akan terjejas.
Sebagai kesimpulannya, setiap guru mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk
mendidik anak-anak bangsa bagi meuwujudakan generasi yang terbilang bagi mencapai
hasrta Wawasan 2020. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, guru dengan sepenuh ikhlas
cuba menyampaikan segala ilmu pengetahuan dengan cara yang terbaik terutamanya melalui
Page | 12
penggunaan teknologi. Namun begitu, akibat tekanan serta beban kerja yang kian bertambah,
hasrat tersebut terpaksa dipendamkan begitu sahaja.
Page | 13
BAHAGIAN B:
Kesediaan penerimaan adalah penting dan perlu ada pada diri guru di awal setiap
proses pengenalan kepada sesuatu perubahan dan kemudiannya menjadi amalan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di mana kesediaan ini boleh menjadi kayu pengukur sama ada
perubahan tersebut terutamanya penggunaan teknologi tersebut akan diguna atau hanya
sekadar diterima oleh mereka. Kesediaan guru untuk menggunakan kemudahan teknologi
yang dilaksanakan di sekolah ke dalam amalan instruksi guru boleh memberikan kepuasan
murid untuk belajar dan seterusnya dapat membantu memastikan kejayaan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam laporan ringkas ini, saya akan membincangkan dapatan-dapatan daripada hasil
pemerhatian terhadap amalan guru serta temubua yang telah dilakukan antara saya dengan
beberapa orang guru tentang penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mereka di dalam kelas, kekerapan penggunaan teknologi, pengetahuan serta
minat guru, rasional terhadap hasil temubual dan beberapa perkara yang mempunyai kaitan di
antara teknologi dan amalan guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Syed Ismail & Ahmad Subkhi (2010), kemajuan penggunaan teknologi
terutamanya teknologi ICT dlam pengajaran dan pembelajaran boleh menjadaikan
persekitaran pembelajaran di sekolah lebih cnggih, futuristic dan sesuai dengan perubahan era
teknologi maklumat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan
beresan di mana murid akan lebih mudah memahami konsep yang di ajar dan meningkatkan
kualiti persekitaran pembelajaran. Apabila keadaan ini berlaku, pencapian murid secara tidak
langsung akan meningkat.
Sedar akan keupayaan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga tidak
ketinggalan dan telah memperkenalkan pelbagai inovasi teknologi di sekolah-sekolah seluruh
Negara seperti pembinaan makmal computer, pengwujudan pusat-pusat akses, agihan
peralatan ICT seperti computer riba, LCD dan sebagainya, selain penyediaan pelbagai
program atau latihan yang berkaitan dengan teknologi seperti 1BestariNet, EduwebTV dan
program Pembelajaran Maya (VLE). Ketersediaan pelbagai inovasi yang berkaitan dengan
teknologi yang dilaksanakan di sekolah-sekolah ini telah memberikan ruang dan pelung yang
sangat luas kepada guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembeljaran dengan lebih
kreatif dan bermakna. Namun begitu, dalam menilai aspek kejayaan pelaksanaannya dlam
bilik darjah, sikap guru guru menjadi asas kepada pertimbangan guru dalam menyaring serta
Page | 14
kesediaan guru untuk mengambil peluang di atas setiap kelebihan teknologi yang telah
tersedia ada.
Sejauh mana pertimbangan guru untuk melihat kelebihan tersebut melebihi daripada
kaedah yang sedia ada, merasakan ada keserasian dengan amalan-amalan biasa,
kebergunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran serta kesenangan cara penggunaannya.
Kesemua itu menjadi perkara utama yang dipertimbangkan sama ada teknologi tersebut dapat
diterima awal atau guru tersebut lebih memilih untuk mengambil keputusan akan
menggunakannya setelah menerima arahan daripada pihak atasan untuk berbuat demikian.
Sesuatu teknologi yang tersedia ada itu hanya boleh dianggap berjaya apabila guru telah
menerima dan mengaplikasikannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Daripada pemerhatian yang telah saya jalankan secara khusus selama sebulan
terhadap 5 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah saya di dapati kebanyakan
daripada mereka tidak menjadikan penggunaan teknologi sebagai amalan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Malah sepanjang sebulan tempoh pemerhatian secara khusus yang saya
lakukan, hanya guru Bahasa Melayu Tahap 1 ada kalanya menggunakan kad imbasan, objek,
carta dan gambar sebagai bahan bantu mengajar (BBM) mereka. Namun begitu, amalan
tersebut tidak berlaku sepanjang masa. Dari catatan pemerhatian yang dijalankan, 2 orang
guru Bahasa Melayu Tahap 1 hanya menggunakan kada imbasan, objek, carta dan gambar
ketika memulakan sesi pengajaran mereka terutamanya yang melibatkan Tahun 1. Untuk
Tahun 2, kekerapan penggunaan hanya berlaku 3 kali dalam seminggu, manakala bagi Tahun
3 pula digunakan sekali sahaja dalam seminggu. Bag Tahap 2 pula, guru Bahasa Melayu
langsung tidak menggunakan apa-apa teknologi semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Mereka lebih senang mengajar menggunakan kapur putih, papan hijau serta
buku-buku teks KSSR/KBSR yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, saya telah menjalankan temubual
yang dijalankan secara tidak formal dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu di sekolah saya. Soalan-soalan yang ditanya ketika sesi temubual tersebut telah
disediakan oleh saya terlebih dahulu berdasarkan kepada kehendak soalan bagi Kod Kursus
EPP 411 : Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer, iaitu :
vi. Apakah jenis teknologi digunakan oleh guru Bahasa Melayu ?
vii. Berapa kerap teknologi digunakan ?
viii. Sejauh manakah guru mahir dan minat menggunakan teknologi ?
ix. Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh guru untuk tidak menggunakan
teknologi?
Page | 15
x. Adakah kemudahan teknologi mencukupi ?
Hasil temubual untuk soalan yang pertama, semua guru Tahap 2 seramai 3 orang
memberikan jawapan bahawa mereka lebih gemar menggunakan papan hijau di dalam kelas
sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran mereka, manakala 2 orang guru Bahasa Melayu
Tahap 1 lebih gemar menggunakan 4 bahan teknologi sebagai BBM mereka iaitu kad
imbasan, objek, carta dan gambar-gambar. Ketika diajukan soalan tambahan, kenapa hanya 4
bahan tersebut sahaja dan tidak kepada teknologi yang lainnya. Mereka memberi alasan tidak
mempunyai masa selain tidak tahu menggunakan teknologi yang lainnya seperti peralatan
ICT dan sebagainya. Bagi guru-guru Bahasa Melayu pula, penggunaan papan hijau ketika
mengajar lebih senang dan mudah untuk menyampaikan pengajaran.
Kekerapan penggunaan teknologi pula hanya berlaku pada guru-guru Bahasa Melayu
yang mengajar di Tahap 1 di mana kedua-dua orang guru yang terlibat menyatakan
kekerapan mereka menggunakan teknologi ketika mengajar bergantung kepada topic atau
kemahiran yang hendak disampaikan. Selain daripada itu, kekerapan juga bergantung kepada
keadaan serta keberadaan bahan yang hendak digunakan oleh mereka.
Untuk soalan yang berkaitan dengan kemahiran dan minat menggunakan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran, kesemua mereka menyatakan bahawa mereka sekadar
mengetahui penggunaan teknologi seperti penggunaan peralatan ICT, internet, facebook, blog
dan sebagainya tetapi tidak berminat untuk menggunakannya ketika menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai alasan diberikan oleh guru-guru yang ditemubual
berkaitan soalan yang diajukan ini. Kebanyakan mereka memberikan alasan masa tidak
mencukupi untuk membuat persediaan apabila hendak menggunakan teknologi ketika
mengajar. Ini disebabkan guru-guru terbeban dengan kerja-kerja perkeranian yang terpaksa
dilakukan sepanjang masa terutamanya kerja-kerja yang berkaitan dengan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah, fail-fail panitia, gerakerja kokurikulum dan sebagainya.
Kemudahan capaian internet yang lemah pula menjadi alasan kenapa penggunaan
teknologi terkini seperti internet tidak digunakan sebagai medium bagi mendapatkan
maklumat tambahan atau sebagai bahan rujukan ketika menyampaikan pengajaran. Pihak
sekolah pula tidak mampu menyediakan internet berkelajuan tinggi disebabkan tiada
peruntukan untuk kos penggunaannya yang begitu mahal. Makmal computer tidak dapat
digunakan kerana computer serta kemudahan ICT yang dibekalkan kepada sekolah sudah
tidak berfungsi dengan sepenuhnya. LCD Projector kebanyakannya sudah rosak dan tidak
dapat digunakan lagi.
Page | 16
Setiap kali apabila satu teknologi baru diperkenalkan kepada guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia memang telah menjalankan pelbagai kempen, promosi, bengkel latihan
serta menyediakan modul penggunaan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan penggunaan
teknologi tersebut di sekolah terutamanya yang melibatkan penggunaan ICT. Sungguhpun
penggunaan ICT sebagai contohnya dalam pengajarahn dan pembelajaran sudah lama
diperkenalkan, namun setiap kali suatu bahan atau alatan ICT itu diperkenalkan dalam
pendidikan, ianya menjadi satu kerisauan dan tidak selesa kepada kebanyakan guru. Sikap ini
bukan disebabkan guru yang terlibat menolak penggunaan teknologi yang diperkenalkan
tetapi dengan adanya teknologi yang baru itu bermakna bertambah lagi beban kerja yang
terpaksa ditanggung oleh guru.
Alasan-alasan yang diberikan oleh guru yang ditemubual ini bukan sahaja kepada
mereka atau kepada guru-guru lain di sekolah saya tetapi merupakan alasan yang diberikan
oleh kebanyakan guru-guru di seluruh Negara terutamanya guru-guru yang bertugas di
kawasan luar Bandar. Sebelum ini, guru terpaksa bersengkang mata hingga lewat malam
semata-mata untuk mengisi markah atau pentaksiran secara online. Sungguhpun perkara
tersebut telah diatasi dengan adanya pengisian secara offline tetapi beban tugas guru semakin
bertambah. Bagi guru-guru Tahap 1, selain daripada membuang masa untuk melengkapkan
fail-fail PBS, mereka juga terlibat dengan Program LINUS yang menuntut kesabaran guru
ketika menjalankan aktiviti LINUS tersebut.
Masa rehat guru yang ada sebelum ini boleh digunakan untuk menyediakan BBM
untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kini banyak dihabiskan untuk LINUS. Bukan itu
sahaja, pelbagai lagi program yang dicanangkan oleh pihak KPM terpaksa dilaksanakan
mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sehingga hari ini, tugas guru semakin bertambah
dari sehari ke sehari. Dengan perubahan arus zaman globalisasi dan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi yang begitu meluas, tugas guru menjadi semakin mencabar. Guru
merasakan tugas mereka semakin berat kerana mereka perlu menjalankan tugas yang tiada
kaitan dengan tugas hakiki guru iaitu mendidik seperti tugas pengkeranian yang lebih
menjurus kepada tugas pengurusan dan pentadbiran.
NUTP dalam Berita Harian bertarikh 2 April 2010 mendedahkan guru menanggung
beban kerja berganda apabila terpaksa melakukan tugasan dalam skop yang sama berulang
kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim
Pheng berkata senario berlaku apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling yang
mengarahkan guru melaksanakan program tertentu, namun pada masa yang sama mereka
dikehendaki menjalankan lagi program seumpama atas arahan pentadbiran pada peringkat
Page | 17
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), walaupun semua
mengandungi pengisian hampir sama. Hal ini menyebabkan berlaku pembaziran masa dan
menjejaskan tanggungjawab guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain agihan guru tidak seimbang antara jenis sekolah berbeza, kakitangan kumpulan
sokongan dan pentadbiran mengikut bilangan pelajar dan bukan mengikut beban kerja dalam
organisasi sekolah merupakan penyebab beban guru bertambah. Mengikut amalan sekarang,
nisbah antara Pembantu Tadbir sekolah dengan pelajar ialah 1:300 iaitu seorang Pembantu
Tadbir bersamaan 300 pelajar. Akibat pembahagian guru dan Pembantu Tadbir yang tidak
realistik, beban kerja guru menjadi semakin bertambah dan ini merupakan salah satu sebab
tugas-tugas pengkeranian terpaksa dilakukan oleh guru.
Bebanan yang melampau dengan pelbagai isu pelajar dan isu berkaitan profession
yang perlu dihadapi oleh guru seperti masalah disiplin pelajar, kekurangan guru, kekurangan
bilik darjah, konflik peranan, kekaburan peranan boleh menambahkan tekanan guru dan
boleh menyebabkan guru mengambil keputusan untuk berhenti atau bersara awal dari dunia
pendidikan.Jika, situasi ini berlarutan dunia pendidikan akan kekurangan tenaga-tenaga kerja
yang berpengalaman dalam dunia pendidikan. Bukankah ini suatu fenomena yang merugikan
dan memberi impak yang negatif kepada pendidikan negara?
Selain itu, bebanan tugas yang melampau juga boleh kualiti kerja guru berkurang
kerana tidak dapat memberi fokus pada tugasan yang diberikan dengan baik. Tidak dinafikan
ada guru yang mampu memberikan kualiti yang baik walaupun dibebani dengan pelbagai
tugasan. Namun, hanya segelintir sahaja guru yang mampu melakukan pelbagai tugas dengan
baik dalam satu tempoh masa.
Apabila beban tugas guru yang sudah tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya
tekanan emosi atau stres. Menurut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman
guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan,
kemarahan dan kemurungan akibat tugasnya sebagai seorang guru. Bagi pendapat saya, stres
merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh
menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
Selain itu, apabila seorang guru itu, mengalami tekanan kerja, kualiti pengajarannya
juga turut terjejas dan yang menjadi mangsa adalah murid. Adakah guru menjadi seperti “
kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar?”. Murid-murid berhak mendapat ilmu yang
secukupnya daripada guru mereka, namun andai terdapat tugas-tugas yang membebankan
tugas utama guru, sudah pasti tumpuan guru terhadap murid akan terjejas. Selain itu, amat
Page | 18
dikhuatiri jika guru tidak dapat mengawal emosinya terhadap tingkahlaku anak-anak
didiknya, sehingga ada yang memukul atau mengambil tindakankan yang diluar batasan.
Arumugam (1975) menyatakan punca-punca penting bagi ketegangan dan
ketidakpuasan yang dialami oleh guru-guru di Malaysia adalah tugas-tugas pengkeranian
yang banyak. Walaupun guru-guru sebenarnya menolak tugas pengkeranian yang diberikan
kepada mereka, mereka terpaksa menerima dan melaksanakannya.
Beban tugas guru yang terpaksa dipikul ini akan menyebabkan para guru mengalami
ketegangan seperti pendapat yang dikemukakan oleh Payne & Furnham (1987) iaitu di antara
punca yang kerap berlakunya stress di kalangan guru ialah beban tugas bukan mengajar.
Ketegangan yang tinggi di kalangan guru boleh menyebabkan rasa kecewa, agresif, bimbang
dan mengurangkan prestasi kerja. Coldicot (1985) menjelaskan ketegangan yang tidak
terkawal boleh menyebabkan penyakit dan kemerosotan dalam prestasi kerja. Justeru, nilai
kepimpinan yang ada dalam diri seseorang guru itu kadangkala menjadi bercelaru dan tidak
konsisten dan menjadikan reputasi seseorang guru dipandang rendah.
Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal dalam akhbar KOSMO, setiap tahun dianggarkan 22,000
pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10
peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru. Tekanan jiwa ini boleh
menyebabkan seseorang guru itu hilang kawalan diri. Saya merasakan bahawa tindak tanduk
seseorang guru yang kadang kala tidak masuk akal seperti menyuruh murid makan rumput di
padang adalah implikasi daripada tekanan jiwa. Jelaslah bebanan kerja yang melampau boleh
menyebabkan nilai kepimpinan dan keprofesionalan guru itu akan terjejas. Malah, jelas Nor
Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit
kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang dan penyakit
kronik ini sudah pasti akan menyebabkan prestasi pengajaran guru akan terjejas.
Sebagai kesimpulannya, setiap guru mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk
mendidik anak-anak bangsa bagi meuwujudakan generasi yang terbilang bagi mencapai
hasrta Wawasan 2020. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, guru dengan sepenuh ikhlas
cuba menyampaikan segala ilmu pengetahuan dengan cara yang terbaik terutamanya melalui
penggunaan teknologi. Namun begitu, akibat tekanan serta beban kerja yang kian bertambah,
hasrat tersebut terpaksa dipendamkan begitu sahaja.
Page | 19
BAHAGIAN C:
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh :
Hari : Rabu
Kelas : 5 Iman
Bilangan Murid : 22 orang
Tema : Keusahawanan
Tajuk : Permainan Saidina
Masa : 10.15 – 11.15 pagi
Standard Kandungan : 1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons
terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan
yang didengar dengan betul.
Standard Pembelajaran : 1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan
respons terhadap arahan berdasarkan ayat
perintah mengikut intonasi yang betul.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini,
Murid berupaya :
i. Mendengar, memahami dan memberi respons
terhadap arahan yang diberikan dengan betul.
ii. Memberi respons terhadap pelbagai ragam ayat
dan bertindak dengan betul mengikut arahan
yang diberikan dengan betul.
iii. Menulis karangan tidak kurang daripada 100
patah perkataan dengan menggunakan ayat-ayat
sendiri mengikut perenggan dan format yang
betul.
Bahan Bantu Belajar : i. Wang Ringgit Malaysia
ii. Gambar-gambar kemewahan
iii. Permainan Saidina
iv. Lembaran Kerja
Page | 20
Langka
h / MasaIsi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan
PembelajaranCatatan
Induksi
Set
5 minit
Ringgit Malaysia
- RM1.00
- RM10.00
- RM20.00
- RM50.00
- RM100.00
Tajuk Pembelajaran :
Keusahawanan
“Saidina “
1. Guru menayangkan
gambar- gambar
kemewahan yang boleh
dimiliki jika mempunyai
wang.
2. Setiap murid
menganggarkan nilai setiap
kemewahan tersebut.
3. Guru kemudiannya
menunjukkan wang kertas
mengikut nilai sebenar yang
ada.
4. Guru kemudiannya
bersoaljawab dengan murid
mengenai kegunaan wang
tersebut tersebut.
5. Guru mengaitkannya
dengan tajuk pengajaran
pada hari ini.
6. Guru menyatakan tajuk
pengajaran hari ini.
BBM
Gambar-gambar
kemewahan
Wang kertas
Ringgit Malaysia
Teknik
- Soal jawab
- Perbincangan
TKP
- Verbal
- Visual
- Interpersonal
BCB
- Bertutur
- Mendengar
Nilai
- Rasional
Langkah
1
10 minit
Peraturan Permainan 1. Guru mengagihkan murid
kepada dua kumpulan
mengikut jumlah yang
seimbang dan sama.
2. Setiap kumpulan diberikan 1
set peralatan permainan
Saidina.
3. Guru memberi penerangan
BBM
Wang Saidina
Kad Saidina
Teknik
- Soal jawab
- Perbincangan
Page | 21
dan arahan mengenai
peraturan serta cara-cara
permainan Saidina tersebut
dimainkan.
4. Murid menyebut syarat-
syarat serta peraturan
permainan tersebut.
5. Murid diminta mematuhi
arahan serta peraturan yang
telah ditetapkan.
6. Kumpulan murid diminta
untuk berbincang dalam
kumpulan dan melantik
seorang ketua yang akan
bertindak sebagai “banker”
TKP
- Verbal
- Interpersonal
BCB
- Bertutur
- Mendengar
Nilai
- Rasional
- Kerjasama
Langkah
2
20 minit
Permainan Saidina 1. Murid di minta berkumpul
dalam kumpulan yang telah
ditetapkan oleh guru.
2. Ketua kumpulan
mengagihkan kad dan
sejumlah wang kepada
setiap ahli kumpulan.
3. Guru mengarahkan
permainan Saidina
dimulakan.
4. Seorang pencatat dari setiap
kumpulan dilantik untuk
mencatatkan mata yang
diperolehi oleh setiap ahli
kumpulan.
5. Sambil bermain, setiap
pemain akan mencatatkan
setiap arahan serta aktiviti
yang dilakukan dalam
BBM
Wang Saidina
Kad Saidina
Teknik
- Perbincangan
TKP
- Verbal
- Interpersonal
- Intrapersonal
BCB
- Bertutur
- Mendengar
- Menulis
Page | 22
permainan tersebut dalam
buku catatan masing-
masing.
6. Guru menjadi pembimbing,
memerhati pergerakan
permainan murid supaya
permainan berjalan dengan
lancar.
Nilai
- Rasional
- Kerjasama
Langkah
3
10 minit
Perbincangan 1. Guru mengarahkan
permainan itu ditangguhkan.
2. Guru kemudiannya meminta
murid menyatakan pendapat
masing-masing mengenai
kebaikan dan keburukan
bermain.
3. Setiap murid mengkelaskan
kebaikan dan keburukan
bermain dala kehidupan
seharian mereka.
4. Wakil setiap kumpulan akan
membacakan kebaikan dan
keburukan yang telah
dicatatkan oleh kumpulan
masing-masing.
5. Guru menjelaskan
kepentingan setiap manusia
mengatur dan menguruskan
masa serta kewangan
masing-masing.
6. Guru mengaitkan masa
dengan emas sebagai salah
satu peribahasa Melayu.
Teknik
- Perbincangan
TKP
- Verbal
- Interpersonal
- Intrapersonal
BCB
- Bertutur
- Mendengar
- Menulis
Nilai
- Rasional
- Kerjasama
Langkah
4
Menulis Karangan 1. Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada
BBM
Page | 23
10 minit “Masa Itu Emas" setiap murid.
2. Guru memberikan panduan
mengenai tugasan yang
perlu dilakukan oleh setiap
murid.
3. Guru meminta murid
menyatakan kepentingan
untuk menggunakan masa
dengan cara terbaik.
4. Setiap murid di minta
menulis karangan bertajuk
Masa Itu Emas
menggunakan hasil
perbincangan sebagai isi
karangan.
5. Guru membimbing murid
menulis karangan tersebut.
Lembaran Kerja
Teknik
- Perbincangan
TKP
- Verbal
- Interpersonal
- Intrapersonal
BCB
- Mendengar
- Menulis
Nilai
- Rasional
- Kerjasama
Penutup
5 minit
Rumusan Isi Pelajaran 1. Guru bersoal jawab dengan
murid mengenai
kepentingan masa.
2. Guru menerangkan kepada
murid bagaimana
merancang masa dengan
baik dan betul.
3. Guru menasihati murid
supaya bijak menggunakan
masa yang terluang dengan
menjalankan aktiviti yang
mendatangkan faedah
kepada mereka.
Teknik
- Perbincangan
TKP
- Verbal
- Interpersonal
- Intrapersonal
BCB
- Bertutur
- Mendengar
Nilai
- Rasional
- Kerjasama
EMK : Keusahawanan – Bijak Merancang
: Kreativiti dan Inovasi
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran 1. Murid memberikan respons yang baik
Page | 24
terhadap arahan yang teah diberikan oleh
guru.
2. Murid menjalankan aktiviti mengikut
arahan yang telah ditetapkan oleh guru.
3. Murid menulis karangan berdasarkan isi
penbincangan yang telah dilakukan.
Refleksi :
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang saya jalankan ini mengambil masa selama
60 minit. Untuk aktiviti kali ini, saya mengambil pendekatan yang agak berbeza di mana
aktiviti pembelajaran berlaku di luar bilik darjah dan dalam keadaan yang santai serta
menyeronokkan.
Tidak banyak persiapan yang saya lakukan untuk sesi pembelajaran kali ini kecuali
perancangan RPH serta peralatan yang digunakan untuk menjalankan proses pembelajaran.
Biarpun tujuan tugasan RPH ini memerlukan saya menonjolkan kepelbagaian teknologi yang
boleh membantu proses pembelajaran tetapi pada pandangan saya, kuantiti penggunaan
teknologi tidak akan memberi kebaikan jika tidak mendatangkan kebaikan kepada
penyampaian pengajaran.
Untuk itu, saya menggunakan pendekatan bermain dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran saya pada kali ini. Tujuannya adalah untuk melatih serta memberi pengajaran
kepada murid-murid saya bagaimana mereka dapat mendengar dan memahami setiap arahan
yang disampaikan dan seterusnya memberikan respons yang sewajarnya kepada arahan-
arahan yang diberikan kepada mereka.
Pemilihan pemainan Saidina sebagai BBM dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ini bertujuan untuk melatih serta membimbing murid supaya dapat memahami
setiap arahan yang terdapat pada petak-petak permainan serta kad-kad cabutan dan seterusnya
murid yang terlibat dapat memberikan respons yang sewajarnya dengan mengikuti arahan
atau ketetapan yang telah ditentukan dalam permainan tersebut. Selain daripada itu,
permainan ini juga dapat melatih murid untuk mengatur perbelanjaan kewangan mereka
dengan bijak sertt mengujudkan satu persaingan yang sihat di antara rakan-rakan di dalam
kumpulan.
Murid begitu teruja dan seronok sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Semua murid mengambil bahagian dengan aktif dan masing-masing telah
Page | 25
menberikan sumbangan yang tersendiri di dalam kumpulan yang mereka menjadi ahlinya.
Murid juga dapat menulis karangan yang diberikan oleh guru kemudiannya dengan baik
sekali. Keseronokan ketika bermain telah mengujudkan suasan yang positif apabila diminta
melakukan aktiviti pembelajaran. Mereka menggunakan masa serta panduan hasil daripada
perbincangan denga begitu baik sekali.
Jelas di sini, dengan menggunakan sedikit sahaja teknologi dalam pengajaran guru
telah dapat mengubah corak penerimaan murid di dlm pembelajaran. Jika kebiasaannya guru
mengajar di dalam kelas, dalam suasana yang biasa dan selalu dialami oleh murid akan
menjadikan murid kebosanan dan tidak dapat menumpukan lebih perhatian kepada pelajaran.
Apabila guru mengubah corak pengajaran dan menyelitkan sedikit bentuk teknologi,
walaupun tidak menggunakan teknoogi yang canggih serta kepelbagaian ICT tetapi telah
dapat mengubah corak pembelajaran murid.
D2 B3 E1
Nama : ………………………………………………. Tahun : ……. Tarikh : ……….
Page | 26
Berdasarkan kepada perbincangan yang telah dijalankan, tulis sebuah karangan yang bertajuk
“Masa Itu Emas” tidak kurang daripada 100 patah perkataan dengan menggunakan ayat kamu
sendiri.
Masa Itu Emas
______________________________________________________________________

GAMBAR-BAMBAR PENGAJARAN PERMAINAN SAIDINA
Page | 27
Page | 28
Page | 29
RUJUKAN
1. Afifah Hamdzah, 2005, Pola Penerimaan Komputer di Kalangan Kakitangan
Organisasi Awam: Kajian Kes Kakitangan Teknikal Majlis Perbandaran Kuantan,
Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
2. Cheah Phaik Kin, 1999, Kadar Penerimaan Internet di Kalangan Pelajar Universiti:
Satu Kajian Kes di Universiti Sains Malaysia, Tesis Sarjana, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
3. Chin Yoon Poh, Ab. Rahman Darus, Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram, 2000,
Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran-
Pembelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.
4. Clements, D.H., 1995, ''Teaching creativity with computers'', Educational Psychology
Review, 7(2): 141–161. Criswell, J.R., 1989, ''Rethinking microcomputer instruction
as part of teacher education reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43.
5. Faharol Razi Shaari, 1998, ''Psikologi kognitif dalam pembinaan bahan pengajaran
pembelajaran berbantukan komputer'', Jurnal IPDA, 5: 38–44. Funkhouser, C., 1993,
''The influence of problem solving software in students’ attitudes about mathematics'',
Journal of Research on Computing in Education, 25(3): 339–346.
Page | 30