Transcript

DISEDIAKAN OLEH PN SUZAINAH RAHMAT

UITM CAWANGAN JOHOR Bil 2/ 2018

Program yang ditaja oleh Hospital Pakar

Regency Seri Alam Johor sempena u lang

Tahun mereka yang ke-8 ini adalah julung-

julung kali diadakan dan bakal berterusan.

Program Khidmat Komuniti Kaunseling ini

melihat peranan 15 orang Siswa dan Siswi

Kelab Peers Kaunselor yang diketuai oleh

Saudara Mohd Syahmi Bin Rosli dan bakal-

bakal graduan berkelulusan Kejuruteraan

dalam bidang Mekanikal, Elektrikal, Kimia,

dan Awam sama-sama turun padang bagi

meraikan Penghuni di Rumah Kanak-Kanak

Mini Ulu Tiram.

“JURUTERA BERJIWA SOSIAL”

Ulu Tiram Johor, 25 November 2017 –

Tersergam indah sebuah Banglo Mewah di

atas bukit kediaman Mewah Ulu Tiram

Johor, telah menempatkan anak-anak

syurga dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Negeri Johor. Keprihatinan Kelab Peers

Kaunselor UiTM Cawangan Johor Kampus

Pasir Gudang yang diasaskan oleh

Pegawai Psikologi Kanan Pn Suzainah

Rahmat telah menjayakan Program Masih

Ada YangSayang di Rumah Kanak -Kanak

Mini Ulu Tiram Johor untuk penghuni yang

berumur sekitar 3 bulan hingga 12 tahun

yang terdiri dari berbilang kaum.

Antara aktviti yang telah dilaksanakan adalah Sukaneka , Pemeriksaan Kesihatan,

Latihan Memberus Gigi, Penyerahan Beg Sekolah, dan Sesi Art Therapy kepada

Penghuni Rumah Mini Ulu Tiram. Program ini telah dirasmikan oleh En Gan Boon

San (Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pakar Regency) dan Datuk Haji Daud

Bin Arbah (Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor) .

Terima Kasih kepada semua kakitangan Hospital Pakar Regency dan Jabatan

Kebajikan Masyarakat Negeri Johor kerana memberi peluang kepada Kelab Peers

Kaunselor UiTM Kampus Pasir Gudang menabur bakti kepada Masyarakat.

Top Related