MENGENALI MURID BERKEPERLUAN KHAS (ETD2323)
TAJUK: Program Sokongan untuk kanak-kanak keperluan khas yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
1- Audiologi2- Terapi cara kerja
Nama Kumpulan:- Norashikin Binti Saeden (3112030691)
Nurain Nadia Binti Mohamad Arif (3112037071)
Nor Shila Binti Azwir (3112036981)
Pensyarah:- En. ABDUL RAHMAN BIN SALIM
PENGENALAN Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua
kanak-kanak untuk diberi pendidikantanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut.Murid berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada:-
a) kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP)
- SindromDown,PerkembanganLewat,Autisme, Hiperaktif,Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,
(b) Kanak-kanak BermasalahPenglihatan
(c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Bagi memenuhi keperluan murid khas berkenaan program
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibentuk adalah fleksibelselaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P),masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
Salvin (1997)
Program yang diperuntukkan atau
ditujukan kepada pelajar-pelajar yang
bermasalah seperti kecacatan
mental, emosi & ketidakupayaan
fizikala atau penambahan kepada
pembelajaran biasa di dalam kelas.
RUMUSAN DEFINISI
Kaedah-kaedah yang dibentuk khusus
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
yang mengalami pelbagai kecacatan atau
kurang upaya.
Merangkumi aspek-aspek pengajaran dan
pembelajaran(P&P), latihan jasmani &
pendidikan yang bertereskan rumah,
hospital & institusi.
KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS
Adalah dikenali sebagai kanak-kanak yang
mempunyai
ciri-ciri kelemahan tertentu:-
Tahap inteleknya rendah
Tidak mempunyai kebolehanuntuk belajar
dalammasa yang singkat
Daya ingatan yang lemah
Daya tumpuan singkat
Lemah dalam 3M (menulis,membaca,mengira)
Kurang yakin dengan diri sendiri, rendah diri,
takut & malu
Emosi mudah terganggu
Masalah tingkah laku
TEORI KEPERLUAN KHAS
Nazar (2000)
Kanak-kanak yang berdepan dengan batasan
keupayaan bagi memperoleh keperluan biasa &
untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal &
mentalnya
Lerner (1998)
Mengkategorikan keperluan khas kepada 2 iaitu:-
- Risiko untuk gagal dalam pelajaran
- Kecacatan mengikut akta dan undang-undang
RUMUSAN KEPERLUAN KHAS
Kurang daya pendengaran
Kurang daya penglihatan
Masalah kerencatan akal
Masalah tingkah laku
Masalah pertuturan
Masalah pintar cerdas
Kurang upaya fizikal
Masalah kesihatan
KATEGORI KEPERLUANKHAS
Masalah fizikal
Masalah mental
Masalah emosi
KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN
PERPADUAN NEGARA & PEMBANGUNAN MALAYSIA
Cacat fizikal
Kerencatan akal sederhana
Kecacatan
- Kecacatan yang tidak boleh kanak-kanak tersebut
belajar di sekolah yang disediakan oleh kementerian
pendidikan malaysia
- Cth:- down sindrom,autism ringan, attention deficit
hyperactive disorder(ADHD), bermasalah
pembelajaran specifik ( DISLEKSIA)
BENTUK KOLABORASI KUMPULAN PELBAGAI DISIPLIN
1. Ibu Bapa
- sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti atau
respon yang tidak normal oleh kanak-kanak
2. Pakar perubatan
- mempunyai pelbagai kepakarandalam bidang
perubatan yang memainkan peranan penting
untuk mendiagnostik & merawat penyakit
kanak-kanak & mengesan punca masalah
kecacatan untuk memulihkan kecacatan
tersebut
3. Pediatrik
- tanggungjawap untuk mendiagnostik atau
merawat penyakit kanak-kanak & mengesan
punca masalah kecacatan untuk pulihkan
kecacatan tersebut
4. Audiologi
5. Terapi cara kerja
TERAPI CARA KERJA Turner, Foster dan Johnson (2002) - mendifinisikan terapi cara kerja ialah latihan
aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur.
NASAM - terapi cara kerja merupakan sejenis
pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. ia tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah
Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) - mendefinisikan terapi cara kerja sebagai aktiviti
pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah.
OBJEKTIF DIJALANKAN
membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik
memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian
KEPENTINGAN TERAPI CARA KERJA
Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik
Meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada
Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur
AKTIVITI TERAPI CARA KERJA
Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, guru pendidikan khas juga boleh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah.
ANTARA AKTIVITI YANG BOLEH DIBUAT IALAH :
Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup
Latihan pravokasional
Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan
Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif
YANG TERLIBAT
yang mempunyai masalah fizikal, emosional atau perkembangan boleh menemui ahli psikiatrik, sekolah atau ibu bapa untuk mana-mana sebab berikut :-
prematurity masalah kelahiran prematurity birth defect spina bifida attention deficit disorder developmental disabilities cerebral palsy
sensory dysfunction autism hyperactivity down syndrome amputation stroke arthritis burns head injury dementia diabetes cardiac conditions
MASALAH YANG DIHADAPI
i. Tidak mendengar arahan Berlaku terutama pada murid autism dan hyperaktif.
Tumpuan jangka pendek menyukarkan pakar terapi atau guru untuk menarik perhatian mengikut masa yang diperuntukkan
Tidak faham arahan yang diberikan
ii. Emosi terganggu Enggan melibatkan diri, dan mudah putus asa dengan
terapi yang diberi Mudah menangis diberi tugasan Bergantung pada persekitaran di rumah
iii. Kemudahan berbeza mengikut sekolah Terdapat sekolah tidak mempunyai prasarana yang
mencukupi
iv. Sensory integration problem (masalah dalam sentuhan)
Enggan disentuh/ trauma apabila disentuh oleh orang luar
Memerlukan masa untuk membiasakan murid Lebih mudah menjerit apabila disentuh
v. Mudah berkhayal diberi tugasan Hidup dalam dunianya sendiri
CARA MENGATASI MASALAH
1. Taktik arahan bermakna Elakkan daripada menggunakan perkataan
yang menjurus kepada arahan Contoh: Membasuh rambut Ajar murid memegang tuala dengan kuat –
Timbulkan soalan:kenapa ya?2. Masalah dalam sentuhan Berkongsi barang dengan menyediakan 2
barang dan biasakan untuk bertukar-tukar barang
Galakkan untuk berkongsi supaya murid belajar menyentuh barangan orang lain
3. Emosi terganggu Tinggalkan aktiviti dengn murid bersendirian dan
lakukan pemerhatian dari jarak jauh. Beri ganjaran sebalik terapi yang dijalankan\ Memaksa secara berkhemah peringkat demi
peringkat 4. Kemudahan perlu dipelbagaikan Guru tidak perlu menunggu peruntukan bahan bantu
belajar, sebaliknya menggunakan kreativiti mencipta bahan bantu belajar
Guru perlu berkolaborasi dengan pakar terapi berkaitan dengan aktiviti yang patut dilaksanakan.
•Persekitaran perlu dipelbagaikan teksturnya. Contoh, lantai kasar,lembut
CARA PELAKSANAAN TERAPI CARA KERJA
1) Terapi cara kerja juga merupakan aktiviti yang menjurus kearah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin.
2) Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
3) Pemulihan cara kerja atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah profesyen kesihatan yang memberi fokus kepada penghakupayaan individu dalam merawat kecederaan , penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif, berdikari dan bermakna.
4) Terapi cara kerja juga merupakan aktiviti yang menjurus kearah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin.
5) Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
6) Guru Pendidikan Khas boleh menerapkan terapi cara kerja kepada murid Pendidikan Khas dengan proses P&P yang dijalankan.
7) Contohnya : terapi ini boleh diterapkan dalam mata pelajaran Pengurusan Diri atau Kemahiran Hidup.
8) Diharapkan dengan terapi yang dijalankan, murid-murid dapat menjalani kehidupan dengan lebih tersusun dan sempurna
KEPENTINGAN TERAPI CARA KERJA
1) Membantu kanak-kanak dalam pekembangan asas seperti mandi, berpakaian, memberus gigi, dan makan sendiri.
2) Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dengan mempelajari teknik-teknik penggurusan emosi. Sebagai contoh, tidak memukul orang lain ketika marah ataupun bertindak ganas bila menghadapi sebarang masalah.
3) Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi kemarahan, seperti menulis tentang perasaan atau menyertai dalam aktiviti fizikal.
4) Mengajar kanak-kanak dengan kecacatan fizikal kemahiran koordinasi yang diperlukan seperti makan sendiri.
5) Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusi roda, peralatan mandi, dan pengurusan pakaian.
6) Menggunakan komputer, atau meningkatkan kelajuan dan keterbacaan tulisan tangan mereka
CONTOH-CONTOH AKTIVITIa) Gelang tangan manikBahan :- Manik ,warna kuning ,warna merah,warna
biru,tali,pembaris,gunting
Masa :- 15 minit
Cara Perlaksanaan:-1. Ukur panjang tali sebanyak 13-15 cm dengan
pembaris.2. Potong benang dengan menggunakan gunting.3. kemudian masukkan tali ke dalam lubang manik satu
demi satu mengikut warna yang disediakan. Penuhkan manik hingga ke hujung tali
4. Akhir sekali, ikat hujung tali untuk membentuk gelang.
b)SandwichBahan :- Roti ,sandwichSardin, Salad, Timun, Sudu,Pinggan
Masa :- 10 minit
Cara Perlaksanaan:-1. Ambil 2 keping roti2. Sapukan sardin diatas roti dengan rata3. Atur timun dan salad yang telah dihiris di atas
inti4. Tindih dengan kepingan roti sandwich dengan
padat5. Sandwich diletakkan di atas pinggan hidang
AUDIOLOGI menurut kamus - kajian keseluruhan tentang pendengaran. Ini
merangkumi kajian tentang anatomi dan fungsi telinga, masalah pendengaran , penilaian dan rawatan kepada orang yang kehilangan pendengaran.
Laman web medical buffalo education- merujuk kepada sains pendengaran. Iaitu mendefinisikan audiologi sebagai satu disiplin yang
melibatkan pencegahan, pengenalan serta penilaian masalah pendengaran, pemilihan dan penilaian alat bantu pendengaran serta habilitasi atau rehabilitasi individu yang mempunyai masalah pendengaran.
pakar audiologi Cik Nazahatul Islia Jamari (Auditori Jabatan Otorhinolaryngology Hospital Sibu)
- audiologi merupakan satu bidang yang berkaitan dengan kajian pendengaran normal dan tidak normal. Ia melibatkan tugas disiplin audiologi yang merangkumi pencegahan, pengenalpastian, penilaian pendengaran , pemilihan serta penilaian alat bantu dengar dan pengendalian program rehabilitasi bagi individu yang mengalami masalah pendengaran.
OBJEKTIF AUDIOLOGI Pengesanan Dan Pemulihan Seawal Mungkin Bagi
Individu/Golongan Yang Mengalami Masalah Pendengaran
Menjalankan Program Rehabilitasi Bagi Individu/Golongan Yang Disahkan Mengalami Masalah Pendengaran
Meningkatkan Kesedaran Masyarakat Terhadap Kepentingan Penjagaan Kesihatan Pendengaran
Mewujudkan Kerjasama Dengan Badan-Badan / Pertubuhan / Institusi Kerajaan Atau Bukan Kerajaan.
UJIAN-UJIAN AUDIOMETRI
1. Ujian audiometri nada tulen Alat fon telinga penghalang bunyi
(Earphone attenuation devices)
Pemasangan fon telinga (Insert earphone )
Bilik kalis bunyi (sound-isolated chambers)
2. Audiometri Konduksi Udara (Air –condition audiometry)
3. Audiometri Konduksi tulang (Bone- Conduction Audiometry)
4. Audiometri Impedens (Impedance audiometric)5. Play Audiometry6. Evoked Respone Audiometry (ERA)7. Tympanometry8. Acoustic Reflex Testing9. Otoacoustic Emission ( OAE )10. Behavioral Observasition Audiometry (BOA)11. VISUAL REINFORCEMENT AUDIOMETRY (VRA)12. Auditory Stedy-State Response ( ASSR )
PERKHIDMATAN AUDIOLOGI
ujian saringan dan ujian diagnostik pendengaran menjalankan rehabilitasi untuk mengenal,
mengetahui, membeza dan memahami bunyi memasang alat bantu pendengaran (ABP) serta
alatan lain yang diperlukan kanak-kanak menasihati tentang penggunaan Assistive
Learning Device (ALD) memberi khidmat nasihat, khidmat sokongan,
konsultasi, latihan kepada ibubapa/penjaga serta guru-guru khususnya dari segi pengendalian dan penyelenggaraan Alat Bantu Pendengaran dan FM Unit.
PENUTUP
Pendidikan Khas di Malaysia akhir-akhir ini pesat membangun bukan sahaja dari aspek bertambahnya bilangan pelajar tetapi juga dari aspek prasarana yang lain seperti pertambahan bilangan sekolah dan kelas, peningkatan bilangan dan kualiti guru, serta peningkatan mutu pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas.. Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki menyediakan kelas pendidikan khas jika adanya permintaan dari masyarakat. Akta yang memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Hal ini menggambarkan bahawa setiap lapisan kita telah memberi perhatian kepada golongan ini.