Download - atikulasi
Kajian Bunyi Bahasa Etnik - Kadazan
Penghasilan Bunyi Bahasa
Sistem Penghasilan Bunyi
1) Paru-Paru (Lungs)
Paru-paru dilindungi oleh tulang rangka dan diampu dibahagian bawahnya oleh oleh diafragma. Semasa
Menghembus udara keluar, paru-paru ditekan dan mengecut, dan apabila udara disedut masuk, paru-paru
pula akan mengembang Otok-otok yang terdapat di antara tulang rusuk dan diafragma banyak membantu
dalam mengekalkan tekanan udara semasa penghasilan bunyi-bunyi bahasa.
2) Larings
Larings terdapat di bahagian atas tengkorak (trachea) dan bersambung dengan paru-paru agar semua
udara yang masuk/keluar dari/ke paru-paru akan melaluinya. Ianya mengandungi rawan-rawan trioid,
krikoid, dan aritenoid. Di sinilah terdapat pita suara yang juga dikenali sebagai glottis. Pita suara
mempunyai dua keping otot dan tisu penyambung yang terbentang antara antara satu sama lain di
bahagian tenggkorak. Pita suara melekat pada tulang-tulang aritenoid. Keadaan glotis atau pita suara yang
berbeza akan menghasilkan bunyi yang berbeza, sama ada bunyi itu bersuara atau tidak bersuara
3) Farings
Farings terletak atas daripada larings. Farinks berbentuk seperti tiub yang kemudian bercabang kepada
dua yang mengarah ke rongga oral (mulut) dan satu lagi mengarah ke rongga nasal (hidung). Farings
bertindak sebagai bekas untuk menampung udara yang mampu menghasilkan getaran berdasarkan
getaran yang berlaku di pita suara. Getaran bersambung dari golia dan terus-menerus hingga ke bahagian
atas farings.
4) Rongga Oral (Mulut)
Rongga ini merupakan bahagian/ organ terpenting kerana ia boleh dipelbagaikan bentuknya untuk
menghasilkan bunyi yang pelbagai.Rongga oral/mulut dibumbungi oleh lelangit. Lelangit di bahagian
hadapan bertulang keras dan melekat serta tidak boleh bergerak. Ianya dikenali sebagai lelangit keras.
Manakala di bahagian belakang dikenali sebagai lelangit lembut. Lelangit lembut boleh digerakkan dan
ianya berfungsi untuk menyekat udara dari keluar melalui rongga hidung. Fungsi lelangit dalam
pengujuran adalah pelindung (foil) kepada lidah dalam pergerakan artikulasi. Anak tekak juga terletak
dalam rongga oral/mulut. Anak tekak ialah daging lembut yang terletak di hujung lelangit lembut dan
peranannya perlu diasingkan daripada lelangit lembut.
Organ yang paling penting yang terdapat dalam rongga oral/mulut ialah lidah. Munurut Nor Hashimah
Jalaluddin (1998),lidah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian besar berdasarkan hubungannya dengan
bahagian lelangit, iaitu ( ketika kedudukan lidah ditempat asal):
i. Daun lidah (Blade)-bahagian yang bertentangan dengan gigI-gusi.
ii. Depan lidah (Front)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit keras.
iii. Belakang lidah (Back)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut.
5) Rongga Nasal (Hidung)
Rongga nasal/hidung merupakan organ yang menghasilkan bunyi-bunyi nasal atau sengau. Apabila pita
suara bergetar, velum diturunkan supaya farings, rongga hidung dan mulut dapat berhubung antara satu
sama lain. Udara yang bergetar akan menghasilkan bunyi-bunyi nasal/sengau. Bungi sengau akan terhasil
apabila pada waktu yang sama udara yang hendak keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara yang
hendak keluar, akan keluar melalui rongga hidung,
Organ/Alat/Saluran Sebutan
a) Pita Suara
Mengandungi glotis yang akan berkeadaan terbuka atau tertutup untuk menghasilkan bunyi-bunyi
bersuara atau tidak bersuara
b) Anak Tekak (Uvulum)
Sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut. Biasanya belakang lidah akan
berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi uvular.
c) Lelangit lembut. (Velum)
Organ yang lembut dan boleh mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung.
Bahagian ini boleh disentuh oleh lidah,khususnya lidah bahagian belakang.
d) Lelangit keras (Palatum)
Merupakan bahagian atas rongga mulut. Jika dirasa dengan lidah, ia berkeadan licin. Selalunya bahagian
tengah lidah akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi [c] dan [j].
e) Gusi-lelangit keras. (Alveopalatum)
Merupakan batas gusi yang terletak di antara gusi dan lelangit keras.
f) Gusi. ( Alveolum)
Merupakan bahagian isi di mana terdapatnya gigi. Bahagian hujung dan daun lidah sering berinteraksi
dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [t] dan [n].
g) Lidah.
Merupakan organ yang paling aktif dan boleh bergerak ke beberapa daerah dan membentuk pelbagai
bentuk. Ia boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu, hujung lidah, daun lidah, depan lidah, belakang
lidah, dan akar lidah. ( Nor’Aini Ismail : 2005).
h) Gigi. (Dental)
Ianya turut membantu dalam penghasilan bunyi. Walaupun gigi atas dan bawah sahaja yang kelihatan dan
sering disebut sebagai organ yang berperanan dalam penghasilan bunyi tetapi sebenarnya gigi depan dan
belakang juga begitu.
i) Bibir. (Labia)
Ianya boleh dirapatkan untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [p] dan [b]
atau dirapatkan ke gigi hadapan untuk menghasilkan bunyi [f] dan [v] atau boleh juga dibundarkan dan
dileperkan untuk menghasilkan vokal.
Bunyi-Bunyi Bahasa
Bunyi-Bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin
(1998), faktor utama dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulsi dan cara artikulasi. Di
samping itu faktor bersuara dan tak bersuara serta juga kedudukan velum (bagi menentukan bunyi oral
atau sengau) memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Manakala
faktor utama dalam klasifikasi bunyi vokal pula ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik lidah dalam
rongga mulut.
Cara Sebutan Bunyi
Menurut Nor ‘Aini Ismail (2005), cara asas menyebut segmen bunyi itu, sama ada segmen vokal atau
konsonan boleh dilihat dari tiga aspek, iaitu:
a) Bunyi oral atau nasal
b) Bunyi bersuara atau tak bersuara.
c) Udara semasa menghasilkan bunyi itu dihalang atau tidak.
a) Bunyi oral atau nasal
Bunyi itu dikatakan sebagai bunyi oral jika udara keluar melalui mulut ketika sesuatu bunyi bahasa itu
disebut. Manakala bunyi nasal berlaku apabila lelangit lembut direnggangkan dari farings dan keadaan ini
akan menyebabkan udara akan keluar melalui rongga nasal.
Contoh;
Bunyi Oral - [s ], [ p ], [ k ].
Bunyi Nasal - [ m ], [ n ].
b) Bunyi bersuara atau tak bersuara.
Bunyi bersuara terjadi apabila udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak rapat. Ketika itu pita
suara akan bergetar. Bunyi tak bersuara pula ialah bunyi yang terjadi ketika udara melalui pita suara yang
bukaan glotisnya agak renggang dan keadaan pita suara ketika itu tidak bergetar
Contoh:
Bunyi bersuara - [v ], [ b ], [ l ].
Bunyi tak bersuara - [ f ], [ p ], [ s ].
c) Udara semasa menghasilkan bunyi dihalang atau tidak.
Penghasilan udara dari papu-paru juga mungkin terhalang sama ada secara penuhnya atau tidak oleh
organ-organ tertentu di dalam rongga pertuturan. Contohnya semasa bunyi konsonan plosive dihasilkan.
Udara mungkin bergerak secara terus menerus tanpa dihalang dalam rongga pertuturan, seperti semasa
menyebut bunyi-bunyi vokal.
Konsonan
Konsonan ialah segmen bunyi yang ketika menyebutnya, udara akan terhalang sama ada secara
sepenuhnya atau tidak di dalam pertuturan dan ianya juga ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal.
Bunyi konsonan boleh jadi bunyi oral atau bunyi nasal, bersuara atau tak bersuara. Menurut Radiah
Yussof (2005), untuk mendeskripsikan sesuatu bunyi konsonan, beberapa aspek boleh digunakan, iaitu:
a. Cara yang utama iaitu oral atau nasal.
b. Cara udara dilepaskan iaitu hentian, letusan, geseran, geteran, sisian, atau geluncuran.
c. Daerah iaitu biladial (dwididir), ladiodental (bibir-gigi), dental (antara gigi), alveolar (gusi), palatal
(lelangit keras), velar (lelangit lembut), uvulur (anak tekak), faringal (rongga tekak), atau gotal (pita
suara).
d. Keadaan pita suara, sama ada bersuara atau tak bersuara.
Titik Artikulasi Konsonan
Titik artikulasi dan artikultor merupakan nadi utama dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Menurut
Nor Hashimah Jalaluddin (1998), terdapat dua belas titik artikulasi yang terlibat bagi menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa (konsonan). Beliau berpendapat titik artikulasi ialah alat tutur manusia yang tidak
boleh bergerak. Ia bersifat statik. Manakala artikulator pula ialah alat-alat tutur yang boleh bergerak
seperti lidah, rahang, lelangit lembut dan bibir. Bibir boleh boleh termasuk dalam titik artikulasi di
samping artikulator. Ini kerana bibir atas boleh dianggap sebagai titik artikulasi sementara bibir bawah
pula boleh dianggap sebagai articulator. Pengelasan ini adalah berdasarkan pada ciri boleh bergerak yang
membezakan antara titik artikulasi dengan artikulator. Titik artikulasi tersebut ialah:
1) Dua bibir
2) Bibir-Gusi
3) Gigi (Dental)
4) Gigi-Gusi (Alveolus)
5) Gelungan ( Refroflex)
6) Lelangit keras – Gigi gusi
7) Gigi Gusi – Lelangit keras
8) Lelangit keras
9) Lelangit Lembut
10) Anak Tekak
Klasifikasi Konsonan
a) Sengau
Bunyi sengau dihasilkan dengan menurunkan velum agar udara dapat melalui rongga hidung dan rongga
mulut. Udara yang melalui rongga mulut akan disekat di titik-titik artikulasi yang tertentu dengan
artikulasi. Contohnya [m], [ŋ ], [η ], [Ν] .
b) Letupan ( Afrikat)
Letupan ialah bunyi yang mengalami halangan udara sebentar dan kemudiannya dilepaskan secara
perlahan ketika menyebutnya. Contohnya [ c ] dan [ j ]
c) Getaran (Tril)
Getaran ialah bunyi yang terhasil apabila udara akan bergetar ketika disebut. Getaran ini disebabkan oleh
getaran lidah atau alat sebutan yang lain. Contoh. [ r]
d) Geseran (Frikatif)
Geseran ialah bunyi semasa menyebutnya, udara yang dilepaskan secara bergeser di sempitan yang
dilakukan oleh dua alat sebutan Contoh [ s ], [ z ], [ f ], [ ],
[ β], [ θ ].
e) Sisian (Lalerar)
Bunyi sisian dihasilkan dengan menaikkan hujung lidah ke arah bahagian belakang gigi dan udara akan
keluar melalui sisi lidah. Contoh [ l ]
f) Tamparan
Tamparan mempunyai persamaan dengan getaran kecuali hujung tidak digetarkan. Hujung lidah
ditamparkan sekali sahaja bagi menghasilkan bunyi tamparan. Contoh [ ſ ] [ R ]
g) Malaran Tak Bergeser
Bunyi ini dikenali juga sebagi bunyi separuh vokal. Ianya ialah bunyi yang ketika menyebutnya
berlakunya penggeluncuran udara. Contoh [ w ] [ y ].
CARA MEMBUNYIKAN SETIAP KONSONAN
a)Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara[p]
1) Dua bibir dirapatkan untuk membuatsekatan penuh pada arus udara dariparu-paru ke rongga mulut.
2) Lelangit lembut dinaikkan kebelakang/ke dinding rongga tekakuntuk membuat sekatan udara dariparu-
paru ke rongga hidung.
3) Pita suara direnggangkan.
4) Udara dari paru-paru keluar ke ronggamulut tanpa menggetarkan pita suara.
5) Bunyi yang dihasilkan ialah letupandua bibir tidak bersuara [p].
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[p] Pason(pesan) Papaazou(memuji) Momogonop(melengkapkan)
b)Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]
1) Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.
2) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara
dariparu-paru ke rongga hidung.
3) Pita suara dirapatkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
5) Bunyi yang dihasilkan ialah letupandua bibir bersuara [b]
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[b] Buuk(buku) Tobitua(rohani) Magantob(menghalang)
c)Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]
1) Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.
2) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk menutup arus
udara ke rongga hidung.
3) Pita suara direnggangkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5) Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.
6) Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[t] Tama’(bapa) Kapatazon (kematian) Kopogovit(membawa)
d)Konsonan letupan gusi bersuara [d]. Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t].
Bezanyaialah:
1) Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.
2) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk menutup
arusudara ke rongga hidung.
3) Pita suara dirapatkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut denganmenggetarkan pita suara.
5) Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d].
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[d] Disido(dia) ada’ (jangan) Mantad(daripada)
e)Konsonan letupan lelangit lembut tidakbersuara [k]
1) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.
2) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menutup arus udara dari paru-paru
kerongga hidung.
3) Pita suara direnggangkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5) Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta.
6) Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[k] Kou(kamu) Zikoi(kami) Pinapapak(disalibkan)
f) Konsonan letupan lelangit lembutbersuara [g]. Cara membunyikannya sama seperti membunyikan
konsonan [k]. Bezanya ialah:
1) Belakang lidah dirapatkan ke lelangitlembut untuk membuat sekatan penuhpada arus udara.
2) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menutup arus udara dari paru-paru
kerongga hidung.
3) Pita suara dirapatkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
5) Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g]
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[g] Gula(gula) Dagai(kami) -
g)Hentian glotis [□]
1) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat
sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.
2) Pita suara dirapatkan sepenuhnya.
3) Arus udara yang keluar dari paru-parudibiarkan tersekat di belakang rapatan pita suara.
4) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara.
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[□] □atatak - tana□(anak)
h)Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č]
1) Hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.
2) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat
sekatan terhadap arus udara dari paru-paru kerongga hidung.
3) Pita suara direnggangkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5) Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan.
6) Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras tidak bersuara [č].
- Tiada dalam bahasa kadazan
i)Konsonan letusan lelangit keras bersuara[j]
1) Hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.
2) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat
sekatan terhadap arus udara dari paru-paru kerongga hidung.
3) Pita suara dirapatkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
5) Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras bersuara [j].
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[j] □alum(jarum) mangangajar(mengajar) -
j)Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]
1) Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
2) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
3) Pita suara direnggangkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkanbunyi konsonan geseran gusi
tidak bersuara [s].
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[s] Soibau(dasar) Iso’(satu) Moboos(berkata)
k)Konsonan geseran gusi bersuara [r]
1) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
2) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
3) Pita suara dirapatkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
5) Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah.
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[r] royoho graasia tagar
l)Konsonan sisian gusi bersuara [l]
1) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
2) Lelangit lembut dan anak tekakdinaikkan ke belakang rongga tekakuntuk menyekat arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
3) Pita suara dirapatkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut denganmenggetarkan pita suara.
5) Arus udara dibiarkan keluar melaluitepi lidah sahaja.
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[l] lahan selajur abal
m)Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]
1) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
2) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke
rongga hidung.
3) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
4) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
5) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[m] montok miampai Oohim
n)Konsonan sengau gusi bersuara [n]
1) Hujung lidah dinaikkan pada gusi/gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
2) Lelangit lembut dan anak tekakditurunkan untuk memberikan laluanarus udara dari paru-paru ke
ronggahidung.
3) Pita suara dirapatkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut terus ke ronggahidung.
5) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[n] Ninavau(terang) Montok(melalui) Minamangun (cipta)
o)Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]
1) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
2) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke
rongga hidung.
3) Pita suara dirapatkan dan digetarkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
5) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan perlahan-lahan.
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[ŋ] Nga’ mangazou potuubung
p)Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [η]
1) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara.
2) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke
rongga hidung.
3) Pita suara dirapatkan dan digetarkan.
4) Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
5) Arus udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan.
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[η] - - -
q)Separuh vokal dua bibir bersuara [w]
1) Bibir dibundarkan.
2) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
3) Lelangit lembut
4) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.
5) Pita suara digetarkan dan lidahbergerak dengan pantas kekedudukan untuk membunyikan vocal
tengah.
Kedudukankonsonan
huruf konsonanhadapan tengah belakang
[w] Winayaan(perjalanan) Tawan(awan) -
r)Separuh vokal lelangit keras bersuara [y]
1) Depan lidah diangkat tinggi ke arahgusi.
2) Bibir dihamparkan.
3) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke
rongga hidung.
4) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk menyembunyikan vokal [ Ə ].
5) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara[j].
Kedudukan hadapan tengah belakang
konsonanhuruf konsonan
[y] - Winajaan(perjalanan) -
3.3 Vokal
Vokal ialah bunyi yang dihasilkan secara lantang dan udara akan bergerak terus menerus dari paru-paru
ke rongga pertuturan tanpa halangan. Bunyi-bunyi vokal melibatkan udara egresif sahaja iaitu udara yang
dihembus keluar semasa menghasilkan bunyi ini. Ketika bunyi-bunyi vokal dihasilkan, tiada sekatan dan
penyempitan berlaku di antara titik artikulasi dengan artikulator.
Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripkan sesuatu vokal, kita perlu menggunakan aspek:
i. Lidah - sama ada tinggi, tengah, atau rendah
ii. Bahagian lidah - sama ada tengah, atau belakang
iii. Keadaan bibir - sama ada neutral, leper atau bundar.
3.3.1 Vokal Sistem Kardinal – Daniel Jones (1956)
Pengelasan vokal yang terbaik adalah berdasarkan vokal system kardinal yang dihasilkan leh Daniel
Jones (1956). Rajah vokal kardinal adalah seperti yang berikut:
Apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal, lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan terpenting.
Lelangit lembut (terutama velum) pula akan menentukan sama ada bunyi vokal itu bunyi atau bunyi
sengau.
Lidah boleh memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang
berbeza. Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepada
dua paksi iaitu yang mendatar dan yang menegak. Bahagian mendatar ialah dari depan ke belakang mulut
sementara yang menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut.
Terdapat empat bahagian bagi paksi menegak, iaitu:
i. Bahagian sempit/tinggi
ii. Bahagian separuh sempit/tinggi
iii. Bahagian separuh luas/rendah
iv. Bahagian luas/rendah
Paksi menegak ini bermula dari dari lantai lidah hingga ke atas iaitu ke bahagian lelangit. Tinggi atau
sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampar dengan bumbung mulut. Merujuk kepada
mendatar, tiga titik mendatar itu ialah kedudukan depan, tengah dan belakang lidah. Selain lidah, bibir
turut memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi vokal. Bentuk bibir boleh dibahagikan
kepada bundar dan hampar. Bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal
belakang. Manakala bentuk hampar akan terjadi apabila bunyi-bunyi vokal depan dibunyikan .
Vokal juga merupakan bunyi bersuara iaitu ketikadihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan
melalui rongga tekakdan rongga mulut tanpa sebarang gangguan.Vokal seperti di bawah boleh
dibahagiakankepada tiga bahagian iaitu:
a) Vokal hadapan
b) Vokal tengah
c) Vokal belakangKedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah dibawah :
Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah dibawah :
Berdasarkan kepada gambar rajah diatas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut
bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah,
bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah
merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi
dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal.
CARA MEMBUNYIKAN SETIAP VOKAL
a) Vokal depan sempit
1) Keadaan bibir hampar.
2) Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak menyentuh
lelangit keras.
3) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
4) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
5) Pita suara digetarkan.
Contoh perkataan:
Kedudukanvokal
huruf vokalhadapan tengah belakang
[i] i(yang) Insiano(kasihani) Iti(ini)
b) Vokal depan separuh sempit [e]
1) Keadaan bibir hampar.
2) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gigi gusi.
3) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung
.4) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
5) Pita suara digetarkan.
Contoh perkataan:
Tiada dalam bahasa kadazan
c) Vokal depan separuh luas [ƹ]
1) Keadaan bibir hampar.
2) Depan lidah dinaikkan separuh rendahke arah gigi gusi.
3) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung.
4) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
5) Pita suara digetarkan.
Kedudukanvokal
huruf vokalhadapan tengah belakang
[ƹ] - Kƹ’ƹk(kek) -
d) Vokal depan luas [a]
1) Keadaan bibir hampar.
2) Depan lidah diturunkan serendah yang mungkin.
3) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung.
4) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
5) Pita suara digetarkan.
Kedudukanvokal
huruf vokalhadapan tengah belakang
[a] Aiso’(tiada) Ngaan(nama) Kalaja’(kerja)
e) Vokal belakang sempit [u]
1) Keadaan bibir bundar.
2) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh
lelangi tlembut.
3) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung.
4) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
5) Pita suara digetarkan.
Kedudukanvokal
huruf vokalhadapan tengah belakang
[u] Umbal(cuba) Tuhun(orang) Noongou(mendengar)
f) Vokal belakang separuh sempit [o]
1) Keadaan bibir bundar.
2) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh
lelangit lembut.
3) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung.
4) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
5) Pita suara digetarkan.
Kedudukanvokal
huruf vokalhadapan tengah belakang
[o] Oi(wahai) Kotohuadan(bersyukur) Ginavo(hati)
g) Vokal belakang separuh luas [Ↄ]
1) Keadaan bibir bundar.
2) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah.
3) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung.
4) Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
5) Pita suara digetarkan.
Kedudukanvokal
huruf vokalhadapan tengah belakang
[Ↄ]Onsikou (berterima-
kasih)Hongon(tangan) Toimoo(terima)
h) Vokal tengah [ Ə]
1) Keadaan bibir antara hampar denganbundar.
2) Tengah lidah dinaikkan ke arahlelangit keras tetapi tidak sampaimenyentuh lelangit keras.
3) Anak tekak dan lelangit lembutdinaikkan bagi menutup ronggahidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung.
4) Udara dari paru-paru keluar melaluirongga mulut.
5) Pita suara digetarkan.
- Tiada dalam bahasa kadazan
Diftong
Bunyi diftong berkait dengan vokal, ini adalah kerana bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang
hadir serentak. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), bunyi diftong terhasil apabila vokal hadir
selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa
menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi
diftong menjadi bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja.
Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/ dan /au/.
Bunyi /i/ akan menggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya. Begitu juga
bunyi /i/ pada diftong /oi/ dan /u/ pada diftong /au
Ia juga merupakan 2 bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada bunyi yang lain.
Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan.
Contoh :
[ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi [ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi
[ oi ] = vokal depan tinggi + vokal belakang tinggiKedudukan
konsonanhuruf konsonan
hadapan tengah belakang
[ai] Aiso’(tiada) Baino(sekarang) Napatai(mati)
[au] Au’(tidak) - Diau(dia)
[oi] Oilan(tahu) Koikot(tiba) Zikoi(kami)