Download - ASSGMNT RBT
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
1.0 PENGENALAN
Pada zaman Melayu Melaka, mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai
pedagang, kemudian dikenali sebagai peniaga pada tahun 90-an. Perkataan usahawan dalam
bahasa Inggeris ialah ‘entrepreneur’. Perkataan ini berasal dari perkataan Perancis iaitu
‘entreprendre’ yang membawa maksud memikul tugas atau tanggungjawab.
Menurut kamus dewan edisi keempat, usahawan ditakrifkan sebagai orang yang
mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai
pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan
berniaga secara besar-besaran. Usahawan juga boleh didefinisikan sebagai orang yang
meneroka sesebuah perniagaan, memajukan , membangunkan perniagaan tersebut dan
mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburinya.
Keusahawanan ialah proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan
memperuntukan masa dan usaha yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, risiko
psikologikal dan risiko sosial serta mendapat ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk
kewangan, kepuasan diri dan kebebasan (Hisrich dan Peter ,1998). Keusahawanan merupakan
satu proses mengembleng sumber-sumber seperti tanah, modal, bahan mentah, sumber
manusia, teknologi dan maklumat oleh usahawan secara kreatif dan inovatif untuk
menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang
yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai ciri-
ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko
yang telah diperhitungkan , bijak mengambil peluang dan lain-lain. Manakala keusahawanan
ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Secara ringkasnya, boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang
bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan
ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses
mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati. Ianya juga
merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan
yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan.
1
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
1.1 Banding Beza Peniaga dan Usahawan
Sebenarnya, peranan seorang usahawan amat berbeza daripada seorang peniaga.
Berikut merupakan beza banding antara seorang peniaga dan usahawan.
Jadual 1 : Banding Beza Peniaga Dan Usahawan
USAHAWAN PENIAGA
Seorang usahawan juga merupakan seorang
peniaga.
Seorang peniaga tidak semestinya
seorang usahawan.
Usahawan sentiasa untuk mencipta sesuatu
yang baru dan menarik.
Peniaga hanya bergiat untuk pasaran
sedia ada.
Usahawan sentiasa berusaha mencipta sesuatu
yang baru dan menarik.
Peniaga menjual keluaran sedia ada.
Usahawan melakukan pembaharuan dan
mempeluaskan pasaran barangnya.
Peniaga hanya melakukan kegiatan
jual beli.
Usahawan mementingkan pembangunan
masyarakat dan negara di samping keuntungan.
Peniaga mementingkan keuntungan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Objektif Umum :
I. Untuk mengenalpasti usahawan yang berjaya dalam perniagaan.
II. Untuk mengenalpasti ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya.
III. Menyenaraikan dan menghuraikan manfaat hubungan antara usahawan
dengan komuniti.
IV. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan
keusahawanan.
V. Menghuraikan konsep dan dimensi jaringan usahawan.
2
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
2.2 Objektif Khusus :
I. Untuk mengenal pasti latar belakang perniagaan, kewangan perniagaan,
pemasaran dan perakuanan perniagaan.
II. Untuk mengetahui situasi sebenar dan pengalaman seseorang usahawan
yang berjaya melalui temu bual.
III. Untuk menghasilkan laporan yang lengkap yang merangkumi latar belakang
perniagaan, kewangan perniagaan, pemasaran dan perakaunan
perniagaan.
IV. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan guru pelatih
mengenai ilmu perniagaan dan keusahawanan. Kedua-dua bidang ini kelihatan seperti
sama tetapi berbeza dari segi fokus utamanya. Fokus utama perniagaan ialah seseorang
yang menjalankan aktiviti pembelian dan penjualan barang atau perkhidmatan untuk
mendapatkan keuntungan semata-mata. Manakala keusahawanan pula seseorang yang
mencari idea baru dan merebut peluang perniagaan dalam menjalankan perniagaan.
Justeru itu, kehendak tugasan ini memerlukan guru pelatih menemubual seorang
usahawan yang berjaya bagi menilai dan meneliti bagaimana seorang usahawan
menjalankan perniagaannya serta hubungannya dengan komuniti. Selain itu, dilihat juga
dari segi sumbangannya pada masyarakat dan ekonomi negara. Melalui kaedah temubual
ini, guru pelatih dapat mempelajari tentang selok-belok perniagaan dalam situasi yang
sebenar.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Kaedah yang perlu diaplikasikan untuk tugasan ini ialah kaedah temubual. Kaedah
temubual yang saya gunakan ialah temubual secara bersemuka. Kaedah ini memerlukan
saya sebagai guru pelatih bertentang mata dengan usahawan yang menjadi pilihan.
Usahawan yang menjadi pilihan saya ialah Encik Marwan Bin Mokhtar. Sebelum mengatur
temu janji secara bersemuka ini, saya telah terlebih dahulu menelefon beliau bagi mencapai
satu tarikh yang sesuai untuk satu sesi temubual. Tarikh yang dipilih ialah 17 Ogos 2015
3
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
bersamaan hari Isnin bertempat di butik pengantin beliau. Banyak pertanyaan yang saya
utarakan kepada beliau berkenaan dengan pengurusan perniagaannya. Walaupun terdapat
beberapa soalan yang tidak dapat diberi jawapan atas sebab undang-undang syarikat,
namun beliau sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang temubual tersebut.
5.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
V.1 Profil Syarikat
Gambar 1: Papan Tanda Syarikat
Nama Syarikat : Rizwan Bridal Galeery
4
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
Alamat Syarikat
No. Telefon
Tahun ditubuhkan
Jenis Perniagaan
Bilangan Pekerja
: No. 143 & 144b, Persiaran Kota 5/5 Kota Baling Jaya
09100 Baling, Kedah.
: 019-4419462/ 019-4419518
: 2010
: Butik pengantin, solekan dan andaman, pakej perkahwinan
: 5 orang (2 orang tukang jahit, 2 orang jurusolek, seorang
jurugambar)
5.2 Profil Usahawan
Nama
Tarikh Lahir
Umur
Alamat
Status Perkahwinan
: Marwan Bin Mokhtar
: 15 Oktober 1980
: 35 tahun
: Kampung Setol Pulai, 09100 Baling, Kedah
: Berkahwin
5
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
Nama Isteri
Bilangan Anak
Kelulusan Akademik
Pengalaman
: Noor Siahrizah Binti Norizan
: 3 orang
: Pre-Science Uitm
: Bekerja di Bank
Gambar 2: Usahawan
6.0 LAPORAN KAJIAN
Untuk melaksanakan kerja kursus Reka bentuk dan Teknologi (RBT3193E), saya
telah menemubual seorang usahawan yang bernama Marwan Bin Mokhtar pada 17
Ogos 2015. Encik Marwan merupakan seorang usahawan yang telah menubuhkan
Rizwan Bridal Gallery pada tahun 2010. Beliau mempunyai tiga orang anak.
Sesi temu bual yang telah dijalankan ini adalah untuk mendapat beberapa
maklumat penting tentang perniagaan yang dijalankan oleh beliau. Beberapa soalan
telah dirancang dan disoalkan kepada beliau semasa sesi temubual dijalankan. Berikut
merupakan laporan lengkap tentang beberapa aspek perniagaan yang telah dijalankan
oleh beliau.
6.1 Aspek Latar Belakang Perniagaan
Rizwan Bridal Gallery telah ditubuhkan pada tahun 2010. Nama “Rizwan”
merupakan gabungan nama beliau dan isterinya. Jenis perniagaan yang dijalankan
syarikat ini ialah butik pengantin. Terdapat juga perkhidmatan solekan dan andaman
serta pakej perkahwinan. Pada permulaan perniagaan, Encik Marwan telah memulakan
strategi bagi memperkenalkan perniagaan beliau kepada orang ramai. Contihnya
seperti mengiklankan di media massa seperti majalah, meletakkan banner pada tempat-
tempat tertentu serta menyebarkannya di internet. En.Marwan sangat bernasib baik
kerana isteri beliau pernah bekerja di sebuah butik pengantin sebelum memulakan
perniagaan sendiri. Oleh kerana itu, ramai pelanggan yang mengenali isteri beliau maka
6
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
beliau mudah mendapatkan pelanggan. Sebelum ini, En. Marwan bekerja sebagai
pegawai bank. Pengalaman beliau dalam bidang perniagaan sangat cetek sekali. Isteri
beliau yang mempunyai banyak pengalaman. Hal ini kerana, isterinya pernah bekerja
selama hampir lima tahun di butik pengantin bapa saudaranya. Justeru itu, selok-belok
berkaitan dengan perniagaan ini, banyak diuruskan oleh isterinya. En. Marwan lebih
kepada pengurusan kewangan.
Syarikat ini merupakan milikan tunggal dan syarikat persendirian. Perniagaan ini
tidak merupakan perniagaan warisan keluarga. Beliau merupakan pengasas utama yang
menubuhkan syarikat ini. Isteri beliau merupakan orang yang banyak memberi dorongan
kepada beliau untuk mengambil risiko dalam menubuhkan syarikat sendiri. Ini
membuktikan bahawa beliau mempunyai tenaga yang tinggi dan berinisiatif untuk
menjalankan perniagaan sendiri daripada bekerja dengan orang lain. Tambahan pula,
ramai orang yang menjalankan perniagaan ini. Beliau sentiasa melihat ke hadapan
untuk membangunkan perniagaan beliau.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong beliau memilih lokasi Baling untuk
menubuhkan syarikat beliau. Antaranya ialah kedai ini amat berdekatan dengan rumah
beliau. Masa perjalanan dengan kereta dari rumah ke syarikat beliau hanya 10 minit
sahaja. Selain itu, beliau juga mengambil kira dan mengaplikasikan segmentasi
menggunakan asas geografi dan demografi. Asas demografi boleh membahagikan
pasaran kepada kumpulan-kumpulan dengan menggunakan pemboleh ubah yang
menghuraikan tentang individu seperti, jantina, umur, saiz keluarga dan kitaran hayat
keluarga, pendapatan, pendidikan, pekerjaan dan agama. Demografi merupakan satu
asas segmentasi yang paling popular untuk melakukan pemetakan pengguna kerana
keperluan, kehendak dan kadar penggunaan pengguna kebiasaannya berbeza mengikut
demografi mereka.
Untuk mengembangkan lagi perniagaan, beliau berusaha bersungguh-sungguh
dalam mempromosikan perkhidmatan syarikat. Atas usaha beliau dan juga isteri,
perniagaannya menjadi semakin berkembang selepas 5 tahun penubuhannya. Kini,
seramai 5 orang pekerja bekerja untuk membantu pengurusan perniagaanya. Terdapat
dua orang jurusolek, dua orang tukang jahit dan seorang jurugambar. Selain itu, mereka
juga menguruskan hal-hal butik seperti menerima tempahan daripada pelanggan,
menambahbaik koleksi baju pengantin dan sebagainya. Perniagaan syarikat ini semakin
7
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
hari semakin dikenali ramai. Beliau seorang yang amat komited dalam menguruskan
bidang perniagaan.
Kedai ini beroperasi selama 12 jam sehari iaitu dari pukul 9:00 pagi hingga 9:00
malam. Beliau seorang yang amat menepati ketepatan masa dan sentiasa menghargai
masa. Bagi beliau masa itu perlu dikejar agar tidak ketinggalan.
6.2 Aspek Kewangan Perniagaan
Kewangan meliputi aktiviti-aktiviti menguruskan kewangan individu, pertubuhan
peniagaan, pertubuhan bukan peniagaan, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan
kerajaan. Pengurusan kewangan melibatkan beberapa skop yang merangkumi
keseluruhan pengurusan. Contoh skop pengurusan kewangan adalah seperti
pengurusan aset, pengurusan liabiliti, pengurusan modal, pengurusan keuntungan dan
pengurusan risiko.
Pada permulaan perniagaan, beliau telah menyumbangkan wang lebih kurang
RM20,000 sebagai modal permulaan perniagaan. Modal tersebut merupakan wang
simpanannya dengan isteri. Modal tersebut digunakan untuk membeli aset seperti mesin
jahit, kain dan aksesori, iklan dan promosi dan sebagainya. Selain itu, beliau membuat
pinjaman daripada Amanah Ikhtiar untuk pembelian kedai. Selebihnya beliau
menggunakan duit itu untuk membayar sewa bulanan lori.
Dari aspek penyediaan gaji pekerja , beliau sendiri yang akan menyediakan gaji
pekerja. Gaji pekerja dibayar mengikut tarikh mula masuk kerja. Gaji untuk setiap
pekerja akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing. Kenaikan gaji akan
dibuat setiap tiga bulan.
6.3 Aspek Perakaunan Perniagaan
8
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
Seseorang ahli peniagaan perlu menguruskan perakaunan kewangannya
dengan cekap dan teliti. Hal ini bertujuan bagi memastikan seseorang pengusaha itu
mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan (keluar) dan yang diperolehi (masuk)
melalui rekod yang dicatatkan. Seseorang peniaga itu juga perlu berkemahiran dalam
bidang perakaunan bagi membolehkan aliran wang yang masuk dan keluar direkodkan
dengan tepat dan lengkap (melalui penyata-penyata kewangan). Tujuan seseorang
pengurus itu perlu membuat rekod keluar masuk wang yang lengkap adalah untuk
memudahkan pengurus kewangan tersebut membuat keputusan dan menyediakan
belanjawan pada masa hadapan.
Aspek perakaunan merupakan aspek yang amat penting dalam sesuatu
perniagaan. Hal ini disebabkan perakaunan yang lengkap dapat menunjukkan untung
bersih dan stok akhir yang masih terdapat dalam perniagaan tersebut dengan jelas.
Dengan ini, usahawan dapat mengambil pendekatan untuk memajukan lagi
perniagaannya.
Dari segi keuntungan, setiap bulan berbeza keuntungannya. Ini adalah kerana
perniagaan beliau merupakan perkhidmatan perkahwinan. Bulan yang paling banyak
menerima keuntungan ialah pada bulan Mac, Mei, September, November dan
Disember. Bulan-bulan tersebut merupakan musim cuti persekolahan. Pada waktu itu,
ramai pelanggan memerlukan perkhidmatan perniagaannya.
Beliau ada menyatakan bahawa pada tahun lepas pelanggannya seramai 90
orang berbanding pertengahan tahun ini pelanggannya sudah melebihi 150 orang. Ini
menunjukkan bahawa perkhidmatan yang diberikannya dapat menarik ramai pelanggan.
Butik beliau telah mendapat keuntungan setahun lebih kurang RM 150,000
setahun. Keuntungan tersebut disimpan dalam akaun syarikat. Setiap 30% dari
keuntungan itu, beliau agihkan untuk kegunaan sendiri serta keraian pekerjanya.
6.4 Aspek Pemasaran Perniagaan
Pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran dan
perhubungan bertujuan mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan dan kehendak.
Pemasaran juga sebagai satu proses yang menyaksikan seseorang individu atau
kumpulan itu mendapatkan apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui
pembentukan dan pertukaran produk atau nilai dengan orang lain. Aktiviti seperti
9
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
pembangunan produk, penyelidikan, komunikasi, pengagihan, penentuan harga dan
perkhidmatan adalah aktiviti-aktiviti teras pemasaran.
Era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan
mengemukakan produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi
pemasaran. Melalui penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh
menghasilkan produk yang berkualiti, namun untuk memiliki kelebihan kompetitif di
kalangan pesaing dan memerlukan berbagai inisiatif tambahan oleh pemasar. Isu
terpenting mengenai produk ialah produk itu perlu menetapi keperluan, kemahuan dan
harapan pengguna.
Dari segi pemasaran, beliau mengiklankan pakej perkahwinan dalam media
massa seperti majalah. Beliau menawarkan pelbagai pakej seperti pakej bajet dan
eksklusif. Selain itu, pihak syarikat juga mempromosikan perkhidmatannya dengan
menggunakan ‘banner’. Banner tersebut diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti di
kawasan jalan utama dan kawasan yang sering dikunjungi orang ramai.
Beliau telah mengaplikasikan pemasaran tak berbeza. Pemasaran tak terbeza
memberikan penjimatan kos. Barisan produk yang sempit mengurangkan kos
pengeluaran, kos inventori dan pengangkutan, kos penyelidikan pemasaran serta kos
pengiklanan. Sebenarnya kesukaran timbul dalam membangunkan keluaran atau
jenama yang dapat memuaskan semua pengguna, daripada sinilah timbulnya strategi
pemasaran tak terbeza.
Selain itu, beliau ada menyatakan bahawa kaedah yang sering digunakan oleh
syarikat beliau ialah kaedah “door to door”. Melalui kaedah ini, perniagaannya
bertambah maju. Hal ini disebabkan kaedah ini membolehkan lebih banyak
pelanggan mengenali perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikatnya.
Disamping itu, beliau juga mengaplikasikan laman web untuk memasarkan
perkhidmatan syarikatnya. Dengan ini, pelanggan yang melanggani laman web tersebut
akan mengetahui harga perkhidmatan yang ditawarkan dari semasa ke semasa. Oleh
itu, kaedah ini merupakan kaedah yang amat mudah dalam membantu beliau
memasarkan produk syarikatnya.
Selain daripada perkhidmatan pakej perkahwinan, beliau juga ada
menawarkan perkhidmatan untuk majlis-majlis tertentu seperti jamuan hari raya,
perasmian hiasan meja untuk VVIP dan sebagainya.
10
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
7.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, hasil temubual saya dengan Encik Marwan, saya dapati
banyak pengetahuan baru yang didedahkan kepada saya. Kejayaan sebagai seorang
usahawan yang perlu ditempuhinya dalam menubuhkan syarikatnya. Sikap sabar dan
bertolak ansur dengan situasi yang tidak menentu serta tenang dalam mencari
penyelesaian perlu diterapkan dalam diri seorang usahawan. Seorang usahawan yang
berjaya juga boleh menggunakan jaringan sosial untuk menjalin hubungan kerjasama
bagi mendapatkan maklumat atau perkongsian sumber. Bukan mudah untuk
menubuhkan sesebuah syarikat dengan serba kekurangan terutamanya dari segi modal.
Sebagai seorang usahawan perlulah dilengkapi dengan banyak kemahiran.
Walaupun beliau tidak mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan tetapi beliau
sangat berani dalam menjalankan perniagaannya. Sebagai seorang usahawan perlulah
dilengkapi dengan pelbagai kemahiran. Contohnya, dalam kemahiran berkomunikasi,
pengurusan dan merancang strategi.
Encik Marwan merupakan seorang yang amat bijak, inovatif dan tegas dalam
menguruskan perniagaannya. Beliau tidak pernah berputus asa walaupun
perniagaannya menanggung kerugian pada peringkat awal penubuhan syarikatnya.
Melalui pengurusan yang cekap, beliau dapat berjaya sehingga hari ini.
Saya mendoakan semoga Encik Marwan dan isterinya, Puan Siahrizah sentiasa
berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi. Semoga beliau dan isteri sentiasa
dikurniakan kesihatan yang baik.
11
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
8.0 REFLEKSI
Dipermulaan membuat tugasan ini, saya telah mengalami masalah untuk
memahami kehendak soalan tetapi pensyarah saya, Encik Roslee Bin Osman telah
banyak membantu saya. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan pendapat yang amat
berguna dan efektif dalam membantu saya menyempurnakan tugasan ini. Beliau telah
banyak menerangkan tentang usahawan dan cara-cara menemu bual.
Tugasan ini merupakan satu cabaran yang baru kepada saya kerana saya tidak
mempunyai sebarang pengetahuan asas tentang perniagaan dan keusahawan. Saya
juga tidak mempunyai pengalaman menemubual usahawan. Walau bagaimanapun,
saya telah berjaya menemubual Encik Marwan iaitu seorang usahawan yang berjaya di
tempat saya iaitu Baling, Kedah.
Berdasarkan hasil temuramah saya, saya mendapati tidaklah mudah untuk
berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi tanpa semangat dan keyakinan yang utuh.
Seorang usahawan yang berjaya seharusnya berani menghadapi pelbagai cabaran dan
halangan untuk menjayakan sesuatu bidang yang diceburi. Daya kekuatan mental,
fizikal dan emosi yang tinggi harus ditanam dalam diri seseorang usahawan untuk terus
bertahan di samping terus menangani segala masalah yang dihadapi dengan tabah
sehingga berjaya.
Banyak perkara yang saya peroleh daripada Encik Marwan. Antaranya ialah
beliau menyatakan bahawa dalam menguruskan perniagaan ini sikap yang paling
penting sekali ialah ikhlas. Apabila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu insyaallah
12
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E
segala urusan kita akan lancar. Itulah kata-kata yang dipegang oleh beliau. Selain itu,
beliau ada juga mengingatkan displinkan diri agar dapat mencapai objektif serta berjaya
dalam sesuatu perniagaan. Kita perlu mengingatkan diri untuk terus berusaha walaupun
berdepan dengan pelbagai rintangan. Jangan hanya memikirkan keuntungan. Kita juga
perlu fikir cara-cara untuk berkhidmat dan memberi kepada mereka yang serba
kekurangan.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan sama ada
yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung saya yang telah membantu saya
ketika menyiapkan tugasan ini. Saya berharap saya akan dapat mengaplikasikan ilmu
yang telah saya dapat di dunia sebenar. Terima kasih.
BIBLIOGRAFI.
Kamus Dewan Edisi Ke Empat. (2014)Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
13