Download - Assaiment Al Fiqh 11
. http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2008/08/fiqh-muamalat-konsep-jual-beli-istisna.html
http://www.scribd.com/doc/53162654/JUAL-BELI
1 PENDAHULUAN
Jual beli Al-Istisna' merupakan salah satu daripada prinsip-prinsip muamalah Islam yang mana penggunaannya kini diberi nafas baru selepas beberapa kontrak yang sedia ada pada masa sekarang ini seperti Bayc Bithaman Ajil (BBA), jual salam, murabahah, dan sebagainya tidak dapat menampung perkembangan yang pesat di samping permintaan pembiayaan yang semakin bertambah umpama “cendawan yang tumbuh selepas hujan” daripada pelanggan.
Jual beli al-Istisna' ialah tempahan sesuatu barang seperti menempah sepasang baju, sebuah rumah, sebuah katil, dan sebagainya. Ia merupakan satu prinsip kontrak jual beli yang diterima pakai sejak zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat Baginda sehinggalah kini, namun masih ramai yang kurang mengambil perhatian tentang kewujudan prinsip ini. Sehinggakan ada di kalangan masyarakat yang keliru berkenaan dengan prinsip ini.
Dalam kajian ini, penulis akan menjelaskan tentang konsep jual beli al-istisnac mengikut perundangan Islam serta penulis akan membuat perbandingan jual beli al-istisna' menurut fiqh muamalat Islam dengan sistem konvensional yang diamalkan oleh bank-bank pada masa kini. Kita sedia maklum bahawa sistem perbankan konvensional pada masa kini banyak mengeluarkan produk ekonomi yang sama seperti konsep al-istisna', maka di dalam kajian ini penulis akan merungkai segala perspektif yang berkaitan dengan jual beli al-istisna'.
1.2 PENGERTIAN JUAL BELI AL-ISTISNA'
Al-Istisna' dari sudut bahasa telah disepakati ulama bahawa al-Istisna' bermaksud meminta supaya dibuat sesuatu atau menempah sesuatu. Atau pun dengan kata lain, membuat sesuatu berdasarkan apa yang diminta. Dari sudut istilah pula, para ulama berselisih pendapat kerana berbeza fahaman tentang pensyariatannya. Oleh yang demikian , ada di kalangan mereka memberikan definisi al-istisnac secara istilah dan ada yang sebaliknya.
Definisi Al-Istisna' dari segi istilah menurut pendapat fuqaha’ ialah meminta pembuat melakukan sesuatu yang khusus atas cara yang khusus. Atau ia merupakan akad meminta melakukan sesuatu (menempah) atas pekerjaan sesuatu yang telah ditentukan pada tanggungannya yakni kontrak membeli sesuatu apa yang ditempah olehnya kepada pembuat tempahan.
Mazhab Hanafi mendefinisikan Al-Istisna' sebagai akad ke atas barang yang ditempah secara hutang dengan syarat membuat mengikut apa yang diminta. Fuqaha’ Hanafi menggunakan perkataan Istisna' dengan maksud ia dikategorikan sebagai jual beli sesuatu dengan syarat. Bagi mereka jual beli istisna' adalah tidak sama dengan jual beli salam. Begitu juga dengan pendapat
fuqaha’ Hanbali yang berpendapat bahawa al-istisna' tidak sama dengan jual salam. Malahan pula, fuqaha’ Hanbali mendefinisikan perkataan istisnac sebagai jual beli sesuatu dengan syarat.
Manakala fuqaha’ bermazhab Maliki dan Syafici mengkategorikan istisna' sama dengan Bay' al-salam. Konsep al-istisna' sama dengan Bay' salam iaitu kedua-duanya merupakan urusniaga tempahan barang, cuma apa yang membezakan antara kedua-dua prinsip tersebut ialah jenis-jenis barang yang ditempah. Hal ini dilihat bahawa jenis-jenis barang yang ditempah di dalam jual beli salam adalah lebih umum berbanding barang yang ditempah di dalam al-istisnac yang mana tempahan yang diminta berbentuk khusus dan ia tidak semestinya benda yang wujud pada pasaran.
Dapat disimpulkan di sini bahawa al-istisna' merupakan jual beli yang mana seseorang pembeli membuat tempahan sesuatu barang seperti baju, kereta, perabot, dan sebagainya kepada pihak lain. Jual beli ini hukumnya harus.
1.3 HUKUM JUAL BELI AL-ISTISNA' MENURUT FUQAHA’ BESERTA DALIL
Terdapat dua pandangan daripada ulama-ulama fiqh berkaitan dengan pensyariatan kontrak al-istisna'. Golongan yang pertama berpendapat bahawa prinsip istisna' adalah tidak harus berdasarkan kepada qiyas. Manakala golongan kedua pula berpendapat bahawa diharuskan kontrak istisnac ini digunakan di dalam muamalah Islam.
1.3.1 Golongan Pertama Yang Mengharuskan
Ulama bermazhab Hanafi berpendapat bahawa kontrak jual beli istisna' diharuskan berdasarkan konsep al-istihsan kerana kontak tersebut telah menjadi amalan biasa yang dilakukan oleh orang ramai pada setiap masa tanpa sebarang bantahan. Ia juga berperanan memberikan kemudahan urusniaga kepada umat Islam. Secara tidak langsung, wujud satu ijmak di kalangan umat Islam terhadap keharusan akad jual beli al-istisnac. Oleh yang demikian, prinsip qiyas diketepikan kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda:
ضاللة على أمتي تجتمع الMaksudnya: “Umatku tidak berhimpun (bersekutu) atas suatu perkara yang sesat ”
Menurut qiyas tidak diharuskan membuat akad pertukangan kerana ia adalah suatu jual beli yang macdum (jual beli yang tiada barang) ketika akad tempahan dan jual beli yang tiada barang pada waktu akad adalah amat dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W melarang daripada menjual barang yang tidak wujud di sisi manusia.
Dr. Ahmed al-Husadri dalam kitabnya yang bertajuk ‘Ilm al-Iqtisadi pula menambahkan bahawa dalil pensyariatan al-istisna' yang menjadi hujah pegangan mazhab Hanafi adalah melalui hadis mawquf yang disebutkan oleh Abdullah bin Mascud iaitu:
حسن الله عند فهو حسنا المسلمون راه ماMaksudnya:
“Apa yang dilihat oleh umat Islam sebagai baik, maka ia adalah baik di sisi Allah S.W.T ”
Berdasarkan dalil tersebut, maka mazhab Hanafi telah melihat dan menganggap bahawa al-istisna' sebagai harus kerana ia mendatangkan kemaslahatan kepada umat Islam. Ulama Hanafi juga menggunakan hadis periwayatan daripada 'Abdullah Ibn cUmar yang menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah menempah sebentuk cincin yang diperbuat daripada emas.
Di samping itu juga, terdapat ulama yang mengharuskan penggunaan akad istisna' iaitu Imam Zufar (mazhab Hanafi), sebahagian mazhab Maliki, dan Hanbali dengan mensyaratkan jual beli tersebut telah menjadi amalan kebiasaan masyarakat setiap zaman. Dalam akad ini dikenakan syarat yang sama sepertimana syarat yang ditetapkan di dalam jual beli salam. Di antara syaratnya ialah hendaklah menyerahkan semua harganya dalam majlis akad tersebut. Syarat yang ditetapkan oleh mazhab Maliki khususnya mensyaratkan bahawa barang yang hendak ditempah itu mestilah terdiri daripada bahan mentah sejenis yang tidak boleh bercampur dengan jenis-jenis lain bagi mengharuskan kontrak istisnac.
Ulama Syafi'i yang berpendirian bahawa jual beli istisna' tidak harus juga telah memberikan kelonggaran bagi pengamalan istisna' dengan menganggap bahawa akad ini tetap dikira sah sama ada ditentukan waktu bagi penyerahan barangan yang ditempah itu ataupun tidak (yakni diserahkan segera).
Selain daripada hujah terdahulu, terdapat juga ulama yang berpendapat bahawa pensyariatan al-istisnac adalah berdasarkan taqrir ulama dan fuqaha’ setiap zaman bermula selepas kewafatan Rasulullah S.A.W sehinggalah zaman sekarang. Mereka tidak membantah akan urusniaga seperti demikian. Oleh yang demikian, orang ramai mengikut dan mengamalkan jual beli tersebut atas sebab tiada fatwa yang melarangnya.
1.3.2 Golongan Kedua Yang Tidak Mengharuskan
Seperti yang telah dijelaskan oleh penulis bahawa terdapat dua pandangan ulama tentang hukum dan pensyariatan jual beli al-istisna' iaitu satu golongan mengatakan kontrak ini harus dan satu golongan lagi menyatakan sebaliknya. Golongan kedua yang menyatakan bahawa kontrak di dalam jual beli al-istisna' adalah tidak harus terdiri daripada ulama’ mazhab Syafi'i. Mereka berpendapat sedemikian adalah berdasarkan konsep qiyas.
Selain daripada Mazhab Syafi'i, wujud juga ulama yang tidak mengharuskan kontrak ini iaitu sebahagian ulama mazhab Maliki dan Hanbali. Mereka mengaitkan kontrak istisna' dengan kontrak bay' al-salam. Oleh yang demikian, pendapat mereka bagi seseorang yang menempah sesuatu barang perlu mengikut prosedur-prosedur hukum dalam kontrak bay'al-salam. Hal ini disebabkan mereka menganggap bahawa tidak mungkin al-istisnac ini digunakan sebagai akad jual beli kerana ia dilihat merupakan jual beli yang tiada di tangan (bay' al-ma'dum) dan bukannya bayc al-salam.
Hal ini juga diperjelaskan lagi bahawa kontrak tersebut tidak mungkin menjadi seperti kontrak sewaan atau upah kerana ia mengambil upah ke atas kerja yang sememangnya dimiliki dan dilakukan olehnya sendiri (orang yang mengambil upah).
1.4 RUKUN JUAL BELI AL-ISTISNA'
Menurut ulama' mazhab Hanafi dan mazhab Hanbali, rukun-rukun akad al-istisna' ialah ijab dan qabul yakni keredhaan anatara kedua-dua pihak (pembeli dan tukang pembuat tempahan) dan disyaratkan di dalam di dalamnya apa-apa syarat yang terkandung di dalam akad jual beli dan upah. Contohnya seperti lafaz ini: ”Buatkan untukku sepasang baju kemeja” dan tukang jahit menjawab: ”aku terima tempahan ini dan aku akan siapkan”.
Manakala menurut ulama mazhab Maliki pula meletakkan rukun-rukun jual beli al-istisna' sama sepertimana yang terdapat di dalam rukun-rukun akad upahan iaitu:
i) Pihak yang berakad (iaitu terdiri daripada penempah dan tukang)ii) Sighah (iaitu ijab dan qabul)iii) Benda yang diakadkan.
1.5 SYARAT-SYARAT JUAL BELI AL-ISTISNA'
1.5.1 Syarat Pihak yang Berakad
Syarat kedua-dua pihak yang berakad adalah sama dengan syarat pihak yang terlibat di dalam jual beli ('aqd al-bay').
1.5.2 Syarat Sighah
Untuk menjadikan akad tempahan pertukangan ini sah, maka dikenakan beberapa syarat iaitu:
1) Menjelaskan jenis benda yang mahu dibuat, dibentuk, kadar, dan sifatnya kerana ia merupakan barangan jualan yang wajib dimaklumi oleh kedua-dua pihak. Maklumat-maklumat tentang ciri-ciri barang yang ditempah diperoleh ketika majlis sighah berlaku.
2) Hendaklah ia menjadi perkara yang biasa dilakukan di kalangan manusia seperti menempah kasut, bangunan, rumah, dan sebagainya.
3) Mestilah ia tidak dibataskan dengan waktu yang tertentu ketika majlis akad istisnac berlangsung. Sekiranya penyerahan barang yang ditempah itu ditetapkan tempohnya, ianya akan bertukar menjadi akad akad jual beli salam. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa jika terdapat penetapan waktu penyerahan barang yang ditempah tersebut, maka telah gugur hak untuk kedua-dua pihak melakukan khiyar apabila tukang pembuat telah menyerahkan barang yang ditempah itu di dalam akad tersebut.
Pendapat di atas tidak dipersetujui oleh As-sohibani iaitu Imam Abu Yusuf dan Muhammad Al-Syaibani yang mana mereka berpendapat bahawa semua yang dinyatakan oleh Imam Abu Hanifah itu tidak menjadi syarat kepada akad kontrak isitisnac. Bagi pandangannya, akad tersebut tetap dikira sebagai tempahan (istisna') sama ada ditentukan tempohnya atau tidak
kerana beliau mengambil kira maslahah dan adat yang telah menjadi kebiasaan serta amalan masyarakat.
Penulis di sini bersetuju dengan pendapat yang kedua yang didokong oleh As-sohibani adalah selaras dengan tuntutan kehidupan yang praktikal kerana kemaslahatan umat Islam harus diutamakan di dalam muamalat Islam khususnya.
1.5.3 Syarat Benda yang diakadkan
Menurut fuqaha’ Hanafi, mereka berselisih berkenaan dengan syarat benda yang diakad sama ada ia berbentuk ’ain sesuatu barang atau ia merupakan perkhidmatan. Maka jumhur fuqaha’ hanafi berpendapat bahawa hendaklah disyaratkan barang yang mempunyai cain dijadikan barang yang diakadkan. Hal ini disebabkan kalau jual beli istisnac pada ain dan telah disiapkan tempahan oleh pembuat tempahan atas apa yang diminta oleh penempah, maka kesempurnaan tempahan yang dibuat oleh tukang adalah masih di dalam tempoh akad sehinggalah penempah tidak menolak cain hasil tempahan kecuali dengan khiyar ru’yah. Mereka juga bersetuju berpendapat bahawa jual beli istisnac menjadi sabit padanya bagi penempah (pembeli) membuat khiyar ru’yah.
Sebahagian fuqaha’ Hanafi berpendapat bahawa barang yang dijadikan akad di dalam jual beli istisnac merupakan perkhidmatan. Hal ini disebabkan akad terbina atas perkhidmatan. Walaupun dijadikan akad istisnac sebagai akad perkhidmatan, namun bagi mereka ia diharuskan.
Pada pendapat penulis hanya beranggapan bahawa kedua-duanya yakni barang dan perkhidmatan adalah harus digunakan di dalam akad jual beli istisnac. Pada zaman yang kian canggih ini, kita tidak dapat menolak kemungkinan tempahan perkhidmatan juga menjadi suatu urusniaga seperti menempah perkhidmatan membaiki komputer, menempah perkhidmatan sekuriti keselamatan, dan lain-lain lagi. Penulis berasakan ia juga suatu keperluan bagi umat Islam kini.
BAB II
APLIKASI JUAL BELI ISTISNAC DALAM SISTEM PERBANKAN
2.1 MEKANISME JUAL BELI ISTISNAC
Pengamalan kontrak jual beli al-istisnac di Malaysia merupakan satu kemudahan pembiayaan yang praktikal dan ideal serta menepati kehendak pelanggan masa kini. Ia selaras dengan prinsip yang diterapkan di dalam muamalah Islam. Selain itu juga, pengamalan kontrak jual beli istisnac banyak membantu kepada perkembangan ekonomi negara. Terdapat banyak pembinaan perumahan dan infrastruktur yang menggunakan kemudahan ini.
Di dalam perbankan Islam di negara kita khususnya Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah menyediakan suatu kemudahan mekanisme pembiayaan moden yang diaplikasikan dan diamalkan kontrak melalui prinsip kontrak jual beli al-istisnac. Kemudahan yang menawarkan kemudahan tersebut dikenali sebagai kemudahan istisnac (Istisnac Facility).
2.2 ISTISNAC FACILITY (KEMUDAHAN ISTISNAC)
Istisnac Facility merupakan satu kemudahan jual beli mengikut pesanan ataupun tempahan oleh pembeli atau penempah sesuatu barangan. Ia merupakan satu produk yang ditawarkan oleh BIMB kepada pelanggannya yang asalnya ingin membuat pinjaman. Namun sepertimana yang kita sedia maklum bahawa di dalam perundangan Islam, prinsip yang boleh digunakan bagi perkhidmatan pinjaman hanyalah kontrak Qard Al-Hasan .
Hasil daripada perbincangan dan penelitian yang dibuat oleh Majlis Pengawasan Syariah dan individu-individu yang berkelayakan dalam bidang ekonomi dan keagamaan, maka pihak bank bersetuju mengeluarkan satu kemudahan kepada pelanggannya iaitu Istisnac Facility.
Konsep asas Istisnac Facility ialah bank akan membeli hak milik sesuatu aset yang sedang dalam proses pembinaan daripada pelanggan mengikut kontrak pembinaan antara pihak pelanggan dengan pihak pembekal atau kontraktornya, dan seterusnya hak milik kepada aset tersebut dijual balik kepada pelanggan dengan harga jualan yang meliputi harga belian dan margin keuntungan. Pelanggan akan membayar harga jualan melalui ansuran mengikut tempoh yang dipersetujui.
Dalam pengamalan hariannya, pihak BIMB telah mengubahsuai skim pinjaman penyambung (Bridging Loans) yang dikeluarkan oleh bank-bank konvensional dan juga kontrak al-istisnac. Kemudian menjadikan kedua-duanya sebagai satu kaedah pembiayaan perbankan terhadap kemudahan Istisnac. Ia adalah lebih kepada berbentuk pembiayaan sementara.
Kemudahan Istisnac (Istisnac Facility) yang dikeluarkan oleh BIMB adalah untuk membiayai projek-projek tertentu sahaja yang mana ianya diiktiraf dan mematuhi syarat-syarat kontrak istisnac. Pembiayaan tersebut di antaranya ialah:
1) Pembiayaan untuk projek perumahan2) Pembinaan bangunan untuk tujuan komersial atau industri3) Projek komersial seperti jalan raya, bangunan, dan sebagainya4) Lain-lain projek.Perlu disebutkan di sini bahawa kemudahan istisnac yang ditawarkan oleh BIMB kebiasaannya urusniaga tersebut digabungkan dengan kontrak-kontrak dan kemudahan-kemudahan lain yang dikeluarkan oleh pihak bank. Ia bukanlah satu kemudahan yang berdiri sendiri tanpa ada sokongan kontrak lain. Gabungan ini ternyata memberikan lebih banyak kebaikan dan kemudahan kepada pihak yang berurusniaga sama ada pihak bank, pelanggan, dan lain-lain yang terlibat. Mereka berpendapat bahawa apabila ia dibuat di dalam kontrak yang berasingan, maka kos pengeluaran kemudahan tersebut akan meningkat. Malahan pula, prosedur pengeluarannya juga bertambah rumit dan memakan masa yang lebih lama.
Oleh yang demikian, gabungan Istisnac Facility dan Bayc Bithaman Ajil adalah dikira pasangan
dan gabungan ideal yang biasa diamalkan pleh pihak bank. Praktiknya, kedua-dua kontrak tersebut mempunyai persamaan dan kesinambungan yang lebih efektif berbanding instrumen-instrumen lain.
Konsep asas gabungan tersebut ialah pihak pelanggan akan menempah sesuatu barangan, sebagai contoh seperti pelanggan ingin membeli rumah daripada pemaju perumahan tersebut. Dia kemudiannya akan menemui pihak bank dan pihak bank akan mengeluarkan kemudahan istisnac (Istisnac Facility) di mana pihak bank akan membeli barangan (rumah) tersebut (daripada pemaju perumahan) dan kemudian menjualnya balik kepada pelanggan tersebut. Proses ini dilakukan dengan menggunakan akad tempahan. Manakala cara pembayaran urusniaga tersebut pula akan dilakukan dengan cara bayaran bertangguh (Bayc Bithaman Ajil) secara ansuran ataupun mengikut persetujuan yang telah dicapai oleh pihak bank dan pelanggan.
Namun demikian, urusniaga yang menggunakan kemudahan ini yang biasanya diamalkan oleh pihak bank adalah melibatkan pelbagai pihak. Dalam kemudahan ini, pihak bank biasanya akan menggunakan pembiayaan penyambung (Bridging Financing) seperti yang diamalkan oleh bank konvensional.
Terdapat dua peringkat pembayaran balik bagi penjualan yang dilakukan oleh pihak bank. Peringkat pertama adalah tempoh selama 12 bulan atau 24 bulan yang mana pembiayaan tersebut adalah untuk jumlah pembayaran keuntungan yang diterima oleh pihak bank hasil daripada penjualan kepada pelanggan tersebut. Peringkat kedua ialah peringkat penerimaan bagi jumlah kos asal pembelian. Pengeluaran wang bagi pembelian yang dilakukan oleh pihak bank terhadap projek tersebut akan dibayar mengikut peringkat penyelesaian projek yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh panel arkitek.
Namun demikian, pihak bank berhak untuk memilih harga yang lebih tinggi di antara pembayaran melalui ansuran seperti yang telah diterangkan terdahulu ataupun melalui harga penebusan hak milik. Harga penebusan hak milik adalah harga yang ditentukan apabila datang pihak ketiga yang ingin membeli projek tersebut. Proses ini berlaku dalam proses pembiayaan akhir. Ia berlaku apabila terdapat individu-individu kecil yang ingin membeli rumah yang sedang dibina melalui projek yang sama dijalankan oleh pemaju perumahan yang menggunakan pembiayaan penyambung (Bridging Financing) secara per unit iaitu sebuah-sebuah.
Individu-individu kecil tersebut kemudiannya akan mendapatkan pinjaman daripada pihak bank lain (individu ketiga). Bank tersebut pula sebagai sekuriti kepada pinjaman tersebut akan menebus hak milik projek tersebut daripada BIMB. Harga penebusan hak milik tersebutlah yang akan dinilai oleh pihak BIMB sama ada memilih bayaran secara ansuran atau harga penebusan hak milik projek (yakni yang mana satu lebih tinggi keuntungannya atau kedua-duanya sekali).
2.3 PERBANDINGAN DAN PERKAITAN DI ANTARA ISTISNAC FACILITY DENGAN PINJAMAN PENYAMBUNG (BRIDGING LOANS)
Walaupun pada hakikatnya kontrak Istisnac itu adalah merupakan salah satu kontrak yang terdapat di dalam sistem muamalat Islam, namun kemudahan istisnac (Istisnac Facility) yang ditawarkan oleh BIMB merupakan hasil pengubahsuaian yang dilakukan terhadap kemudahan pinjaman konvensional iaitu Pinjaman Penyambung (Bridging Loans).
Pinjaman penyambung merupakan satu bentuk pembiayaan jangka pendek untuk menyambung atau menghubungkan jarak antara keperluan tunai segera dengan jangkaan penerimaan tunai di masa hadapan. Ataupun dengan kata lain, seseorang individu itu membuat pinjaman jangka pendek bagi menampung pembelian sesuatu barangan dan dalam masa yang sama juga dia menunggu pulangan hasil keuntungan daripada hasil penjualan yang dilakukannya terhadap barangannya.
Terdapat juga penggunaan istilah lain selain daripada pinjaman penyambung iaitu pendahuluan penyambung (Bridging advance), akan tetapi ia hanya membawa maksud yang sama iaitu wang pendahuluan yang diberikan untuk tujuan membantu seseorang yang menjual asetnya dan membeli sesuatu yang lain.
Kebiasaannya pinjaman ini disediakan kepada pemaju perumahan bagi membiayai projuk perumahan yang dijalankan. Namun terdapat juga orang perseorangan yang menggunakan kemudahan ini. Misalnya, sseorang yang ingin membeli rumah atau apartment, lalu kemudiannya dia memohon kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk sebahagian daripada pembiayaan pembelian rumah tersebut. Sementara menunggu penerimaan wang KWSP tersebut, dia kemungkinan akan membuat pinjaman jangka pendek untuk menampung kesempitan atau kekurangan yang bersifat sementara itu.
Di dalam kes pembangunan perumahan, pemaju perumahan memerlukan pembiayaan bagi modal kerja dalam bentuk pinjaman penyambung untuk membiayai kos pembinaan dan pembiayaan estet perumahan. Pinjaman ini dibayar dari semasa ke semasa atau secara progresif bergantung kepada peringkat kemajuan dan penyiapan projek ini.
Dalam keadaan seperti ini, bank akan memastikan sama ada sebarang persediaan untuk membiayai perbezaan harga jika ada, sudah silakukan dan surat aku janji telah diperolehi jika diperlukan. Pergerakan dana dan pelaksanaan pemprosesan dokumen tersebut dilakukan melalui peguamcara.
Pinjaman penyambung ini biasanya mempunyai perkaitan dengan pembiayaan akhir (end financing). Pembiayaan akhir merupakan komitmen pihak bank kepada pemaju yang sama. Di sini bank bersetuju menyediakan pinjaman perumahan kepada individu yang membeli rumah yang disiapkan oleh pemaju berkenaan. Pinjaman ini dibayar secara progresif berasaskan peringkat penyiapannya. Hasil yang diperolehi daripada pinjaman akhir ini akan digunakan oleh pemaju berkenaan untuk menyelesaikan pinjaman penyambung.
Untuk mempertimbangkan permohonan pinjaman penyambung atau pembiayaan akhir untuk pembangunan perumahan atau harta, bank akan menilai kedudukan dan keupayaan kewangan pemaju dan pihak yang berkaitan seperti arkitek. Mereka juga akan menjalankan kajian yang lengkap tentang keboleh laksanaan dan daya maju projek serta sifat atau syarat cagaran yang
ditawarkan. Namun demikian pihak bank tidak akan memberi pinjaman penyambung ini apabila pihak pelanggan hendak membeli sebuah rumah tetapi tidak ingin membeli rumah yang sedia ada.
Merujuk kepada penggunaan pembiayaan penyambung oleh BIMB dalam kemudahan istisnac, pihak bank merasakan bahawa pembiayaan tersebut mempunyai persamaan dan kesesuaian dengan kemudahan istisnac. Melalui kaedah ini, pihak bank akan membeli dari pelanggan projek yang akan dilaksanakan. Pembelian tersebut dibuat secara konsep tempahan dengan harga yang telah dipersetujui oleh pihak bank dan pelanggan. Kemudiannya, pihak bank akan menjual balik atau aset yang dilaksanakan tadi kepada pelanggan yang mana penjualan tadi yang dibuat secara tempahan juga. Harga bagi jualan tersebut adalah merangkumi harga belian dan kadar keuntungan kepada pihak bank.Pembayaran bagi pembelian balik pelanggan kepada pihak bank akan dilakukan secara ansuran mengikut tempoh masa yang dipersetujui ataupun secara tebus baki jika pihak bank merasakan ia sesuai.
2.4 PROSES PELAKSANAAN ISTISNAC FACILITY
Seseorang yang ingin memohon untuk kemudahan istisnac ini mestilah melalui beberapa peringkat proses yang ditetapkan. Terdapat enam proses bagi kemudahan istisnac iaitu:
2.4.1 Perjumpaan Pelanggan dengan Pihak BIMB
Dalam peringkat pertama ini, pihak pelanggan yang ingin membuat permohonan akan berjumpa pihak bank buat kali pertama dan menyatakan tujuan pembiayaan tersebut. Pihak bank pula akan meminta beberapa maklumat penting mengenai projek dan syarikat (pelanggan tersebut) yang akan mengendalikan projek tersebut. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
1) Latar belakang syarikat dari segi jenis perniagaan, struktur pengurusan, sejarah syarikat, struktur modal.
2) Butir-butir pengurusan iaitu maklumat mengenai latar belakang dan pengalaman Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan yang mengendalikan operasi perniagaan seperti keterangan sesuatu projek termasuk aliran tunai dan andaian, penyata kewangan untuk sekurang-kurangnya 3 tahun terakhir (jika sesuai), unjuran penyata kewangan, akaun untung rugi dan aliran wang tunai beserta andaiannya tentang tempoh kemudahan yang diberikan, tatacara syarikat yang mutakhir, dan lain-lain dokumen.
3) Kemudahan Perbankan seperti senarai kemudahan perbankan yang diperolehi dari BIMB atau bank-bank lain serta terma dan syarat kemudahan.
4) Maklumat mengenai projek yang akan dilaksanakan seperti anggaran jadual pengeluaran harga belian, unjuran aliran tunai dan tempoh masa pembiayaan, unjuran penyata kewangan dan akaun untung rugi bagi tempoh masa pembiayaan, latar belakang projek, lokasi projek, jenis bangunan yang hendak dimajukan, luas kawasan untuk jualan (di dalam kaki persegi), harga jualan (setiap unit), bilangan unit yang akan dibangunkan, fasa pembangunan dan sasaran jualan, senarai perunding yang dipilih (arkitek, juru ukur bahan, dan lain-lain), maklumat kos
pembangunan, dan senarai tempahan yang diterima.
5) Cagaran dari segi jenis dan nilai, laporan penilaian, serta penilaian pasaran dan harga pasaran.
2.4.2 Penilaian Pihak BIMB
Peringkat kedua ialah peringkat di mana pihak BIMB akan membuat kelulusan berdasarkan kertas kerja yang dibuat bagi permohonan tersebut. Pegawai bank akan menganalisa maklumat yang telah diisi dan dikemukakan oleh pelanggan dengan teliti. Proses ini akan menilai projek yang akan dilakukan dan menilai syarikat itu sendiri. Dalam peringkat ini juga pihak bank dan pelanggan akan berunding mengenai pembayaran dan keuntungan yang akan dikenakan serta beberapa perkara lain yang berkaitan sehinggalah pihak bank meluluskan pembiayaan tersebut.
Setelah bank berpuas hati dan meluluskan kertas kerja yang dibuat, maka surat tawaran akan dikeluarkan kepada pelanggan bagi meneruskan proses pembiayaan tersebut ataupun tidak. Berdasarkan kertas kerja yang telah diluluskan itu, sekiranya pelanggan masih lagi tidak berpuas hati, maka rundingan masih dibuka sehinggalah persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak.
Setelah pihak pelanggan dan pihak bank bersetuju dengan rundingan tersebut serta telah menandatangani surat tawaran, maka langkah seterusnya ialah proses mendokumentasikan perjanjian yang berkaitan. Proses ini akan dilakukan oleh peguamcara yang dipilih oleh pelanggan dan biasanya ia terdiri daripada ahli panel guaman BIMB dan diluluskan oleh pihak bank. Dokumen- dokumen yang terlibat iaitu:
i) Perjanjian pembelian istisnac antara pihak bank dan pelanggan.ii) Perjanjian jualan istisnac antara pelanggan dan pihak bank.iii) Dokumen tuntutan untuk jualan istisnac.iv) Dokumen jaminan.v) Surat janji untuk pembelian istisnac.vi) Dokumen perundangan yang lain sebagaimana yang dicadangkan oleh Penasihat Undang-Undang pihak bank.
BAB III
KEBERKESANAN PELAKSANAAN JUAL BELI ISTISNAC
3.1 FENOMENA BARU MENGENAI JUAL BELI ISTISNAC
Pengalaman masyarakat berurusan dengan Cawangan Perbankan Islam sebuah institusi perbankan terbesar negara bagi menyelesaikan urusan pembelian rumah baru-baru ini telah sedikit sebanyak mengundang persoalan di benak penulis akan sejauh manakah Skim Perbankan Islam (SPI) di Malaysia menepati apa yang dikatakan sebagai perbankan berlandaskan Syariah
yang bebas daripada unsur-unsur riba dan unsur-unsur lain yang dilarang oleh agama Islam.
Di Malaysia, bagi pembiayaan perumahan, majoriti bank menggunakan konsep al-baic bithaman ajil (BBA) atau jual harga tangguh.Manakala dalam penentuan kadar keuntungan pula ada dua pendekatan yang digunakan iaitu sama ada menggunakan kadar tetap (fixed rate) atau kadar yang berubah-ubah (floating base financing rates) yang mempunyai kadar siling yang tertentu yang ditetapkan pada awalkontrak.
Dalam amalan BBA sekarang, pelanggan perlu menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) dengan pemaju/penjual dengan membayar 5%-10% wang pendahuluan. Kemudian dia cuba mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank. Jika diluluskan, pihak bank akan membeli hak pelanggan di bawah S&P tadi dan kemudiannya membayar keseluruhan harga aset kepada pihak pemaju atau pembeli sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan pada harga tangguh dan pada kadar untung yang tertentu.Persoalannya sekarang jika rumah tadi masih lagi dalam pembinaan, apa yang dibeli oleh pihak bank dan apa yang dijualnya kembali kepada pelanggan.
Ini kerana dalam Islam sesuatu yang ingin dijual itu perlu wujud dan ada dalam pemilikan penjual pada masa akad dilakukan. Jika barang yang diakad (ma'qud alaih) tidak wujud semasa akad dibuat, ia boleh mewujudkan unsur ketidaktentuan (gharar) tentang kemampuan pihak penjual dalam menyerahkan aset tadi kepada pembeli.
Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi satu akad yang fasid jika penjual gagal menyerahkan ma'qud alaih semasa akad dibuat.Dalam kes BBA (jika benarlah ia bersandarkan konsep jual beli Islam), kontrak tersebut sepatutnya terbatal jika rumah tadi gagal disiapkan atau gagal diserahkan kepada pembeli dalam tempoh yang ditetapkan.
Hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia ialah, walaupun sesuatu projek itu gagal disiapkan atau terbengkalai, pelanggan tetap kena membayar ansuran bulanan atau membayar kadar keuntungan ke atas progressive payment yang telah dibuat pihak bank kepada pemaju atau penjual. Jika benar rumah tadi adalah milik bank (kerana ia telah beli daripada pemaju/penjual sebelum menjualnya kepada pelanggan), bukankah ini sesuatu yang tidak menepati semangat syariah yang berpaksikan konsep adil.
Katakan rumah tadi berjaya disiapkan, bagaimanapun ini belum menjamin pelanggan sudah boleh menarik nafas lega. Hal ini kerana dalam sesetengah kes, kelewatan pihak bank menjelaskan baki harga rumah kepada pihak pemaju (selepas di tolak bayaran pendahuluan yang biasanya sekitar 10% daripada harga rumah) ada kala boleh menyebabkan pihak pelanggan dikenakan kadar faedah (riba) yang ada kalanya mencecah 8%-10% setahun oleh pihak pemaju/penjual. Kunci tidak akan diberikan oleh pihak pemaju selagi bayaran faedah ini tidak dilunaskan oleh pembeli. Bukankah ini adalah tanggungjawab pihak bank untuk menyerahkan kunci kepada pelanggan kerana dalam BBA, bank adalah penjual atau pemilik kepada aset tadi? Begitu juga dengan denda oleh pemaju. Sepatut kos ini ditanggung oleh pihak bank bukannya pelanggan jika terbukti kelewatan pendokumentasian dan pembayaran berlaku di pihak bank itu sendiri.
Apa yang terkandung di dalam S&P sebenarnya lebih mirip konsep istisna' iaitu tempahan.
Istisnac merupakan akad jual beli di mana pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendakinya supaya disiapkan dalam masa yang tertentu dengan harga dan cara bayaran yang ditetapkan. Akad jual beli itu adalah atas barang yang dibuat oleh penjual. Dalam kontrak istisna' akad hanya akan menjadi sempurna apabila penjual menyerahkan barang tempahan tadi kepada pelanggan.
Oleh sebab itu, bagi mengelak kekeliruan dari segi penggunaan konsep dalam pembiayaan perumahan, kebanyakan bank Islam dari Timur Tengah mengamalkan konsep Istisnac dan Ijarah Muntahiya bi al-Tamlik atau Musharakah Muntaniqisah.
Secara ringkasnya melalui konsep Istisnac dan Ijarah Muntahiyah bi al Tamlik, bank akan membeli rumah daripada pemaju dengan menggunakan konsep Istisnac. Kemudian bank akan memajak rumah (yang masih dalam pembinaan) tadi kepada pelanggan untuk suatu tempoh dan kadar sewa yang tertentu. Jika rumah tadi gagal disiapkan pemaju, kontrak tadi akan dibatalkan dan sebarang lebihan sewa (jika ada) akan dipulangkan kepada pelanggan. Jika rumah tadi berjaya disiapkan, kontrak tadi akan berterusan dengan pelanggan akan membayar sewa bulanan kepada pihak bank. Pada akhir tempoh kontrak, pihak bank akan memindahkan pemilikan rumah tadi kepada pelanggan melalui kontrak jualan atau sebagai pemberian.
Manakala melalui konsep Musyarakah Mutanaqqisah, bank dan pelanggan akan menjadi rakan kongsi dalam pemilikan sesebuah rumah. Bank biasanya akan menjadi pemilik saham terbesar manakala pelanggan akan menjadi pemilik minoriti. Sebagai contoh, bank akan membayar 90% daripada harga rumah tadi manakala baki 10% lagi ditanggung pelanggan. Pelanggan akan secara beransur-ansur menguasai saham yang dimiliki oleh bank ke atas rumah tadi melalui bayaran ansuran bulanan (sewa) dan pada akhir tempoh kontrak, rumah tadi akan menjadi milik penuh pelanggan.
Bagaimana pula dengan syarat-syarat lain yang diwajibkan oleh pihak bank kepada pelanggan seperti mengambil perlindungan takaful terhadap diri dan aset tadi. Biasanya bank akan mensyaratkan pelanggan menyertai takaful gadai janji dan takaful pemilik rumah atau takaful kebakaran yang biasanya disediakan secara automatik oleh pihak bank dan perlu dibayar oleh pelanggan.
Pengalaman bapa penulis sendiri memberitahu walaupun mengambil pembiayaan yang dibuat secara BBA atau istisnac, salah satu perlindungan yang diberikan adalah insuran kebakaran dan bukannya takaful kebakaran. Apabila ditanya pegawai pemasaran bank kenapa penulis diberi insurans kebakaran sedangkan urusan dibuat di Cawangan Perbankan Islam, jawapannya adalah acuh tak acuh sahaja. Kononnya polisi dijana secara automatik oleh komputer. Dan perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku kerana syarikat induk bank tadi merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang mempunyai dua buah syarikat takaful di bawah naungannya.
Begitu juga dengan alat-alat pemasaran dan maklumat-maklumat iklan yang digunakan untuk memberitahu pelanggan akan produk yang ditawarkan. Ia seharusnya betul dan tidak mengelirukan. Dalam perbankan Islam, terma pinjaman dirujuk sebagai pembiayaan, terma faedah dirujuk sebagai keuntungan manakala kadar faedah adalah kadar keuntungan. Akan tetapi bank yang penulis berurusan ini menggunakan secara terang-terangan menggunakan terma BLR
(Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas di dalam brosur untuk menyatakan kadar keuntungan yang dikenakan ke atas produk pembiayaan perumahannya. Ini adalah sesuatu yang mengelirukan kerana dalam Sistem Perbankan Islam, BLR (Base Lending Rate) adalah BFR (Base Financing Rate).
Pada dasarnya Sistem Perbankan Islam diwujudkan bagi menyediakan satu ruang bagi masyarakat Islam bermuamalat dalam ruang lingkup yang dibenarkan syariah dan yang paling utama ialah muamalat tadi bebas daripada unsur riba. Akan tetapi, dalam agama Islam tahap pematuhan kepada kehendak Syariah adalah suatu perkara yang tidak dilihat dari segi konsep semata-mata. Agama Islam melihatnya secara keseluruhan.
Begitu juga dalam kes Sistem Perbankan Islam hari ini. Walaupun konsep-konsep yang digunapakai dalam Sistem Perbankan Islam seperti al-wadiah, al-mudharabah, bai al-inah, bai bithaman ajil, al-ijarah dan sebagai adalah konsep-konsep yang terdapat dalam buku-buku fiqh, ia tidak semestinya menunjukkan dengan menggunapakai konsep-konsep ini ke atas produk-produk yang ditawarkan oleh SPI, akan menjadikan produk-produk tadi sebagai seratus peratus menepati syariah.
Ini disebabkan konsep merupakan sebahagian unsur yang mewujudkan sesuatu produk sebelum ia boleh dipasarkan kepada pelanggan. Unsur-unsur lain seperti prosedur-prosedur yang perlu dilalui pelanggan semasa proses memohon produk atau perkhidmatan, tahap pengetahuan kakitangan bank tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan; mutu perkhidmatan; unsur-unsur perundangan yang membabitkan pihak yang berurusan (baik peguam yang mewakili bank, pelanggan mahupun pembekal/penjual); syarat-syarat yang dikenakan pihak bank ke atas pelanggan dan sebagainya perlu juga diambil kira.
3.2 Cadangan bagi Langkah Awal
Pada pendapat penulis, pihak perbankan Islam hendaklah mengamalkan sistem muamalah Islam yakni konsep istisnac secara telus. Sekiranya projek perumahan rumah yang dijalankan oleh Pemaju Perumahan mengalami kegagalan dan terbengkalai, maka pihak bank perlu memutuskan kontraknya dengan pembeli rumah (pelanggan) dan tidak perlu menyuruh pelanggan meneruskan bayaran perumahan tadi. Pihak perbankan Islam perlulah memulangkan segala pembiayaan yang pernah dibayar oleh pelanggan ketika mana berurusniaga istisnac.
Selain itu juga, jika projek perumahan telah selesai sekalipun, penulis tegas menyatakan bahawa adalah salah di sisi syarak jikalau pihak bank mengenakan kadar riba ke atas pelanggan kerana ia menampakkan ketidak adilan di dalam sistem perbankan Islam. Malahan lagi, pihak bank perlulah mengenakan keuntungan dengan kadar yang sepatutnya sahaja tanpa perlu menetapkan kadar faedah. Penulis juga mencadangkan kepada sistem perbankan Islam agar tidak mengikuti apa yang diamalkan oleh perbankan konvensional.
Akhir kata, penulis mencadangkan bahawa perlu bagi perbankan Islam memperbaiki kelemahan yang wujud bagi memastikan produk yang dijalankan adalah selari dengan perintah Allah dan Rasul-Nya. Wallahu a’lam.
4,0 BIBLIOGRAFI
Az-Zuhayli, Wahbah. 1996. Fiqh al-islami Wa adillatuhu. Dar al-fikr: damsyiq.
Al-Kasani, Abu Bakar. 1989. Bada’ic al-Sana’ic. Maktabah al-habibah: pakistan.
As-Syarbini, Khatib. 1989. Mughni Muhtaj. dar al-ulum: damsyiq. jilid 2.
Sayyid Sabiq. Fiqh As-Sunnah. 1992.Dar Maktabah al-qahirah: Kaherah. jilid 2
As-suyuti, Abdul Rahman Abu Bakar. 1982. ashbah wan naza’ir. mawqic ummu al- kitab: makkah.
Al-Zactari, cAla’ al-din. 2007. Fiqh Al-Mucamalat Al-Maliyyah Al-Muqarani Siyaghah Jadidah wa Amsilatun Mucasirah. Dar al-ulama: damsyiq.
Gerald Klien. 1995. Dictionary of Bankin., International Law Book: Kuala Lumpur,
Muhammad Hisyam Mohamad. 26 Jun 2007. Perspektif Ikim: Konsep istisna’ dalam pembelian rumah. Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Rosli Mahmood. 1998. Perbankan dan Pemberian Pinjaman, Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
http://www.zaharuddin.net/
www.bankislam.com.my
Posted by Ahmad mahir danial at 8:08 PTG
Kategori Fiqh Muamalat
1. al-Bay’: Pertukaran harta dengan harta untuk memiliki dan memberi milik. Kontrak ini diharuskan oleh Syariah selagi mana berasaskan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Persetujuan antara jual beli biasanya dijelaskan melalui sighah atau lafaz atau sebarang bentuk kontrak bertulis.
http://ideologi.my/v3/modules/AMS/article.php?storyid=33
BEBERAPA JENIS JUAL BELI ATAU AL-BAY'
1. Jual beli Amanah: Maksud amanah ialah pembeli dan penjual sama-sama tahu tentang harga kos dan jumlah nilai keuntungan jika ada atau nilai jika ada tanpa menyembunyikan apa-apa. Sarjana bersepakat menganggap harus untuk melakukan semua bentuk urus niaga ini.
a. Tawliyah: Jual apa yang dimiliki tanpa mengurangkan harga atau mengambil untung
b. Wadhi‘ah: Menjual dengan harga yang kurang daripada harga kos
c. Isyrak: Menjual sebahagian daripada barangan jualan dengan harga kos
d. Murabahah: Menjual dengan harga kos + margin untung
2. Bay’ al-Ma’dum: Menjual barangan yang tidak wujud. Jual beli ini haram jika barangan tidak pernah wujud dan tidak mampu diserahkan pada waktu yang dijanjikan.
3. Bay ‘al-Mu’atah atau al-Ta‘ati. Jual beli sekadar sama-sama faham tanpa melafazkan akad ijab qabul, seperti mengucapkan saya jual, atau saya beli. Sekadar sama-sama faham dan sama-sama setuju tanpa menyatakan persetujuan secara kata-kata atau tulisan, atau jualan unjuk-berunjuk. Bentuk sebegini adalah sah jika pada pandangan umum, difahami bahawa berlaku persetujuan dua belah pihak walaupun tanpa lafaz atau tulisan mahupun isyarat badan yang difahami. Kerap berlaku di pasaraya anda sekadar ambil, bayar. Atau membeli air tin dengan mesin.
4. Bay’ al-Gharar: Jual beli yang mengandungi ketidakpastian implikasinya akibat ketidakjelasan beberapa aspek dalam akad, atau dalam barangan / perkhidmatan. Jika implikasinya besar pada pandangan umum, maka haram, jika ringan pada pandangan umum, maka harus. Contohnya bayaran 50 sen untuk penggunaan air di tandas berbayar, tidak tetap berapa banyak air atau masa guna tandas,
tetapi perspektif umum yang menentukan dan ketidakpastian ini adalah ringan pada perspektif umum. Sebenarnya, gharar bukanlah bentuk jual beli, tetapi sifat ketidakpastian yang wujud dalam bentuk-bentuk jual beli.
5. Bay’ al-Mulamasah. Jual beli dengan sekadar menyentuh baju penjual atau pembeli, kemudian dikira jadi, atau sekadar menyentuh barangan, dikira jual, atau sekadar menyentuh barangan di dalam gelap dan dikira jual. Bentuk jual beli ini juga haram kerana terdapat sifat gharar, iaitu ketidakpastian tentang sifat sebenar barangan yang didagangkan.
6. Bay’ al-Munabazah. Jual beli yang berlaku akibat pembeli masuk ke kedai lalu terkena lontaran batu penjual dan dikira jual. Dianggap haram oleh Syariah Islam.
7. Bay’ al-Hasah. Urus niaga jual beli yang berlaku dengan sekadar melemparkan batu, atau anak panah ke arah mana-mana barangan, barangan yang terkena itulah yang dikira barangan jual beli. Juga haram hukumnya.
8. Bay’ al-Thunya atau Istithna’. Menjual sesuatu dengan mengecualikan beberapa perkara sebahagian daripadanya, atau pun menjual sesuatu yang diketahui spesifikasinya tetapi sebahagiannya tidak dijelaskan sifatnya. Jual beli ini tidak sah jika harga yang ditetapkan itu untuk semua, tetapi sah jika harga yang ditetapkan itu hanya untuk yang diketahui sahaja.
9. Bay’ al-‘Inah. Membeli barangan dengan harga yang tinggi secara ansuran, kemudian menjualnya kembali kepada orang yang sama dengan harga yang lebih rendah, secara tunai. Atau pun seseorang itu menjual apa bentuk asetnya secara cash, tetapi membelinya semula secara ansuran dengan harga yang lebih tinggi. Tujuannya adalah untuk mendapatkan pinjaman wang tunai. Majoriti sarjana mengharamkan kerana ia seolah-olah riba yang ditukar bentuk kepada jual beli. Mazhab Syafi’i mengesahkan kontrak ini.
10. Bay’ al-Tawarruq: Membeli barangan secara ansuran, kemudian menjualnya kepada pihak lain (bukan penjual asal barangan) secara tunai dengan harga yang lebih rendah.
11. Bay‘ al-Muzabanah: Menukar atau menjual buah kurma dipokok berasaskan anggaran dengan buah tamar yang telah dipetik yang ditimbang, pada kadar melebihi lima wasaq (lebih kurang 663kg- khilaf
mengikut mazhab). Jual beli ini diharamkan oleh majoriti sarjana. Apa yang menjadikan haram ialah wujudnya unsur ketidaksamaan nilai barangan. Tetapi contohnya jika tamar di pokok dianggarkan dengan durian yang ditimbang, tidak tidak mengapa jika anggaran itu biasanya tepat dan diterima umum.
12. Bay’ al-Muhaqalah. Dijual gandum yang masih ditangkai berasaskan anggaran dengan gandum yang sepertinya yang disukat. Jual beli ini diharamkan oleh majoriti sarjana. Jika gandum ditangkai ingin dijual dengan rambutan yang telah dipetik, ia adalah harus. Sebab haram ialah untuk mengelakkan berlakunya riba fadl atau ketidaksamaan sukatan barangan yang sama jenis.
13. Bay’ al-‘Araya, ‘Ariyyah. Menjual kurma basah dipokok dengan agak-agak dengan tamar yang telah dipetik dengan cara anggaran. Majoriti membenarkan dengan syarat tidak lebih daripada lima wasaq. Atau memberi hadiah buah daripada pokok dan bukan pokoknya.
14. Bay’atan fi al-bay’ah. Nama jual beli jenis ini wujud dalam hadis yang mana Rasulullah melarang dan haram melakukan “Bay‘atan fi al-Bay‘ah” tetapi sarjana fiqh berbeza pandangan tentang maksudnya, namun, antara maksud yang diberikan ialah; seseorang penjual menawarkan harga RM1000 untuk bayar cash, RM1300 untuk ansuran, lalu pembeli membeli barangan itu tanpa menentukan terlebih dahulu sama ada untuk membeli berasaskan harga cash atau harga ansuran. Jual beli ini dilarang, tetapi jika pembeli menyatakan pilihannya untuk ansuran atau cash, maka tidak salah menurut majoriti sarjana 4 mazhab utama. Ada juga yang menganggap seperti seorang penjual menjual barangan kepada pembeli secara ansuran selama setahun dengan harga RM3000 tetapi mensyaratkan membelinya kembali selepas setahun, tetapi duitnya dibayar sekarang cash RM2000 (contoh). Dengan kata lain, penjual ingin mendapatkan cash, tetapi seperti memberi barangan kepada pembeli hanya untuk tempoh terhad; ada juga yang menganggap jual beli jenis ini berlaku dengan cara penjual menjual barangan dengan harga ansuran selama setahun, tiba-tiba pembeli ingin menambah tempoh bayaran, lalu dijual kembali dengan harga yang lain.
15. Bay’ al-Wafa’ atau jual janji. Jual beli yang mana setelah penjual menjual barangan, lalu disyaratkan sekiranya penjual itu memulangkan kembali wang bayaran kepada pembeli, pembeli perlu memulangkan kembali barangan itu kepada penjual. Majoriti sarjana menyatakan jual beli bentuk ini adalah cacat, tidak valid, tetapi sarjana Hanafi dan Syafi’i menganggap ia adalah sah berasaskan keperluan masyarakat terhadap urus niaga ini. Mustafa al-Zarqa’ menganggap kontrak ini sebenarnya kontrak al-Rahn walaupun namanya berbeza.
16. Bay’ al-Istijrar. Seseorang itu mengambil barang daripada penjual sedikit demi sedikit untuk kegunaan rutinnya, tanpa menetapkan harga pada waktu ambil itu, kemudian dibayar semuanya selepas satu tempoh tertentu, atau; seseorang itu mengambil apa yang diperlukan daripada penjual sedikit demi sedikit, tetapi ditetapkan harga semasa ambil, kemudian dikira semuanya selepas itu.
17. Bay’ al-Muzayadah. Jual beli berbentuk bidaan atau lelongan. Penjual menawarkan harga terendah, kemudian penjual mempelawa untuk tawaran harga tertinggi daripada pembeli, hanya orang yang menawarkan harga tertinggi akan melakukan akad jual beli. Majoriti sarjana mengharuskan jual beli ini. Tetapi selepas akad berlaku, jika ada tawaran lain yang lebih tinggi, maka haram dijual lagi.
18. Bay’ al-Najasy atau al-tanajusy Seorang pembeli (yang telah berpakat dengan penjual) dengan menawarkan harga yang tinggi bukan untuk membeli pun, cuma supaya orang lain menyangka barangan itu berkualiti tinggi; atau pun seorang yang berlakon pembeli memberi testimoni dengan memuji berlebih-lebihan barangan yang tidak sehebat mana seperti pujian itu dengan harapan barangan itu dipandang berkualiti lebih daripada hakikat sebenarnya. Urus niaga seperti ini adalah haram kepada penjual. Ia adalah salah satu bentuk penipuan yang mencacatkan kerelaan antara dua pihak. Member testimoni palsu kepada bisnes kawan-kawan juga dianggap tanajusy.
19. Bay’ Talaqqa al-Rukban atau Talaqqa al-Jalab. Orang tengah yang menyekat barangan daripada sampai ke sesuatu tempat pasar dan membelinya dengan harga tertentu dengan niat agar pengusaha asal tidak mengetahui harga di pasar atau dengan niat untuk menopoli sumber dan menjual dengan harga yang lebih mahal. Jual beli ini adalah haram dan jika mereka yang disekat daripada mengetahui harga pasaran itu tahu harga pasaran, mereka diberi hak untuk melakukan khiyar atau opsyen sama ada untuk meneruskan jual beli yang telah berlaku, atau membatalkannya.
20. Bay’ al-Hadhir li al-Badi (Orang Bandar kepada orang kampung). Menjual barangan dalam keadaan pembeli itu jahil sama ada tentang harga barangan itu di pasaran, atau kualiti barangan itu sama nilai dengan harganya. Sengaja menjual kepada orang jahil yang tidak dapat menilai barangan dengan harganya dianggap haram.
21. Bay’ al-Fudhuli. Seseorang yang membelanjakan harta orang lain untuk orang itu, tanpa keizinan yang dibenarkan Syariah. Contohnya Mamat memberikan wang RM100. Tetiba-tiba Ali membelikan henfon kepada Mamat tanpa izin daripada Mamat. Para sarjana menganggap haram jika belian itu tidak diredai oleh pemilik harta asal. Jika penerima harta menjangkakan pemilik harta itu tidak suka atau belum pasti suka atau tidak, maka majoriti sarjana menganggap haram dia melakukan jual beli. Atau
seorang wakil yang diwakilkan untuk membeli barangan tertentu, tetapi dia membeli barangan lain yang mungkin pada anggapannya lebih disukai oleh orang yang mewakilkannya. Jual beli ini dianggap tergantung kepada keizinan orang yang mewakilkan kepadanya. Contohnya jika Mazlan memberikan wang RM1000 kepada untuk membeli laptop Acer, tetapi Ali berjaya membeli laptop itu dengan harga RM800, walaupun tidak suruh oleh mazlan, maka jual beli itu sah, tetapi tertakluk kepada kerelaan Mazlan.
22. Bay’ al-Talja’ah. Urusan jual beli yang berlaku secara paksaan atau bukan dengan kehendaknya yang sebenarnya, seperti dipengaruhi secara ‘paksaan emosi’ oleh penjual Linguaphone di pesta buku antarabangsa PWTC atau oleh penjual barangan gores dan menang atau koyak dan beli. Kontrak ini tidak sah sebenarnya.
23. Bay’ al-Jidzaf. Jual barangan secara longgok tanpa mengira satu-satu secara spesifik. Contohnya menjual rambutan secara longgok, kelihatannya longgok itu sama besar sahaja, tanpa mengira sebiji-sebiji rambutan yang ada pada setiap longgok. Jual beli ini sah tetapi tertakluk kepada tahap penerimaan umum masyarakat.
24. Bay‘ al-‘Urbun atau ‘Urban atau ‘Arabun. Jual beli dengan membayar deposit dahulu kepada penjual dengan syarat penjual tidak boleh menjual barangan itu kepada orang lain, deposit dikira hangus jika pembeli tidak jadi membeli atas sebab yang tidak diterima oleh umum masyarakat. Jual beli sebegini diharuskan oleh majoriti sarjana moden tetapi tertakluk kepada pandangan umum masyarakat, atau undang-undang setempat yang berkaitan. Majoriti sarjana fiqh terdahulu bagaimanapun mengharamkan kontrak ini kerana menganggap menzalimi.
25. Bay‘ al-Mustarsal. Jual beli yang berlaku dalam keadaan pembeli tidak tahu harga sebenar barangan itu di pasaran. Jika ada penipuan maka haram, tetapi jika tiada penipuan oleh penjual, tetapi harga berbeza daripada pasaran, diharuskan, tetapi juga tertakluk kepada pandangan umum masyarakat.
26. Bay’ al-Salam atau al-Salaf. Jual beli dengan membayar wang sepenuhnya atau sebahagian besarnya terlebih dahulu untuk mendapatkan barangan yang masih belum wujud sekarang tetapi pada waktu yang telah ditentukan pada masa hadapan. Contohnya melanggan majalah. Bayar dahulu, majalah masih belum wujud untuk setahun atau dua tahun akan datang. Biasanya harga lebih murah berbanding jika beli pada waktu selepas majalah terbit. Ijmak mengharuskan jual beli sebegini tetapi wang itu mesti diberi sekarang dan tidak ditangguhkan. Mazhab Maliki membenarkan wang ditangguhkan tetapi untuk sekadar tiga hari sahaja.
27. Al-Istisna‘. Jual beli berbentuk tempahan. Membayar setelah tamat tempahan, atau membayar sedikit modal pada awal tempahan, kemudian melangsaikan sebahagian lagi bayaran selepas barangan siap. Sepakat para fuqaha mengganggap kontrak ini adalah harus sekalipun barangan masih lagi belum wujud pada waktu tempahan. (Nama pun kontrak tempahan).
28. Bay' Taqsit. Atau jual beli secara bayaran ansuran majoriti sarjana daripada empat mazhab utama mengharuskannya walaupun harga jualan secara ansuran berbeza daripada harga jualan tunai, dengan syarat jualan ansuran dipersetujui lebih awal.
29. Bai’ Saum ‘Ala Saum – Jual beli jenis ini terdapat dalam hadis Rasulullah SAW yang mana baginda SAW melarang melakukannya, iaitu membuat tawaran atas tawaran orang lain yang telah dipersetujui. Contohnya Zaki telah menawarkan harga RM8 untuk sebuah buku dan Haliza bersetuju untuk menjualnya, lalu datang Zainal menawarkan harga lebih mahal untuk dibeli contohnya RM10. Haliza yang telah bersetuju untuk menjual tadi mengambil balik barangan yang telah diserahkan kepada Zaki dan menjualnya kepada Zainal. Majoriti sarjana fiqh berpandangan bahawa jual beli jenis ini adalah haram tetapi tidak membatalkan kontrak jual beli jika berlaku, sekalipun terdapat sebahagian sarjana Maliki dan Hanafi yang menganggap kontrak itu rosak dan boleh dianggap tidak sah. Urus niaga ini bagaimana pun, berbeza dengan bay’ ‘ala al-bay. Terdapat juga larangan Rasulullah yang melarang Bay’ ‘Ala al-Bay’ iaitu melakukan transaksi kedua ke atas transaksi orang lain. Contohnya Zainal telah menjual barangan kepada Adibah tetapi membatalkan jualan itu dan menjual kepada orang lain yang menawarkan harga lebih mahal. Apa yang membezakan Saum ala Saum (SAS) dengan Bay’ ala Bay (BAB) ialah SAS itu kontrak masih belum berlaku tetapi telah wujud bersetujuan, BAB pula kontral telah berlaku dan dibatalkan. SAS tidak sama dengan al-Muzayadah iaitu jual beli secara lelongan (lihat bay al-muzayadah No 17). Dalam muzayadah, persetujuan masih belum berlaku sedangkan dalam SAS, persetujuan telah dicapai walaupun kontrak belum berlaku. Justeru, SAS boleh diibaratkan sama dengan pinangan atas pinangan, yang mana pinangan itu sah tetapi berdosa. Peminangan itu bukanlah satu kontrak tetapi persetujuan awal untuk melakukan kontrak nikah.
30. Bay’ al-Mukhadarah – Dalam Sahih al-Bukhari terdapat hadis larangan bay’ al-Mukhadarah. Ia adalah amalan Arab yang mana menjual hasil tanaman yang belum jelas masaknya, atau sedangkan kontrak telah dibuat. Syariah melarang kontrak ini kerana hasilnya belum jelas dan belum pasti dapat diserahkan.
31. Bay’ al-Suf ‘ala Zahr – Terdapat juga larangan Rasulullah menjual bulu binatang yang masih di badan binatang itu. Contohnya nak jual bulu kambing nak buat baju, tetapi masih lagi di atas kambing.
Larangan ini kerana adalah sukar untuk menentukan jumlah bulu yang boleh didapati kerana bulu itu masih berada di haiwan. Namun jika setelah haiwan itu disembeli dan kulit dan bulunya diambil ia boleh dijual. Boleh dikatakan sepakat sarjana mengharamkannya.
32. ‘Asb al-Fahl - الفحل atau nama lain juga Ijarah al-Fahl Li al-Dirab. Larangan ini adalah – عسبdaripada hadis Rasulullah dalam Sahih Bukhari. Maksud ‘Asab al-Fahl ialah mengambil upah daripada benih binatang jantan untuk di’kahwin’kan dengan betina untuk mendapat baka. Ini kerana belum tentu lagi baka boleh terhasil. Larangan ini lebih lebih kepada wujudnya unsur gharar dalam urus niaga. Dari sudut hukum, terdapat beberapa perbezaan pendapat kerana maksud ‘asab al-fahl itu sendiri masih lagi kabur. Jika bayaran dikenakan untuk sekadar ‘benih’ lembu jantan, maka boleh dikatakan sepakat sarjana mengharamkannya. Tapi jika binatang jantan itu disewa tetapi untuk tujuan digunakan terdapat beberapa khilaf mazhab Ahmad membenarkan jika tiada cara percuma untuk mendapatkan baka, manakala yang jika memang sewa khas untuk guna benih, majoriti sarjana mengharamkannya berasaskan kepada sahih itu.
33. Bay’ al-Musarrah – Ialah salah satu cara orang Arab untuk menipu pembeli binatang ternakan seperti kambing atau lembu yang mana mereka menahan susu binatang untuk menampakkan binatang itu gemuk dan timbangan yang berat. Jual beli ini dilarang oleh Rasulullah tetapi dalam hadis Rasulullah tidak membatalkan transaksi ini, tetapi baginda mengarahkan penjual agar pembeli itu diberi pilihan sama ada untuk mengembalikan bintang dan mendapat wang kembali, atau meneruskan pembelian tetapi penjual perlu memberi pampasan sedikit kepada pembeli akibat kekurangan berat binatang selepas susunya diperah, denda yang diberikan oleh Rasulullah pada masa itu ialah segantang tamar.
34. Bay’ al-Ihtikar – Ihtikar dalam konsep fiqh ialah membeli barangan untuk tujuan menyimpannya agar barangan naik harga di pasaran akibat kekurangan penawaran. Terdapat banyak hadis larangan menyorok barangan ini. Islam mengharamkan sorok barang ini dan orang yang melakukannya diarahkan sama ada; menjual pada harga kos, tiada keuntungan sebagai hukuman; atau pun menjual pada harga biasa di pasaran. Hukum melakukan ihtikar adalah berdosa bahkan sesetengah menganggap ia dosa besar kerana merosakkan ekonomi negara.
Bab IPENDAHULUAN
A. Latar Belakang
Jual beli Al-Istisna' merupakan salah satu daripada prinsip-prinsip muamalah Islam yang
mana penggunaannya kini diberi nafas baru selepas beberapa kontrak yang sedia ada pada masa
sekarang ini seperti Bayc Bithaman Ajil (BBA), jual salam, murabahah, dan sebagainya tidak
dapat menampung perkembangan yang pesat di samping permintaan pembiayaan yang semakin
bertambah umpama “cendawan yang tumbuh selepas hujan” daripada pelanggan.
Jual beli al-Istisna' ialah tempahan sesuatu barang seperti menempah sepasang baju,
sebuah rumah, sebuah katil, dan sebagainya.Ia merupakan satu prinsip kontrak jual beli yang
diterima pakai sejak zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat Baginda sehinggalah kini, namun
masih ramai yang kurang mengambil perhatian tentang kewujudan prinsip ini. Sehinggakan ada
di kalangan masyarakat yang keliru berkenaan dengan prinsip ini.
Dalam kajian ini, penulis akan menjelaskan tentang konsep jual beli al-istisnac mengikut
perundangan Islam serta penulis akan membuat perbandingan jual beli al-istisna' menurut fiqh
muamalat Islam dengan sistem konvensional yang diamalkan oleh bank-bank pada masa kini.
Kita sedia maklum bahawa sistem perbankan konvensional pada masa kini banyak mengeluarkan
produk ekonomi yang sama seperti konsep al-istisna', maka di dalam kajian ini penulis akan
merungkai segala perspektif yang berkaitan dengan jual beli al-istisna'.
B. Rumusan Masalah
1. Bagaimana Pengertian jual beli istisna’?
2. Bagaimaan hukum jual beli istisna’?
3. Apa saja Rukun Jual Beli Istisna’?
4. Apa saja syarat-syarat jual beli istisna’?
C. Tujuan
1. Mengetahui Pengertian Jual Beli Istisna’
2. Mengetahui Hukum Jual Beli Istisna’
3. Mengetahui Rukun Jual Beli Istisna’
4. Mengetahui Syarat-syarat Jual Beli Istisna’
Bab IIPembahasan
A. PENGERTIAN JUAL BELI AL-ISTISNA'
Al-Istisna' dari sudut bahasa telah disepakati ulama bahawa al-Istisna' bermaksud meminta
supaya dibuat sesuatu atau menempah sesuatu. Atau pun dengan kata lain, membuat sesuatu
berdasarkan apa yang diminta. Dari sudut istilah pula, para ulama berselisih pendapat kerana
berbeza fahaman tentang pensyariatannya. Oleh yang demikian , ada di kalangan mereka
memberikan definisi al-istisnac secara istilah dan ada yang sebaliknya.
Definisi Al-Istisna' dari segi istilah menurut pendapat fuqaha’ ialah meminta pembuat
melakukan sesuatu yang khusus atas cara yang khusus. Atau ia merupakan akad meminta
melakukan sesuatu (menempah) atas pekerjaan sesuatu yang telah ditentukan pada
tanggungannya yakni kontrak membeli sesuatu apa yang ditempah olehnya kepada pembuat
tempahan.
Mazhab Hanafi mendefinisikan Al-Istisna' sebagai akad ke atas barang yang ditempah secara
hutang dengan syarat membuat mengikut apa yang diminta. Fuqaha’ Hanafi menggunakan
perkataan Istisna' dengan maksud ia dikategorikan sebagai jual beli sesuatu dengan syarat. Bagi
mereka jual beli istisna' adalah tidak sama dengan jual beli salam. Begitu juga dengan pendapat
fuqaha’ Hanbali yang berpendapat bahawa al-istisna' tidak sama dengan jual salam. Malahan
pula, fuqaha’ Hanbali mendefinisikan perkataan istisnac sebagai jual beli sesuatu dengan syarat.
Manakala fuqaha’ bermazhab Maliki dan Syafici mengkategorikan istisna' sama dengan Bay'
al-salam. Konsep al-istisna' sama dengan Bay' salam iaitu kedua-duanya merupakan urusniaga
tempahan barang, cuma apa yang membezakan antara kedua-dua prinsip tersebut ialah jenis-jenis
barang yang ditempah. Hal ini dilihat bahawa jenis-jenis barang yang ditempah di dalam jual beli
salam adalah lebih umum berbanding barang yang ditempah di dalam al-istisnac yang mana
tempahan yang diminta berbentuk khusus dan ia tidak semestinya benda yang wujud pada
pasaran.
Dapat disimpulkan di sini bahawa al-istisna' merupakan jual beli yang mana seseorang
pembeli membuat tempahan sesuatu barang seperti baju, kereta, perabot, dan sebagainya kepada
pihak lain. Jual beli ini hukumnya harus.
B. HUKUM JUAL BELI AL-ISTISNA' MENURUT FUQAHA’ BESERTA DALIL
Terdapat dua pandangan daripada ulama-ulama fiqh berkaitan dengan pensyariatan kontrak
al-istisna'.Golongan yang pertama berpendapat bahawa prinsip istisna' adalah tidak harus
berdasarkan kepada qiyas.Manakala golongan kedua pula berpendapat bahawa diharuskan
kontrak a-istisna’ ini digunakan di dalam muamalah Islam.
1. Golongan Pertama Yang Mengharuskan:
Ulama bermazhab Hanafi berpendapat bahawa kontrak jual beli istisna' diharuskan
berdasarkan konsep al-istihsan kerana kontak tersebut telah menjadi amalan biasa yang
dilakukan oleh orang ramai pada setiap masa tanpa sebarang bantahan.Ia juga berperanan
memberikan kemudahan urusniaga kepada umat Islam. Secara tidak langsung, wujud satu ijmak
di kalangan umat Islam terhadap keharusan akad jual beli al-istisnac. Oleh yang demikian,
prinsip qiyas diketepikan kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda:
ضاللة على أمتي تجتمع ال
Maksudnya:
“Umatku tidak berhimpun (bersekutu) atas suatu perkara yang sesat ”
Menurut qiyas tidak diharuskan membuat akad pertukangan kerana ia adalah suatu jual
beli yang macdum (jual beli yang tiada barang) ketika akad tempahan dan jual beli yang tiada
barang pada waktu akad adalah amat dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Baginda S.A.W melarang
daripada menjual barang yang tidak wujud di sisi manusia.
Dr. Ahmed al-Husadri dalam kitabnya yang bertajuk ‘Ilm al-Iqtisadi pula menambahkan
bahawa dalil pensyariatan al-istisna' yang menjadi hujah pegangan mazhab Hanafi adalah
melalui hadis mawquf yang disebutkan oleh Abdullah bin Mascud iaitu:
حسن الله عند فهو حسنا المسلمون راه ما
Maksudnya:
“Apa yang dilihat oleh umat Islam sebagai baik, maka ia adalah baik di sisi Allah S.W.T
“
Berdasarkan dalil tersebut, maka mazhab Hanafi telah melihat dan menganggap bahawa
al-istisna' sebagai harus kerana ia mendatangkan kemaslahatan kepada umat Islam. Ulama
Hanafi juga menggunakan hadis periwayatan daripada 'Abdullah Ibn cUmar yang menceritakan
bahawa Rasulullah S.A.W pernah menempah sebentuk cincin yang diperbuat daripada emas.
Di samping itu juga, terdapat ulama yang mengharuskan penggunaan akad istisna' iaitu
Imam Zufar (mazhab Hanafi), sebahagian mazhab Maliki, dan Hanbali dengan mensyaratkan
jual beli tersebut telah menjadi amalan kebiasaan masyarakat setiap zaman. Dalam akad ini
dikenakan syarat yang sama sepertimana syarat yang ditetapkan di dalam jual beli salam. Di
antara syaratnya ialah hendaklah menyerahkan semua harganya dalam majlis akad
tersebut.Syarat yang ditetapkan oleh mazhab Maliki khususnya mensyaratkan bahawa barang
yang hendak ditempah itu mestilah terdiri daripada bahan mentah sejenis yang tidak boleh
bercampur dengan jenis-jenis lain bagi mengharuskan kontrak istisnac.
Ulama Syafi'i yang berpendirian bahawa jual beli istisna' tidak harus juga telah
memberikan kelonggaran bagi pengamalan istisna' dengan menganggap bahawa akad ini tetap
dikira sah sama ada ditentukan waktu bagi penyerahan barangan yang ditempah itu ataupun tidak
(yakni diserahkan segera).
Selain daripada hujah terdahulu, terdapat juga ulama yang berpendapat bahawa
pensyariatan al-istisnac adalah berdasarkan taqrir ulama dan fuqaha’ setiap zaman bermula
selepas kewafatan Rasulullah S.A.W sehinggalah zaman sekarang. Mereka tidak membantah
akan urusniaga seperti demikian. Oleh yang demikian, orang ramai mengikut dan mengamalkan
jual beli tersebut atas sebab tiada fatwa yang melarangnya.
2. Golongan Kedua Yang Tidak Mengharuskan
Seperti yang telah dijelaskan oleh penulis bahawa terdapat dua pandangan ulama tentang
hukum dan pensyariatan jual beli al-istisna' iaitu satu golongan mengatakan kontrak ini harus dan
satu golongan lagi menyatakan sebaliknya.Golongan kedua yang menyatakan bahawa kontrak di
dalam jual beli al-istisna' adalah tidak harus terdiri daripada ulama’ mazhab Syafi'i.Mereka
berpendapat sedemikian adalah berdasarkan konsep qiyas.
Selain daripada Mazhab Syafi'i, wujud juga ulama yang tidak mengharuskan kontrak ini
iaitu sebahagian ulama mazhab Maliki dan Hanbali.Mereka mengaitkan kontrak istisna' dengan
kontrak bay' al-salam.Oleh yang demikian, pendapat mereka bagi seseorang yang menempah
sesuatu barang perlu mengikut prosedur-prosedur hukum dalam kontrak bay'al-salam. Hal ini
disebabkan mereka menganggap bahawa tidak mungkin al-istisnac ini digunakan sebagai akad
jual beli kerana ia dilihat merupakan jual beli yang tiada di tangan (bay' al-ma'dum) dan
bukannya bayc al-salam.
Hal ini juga diperjelaskan lagi bahawa kontrak tersebut tidak mungkin menjadi seperti
kontrak sewaan atau upah kerana ia mengambil upah ke atas kerja yang sememangnya dimiliki
dan dilakukan olehnya sendiri (orang yang mengambil upah).
C. RUKUN JUAL BELI AL-ISTISNA'
Menurut ulama' mazhab Hanafi dan mazhab Hanbali, rukun-rukun akad al-istisna' ialah
ijab dan qabul yakni keredhaan anatara kedua-dua pihak (pembeli dan tukang pembuat
tempahan) dan disyaratkan di dalam di dalamnya apa-apa syarat yang terkandung di dalam akad
jual beli dan upah. Contohnya seperti lafaz ini: ”Buatkan untukku sepasang baju kemeja” dan
tukang jahit menjawab: ”aku terima tempahan ini dan aku akan siapkan”.
Manakala menurut ulama mazhab Maliki pula meletakkan rukun-rukun jual beli al-istisna'
sama sepertimana yang terdapat di dalam rukun-rukun akad upahan yaitu:
1. Pihak yang berakad (iaitu terdiri daripada penempah dan tukang)
2. Sighah (iaitu ijab dan qabul)
3. Benda yang diakadkan.
D. SYARAT-SYARAT JUAL BELI AL-ISTISNA'
1. Syarat Pihak yang Berakad
Syarat kedua-dua pihak yang berakad adalah sama dengan syarat pihak yang terlibat di
dalam jual beli ('aqd al-bay').
2. Syarat Sighah
Untuk menjadikan akad tempahan pertukangan ini sah, maka dikenakan beberapa syarat iaitu:
Menjelaskan jenis benda yang mahu dibuat, dibentuk, kadar, dan sifatnya kerana ia merupakan
barangan jualan yang wajib dimaklumi oleh kedua-dua pihak. Maklumat-maklumat tentang ciri-
ciri barang yang ditempah diperoleh ketika majlis sighah berlaku.
Hendaklah ia menjadi perkara yang biasa dilakukan di kalangan manusia seperti menempah
kasut, bangunan, rumah, dan sebagainya.
Mestilah ia tidak dibataskan dengan waktu yang tertentu ketika majlis akad istisnac berlangsung.
Sekiranya penyerahan barang yang ditempah itu ditetapkan tempohnya, ianya akan bertukar
menjadi akad akad jual beli salam. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa
jika terdapat penetapan waktu penyerahan barang yang ditempah tersebut, maka telah gugur hak
untuk kedua-dua pihak melakukan khiyar apabila tukang pembuat telah menyerahkan barang
yang ditempah itu di dalam akad tersebut.
Pendapat di atas tidak dipersetujui oleh As-sohibani iaitu Imam Abu Yusuf dan Muhammad
Al-Syaibani yang mana mereka berpendapat bahawa semua yang dinyatakan oleh Imam Abu
Hanifah itu tidak menjadi syarat kepada akad kontrak isitisnac. Bagi pandangannya, akad
tersebut tetap dikira sebagai tempahan (istisna') sama ada ditentukan tempohnya atau tidak
kerana beliau mengambil kira maslahah dan adat yang telah menjadi kebiasaan serta amalan
masyarakat.
Penulis di sini bersetuju dengan pendapat yang kedua yang didokong oleh As-sohibani adalah
selaras dengan tuntutan kehidupan yang praktikal kerana kemaslahatan umat Islam harus
diutamakan di dalam muamalat Islam khususnya.
3. Syarat Benda yang diakadkan
Menurut fuqaha’ Hanafi, mereka berselisih berkenaan dengan syarat benda yang diakad
sama ada ia berbentuk cain sesuatu barang atau ia merupakan perkhidmatan. Maka jumhur
fuqaha’ hanafi berpendapat bahawa hendaklah disyaratkan barang yang mempunyai cain
dijadikan barang yang diakadkan. Hal ini disebabkan kalau jual beli istisnac pada ain dan telah
disiapkan tempahan oleh pembuat tempahan atas apa yang diminta oleh penempah, maka
kesempurnaan tempahan yang dibuat oleh tukang adalah masih di dalam tempoh akad
sehinggalah penempah tidak menolak cain hasil tempahan kecuali dengan khiyar ru’yah. Mereka
juga bersetuju berpendapat bahawa jual beli istisnac menjadi sabit padanya bagi penempah
(pembeli) membuat khiyar ru’yah.
Sebagian fuqaha’ Hanafi berpendapat bahawa barang yang dijadikan akad di dalam jual
beli istisnac merupakan perkhidmatan.Hal ini disebabkan akad terbina atas perkhidmatan.
Walaupun dijadikan akad istisnac sebagai akad perkhidmatan, namun bagi mereka ia diharuskan.
Pada pendapat penulis hanya beranggapan bahawa kedua-duanya yakni barang dan perkhidmatan
adalah harus digunakan di dalam akad jual beli istisnac.Pada zaman yang kian canggih ini, kita
tidak dapat menolak kemungkinan tempahan perkhidmatan juga menjadi suatu urusniaga seperti
menempah perkhidmatan membaiki komputer, menempah perkhidmatan sekuriti keselamatan,
dan lain-lain lagi. Penulis berasakan ia juga suatu keperluan bagi umat Islam kini.
Bab IIIPenutup/Simpulan
Dapat disimpulkan di sini bahawa al-istisna' merupakan jual beli yang mana seseorang
pembeli membuat tempahan sesuatu barang seperti baju, kereta, perabot, dan sebagainya kepada
pihak lain. Jual beli ini hukumnya harus.
Terdapat dua pandangan daripada ulama-ulama fiqh berkaitan dengan pensyariatan kontrak
al-istisna'.Golongan yang pertama berpendapat bahawa prinsip istisna' adalah tidak harus
berdasarkan kepada qiyas.Manakala golongan kedua pula berpendapat bahawa diharuskan
kontrak Bay’ Al-Istisna’ ini digunakan di dalam muamalah Islam.
Rukun-rukun Istisna’:
1. Pihak yang berakad (iaitu terdiri daripada penempah dan tukang)
2. Sighah (iaitu ijab dan qabul)
3. Benda yang diakadkan.
Disamping itu, juga ada syarat-syarat yang harus diperhatikan dalam jual beli istisna’ seperti
yang telah dijelaskan di muka.
Demikian makalah ini saya buat.Mohon maaf jika ada kesalahan keterangan maupun
penulisan. Terimakasih,,,,,,,,
http://kaharazisp.blogspot.com/2013/06/isthisna-a.html
ISTHINA'
ISTHISNA'
A. LATAR BELAKANG
Dalam literatur fiqih klasik, masalah istishna' mulai mencuat setelah menjadi bahan
bahasan mazhab Hanafl seperti yang dikemukakan dalam Majullat al Ahkarn al-adliya. Akademi
Fiqh Islami pun menjadikan masalah ini sebagai salah satu bahasan khusus. Karena itu, kajian
akad bai 'al istishna' ini didasarkan pada ketentuan yang dkembangkan oieh fiqih Hanafi dan
perkembangan fiqih selanjutnva, dilakukan fuqaha kontemporer.
Akad istishna adalah akad jual beli dalam bentuk pemesanan pembuatan barangtertentu
dengan kriteria dan persyaratan tertentu. Istishna dapat dilakukan langsung antaradua belah pihak
antara pemesan atau penjual seperti, atau melalui perantara. Jika dilakukanmelalui pearantara
maka akad disebut dengan akad istishna paralel. Walaupun istishna adalah akad jual beli, tetapi
memiliki perbedaan dengan salammaupun dengan murabaha. Istishna lebih ke kontrak
pengadaan barang yang ditangguhkan dandapat di bayarkan secarra tangguh pula. Istishna
menurut para fuqaha adalah pengembangan dari salam, dan di izinkan secarasyari’ah. Untuk
pengakuan pendapatan istishna dapat dilakukan melalui akad langsung danmetode persentase
penyelesaian. Di mana metode persentase penyelesaian yang digunakanmiris dengan akuntansi
konvensional, kecuali perbedaan laba yang di pisah antara margin labadan selisih nilai akad
dengan nilai wajar.
Tujuan mempelajari akutansi istishna itu sendiri adalah untuk memhami apa itu yang
dimaksud denga akutansi istishna, selain itu juga untuk mempelajari jenis-jenis dari istishna,
serta menganalisis ruang lingkup dari istishna itu sendiri.
B. RUMUSAN MASALAH
1. Apa yang dimaksud dengan istishna’?
2. Apa sajakah yang termasuk rukun dan syarat istisna serta hal-hal seputar akad istishna’?
3. Bagaimana aplikasi akad istishna’ pada bank dan lembaga keuangan syariah?
BAB II
PEMBAHASAN
A. BA’I Al-ISTISHNA’
1. DEFINISI BA’I Al-ISTISHNA’
Istishna' (استصناع) adalah bentuk ism mashdar dari kata dasar istashna'a-yastashni'u(
- يستصنع .(اتصنع Artinya meminta orang lain untuk membuatkan sesuatu
untuknya.Dikatakan : istashna'a fulan baitan, meminta seseorang untuk membuatkan rumah
untuknya.[1]
Sedangkan menurut sebagian kalangan ulama dari mazhab Hanafi, istishna' adalah (عقد
العمل فيه شرط الذمة في مبيع Artinya, sebuah akad untuk sesuatu yang tertanggung .(على
dengan syarat mengerjakaannya. Sehingga bila seseorang berkata kepada orang lain yang
punya keahlian dalam membuat sesuatu,"Buatkan untuk aku sesuatu dengan harga sekian
dirham", dan orang itu menerimanya, maka akad istishna' telah terjadi dalam pandangan mazhab
ini.[2]
Senada dengan definisi di atas, kalangan ulama mazhab Hambali menyebutkan ( سلعة بيعالسلم غير وجه على عنده .(ليست Maknanya adalah jual-beli barang yang tidak (belum)
dimilikinya yang tidak termasuk akad salam. Dalam hal ini akad istishna' mereka samakan
dengan jual-beli dengan pembuatan ( بالصنعة [ 3 ].(بيعNamun kalangan Al-Malikiyah dan Asy-Syafi'iyah mengaitkan akad istishna' ini dengan
akad salam. Sehingga definisinya juga terkait, yaitu ( الصناعات من للغير المسلم ,(الشيءyaitu suatu barang yang diserahkan kepada orang lain dengan cara membuatnya.[4]
Dalam buku Wahbah Zuhaily yang judulnya al Fiqh al Islamy wa Adillatuhu juz IV,
defenisi istisna adalah :
االستصناع , تعريف ما شراء علي العقد اي الذمة في معين شىء عمل علي صانع مع عقد هو , الصانع من ال المستصنع من العين كانت فاذ الصانع من العمل و العين تكون و الصانع سيصنعه
, : , الن فقط العمل هو عليه المعقود ان يقول الفقهاء وبعض استصناعا ال اجارة يكون العقد فان . والصانع المستصنع من والقبول بااليجاب االستصناع ينعقد و العمل وهو الصنع طلب .االستصناع
Dapat kami ambil kesimpulan bahwa adapun maksud dari pengertian tersebut adalah materi
objek harus dari produsen. Jika disediakan oleh pelanggan, dan produsen telah menggunakan
tenaga kerja dan keterampilan saja, itu tidak akan menjadi kontrak 'istisna.[5]
Jadi secara sederhana, istishna' boleh disebut sebagai akad yang terjalin antara pemesan
sebagai pihak 1 dengan seorang produsen suatu barang atau yang serupa sebagai pihak ke-2, agar
pihak ke-2 membuatkan suatu barang sesuai yang diinginkan oleh pihak 1 dengan harga yang
disepakati antara keduanya.
2. DASAR HUKUM BA’I AL-ISTISHNA’ (Masyru'iyah)
Akad Bay’ Al-Istishna' adalah akad yang halal dan didasarkan secara syar'i di atas
petunjuk Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijma' di kalangan muslimin.
2.1. Al-Quran
با الر م وحر البيع ه الل وأحلAllah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. ( Al Baqarah: 275)
Berdasarkan ayat ini dan lainnya para ulama' menyatakan bahwa hukum asal setiap perniagaan
adalah halal, kecuali yang nyata-nyata diharamkan dalam dalil yang kuat dan shahih.
2.2. As-Sunnah
كان عن ص الله نبى أن عنه الله رضي أنس إال اليقبلون العجم إن له فقيل العجم إلى يكتب أن أراد
. من خاتما فاصطنع خاتم عليه . كتابا : مسلم. رواه يده فى بياضه إلى أنظر ى كأن قال فضةDari Anas RA baahwa Nabi SAW hendak menuliskan surat kepada raja Parsi, lalu
diberitahukan kepada beliau bahwa raja-raja Parsi tidak sudi menerima surat yang tidak dicop
mohorkan. Maka beliau pun memesan agar ia dibuatkan cincin cop mohorl dari bahan perak.
Anas menjelaskan: Seakan-akan sekarang ini aku dapat menyaksikan kemilau putih di tangan
beliau." (HR. Muslim)
Perbuatan nabi ini menjadi bukti yang nyata bahawa akad Bay’ Al-Istishna' adalah akad yang
dibolehkan
2.3. Al-Ijma'
Sebahagian ulama menyatakan bahawa pada dasarnya umat Islam berpendapat bahawa
akad Bay’ Al-Istisna' adalah akad yang dibenarkan dan telah dijalankan sejak dahulu kala tanpa
ada seorang sahabat atau ulamakpun yang mengingkarinya. Dengan demikian, tidak ada alasan
untuk melarangnya.
2.4. Kaidah Fiqhiyah
Para ulama di sepanjang masa dan di setiap mazhab fiqih yang ada di tengah umat Islam
telah menggariskan kaedah dalam segala hal selain ibadah:
التحريم على الدليل يدل حتى اإلباحة األشياء في األصلHukum asal dalam segala hal adalah boleh, hingga ada dalil yang menunjukkan akan
keharamannya.
2.5. Logika
Orang membutuhkan barang yang spesial dan sesuai dengan bentuk dan kriteria yang dia
inginkan. Dan barang dengan ketentuan demikian itu tidak di dapatkan di pasar, sehingga ia
merasa perlu untuk memesannya dari para produsen. Bila akad pemesanan semacam ini tidak
dibolehkan, maka masyarakat akan mengalamai banyak kesusahan. Dan sudah barang tentu
kesusahan semacam ini sepantasnya disingkap dan dicegah agar tidak mengganggu
kelangsungan hidup masyarakat.[8]
B. RUKUN BA’I AL-ISTISHNA’ DAN SYARAT ISTISHNA’ SERTA HAL-HAL SEPUTAR
AKAD ISTISHNA’
RUKUN BA’I AL-ISTISHNA’
Akad istishna' memiliki 3 rukun yang harus terpenuhi agar akad itu benar-benar terjadi :
[1] Kedua-belah pihak, [2] barang yang diakadkan dan [3] shighah (ijab qabul).
1. Kedua-belah pihak
Kedua-belah pihak maksudnya adalah pihak pemesan yang diistilahkan
dengan mustashni' (المستصنع) sebagai pihak pertama. Pihak yang kedua adalah pihak yang
dimintakan kepadanya pengadaaan atau pembuatan barang yang dipesan, yang diistilahkan
dengan sebutan shani' (الصانع).2. Barang yang diakadkan
Barang yang diakadkan atau disebut dengan al-mahal (المحل) adalah rukun yang kedua
dalam akad ini. Sehingga yang menjadi objek dari akad ini semata-mata adalah benda atau
barang-barang yang harus diadakan. Demikian menurut umumnya pendapat kalangan mazhab
Al-Hanafi.[9]
Namun menurut sebagian kalangan mazhab Hanafi, akadnya bukan atas suatu barang,
namun akadnya adalah akad yang mewajibkan pihak kedua untuk mengerjakan sesuatu sesuai
pesanan. Menurut yang kedua ini, yang disepakati adalah jasa bukan barang.[10]
3. Shighah (ijab qabul)
Ijab qabul adalah akadnya itu sendiri. Ijab adalah lafadz dari pihak pemesan yang
meminta kepada seseorang untuk membuatkan sesuatu untuknya dengan imbalan tertentu. Dan
qabul adalah jawaban dari pihak yang dipesan untuk menyatakan persetujuannya atas kewajiban
dan haknya itu.
SYARAT PADA AKAD ISTISHNA’
Dengan memahami hakekat akad istishna', kita dapat pahami bahwa akad istishna' yang
dibolehkan oleh Ulama mazhab Hanafi memiliki beberapa persyaratan, sebagaimana yang
berlaku pada akad salam diantaranya:
Penyebutan & penyepakatan kriteria barang pada saat akad dilangsungkan, persyaratan ini guna
mencegah terjadinya persengketaan antara kedua belah pihak pada saat jatuh tempo penyerahan
barang yang dipesan.
Tidak dibatasi waktu penyerahan barang. Bila ditentukan waktu penyerahan barang, maka
akadnya secara otomastis berubah menjadi akad salam, sehingga berlaku padanya seluruh
hukum-hukum akad salam, demikianlah pendapat Imam Abu Hanifah.
Akan tetapi kedua muridnya yaitu Abu Yusuf, dan Muhammad bin Al Hasan
menyelisihinya, mereka berdua berpendapat bahwa tidak mengapa menentukan waktu
penyerahan, dan tidak menyebabkannya berubah menjadi akad salam, karena demikianlah tradisi
masyarakat sejak dahulu kala dalam akad istishna'. Dengan demikian, tidak ada alasan untuk
melarang penentuan waktu penyerahan barang pesanan, karena tradisi masyarakat ini tidak
menyelisihi dalil atau hukum syari'at.[11]
Barang yang dipesan adalah barang yang telah biasa dipesan dengan akad istishna'. Persyaratan
ini sebagai imbas langsung dari dasar dibolehkannya akad istishna'. Telah dijelaskan di atas
bahwa akad istishna' dibolehkan berdasarkan tradisi umat Islam yang telah berlangsung sejak
dahulu kala.
Dengan demikian, akad ini hanya berlaku dan dibenarkan pada barang-barang yang oleh
masyarakat biasa dipesan dengan skema akad istishna'. Adapun selainnya, maka dikembalikan
kepada hukum asal. Akan tetapi, dengan merujuk dalil-dalil dibolehkannya akad istishna', maka
dengan sendirinya persyaratan ini tidak kuat. Betapa tidak, karena akad istishna' bukan hanya
berdasarkan tradisi umat islam, akan tetapi juga berdasarkan dalil dari Al Qur'an dan As Sunnah.
Bila demikian adanya, maka tidak ada alasan untuk membatasi akad istishna' pada barang-barang
yang oleh masyarakat biasa dipesan dengan skema istishna' saja.
HAL-HAL SEPUTAR AKAD ISTISHNA’
1. Hakikat Akad Istishna'
Ulama mazhab Hanafi berbeda pendapat tentang hakekat akad istishna' ini. Sebagian
menganggapnya sebagai akad jual-beli barang yang disertai dengan syarat pengolahan barang
yang dibeli, atau gabungan dari akad salam dan jual-beli jasa (ijarah).[12]
Sebagian lainnya menganggap sebagai 2 akad, yaitu akad ijarah dan akad jual beli. Pada
awal akad istishna', akadnya adalah akad ijarah (jual jasa). Setelah barang jadi dan pihak kedua
selesai dari pekerjaan memproduksi barang yang di pesan, akadnya berubah menjadi akad jual
beli.[13]
Nampaknya pendapat pertama lebih selaras dengan fakta akad istishna'. Karena pihak 1
yaitu pemesan dan pihak 2 yaitu produsen hanya melakukan sekali akad. Dan pada akad itu,
pemesan menyatakan kesiapannya membeli barang-barang yang dimiliki oleh produsen, dengan
syarat ia mengolahnya terlebih dahulu menjadi barang olahan yang diingikan oleh pemesan.
2. Perbedaan Salam Dan Istishna’
Menurut jumhur fuqaha, jual beli istisna’ itu sama dengan salam, yakni jual beli sesuatu yang
belum ada pada saat akad berlangsung (bay’ al-ma’dum). Menurut fuqaha Hanafiah, ada dua
perbedaan penting antara salam dengan istisna’, yaitu :
1. Cara pembayaran dalam salam harus di lakukan pada saat akad berlangsung, sedangkan
dalam istisna’ dapat di lakukan pada saat akad berlangsung, bisa di angsur atau bisa di
kemudian hari.
2. Salam mengikat para pihak yang mengadakan akad sejak semula, sedangkan istisna’
menjadi pengikat untuk melindungi produsen sehingga tidak di tinggalkan begitu saja
oleh konsumen yang tidak bertanggungjawab.[14]
Perbandingan Antara Bai’ as-Salam dan bai’ al-Istishna’ [15]
SUBJEK SALAM ISTISHNA ATURAN DAN KETERANGAN
Pokok
KontrakMuslam Fiihi Mashnu’ Barang di tangguhkan dengan spesifikasi.
HargaDi bayar saat
kontrak
Bisa saat kontrak,
bisa di angsur,
bisa dikemudian
hari
Cara penyelesaian pembayaran merupakan
perbedaan utama antara salam dan istishna’.
Sifat
Kontrak
Mengikat
secara asli
(thabi’i)
Mengikat secara
ikutan (taba’i)
Salam mengikat semua pihak sejak semula,
sedangkan istishna’ menjadi pengikat untuk
melindungi produsen sehingga tidak di tinggalkan
begitu saja oleh konsumen secara tidak
bertanggung jawab.
Kontrak
PararelSalam Pararel Istishna’ Pararel
Baik salam pararel maupun istishna’ pararel sah
asalkan kedua kontrak secara hukum adalah
terpisah.
3. Perbedaan Istishna’ dengan Ijarah
Tim Pengembangan Perbankan Syariah Insitut Bankir Indonesia mendefinisikan istisna’
sebagai akad antara pemesan dengan pembuat barang untuk suatu pekerjaan tertentu dalam
tanggungan atau jual beli suatu barang yang baru akan di buat oleh pembuat barang. Dalam
istisna’, bahan baku dan pekerjaan penggarapannya menjadi kewajiban pembuat barang. Jika
bahan baku di sediakan oleh pemesan, maka akad tersebut berubah menjadi ijarah.
Perlu diingatkan disini bahwa ketika mengerjakan pesanan barang dengan akad istisna’,
bahan mentah yang digunakan untuk memproduksi barang pesanan istisna’ harus berasal dari
pabrik atau industri rumah tangga itu dan bukan dari si pemesan/pembeli. Jika bahan mentah
tersebut diberikan dari si pemesan/pembeli, dan pabrik atau industri rumah tangga tersebut hanya
menyediakan skill/keahliannya untuk memproduksi barang pesanan, maka yang terjadi adalah
akad ijarah dengan dengan memberikan ujrah/upah atas kerja pabrik atau industri rumah tangga
tersebut dan bukannya istisna’.
4. Penetapan Waktu Penyerahan Istishna'
Ada tiga pendapat di dalam mazhab Hanafi yang berhubungan dengan penetapan tanggal
penyerahan mashnu;
Imam Abu Hanifa menolak penetapan tanggal pada masa yang akan datang untuk penyerahan
mashnu' Jika suatu tanggal ditetapkan, maka kontrak berubah menjadi bai' as salam karena ini
merupakan ciri dari akad yang mengikat seperti bai'as salam bukan ciri bai' al istishna’ yang
terbuka atas pilihan-pilihan.
Abu Yusuf dan Muhammad bin Al Hassan Asy Syaibani, dua murid dan sahabat Abu Hanifa
menerima syarat penetapan tanggal pada masa yang akan datang Alasannya, orang-orang telah
mempraktekkan istishna' dengan cara seperti itu.
Tetapi Abu Hanifa dan kedua sahabatnya bersepakat jika tanggal penyerahan dalam suatu akad
istishna’ ditetapkan, dan tidak sesuai dengan apa yang lazimnya dipraktekkan, maka akad bai’ al
istishna‘ tersebut berubah menjadi akad bai as salam.[16]
5. Konsekuensi Akad Istishna'Imam Abu Hanifah dan kebanyakan pengikutnya menggolongkan akad istishna' ke dalam
jenis akad yang tidak mengikat. Dengan demikian, sebelum barang diserahkan keduanya berhak
untuk mengundurkan diri akad istishna'; produsen berhak menjual barang hasil produksinya
kepada orang lain, sebagaimana pemesan berhak untuk membatalkan pesanannya.
Sedangkan Abu Yusuf murid Abu Hanifah, memilih untuk berbeda pendapat dengan
gurunya. Beliau menganggap akad istishna' sebagai salah satu akad yang mengikat. Dengan
demikian, bila telah jatuh tempo penyerahan barang, dan produsen berhasil membuatkan barang
sesuai dengna pesanan, maka tidak ada hak bagi pemesan untuk mengundurkan diri dari
pesanannya. Sebagaimana produsen tidak berhak untukmenjual hasil produksinya kepada orang
lain.[17]
Menurut kami, pendapat Abu Yusuf inilah yang lebih kuat, karena kedua belah pihak
telah terikat janji dengan saudaranya. Bila demikian, maka keduanya berkewajiban untuk
memenuhi perjanjiannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
. األلباني وصححه والبيهقي والحاكم داود أبو رواه شروطهم على المسلمون"Kaum muslimin senantiasa memenuhi persyaratan mereka." ( Hadis Riwayat Abu Dawud, Al Hakim,
Al Baihaqy dan dinyatakan sebagai hadits shahih oleh Al Albany )
6. Penghentian Kontrak Ba’i al Istishna'
Kontrak ba'i al istishna' bisa dihentikan berdasarkan kondisi- kondisi berikut ini:
1. Dipenuhinya kewajiban secara normal oleh kedua belah pihak.
2. Persetujuan bersama kedua belah pihak untuk menghentikan kontrak.
3. Pembatalan hukum kontrak. Ini jika muncul sebab yang masuk akal untuk mencegah
dilaksanakannya kontrak atau penyelesai- annya, dan masing-masing pihak bisa menuntut
pembatalannya.
C. ISTISHNA’ PARALEL & APLIKASINYA PADA PERBANKAN DAN LEMBAGA
KEUANGAN SYARI’AH
Dalam sebuah kontrak bai’ al-istishna’, bisa saja pembeli mengizinkan pembuat
menggunakan subkontrakator untuk melaksanakan kontrak tersebut. Dengan demikian, pembuat
dapat membuat kontrak istishna’ kedua untuk memenuhi kewajibannya kepada kontrak pertama.
Kontrak baru ini di kenal sebagai istishna’ pararel. Istishna’ pararel dapat dilakukan dengan
syarat:(a) akad kedua antara bank dan subkontraktor terpisah dari akad pertama antara bank dan
pembeli akhir dan (b) akad kedua di lakukan setelah akad pertama sah.
Akad istishna yang digunakan dalam bank syariah adalah istishna parallel, aplikasinya
dipergunakan pada pembiayaan manufaktur dan konstruksi yang pembayarannya dapat
dilakukan dalam waktu yang relatif lama. Sehingga pembayaran dapat dilakukan sekaligus atau
bertahap. Ada beberapa konsekuensi saat bank Islam menggunakan kontrak pararel. Diantaranya
sebagai berikut.
1. Bank Islam sebagai pembuat kontrak pertama tetap merupakan satu-satunya pihak yang
bertanggung jawab terhadap pelaksaaan kewajibannya. Istishna’ pararel atau subkontrak
untuk sementara harus di anggap tidak ada. Dengan demikian sebagai shani’ pada
kontrak pertama, bank tetap bertanggung jawab atas setiap kesalahan, kelalaian atau
pelanggaran kontrak yang berasal dari kontrak pararel.
2. Penerima subkontrak pembuatan pada istishna’ pararel bertanggung jawab terhadap Bank
Islam sebagai pemesan. Dia tidak mempunyai hubungan hukum secara langsung dengan
nasabah pada kontrak pertama akad. Bai’ al-istishna’ kedua merupakan kontrak pararel,
tetapi bukan merupakan bagian atau syarat untuk kontrak pertama. Dengan demikian
kedua kontrak tersebut tidak memunyai kaitan hukum sama sekali.
3. Bank sebagai shani’ atau pihak yang siap untuk membuat atau mengadakan barang,
bertanggungjawab kepada nasabah atas pelaksanaan subkontraktor dan jaminan yang
timbul darinya. Kewjiban inilah yang membenarkan keabsahan istishna’ pararel, juga
menjadi dasar bahwa bank boleh memungut keuntungan kalau ada.
Dalam buku yang dikarang oleh Dr. Muhammad Tahir Mansuri yang judulnya “Islamic Law of
Contracs and Bussines Transactions” mengatakan bahwa :
Islamic Banks and Financial Institutions use istisna' as a mode of financing. They finance
the construction of houses factories on a piece of land belonging to client. The house or factory is
constructed either by the financier himself or by a construction company. In this latter case, the
bank enters a sub-contract with that construction company. But if the contract concluded
between the bank, i.e, the financier, and the client provides specifically that the work will be
carried out by the financier himself, then the sub-contract is not valid. In such a case, it is
necessary that the bank should have its own construction company and expert contractors to
discharge the task.
The financier in the contract of istifna' for the purpose of construction is under obligation
to construct house in conformity with the specifications detailed in the agreement. Some
agreements provide that the financier will be liable for any defect in construction and destruction
of the building during the period specified in the contract.
In case the financier assigns the task of construction to a third party, it is necessary that it
should supervise construction work in a regular manner, the price of construction may be paid by
the client at the time of agreement and may be postponed till the time of delivery or any other
time agreed upon between the parties. The payment may be in lump sum or in installments. In
order to secure the payment of installments, the title deeds of the house or land may be kept by
the hank as security till the last installment is paid by the client.
The mode of istifna' is used also for digging wells and water canals. Islamic banks
finance the agricultural sectoF through this mode and play their effective role in activating this
important sector of economy.
Artinya adalah :
Bank Islam dan Lembaga Keuangan menggunakan 'istisna sebagai model pembiayaan.
Mereka membiayai pembangunan pabrik rumah di sebidang tanah milik klien. Rumah atau
pabrik dibangun baik oleh pemodal sendiri atau oleh sebuah perusahaan konstruksi. Dalam kasus
yang terakhir ini, bank memasuki sub-kontrakdengan perusahaan konstruksi. Tetapi jika kontrak
dibuat antara bank, yaitu, pemilik modal, dan klien menyediakan secara khusus bahwa pekerjaan
akan dilakukan oleh pemodal sendiri, maka sub- kontrak tidak valid. Dalam kasus seperti itu,
perlu bahwa bank harus memiliki konstruksi sendiri perusahaan dan kontraktor ahli untuk
melaksanakan tugas.
Pemodal dalam kontrak 'istisna bertujuan/berkewajiban untuk membangun rumah sesuai
dengan spesifikasi rinci dalam perjanjian. Beberapa perjanjian tersebut mengatur bahwa pemodal
akan bertanggung jawab atas setiap cacat dalam konstruksi dan penghancuran bangunan selama
periode yang ditentukan dalam kontrak.
Dalam hal pemilik modal memberikan tugas konstruksi kepada pihak ketiga, perlu
diingat bahwa hal itu harus mengawasi pekerjaan konstruksi secara rutin, harga konstruksi dapat
dibayar oleh klien pada saat perjanjian dan dapat ditunda sampai saat selesai atau waktu lain
yang disepakati kedua belah pihak. Pembayaran mungkin dalam bentuk cicilan. Dalam rangka
untuk menjamin pembayaran angsuran, surat dari rumah atau tanah dapat disimpan oleh bank
sebagai jaminan sampai angsuran terakhir dibayar oleh klien. Model istisna’ digunakan juga
untuk menggali sumur dan air kanal. Bank syariah membiayai sector pertanian melalui model ini
dan memainkan peran yang efektif dalam mengaktifkan sektor penting dari perekonomian.[18]
Untuk memenuhi kebutuhan hidupnya, manusia selalu berinteraksi dengan sesamanya
untuk mengadakan berbagai transaksi ekonomi, salah satunya adalah jual beli yang melibatkan
dua pelaku, yaitu penjual dan pembeli. Biasanya penjual adalah produsen , sedangkan pembeli
adalah konsumen konsumen. Pada kenyataannya, konsumen kadang memerlukan barang yang
belum di hasilkan sehingga konsumen melakukan transaksi jual beli dengan produsen dengan
cara pesanan. Di dalam perbankan syariah, jual beli Istishna’ lazim di tetapkan pada bidang
konstruksi dan manufaktur.
Contoh Kasus Istishna’ :
CV. Selayang Pandang yang bergerak dalam bidang pembuatan dan penjualan sepatu
memperoleh order untuk memebuat sepatu anak sekolah SMU senilai RP. 60.000.000,-.dan
mengajukan permodalan kepada Bank Syariah Plaju. Harga perpasang sepatu yang di ajukan
adalah Rp.85.000,- dan pembayarannya di angsur selama tiga bulan. Harga perpasang sepatu di
pasaran sekitar rp. 90.000,-. Dalam hal ini Bank Syariah Plaju tidak tahu berapa biaya pokok
produksi. CV.Selayang Pandang hanya memberikan keuntungan Rp. 5.000,- perpasang atau
keuntungan keseluruhan adalah RP. 3.529.412,-yang diperoleh dari hitungan Rp. 60.000.000/Rp.
85.000xRp. 5.000 = rp. 3.529.412.
Bank Syariah Plaju dapat menawar harga yang diajukan oleh CV. Selayang Pandang
dengan harga yang lebih murah, sehingga dapat dijual kepada masyarakat dengan harga yang
lebih murah pula. Katakanlah misalnya Bank Syariah Plaju menawar harga Rp. 86.000,-per
pasang, sehingga masih untung Rp. 4.000,- perpasang dengan keuntungan keseluruhan adalah:
Rp. 60.000.000/Rp. 86.000xRp. 4.000 = Rp. 2.790.697[19]
BAB III
PENUTUP
A. KESIMPULAN
Istishna merupakan kontrak penjualan antara penjual dan pembeli dimana pembeli
memesan barang terlebih dahulu kepada penjual dengan spesifikasi tertentu kemudian
pembayaran disepakati oleh kedua belah pihak yaitu dimuka, dengan cara cicilan atau
ditangguhkan. istishna parallel adalah istishna yang merupakan gabungan dari dua transaksi
Istishna’ yang dilakukan secara simultan. Bank syariah memakai skema ini dalam
pembiayaannya. Semisal nasabah memesan sebuah produk barang kepada bank syariah dengan
harga yang telah disepakati kemudian bank syariah akan memesan barang kepada supplier yang
sesuai dengan spesifikasi nasabah dengan harga yang telah disepakati oleh kedua belah pihal
(bank dan supplier) dengan harga waktu pembayaran yang telah disepakati bersama.
Landasan hukum akad Istishna adalah QS. Al Baqarah (2) : 282.berdasarkan ayat ini para
ulama menyatakan bahwa setiap perniagaan adalah halal kecuali yang benar – benar dinyatakan
haram. Namun terdapat beberapa perbedaan pendapat ulama mengenai istishna, yaitu ada yang
mengatakan haram (Mazhab Hambali). Pendapat kedua menyatakan akad ini boleh dijalankan
asalan memenuhi persyaratan dari akad salam (Mazhab Maliki dan Syafi’i). Pendapat ketiga
menyatakan istishna merupakan akad yang halal (Mazhab Hanafi dan ulama fiqh zaman
sekarang).
Rukun istishna terdiri dari produsen / penjual, pemesan / pembeli, barang / jasa yang
dipesan, harga barang / jasa (Tsaman), sighot (Ijab-Qabul). Sedangkan syarat istishna adalah
para pelaku istishna harus cakap hokum, tidak melangar janji. Barang yang dipesan harus jelas
dan waktu serta pembayaran barang yang dipesan harus disepakati bersama.
Akad istishna yang digunakan dalam bank syariah adalah istishna parallel, aplikasinya
dipergunakan pada pembiayaan manufaktur dan konstruksi yang pembayarannya dapat
dilakukan dalam waktu yang relatif lama. Sehingga pembayaran dapat dilakukan sekaligus atau
bertahap.