Download - Asal usul kadazan dusun
Asal usul kadazan dusun..
photo credit to www.my sabah.com
1. Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari
segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik
berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan
warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.
2. Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang
kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada
perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi
sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka.
Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.
3. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu.
Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah
adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama.
4. Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun.
Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam
Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.
5. Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian
tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh
generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu
atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain -lain lagi.
6. Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik
tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka
ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan
masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.
7. Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun
sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai
tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.
8. Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta
keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun.
Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan da n
dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk
Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.
9. Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang sungguh unik, asli dan
menarik. Justeru itu, melalui laman web ini sedikit sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para
pembaca yang melayari laman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" supaya warisan budaya masyarakat
Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan generasi masa akan datang.