Download - Alatan Menanda
Alatan Menanda
Kapur Tukang Jahit
Kapur digunakan untuk menanda bahagian yang hendak dijahit atau digunting.
Kapur penanda banyak terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna seperti putih,
hitam ,merah,biru dan kuning.
Ia berukuran 6 cm serta berbentuk 3 atau 4 persegi.
Tanda – tanda ini boleh dipadam dengan mudah jika tidak diperlukan lagi.
Roda Surih
Ini adalah alat logam, mempunyai roda bergerigi dan boleh digelakkan.
Digunakan dengan kertas karbon tukang jahit yang diselitkan antara kain untuk
memindahkan garisan pola pada kain.
Ia senang dan mudah digunakan.
Ia digunakan bersama kertas karbon tukang jahit untuk memindahkan:
1. Garis pemadan ke fabric
2. Tanda dan garis lain dalam kerja membuat penyesuaian pola.
Penjagaan:
Rodanya tajam. Oleh itu sangat elok jika dibuat sarung kain felt, untuk
menyimpannya. Ini mengelakkan daripada berkarat.
Simpan roda surih diantara fabric tebal supaya tepi yang bergerigi tidak rosak.
Simpan di dalam kotak jahitan.
Kertas Karbon
Pemilihan
Pilih warna yang sesuai dengan warna fabrik.
Kegunaan
Digunakan bersama roda surih atau pensil tajam untuk pindahkan tanda pola ke
fabric.
Mudahkan motif sulaman ke fabrik.
Penjagaan
Simpan di dalam sampal khas setelah digunakan.
Jangan lipat kertas karbon.
Lilin Tukang Jahit
Pemilihan
Bersaiz lebih kurang 6 cm.
Berbentuk segi empat.
Tiding mudah hilang.
Kegunaan
Tanda garisan pola pada fabric gentian bulu biri – biri.
Kukuhkan benang dengan melurutkan pada benang raput dan gosok dengan
melurutkan pada benang raput dan gosok dengan saterika supaya lilin melekat.
Jangan tekan dengan kuat kerana tandanya susuh dihilangkan.
Penjagaan
Simpan di dalam kotak jahitan selepas guna untuk elak patah.
Jarum Peniti
Ciri – Ciri & Kegunaan
1. Peniti yang elok adalah panjang dengan hujungnya halus dan tajam supaya
senang digunakan.
2. Peniti tebal atau tumpul akan meninggalkan kesan pada kain.
3. Peniti digunakan bagi melekatkan kelim, kelepet, memegang benang-benang
kedut dan menandakan kedudukan sementara untuk kancing-kancing.
Cara Penjagaan
1. Peniti bengkok, berkarat dan tumpul hendaklah dibuang.
2. Selepas digunakan, simpan di dalam kotak atau tin yang beralas dengan kertas
penyerap atau flanmelet supaya peniti-peniti kering dan tidak berkarat.
3. Jangan biarkan peniti bersepah-sepah.
4. Gunakan kusyen peniti atau span untuk meletakkan peniti sementara
menggunakannya.