Download - ALAT PERLINDUNGAN DIRI DI JALAN RAYA
CARTA PENGGUNAAN ALAT PERLINDUNGAN DIRI
ALAT PERLINDUNGAN DIRI DI JALANRAYA
TOPI KELEDAR
Topi keledar diperbuat daripada adunan fiber, kaca istimewa serta karbon pada bahagian luarannya, dan polistirena khas dengan pengalas anti-kebakaran pada sebelah dalamannya untuk mengurangkan hentaman pelanggaran dan mengelakkan kelecuran. Topi keledar boleh menjamin keselamatan anda - kalau anda memasang kancingnya.
TALI PINGGANG KESELAMATAN
Dipakai oleh semua penumpang di dalam kereta.Ini bagi mengelakkan kecederaan yang teruk kepada para penumpang semasa berlakunya kemalangan.
BAJU PEMANTUL CAHAYA
Dipakai pada waktu malam semasa membonceng motosikal atau menunggang basikal.Ini bagi mengelakkan kemalangan berlaku.Ini memudahkan para pemandu untuk melihat secara jelas penungang basikal atau pembonceng motosikal.
ALAT PERLINDUNGAN
DIRI DI AIR
JAKET KESELAMATAN
Dipakai ketika mengadakan aktiviti di air bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
PAKAIAN RENANG
Digalakkan memakai pakaian renang kerana baju tersebut tidak akan memerangkap air atau angin di dalamnya sewaktu melakukan aktiviti air
PELAMPUNG
Bagi mereka yang tidak mahir atau tidak tahu berenang,penggunaan pelampung perlu bagi mengelakkan berlakunya lemas.
ALAT PERLINDUNGAN DIRI DI MAKMAL
APRON
Melindungi diri daripada terkena bahan – bahan kimia yang mudah menghakis, meruap dan sebagainya.
SARUNG TANGAN
Dipakai ketika membuat kerja- kerja makmal semasa menggunakan bahan – bahan kimia.Ini bertujuan untuk melindungi tangan daripada terkena bahan kimia.
MASK ( TOPENG MUKA)
Dipakai untuk melindungi diri daripada terhidu gas – gas beracun semasa mengendalikan kerja – kerja di makmal.
ALAT PEMADAM API
Terdapat pelbagai jenis serta saiz alat pemadam api. Cara penggunaan atau pengendaliannya adalah seperti berikut:-
1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai
2. Ikut arah angin semasa menggunakannya
3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS
KAEDAH/ SISTEM P.A.S.S
P – PullTarik / cabut pin keselamtan
A – AimArahkan nozel ke arah punca api
S – SqueezeTekan pemegang “lever”dimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar
S – SweepLayangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman
ALAT PERLINDUNGAN DIRI SEMASA SUKAN
KASUT YANG SESUAI DENGAN PERMAINAN YANG INGIN DIJALANKAN.
Memakai kasut yang sesuai dengan aktiviti sukan yang hendak dijalankan.Ini bagi mengelakkan kecederaan pada bahagian kaki terutamanya.Contoh,jika hendak bermain bola sepak,penggunaan but bola adalah perlu bagi mengelakkan kecederaan.
PAKAIAN YANG SESUAI
Memakai pakaian yang longgar dan bersesuaian bagi setiap aktiviti yang dijalankan.Ini bertujuan bagi memudahkan pergerakan dan mengelakkan kecederaan.
SHIN GUARD
Dipakai ketika bermain permainan seperti bola sepak,hoki dan sebagainya.Ini bagi melindungi bahagian tulang kering daripada tercedera.