Download - Aktiviti meneroka.doc
7/21/2019 Aktiviti meneroka.doc
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-menerokadoc 1/4
Amali 1 OLL ( Yap Lee Hua) dari PPG PC 3 Ambilan Jun 2011
Tajuk : Secara berkumpulan (3org 1 kump) dikehendaki menjalankan aktiviti
meneroka iaitu mengambil tidak kurang daripada 5 foto situasi yang menunjukkan
aplikasi irama, warna dan ruang digunakan secara bersepadu.
Kepada pensyarah Puan Zaiton Binti Mohamad
Ahli kumpulan kami terdiri daripada saya, Yap Lee Hua dan Yap Bee Seng.
Oleh kerana kami mengajar di dua sekolah yang berlainan dan tempat tinggal kami
berdua juga agar jauh. Oleh itu, kami hanya dapat merancangkan aktiviti meneroka
irama, warna dan ruang pada setiap hujung minggu.
Disebabkan tempat bekerja kami berlainan, kami tidak dapat
mempersembahkan pergerakan bersama secara spontan di hadapan murid-murid,
oleh yang demikian, kami terpaksa mengambil foto yang melakukan perbuatan
seperti "bersalam" " bersenaman" " memeluk""menjulang" "meniup" terlebih dahulu
di rumah rakan dan dijadikan slaid dalam power point.
Setelah bahan bantu mengajar kami telah selesai, kami akan menyimpankan
power point yang telah siap kami buat bersama dan dipaparkan kepada anak murid
di bilik darjah masing-masing dengan menggunakan projektor dan menyuruh murid-
murid meneka apakah perbuatan yang dilakukan oleh kami berdua dalam foto yang
dipaparkan.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya akan membahagikan
murid- murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai 6 ahli
kumpulan, guru mengarahkan setiap wakil kumpulan tampir ke meja guru untuk
memilih satu sampul surat yang mempunyai tiga kata kerja, setiap sampul surat
mempunyai 3 kata kerja yang berlainan. Bagi setiap kumpulan ahli-ahlinya perlu
berbincang bersama untuk mereka 3 pergerakan yang dapat menunjukkan
gambaran kata kerja yang dipilih secara bebas, menarik dan kreatif yang berkaitan
dengan irama, ruang dan warna supaya ahli kumpulan lain dapat meneka
pergerakan yang dipersembahkan. Setelah perbincangan kumpulan 1 akan
mempersembahkan ketiga-tiga pergerakan yang direkakan dan kumpulan lain akan
meneka jawapannya.
7/21/2019 Aktiviti meneroka.doc
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-menerokadoc 2/4
Amali 1 OLL ( Yap Lee Hua) dari PPG PC 3 Ambilan Jun 2011
Seterusnya, kumpulan 2 akan mempersembahkan pergerakannya dan
kumpulan yang lain akan menjawab. Dengan urutan bergilir-gilir, setiap kumpulan
akan berpeluang mempersembahkan pergerakan yang direka. Setiap rekaan
pergerakan, murid-murid boleh menggunakan daya kreativi masing-masing untuk
menyatupadu irama, warna dan ruang untuk menjadikan persembahan lebih
menarik.
Setiap kumpulan yang dapat meneka 1 pergerakan akan mendapat 2
markah, dan kumpulan yang mempersembahkan pula akan mendapat 3 markah jika
pergerakan yang direka itu mendapat jawapan yang betul. Pada akhir persembahan,
kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan menjadi pemenang, guru akan
menyediakan cenderamata kepada setiap ahli kumpulan pemenang sebagai
galakkan positif, manakala kumpulan yang dapat markah terendah ahli-ahli kumpulan
perlu menyanyikan sebuah lagu sambil menari untuk menghiburkan rakan-rakan
sebagai denda.
Semua murid sangat seronok dengan aktiviti yang menarik pada pagi aktiviti
dijalankan. Pergabungan ketiga-tiga komponen seni ini merupakan alat yang
berkesan untuk memberi pemahaman yang lebih jelas tentang konsep di samping
mencetuskan kreativiti di kalangan pelajar.
7/21/2019 Aktiviti meneroka.doc
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-menerokadoc 3/4
Amali 1 OLL ( Yap Lee Hua) dari PPG PC 3 Ambilan Jun 2011
Foto situasi
Meniup kincir Menjulang piala
7/21/2019 Aktiviti meneroka.doc
http://slidepdf.com/reader/full/aktiviti-menerokadoc 4/4
Amali 1 OLL ( Yap Lee Hua) dari PPG PC 3 Ambilan Jun 2011
Bersenaman Bersalam
Saling berpeluk pergerakan yang direka secara bebas oleh murid
Pergerakan kreatif murid pergerakan menarik yang berirama