Download - Aktiviti Kelab KJR
39
Aktiviti Sampingan
Aktiviti yang dicadangkan boleh digunakan dalam aktiviti kokurikulum seperti Kelab Keselamatan Jalan Raya. Guru boleh memilih aktiviti yang dicadangkan untuk membantu murid- murid membina dan mengukuhkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap berkaitan keselamatan jalan raya dan perjalanan yang selamat.
40
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian Diri
1. Murid mengimbas kembali pengetahuan tentang keselamatan jalan raya yang telah dipelajari dan menjadi pengguna jalan raya yang selamat. Gunakan senarai semak “Penilaian Diri” bagi menentukan sejauh manakah anda seorang pengguna jalan raya yang selamat.
2. Sebagai aktiviti kelas, murid mengenal pasti beberapa kemahiran PKJR yang perlu dipertingkatkan. Soal jawab dengan murid: • Bagaimanakah anda dapat membaiki kemahiran tersebut? • Apakah tindakan yang perlu diambil untuk membaiki kemahiran tersebut?
3. Murid menetapkan matlamat sebagai pengguna jalan raya dan menulis pelan tindakan keselamatan jalan raya untuk mencapai matlamat tersebut (termasuk individu yang boleh dirujuk oleh mereka atau mendapatkan bantuan).
Aktiviti 1
Catatan/Media/BBM
• Senarai Semak “Penilaian Diri”
• Pelan Tindakan Keselamatan Jalan Raya
41
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Penilaian Kemahiran Keselamatan Jalan Raya
Penilaian DiriSejauh manakah anda seorang pengguna jalan raya yang selamat?
Pernyataan di bawah mempunyai 3 skala. Bulatkan skala yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah.
Skala
Peja
lan
Kaki
Kurang Mahir Sangat MahirMahir
Saya memerhatikan tanda jalan. 1 2 3
1 2 3
1 2 3
1 2 3
1 2 3
1 2 3
Saya mengamalkan lima langkah melintas dengan selamat.
Saya melintas di tempat melintas yang selamat.
Saya sentiasa memastikan isyarat orang hijau bernyala sebelum melintas.
Saya merancang laluan perjalanan untuk mengelakkan bahaya.
Saya dengar dan patuh arahan warden lalu lintas.
Jumlah
Penu
mpa
ng
Saya keluar dari kereta di bebendul jalan.1 2 3
1 2 3
1 2 3
1 2 3
1 2 3
1 2 3
Saya sentiasa memakai tali pinggang keledar.
Saya berdiri jauh daripada bebendul jalan semasa berada di hentian bas.
Saya beratur untuk menaiki bas.
Saya meletakkan beg dengan rapi semasa duduk di dalam bas.
Saya menggunakan pemegang tangan semasa berdiri di dalam bas.
Jumlah
42
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Skala
Penu
ngga
ng B
asik
al
Kurang Mahir Sangat MahirMahir
Saya memakai topi keledar dan mengikatnya dengan kemas. 1 2 3
1 2 3
1 2 3
1 2 3
1 2 3
1 2 3
1 2 3
Saya menunggang basikal yang bersesuaian dengan ketinggian saya.
Saya merancang laluan perjalanan untuk mengelakkan bahaya.
Saya memilih basikal yang mempunyai lampu dan alat pemantul cahaya.
Saya memakai ves keselamatan semasa berbasikal.
Saya berbasikal mengikut arus trafik di sebelah kiri jalan.
Saya memberi isyarat tangan untuk memberitahu pemandu dan pengguna jalan raya yang lain samasa saya ingin berhenti, membelok ke kiri atau ke kanan.
Jumlah
Pem
bonc
eng
Mot
osik
al
Saya memakai topi keledar yang dan mengikatnya dengan kemas. 1 2 3
1 2 3
1 2 3
1 2 3
Saya memeluk pinggang penunggang dengan erat.
Saya naik atau turun daripada motosikal di bebendul jalan.
Saya memilih membawa beg yang sesuai ketika membonceng.
Jumlah
Pengguna Jalan Raya
Pejalan Kaki Penumpang Penunggang Basikal
Pembonceng Motosikal
Jumlah Keseluruhan
Jumlah
Jumlah Keseluruhan Markah
PemarkahanPeriksa markah anda.
Kurang daripada 25 Kurang Mahir – Anda perlu memberi lebih perhatian terhadap keselamatan jalan raya.
25 - 48 Mahir – Anda agak selamat dan teruskan usaha untuk menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.
Lebih daripada 48 Sangat Mahir – Tahniah, anda ialah pengguna jalan raya yang lebih selamat. Pastikan anda sentiasa mengutamakan kemahiran keselamatan jalan raya.
43
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Pelan Tindakan -Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Lebih Selamat
Berdasarkan hasil penilaian kemahiran keselamatan jalan raya anda, sediakan pelan tindakan anda dengan menggunakan borang di bawah.
Jenis Pengguna Jalan Raya:
Matlamat
Tindakan
Kekangan
Siapakah atau apakah yang boleh membantu saya?
Rumusan daripada tindakan
Tiba di destinasi dengan selamat.
1. Memilih tempat melintas yang selamat.2. Mengamalkan lima langkah melintas.
1. Tiada tempat melintas yang selamat.2. Kenderaan yang bertali arus.3. Perlu berdikari.
1. Orang dewasa.2. Lampu isyarat/isyarat undan.3. Laluan pejalan kaki.
Sebagai pejalan kaki, kita mesti berhati-hati.
* Pandangan lain diterima.
Pejalan Kaki
44
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Lawatan ke Sekolah Menengah
1. Murid mengenal pasti sekolah menengah yang bakal dihadiri pada tahun depan. Mereka merancang untuk melakukan satu perjalanan ke sekolah menengah pada luar waktu persekolahan. (Mereka boleh menjalankan aktiviti ini secara berpasangan dengan murid yang akan hadir ke sekolah menengah yang sama atau aktiviti Kelab Keselamatan Jalan Raya.)
2. Murid mengenal pasti cara perjalanan mereka ke sekolah tersebut. Contoh: berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan pengangkutan awam. 3. Arahkan murid untuk memerhatikan persekitaran sekolah tersebut. Contoh: • Bagaimanakah keadaan trafik di persekitaran sekolah? • Apakah kemudahan yang disediakan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal? • Adakah tempat melintas yang selamat di persekitaran sekolah tersebut? • Di manakah hentian bas? Adakah tempat melintas yang selamat disediakan di kawasan itu? • Adakah terdapat warden lalu lintas di sekolah tersebut untuk membantu murid melintas?
4. Murid mengenal pasti perbezaan persekitaran jalan raya antara sekolah rendah dengan sekolah menengah daripada aspek keselamatan jalan raya. Contohnya, kawasan mengambil dan menurunkan penumpang. Apakah kesannya terhadap keselamatan mereka? Bolehkah mereka melakukan perjalanan ini tanpa bantuan orang dewasa?
Aktiviti 2
Catatan/Media/BBM
45
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Lawatan ke Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
1. Mengatur lawatan ke pejabat JKJR negeri.
2. Sebelum lawatan: • Murid mencari lokasi pejabat JKJR berpandukan peta yang terdapat dalam laman web JKJR atau jabatan-jabatan yang lain. • Murid mengenal pasti laluan perjalanan yang paling selamat dan menyediakan pelan perjalanan ke destinasi tersebut.
3. Semasa lawatan, murid mengenal pasti: • Maksud program kesedaran. • Jenis-jenis program kesedaran yang dikendalikan oleh JKJR negeri. • Tujuan dan cara JKJR mengendalikan program kesedaran kepada masyarakat. • Kesan program kesedaran ini.
4. Selepas lawatan: • Murid memilih salah satu program kesedaran dan menulis laporan mengenai tujuan, cara dan keberkesanannya.
Aktiviti 3
Catatan/Media/BBM
46
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Ceramah Keselamatan Jalan Raya
1. Jemput penceramah daripada organisasi berkaitan keselamatan jalan raya seperti di bawah untuk mengadakan ceramah keselamatan jalan raya kepada murid-murid, guru, ibu bapa atau komuniti setempat. 1. Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 2. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) 3. Universiti Putra Malaysia (UPM) 4. Innovate Solutions Systems 5. Toyota 6. Proton 7. Shell 8. Petrosains 2. Dapatkan kebenaran daripada guru besar untuk menjemput penceramah daripada organisasi di atas dan pastikan semua prosedur diikuti.
3. Membentuk jawatankuasa dan membahagikan tugasan untuk memastikan ceramah berjalan dengan lancar.
4. Sedia dan agihkan risalah kepada murid-murid atau ibu bapa.
5. Dapatkan maklum balas selepas ceramah sama ada berjalan lancar atau terdapat perkara-perkara lain yang boleh dibaiki untuk ceramah yang akan datang.
Aktiviti 4
Catatan/Media/BBM
47
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Lagu Keselamatan Jalan Raya
1. Perkenalkan satu contoh lagu keselamatan jalan raya kepada murid-murid.
2. Murid menggubah lagu untuk sekolah atau kelab keselamatan jalan raya mereka.
3. Murid boleh menyanyikan lagu tersebut semasa perhimpunan atau acara-acara sekolah yang lain.
Aktiviti 5
Catatan/Media/BBM
• Lagu Keselamatan Jalan Raya
48
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Lagu Keselamatan Jalan Raya
Dendang Jalan Raya (Tahap 1)
Kalau berjalan di tempat sunyi
Jalan yang jarang ada kenderaan
Boleh dengar angin bertiup
Burung berkicau, oh indahnya
Berjalan pula di tempat sibuk
Jalan yang penuh kenderaan
Boleh dengar bunyi kereta
Dan juga bunyi motosikal
Oleh itu jika nak berjalan
Guna mata dan juga telinga
Dengar dan lihat kiri kanan
Selalu waspada itulah caranya
Irama lagu: Ikan Kekek
49
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Lagu Keselamatan Jalan Raya
Seloka Jalan Raya(Tahap 2)
Pergi ke pekan bersama Cik Kiah, Jangan lupa membawa raga;Selalu kita berpakaian cerah, Nampak segak keselamatan terjaga.
Anak ayam baru menetas, Mari dijual di pekan Meru;Jangan cemas tika melintas, Dengar dan patuh arahan guru.
Ikan percik si ikan panggang, Ada dijual di gerai Mamat;Tangan adik mesti dipegang, Baru melintas dengan selamat.
Pak Lan pergi mengail udang, Mengail udang di tepi paya;Kalau kita patuhi undang-undang, Pasti selamat di jalan raya.
Irama lagu: Trek Tek Tek
50
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Kesan Memandu dengan Laju
1. Murid menghasilkan puisi untuk menerangkan bahaya memandu dengan laju dan akibat perbuatan tersebut. Contoh: Basikal Ali merah dan baharu, Hati berkata kukayuh laju, Ali bertindak dengan melulu, Terus mengayuh terburu-buru.
Dikayuh laju bagai berlumba, Takut dirinya terlambat tiba, Hilang keseimbangan seperti diduga, Ali terjatuh badannya luka.
Cikgu Yee datang menjenguk, Kasihan Ali lukanya teruk, Basikal baru sudahlah remuk, Kini menjadi basikal buruk.
Aktiviti 6
Catatan/Media/BBM
51
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Pulang ke Rumah dengan Selamat
1. Lima minit sebelum waktu persekolahan tamat, guru memberikan beberapa peringatan keselamatan jalan raya. Contoh: • Anda mesti dengar dan patuhi arahan warden lalu lintas. • Jangan lupa beratur sebelum menaiki bas. • Jangan bermain di tepi jalan. • Anda mesti sentiasa mengamalkan lima langkah melintas. • Anda akan lebih selamat sekiranya memakai topi keledar semasa berbasikal.
Aktiviti 7
Catatan/Media/BBM
52
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Kalendar Keselamatan Jalan Raya
1. Murid menghasilkan kalendar keselamatan jalan raya. Mereka merancang aktiviti dan mencipta pesanan keselamatan jalan raya berdasarkan peraturan dan undang-undang yang telah dipelajari dari Tahun 1 hingga Tahun 5 untuk setiap bulan. Contoh:
Aktiviti 8
Catatan/Media/BBM
Bulan Aktiviti Pesanan
Lukis poster berkaitan dengan kepentingan memakai tali pinggang keledar.
Januari
Februari
Pakai tali pinggang keledar depan dan belakang untuk mengelakkan anda daripada tercampak keluar apabila berlakunya nahas jalan raya.
Mac
A
I
S
R
K
J
S
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
53
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Lihat dan Beritahu
1. Murid mengumpulkan maklumat mengenai pengguna jalan raya yang berisiko dengan: • Merakam video atau mengambil gambar. • Mengumpul gambar daripada surat khabar, laman web dan majalah. Contoh: • Pejalan kaki – tidak melintas di tempat yang selamat seperti lintasan berisyarat undan, lintasan belang dan jejantas. • Penunggang motosikal – tidak memakai topi keledar. • Pemandu – menggunakan telefon bimbit semasa memandu. • Penumpang kereta – tidak memakai tali pinggang keledar.
2. Murid membentangkan hasil dapatan dalam bentuk persembahan multimedia semasa perhimpunan sekolah atau aktiviti kelab keselamatan jalan raya.
3. Murid mengenal pasti kesalahan pengguna jalan raya dan akibat daripada sikap.
4. Murid mengenal pasti peraturan dan undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi.
Aktiviti 9
Catatan/Media/BBM
54
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Pertandingan Membuat Papan Tanda
1. Murid menghasilkan papan tanda tentang undang- undang dan peraturan jalan raya dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti botol, tin, surat khabar dan lain-lain.
2. Pamerkan papan tanda tersebut di kawasan sekolah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa demi menjamin keselamatan murid-murid sekolah.
Aktiviti 10
Catatan/Media/BBM
55
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Bersama-sama dengan Pasukan Keselamatan Jalan Raya Sekolah
1. Murid belajar dan mengenal pasti peranan warden lalu lintas sekolah dengan: • Memerhatikan tugas warden lalu lintas semasa membantu murid melintas sebelum dan selepas waktu persekolahan. • Memahami kepentingan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang diarahkan oleh warden lalu lintas. • Memahami tugasan dan tanggungjawab warden lalu lintas.
2. Murid menghasilkan risalah untuk mempromosikan kepentingan mematuhi arahan warden lalu lintas sekolah.
Nota: Murid perlu memakai ves atau alat pemantul cahaya untuk meningkatkan kebolehlihatan dan keselamatan mereka semasa aktiviti pemerhatian.
Aktiviti 11
Catatan/Media/BBM
56
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Polis Trafik: Tugas dan Peranan
1. Murid memahami peranan dan tugas polis trafik melalui: • Ceramah - menjemput polis trafik untuk memberikan ceramah. (Membimbing murid untuk menghasilkan soalan-soalan yang ingin ditanya sebelum ceramah tersebut.) • Menulis esei atau rumusan tentang peranan polis trafik. • Membuat simulasi tentang tugas polis trafik.
Aktiviti 12
Catatan/Media/BBM
57
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Jadi Seorang Mentor
1. Galakkan murid tahun 5 dan 6 untuk menganjurkan aktiviti keselamatan jalan raya kepada murid yang lebih muda (tahun 1-4).
Contoh: • Bimbing adik anda menjadi pejalan kaki yang lebih selamat. • Berkongsi tip keselamatan. • Menjadi pengguna pengangkutan awam yang bertanggungjawab dan bersopan. • Menulis cerita mengenai keselamatan jalan raya dan bacakan cerita kepada murid-murid di tahap yang lebih rendah.
Aktiviti 13
Catatan/Media/BBM
58
Aktiviti Sampingan Tahun 6
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Bengkel Keselamatan Berbasikal
1. Menganjurkan bengkel keselamatan berbasikal di sekolah dengan menjemput agensi kerajaaan atau swasta untuk memberikan penerangan mengenai: • Kepentingan undang-undang dan peraturan jalan raya. • Kepentingan mematuhi papan tanda jalan dan lampu isyarat. • Penggunaan peralatan keselamatan seperti topi keledar, pad lutut atau siku. • Penyelenggaraan basikal. • Cara dan teknik menunggang basikal yang betul. • Isyarat tangan dengan rujukan gambar dan mengaplikasikan undang-undang antarabangsa sebagai panduan.
Aktiviti 14
Catatan/Media/BBM
Disediakan oleh
Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia