Download - Akhir Tahun Moral 2011
-
8/2/2019 Akhir Tahun Moral 2011
1/5
SMK TAMAN UNIVERSITI 2
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
PENDIDIKAN MORALTINGKATAN 1
NAMA:_______________________________ TINGKATAN:_____
Bahagian A
Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik.
1. Mengapakah Tuhan mencipta manusia?
A. Untuk berkuasa di muka bumiB. Untuk mentadbir alam dengan baik
C. Untuk menjadi generasi yang akan datang
D. Supaya manusia hidup dalam keadaan
senang.
2. Mengapakah sifat amanah perlu dipraktikkan
dalam kehidupan?
A. Untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain
B. Untuk mendapat simpati daripada orang
lain
C. Untuk meraih kepercayaan daripada oranglain
D. Untuk mewujudkan suasana yang harmoni
sesama pelajar
3. Yang berikut menggambarkan ciri-ciri harga
diri kecuali
A. Sentiasa berpakaian sopan
B. Menjaga diri di mana sahaja berada
C. Menjaga nama baik diri dan keluarga
D. Mudah terpengaruh dengan unsure negatif
4. Mengapakah pengambilan makanan yang
seimbang penting untuk kebaikan manusia?
A. Untuk mengelakkan demam
B. Untuk mengurangkan berat badan
C. Untuk membantu pertumbuhan badan
D. Untuk mengurangkan kolesterol dalam
badan
5. Antara berikut yang manakah menunjukkan
seseorang itu berhemah tinggi?I. Suka mengasingkan diri
II. menghormati orang yang lebih tua
III. bercakap dengan lemah lembut
IV. tidak bersikap angkuh dan sombong
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IVD. II, III dan IV
6. Perlakuan manakah menunjukkan nilai hemah
tinggi?
A. Halimah makan sambil berdiri
B. Zaki tidak bertegur sapa apabila bertemu
dengan gurunya
C. Sofea memberi salam apabila hendak
masuk ke dalam rumah
D. Suriani menunjuk-nunjuk cincin yang baru
dibeli kepada kawan-kawannya
7. Apakah kebaikan mengamalkan nilai toleransi?
A. Dapat menilai kekurangan orang lain
B. Dapat mengetahui kelemahan orang lain
C. Dapat menerima dan memahami cara hidup
orang lain
D. Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai
situasi
8. Usaha seseorang itu tidak akan berjaya
sekiranya
A. Besikap sambil lewa
B. Dapat menerima pendapat orang lain
C. Melakukan kerja secara berkumpulan
D. Melakukan sesuatu kerja dengan
bersungguh-sungguh
9. Mengapakah sikap boros berbelanja tidak baik
untuk diamalkan?
I. Meningkatkan jumlah hutang
-
8/2/2019 Akhir Tahun Moral 2011
2/5
II. Meningkatkan inflasi
III. Meningkatkan ekonomi negara
IV. Hidup dalam kesusahan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
10. Yang berikut adalah kelebihan melancong
dalam negara kecuali
A. Meningkatkan kos perbelanjaan
B. Meningkatkan ekonomi negara
C. Mengelakkan pengaliran keluar matawang
D. Mengurangkan pembaziran
11. Individu yang mengamalkan nilai kasih sayang
terhadap keluarga akan
A. Menyayangi keluarganya dengan hati yang
ikhlasB. Memastikan anak-anak mendapat apa-apa
sahaja yang mereka inginkan
C. Sanggup menghantar anak-anak ke sekolah
swasta
D. Menyerahkan tugas menjaga ibu dan ayah
yang sudah tidak upaya kepada pembantu
rumah
12. Yang manakah antara berikut merupakan kesan
negatif kepada individu yang dibesarkan
dalam keluarga yang tiada kasih sayang?A. Hidup bahagia dan gembira
B. Terlibat dengan masalah disiplin di sekolah
C. Mesra dan saling bermaafan antara adik-
beradik
D. Cemerlang dalam pelajaran dan berjaya
dalam hidup
13. Mengapakah kita perlu memelihara dan
memulihara alam sekitar?
A. Untuk memperkenalkan negara keseluruh
dunia
B. Agar keseimbangan ekosistem akan
terpelihara
C. Kerana alam sekitar adalah hak kita
D. Supaya Negara maju dan aman
14. Pembakaran secara terbuka akan menyebabkan
pencemaran
A. Air
B. Bau
C. BunyiD. Udara
15. Parit dan longkang yang tersumbat disebabkan
oleh pembuangan sampah sarap secara tidak
bersistem akan menyebabkan
A. Banjir kilat
B. Hakisan tanah
C. Pencemaran bunyi
D. Pembangunan terbantut
16. Kementerian yang bertanggungjawab terhadap
alam sekitar ialah
A. Kementerian Pelajaran
B. Kementerian KesihatanC. Kementerian Kerja Raya
D. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam
sekitar
17. Nilai cinta akan negara ditafsirkan sebagai
A. Sayang kepada kedaulatan negara dan
berusaha untuk mempertahankannya.
B. Mengharumkan nama negara di luar negara
untuk mendapat pengiktirafan
C. Perasaan sayang dan bangga kepada negara
serta meletakkan kepentingan negaramelebihi kepentingan diri
D. Sikap prihatin terhadap pembangunan
negara dan bersama-sama memberikan
sumbangan
18. Apakah lambang dan identiti sesebuah negeri
yang perlu dihormati?
I bendera
II Jata negeri
III Maskot negeriIV Lagu negeri
A. I, II dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV
19. Taat setia kepada raja dan negara bermaksud
A. Menunaikan kewajipan terhadap raja dan
negara melebihi diri sendiri
B. Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan
kepada raja dan negara
C. Mengenali keistimewaan yang dimiliki
oleh raja dan negara
D. Memastikan masyarakat mematuhi undang-
undang negara
20. Rakyat yang setia kepada raja dan negara akan
mengamalkan
-
8/2/2019 Akhir Tahun Moral 2011
3/5
A. Prinsip-prinsip Rukun Negara
B. Kepercayaan nenek moyang
C. Sikap ramah dengan pelancong asing
D. Semangat patriotik ketika sambutan Hari
Kemerdekaan diadakan
21. Ketika mendengar lagu Negaraku
berkumandang, kita hendaklah
A. Duduk dan menundukkan kepalaB. Menyanyi dengan sekuat-kuat hati
C. Mengibar-ngibar bendera Malaysia
D. Berdiri tegak dan menghormati lagu
22. Seseorang yang sanggup berkorban untuk
negara akan
A. Mempelajari cara-cara menggunakan
senjata api
B. Mengutamakan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri
C. Menyertai pasukan unit beruniform disekolah
D. Berani bertindak dalam apa jua keadaan
23. Ketika negara dalam keadaan aman, TLDM
berperanan
A. Mengawasi pelantar minyak
B. Mengawal keselamatan di laut
C. Melindungi sumber luar pantai
D. Melindungi kapal-kapal negara jiran
24. Mengapakah kita perlu menghargai jasapahlawan negara?
A. Mereka amat memerlukan bantuan
B. Mereka banyak menolong orang susah
C. Mereka sanggup berkorban nyawa demi
negara
D. Mereka tidak berpeluang untuk mendapat
anugerah
25. Abang anda berminat untuk menjadi seorang
askar. Bagaimanakah reaksi yang sepatutnya
anda tunjukkan?
A. Mendorong dia mencapai cita-citanya
B. Memintanya memikirkan perkara itu
masak-masak
C. Menyuruhnya mendapatkan pandangan ibu
bapa
D. Menasihatinya agar mencari pekerjaan
yang sesuai dengan kebolehan diri
26. Apakah maksud melindungi hak kanak-kanak?
A. Mendidik kanak-kanak agar mengetahuihak mereka dalam masyarakat
B. Menjaga kanak-kanak yang terabai dan
ditinggalkan oleh ibu bapa
C. Mengasuh, mengajar dan mendidik kanak-
kanak agar mengetahui hak-hak mereka
D. Membela, memberi naungan dan
memelihara hak kanak-kanak bagi
menjamin kehidupan mereka yang
sempurna
27. Persekitaran mesra kanak-kanak dapat
menjamin _____________ mental, fizikal dansahsiah mereka.
A. Peluasan
B. Pengekalan
C. Pertambahan
D. Pertumbuhan
28. Apakah nama pertubuhan antarabangsa yang
aktif melindungi golongan kanak-kanak?
A. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
B. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
C. Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNICEF)
D. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
29. Individu yang menghormati hak wanita
lazimnya
A. menyanjung tinggi kemampuan wanita
dalam mentadbir negara
B. memberi pengiktirafan kepada golongan
wanita yang berjaya dalam hidup
C. melayan wanita dengan sopan-santun,lemah lembut dan tidak menganiaya
golongan tersebut.
D. Mengiktiraf wanita sebagai individu yang
boleh memberi sumbangan dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan
negara.
30. Apakah peranan pihak media dalam
melindungi hak wanita?
A. Menyiarkan kes-kes yang melanggar hak
seorang wanita
B. Menerbitkan rancangan yang menepati
citarasa wanita
C. Mendedahkan kisah-kisah wanita yang
berjaya dalam kerjaya
D. Mengelakkan penyiaran iklan atau
rancangan yang boleh menjatuhkan imej
wanita
-
8/2/2019 Akhir Tahun Moral 2011
4/5
31. Pilih situasi yang mengamalkan sikap
menghormati hak wanita.
A. Encik Balan menyerahkan tanggungjawab
menguruskan keluarga kepada isterinya
B. Roger Lee menentang hasrat isterinya
untuk melanjutkan pelajaran keluar negara
C. Encik Kwan menaikkan pangkat Puan
Murni kerana berpuas hati dengan prestasikerjanya
D. Encik Hamid tidak menggalakkan isterinya
menceburi bidang perniagaan
32. Apakah faedah penubuhan Pertubuhan
Keselamatan Sosial?
A. Membantu pekerja mendapatkan kenaikan
gaji
B. Meningkatkan kadar caruman majikan
daripada gaji pekerja
C. Memastikan para pekerja tidak dianiayaoleh majikan
D. Memupuk kesedaran keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja
33. Berikut merupakan cuti umum bagi semua
pekerja di Malaysia, kecuali
A. Hari Pekerja
B. Hari Wanita
C. Hari kebangsaan
D. Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
34. Kita perlu melayan golongan kurang upaya
dengan sopan supaya
A. Mereka dapat hidup senang
B. Mereka dapat sembuh sepenuhnya
C. Mereka tidak tersisih daripada masyarakat
D. Mereka mudah mendapatkan bantuan
35. Kecacatan yang dimiliki oleh seseorang
individu tidak harus dipandang hina kerana
A. Mereka juga insan ciptaan tuhan
B. Mereka sentiasa berusaha untuk hidup
C. Mereka banyak menyumbang kepada
ekonomi negara
D. Mereka lebih menderita daripada insan
normal
36. Yang berikut tidak termasuk dalam kategori
kurang upaya anggota
A. Polio
B. Spastik
C. LumpuhD. Lembam
37. Apakah faktor yang mempengaruhi
kemerosotan disiplin pelajar?
A. Tiada guru kaunseling yang baik
B. Pengaruh rakan sekeliling
C. Kurang kawalan daripada guru
D. Keprihatinan guru dan pengetua
38. Siapakah yang paling awal membentuk akhlak
dan peribadi pelajar?
A. Guru
B. Ibu bapaC. Diri sendiri
D. Sekolah
39. Apakah kesan terhadap pelajar jika terus
terlibat dengan masalah disiplin?
A. Pelajaran akan terjejas
B. Prestasi pelajaran akan meningkat
C. Guru-guru akan mendapat imbuhan
D. Diri akan menjadi terkenal
40. Antara contoh masalah disiplin pelajar ialahA. Belajar sambil lewa
B. Tertinggal buku latihan
C. Bertumbuk sesama pelajar
D. Terlupa membuat kerja sekolah
41. Situasi yang berikut menunjukkan
keharmonian hidup bermasyarakat kecuali
A. Mengadakan rondaan keselamatan di
kawasan taman perumahan
B. Mengutip derma untuk mangsa kebakaran
C. Berkaraoke bersama-sama keluargasehingga lewat malam
D. Mengunjungi rumah terbuka jiran tetangga
ketika perayaan
42. Keamanan dan keharmonian negara dapat
memberikan anggapan bahawa
A. Warganegaranya mengamalkan cara hidup
bertoleransi dan bersatu padu
B. Pemimpinnya mengarahkan rakyatnya
berbuat demikian
C. Faktor ekonomi memberikan kemakmuran
D. Negara itu bebas daripada ancaman lanun
yang sering mengancam nelayan
43. Pilih definisi yang paling tepat tentang
kebebasan bersuara
A. Bebas berucap dan mengeluarkan idea
demi kepentingan diri
B. Bebas berucap dan mengemukakan
cadangan untuk menjamin keselamatan ahli
keluargaC. Bebas berucap dan mengeluarkan fikiran
dengan batasan tertentu bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman
-
8/2/2019 Akhir Tahun Moral 2011
5/5
D. Bebas berucap dan memberi cadangan
dengan batasan tertentu bagi menjamin
keselamatan dan keamanan
44. Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan
rakyat Malaysia menikmati kebebasan
beragama
A. Menghormati agama yang dianuti olehrakan
B. Memaksa rakan memeluk agama yang kita
anuti
C. Menghormati rakan yang sama agama
sahaja
D. Melarang rakan beribadat di tempat-tempat
keagamaan
45. Pilih definisi yang paling tepat tentang sikap
keterbukaan
A. Bersedia menerima pandangan danpembaharuan dan abaikan kebenaran fakta
dan norma masyarakat
B. Bersedia memberi dan menerima
pandangan dan melakukan pembaharuan
demi keuntungan diri
C. Bersedia memberi dan menerima
pandangan dan menolak kritikan
D. Bersedia memberi dan menerima
pandangan, pembaharuan dan kritikan
selaras dengan kebenaran fakta dan norma
masyarakat Malaysia
46. Pilih maksud yang paling tepat tentang nilai
saling menghormati antara Negara
A. Menghargai dan memuji hubungan antara
negara-negara Barat
B. Menghargai dan menyanjung tinggi
hubungan antara negara demi keselamatan
diri
C. Menghargai dan memuliakan hubungan
antara negara untuk menjamin
kesejahteraan sejagat
D. Menghargai dan memuliakan hubungan
dengan satu negara sahaja
47. Seseorang yang mengamalkan nilai hidup
bersama secara aman
A. Suka bertegur sapa
B. Suka timbulkan konflikC. Suka mencetuskan perbalahan
D. Akan gembira hanya apabila menerima
kebaikan daripada orang lain
48. Pilih sikap yang menunjukkan nilai saling
membantu dan bekerjasama
A. Membantu melakukan kerja gotong-royong
B. Duduk sahaja sementara orang lain sedang
sibuk
C. Tidak menghiraukan jiran yang berada
dalam kesusahanD. Membantu seseorang jika bantuan itu
mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri
49. Apabila berada di negara lain kita perlu
A. Membuat kacau untuk menarik perhatian
orang
B. Mengkritik kemudahan-kemudahan yang
disediakan di negara berkenaan
C. Mencuri benda yang luar biasa dan unik
sebagai kenangan
D. Mematuhi peraturan dan undang-undangNegara berkenaan
50. Kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia
perlu
A. Saling membenci antara satu sama lain
B. Hidup berbaik-baik dan bertolak ansur
C. Mengkritik agama masing-masing
D. Mengetawakan cara makan masing-masing
Disediakan Oleh, Disemak oleh, Dilihat Oleh,
.... ..
(En. Shahizar Md Salleh) (Pn. Kartini Yaakub)