Download - AKAUNTABILITI DALAM KERJA
AKAUNTABILITI DALAM KERJA
MUQADIMAH
Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah , di mana
fungsinya untuk ta`at, patuh dan meng`imarahkan bumi Allah ini
merupakan satu amanah dan kepercayaan Allah yang mesti
dilaksanakan seluruhnya. Seluruh tuntutan agama dan kewajipan
yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang
dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan,
maka seseorang telah menunaikan amanahnya kepada Allah .
Setiap peringkat jawatan dan kedudukan ada tanggungjawab
tersendiri mengikut kategori masing-masing.
Firman Allah dalam Surah al-An`am: Ayat 165.
Maksudnya: Dan Dialah yang menjadikanmu khalifah di bumi dan
meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa
darjat, kerana Dia hendak mengujimu pada apa yang telah
dikurniakan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat
1
azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
Justeru, kertas kerja ini yang bertajuk “Akauntabiliti dalam Kerja”
dikemukakan kepada Konvokesyen Penyelia Kafa Peringkat
Kebangsaan yang bersidang pada 14 hingga 16 April 2006/1427H.
Ini bertujuan bagi meningkatkan keyakinan terhadap pekerjaan bagi
melahirkan penjawat awam yang bertanggungjawab dan penuh
dedikasi.
Rangka kertas kerja ini seperti berikut:
i. Muqadimah.
ii. Pengertian dan definisi:
a. Pertama: Akauntabiliti.
b. Kedua: Kerja.
iii. Akauntabiliti dalam al-Quran.
iv. Hubungan kerja dan Akauntabiliti.
v. Kesimpulan.
vi. Rujukan.
Semoga kertas kerja ini memberi semangat dan motivasi kepada kita
dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang. Amin.
2
PENGERTIAN DAN DEFINISI
Pertama: Akauntabiliti
Sikap bertanggungjawab yang mendalam, jujur, telus dan amanah.
Boleh jadi makna yang hampir sama dengan akauntabiliti ialah
muhasabah. Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, muhasabah
membawa maksud perbuatan menilai, meninjau perasaan (fikiran,
pendirian) diri sendiri. Bermuhasabah pula bererti membuat penilaian
terhadap diri sendiri.
Kedua: Kerja
Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, Halaman 654: Kerja ialah usaha
(kegiatan atau urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan
(menyelesaikan, menyediakan dan sebagainya) sesuatu. Manakala
bekerja pula ialah melakukan atau menjalankan sesuatu atau
berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas dan sebagainya) untuk
menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan dan lain-lain) sesuatu.
Kerja mestilah benar-benar mengikut syari`at Allah dengan penuh
sifat-sifat mahmudah dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah dalam
pekerjaan dan kehidupan. Syari`at menggalakkan pekerjaan untuk
kehidupan. Antara lain sebab-sebabnya ialah:
1. Mendorong manusia supaya sentiasa menyesuaikan kegiatan dan
aktiviti mereka selagi hidup di muka bumi dengan ukuran
kebenaran (al-Haq), kebaikan (al-Khair) dan kemaslahatan (al-
Sulh). Mereka yakin bahawa itu sahajalah yang akan menjadi
3
neraca (ukuran) yang menentukan kejayaan mereka di akhirat
nanti.
Firman Allah dalam Surah al-A’raf: Ayat 8 hingga 9.
Maksudnya: Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka
sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka
itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan
timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang
yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku
zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan
tempatnya).
Al-Baghawi berkata: “Yakni pada hari pertanyaan.” Mujahid pula
berkata: “Makanannya ialah keputusan dan hari keadilan.”
Sedangkan kebanyakan `ulama’ tafsir berkata: “Dikehendaki
dengannya adalah timbangan segala amalan dengan mizan iaitu
sejenis neraca.”
2. Mendorong manusia mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan
serta amal soleh. Seterusnya akan menghalang mereka daripada
melakukan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka
dalam seksaan.
4
Firman Allah dalam Surah al-Ma`un. Ayat 1 hingga 3.
Maksudnya: Tahukah engkau akan orang yang mendustakan
agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas
serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan
untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
Al-Sabuni berkata di dalam Safwah al-Tafasir: “Persoalan kerana
ta`ajjub dikemukakan di sini.” Abu Hayyan pula berkata:
“Perkataan Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan
merupakan isyarat bahawa mereka tidak memberi makan
sekalipun mampu.”
Al-Alusi di dalam Ruh al-Ma`ani berkata: “Maksud agama ialah
pembalasan yang merupakan salah satu daripada maknanya
sepertimana kata pepatah Arab:
ا ت'دان ت$د+ي(ن' ك$م$
Maksudnya: Iaitu sebagaimana kamu lakukan pasti dibalas.
Dalam makna yang lain, Mujahid berpendapat dengan makna hisab
atau Islam sebagaimana yang masyhur. Mengikut Ibn `Abbas:
“Dengan hukum Allah .”
5
3. Syari`at Allah mengingatkan kita bahawa manusia tidaklah
diciptakan tanpa sebarang tujuan. Benarlah firman Allah dalam
Surah al-Qiyamah: Ayat 36.
Maksudnya: Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan
ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan
tidak dihidupkan menerima balasan)?
Mufasssir berkata: “Ini adalah satu cuitan al-Quran yang
membimbing dan mengarah hati manusia supaya sentiasa
mengingati pertalian-pertalian, perhubungan-perhubungan,
matlamat-matlamat, tujuan-tujuan, faktor-faktor dan sebab-sebab
yang mengikatkan kewujudan dirinya dengan kewujudan alam
seluruhnya dan dengan Iradat Allah yang mentadbirkan semesta
alam.”
6
AKAUNTABILITI DALAM AL-QURAN
Antara matlamat kerja ialah:
Pertama: Dengan bekerja boleh melaksanakan tanggungjawab
terhadap diri dan keluarga. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam
Surah al-Taubah Ayat 105.
Maksudnya: Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu
(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta
orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan
kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-
perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan
kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
Al-Alusi dalam Ruh al-Ma`ani berkata: Dan katakanlah beramallah
dengan apa yang kamu mahu nescaya Allah melihat amalanmu sama
ada baik atau buruk yang memberi faedah daripadanya, galakan dan
juga ancaman. Dan dikehendaki dengan melihat amalan dalam erti
kata lain, pengetahuannya yang jelas. Adapun nisbah kepada rasul
dan orang yang beriman dengan iktibar bahawa Allah tidak sunyi
sesuatupun daripada mereka.
7
Kedua: Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta
ummah keseluruhannya. Ini kerana setiap orang akan disoal
mengenai amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya. Firman Allah
dalam Surah al-Muddathir: Ayat 38.
Maksudnya: Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan
buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
Mufassir berkata: “Setiap individu memikul masalah dan
tanggungjawab dirinya sendiri. Setiap orang boleh meletakkan dirinya
di mana dia suka, sama ada hendak meletakkannya di tempat yang
maju atau mundur, sama ada dia mahu memuliakan dirinya atau
menghinakannya. Dia tetap terikat dan bertanggungjawab terhadap
perbuatan yang telah dilakukannya. Allah telah menerangkan
kepada manusia jalan yang diredhai-Nya supaya mereka mengikutinya
dengan penuh kesedaran dan berhati-hati. Allah membuat
pengumuman supaya manusia meneliti pemandangan Neraka سقر
yang membakar habis-habisan. Pengumuman ini sudah tentu
mempunyai kesan dan nilainya.”
Sabda Rasulullah dalam hadith sahih:
اع5 ك'ل3ك'م( ؤ'و(ل9 وك'ل3ك'م( ر$ يAت+ه+ عن( م$س( ع+ ر$ .
8
Maksudnya: Setiap di antara kamu adalah pemimpin dan
bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.
Hadith riwayat Imam al-Bukhari.
HUBUNGAN KERJA DAN AKAUNTABILITI
9
Sewajarnya kita memahami bahawa sebagai khalifah Allah , hendaklah kita melaksanakan tugas dan perkhidmatan dengan sebaik-
baiknya. Ini kerana:
i. Tanggungjawab dan kerja merupakan amanah manakala khianat
merupakan penyelewengan daripada tanggungjawab khalifah.
Firman Allah dalam Surah al-Anfal: Ayat 27.
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui
(salahnya).
Mufassir berkata: “Begitu juga golongan Muslim diperingatkan
supaya jangan mengkhianati amanah yang dipikul mereka sejak
mereka mengikat perjanjian setia dengan Rasulullah untuk
berpegang teguh dengan Islam. Ini kerana Islam bukanlah kata-
kata yang hanya diucapkan dengan lidah dan bukan pula
merupakan semata-mata ungkapan-ungkapan dan doa-doa, malah
Islam adalah sistem hidup yang sempurna dan syumul, yang
dihalangi oleh berbagai-bagai halangan dan kesulitan. Islam adalah
sistem hidup untuk menegakkan realiti kehidupan di atas prinsip-
prinsip الله إال إله ال , satu prinsip yang mengembalikan seluruh
manusia kepada `ubudiyah kepada Allah , Tuhan mereka yang
10
sebenar dan mengembalikan masyarakat kepada kuasa Hakimiyah
Allah dan syariat-Nya. Di samping itu, ia mengembalikan
penguasa-penguasa yang sewenang-wenangnya mencabul uluhiyah
Allah dan kuasa-Nya daripada terus bermaharajalela dan
mencabul. Ia juga menjamin kebenaran dan keadilan kepada
seluruh manusia iaitu menegakkan keadilan di kalangan mereka
dengan neraca yang teguh dan seterusnya membangun dan
mengimarahkan bumi serta melaksanakan tugas-tugas khalifah
Allah dengan sistem hidup ciptaan Allah . Semuanya itu adalah
amanah-amanah yang wajib dan sesiapa yang mengabaikannya
bererti dia telah mengkhianati amanah dan melanggar
perjanjiannya dengan Allah , juga yang membatalkan perjanjian
setianya yang telah dikaitkan dengan Rasul-Nya.”
ii. Setiap pancaindera diamanahkan terhadap segala perbuatan yang
dikerjakan.
Firman Allah dalam Surah al-Isra’: Ayat 36.
Maksudnya: Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya
pendengaran, penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap
akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Mufassir berkata: “Ayat yang pendek ini membentuk satu
pendekatan atau methodologi yang sempurna bagi hati dan akal
11
manusia termasuk methodologi `ilmiyah yang baru sahaja
diketahui manusia, di samping ditokokkan pula dengan unsur-
unsur kejujuran hati dan muraqabah dengan Allah yang
merupakan ciri keistimewaan Islam yang mengatasi methodologi-
methodologi `aqliyah lain yang kering.
Amalan memastikan kebenaran sesuatu berita, gejala dan
pergerakan sebelum dia menghukumkannya merupakan anjuran al-
Quran al-Karim dan methodologi Islam yang halus dan amat hemat.
Apabila hati dan akal manusia mengikut methodologi ini dengan
jujur, maka tiada lagi ruang di alam penyelidikan-penyelidikan,
ujian-ujian dan ilmu pengetahuan yang dapat dimasuki oleh
pendapat-pendapat yang dangkal dan andaian-andaian yang karut.
Amanah `ilmiyah yang dibangga-banggakan oleh manusia di zaman
moden ini tidak lain dan tidak bukan melainkan merupakan
sebahagian daripada amanah `aqliyah dan hati yang diumumkan
tanggungjawabnya yang agung oleh al-Quran. Pengumuman itu
menjadikan setiap orang yang bertanggungjawab terhadap
pendengaran, penglihatan dan hatinya di hadapan Allah yang
mengurniakan telinga, mata dan hati itu.”
iii. Tanggungjawab perlu dipikul sendiri dan merupakan taklif fardi.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: Ayat 286.
12
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau
bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang
telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu
daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan
berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum
yang kafir".
Mufassir berkata: “Ayat ini menjelaskan konsep tanggungjawab
peribadi, iaitu seseorang tidak mendapat pahala melainkan
daripada kebaikan yang telah dilakukannya dan tidak menanggung
dosa melainkan daripada kejahatan yang telah dilakukannya.
Setiap insan itu pulang kepada Allah dengan membawa laporan
amalan peribadinya dengan segala catatan pahala dan dosanya.
Oleh itu, dia tidak boleh meletakkan kesalahannya ke atas bahu
13
orang lain dan tidak boleh menunggu pertolongan daripada
sesiapapun.”
SIFAT-SIFAT MAZMUMAH
Antara perkara yang mesti dijauhi ialah sifat tidak bertanggungjawab
juga dikenali dengan nama sifat-sifat mazmumah. Justeru, terdapat
banyak masalah akan berlaku kepada mereka yang bersifat dengan
sifat mazmumah. Antaranya:
i. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab akan menyusahkan diri
sendiri.
Firman Allah dalam Surah Fussilat: Ayat 46.
Maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka
faedahnya akan pulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang
berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri;
dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-
Nya.
Mufassir berkata: “Agama Islam ini telah datang mengisytiharkan
bahawa manusia telahpun sampai ke peringkat dewasa. Oleh itu
mereka dipertanggungjawabkan membuat pilihan sendiri, juga
mengisytiharkan dasar tanggungjawab peribadi. Setiap orang
bebas memilih.”
14
ii. Pecah amanah atau khianat boleh menyebabkan kefasadan dan
boleh juga dimaksudkan dengan pecah rahsia seseorang yang anda
percayakannya adalah suatu pekerti buruk yang harus dibasmi dari
dalam diri. Kelakuan ini timbul disebabkan jahil akan akibat
kesudahannya, baik di dunia mahupun di akhirat. Di dunia dia
dapat menimbulkan permusuhan orang yang dikhianatinya, dan dia
akan menjadi marah, tidak dikembalikan bila dituntut, ataupun jika
rahsianya dibocorkan kepada orang lain padahal dia amat
mempercayaimu.
Manakala di akhirat pula, akibatnya lebih berat lagi, kerana Allah akan murka terhadapnya dan akan membalasnya dengan seksaan
yang pedih sekali. Nabi juga mengisyaratkan hakikat jenayah ini
dengan menghukumkan sebagai munafiq sebagaimana yang
disebut dalam sabdanya yang bermaksud: “Apabila diserahkan
amanat dia akan khianat.” Maka hendaklah kita menjaga diri
daripada permasalahan amanat ini.
Sabda Rasulullah lagi:
+ياAك'م( ي$ان$ة$، إ ت+ فإنAها والخ+ الب+ط$ان$ة. ب+ئ(س$
Maksudnya: “Awasilah dirimu daripada sifat khianat itu, kerana
sesungguhnya khianat itu seburuk-buruk teman.”
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud.
Dalam sebuah hadith, Nabi telah bersabda. Antaranya:
“Demikianlah penduduk neraka itu. Lalu disebutkan sebahagian di
antara mereka itu adalah seorang yang tidak menyembunyikan
15
sifat rakusnya sekalipun terhadap barang yang kecil, melainkan
dia selalu mengkhinatinya.”
Ibn Mas`ud berkata: “Akan didatangkan nanti di hari kiamat
seorang yang dipercayakan amanat di tangannya, lalu dia
mengkhianatinya, dan dikatakan kepadanya: “Tunaikanlah amanat
itu kepada tuan punyanya!” Maka dia menjawab: “Dari manakah
dapat saya menunaikannya lagi, wahai Tuhanku, padahal dunia
telah berlalu?”
Sambung Ibn Mas`ud lagi: “Lalu barang amanat itu diwujudkan
bentuknya serupa seperti pada hari dia mengambilnya itu, tetapi
kali ini berada dalam lubang Neraka Jahannam. Kemudian
dikatakan kepadanya: “Turunlah sekarang ke dalam lubang
neraka itu.” Lantas dipikulnya amanat itu di atas bahunya, di
mana beratnya pula ketika itu melebihi berat gunung-ganang
dunia, sehingga apabila dirasakan dia telah terlepas dan selamat
daripadanya, tiba-tiba barang yang dipikulnya itu terlepas dan
jatuh ke dalam neraka itu semula. Maka dia pun terpaksa turun
lagi ke dalam lubang neraka itu sekali lagi secara terus-menerus
untuk selama-lamanya.”
Selanjutnya Ibn Mas`ud mengatakan lagi: “Ingatlah, bahawa
solat itu adalah amanah, wudhu’ itu juga adalah amanah, mandi
wajib itu amanah, timbang-menimbang juga amanah dan yang
paling berat sekali ialah wadi`ah iaitu barang simpanan orang
yang dipercayakan kepadamu untuk menyimpannya. Ya Allah Ya
Tuhanku, kurniakanlah kami dengan kelembutan-Mu dan
selamatkanlah kami dengan pengampunan-Mu.”
16
iii. Keadilan Tuhan terhadap semua pelaku mengikut apa yang
dilakukan. Hal ini jelas berdasarkan firman Allah dalam Surah al-
Syura: Ayat 30.
Maksudnya: Dan apa jua yang menimpamu daripada sesuatu
kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa
yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan
berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar
daripada dosa-dosamu.
Mufassir berkata: “Di dalam ayat ini jelas menunjukkan keadilan
Allah dan rahmat kasihan belas-Nya terhadap manusia yang
lemah ini. Setiap musibah yang menimpa mereka adalah berpunca
daripada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh tangan mereka
sendiri, tetapi Allah tidak menghukumkan mereka dengan setiap
kesalahan mereka. Ini kerana Dia mengetahui kelemahan mereka
dan mengetahui pendorong-pendorong (motif-motif) yang dijadikan
di dalam fitrah mereka, iaitu pendorong yang menguasai mereka di
kebanyakan waktu. Oleh sebab itu, Allah memaafkan sebahagian
besar daripada kesalahan-kesalahan mereka kerana kasihan belas
dan kemaafan-Nya kepada mereka.”
iv. Balasan pahala dan dosa mengikut amalan manusia.
Firman Allah dalam Surah al-Zalzalah: Ayat 7 hingga 8.
17
Maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa
berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)!
Mufassir berkata: “Amalan-amalan yang seberat atom ini, sama
ada amalan baik mahupun jahat akan dihadirkan kelak dan
diperlihatkan kepada yang melakukannya serta diberikan
balasannya. Oleh itu, setiap orang tidak seharusnya memperkecil-
kecilkan amalannya dengan mengatakan: “Ini cuma kecil sahaja, ia
tidak dikira dan ditimbang.” Malah hatinya seharusnya
menggeletar di hadapan setiap perbuatan sebagaimana neraca
yang halus akan bergerak meninggi atau menurun dengan sebab
berat sebiji atom itu.
Neraca yang menimbangkan amalan itu adalah suatu neraca yang
tiada tolok bandingnya di dalam dunia ini kecuali neraca di dalam
hati mu’min iaitu hati yang terus menggeletar kerana melakukan
kebaikan atau kejahatan seberat atom. Di sana ada hati-hati di
dunia ini yang tidak tergoncang walaupun oleh dosa-dosa dan
maksiat yang sebesar gunung dan tidak merasa apa-apa walaupun
ia telah bertindak menghancurkan kebaikan yang lebih teguh dari
gunung. Itulah hati-hati yang degil di bumi yang akan hancur luluh
pada hari hisab.”
18
PENUTUP
Islam menggalakkan bekerja dengan penuh akauntabiliti kerana ia
boleh membawa kejayaan di dunia dan janji syurga di akhirat.
Firman Allah dalam Surah al-Tin: Ayat 6.
Maksudnya: Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
Mufassir berkata: “Dari sini jelas ternyata nilai keimanan dalam
kehidupan manusia. Keimanan itulah jalan naik yang menyampaikan
fitrah manusia kepada matlamatnya yang sempurna. Keimanan itulah
tali hubungan di antara fitrah manusia dengan Tuhan Penciptanya.
Keimanan itulah nur yang menerangi jalan naik menuju kehidupan
orang-orang yang kekal yang dimuliakan di sisi Allah .”
Firman Allah dalam Surah Ali-Imran: Ayat 198.
Maksudnya: Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan
mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
19
beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat
sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) daripada
Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi
orang-orang yang berbakti (yang ta`at dan banyak berbuat kebajikan).
Mufassir berkata: “Aqidah ini ialah pemberian, kesetiaan, keta`atan
dan penunaian tugas tanpa balasan dengan kesenangan-kesenangan
hidup dunia dan tanpa balasan dengan kemenangan, kedudukan yang
kuat dan tinggi kemudian menunggu segala balasan di akhirat sana.
Andainya kemenangan, kedudukan yang kuat dan tinggi tercapai,
maka ini tidak termasuk dalam perjanjian serta tidak pula merupakan
balasan daripada perjanjian, kerana tidak ada di dalam perjanjian ini
sesuatu balasan di dunia ini. Tidak ada di dalam perjanjian ini
melainkan penunaian tugas, kesetiaan, pemberian dan menghadapi
ujian.”
Imam Ahmad telah meriwayatkan, katanya: “Kami telah diceritakan
oleh Sufyan daripada al-Zuhri bahawa dia mendengar `Urwah
berkata: “Kami telah diceritakan oleh Abu Humaid al-Sa’di katanya:
Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari suku kaum al-Azd yang
dipanggil Ibn al-Latibah sebagai `amil sedekah (zakat), lalu dia datang
dan berkata: “Yang ini untukmu dan yang ini hadiah untuk orangku.”
Lalu Rasulullah berdiri di atas minbar dan berucap:
ل با$ل' ما +UUه' العام 'UUل5 على ن$ب(ع$ثUUذا عمUه : وهUذا ل$ك'م فيقUUول'
د+ي$ . أفال أ'ه( Aل$ي+ ل$س$ إ ه+ بيت+ في ج$ )UUب+ي$ ه+ أ cUUم
د$ى فينظUUر وأ' )UUي'ه$ أ
أ(ت+ي ال بيده، محمد5 نفس' والAذ+ي ال؟ أم إليه+ $UUد'كم ي $UUا أ$حUUمنه
ه+، على القيامUUة+ يوم$ به جاء$ إال بشيء5 +UUب$ت ق$ ا وإنA ر$ rر )UUه ب$ع+يUUل
غ$اء، ، لها بقرةr أو ر' وار9 اةr أو خ' ت$ي(ع$ر. ش$
20
Maksudnya: Mengapa ada `amil yang kami hantar untuk
menguruskan kerja (memungut zakat) kemudian dia berkata: “Yang
ini untukmu dan yang ini hadiah orang untukku.” Mengapa dia tidak
duduk di rumah bapanya dan ibunya supaya dia dapat melihat adakah
orang datang memberi hadiah kepadanya atau tidak? Demi Allah yang
nyawa Muhammad berada di tangan-Nya, tiada seseorang daripada
kamu yang mengambil sesuatu daripada hadiah yang tidak sebenar
itu melainkan dia akan memikulnya di atas tengkuknya pada hari
qiamat dan jika yang diambilnya itu unta, maka ia akan menguak,
atau yang diambilnya itu lembu, maka ia akan bertebuh atau yang
diambilnya itu biri-biri maka ia akan mengembek.
Sabda Rasulullah kepada salah seorang sahabatnya berkenaan
dengan jawatan:
ة9 وإنها ألمان$ة9 إنAها ذ$ها م$ن إال القيامة+ يوم$ لن$د$ام$ $$خ$ ها أ cق ب+ح$ .
Maksudnya: Sesungguhnya ia adalah suatu amanah dan ia di hari
kiamat akan menjadi kerugian dan penyesalan, kecuali bagi orang
yang mengambilnya dengan cara hak serta menunaikan kewajipan
yang terpikul di atas bahunya.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Di sini dinyatakan daripada buku “Lets be Brave” karangan Ahmad
Safuan al-Karami: “Kita pernah melihat orang-orang yang tidak boleh
meningkatkan taraf hidupnya. Cuba tanyakan tentang liku-liku
hidupnya. Tentu mereka enggan menjawab. Sebab dia tidak pernah
merasa pahit manisnya mencapai cita-cita. Mereka hanya pasrah
dengan yang sedang dihadapi. Mereka tidak pernah mencuba
mengembangkan kemampuannya kerana takut gagal. Orang yang
21
takut gagal dalam mencapai cita-citanya lebih senang menjadi
penonton dan pengkritik yang handal. Tetapi dia sendiri tidak boleh
melakukan apa-apa. Jika ada seorang temannya yang gagal dalam
usahanya maka dia akan mengejek habis-habisan, mengkritik dengan
matlamat melemahkan keyakinan temannya itu. Pengkritik yang
paling lantang biasanya datang daripada orang yang kecewa dan iri
hati terhadap kejayaan orang lain. Kekecewaan yang berpanjangan
membuatkan dirinya semakin takut gagal setiap kali mencuba untuk
bangkit. Akhirnya dia benar-benar gagal.
Akhirnya suka ditegaskan di sini bahawa amanah terhadap
masyarakat mempunyai kaitan rapat dengan tanggungjawab manusia
terhadap masyarakatnya yang anggota-anggotanya saling
bergantungan dan memerlukan. Apabila pergantungan itu
diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang
dipertanggungjawabkan untuk memberi perkhidmatan dalam susunan
dan kepentingan yang ditetapkan dalam kehidupan bermasyarakat.
Perkhidmatan yang dilaksanakan secara jujur dan ikhlas dalam
hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah
yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama.
Masyarakat bermula dengan perhubungan dan komunikasi antara
manusia. Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga,
kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya bangsa, negara dan
ummah.
Ketahuilah kebahagiaan adalah kesulitan yang terpecah, permusuhan
yang menyurut, kesolehan yang dipraktikkan dan syahwat yang boleh
dikalahkan. Inilah kenyataan Syeikh `Aid al-Qarni di dalam kitabnya
La Tahzan.
22
RUJUKAN
1. Aqidah Ahl Sunnah wa al-Jamaah, Dr. Abdullah Yasin. Cetakan
Pertama 2001, dar al-Furqan Enterprise.
23
2. Tafsir Fi Zilal al-Quran (terjemahan) Syed Qutub, Cetakan
Pertama 2000, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
3. Huraian kepada Panduan al-Quran dan Hadith, Mohd Nakhaie
Hj. Ahmad. Cetakan Kedua 1996, Bahagian Hal Ehwal Islam,
Jabatan Perdana Menteri.
4. Dosa-dosa Besar (terjemahan) al-Zahabi, cetakan kelima 2004,
Pustaka Nasional Pte Ltd.
5. Jangan Takut, Ahmad Safuan al-Karami, cetakan pertama 2005,
Jasmin Enterprise.
6. La Tahzan (terjemahan), Dr. `Aidh `Abdullah al-Qarni, cetakan
pertama 2004, diterbitkan oleh Klang Book Centre.
7. Kamus Dewan Edisi Ketiga, Cetakan Ketiga 2000, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
8. Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna (terjemahan), cetakan
pertama 2003, Pustaka Salam.
9. Dosa-Dosa Besar, Imam al-hafiz Muhammad bin Ahmad bin
Usman al-Zahabi, Cetakan Kelima 2004, Pustaka Nasional Pte.
Ltd, Singapura.
10. Tafsir al-Baghawi, Imam al-Baghawi, cetakan ketiga,
1413H/1992M, Dar al-Ma`rifah.
11. Safwah al-Tafasir, Muhammad Ali al-Sabuni, Dar al-
Sabuni.
24
12. Ruh al-Ma`ani, Syihabuddin Mahmud al-Alusi, tahqiq
Muhammad Ahmad al-Amad dan `Umar `Abd al-Salam al-
Sulami, cetakan pertama, 1421H/ 2000M, Dar Ihya’ al-Turath al-
`Arabi.
25