Download - 58001075-Tugasan-Isu-Isu-Moral.docx
A) Anda dikehendaki membuat refleksi kendiri tentang punca berlakunya isu-isu
moral dan peranan seorang guru.
Isu-isu moral ataupun krisis masalah sosial kini semakin menjadi-jadi walaupun
pelbagai langkah telah dan sedang diambil untuk membanteras kegiatan tidak sihat ini.
Kebanyakannya mereka yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini adalah terdiri
golongan remaja dan belia, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kerosakan akhlak
dan kejadian salah laku di kalangan remaja atau pelajar di negara kita terus meruncing
dan meningkat setiap tahun. Apa akan berlaku kepada generasi warisan akan datang
jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti membunuh,
melepak, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, mengamalkan seks bebas,
membuang bayi, melakukan jenayah juvana, lari dari rumah, berkelakuan lucah,
menjadi bohsia atau bohjan, meminum arak, mengunjungi disko, membuli, merokok dan
lain-lain lagi yang kian merebak dalam masyarakat kita.
Masalah sosial ini memang amat membimbangkan kesemua golongan
terutamanya ibubapa, pemimpin politik dan juga para polis. Ia jelas terbukti dengan
berita-berita yang terpapar dalam akhbar dan majalah setiap hari dan ia menunjukkan
bilangan remaja yang terlibat dalam masalah sosial semakin meningkat masa ke
semasa. Terdapat beberapa punca-punca yang menyebabkan isu-isu moral ini masih
berleluasa di negara kita. Didapati masalah sosial ini mempunyai hubungan kait yang
luas dengan masyarakat, keluarga, pengetahuan agama, tahap pendidikan, suasana
rumah, pengaruh luar, media, hiburan, jati diri, rakan-rakan dan lain-lain.
Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca
berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja
sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja
pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan
urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh
bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan
mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka
daripada keluarga atau ibubapa. Kejadian seperti ini adalah amat bahaya dan boleh
mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.
1
Selain itu, sikap ibu bapa atau suasana keluarga juga mendorong golongan
remaj terlibat dalam gejalah sosial di negara kita. Walaupun keadaan bukan berlaku di
setiap keluarga malah ia berlaku di kebanyakkan keluarga yang terlalu memberi
kebebasan kepada anak-anak mereka ataupun terlalu mengongkong anak mereka.
Segelentir ibubapa pulak terlalu mementingkan kekayaan yang menyebabkan mereka
tidak peduli akan anak mereka yang diabaikan begitu sahaja. Maka, mereka diberi
kebebasan yang lebih sehingga nilai keagamaan, kerohanian dan nilai-nilai murni
semakin diabaiakan.Golongan ibubapa yang terlalu mongongkong anak-anak mereka
pula sentiasa mengawal anak-anak mereka dengan menetapkan beberapa peraturan-
peraturan tersendiri dan langsung tidak memberi kebebasan. Oleh itu,kebanyakan
golongan remaja terlibat dalam gejalah sosial hanya untuk mendapat kebebasan atau
ketenteraman dalamkehidupan mereka.
Pengaruh media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan
remaja terlibat dalam gejalah sosial. Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih
terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih
seperti internet, telefon bimbit, permainan video, televisyen dan sebagainya. Media
massa tersebut merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran
berbagai maklumat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah
terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai
untuk kesemua peringkat umur. Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia
mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-
adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri
mengikut apa yang ditonton dan menjurus ke pemikiran dan kelakuan yang negatif.
Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin sekolah
biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan tingkah laku yang mulia. Bagi
mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru harus menunjukkan
komitmen bagi menguatkuasakan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah di kawasan
sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Disiplin sekolah secara rasminya adalah
menjadi tanggungjawab semua guru.
2
Antara cara terbaik untuk mengatasi isu sosial dalam kalangan pelajar adalah
melalui proses interaksi dan komunikasi berkesan. Guru-guru perlu mendekati pelajar
secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar
tersebut. Dalam keadaan ini, setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai teman,
fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Para pelajar itu sendiri akan mampu
menyampaikan atau meluahkan segala masalah, pandangan, pendapat dan
perasaannya. Dengan cara ini juga, pelajar berasakan mereka dihargai dan pihak
sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Sistem hubungan
dua hala antara guru dan pelajar boleh diwujudkan di sekolah-sekolah yang bukan
sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk
membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal
sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes-kes yang tidak diingini. Keadaan ini
juga akan mengelakkan pelajar daripada melepaskan tekanan permasalahan mereka
dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam seperti
salah laku jenayah dan gengsterisme.
Selain daripada itu, guru juga perlu mempunyai hubungan baik dengan pihak ibu
bapa, masyarakat, kerajaan dan penguat kuasa undang-undang. Kerjasama perlu
dibentuk melalui satu rangkaian yang jelas dan melibatkan pelbagai aktiviti seperti
penyampaian dan penyaluran maklumat tentang sesuatu kegiatan yang melibatkan
pelajar sekolah harian kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak penguat kuasa
undang-undang. Kerjasama dalam bentuk perancangan dan penyediaan pelan tindakan
secara bersama berdasarkan kefahaman yang jelas untuk mencegah dan membasmi
masalah sosial dalam kalangan pelajar. Aktiviti pengawalan dan tindakan bersama juga
perlu bagi menghapuskan aktiviti-aktiviti gengster dan aktiviti buli di sekolah khususnya
tindakan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang dan disiplin
Guru haruslah mempunyai perwatakan atau personality yang baik. Tingkah laku
guru haruslah boleh dicontohi dan diteladani oleh pelajar didikannya. Contohnya adalah
tidak masuk akal seseorang guru memarahi pelajar yang ponteng atau lewat datang ke
sekolah sedang guru itu sendiri sering kali tidak memasuki kelas tanpa alasan. Jangan
3
sangka guru sahaja yang memerhatikan pelajar. Pelajar lebih celik memerhatikan guru-
guru mereka. Oleh itu, semua guru perlu memberi sepenuh perhatian terhadap diri
sendiri daripada tidak membuat kesilapan. Disamping mengajar, guru juga adalah ‘role
model’ yang utama kepada pelajar-pelajar. Guru-guru perlu memainkan peranan yang
baik dalam membentuk sahsiah diri pelajar-pelajar.
Guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai
murni terhadap pelajar dengan tidak kira bangsa atau agama. Nilai-nilai murni seperti
tolong-menolong, hormat-menghormati, berbudi bahasa, bersopan-santun, merendah
diri dan lain-lain lagi tidak seharusnya dipelajari dalam matapelajaran moral sahaja
malah perlu diserapkan dalam semua matapelajaran yang lain. Maka ini akan
membantu para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni dan mengaplikasikanya
dalam kehidupan seharian mereka.
Setiap guru harus mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan kempen-
kempen, bengkel ataupun aktiviti –aktiviti yang akan mempertingkatkan akhlak pelajar.
Contoh-contohnya seperti kempen budi bahasa, kempen motivasi, aktiviti gotong-
royong, ceramah-ceramah daripada pihak polis, kementerian pelajaran dan sebagainya.
Selain daripada itu lawatan ke rumah anak yatim dan rumah orang tua juga akan
mengelakkan pelajar-pelajar daripada terjebak dalam gejala masalah sosial. Tambahan
pula guru-guru perlu membawa pelajar-pelajar mereka ke pusat penangihan dadah,
penjara dan sebagainya supaya pelajar akan menyedari kesan yang timbul akibat
terlibat dalam gejala-gejala yang tidak diingini. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti
seperti ini akan mendisplinkan diri mereka dan juga mengamalkan kehidupan sihat.
Para guru boleh mengatasi gejala sosial dalam kalangan dengan menambahkan
aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-
kurikulum di sekolah-sekolah. Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum, sikap pelajar akan dibentuk dengan sendirinya. Umpamanya sikap disiplin
pelajar dapat dibentuk dengan aktiviti-aktiviti pasukan berpakaian seragam seperti
berkawad, berkhemah, latihan ikhtiar hidup dan sebagainya. Nilai-nilai yang diterapkan
4
melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan dan bekerjasama akan memupuk semangat
perpaduan di kalangan para pelajar tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, taraf
kekayaan dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-
nilai murni dan bersandarkan kepada keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan.
Bagai pelajar- pelajar yang beragama Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan
memperkukuhkan ibadah, akidah dan akhlak bagi setiap pelajar. Bagi pelajar bukan
Islam, aspek moraliti dititiberatkan dengan penekanan terhadap nilai-nilai murni dan
pengukuhan sahsiah. Kepelbagaian aktiviti di dalam ko-kurikulum menjamin
keseronokan dan kepuasan kepada pelajar. Pelajar tidak akan cepat bosan dengan
tekanan kerja-kerja akademik. Secara tidak langsung masalah sosial dapat dihindarkan
dan keadaan aman dapat diwujudkan.
Pelajar-pelajar kini mudah berasa bosan dengan pengajaran guru. Kebanyakkan
pelajar tidak menyukai cara pengajaran guru-gurunya lalu mengambil keputusan untuk
memonteng kelas mahupun sekolah. Maka, guru-guru harus peka sentiasa membuat
perubahan mengikut citarasa pelajar-pelajar. Guru-guru juga perlu mengubahsuaikan
teknik-teknik pengajaran untuk menambah atau menarik minat pelajar untuk
mempelajarinya. Antaranya penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang
dengar dan teknik pengajaran luar kelas dapat membantu mengembangkan pemikiran
pelajar dan seterusnya dapat membanteras gejala lepak, ponteng kelas dan sekolah.
Guru memainkan perana penting dalam melahirkan anak-anak murid supaya
menjadi insan yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara.
Walaubagaimanapun, semua pihak yang terlibat seperti ibubapa, kerajaan dan
golongan remaja itu sendiri memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu-
isu sosial yang semakin meruncing di negara kita.
5
B) Dengan meggunakan pengurusan grafik, buat refleksi kendiri tentang sahsiah
anda sebelum dan semasa mengikuti kursus ini.
Sebelum
Semasa
6
Bagaimana aplikasikan nilai-nilai murni?
Pengajian moral sama seperti apa yang dipelajari dahulu.
Anggap pendidikan moral tidak penting.
Apakah peranan guru dalam isu-isu sosial?
Kurang kefahaman nilai-nilai murni atau moral.
Pengaplikasian nilai-nilai murni.
Peranan guru di sekolah dalam mengajar pendidikan moral.
Pertimbangan nilai-nilai moral. (benar, baik dan patut)
Kefahaman yang baik tentang nilai-nilai murni.
Mengetahui kepentingan pendidikan moral di sekolah.
Sebelum saya mengikuti kursus pendidikan moral ini, terdapat pelbagai
persoalan dan tanggapan yang salah dalam pemikiran saya. Saya tidak mengetahui
peranan-peranan guru dalam mendidik seseorang murid dengan mengajar pendidikan
moral di sekolah. Ini adalah kerana, pekerjaan saya tidak berkaitan dengan pendidikan
dan juga tidak sangka bahawa boleh menerima tawaran Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah (KPLI). Oleh itu, saya tidak mementingkan pendidikan moral dan juga tidak
berusaha untuk menimba ilmu yang banyak dalam pendidikan moral. Pengetahuan
saya adalah guru hanya mengajar matapelajaran ini di sekolah dan itu sahaja peranan
mereka.
Selain itu, saya juga berpendapat bahawa pengetahuan yang saya sudah ada
dalam pendidikan moral ini adalah mencukupi dan tidak memerlukan pembelajaran lagi
dalam pendidikan ini. Saya menggangap pendidikan moral yang dipelajari di sekolh
dahulu cukup memadahi dan ia adalah sama juga apa yang dipelajari peringkat tinggi.
Tambahan pula, saya hanya mempunyai pengetahuan moral dan tidak tahu
bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ini adalah kerana saya
mempunyai kefahaman yang kurang tentang nilai-nilai murni. Selain itu, saya juga
hanya mengamalkan nilai-nilai murni yang tertentu sahaja dan tidak mengaplikasikan
nilai-nilai murni yang lain.
Namun, semasa saya mengikuti kursus ini saya mengetahui beberapa maklumat
yang penting mengenai pendidikan moral. Pertama, saya mengetahui bagaimana setiap
nilai-nilai murni boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita. Ini disebabkan, setiap nilai-
nilai murni tidak boleh diaplikasikan dalam semua situasi yangkita hadapi. Oleh itu, ia
membantu saya untuk mempunyai kefahaman yang lebih baik tentang setiap nilai murni
berbanding masa dahulu.
Selain itu, saya juga telah mengetahui apakah peranan guru yang mengajar
pendidikan moral di sekolah. Setiap guru memainkan peranan penting bukan sahaja
dalam mengajar matapelajaran ini tetapi mereka memainkan peranan penting dalam
membina insane yang berguna. Guru juaga melahirkan budaya yang berdisplin, budaya
7
yang bermoral dengan mengajar pendidikan moral disekolah. Secara tidak langsung,
guru membantu murid-murid supaya tidak terlibat dalam gejala sosial.
8