Download - 4.Teori Freud Dan Perkembangan Moral
TEORI FREUD DAN PERKEMBANGAN MORAL
PENGENALAN
Teori Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud.
Dilahirkan di Morovia (Slovakia) pada 6 Mei 1856 dan meninggal di London pada 23 September 1939.Teori Psikoanalisis melihat bagaimana proses psikologi memberi kesan dan mempengaruhi tingkahlaku dan emosi individu.
Teori Psikoanalisis dikembangkan berdasarkan pengalamannya sebagai seorang doktor perubatan:
Menumpukan penyelidikannya kepada kecelaruan saraf.Menggunakan hipnosis sebagai kaedah bagi menyelesaikan penyakit mental.
Dipengaruhi oleh teknik menumpukan kepada perbualan tentang simtom-simtom sehinggaFreud menerbitkan bukunya yang pertama ´The Interpretation of Dreams (1900).
Freud dikenal bukan hanya sebagai pencetus psikoanalisis, tapi juga telah meletakkan teknik baru untuk memahami perlakuan manusia
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA Freud percaya bahawa manusia
dilahirkan dengan desakan naluri semulajadi manusia.
Tingkahlaku manusia didorong oleh keinginan sendiri yang tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya.
Tingkahlaku manusia lebih kepada naluri kehaiwanan dan desakan biologikal untuk dapatkan kepuasan diri.Manusia perlu belajar daripada pengalaman-pengalaman yang pernah berlaku.
Freud membahagikan akal fikiran manusia kepada 3 lapisan yang berbeza:
1.Alam Sedar
2.Alam Pra-Sedar
3.Alam Bawah Sedar / Tidak Sedar
1. ALAM SEDAR
Individu menyedari dan dapat mengetahui apa yang telah berlaku dan sedang berlaku kepadanya dan persekitarannya.
Contoh:Rasa sunyi, sakit, kecewa, marah.
2. ALAM PRA-SEDAR Individu sebenarnya tidak menyedari
dan tidak tahu yang sesuatu itu sedang berlaku,melainkan jika ia secara sedar memberi perhatian kepada apa yang sedang berlaku.
Contoh:Rasa panas dan serabut dapat difikirkan dan dirasakan tahap kekuatannya bagi diri individu tersebut berdasarkan pengalamannya.
Sebenarnya dia sedang mengalami perasaan marah atau tertekan.
ALAM BAWAH SEDAR / TIDAK SEDAR Individu tidak menyedari langsung apa yang sedang
berlaku.Merupakan pemikiran perasaan yang tidak dapat dikeluarkan kerana disekat dari kenyataan.
Berlaku disebabkan individu itu tidak dapat menerima keadaan itu ataupun individu itu mempunyai pandangan bahawa masyarakat juga tidak dapat menerimanya.
Contoh:Individu hanya dapat merasai sebahagian daripada kepiluan apabila orang yang dikasihi meninggal dunia,sedangkan sebenarnya emosi yang sangat hebat tersimpan di bawah sedar sehingga individu itu tidak merasai sama sekali.
Perasaansebenar disekat oleh mekanisma beladiri ataupun norma masyarakat yang tidak membenarkan kematian diratapi oleh yang masih hidup.
Rumusan Tahap Kesedaran Manusia Sedar
Sedar tentang apa yang sedang berlaku pada masa kini dan di sekeliling
Separa sedar Memori yang terselindung dan pengalaman
yang telah dilupai tetapi boleh diingati semula jika diberi petunjuk yang sesuai.
Tidak sedar Aspek personaliti yang paling berkuasa
tetapi paling sukar difahami; kata hati atau naluri
Pandangan Perkembangan Moral Perkembangan moral
Fokus kepada perasaan moral What is moral is what you feel good after
and what is immoral is what you feel bad after.
Perkembangan personaliti dan hubungannya dengan tingkah laku manusia Perubahan dan pertukaran tenaga (dinamik
psikologi) yang berlaku dalam personaliti mendorong kelakuan individu.
Dinamik psikologi ini adalah diluar kesedaran individu (unconscious)
2 pendorong utama manusia Sex
drive to live, prosper, and produce offspring
Aggression need to stay alive and stave off threats to
our existence, our power, and our prosperity
Teknik dan pendekatan Freud:Freud focused his techniques on: Tahap kesedaran Consciousness
(topographic) Pembentukan Personality (structural)
Id, Ego, Superego Perkembangan psychosexual (genetic)
Defense Mechanisms
Struktur personaliti
Perhubungan antara ketiga aspek ini melahirkan personaliti:
Id Tahap tidak sedar Wujud sejak lahir Tidak dapat membezakan salah dan
betul, tidak rasional. Pleasure principle
Melakukan dan meneruskan apa sahaja yang diingini dan mengelakkan kesakitan melalui kaedah berikut:
1. Tindakan reflek Cth: batuk untuk mengurangkan rasa yang
tidak seronok
2. Wish fulfillment – fantasi Membentuk imej mental tentang sesuatu
objek atau situasi bagi mengurangkan perasaan tidak puas hati.
Cth: bermimpi atau berangan
Kaedah di atas: Bersifat sementara Tidak efektif dalam memenuhi kehendak
atau keinginan naluri. Perlu berhubung dengan realiti -Ego
Apa itu Id?
Dianggap sebagai komponen biologi dan tidak perlu dipelajari.Satu bentuk naluri semulajadi manusia dan diwarisi.Wujud sejak individu dilahirkan.Merupakan personaliti di bawah sedar.Tingkahlaku yang bertindak secara membabi buta,tidak teratur, tidak rasional, tidak matang dan tidak bermoral.
Id - dipandu oleh prinsip keseronokan dan kepuasan nafsu/naluri semata-mata dengan mendesak dan tidak sabar.Tindakan id bersifat tidak sedar dan tidak dapat mengurangkan ketegangan selama-lamanya.
Contoh:-Individu hanya ingin memuaskan perasaan marahnya dengan membuat serangan secara membabi buta untuk mendapat kepuasan hati segera tetapi kepuasan tidak kekal lama.
Ego Mengawal aktiviti pemikiran dan
penaakulan Tiga tahap:
Tidak sedar, separa sedar dan sedar Berhubung dengan dunia luar melalui deria Memenuhi kehendak id di dunia luar
melalui prinsip berikut: Reality principle
Memenuhi keinginan dan matlamat id dengan menggunakan akal fikiran
Dipenuhi dalam keadaan yang selamat dan berjaya.
Struktur personaliti id dan ego Lebih mementingkan diri sendiri Tiada aspek moraliti
Apa itu Ego?
Dianggap sebagai komponen psikologi dan dipelajari serta berkembang berdasarkan pengalaman-pengalaman sosial.
Merupakan personaliti tahap sedar.Penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsi dengan keadaan.
Mengawal jenis-jenis tindakan yang hendak dilakukan,menentukan naluri mana yang akan dipuaskan dan cara naluri-naluri dipuaskan.
Dipandu oleh prinsip realiti dimana tingkah laku dilakukan setelah menimbang dengan baik segala perkara yang wujud.
Ego wujud bagi memuaskan kehendak-kehendak id dan bukan untuk menghampakan id.Dua cara ego bertindak:
i.Ego bertindak terhadap tingkah laku penyelesaian masalah menggunakan asas pengalaman dan pemikiran.
ii.Ego bertindak terhadap tingkah laku penyelesaian masalah menggunakan helah beladiri dengan memesongkan keadaan sebenar.
Contoh: Perasaan marah i.Berfikir buruk dan baik sesuatu
tindakan sebelum melepaskan marah.
ii.Menggunakan helah beladiri untuk memesongkan pandangan masyarakat terhadap tingkahlakunya.
Superego Cabang moral bagi minda seseorang
individu Melakukan perkara yang ideal/sesuai
sahaja Berbeza dengan id Individu berfungsi:
Mengikut prinsip moral yang telah ditetapkan wujud daripada ajaran moral oleh ibu bapa dan
masyarakat Peranan:
Sebagai conscience (perasaan hati yang membezakan baik dan buruk)
Mengawal ego
Apa itu superego?
Dianggap sebagai komponen nilai-nilai sosial / moral yang dipelajari daripada ibu bapa / masyarakat.
Mengawal id dan ego - menentukan samada sesuatu tingkahlaku itu baik / buruk.
Dipandu oleh prinsip norma masyarakat.Memujuk ego untuk menggantikan matlamat realistik id kepada matlamat moral.Berusaha ke arah mencapai kesempurnaan.
Contoh:- Mendengar penjelasan sebelum marah.(norma yang dipelajari dari masyarakat.)
Id, ego dan superego Bekerjasama Ego memenuhi kehendak dan keinginan
id melalui kaedah yang sesuai dan bermoral seperti yang dipersetujui oleh superego.
Id tanpa superego Naluri akan berkuasa sepenuhnya Individu melakukan perkara yang
merosakkan diri dan masyarakat Jika Superego berkuasa dominan
Kelakuan terlalu dikawal Penilaian ke atas diri terlalu buruk Tidak ada kebebasan dan keseronokan
Conscious
Unconscious
Superego Preconscious
Id
Ego Information
which can easily be
made conscious Thoughts,
feelings, urges, and other
information that is difficult
to bring to conscious
awareness
Information in your
immediate awareness
Rational, planful, mediating dimension of personality
Moralistic, judgmental, perfectionist dimension of personality
Irrational, illogical, impulsive dimension of personality
Perkembangan personaliti Bagaimana personaliti terbentuk? Dikenali sebagai Psychosexual
Stages Tertumpu kepada naluri seksual
Personaliti terbentuk bagi memenuhi kehendak naluri seksual (drive to live, prosper, and produce offspring).
Jika naluri seksual ini tidak dapat/terlalu lebih dipenuhi pada tahap-tahap tertentu; akan berlaku masalah yang dipanggil fixation. Masalah tidak matang
Tahap-tahap perkembangan personaliti Tahap –tahap perkembangan
Oral Stage (0-18 bulan): Kepuasan dicapai melalui aktiviti oral (sucking and swallowing, chewing and bitting). Berlebihan: terlalu optimistik dan dependant
(orang yang terlalu bergantung pada orang lain).
Terlalu kurang: pessimistik dan hostile (sikap suka bermusuhan)
Anal stage (18 bulan-31/2 tahun): berubah daripada mulut-anus (dubur). Kepuasan dicapai melalui aktiviti kontraksi dan relaksasi otot ketika membuang air besar atau kecil. Ketika ini kanak-kanak mula diajar menggunakan tandas. Berlebihan: Comot, tidak teratur,
selekeh. Kurang: keras hati, degil, kedekut dan
sangat teratur.
Phallic stage (3 tahun-5 tahun): Kanak-kanak mula mengetahui tentang bahagian kemaluan. Menunkjukkan tanda-tanda rapat
dengan ibu bapa yang berlainan jantina Boy-mother Girl-father
Cemburu dengan ibu dan bapa yang sama jantina.
Fenomena dikenali sebagai: Oedipus Complex:Kanak-kanak lelaki
akan bersaing dengan bapa untuk dapatkan kasih sayang ibu, rasa cemburu serta bermusuhan terhadap bapa. Untuk kawal tingkah laku ini kanak-kanak lelaki belajar identifikasi dirinya dengan bapa.
Electra Complex:Bapa objek kasih sayang kanak-kanak perempuan, salahkan ibu dan dan cuba ambil tempat ibu. Merasakan kedudukan mereka rendah dan lahir sifat cemburu.
Berlebihan: megah diri, sombong, angkuh dan ego
Lelaki: menghina wanita Perempuan: Suka menggoda dan suka
melakukan hubungan jenis secara rambang Kurang: rendah diri, malu, rasa diri tidak
berharga.
Latency (5,6 tahun, -12-13 tahun): tidak lagi berminat dengan seksual. Lelaki berkawan dengan lelaki Perempuan berkawan dengan
perempuan
Genital Stage (setelah akil baligh): kembali kepada keinginan seksual. Kepuasan dicapai dengan menjalinkan hubungan dengan individu yang berlainan jantina.
Perasaan Moral Perasaan bimbang (anxiety) dan
bersalah (guilt)merupakan aspek utama mengapa moral seseorang individu berkembang.
Perasaan bimbang dan bersalah terhadap ibu bapa.
Punca: Tidak mahu kehilangan kasih sayang ibu dan bapa, menerima standard kemoralan yang ditetapkan ibu bapa dan terbentuklah superego. Fenomena Oedipus dan electra
complex.
Isu-isu moral berdasarkan 5 Tahap Psikoseksual Freud 1. Tahap Oral
PerokokIndividu yang terlibat dengan gejala merokok kebanyakannya berpunca daripada lekatan pada tahap ini. Di mana individu ini tidak dipuaskan keinginannya seperti lambat diberi makanan.
2. Tahap Anal
Tingkah laku Agresif/ Kes JenayahKes-kes jenayah yang berlaku pada individu adalah berpunca daripada faktor dalaman daripada pembawaan pada zamankanak-kanak sehinggalah ke tahap dewasa.
Kebanyakkan permasalahan yang wujud di dalam diri individu itu berpunca daripada ibu bapa mereka yang kurang memberi perhatian terhadap cara pembuangan najis kepada anak-anak mereka.
Ini akan mengembangkan sikap panas baran, agresif dan suka melepaskan perasaan sehinggalah usia dewasa dengan melakukan pelbagai jenayah.
3. Tahap Kubul
Sumbang Mahram Pada tahap inilah terjadinya
Kompleks Oedipus dan Elektra, pada zaman kanak-kanak mereka pada mulanya hanya mempunyai perasaan berahi kepada ibu atau bapa namun mereka terpaksa beridentifikasi dengan ibu atau bapanya.
Perasaan ini dipendamkan dan di bawa ke tahap dewasa akan mengakibatkan berlakunya hubungan abnormal ini.
4. Tahap Pendaman
Hubungan Sosial Pada peringkat awal semasa zaman
kanak-kanak tingkah laku untuk bersosial sudah mula berkembang sedikit demi sedikit bermula dari alam persekolahan lagi.
Dan apabila meningkat usia remaja mereka sudah pandai berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling, melalui interaksi sosial ini boleh memberi impak yang negatif atau positif pada individu tersebut.
5. Tahap GenitalPembinaan Kerjaya yang Mantap dan Pembinaan Institusi Kekeluargaan.
Dimana apabila mengecapi tahap kematangan, maka individu akan mengejar matlamat hidup mereka bagi memperolehi kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya serta stabil.
Dimana mereka akan membina suatu pekerjaan yang tetap dan mencari pasangan hidup bagi membentuk keluarga.
MEKANISME HELAH BELA DIRI
Proses psikologi yang wujud untuk mengurangkan penderitaan ego yang tidak dapat mengawal id.Membantu ego untuk mempertahankan dirinya daripada desakan dan dorongan id.
Digunakan untuk mempertahankan diri dari cemuhan dan kutukan superego.
Digunakan secara tidak sedar untuk menyangkal /memutarbelitkan kenyataan / realiti
REPRESI Individu sengaja melupakan
peristiwa pahit dengan menolaknya ke alam bawah sedar.
Represi menghalang pemikiran yang membimbangkan daripada memasuki pemikiran sedar.Represi tidak dapat menghapuskan peristiwa pahit itu, sebaliknya ia akan menjurus kepada masalah psikologi.
Contoh:-Mangsa rogol akan melupakan semua peristiwa pahitnya, tetapi apabila seorang lelaki cubamendekatinya, ia akan mengalami tekanan yang hebat.
PENAFIAN
Individu menafikan realiti yang tidak ingin dipercayainya bagi membolehkan ia menempuh detik-detik yang sukar dalam hidupnya.
Contoh:-Seorang ibu tidak mahu menerima hakikat kematian anaknya dengan menganggap bahawa anaknya berada di suatu tempat dan akan kembali suatu hari nanti.
PROJEKSI Individu membalikkan desakan dan
keinginan-keinginan yang tidak dapat diterima oleh dirinya sendiri kepada orang lain bertujuan melindungi harga dirinya.
Contoh:-Seorang pelajar bercadang untuk menipu didalam peperiksaan tetapi hatinya mengetahui perkara itu salah, tetapi dilakukan juga dengan beranggapan bahawa pelajar-pelajar lain juga menipu di dalam peperiksaan.
PEMBENTUKAN REAKSI
Individu mempertahankan diri dari sesuatu ancaman dengan memperlihatkan reaksi yang bertentangan dengan bentuk ancaman itu.
Contoh:-Seorang individu dirundung malang dan pilu yang amat sangat, tetapi ia memperlihatkan hilai ketawa yang keterlaluan.
PENYALURAN
Individu mengawal kerisauan dengan melepaskan desakan-desakan itu kepada sasaran lain yang lebih selamat.
Contoh:-Seorang individu merasa marah terhadap ketuanya tetapi disalurkan marah itu kepada anak dan isterinya kerana ia tidak berani memarahi ketuanya.
RASIONALISASI
Individu memberikan alasan-alasan atau sebab apabila ia melakukan kesilapan sebagai usaha untuk mempertahankan egonya.
Contoh:-Seorang murid yang gagal di dalam peperiksaan akan memberi alasan-alasan munasabah untukmenjelaskan kegagalannya bagi mengelak daripada mengakui bahawa ia tidak cerdik dan cerdas.
SUBLIMASI
Individu menyalurkan tenaga ke jalan yang boleh diterima masyarakat.Menyalurkan kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti yang sihat.
Contoh:-Seorang yang bersikap kasar akan menjadi seorang askar untuk memuaskan kehendak dalamannya yang kasar supaya kelihatan diterima oleh masyarakat.
INTROJEKSI
Individu menyerapkan nilai-nilai orang lain yang disukainya untuk dijadikan nilai-nilai di dalam dirinya.
Contoh:-Seorang individu menyatakan bahawa dirinya adalah anak saudara kepada seorang menteri dengan harapan mendapat keistimewaan.
PAMPASAN
Satu bentuk penggantian apabila kelemahan seseorang diatasi dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang yang berlainan tetapi hampir sama dengan kehendak asalnya.
Contoh:-Seorang individu gagal menjadi doktor akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli farmasi.
Kritikan Teori Freud
1. Pendorong atau naluri seksual : Peraturan dan adat masyarakat mengkehendaki supaya ia tidak ditonjolkan.
Cth: Oedipus dan electra complex- Dianggap sebagai sumbang mahram bagi
masyarakat.
2. Sering dijadikan alasan untuk melakukan jenayah
Cth: Perogol mengatakan bahawa mereka melakukan perkara sedemikian kerana naluri yang wujud dalam keadaan tidak sedar menyuruh mereka melakukan jenayah.
3. Membuat kesimpulan hanya berdasarkan beberapa individu.
Kes pesakit mental
4. Kritikan dari bidang behaviorism Kelakuan bukan disebabkan oleh naluri
dalaman atau naluri yang berada bawah kesedaran tetapi faktor luaran.
Teori Psikososial Erik Erikson
BIODATA TOKOH
Erik Erikson dilahirkan pada 15 June, 1902di Frankfurt, German. Bapanyaberketurunan Denmark, meninggalkankeluarga sebelum beliau dilahirkan. Ibunyaseorang yang masih muda berketurunanYahudi kemudiannya berkhawin denganseorang seorang doktor bernama Dr.Theodor Homberger.
Pandangan Erikson Terhadap manusia.
Menurut Erikson, Bayi dilahirkan dengan
beberapa kebolehan asas dan tabiat yang
jelas. Mereka melalui perubahan dramatik
menuju kedewasaan dan semasa meningkat
tua. Setiap manusia melalui lapan
peringkat perkembangan yang beliau
namakan peringkat psikososial.
8 PERINGKAT PSIKOSOSIAL
1.Mempercayai lawan tidak mempercayai
2. Kebebasan lawan keraguan3. Inisiatif lawan rasa bersalah4. Kerajinan lawan rasa rendah diri5. Identiti lawan kekeliruan peranan.6. Kemesraan lawan pengasingan7. Kebolehan menghasilkan sesuatu
lawan Terhenti 8. Kesempurnaan Hidup lawan Putus
Harapan
1.Mempercayai lawan tidak mempercayai
Peringkat pertama yang diutarakan oleh Erikson adalah selari dengan peringkat oral yang di utarakan oleh Freud.
Ia bermula daripada lahir hingga berumur
satu tahun (0-12 bulan ). Erikson menumpukan pada keperluan penjagaan
berterusan,perhatian dan perlindungan kepada bayi bagimencapai ketenteraman, kepuasan danperlindungan bagi memenuhi keperluan asasbayi itu.
Disinilah timbulnya krisis antara naluri kepercayaan asas dengan naluri ketidakpercayaan asas.
Naluri kepercayaan asas ialah keupayaan
meramal keperluan asas individu akan
dipenuhi. Naluri ketidakpercayaan asas adalah ketakutan apabila meramalkan
individu tidakboleh bergantung pada orang lain bagimendapatkan penjagaan dan kasih sayang.
2. Kebebasan lawan keraguan Peringkat ini bermula daripada umur
satu tahun hingga dua tahun.(1 – 2
tahun). Erikson melihat diperingkat ini bayi
mengalami pergelutan antara hendakmencapai naluri autonomi ataupunmengakhiri perasaan malu dan prasangkadiri mereka.
Bayi yang boleh menangani latihan ke
tandas akan mengalami naluri kuasakematangan autonomi dan estim diri (selfesteem).
Mereka belajar supaya berupaya melakukan sesuatu pada diri
mereka sendiri.
3. Inisiatif lawan perasaan bersalah
Bermula dari umur dua hingga enam tahun.( 2 – 6 tahun). Ia memaparkan krisis yang timbul
apabila kanak-kanak bertembung dengan
perkembangan dunia kebolehankematangan dan agen-agen sosial.
Pada peringkat ini kanak-kanak bergelut supaya tidak bergantung pada ibubapa dan seterusnya memperolehi kecekapan transaksi sosial.
Kemahiran interpersonal dan kemahiran fizikal mula terbentuk ke arah yang betul seperti yang ditentukan oleh kecekapan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan tertentu dengan kebolehan pengertian kendiri.
Mengekalkan inisiatif kanak-kanak ini penting pada peringkat ini kerana ia dapatmemotivasikan mereka supaya mengambilbahagian secara aktif dalam dunia sosial disekeliling mereka
4. Kerajinan lawan rasa rendah diri
Bermula pada umur enam hingga 12 tahun.(6 – 12 tahun).
Pada peringkat ini kanak-kanak belajar
mengejar aktiviti sosial dan intelektual yang diminati oleh masyarakat.
Mengukuhkan kumpulan sebaya,menghadiri persekolahan dan mengamalkan semangat berdikari dalam permainan dan belajar.
Krisis yang dialami oleh kanak-kanak pada
peringkat ini memerlukan kanak-kanak itu
belajar bekerjasama.
5. Identiti lawan kekeliruan peranan
Peringkat Krisis Identiti keremajaan adalah
krisis yang paling penting. Bermula daripada umur 12 hingga 18
tahun.
6. Kemesraan lawan pengasingan
Bermula daripada umur 19 hingga 40 tahun
Merupakan masa perubahan dan transisi yang
memberi peningkatan peluang-peluang baru
bagi hubungan interpersonal yang rapat.
Individu dewasa yang mempunyai naluri
identiti personal akan bertembung dengantugasan baru, membentuk kasih sayang,kepuasan seksual serta memberi danmenerima individu yang berlainan jantina.
Erikson melihat hubungan ideal sebagai
kepuasan perkahwinan. Beliau mengakui, hubungan intim
boleh dibentuk diluar perkhawinan. Hubungan intim memerlukan
seseorang memberi komitmen yang bermakna,
menerap kepercayaan, perasaan dan nilai-nilai dalam penerimaan yang bolehdipercayai.
7.Kebolehan menghasilkan sesutau lawan terhenti
Berumur dalam lingkungan 40 hingga 65
tahun. Krisis psikososial adalah antara
keperluan hendak menjadi lebih produktif
dalam dunia pekerjaan dan keluarga dengan gaya hidup dan pencapaian kendiri.
Pada peringkat ini umumnya individu mencari pekerjaan yang produktif, melibatkan diri dalam penjagaan anak, menerima cabaran,halangan serta matlamat-matlamat baru.
8. Kesempurnaan Hidup lawan Putus Harapan
Berumur dalam lingkungan 65 tahun hingga meninggal dunia. Pada peringkat ini wujud kesedaran spiritual. Resolusi terbaik kepada krisis ini
memerlukan penyelesaian konflik sepanjang hidup terdahulu seperti kesedaran, kepuasan dan ketenteraman hidup.
RumusanTahap Keadaan Sosial Ekoran
Psikososial
1.Lahir hingga 1tahun
Sokongan, pemberian keperluan asas, ada
kesinambungan hidup.-------------------------------------
---Kekurangan sokongan,
penafian, tidak konsisten
Mempercayai vs.Tidak
mempercayai
2. 2 hingga 3 tahun Mengendalikan sendiri dan sokongan.
----------------------------------------
Perlindungan yang berlebihan, kekurangansokongan dan keyakinan
Kebebasan vs.Keraguan
3. 4 hingga 5tahun
Galakan, peluang sendiri, bertanya.
----------------------------------------
Tiada peluang, perasaan negatif
Inisiatif vs.Perasaanbersalah
4. 6 hingga 11tahun
Kemahiran diri, pendidikan yang cukup dan
produktif, menjadi model yang baik.
----------------------------------------
Kurang latihan, arah dan sokongan
Kerajinan vs.Rendah diri
Tahap Keadaan Sosial EkoranPsikososial
5. 12 hingga 19tahun
Kestabilan dalaman yang berterusan, kefahamanmendalam mengenai
model seks, mendapatkanmaklum balas positif.
--------------------------------------
Kekeliruan tujuan, maklum balas yang kurang
jelas, kurang memahami ekspektasi.
Identiti vs.Kekeliruanperanan
6. Awal 20hingga 35 tahun
Meluaskan kemesraan, persefahaman,mempercayai.
----------------------------------------
Kesunyian
Kemesraan vs.Pengasingan
7. 36 hingga 55tahun
Tujuan hidup, produktiviti.-------------------------------------
---Kekurangan
perkembangan diri
KebolehanmenghasilkanSesuatu vs.
Terhenti
8. 55 tahun keatas
Perasaan mesra, perpaduan, berarah
----------------------------------------
Kurang kesempurnaan, ketidakpuashatian.
KesempurnaanHidup vs.
Putus harapan
Kelemahan Teori Erikson
Teori Erikson tidak dapat diterapkan secara universal, apatah lagi kepada perempuan. Mereka melihat bahawa lapan tahap perkembangan manusia (eight stages of man) memang hanya untuk kaum lelaki. Mereka melandaskan kritikan tersebut atas dua perkara.
Pertama, tahap perkembangan identiti, yang dianggap Erikson sebagai tahap perkembangan terpenting, hanya berdasarkan pada analisisnya terhadap tiga subjek, yang mana ketiga –tiganya adalah lelaki.
Kedua, walaupun Erikson membuat pemerhatian terhadap, baik lelaki mahupun perempuan pada suku kaum Sioux dan Yurok, namun tulisannya dalambuku Childhood and Society hanya mengagung-agungkan kepada lelaki.
Ketiga,pandangan Erikson dalam bukunya berjudul The Inner & the Outer Space : Reflections on Womanhood pada tahun 1964, mendapat kritikan hebat dari kaum perempuan. Menurut mereka, Erikson membatasipilihan perempuan untuk berdiam diri di rumah,menjadi isteri dan ibu. Lebih-lebih lagi, Eriksonjuga dianggap sama seperti Sigmund Freud yang menentukan takdir perempuan hanya berdasarkan anatominya sahaja
Setelah mengetahui dengan lebih menyeluruh
tentang
konsep Erikson yang sebenarnya, ia bukan
bermakna
konsep ini tidak dapat digunakan untuk
menjelaskan
perkembangan manusia. Memahami
perkembangan
lelaki dengan menggunakan kerangka teori
Erikson
bukanlah merupakan satu kesalahan. Namun
mengadaptasikan pandangannya tentang
perempuan,
mungkin membataskan pilihan perempuan
dalam
menzahirkan potensi dirinya.
Rumusan Teori Erikson