Transcript

Rujukan Kami: Tarikh: 28 Disember 2008

Jawatankuasa Penaja Persatuan Bahasa Inggeris Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, 31600 Gopeng,Perak Darul Ridzuan

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN MENUBUHKAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI, 31600 GOPENG, 2009

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk berasaskan surat tuan bertarikh 5 November 2008.

2. Dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Inggeris berkuat kuasa mulai 1 hb. Januari 2009 diluluskan.

3.Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

4.Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelulusan ini bermaksud Persatuan Bahasa Inggeris sudah boleh bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar.

Sekian, terima kasih.

MENJANA KOMUNITI BERILMU BERTARAF DUNIA

Saya yang menurut perintah,

..

s.k:Penolong Kanan Kokurikulum


Top Related